Bab 15
Ain Syuhada sudah siap menggalas beg
tangan. Walaupun belum sihat sepenuhnya, dia sudah tidak sabar untuk pulang ke
Kuala Lumpur. Dia sudah nekad untuk bersemuka dengan Rayyan Aziz. Tegakah
lelaki itu membiarkan ibunya memutuskan pertunangan mereka tanpa alasan yang
kukuh.
“Ain tu tak sihat.
Nak balik Kolumpu jugak ka?”. Puan Ainon sudah berdiri di muka pintu melihat
Ain Syuhada menyarungkan kasutnya. Namun Ain Syuhada tetap dengan niatnya. Dia
mengangguk lemah. Tangan ibunya disalam lalu dicium. Encik Ismail sudah siap
menunggu di dalam kereta. Dia hendak
menghantar Ain Syuhada ke stesen bas
ekspres di Sungai Petani.
“Ain banyak-banyak
sabar ya.” Puan Ainon mengusap belakang Ain Syuhada dan mengucup pipinya tanda
kasih yang amat buat satu-satunya anak perempuan yang dia ada. Ain Syuhada
melangkah masuk ke dalam perut kereta dengan wajah yang muram. Dia masih lagi
terkejut dengan berita pertunangannya yang putus. Namun dia nekad untuk
mengetahui sebab musabab pertunangan ini diputuskan.
“Ain, jangan fikirkan
sangat benda tu. Anggap saja jodoh Ain bukan dengan budak tu. Ayah tak nak Ain
terlalu ikutkan hati. Adalah jodoh yang lebih baik Allah ciptakan untuk Ain.
Sabar ye nak?”. Encik Ismail menitipkan kata-kata berupa nasihat itu. Dia sedih
melihat keadaan Ain Syuhada yang begitu kecewa. Ain Syuhada hanya diam. Bas
Sani Express sudah siap menunggu di platform 4. Tanpa berlengah Ain Syuhada
bersalam dengan ayahnya lalu meminta diri untuk masuk ke perut bas. Encik
Ismail melihat bas Sani Express itu bergerak perlahan meninggalkan stesen bas
ekpress Sungai Petani sehingga bas itu hilang pada pandangan matanya. Dia
berdoa dalam hati agar Ain Syuhada tabah menghadapi ujian ini.
Loceng pintu ditekan
berkali-kali oleh Ain Syuhada. Dia sudah tidak sabar untuk bersemuka dengan
Rayyan Aziz. Turun saja dari bas di Puduraya dia mendapatkan teksi terus ke
Kondo Pemaisuri ini. Dia berdiri di hadapan pintu rumah Rayyan Aziz. Masih
setia menunggu sehingga pintu rumah dibuka.
“Ain!”. Wajah Rayyan
Aziz sudah berubah. Terkejut melihat Ain Syuhada yang berdiri di muka pintu.
Mujurlah hari ini dia MC. Tiba-tiba badannya tidak sihat.
“Ain nak tahu, kenapa
kita putus?”. Tanpa sabar Ain Syuhada sudah meninggikan suaranya. Dia mahu
Rayyan Aziz menjawab pertanyaannya. Rayyan Aziz terus menarik tangan Ain
Syuhada lalu dibawa masuk ke rumahnya.
Ain Syuhada hanya menurut. Dia sudah tidak peduli berada di kondo Rayyan Aziz,
yang penting jawapan dari mulut Rayyan Aziz sendiri.
“Ibu I yang putuskan
pertunangan kita”. Jawab Rayyan Aziz bersahaja tanpa sedikit pun perasaan
kesal. Ain Syuhada mengamati wajah Rayyan Aziz yang tiada riak sedih. Sukakah
dia mereka putus tunang?.
“Kenapa awak tak pertahankan? Awak tahukan selama ni saya sayang pada awak.
Semenjak di UM lagi”. Tanpa selindung Ain Syuhada meluahkan perasaannya pada
Rayyan. Sumpah!. Sejak di UM lagi dia memang meminati Rayyan. Mencintai Rayyan
dalam diam. Walau dia tahu mungkin
cintanya tidak berbalas. Namun kuasa Allah, dia begitu bahagia apabila Rayyan
Aziz mahu melamarnya. Mahu memaknakan hubungan mereka.
“Sebenarnya Ain. Saya
tak pernah sayangkan Ain. Cinta pada Ain jauh sekali”. Jawapan yang keluar dari
mulut Rayyan Aziz dirasakan seperti guruh yang berdentum kuat di langit.
Menggegarkan seluruh isi alam.
“Habis tu…selama ni
awak berpura-pura. Kenapa saya?”. Lemah lututnya mendengar pengakuan Rayyan
Aziz. Dia terduduk di sofa. Badannya disandarkan lemah. Air mata sudah
berjuraian di pipi.
“Sebab ibu saya nak
sangat saya kawin. Kebetulan Ain yang saya jumpa.” Mudah sekali kata-kata itu
meluncur laju dari mulut Rayyan Aziz.
“Kenapa awak
permainkan saya Rayyan? Apa salah saya?”. Ain Syuhada sudah menjerit. Hatinya sakit
diperbodohkan Rayyan Aziz.
“Saya terdesak. Jadi
awak yang saya pilih”.
“Kalau kita jadi
kawin…awak hanya akan berpura-pura. Awak pertaruhkan hidup saya. Tergamak awak
buat saya macam ni?”. Ain Syuhada sudah berdiri. Matanya merenung tajam Rayyan.
Rasa seperti mahu ditumbuknya lelaki itu.
“Yup. Saya fikir
lepas setahun kita kawin. Saya akan ceraikan awak. Tapi sekarang saya rasa lega
yang amat. Tak perlu berpura-pura. Pertunangan kita pun dah putus. Saya
betul-betul lega.” Rayyan Aziz tersenyum. Mata Ain Syuhada sudah mencerlung tajam.
“Too much. Awak
melampau.” Satu tumbukan padu singgah di pipi Rayyan Aziz. Rasakan sakitnya.
Nak main-main dengan aku. Aku ni srikandi seni silat gayung. Ain Syuhada
menumbuk pula perut Rayyan Aziz. Lelaki itu menunduk menahan perit . Begitu
berbisa tumbukan yang Ain Syuhada berikan. Huh! Nasib baik tak jadi kawin.
Kalau dia tahu aku ni macamana. Mahu dia gulaikan aku malam pertama kami kawin.
Serentak itu Ain
Syuhada melangkah keluar. Puas hati dapat hadiahkan dua penumbuk pada Rayyan
Aziz. Namun hatinya tetap sakit. Dia berlari turun ke bawah menggunakan tangga.
Setelah lelah dia duduk di kaki tangga. Menangis semahu-mahunya. Rasa bodoh
kerana dipermainkan.
Puan Ainon dan Encik
Ismail terkejut menerima kedatangan tetamu yang tidak dikenalinya. Dua buah
kereta sudah diparkir di hadapan rumahnya. Muncul dua pasang keluarga dengan membawa tepak
sirih. Puan Ainon sudah tercengang-cengang. Pelik melihat rombongan yang tidak
dikenalinya itu. Namun sebagai adab menyambut tetamu, mereka tetap menerima
kedatangan tetamu itu dengan tangan terbuka.
Puan Azizah dan Datuk
Adila melangkah masuk,diikuti suami. Turut bersama adalah ayah dan mak
mertuanya. Mereka datang pun dalam keadaan tergesa-gesa. Membawa dulang
hantaran yang tidak seberapa. Puan Ainon dan Encik Ismail pula tertanya-tanya
melihat tepak sirih yang dibawa wanita sebaya mereka.
“Maaflah, kerana
kedatangan kami ni tak diundang. Datang mengejut macam ni?”. Encik Sharif ayah
mertua Datuk Adila sudah memulakan mukadimah. Encik Ismail hanya tersenyum.
“Hmm…tak apa. Tetamu
datang tetap kami sambut dengan senang hati. Apa hajatnya datang macam
rombongan meminang ja”.
“Memang pun kami ni
rombongan meminang.” Tambah Encik Sharif lagi.
Puan Ainon dan Encik
Ismail sudah terkejut. Datang untuk meminang siapa pula.!
“Macam ni. Anak saya
Aidil Zafran bos tempat Ain Syuhada kerja, dahlama dia berkenankan pada Ain.
Tapi dia terlambat sikit memulakan langkah. Bila Ain putus tunang. Tanpa
menyempat dia suruh kami masuk meminang. Takut katanya kalau Ain terlepas
lagi.” Puan Azizah pula menyampuk. Datuk Adila dan para tetamu hanya
tersenyum-senyum.
“Betul tu, pakcik.
Semalam pukul 4 pagi dia balik dari Kedah. Dia suruh kami meminang Ain. Itu
yang pagi tadi kami bertolak dari Kuala Lumpur. Saya ni kakak kepada Aidil
Zafran”.
Encik Ismail dan Puan
Ainon saling berpandangan. Rupanya ini rombongan dari Aidil Zafran bos si Ain
yang OKU itu. Encik Ismail mengamati wajah wanita dihadapannya itu. Wajah ibu
Aidil Zafran. Rasanya seperti pernah dilihat wanita ini.
“Macamana tahu datang
ke sini?”. Soal Encik Ismail.
“Pak Deris yang bawa”.
Jawab Datuk Adila. Encik Ismail tersenyum lagi apabila melihat Pak Deris dalam
kelompok rombongan ini.
“Maaflah kalau saya
nak tanya ni?”. Encik Ismail berjeda. Matanya melihat seraut wajah Puan Azizah.
“Tanyalah?”.
“Saya rasa macam
pernah tengok wajah puan ni. Tapi dah tak berapa ingat”.
“Hmm…yelah macam
pernah tengok.” Tambah Puan Ainon pula.
“Itulah masa saya
datang ke kampung ni. Saya terkejut jugak. Bapa saya dulu tok penghulu kampung
ni. Saya jarang balik ke sini lepas dah kawin. Bila datang sini terkejut
jugakla. Hampir tak cam dah kampung ni”. Ulas Puan Azizah. Memang dia seperti
pernah ke sini 10 tahun lepas. Datang melihat Aidil Zafran yang kemalangan
dulu.
“Ni anaknya Tok Darus
kan? Azizah”?. Puan Ainon menyoal.
“Ha…betullah tu”.
“Tak ingat ka? Saya
ni Ainon, yang ni Ismail. Kita pernah jumpa masa kami melawat Aidil Zafran kat
hospital dulu. Ingat dak 10 tahun lepas?”. Puan Azizah sudah terangguk-angguk.
Mereka berpelukan. Rupanya saling kenal-mengenali.
“Ah..ha…itulah tadi
masa salam rasa macam nak kenal. Saya tak salah oranglah. Kalau macam ni
mudahlah.” Para tetamu sudah mengucap syukur. Nampaknya kedatangan mereka tidak
sia-sia. Seperti berjodoh pula Aidil dan Ain. Semuanya menjadi mudah.
“Tapi…Azizah tahukan
apa yang dah jadi?”. Encik Ismail sudah bernada pilu. Puan Azizah mengangguk
perlahan. Raut wajahnya berubah simpati dengan keadaan keluarga Ain Syuhada.
“Aidil dah cerita
segala-galanya. Kalau peminangan kami ni diterima. Kita teruskan saja apa yang
tergendala tu. Kita buat terus nikahnya. Mereka pun dah lama kenal”. Puan
Azizah sudah mengusulkan cadangan. Rancangan pernikahan yang sepatutnya tidak
jadi itu diteruskan juga. Bezanya pengantin lelaki adalah Aidil Zafran.
“Alhamdulilah.
Nampaknya jodoh Ain dengan Aidil. Syukur pada Allah. Terima kasih pada Azizah
sekeluarga kerana menyelamatkan maruah
kami.” Encik Ismail sudah mengucapkan syukur. Doanya dimakbulkan Allah. Maruah
mereka sekeluarga dapat diselamatkan.
“Kalau macam tu
kiranya jadilah?”. Encik Sharif meminta kepastian.
Puan Ainon dan Encik
Ismail sudah senyum. Cincin tunang bertukar tangan.
“Tapi…Ain Syuhada
setuju tak?”. Puan Azizah menyoal pula. Risau kalau Ain Syuhada tidak setuju.
Maklumlah anaknya tidak sempurna seperti lelaki lain.
“Saya sebagai walinya
terima peminangan ini. Jangan risau, Ain
pasti terima dengan rela hati. Saya sendiri akan pastikan dia terima.”
Encik Ismail sudah berjanji. Dia tidak peduli . Ain Syuhada mesti setuju dengan
pernikahan ini. Dia pun sudah bertemu dengan Aidil Zafran. Walau OKU, dia yakin
Aidil Zafran memang jodoh Ain. Kali ini biar dia pula yang membuat keputusan.
Matanya masih bengkak
dan lencun dengan airmata yang mengalir tanpa henti di pipinya. Melissa pula
sudah puas memujuk. Mujurlah Azman tiada kerana menghadiri seminar di Kelantan selama
seminggu. Kalau tidak kecoh juga jadinya. Tak pun dia takut Rayyan Aziz bakal
dimandulkan oleh suaminya itu kerana marah memperlakukan adik kesayangannya
begitu.
“Sabarlah Ain. Anggap
tak da jodoh”. Melissa masih memujuk. Dia mengusap belakang Ain Syuhada
berkali-kali.
“Macamana nak sabar
kak. Dia buat Ain macam orang bodoh. Dia bukan cintakan Ain pun. Dia pilih Ain
sebab ibunya nak sangat menantu. Bila ibunya sendiri putuskan, dia gembira tak
ingat. Nikahnya seminggu saja lagi kak. Terpaksa batal macam tu je. Ain malu
kak. Kesian kat ayah dan mak kat kampung. Mereka lagi malu kak”. Ain Syuhada
menghembus mukusnya di tuala kecil pula. Entahlah sudah berapa liter airmatanya
mengalir dan mukusnya disia-siakan kerana jantan keparat itu. Melissa cuma memandang simpati. Kalaulah dia
punya adik lelaki pasti dia minta adiknya jadi galang ganti. Namun apakah daya
dia dilahirkan sebagai anak tunggal.
Sesi pujuk memujuk itu tergendala sebentar
apabila telefon bimbit Ain Syuhada berbunyi. Dia mengambil telefon itu dan
melihat nombor telefon di kampung tertera di situ. Dia menekan butang hijau
untuk menjawab panggilan itu.Ikut hati memang dia malas, tapi bila fikirkan
mungkin ayah atau mak yang bertelefon itu dia gagahkan jua.
“Apa? Siapa? Kena
teruskan juga?”. Dia membalas panggilan itu dengan soalan yang bertubi-tubi.
Melissa pula memandangnya dengan tidak sabar. Apa yang dibualkan sampai Ain
Syuhada sudah berkerut-kerut mukanya. Usai telefon itu diletakkan Ain Syuhada
menyambung tangis lagi. Kali ini lebih parah lagi.
“Kenapa Ain?”. Soal
Melissa tidak sabar.
“Ayah cakap,
pernikahan tetap dilangsungkan. Ayah dah cari calon suami. Ain kena terima
walau calon pilihan ayah tu duda anak lima dan sebaya ayah.” Melissa sudah
ternganga. Tak sangka ayah mertuanya sanggup buat anaknya begitu. Tak akan
terdesak sampai cekup siapa saja asal pernikahan ini jadi juga. Melissa sudah
geleng kepala.
No comments:
Post a Comment