Tuesday 15 January 2013

OKU sayang Bab 6


Bab 6
            Ain Syuhada masuk ke bilik bosnya. Dia duduk menopang dagu. Tidak tahu hendak buat apa. Semalam puas dia menunggu, hatinya benar-benar tidak sabar hendak berkenalan dengan bosnya itu. Tetapi hampa kerana bosnya ada urusan luar. Semua bahagian termasuk pegawai-pegawai atasan sudah dikenalinya. Hatta CEO dan Ketua R&D Insaniah Holding juga turut dikenalkan semalam oleh kakak iparnya itu. Hanya bosnya itu sahaja belum dikenalinya. Dia mengamati setiap inci wajah yang terdapat di dalam bingkai kaca itu. Dia cuba mengingati adakah wajah ini biasa dilihatnya dan pernahkah dikenalinya. Tetapi dia buntu, sudah puas dikerah otaknya untuk mengingati siapa gerangan bosnya itu melalui gambar yang dipegangnya itu.
“Handsome”. Getusnya perlahan melihat lelaki di dalam bingkai gambar itu. Wajah lelaki itu yang berkaca mata hitam, memiliki bibir yang seksi dan dagu yang terbelah cukup membuatkan naluri kewanitaannya bergetar. Kalaulah lelaki itu berada di depan mata. Mahu mulutnya ternganga luas kerana mengagumi makhluk ciptaan Allah SWT.
“Ohhh…mak kau!”. Ain Syuhada melatah apabila pintu bilik air yang terdapat dibelakang  biliknya ditolak orang. Nasib baik bingkai gambar yang dipegangnya tidak terlepas. Kalau tidak masaklah pula hendak menjawab pada bosnya itu.
“Siapa tu?” Soal lelaki itu sambil tangannya meniti setiap inci dinding. Dia melangkah perlahan-lahan sambil tangannya meniti dinding bilik itu.
“Bos belok kanan, nanti langgar pulak sofa kat situ”. Pantas Ain Syuhada memaut lengan lelaki itu lalu dibawanya duduk di kerusi bos. Dia teringat kepada bekas pelajarnya dulu. Begitulah bagi golongan OKU penglihatan berjalan jika mereka tiada tongkat putih  yang digunakan sebagai alat bantu.
“Siapa?”. Ulang  Aidil Zafran. Terkejut dia apabila mendengar suara wanita melatah dibiliknya. Bertambah terkejut lagi apabila tangannya dipaut oleh tangan lembut lalu dibawa duduk di kerusi.
“Err…saya Ain…Ain Syuhada Ismail. P.A  bos”. Jawab Ain Syuhada teragak-agak. Terkejutnya tadi belum hilang lagi. Dia mengamati wajah lelaki dihadapannya itu. Kacak. Anak matanya yang hitam sempurna itu langsung tidak menunjukkan yang dia buta sebenarnya.
“Ain Syuhada!”. Aidil Zafran terkejut. Adakah dia orang yang sama menjadikan dia sebegini. Tak mungkin. Gadis itu tak mungkin berada di Kuala Lumpur ini.
Ain Syuhada agak gementar apabila mendengar bosnya itu menyebut namanya dengan lantang. Dia mengamati lagi wajah lelaki di hadapannya ini. Tiba-tiba dia terasa hendak pengsan. Badannya sudah berpeluh-peluh. Dia baru teringat. Otaknya sudah menghantar imej lelaki yang dianayainya sepuluh tahun lepas. Memang dia orangnya. Bezanya sekarang  dia lebih sasa dan kacak dan sudah menjadi lelaki matang. Ain Syuhada menelan liur. Kakinya terasa lemah.
“Ain Syuhada Ismail! U asal mana ye?”. Aidil Zafran menyoal. Harapannya biarlah namanya sama tapi bukan orangnya. Dia sudah berjanji tidak mahu bertemu lagi dengan gadis yang menjadikannya buta untuk selamanya.
“Er…er..”. Ain Syuhada teragak-agak. Otaknya lambat pikap. Hendak dibohongnya apa. Kalaulah dia tahu Aidil Zafran ini lelaki yang dianayainya itu. Sumpah dia tak akan menjejakkan kaki di sini. Tapi sekarang semuanya sudah terlambat. Lakonan harus diteruskan.
Ketukan di pintu menyelamatkannya. Fuh!!! Save by the knock. Terjengul Melissa sambil tersengih.
“Sihat bos?”. Tanya Melissa berbasi-basa.
“Sihat”. Jawab Aidil Zafran pendek.
“Bos, ni dokumen laporan  dan charge kerosakan enjin T20 dari Ketsu  Corporation. Saya serah pada P.A bos ye?”. Dokumen setebal 2 inci itu bertukar tangan. Ain Syuhada mengambilnya dengan pandangan lega. Mujur Melissa masuk, selamatlah dia dari menjawab soalan tadi. Tiba-tiba dia mendapat idea.
“Ohh…bos…pasal soalan tadi saya asal dari Bagan Serai Perak. Melissa ni kakak saya”. Cepat saja Ain Syuhada mengangkat tangannya dan mengisyaratkan agar Melissa mengakuinya. Terpaksa berbohong. Bohong sunat. Idea  datang mencurah-curah pulak untuk menyelamatkan keadaan. Aidil Zafran mengerutkan dahi. Setahunya setiausaha abang longnya ini anak tunggal.
“Bukan Melissa anak tunggal ke?”. Ah, Sudah! Terperangkap pulak. Lupa yang kakak iparnya ini anak tunggal.
 “Saya anak isteri muda?”. Pantas saja Ain Syuhada menjawab. Melissa sudah menjengilkan mata. Pandai-pandai mereka cerita. Bapanya tak pernah curang apatah lagi hendak pasang bini dua. Ain Syuhada sudah mengangkat tangan seperti menyembah Sultan lagaknya.
“Betullah tu, bos. Saya yang rekomen jawatan P.A ni”. Nak tak hendak saja Melissa mengiyakan kata-kata Ain Syuhada. Tak apa. Lepas ni siaplah Ain Syuhada, akan dikorek cerita dari A sampai Z.  Getusnya  dalam hati.
“Sorry!”. Dia berbisik. Melissa sudah menarik muka masam. Minta dijauhkan jika dia punya mak tiri.
“Ok bos. Minta diri dulu”. Melissa sudah hendak keluar dari bilik Ketua Kewangan itu. Belum pun pintu itu ditutup dari luar dia sudah memberikan isyarat jaga-jaga dengan jari telunjuknya. Ain Syuhada hanya menikus sambil tangannya menabik tanda baik bos. Wah!..Nampaknya terlepas dari mulut harimau sudah masuk mulut buaya pulak. Perlukah dia menerangkan perkara yang sebenarnya. Jika tidak diterangkan pada Melissa, dia takut hubungan mereka menjadi keruh. Kepalanya benar-benar  kusut.
“So. Awak ni anak isteri kedua ye?Baik ye dengan Melissa. Selalu isteri kedua ni akan dipinggirkan. Payah betul anak-anak nak berbaik”. Aidil Zafran memberikan komen. Berdasarkan pengalamannya sendiri. Sampai sekarang dia terasa dirinya dipinggirkan walaupun hakikatnya tidak begitu. Tambahan pula dia OKU, lagilah dia terasa tidak diperlukan di Insaniah Holdings ini.
“Kami ni lain. Memang baik sejak kecil lagi.” Ain Syuhada menipu lagi. Nasiblah. Selagi boleh menipu dia akan goreng kaw-kaw punya. Matanya tidak lepas menilik wajah bosnya itu. Makin kacak berbeza dari 10 tahun lepas. Iyolah masa 10 tahun itukan panjang. Dia yang budak hingusan sebesar anak gajah  dulu pun  dah bertukar jadi gadis jelitawan secantik ikan duyung.. Pergh! Hiperbola sungguh...Puji diri sendiri sampai tak ingat.
“Ain Syuhada, U dengar tak apa yang I cakap?”. Aidil Zafran menaikkan volume suaranya. Apahal minah ni?. Berangan ke?. Dia meneka sendiri kerana dia tidak tahu apa yang dibuat oleh Ain Syuhada. Maklumlah Mr. Blind. Kalau nak guna deria bau pun tak ada benda yang boleh dihidunya. Cuma wangian Nina Ricci sahaja yang menghuni deria baunya sekarang ini.
Pecah lamunan Ain Syuhada. Nasib baik bosnya ini Mr. Blind. Kalau tidak mana nak disorok mukanya kerana asyik merenung wajah kacak dihadapannya ini.
“Sorry bos. Saya kat toilet tadi?”. Ah…Bohong lagi. Agaknya selagi dia bekerja dengan Mr. Blind ini dosanya tentu berkoyan-koyan.
“Kalau nak kemana-mana. Inform la saya dulu. Nanti serupa orang bodoh pulak. Cakap sorang-sorang.” Aidil Zafran memberi arahan. Sudah banyak kali dia menghadapi situasi begini jika berurusan dengan pekerja bawahannya. Maklumlah mereka tidak peka dengan OKU blind sepertinya.

“Sorry bos. Lain kali saya tak buat lagi”. Ain Syuhada menonyoh dahinya sendiri. Macamana dia boleh lupa cara untuk berinteraksi dengan OKU blind ini. Dah lupalah praktik masa mengajar dulu.
“Dokumen tu saya nak awak rakamkan bacaannya untuk saya. Kalau awak malas, scan aje. Nanti saya boleh baca sendiri. As soon as possible”. Ain Syuhada mengangguk laju.
“Baik bos”. Dia menelek dokumen setebal 2 inci tu.
Mahunya kering tekak kalau nak dibaca satu persatu. Akhirnya dia memutuskan untuk scan sahaja kerana dokumen ini dalam bentuk tulisan. Tidak ada sebarang graf, kalau ada pun tak penting untuk Mr. Blind seperti bosnya itu. Yang penting-penting akan diterangkan sahaja kepada bosnya. Kerja akan jadi mudah dan pantas. Ain Syuhada tersenyum lagi.
Bab membaca dokumen yang telah discan itu adalah tugas JAWS satu perisian yang digunakan oleh komputer untuk membaca maklumat. Dia pernah lihat bekas pelajarnya menggunakan perisian ini untuk membaca nota. Tapi orang normal sepertinya payah betul untuk memahami cakap Mat Salleh slang Melayu ini membaca nota satu persatu.
“Nanti waktu lunch tolong tapaukan untuk saya?”. Arahan dari bosnya didengar dengan teliti.
“Kenapa bos tak pergi makan sekali?”. Soal Ain Syuhada ingin tahu. Kalau dah blind, walau  tak nampak apa pun tapi bersosial itu penting supaya tak jadi kera sumbang. Dia kerap juga menasihati bekas pelajarnya supaya bergaul dengan orang normal. Jangan asyik dengan kelompok sendiri sahaja supaya minda itu terbuka dan pergaulan menjadi mudah.
“Malaslah. Orang Malaysia ni tak sama macam kat UK tu. Kat sana semua tak kisah dengan orang OKU macam saya. Tapi kat sini macam tengok Alien”.
“Ish…taklah. Kalau  10 tahun lepas mungkin betul. Tapi sekarang semua dah berubah bos. Mereka prihatin nak membantu. Kalau saya pun suka, pasal rasa glamour berkawan dengan OKU ni. Semua orang pandang.”. Ain Syuhada cepat-cepat menyangkal pendapat dari bosnya itu. Semasa jadi guru ganti dulu, dia kerap membawa pelajarnya membuat aktiviti outdoor seperti shoping dan tengok wayang. Ramai orang akan perhati tingkahnya melayan pelajarnya dan ramai juga yang membantu. Rasa glamour sekejap dilayan begitu walaupun menumpang tuah orang.
“Betul ke?”. Soal Aidil Zafran tidak percaya. Tapi mungkin juga betul kerana dia baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Malaysia ini  6 bulan yang lepas setelah 10 tahun di negara orang. Jadi, dia agak ketinggalan tentang  perkembangan terkini bumi Malaysia ini.
“Kalau macam tu, lunch nanti teman saya makan?”. Aidil Zafran mengeluarkan arahan. Sudah ada P.A mestilah digunakan sungguh-sunggguh kalau tidak rugi saja membayar gaji.
“Baik bos”. Ain Syuhada pantas menjawab.

Terlopong Melissa apabila melihat Ain Syuhada membuka cerita bersama linangan airmata.
“Ain menyesal kak. Ain betul-betul menyesal”. Airmata yang berlinangan diseka dengan telapak tangan. Melissa berasa simpati mendengar cerita Ain Syuhada. Tapi simpatinya lebih kepada Aidil Zafran.
“Ain taktahu kesan semburan Redinsert tu buat dia jadi buta, kak. Kalau Ain tahu sumpah Ain tak buat”. Sambungnya lagi dengan esak tangis yang makin menjadi. Melissa segera memeluk adik iparnya. Digosok-gosok belakang badan Ain Syuhada dengan lembut. Moga-moga dapat mententeramkan gundah gulana yang melanda Ain Syuhada.
“Ain minta maaf kak sebab menjual nama kak. Ain dah takda idea nak menipu apa lagi kak. Itu je yang muncul dalam benak Ain”. Pantas dia memohon maaf dari Melissa kerana berbohong mengatakan dia adik Melissa.
“It’s okay. Memang Ain adik akak pun. Walau adik ipar tapi tetap macam adik sendiri”. Lega hati Ain Syuhada apabila mendengar tutur kata dari Melissa.
“So, sekarang ni Ain nak buat apa? Teruskan lakonan?”. Soal Melissa.
“Entahlah…rasanya lakonan perlu diteruskan. Ain benar-benar nak bantu dia. Dengan cara itu, sekurang-kurangnya Ain akan rasa lega.” Melissa hanya terangguk-angguk mendengar kata adik iparnya itu. Rumit juga masalah yang menimpa Ain Syuhada. Tapi sebagai kakak dia akan memberikan sepenuh sokongan buat adik iparnya itu.
“Apapun akak akan terus menyokong.” Ain Syuhada berasa syukur yang amat kerana Melissa tidak marah, malah memahami masalahnya. Dan paling penting menyokongnya. Walaupun  support moral, itu sudah memadai.
“Sudah,sudahlah menangis. Kesat airmata tu. Akak turun dulu. Nak masak apa yang patut. Abang long kau balik nanti mesti nak makan. Kita ni walau dah ada maid, bab memasak kena buat sendiri untuk suami. Air tangan isteri tu penting. Opps!…terceramahla pulak. Terlebih sudah”. Melissa sudah tersengih apabila tersedar dia terlebih  menasihat adik iparnya.
Ain Syuhada kembali senyum. “Takpa nasihat akak bagus untuk Ain”. Melissa sudah berdiri. Dia menapak keluar dari bilik Ain Syuhada yang terletak di tingkat atas.
Ain Syuhada kembali menyambung kerjanya yang tertangguh tadi. Dia menyemak dokumen yang selesai di scan di pejabat semalam. Cuti hujung minggu ini dihabiskan dengan mengedit dokumen itu kerana untuk memudahkan Mr. Blind membacanya. Mujur juga laptop yang diberikan oleh Mr. Blind lengkap dengan perisian openbook. Pendek kata laptop yang diberikan itu lengkap dengan segala macam perisian untuk memudahkan pengguna OKU blind ini. Dia sudah beberapa kali menguap kerana matanya sudah pedih dan berpinar  akibat  terlalu lama mengadap laptop. Akhirnya dia berhenti mengedit dokumen itu. Malam nanti dia berkira untuk menyudahkan tugasan yang diberikan oleh Mr. Blind ini.
Pantas dia menutup laptop lalu berlari turun ke bawah. Cuti-cuti begini baik juga membantu Kak Melissa mana yang patut. Kesian pulak pada Kak  Melissa kerana cuti minggu begini patutnya dihabiskan bersama abang long. Tapi dah nasib bersuamikan doktor, kenalah faham tugas tanpa mengira waktu ini. Fikir  Ain Syuhada dalam hati.
Malam itu  Ain Syuhada bersama  Azman sekeluarga keluar makan angin ke KLCC. Mujurlah abang longnya itu tidak bertugas  petang itu. Dapatlah mereka sekeluarga keluar  bersiar-siar .  Lama juga dia tidak merasa menaiki PUTRA  LRT. Akhir sekali dia menaiki Transit aliran ini semasa menuntut di UMKL dulu. Nostalgia bersama kawan-kawan  sekuliah dulu amat dirindui.
Keluar sahaja dari perut PUTRA LRT mereka berjalan berkumpulan untuk window shopping. Abang long mengendong Auni Syahira, manakala Melissa memimpin tangan Muhammad Dani Ammar. Ain Syuhada saja yang berjalan kosong.
“Kita nak kemana ni, papa?”. Terpancul pertanyaan dari Dani Ammar. Azman hanya memandang kosong  wajah anak sulungnya itu.
“Entah, papa takda idea la. Kita nak kemana ni  Lisa?”. Soalan itu pula ditanya pada isterinya.
“Kita tengok wayang je lah. Tengok cerita kartun nak?”. Melissa bertanya pula  pada Dani Ammar. Anak lelakinya meloncat keriangan. Melissa tersenyum memandang wajah suaminya.
“So, dah ada idea?”. Kedua-dua keningnya dijongketkan kepada suaminya. Azman tersenyum sambil mencubit pipi gebu isterinya.
“Siaplah balik nanti”.
“Apa saja untukmu”. Balas Melissa. Ain Syuhada memandang sepi melihat drama sebabak itu. Boring sebenarnya. Cemburu pun ada melihat kemesraan abang dan kakak iparnya. Kalaulah dia juga dapat memiliki kebahagian seperti itu. Hmm…Agak-agak bilalah akan ketemu Prince  Charming?...Bluek…Ain Syuhada rasa nak muntah. Berangan saja. Agaknya Prince Charmingnya tersangkut  dicelah awan sebab itu sampai sekarang dia masih belum punya siapa-siapa.
“Jomlah kita ke TGV . Tengok cerita Madagascar”. Melissa sudah menarik tangan Dani Ammar diikuti Azman yang mengendong Auni Syahira. Ain Syuhada hanya menurut.
Sampai sahaja di depan panggung TGV mereka semua melihat paparan skrin untuk tayangan cerita Madagascar. Ada sejam lagi sebelum tayangan bermula. Azman sudah beratur membeli tiket. Tugas mengendong Auni Syahirah sudah bertukar tangan  pada Ain Syuhada.
“Kak saya ke Kinokunya. Nak survey novellah?”. Ain Syuhada meminta izin pada Melissa.
“Lepas ni nak jumpa kat mana?”. Sambungnya lagi.
“Ain datang sini balik. Kalau tak jumpa akak. Cari je kat Pizza Hut”. Terang Melissa. Auni Syahira yang berada  dalam dukungan Ain Syuhada diambil.
“Okey.” Balas Ain Syuhada pendek. Dia meneruskan langkah ke Konikunya dengan perasaan teruja. Sudah lama rasanya dia tidak membeli novel baru. Hari ini dia akan beli seberapa banyak yang boleh. Mujurlah Mr.Blind memberikannya tip kerana melayannya makan tengahari di kafetaria syarikat semalam.
Banyaknya juga tip aku dapat. Lepas jugak kalau nak beli 4 buah novel. Lepas ni kena  banyak lagi tolong Mr.Blind. Untung-untung dapat banyak tip lepaslah nak bayar duit muka VIVA. Ha..ha..ha…Ain Syuhada sudah ketawa dalam hati. Banyak betul perancangannya untuk mendapatkan sebuah VIVA. Biar terkejut Puan Ainon kat kampung tengok anak daranya dah maju dalam hidup dapat beli sebuah VIVA. Bukan penganggur  kehormat lagi yang kerjanya pagi petang, siang malam masuk angin keluar asap.
Ain Syuhada berjalan pantas ke bahagian novel Melayu yang tersusun cantik di rak buku. Rambang matanya melihat novel-novel baru yang terdapat disitu. Dia mencari novel keluaran terbaru dari Karya Seni yang dibacanya dilaman web penulisan2U. Novel bertajuk  ‘Projek Memikat Suami’ , ‘Teduhan kasih’  dan ‘Suamiku Mr.Perfect 10’ dicapai. Kemudian dia   beralih ke rak sebelah mencari novel Seindah Sakura yang diadaptasi ke drama. Menarik juga menonton drama itu. Jadi dia ingin menghayati novelnya pula.
Sedang asyik membaca sinopsis di belakang novel yang diambilnya. Dia terasa bahunya dicuit seseorang. Pantas Ain Syuhada menoleh. Mukanya merah kerana marah melihat seorang lelaki tersengih memandangnya. Apa dia ingat aku suka-suka disentuh oleh lelaki. Pantang betul. Rasa marahnya itu disalurkan ke wajah dengan memasamkan muka semasam asam kedut.
“Ain Syuhada kan?”. Soal lelaki itu masih lagi tersengih.
“Ya, awak siapa?”. Ain Syuhada menaikkan volume suaranya.
“Sorry pasal cuit bahu awak tanpa izin. Dah puas panggil, tapi awak asyik dengan novel”. Terang lelaki itu apabila melihat wajah Ain Syuhada yang masam mencuka.
“Tak kenal?. Cuba tengok wajah saya betul-betul”. Arah lelaki kacak itu pula.
Ewah…ewah siap arah aku teka-teka pulak.Namun Ain Syuhada tetap akur. Dia mengamati wajah lelaki kacak dihadapannya ini. Ala-ala wajah Mexico pun ada. Akhirnya Ain Syuhada tersenyum.
“ Abang Ray. Rayyan Aziz?”. Makin lebar senyum Ain Syuhada. Tak sangka akan bertemu lelaki idaman Malaya semasa belajar di UMKL dulu.
“Yup”.  Jawab lelaki itu bangga. Diakan lelaki idaman UMKL. Tak mungkin bekas juniornya ini akan melupakan wajahnya kerana dia yakin benar gadis di hadapannya ini juga termasuk dalam senarai gadis yang mengilainya.
“Abang Ray buat apa kat sini?”. Soal Ain Syuhada berbasa-basi.
“Saja, jalan-jalan. Tak sangka pulak boleh jumpa sicantik manis kat sini”. Ain Syuhada menunduk malu. Kembang hatinya apabila dipuji begitu oleh lelaki idaman Malaya ini.
“So, abis belajar buat apa?dah kerja?”. Soal Rayyan. Ain Syuhada pantas menggangguk.
“Kerja dengan Insaniah Holding”.
“Wow…great…Syarikat multinasional tu. Susah betul abang nak dapat kerja kat situ”. Terang Rayyan kagum.
“Abang Ray pula?”.
“Jurutera kat UMW”. Jawab Rayyan.
“Wah! UMW pun gah jugak”. Balas Ain Syuhada bersahaja. Dia melihat jam dipergelangan tangannya. Hampir sejam jugak dia di situ. Alamak cerita Madagascar!. Tiba-tiba dia teringat pada Azman sekeluarga.
“Alamak. Got to go. Dah lewat ni.” Ain Syuhada meminta diri.
“Nantilah dulu. Kasi no phone boleh?”. Rayyan Aziz cuba memancing. Pantas Ain Syuhada mengeluarkan sehelai tisu lalu ditulis nombor telefon bimbitnya di situ.
“Sorry. Tak dapat sembang lama-lama. Ada date”. Ain Syuhada pantas berjalan meninggalkan Rayyan Aziz selepas sehelai tisu  bertukar tangan.
“Date? Boyfriend?”. Rayyan berteka-teki sendiri sambil merenung tisu digenggamannya. Ahh…Best man win. Sapa cepat dia dapat. Dia menarik senyum.
“Siapa pompuan tu”. Tiba-tiba muncul seorang lelaki menyoalnya.
“Calon menantu ibu”. Jawab Rayyan yakin.
“What? U dah abis fikir ke?”.
“Yup. I nak tutup mulut ibu I. Penatlah nak jawab bila nak kawin. Kalau I kawin,so senyaplah sikit”.
“Lepas kawin, dia sibuk pulak tanya bila U nak ada anak?”.
“Sebelum dia tanya pasal anak, I cerailah. I bagilah apa-apa alasan. Mesti dia tak tanya dah. Janji I kawin dulu. Tutup mulut ibu I dulu.” Rayyan sudah merencana sesuatu. Dia perlu memenangi hati Ain Syuhada sehingga gadis itu melutut di kakinya. Cekup saja mana yang sudi asal dia kawin sebelum tahun ini berakhir.
“Hemm…I pun tak dapat bayangkan kalau U ada anak.” Lelaki itu ketawa mengejek. Rayyan pantas menyiku lelaki di sebelahnya.
“Mike, U cakap baik-baik sikit. Jangan cabar I”. Rayyan sudah membulatkan matanya. Namun dalam hati dia berdebar juga. Ada hatikah dia dengan seorang gadis?.
Ain Syuhada senyum lagi melihat adegan cerita kartun itu. Begitu mencuit hati melihat aksi Alex dan kawan-kawannya bermain  sarkas. Tapi hatinya lagi tersenyum bahagia kerana berjumpa semula dengan Rayyan Aziz jejaka yang pernah digilainya secara diam semasa menuntut di UMKL. Agaknya Prince Charming dah turun dari langit. Ain Syuhada senyum lagi dan lagi…


2 comments:

  1. Salam kak saya dah puas mencari novel suamiku mr blind niha yaallah xjumpa ii kalau ada sapa ii yg nk jual used novel dia pm saya bole 01151917206

    ReplyDelete
  2. same laaa..klo ebook lg bgus

    ReplyDelete