Tuesday 15 January 2013

OKu Sayang Bab 13


Bab 13
Pintu bilik dihempas kuat oleh Mike. Marah betul dia kerana diperli Ain Syuhada lebih sudu dari kuah semasa di butik tadi. Dia memang menyampah bila  tangan  Rayyan Aziz asyik ditarik oleh Ain Syuhada. Seperti takut Rayyan Aziz direbut olehnya. Mike menarik senyum herot, memang selama ini pun Rayyan Aziz adalah kepunyaannya, cuma Ain Syuhada yang merebutnya. Kalau tak kerana idea bodoh Puan Maimun tentu dia tidak sakit hati begini.
“Mike, sudahlah merajuk tu?...I lemaslah. Penat nak layan karenah U. I kan dah minta U bersabar . Tak lama je lagi. 2 minggu je. Lepas tu back to normal k”. Rayyan Aziz memujuk di balik pintu. Lenguh tangannya memulas tombol pintu bilik. Namun dikunci dari dalam.
“U rasa boleh back to normal ke?...dengan mulut puaka tunang U tu. I tak rasa hubungan kita menjadi lebih baik. I tak sanggup nak tengok sandiwara U all”. Jerit Mike dari dalam bilik.
“Berapa kali I nak cakap. I memang tak da perasaan pada perempuan. Feel tak da. Apatah lagi nafsu. U know me. I kawin pun sebab my mom. Please understand!”. Rayyan Aziz masih berdiri di pintu. Memang tadi dia sudah lihat wajah Ain Syuhada yang mencuka. Sakit hati barangkali kerana dia lebih banyak melayan Mike. Tapi dia sudah geli untuk bersandiwara lagi. Geli untuk memaksa diri menyukai Ain Syuhada. Tapi demi menutup kepincangan diri, dia perlu buktikan pada semua orang dia lelaki sejati dengan mengahwini Ain Syuhada.
“Pleasa Mike. U jangan macam ni. U nak buka pintu ke atau U nak I pecahkan pintu ni”. Rayyan Aziz sudah mengeluarkan amaran. Dia masih bersabar dengan berpeluk tubuh di muka pintu. Dalam pada itu terbit juga rasa lucu kerana sedang memujuk adik angkatnya versi terangkat itu. Pintu bilik terbuka sedikit, pantas Rayyan Aziz menolak kasar. Dia melihat Mike sedang terbaring hanya berseluar boxer sahaja. Dia sudah senyum mengherot. Malam dibiarkan berlabuh dengan damai seiring dengan tembolok masing-masing dipenuhi dengan nafsu serakah.


Puan Maimon sudah berdiri di hadapan pintu kondo bernombor 12 itu. Semalam sudah puas dia menelefon Rayyan Aziz minta mengambilnya di Hentian Puduraya. Namun telefon tidak diangkat. Sudahnya dia terpaksa meminta Ain Syuhada datang menjemputnya. Mujurlah hari ini merupakan hari cuti hujung minggu. Risau benar kalau menyusahkan bakal menantunya itu. Kalau tak kerana permintaan Ain Syuhada memintanya terlibat sama dalam urusan pemilihan baju dan hantaran perkahwinan, dia pun tak berminat untuk turun ke KL.
“Ain tak nak masuk ke?”. Soalnya setelah mereka keluar dari perut teksi.
“Bukan tak sudi, tapi Ain dah janji dengan Kak Melissa nak ke klinik. Anaknya tak sihat. Abang pula outstation”. Jawab Ain Syuhada sambil tangannya ligat mengeluarkan beg dari bonet teksi. Puan Maimon hanya senyum. Mujur Ain Syuhada ada, taklah dia terkebil-kebil di Puduraya. Hendak terus ke rumah Rayyan Aziz, memang dia tak tahu hendak naik apa?. Bagaimana nak ke sana? Nasib baik, turun je dari bas ekspres Sinaran, Ain Syuhada sudah terpacak menunggunya.   
Ain Syuhada bersalaman dengan Puan Maimon sebelum dia masuk semula ke perut teksi. Kemudian mereka berbalas senyum sebelum teksi bergerak perlahan meninggalkan perkarangan kondo Permaisuri ini. Puan Maimon melangkah menuju ke lif lalu melangkah masuk ke perut lif. Punat bernombor 7 itu ditekan.
 Lama dia berdiri di situ, loceng sudah 2 kali ditekan namun bayang Rayyan Aziz untuk menjenguk ke pintu pun tidak nampak. Perlahan Puan Maimon memulas tombol pintu, pintu grill pula dibiarkan terbuka menganga tidak ditutup. Apatah lagi hendak dikunci. Puas dia menggeleng. Kenapalah alpa benar anak terunanya ini sampai pintu rumah pun tidak dikunci. Nasib baik duduk di kondo yang lengkap dengan sekuriti ini. Jika tidak…hmmm, nasiblah kalau dimasuki perompak.
Dia melangkah dengan berhati-hati sambil memberi salam. Namun sunyi. Matanya melilau melihat persekitaran rumah yang kemas ini. Dia senyum memikirkan kerajinan anak terunanya ini yang suka mengemas rumah. Malah dia juga seorang yang teliti dan cermat dalam menguruskan diri. Pintu bilik utama renggang sedikit, Puan Maimon tidak teragak-agak masuk untuk mengejutkan Rayyan Aziz jika anak terunanya itu masih melingkar di atas katil. Mahu saja disekeh kepala kerana tidur hingga tengahari. Bilik tidur memang kelam. Selimut dikelubung hingga menutup seluruh anggota. Puan Maimon menarik langsir, biar cahaya matahari masuk. Biar anaknya terkejut beruk melihat dia tercongok di situ.
Serta merta bilik tidur ini terang benderang. Puan Maimun memang terkejut. Bukan tahap beruk lagi tapi sudah tahap gorilla. Dia beristigfar beberapa kali sambil memegang dadanya. Dia terasa sesak. Dia terasa sukar bernafas. Air mata sudah bergenang di tubir mata.
“Astagfirullahhal azim. Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan untuk menghadapi ujianMu”. Dia sudah menjerit sekuat hati. Rayyan Aziz dan Mike bangun terpisat-pisat apabila mendengar suara wanita melengking dengan kuatnya.
“Ya Allah Rayyan, Mike! Kamu nak jadi apa hah?!!!Nak jadi kaum Nabi Luth yang dilaknat ALLAH”. Puan Maimon memalingkan mukanya. Rasa jijik untuk melihat wajah anak teruna kesayangannya itu. Malu dan jijik melihat kedua makhluk itu yang tiada seurat benang pun senang berseketiduran di atas katil. Dia sudah terjelepok. Lemah lututnya melihat adegan yang menjijikkan ini. Dia mengurut-ngurut dadanya sambil beristigfar. Rasa menyesal, sedih, geram, marah bersilih ganti di hatinya.

Ain Syuhada terkocoh-kocoh keluar dari kereta Melissa. Puan Maimon sudah setia menanti di perkarangan kondo tempat dia turun tadi. Melissa turut serta keluar dari perut kereta bersalaman dengan Puan Maimon. Wajah wanita itu kelat dan keruh.  Ain Syuhada sedikit pelik melihat wajah Puan Maimon yang bertukar riak. Masa dihantarnya pagi tadi penuh ceria, sekarang keruh pulak.
“Kenapa ibu?” Sengaja dibahasakan begitu. Permintaan Puan Maimon juga agar Ain Syuhada memanggilnya ibu. Lebih mesra katanya.
“Penat ibu tunggu macam tunggul depan pintu rumah. Orangnya tiada”. Balas Puan Maimon berbohong. Ain Syuhada menarik senyum. Oh itu, sebabnya wajah Puan Maimon keruh. Penat dan marah barangkali menunggu sesuatu yang sia-sia. Ain Syuhada mengeluarkan galaxy SII lalu didail nombor tunangannya itu. Namun sampai ke deringan terakhir, telefon itu tidak disambut.
“Jomlah…ikut Ain balik ke rumah”. Pelawanya pula. Tangan Puan Maimon diraih lalu dibawa masuk ke perut kereta. Beg pula dijinjit oleh Melissa lalu dimasukkan ke bonet kereta. Enjin dihidupkan lalu kereta bergerak laju keluar dari perkarangan kondo itu. Puan Maimon masih diam. Sesekali matanya melirik ke arah wajah manis Ain Syuhada. Sedih, marah dan malu bermain di kepalanya memikirkan perangai setan Rayyan Aziz. Patutlah kemana saja ada Rayyan, di situ  ada Mike. Dia yang bodoh selama ini. Bodoh kerana tidak dapat menilai sifat songsang yang ada pada Rayyan anak teruna tunggalnya itu.
Kepalanya buntu memikirkan perkahwinan Rayyan Aziz dan Ain Syuhada yang bakal berlangsung 2 minggu lagi. Tegakah dia membiarkan saja Ain Syuhada menjadi menantunya. Tegakah dia membiarkan Ain Syuhada tersiksa zahir dan batin andai diketahui sifat sebenar Rayyan Aziz. Puan Maimon diam, sesekali matanya dipejamkan cuba mengusir perkara-perkara yang menyesakkan dada.
Kereta diparking di posh rumah berkembar 2 tingkat itu. Ain Syuhada menarik tangan Puan Maimon membuntutinya. Tangan kirinya pula menjinjit beg pakaian Puan Maimon. Melissa pula mendukung Auni Syahira yang tidak sihat. Kepulangan mereka disambut oleh sengihan Dani Ammar dan bibik di muka pintu. Mereka langsung ke tingkat atas. Melissa pula masih di bawah melayan kerenah Dani Ammar yang  macam-macam itu. Auni Syahira pula diletakkan di katilnya menyambung tidur. Nyenyak betul tidurnya kerana baru sahaja lepas minum ubat.
Puan Maimon senyum tawar mengenang sikap prihatin Ain Syuhada yang tenang melayannya. Perasaan simpati terlukis diwajahnya. Simpati mengenangkan wajah polos itu akan melalui hidup seperti neraka jika menjadi isteri Rayyan Aziz.
“Malam ni ibu tidur sini je. Saya dah telefon Rayyan tapi tak berjawab. Ibu ada bagitau dia ke nak datang sini?”. Soal Ain Syuhada. Pelik!. Kemana pula Rayyan Aziz pergi. Sampaikan sudah berkali-kali dia menelefon langsung tidak dijawab.
“Ishh…Menyusahkan Ain saja. Ibu kena balik hari ni juga. Memangla ibu datang ni nak bantu mana patut. Ibu ingat kalau dah settle, petang ni jugak ibu nak balik. Tapi macam ni pula jadinya. Rayyan pun entah kemana pergi. Dari semalam lagi ibu telefon, tapi tak diangkat.” Bohong Puan Maimon lagi. Nasib baik Ain Syuhada tidak jadi ikut ke rumah Rayyan Aziz pagi tadi. Kalau tidak tak dapat dibayangkan reaksi Ain Syuhada. Dia pun sampai sekarang masih belum berpijak di bumi nyata. Masih di awang-awangan untuk menerima kenyataan sifat songsang Rayyan Aziz yang menyakitkan hati sanubarinya.
“Tak da susahnya ibu. Ain tak bawa pun lagi ibu  lihat baju pengantin tu. Semalam Ain dah janji dengan Rayyan nak bawa ibu sekali”. Memang selepas bertekak semalam soal baju pengantin yang hendak dipilih, Ain sudah memutuskan biar Puan Maimon saja yang pilih. Dia memang sakit hati bila Mike mencadangkan warna tema perkahwinan mereka hitam. Macam orang berkabung je. Memang sakit hati, ginjal, jantung dan sewaktu dengannya memikirkan sikap Mike yang lebih sudu dari kuah. Tambah sakit hati bila Rayyan Aziz hanya menurut kehendak Mike. Dia pun keliru sebenarnya siapa tunang Rayyan yang betul. Dia atau Mike. Nauzubillahiminzalik. Dia beristigfar dalam hati memikirkan sakit hati yang bercambah-cambah itu.
“Macam nilah Ain, nanti Ain bawa ibu ke butik tu. Kita tengok warna apa yang sesuai untuk baju pengantin nanti. Rayyan tak ikut pun takpa. Kita je yang pilih. Lepas selesai, Ain hantar ibu ke Puduraya ye?. Ibu nak balik Nilai hari ni juga”. Putus Puan Maimon sedikit tegas. Sememangnya dia sudah tiada hati lagi untuk memilih warna baju pengantin Ain. Tapi bila melihat wajah polos Ain dia tak sampai hati. Dia pun tak pasti sama ada perkahwinan ini perlu diteruskan atau tidak. Ditelan mati Ain, diluah pun Ain yang mati.

Lewat maghrib dia sudah sampai di depan rumahnya. Dia melangkah longlai masuk ke rumah banglo miliknya dan suami. Di rumah inilah segala memori disimpan untuk dikenang sehingga nyawa terpisah dari jasad. Usai solat maghrib yang sudah dihujung waktu, Puan Maimon memanjat doa yang panjang. Dia menangis teresak-esak mengenangkan kepincangan moral anak terunanya itu. Kalaulah suaminya masih ada, tentu rentak hidup Rayyan tidak sebegitu. Dia pun tak pasti bila Rayyan Aziz bersifat songsang, keluar dari landasan Islam. Diakan yang salah kerana terlalu memberi kebebasan dan kepercayaan yang tinggi pada Rayyan Aziz.
Bunyi bising-bising di bawah membantutkan doanya kepada Allah Yang Esa. Dia meyudahkan doa dan bacaan wiridnya. Kain telekung ditanggalkan lalu disidai di penyangkut baju. Perlahan-lahan dia menapak turun ke tingkat bawah. Rayyan Aziz sedang elok duduk di sofa dengan Mike yang tersengih di sisi. Mahu saja dikerat 18 kedua-kedua manusia bertopengkan syaitan ini. Namun dia cepat-cepat beristigfar dalam hati. Mohon pada Allah agar makhluk berdua ini kembali ke pangkal jalan.
“Ibu dah tahukan Rayyan macamana. Jadi ibu nak Rayyan teruskan ke pernikahan ini?”. Soal Rayyan Aziz bongkak tanpa selindung lagi. Straight to the point. Senang. Puan Maimon hanya menelan liur. Pahit seperti menelan buah cengkudu.
“Kenapa Rayyan buat macam ni nak?Tak ingat Allah?Rayyan tak fikir kesan dan akibat buat perkara yang jijik ni. Apa nak jadi dengan kamu, nak”. Puan Maimon sudah mengongoi kesedihan. Dia sudah tidak peduli lagi untuk menangis seperti anak-anak kecil.
“Ibu, Rayyan sebenarnya memang tak nak kawin pun. Tapi ibu yang selalu desak. Rayyan takda feel la pada perempuan. Rayyan rasa bahagia dengan Mike”. Jawab Rayyan lantang dan bersahaja. Mike hanya tersenyum bahagia mendengar kata-kata Rayyan itu.
“Tuih…ptuih…”. Puan Maimon sudah membuang ludah. Rasa loya mendengar anak terunanya berkata begitu. Rasa sedih yang mencengkan di hati kini bertukar menjadi sakit hati mendengar kata-kata Rayyan yang penuh bongkak itu.
“Kamu takkan bahagia Rayyan. Hidup kamu akan dilaknat Allah selagi kamu tidak kembali ke pangkal jalan. Bertaubat Rayyan, Mike. Kita orang Islam, berdosa besar apa yang kamu buat ni, nak”. Puan Maimon masih cuba untuk menasihati anak kesayangannya itu. Rayyan dan Mike hanya tersenyum sinis. Bosan mendengar nasihat dari Puan Maimon. Mereka masih muda, perlu enjoy!. Buat perkara yang mereka rasa bebas dan bahagia. Soal dosa fikirkan bila dah tua. Bertaubat? Masih awal lagi untuk buat semua itu.
“Alang-alang ibu dah tahu sifat Rayyan yang sebenarnya, Rayyan tak nak teruskan pernikahan ini. Putuskan saja pertunangan Rayyan, bu”. Puan Maimon sudah mengurut dada, terkejut mendengar permintaan Rayyan itu.
“Kau dah gila ke apa? Tinggal 2 minggu lagi. Kau tak kesian pada Ain, pada keluarganya”?
“Ibu suka kalau tengok hidup Ain sengsara dengan Rayyan?. Rayyan tak kan berubah bu. Rayyan bahagia dengan Mike. Rayyan buat semua ni pun sebab ibu desak suruh kawin. Ain tu cuma kambing hitam je. Kebetulan dia je yang bodoh dan tergilakan Rayyan. Dia je yang Rayyan rasa boleh diperbodohkan”. Rayyan Aziz masih bongkak. Mike sudah ketawa mendengar kata cacian Rayyan terhadap Ain Syuhada. Gembira betul dirasakan hari ini.
Puan Maimon sudah mengurut-ngurut dadanya sambil beristigfar pada Allah. Mohon agar diberi kekuatan mendengar kata-kata dari seorang anak yang sudah jauh tersasar.
“Kalau Rayyan tak berubah. Jangan sesekali pijak rumah ni lagi. Ibu takda anak macam Rayyan. Terkutuklah kau selagi tak bertaubat pada Allah”. Puan Maimon sudah meninggikan suaranya. Biar hilang anak dari hilang pegangan hidup sebagai Muslim. Dia tidak mahu tengok muka Rayyan lagi. Manusia berperangai syaitan itu.
 Rayyan dan Mike hanya tersenyum herot. Rasa bahagia dan bebas kerana tidak perlu berpura-pura lagi. Kalaulah Malaysia menghalalkan hubungan sesama jenis pasti mereka akan membuat   satu majlis yang paling glamour untuk memaknakan hubungan ini.
Puan Maimon hanya menangis tersedu-sedu melihat Rayyan dan Mike melangkah keluar dari rumah banglo ini tanpa berpaling lagi. Kata-kata amaran dari Puan Maimon langsung tidak berbekas di hati Rayyan. Dia rela hilang ibu dari hilang Mike.

No comments:

Post a Comment