Tuesday, 15 January 2013

OKU Sayang Bab 22


Bab 22
Wajah Wahida sudah berubah riak. Hilang terus gelak ketawa yang menghiasi perbualan mereka di Restoran Bamboo  itu apabila dia menjawab panggilan.
“Aku kena segera ke hospital Ain. Abang aku kemalangan”. Dia sudah mengesat airmata yang bergenang di pelupuk mata.
“Kat mana tu? Saya boleh hantarkan”. Cikgu Solehin sudah menawarkan pertolongan. Ain Syuhada pula sedikit cemas melihat reaksi Wahida yang sedih itu.
“Saya ikut”.
“Mestilah, tak kan saya nak tinggal awak kat sini pula”.
“Hospital mana?” Cikgu Solehin bertanya pula.
“Hospital Tawakal”.
“Jomlah.” Selesai membayar harga makanan. Mereka bertiga bergegas ke  tempat parking kereta. Kereta Preve itu bergerak laju menuju ke destinasinya. Wahida pula tak habis-habis menangis. Ain Syuhada pula tak habis-habis memujuk.

Sampai saja di perkarangan Unit Kecemasan, Wahida dan Ain Syuhada turun di situ. Sementara Cikgu Solehin pula mencari tempat parking.
“Di mana bilik pesakit bernama Mikail Hashim?”. Wahida menyoal pada petugas di kaunter pertanyaan itu dengan suara yang ditahan-tahan. Sesekali dia mengesat airmata yang berlinang.
“Sekejap ye cik.” Petugas wanita itu mencari senarai nama yang terdapat dalam sistem komputer mereka.
“Masih di bilik bedah cik. Hmm…bilik bedah tingkat 4 cik”. Beritahu petugas wanita itu.
“Terima kasih cik”. Balas Ain Syuhada pula.
“Aku naik dulu. Kau tunggu Cikgu Solehin di sini. Nanti dia tercari-cari pulak”. Wahida sempat berpesan sebelum kakinya  menuju ke  perut lif.  Ain Syuhada hanya mengangguk dan duduk menunggu di kerusi itu.
Selang beberapa minit, Cikgu Solehin bergegas masuk. “Ha… Ain. Tunggu saya ke?”.
“Ya cikgu. Jomlah kita ke tingkat 4. Wahida ada kat situ”. Ain Syuhada bangun dari kerusi lalu berjalan seiring menuju ke perut lif.  
Nampaknya sudah ramai yang menunggu di laluan bilik bedah. Keluarga Wahida turut berada di situ. Mungkin baru sampai dari kampung bila melihatkan muka masing-masing yang keletihan. Ain Syuhada terus bersalam dengan ibu Wahida.
“Makcik sabar ye. Moga-moga semuanya selamat”. Ain Syuhada mengusap pula bahu ibu Wahida.
“Itulah. Makcik ni dari semalam lagi tak sedap hati memikirkan  Mikail. Dah fikir macam-macam. Tak sangka makcik rupanya dia ditimpa kemalangan pagi tadi. Dengan kawan serumah pulak. ” Sesekali ibu Wahida mengesat airmata dengan hujung seledangnya. Ain Syuhada hanya merenung simpati. Faham benar dengan perasaan seorang ibu.
“Rayyan…Rayyan…apalah dah jadi pada kau nak”. Ain Syuhada mencari suara wanita yang yang biasa didengarinya sedang mengiringi petugas hospital menolak katil pesakit. Ain Syuhada bingkas bangun lalu berjalan ke arah kelompok petugas hospital yang sibuk menolak katil pesakit keluar dari bilik bedah bernombor 2 itu.
“Ibu”. Lembut Ain Syuhada bersuara sambil memegang bahu wanita separuh umur itu yang menyebut nama Rayyan.
“Ain”. Puan Maimon terkejut melihat Ain Syuhada yang memanggil namanya. Tiba-tiba esak tangisnya semakin kuat. Dipeluknya Ain Syuhada sambil menghamburkan segala kepedihannya di situ.
“Maafkan ibu, nak. Ibu bukan sengaja nak buat begitu”.
“Sudahlah bu. Perkara dah lepas. Saya tak ambil hati pun. Dah memang bukan jodoh saya dengan Rayyan bu”. Ain Syuhada memujuk pula Puan Maimun yang tiba-tiba mengeluarkan isu jodohnya yang tidak kesampaian.
“Kenapa Rayyan bu?”. Ain Syuhada menyoal Puan Maimon.
“Dia kemalangan dengan Mikail”. Balas Puan Maimon.
Oh, jadinya Mikail kawannya Rayyan Aziz itu abang Wahida. What a small world. Ain Syuhada sudah membuat kesimpulan sendiri.
“Kemana mereka bawa Rayyan bu?”
“Bilik ICU. Lepas operation tadi mereka pindahkan ke ICU. Belum stabil lagi”. Ulas Puan Maimon pula.
“Sabarlah bu. Pasti semuanya selamat bu”. Pujuk Ain Syuhada lagi. Dia menarik tubuh Puan Maimun untuk duduk di kerusi yang disediakan di laluan bilik bedah itu.
“Mungkin apa yang berlaku adalah pembalasan ALLAH buat Rayyan, nak”. Ain Syuhada mengerutkan dahi tanda tidak faham dengan apa yang dituturkan oleh Puan Maimon.
“Maksud ibu”.
“Rasanya tempat ni tak sesuai hendak bercerita”. Puan Maimon menarik nafas pula.
“Kalau ibu nak luahkan apa yang terpendam di hati, Ain sudi mendengarnya. Kita ke taman bu, kat belakang hospital ni. Tempatnya lebih tenang”. Puan Maimon hanya mengangguk lesu. Rasanya dia perlu meluahkan apa yang disimpan selama ini. Tanpa bicara dia memutuskan pertunangan Ain Syuhada dengan Rayyan. Dia rasa betul-betul bersalah. Seeloknya dia berbincang dahulu, terangkan sebab musabab pertunangan itu perlu diputuskan.
“Sekejap ye bu. Saya nak jumpa kawan dulu. Nak bagitahu tak payahlah dia tunggu saya. Kesian pula kalau ganggu urusan dia pula”. Ain Syuhada bangun dari kerusi lalu mendapatkan Cikgu Solehin yang berada dalam kelompok keluarga Wahida.
“Hmm…cikgu. Saya rasa cikgu balik dululah. Saya lama lagi di sini. Nak berbual dengan makcik saya. Kebetulan pula terjumpa tadi”. Ain Syuhada seakan serba salah untuk berbuat begitu. Nada cakap macam hendak menghalau saja Cikgu Solehin.
“Sure?”.
“Yup. Saya minta maaf cikgu. Tak sangka benda nak jadi macam ni pula”. Ain Syuhada memohon maaf pula. Harapannya Cikgu Solehin tidak terasa hati dengan kata-katanya tadi.
“Nak buat macamana Ain. Tak palah saya balik dulu. Nanti kita keluar lagi eh”. Cikgu Solehin sudah tersenyum. Dalam hati masih mengharapkan Ain Syuhada untuk keluar bersamanya lagi. Ain Syuhada membalas senyuman itu dengan anggukan. Biarlah dia memberi sedikit harapan walaupun sebenarnya hatinya tidak ikhlas.
“Saya pergi dulu”. Cikgu Solehin bingkas bangun lalu menyalam bapa Wahida yang ada di situ. Kemudian dia melambai pula ke arah Ain Syuhada.

“Apa bu?” Ain Syuhada tanya lagi seolah tidak percaya.
Puan Maimun hanya menggangguk lemah. Malu sebenarnya membuka pekung anak sendiri.
“Ibu sayangkan Ain. Walau Rayyan anak ibu sendiri, ibu tak nak dia aniaya hidup Ain. Ibu tak nak nanti Ain merana hidup dengannya”. Ain Suhada terasa sebak mendengar apa yang diperkatakan oleh Puan Maimun. Sungguh dia rasa terharu dengan tindakan Puan Maimun. Selama ini dia berprasangka yang bukan-bukan pada Puan Maimun. Rupanya apa yang berlaku sebenarnya bersebab. Yang betulnya Puan Maimun begitu tulus sayangkannya. Puan Maimun tidak mahu melihat dia merana. Dia peluk tubuh Puan Maimun dengan sepenuh hati. Dia turut menangis bersama Puan Maimun. 

2 comments: