Bab 2
Luqman Hakimi tak habis tersenyum.
Bebayang gadis yang melintas didepan keretanya pagi tadi terlayar lagi
dimatanya. Tak sangka gadis yang manis senyuman itu bekerja di Kedai
Cenderamata Heart The Curve ini. Rasa nak ucap terima kasih je pada Andrea yang
mendorongnya ke kedai itu. Kalau tidak tentu gadis yang mula mendapat tempat
dihatinya itu tidak ketemu. Kecilnya dunia dirasakan saat ini.
“Why Luke?...Why U smile like that.
Don’t say that salegirl make U heart like bam..bom..bang”. Andrea sudah mula
sakit hati bila Luqman Hakimi tak habis tersengih sejak keluar dari Kedai
Cenderamata Heart itu tadi.
“If I say yes. What are U want to
do?”. Luqman Hakimi galak menyoal Andrea calon menantu pilihan mama alias Puan Sri Khalida itu.
“Nothing!”. Balasnya ringkas. Namun
dalam hati usah cakaplah. Sudah membahang rasa marah. Tak mungkin Luke si
hotter guy in Malaysia merangkap boyfriend dan kad kredit bergeraknya ada hati
dengan salegirl kampung tu. Hish…never!.
“I feel that salegirl make me
crazy.” Sengaja Luqman Hakimi cuba membakar hati Andrea. Nak lihat aksi Andrea
calon menantu mama cemburu atau tidak.
“I tak fikir U boleh buat dia jatuh
hati pada U”. Andrea sudah mencabar. Sebenarnya sengaja dia berkata begitu. Tak
mungkin Luqman Hakimi ada hati pada salegirl kampung tu. Bukan taste dia pun.
Taste Luke gadis macam dia!. Pretty and hot!.
“Kalau I berjaya pikat dia U nak
buat apa?”
“I tinggalkan U”. Andrea menjawab
yakin.
Luqman
Hakimi sudah membulatkan mata. Nampaknya pucuk dicita ulam yang dia dapat.
Andrea memang tak termasuk dalam senarai gadis yang boleh menggetarkan naluri
kelakiannya. Buat stok pegang-pegang dan pandang-pandang bolehlah. Lebih pada
tu memang buat dia rasa nak muntah je. Dia tahu dia pun bukan kuat iman pun.
Tapi tak adalah selama berkenalan dengan perempuan jenis Andrea ni nak bawa ke
tempat tidur. Gila apa!. Tak pasal status Tan Sri Abdullah Hisyam terbang
melayang macam angin je ditiup gossip buruk pasal kelakuan anaknya. Tapi buat
dia musykil sampai ke hari ini apa yang Andrea dah guna-gunakan mamanya sampai
Andrea boleh dibuat calon menantu. Huh…sungguh tak sesuai!.
“Okey…done!”.
Tanpa banyak fikir Luqman Hakimi sudah membalas.
Suka
sebenarnya dapat membebaskan diri dari Andrea yang sudah serupa pacat menghisap
darahnya. Kemana saja asyik hendak bershoping je. Sudah banyak wangnya yang
dilaburkan buat Andrea tanpa sebarang faedah pun. Namun nak jaga hati mama
punya pasal, segala kemahuan Andrea diturut.
“Tapi
kalau U gagal pikat dia, U kena kawin dengan I”. Andrea menetapkan syarat pula.
Ingat senang begitu je dia nak lepaskan lubuk emas itu. Dia bukan bodoh sangat
nak menetapkan syarat yang tidak membawa untung buat dirinya. Luqman Hakimi
pula yang tidak keruan. Andai dia gagal, nampaknya dia akan terikat terus
dengan pacat ini seumur hidupnya. OMG!...macamanapun dia mesti memang
pertaruhan ini.
Aku
membelek jam dipergelangan tangan yang sudah menginjak ke angka 10 malam.
Nampaknya kerja sudah beres. Tunggu masa hendak balik saja. Lepas pastikan
segala kerja untuk hari ini beres, aku dan Shira mula melangkah keluar dari
Kedai Cenderamata Heart ini. Urusan menutup kedai terserah pada Madam Chia
sendiri.
“Nanti
sampai rumah, kita singgah beli burger Abang Zek kejap. Dahlama tak makanlah.
Kempunan”. Ujar Shira. Aku hanya mengangguk tanda setuju dengan permintaan
Shira itu.
Abang
Zek membuka warung burgernya di tingkat bawah Flat Seri Cempaka tempat aku
menyewa ini. Dahlama aku menyewa
semenjak zaman belajar lagi. Cuma sekarang aku menyewa dengan Shira dan 2 budak
UMKL yang masih belajar di sini.
Kawan-kawan lama semua dah balik kampung. Hanya aku je yang masih bertahan
duduk di Kuala Lumpur ini. Matlamat aku selagi tak dapat kerja yang bersesuaian
dengan tahap kebijaksanaan aku. Memang aku tak akan balik kampung. Dah banyak
kali Tok Wan dan Mak telefon suruh aku balik. Tapi U know me! Stubborn girl.
Alkisahnya
kenapa aku jaki dengan orang-orang kaya ni. Sebenarnya ada hubung kait dengan diri
aku juga. Bapa aku tinggalkan mak aku masa aku masih dalam kandungan lagi.
Nanar mak aku ditinggalkan gantung tak bertali. Rupanya mak aku adalah isteri
kedua yang dikahwini secara rahsia oleh bapa aku. Lepas isteri pertama dapat
hidu yang bapa aku nikah lain, terus dia gunakan kuasa veto minta bapak aku tinggalkan
mak aku. Rupanya bapak aku ni menantu orang kaya. Sebab tu aku benci sangat
dengan orang kaya. Apa dia orang ingat dengan kekayaan yang ada boleh buat
sesuka hati pada orang miskin macam kami. Aku pun tak pernah tahu rupa bapa aku
tu macamana. Maklumlah dia tinggalkan mak aku masa aku dalam perut mak aku lagi.
Lepas
tu mak dan tok wan aku pindah ke Kedah. Beli tanah dan hidup ditempat baru. Ramai
juga yang berkenan dengan mak aku dan berhajat nak buat bini. Tapi mak aku dah
tawar hati. Lagipun dia tak mahu aku berbapa tiri. Nasib baik aku ada tok wan. Dia
je tempat aku bermanja. Tempat aku menumpang kasih seorang ayah. Kesian mak dan
aku!. Sebab apa yang berlaku pada mak aku itulah buat aku alergik dengan orang
kaya. Bagi aku mereka ini memang sengaja nak susahkan hidup orang susah yang
sedia payah macam hidup aku ini.
Terlopong
mulut Shira bila aku berhikayat kisah kenapa aku tak suka dengan orang kaya.
Banyak kali aku teguk air masak dalam gelas kerana kering tekak bercerita
perihal aku pada Shira. Selama ini memang aku tak pernah buka mulut pun
bercerita kisah hidup aku pada sesiapa
pun. Entah kenapa hari ini rajin pula mulut aku bercerita. Habis 2 biji burger
Abang Zek aku baham sambil ralit bercerita pada Shira.
“So
lepas ni jangan tanya lagi pasal apa aku tak suka orang kaya?”. Aku sudah beri
amaran pada Shira pula. Terkebil-kebil makcik itu mendengar arahan aku.
“Kalaulah
tiba-tiba ada anak orang kaya jatuh hati dengan kau…apa kau nak buat?”. Aku
ketawa berdekah-dekah mendengar soalan cepumas dari Shira. Memang cepumas
sungguh sebabnya tak akan ada anak orang kaya yang boleh jatuh hati dengan aku.
Merepek sungguh soalan.
“Kau
ni mamai ke apa?. Cuba fikir logik. Tang mana celah anak orang kaya nak jatuh
hati dengan aku. Kerja pun kat kedai cenderamata je. Jadi salegirl. Sapa nak
pandang”. Aku balas untuk soalan tak logik dari Shira. Terkulat-kulat minah tu
kena sembur dengan aku. Yalah buat aku moody je untuk soalan yang tak berapa
nak bijaksana itu.
Lepas
penat bercerita dan mengisi perut aku masuk ke dalam bilik yang aku kongsi
dengan Shira. Apa lagi perut dah kenyang, solat Isyak pun dah selesai. Tinggal
nak buat tahi mata je lagi. Esok kena bangun macam biasa. Pastikan sebelum
pukul 10 pagi dah terpacak depan Kedai Cenderama Heart untuk memulakan tugas
semula.
“Hish…bilalah
kerja yang bersesuaian dengan kebijaksanaan aku ni nak menjelma!”. Dalam pada
itu sempat pula aku bermonolog.
Kemudian
aku menadah tangan membaca Surah 3 Qul, Ayatul Kursi dan doa tidur sebelum mata
dipejamkan. Bukan apa, mak dah pesan dari kecil lagi. Kalau nak hindar mimpi
buruk dan gangguan syaitan wajib amalkan apa yang aku baca tadi. INSYAALLAH,
kita pasti dapat tidur dengan berkualiti sekali.
Luqman
Hakim menelek wajah dan tubuhnya dicermin. Sesekali dia membuat aksi seperti
Mr. Universe nak masuk bertanding. Badannya tegap, muka kacak, tinggi ala-ala model,
duit banyak. Pendek kata tak ada yang kurang. Kalau nak pikat minah salegirl tu
kacang je.
“Sekali
petik mudah je dia tergolek depan kaki aku.” Bangga dan yakin betul dia dapat
memikat gadis salegirl itu.
Dengan
sekali lompat dia sudah terguling di atas tilam empuk bersaiz king itu. Tangan
diletakkan dikepala. Mula membayangkan strategi hendak memikat gadis salegirl
itu. Dia pun tak tahu dalam banyak-banyak gadis kenapa dia boleh sahut cabaran
Andrea hendak memikat salegirl itu. Sebab dah jatuh hati dengan senyuman dia
masa kat traffic light pagi tadi ke?. Hmm…susah betul nak faham dengan hati
ini. Luqman Hakimi memegang dadanya pula. Rasa debaran yang menggila saat ini
bila setiap kali otak fikir pasal gadis salegirl itu.
“Tapi
dia salegirl je…tengok cara macam orang susah. Tak educated mana pun.
Hish…bukan taste aku tu!”. Dia merungut pula.
‘Tapi
ini je cara kau nak lepas dari Andrea. Ala…lupakanlah pasal tu. Pikat je sampai
dapat. Bila dah dapat, kau memang dah menang dalam cabaran ini. Soal gadis
salegirl tu kau fikirla nanti. Buat apa nak serabut perut pula’. Hah…muncul
pula kata hati yang memberi idea-idea yang bernas. Luqman Hakimi sudah
memejamkan mata pula. Sekarang saat untuk tidur. Esok mulakan misi mengorat
gadis salegirl. Dia senyum pula.
No comments:
Post a Comment