Bab 3
“Hai…saya
Luqman Hakimi…boleh berkenalan. Nama siapa eh?”. Aku mengangkat muka memandang
siapa gerangannya lelaki yang bersuara serak-serak basah ini. Sekali mata aku
bertatapan hati sudah mula rasa jengkel. Hmm…mamat kaya bajet hensem rupanya.
“Asalammualaikum!”.
Aku balas begitu. Sudahlah terjah masuk tak bagi salam, main bedal je. Tak ada
adab langsung sebagai seorang Muslim. Bukankah kita sesama Muslim ini wajib
menyapa dengan ungkapan salam. Maksud salam itu ialah saling mendoakan semoga kita
beroleh kesejahteraan dan kedamaian. Hmm…benda yang mudah pun tak diamalkan.
Pangkah terus!
“Er…aaa…Waalaikumusalam”.
Teragak-agak dia jawab salam aku. Hah…tahu pun!. Sunat bagi kita untuk
menghulur salam dan wajib bagi orang yang mendengar untuk membalas salam yang
kita ucapkan. Benda yang paling asas pun susah nak diamalkan. Agak-agak kalau
aku suruh dia baca Al-Fatihah ni lepas ke tidak.
“Boleh
saya tahu cik adik nama apa?”. Masih lagi berusaha nak tahu nama aku. Mamat
kaya bajet hensem tak habis memerhati aku yang sedang ralit menyusun
Kristal-kristal cantik di rak display. Soalannya itu aku tak layan. Sebenarnya
aku alergik dengan orang-orang kaya ni. Pelik pun ada juga, apsal dia susah
payah nak tahu nama aku.? Ada agenda tersembunyi ke?.
“Kalau
saya bagitahu nama saya, kenapa?. Cik Abang nak buat apa?”.
“Saja
nak berkenalan. Boleh cik adik?”. Aku kerut dahi mendengar permintaannya
itu. Oh itu…agenda tersembunyi rupanya!.
“Boleh…tapi
ada syarat”. Saja aku letakkan syarat. Sebenarnya aku malas nak layan. Kalau
dia boleh lepas syarat mudah aku ni. Terpaksalah aku bagitahu nama aku. Tapi
tengok pada cara confirm gagal ni.
“Apa
syaratnya?”.
“Baca
Surah Al-Fatihah lengkap dengan fasihahnya”. Lancar aku menyebut. Dia pula
sudah menganga. Mesti tak sangka aku letakkan syarat macam itu. Saja aku nak
uji. Kalau Al-Fatihah pun dia tak lepas baca, macamana dengan solatnya. Antara
syarat sah sembahyang kena baca Surah Al-Fatihah. Kalau tak tahu juga…maknanya
solatnya selama ini. Hish…boleh pulak aku berprasangka. Tak baik Nurin.
“ALHAMDULILAHIRABBILALAMIN
tu ke?”. Dia soal aku balik. Aisyeh…Surah Al-Fatihah tak akan tak tahu. Budak
sekolah tadika pun tahu baca Al-Fatihah.
“Hah…betullah”.
Aku balas pula. Senyum sudah terukir di bibir. Telinga sudah aku pasang dengan
antena yang jelas. Nak dengar dia baca Surah Al-Fatihah. Tapi penat aku tunggu.
Dia tergagap-gagap kat situ.
“Esok
boleh cik adik…”. Hah…aku pula yang menganga. Tak akan tak khatam lagi kot. Ni
kalau nak nikah Surah wajib kena tahu ni!. Nampak gaya nak nikah pun tak lepas.
Hish…Nurin ni melalut apa sampai nikah pula. Aku sudah tersengih. Melalut pula
yang bukan-bukan.
“Kalau
camtu. Esok datang lain. Esok je lah saya bagitahu nama penuh saya. Kalau Encik
Luqman Hakimi dapat baca Surah Al-Fatihah dengan jayanya. Saya akan jawab apa
aje soalan yang encik nak tahu pasal saya”. Sengaja aku cakap begitu. Bukan apa
nak bagi sumber inspirasi untuk dia berusaha. Yakin sangat aku, tak akan dalam
masa tak sampai 24 jam dia boleh baca Surah Al-Fatihah dengan fasih dan lengkap
tajwidnya. Kita tunggu esok!. Hati aku pula yang tak sabar.
Dia
berlalu pergi dengan muka yang ketat. Tahu tak apa!. Ingat senang-senang nak
mengorat salegirl macam aku. Ingat muka kacak, duit penuh dalam poket aku
pandang. Ini Nurin Kamila ye…nak cari pakwe atau calon suami kena ada ilmu
agama penuh didada. Bukan ilmu dunia je…ilmu akhirat lagi penting tahu!.
Luqman
Hakimi duduk melongo di atas gazebo yang menghadap kolam renang milik
keluarganya saat ini. Peristiwa petang tadi bermain lagi dikepalanya. Sungguh
dia tak sangka gadis salegirl berwajah cantik ala-ala gadis Timur Tengah itu
hendak memberi syarat sebegitu pula. Mencabar sungguh!. Malu pun ada. Sebabnya
selama hayatnya berusia 26 tahun ini hal-hal akhirat memang dia pandang enteng.
Dunia juga yang dikejar. Rasanya macam nak menyerah kalah je!. Entah apa-apa
syarat. Tak membangun minda betul. Cemuh Luqman Hakimi.
Tapi
bila fikir pasal Andrea dia mula rasa gelabah. Hish…nak buat apa ni. Akhirnya
dia berdiri, menuju ke bilik abahnya Tan Sri Hisham. Pastinya petang-petang
begini, abahnya sudah duduk di sejadah membaca Al-Quran. Nampaknya terpaksalah
dimancungkan hidung dan disorongkan pipi untuk mengadap wajah abah
kesayangannya itu.
“Asalammualaikum
abah!”. Dia memberi salam selepas pintu diketuk beberapa kali. Hah…cepat aje
dia praktikan apa yang diperolehi petang tadi. Ini gadis salegirl punya
penangan.
“Waalaikumusalam.
Masuklah Luqman”. Terdengar suara Tan Sri Hisyam menjemput anak sulungnya
masuk. Dia pun hairan sebenarnya. Kalau setiap kali menyapa pun dia lebih suka
menggunakan sapaan omputih. Jarang benar nak menyapa dengan memberi salam.
Namun Tan Sri Hisyam bersyukur dalam hati. Walau perubahan tidak banyak, sikit
pun jadilah.
Luqman
Hakimi duduk di sisi abahnya yang masih berteleku di depan Al-Quran yang
terbuka luas. Mungkin abahnya sedang membaca Al-Quran barangkali.
“Abah!”.
Panggilnya. Namun sedikit teragak.
“Ada
apa Luqman?”.
“Kalau
saya nak minta sesuatu, abah jangan gelak ye”. Tan Sri Hisyam sudah mengangkat
kening. Dengar cara Luqman cakap macam besar sangat masalah yang menimpanya
ini.
“Kalau
kena caranya, abah boleh bagi”.
“Ajar
Luke baca Surah Al-Fatihah dengan betul tajwidnya”. Balas Luqman Hakimi
menunduk. Malu sebenarnya nak bertentang mata dengan abah sendiri.
Tan
Sri Hasyim sudah mengulum tawa. Memang dia nak ketawa pun. Tapi bila lihat
wajah Luqman Hakim yang menunduk. Dia tak jadi ketawa. Pelik memang pelik. Tak
pernah Luqman Hakimi nak minta dia ajar perkara-perkara berkaitan agama ini.
Jauh panggang dari api. Serupa isterinya juga. Suka pada hiburan walau usia
makin menginjak ke senja. Dia rasa bersalah sesangat. Dia gagal sebagai ketua
keluarga untuk mendidik isteri dan anaknya sendiri.
Tapi
permintaan mengejut Luqman Hakim ini benar-benar buat dia terkejut. Tergamam
sekejap!. Apakah doanya yang tak kunjung padam pada ALLAH sudah menemui
jalannya?. Dia bersyukur sangat-sangat andai apa yang didoakan selama ini
dimakbulkan ALLAH.
“Boleh.
Abah boleh ajar. Luqman nak belajar apa lagi. Nak belajar solat?. Abah sedia
Luqman”. Tan Sri Hisyam sudah menguntum senyum. Dalam hati terasa lega. Seperti
ALLAH menurunkan seribu ketenangan buatnya. Luqman Hakimi memerhati wajah tua
abahnya. Niat asal nak belajar baca Surah Al-Fatihah je. Tapi kalau dia belajar
memantapkan solatnya pun okey juga. Takut nanti gadis salegirl letak syarat nak
solat jemaah pula. Haru tu!.
Aku
dan Shira sudah tergolek di atas katil bujang yang kami kongsi bersama.
Sebenarnya tak sabar nak lihat apa yang terkandung dalam surat yang tertulis
besar perkataan Berjaya Corporation itu. Rasanya sebulan lepas aku menghadiri
temuduga untuk jawatan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia di Berjaya
Corporation. Lepas tu senyap terus. Aku andaikan memang aku tak ada rezeki.
Alih-alih hari ini pula aku dapat surat dari syarikat itu. Mungkin nak bagitahu
aku berjaya atau aku telah gagal dalam temuduga jawatan itu.
Dengan
lafaz Bismilah aku mengoyakkan sampul surat itu. Mataku tertera membaca satu
persatu setiap perkataan yang ditulis.
Sampai kepada perkataan ‘Congratulations’ aku sudah tersengih. Terus aku
melompat dari katil. Syukur yang tak terhingga pada ALLAH. Akhirnya aku berjaya
juga dapat jawatan itu. Lepas ini bolehlah aku balik kampung jumpa Tok Wan dan
Mak aku.
“Nurin
dah dapat kerja!”. Tanpa malu aku dah separuh menjerit keriangan. Shira yang
berada disebelahku sudah tersenyum tawar.
“Hmm…nanti
aku kerja soranglah. Kau dah dapat kerja”. Dia bernada sendu. Aku perhatikan
wajah Shira yang sudah kelat itu.
“Tak
apa Shira. Kau jangan risau. Nanti bila aku dah masuk kerja, ada je jawatan
kosong. Aku inform kat kau”. Aku sudah berjanji. Kerja pun belum lagi aku dah
siap nak carikan kerja untuk Shira pula.
“Aku
ni belajar setakat SPM je…apa kerja yang sesuai dengan aku”.
“Tak
apa…nanti pandailah aku carikan jawatan yang sesuai untuk kau. Kerani fail ke?
Komputer kau tahu tak?”. Pantas Shira mengangguk.
“Macam
tu senanglah”. Aku sudah mengorak senyum pula.
Seronok
sebenarnya. Akhirnya kerja yang aku cari sepadan dengan kebijaksanaan aku
muncul juga. Aku tak jadi nak tidur. Tengok pada surat tu esok aku dah kena
lapor diri. Alamak! Aku tak prepare apa pun. Kalut aku buka almari baju. Adalah
dua tiga pasang baju kurung yang masih elok untuk aku pakai esok. Nanti kena
shoping cari baju yang sesuai. Nasib baik ada juga simpanan aku selama berkerja
jadi salegirl tu. Tak adalah nak menyusahkan tok wan dan mak lagi nak minta
duit.
best sangat-2 nak lg boleh.
ReplyDeletetengah perah otak ni...
ReplyDeleteAssalamuallaikum.. Best citer nhe.. Cayalah akak.. Hurmmm , akak saya nak sangat nurin ni jenis tutup aurat takut dengan dosa, n dia suka pakai baju kurung and tudung melepasi dada.. saya hope akak terima cadangan saya.. papepun terbaek ah mcm novel Suamiku Mr Blind :D
ReplyDelete