Tuesday, 15 January 2013

OKu Sayang Bab 9


Bab 9
Aidil Zafran hanya mengeluh selepas membaca e-mail kiriman Jennyfer di UK. Hendak rasa apa, dia pun tak pasti. Gembira, sedih, nak ucap tahniah atau buat tak tahu. Apa pilihan yang dia ada. Akhirnya dia mengucapkan tahniah di atas pertunangan Jennyfer dengan Raul. Yang lepas biarkan berlalu. Silap dia juga kerana lambat menyatakan hasrat hati. Tapi kalau diluahkan pun, adakah Jennyfer sudi menerimanya kerana perbezaan agama dan bangsa.
“Aidil, dengar tak apa yang akak cakap ni?”. Aidil Zafran tersedar dari lamunannya apabila mendengar suara Datuk Adila memanggil namanya.
“Hem…adik akak ni kan OKU. So, please knock the door before ur enter. Jangan main redah je?”. Aidil Zafran mengulangi lagi pesanannya itu untuk ke seratus kali. Agaknya lah.
“Hei…akak dah ketuk banyak kali tau. Aidil yang tak dengar”. Datuk Adila membetulkan pernyataan Aidil Zafran itu. Memanglah dulu dia kerap redah je bila masuk ke bilik adiknya itu. Tapi semenjak tertengok tayangan ‘free’ dari Aidil Zafran, dia tidak berani lagi main redah je kerana dia sedar Aidil Zafran juga punya hak privacy untuk dijaga.
“P.A  U mana?”. Soal Datuk Adila.
“Keluar ke musolla. Solat Zohor”.
“Hai, kan time break dah abis?. Curi tulang ke?”. Datuk Adila serkap jarang.
“Hello, Datuk Adila. Dia tu P.A saya. Pandailah saya jaga. Tak perlu nak main tuduh-tuduh”. Aidil Zafran bernada serius.
“Oppss…Sorry. Sayang betul U dengan dia ye? Kalau sayang cepat-cepat pikat. Jangan sampai terlepas ke tangan orang pulak. Jangan pisang berbuah dua kali tahu. Dulu Jennyfer, jangan sekarang Ain pulak.”
“Akak tak kisah ke, siapa pilihan Aidil?”. Aidil Zafran sedikit pelik. Setahunya orang ternama seperti kakak dan abangnya tentu mahu bakal adik ipar yang sama standard. Mesti berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
“Hei…kenapa mesti akak nak kisah pulak. Itukan pilihan Aidil.”
“Walau tak sama taraf?. Yelah kan, selalu kalau pilih orang miskin ni dikatakan nak kaut harta pulak”.  Aidil Zafran bernada sarkastik.
Datuk Adila terus ketawa apabila mendengar kata-kata Aidil Zafran. “Helo, U ingat ini cerita Ibu mertuaku ke?. Ini zaman wawasan 2020 tau. Dah tak kisah pasal taraf, darjat bagai. Kalau dia nak kaut harta pun, U kasilah sejuta dua ke?...Orang susah kalau dapat sejuta dua diaorang dah rasa lebih dari cukup. Harta kita ni 7 keturunan pun tak habis makan tau. Apalah kisah sangat nak kongsi dengan orang lain. Ye tak ye pun nak jadi pasangan hidup”. Aidil Zafran kagum mendengar Datuk Adila mengeluarkan hujahnya. Terlalu positif. Walaupun  Datuk Adila berlainan ibu namun hubungannya  lebih mesra dan erat jika hendak dibandingkan dengan Datuk Adam Malik, abangnya itu.
“Jadi, akak tak kisahlah kalau Ain Syuhada tu jadi teman hidup Aidil”.
“Nope. Tak kisah. Akak yakin semua family kita termasuk abang dan mama pun suka. Pada pandangan akakla…Ain tu baik budaknya. Cara dia layan Aidil, dia bawa Aidil ke mana saja, cara dia pimpin Aidil penuh rasa sayang. Itu baru tanggungjawab sebagai pekerja. Kalau dialah yang jadi pasangan Aidil, confirm Aidil bahagia”. Datuk Adila sudah tersengih membayangkan Aidil Zafran bergandingan dengan Ain Syuhada. Memang dia cukup suka dengan sikap Ain Syuhada yang prihatin itu.
“Hem…Aidil jangan risau, akak sendiri akan promote Ain Syuhada tu pada family kita. Mesti jadi punyalah. Sekarang ni terpulang pada Aidil nak pikat dia macamana.” Datuk Adila memberikan semangat buat Aidil Zafran. Kembang rasa hati Aidil Zafran kerana mendapat sokongan dari kakaknya itu.
“Oh…lupa pulak tujuan akak datang sini. Hujung bulan ni  Aidil kena ke Terengganu. Ada perjumpaan dengan wakil Petronas di sana. Bincang pasal  peruntukan untuk projek minyak di Qatar.” Aidil Zafran hanya mengangguk mendengar arahan dari Datuk Adila. Dan ini juga ,merupakan tugasan luar yang pertama diterimanya semenjak bertugas di sini.
“Untuk memudahkan U, bawa Ain Syuhada sekali. Senang nak bantu mana yang patut. Sambil-sambil tu bolehlah U mulakan langkah pertama.” Sempat lagi Datuk Adila mengeluarkan idea sebelum melangkah keluar. Aidil Zafran hanya ketawa mendengar usikan dari Datuk Adila sebelum pintu bilik ditutup.
“Ain Syuhada”. Nama itu diseru-seru dan diulang-ulang agar melekat dijiwanya. Alangkah indahnya hidup kalau Ain Syuhada sudi menjadi ratu hatinya. Dia memang betul-betul suka dengan cara Ain Syuhada melayannya. Entah bila dia jatuh hati, semasa Ain Syuhada melayannya makankah, semasa Ain Syuhada memimpin tangannya ke musollakah?, semasa Ain Syuhada menerangkan tentang setiap dokumen yang diterimanyakah?. Entah. Dia tidak sedar bila dia mula jatuh hati pada gadis itu.
“Ya, bos. Ada apa yang boleh saya bantu?”. Tiba-tiba suara merdu itu memecah lamunannya.
“Bila kamu masuk. Tak dengar bunyi pintu diketuk pun.” Aidil Zafran sedikit terkejut.
“Sejak saya dengar bos seru nama saya kuat-kuat. Dari luar saya dah dengar. Itu yang saya terjah masuk. Takut apa-apa jadi pada bos”. Tulus betul Ain Syuhada menjawab. Risau betul kerana mendengar namanya diseru dengan kuat oleh Mr.Blind.
“Hujung bulan ni ikut saya pergi Terengganu. Ada meeting.” Arahan dikeluarkan dan Ain Syuhada mendengar dengan keluhan di hati. Sempat ke dengan persiapan pertunangannya bulan depan?. Rasanya sempat, dia cuma sediakan badan je, yang lain-lain mesti Puan Ainon dah bereskan. Ain Syuhada menarik nafas lega.
“Kita berdua saja ke bos? Tinggal satu bilik ke?”. Entah kenapa tiba-tiba soalan bodoh itu pula yang ditanya Ain Syuhada. Dia risau jika Rayyan Aziz bakal menjadi tunangnya itu cemburu. Apa yang hendak dikata?. Bagaimana hendak dipujuk. Tugas tetap tugas. Memang tanggungjawabnya sebagai P.A perlu berada di sisi bos.
“Ishh…kamu nak kawin free dengan saya ke? Kalau kamu nak, saya tak kisah. Saya ni mata saja buta. Tapi bukan hati. Tentulah kita duduk bilik asing. Meeting tu kat Primula Beach Hotel. Kita menginap di situ untuk memudahkan urusan.” Ain Syuhada mengetuk kepalanya. Bodohnya kerana bertanya soalan yang mengarut.
“Hujung minggu ni datang kondo saya boleh. Minta kamu pantau home servis yang datang bersihkan rumah saya tu. Maklumlah saya ni kan buta. Banyak barang saya yang hilang selepas dia orang habis kerja. Lepas tu tolong hantar baju saya ke dobi sekali. Selalu saya minta tolong pak guard je. Tapi itulah selalu baju ni tak tersusun dengan elok. Susah saya nak suai padan baju formal ke pejabat. Bolehlah awak tolong suai padankan baju untuk kegunaan saya di Terengganu nanti”. Sengaja dia memberikan Ain Syuhada kerja di luar waktu pejabat. Ini juga merupakan salah satu strategi untuk mendekatkan dirinya dengan Ain Syuhada.
“Boleh Ain?”
“Yes bos. Asal saya dapat tip”. Mulut tanpa insurans itu terus menjawab. Iskh…tak cover langsung. Terus minta  duit. Ain Syuhada menonyoh dahinya pula kerana keceluparan mulutnya.
“Kerja beres, tip awak dapat”. Tegas suara Aidil Zafran kali ini.
---------------
Ain Syuhada keluar dari perut PUTRA LRT di Wangsa Maju. Nasib baiklah rumah kakaknya di Kerinchi itu memudahkan dia mengambil tren PUTRA LRT ke Wangsa Maju ini. Peluh renik sudah membasahi bajunya walaupun PUTRA LRT  berpenghawa dingin. Dia menelek jam dipergelangan tangannya. Sudah lewat 10 minit dari dijanjikan. Dia pantas mengambil teksi dan menuju ke Kondominium Villa Seri Mas di Seksyen 4 Wangsa Maju itu.  Dia sudah mencongak jumlah perbelanjaannya menaiki tren dan teksi ini. Hem…tak apa, nanti dia boleh claim dari bosnya itu. Bukan itu saja, dia akan claim sekali OT kerana bekerja waktu cuti hujung minggu. Ha..ha..ha..tak lambat makcik kayolah. Boleh pakai kereta VIVA. Dia tersengih.

Dia berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk kondominium Villa Seri Mas. Kagum sebentar melihat ketinggian kondo tersebut. Agak-agak mana satu rumah Mr Blind ini. Lupa pulak nak tanya Mr. Blind tempohari.
“Hello uncle, saya mahu ke rumah Mr. Aidil Zafran Tan Sri Mustafa. Rumahnya nombor berapa ya?”. Ain Syuhada bertanya pada Pak Guard India yang berada di pondok pengawal itu.
“Adik manis ni, Ain Syuhada ka?”. Kembang pulak hati Ain Syuhada apabila pakcik India itu memanggilnya adik manis.
“Ya, saya”.
“Minta I/C  untuk rekod keluar masuk tetamu ke sini?. Ain Syuhada mengeluarkan i/c  dari dompetnya dan menyerahkan pada pakcik India.
“Terima kasih ya adik manis. Ini kunci rumah Mr. Aidil. Dia punya drebar juga kasi. Dia sudah pesan sama uncle suruh kasi sama adik manis”. Pakcik India itu menghulurkan segugus kunci dan tertera nombor rumah di rantai kunci itu.
“Terima kasih ya uncle. Em..Mr. Aidil ada rumah ka?” Kalut Ain Syuhada bertanya setelah kunci itu disambut. Takut kena marah dengan Mr. Blind kerana dia sudah lambat dari waktu yang dijanjikan.
“Itu uncle tak tahu la, adik manis”. Pakcik India itu menjawab bersama gelengan kepala.
Ain Syuhada membalas dengan senyuman. Sekilas Ain Syuhada melihat tag nama yang tertera pada dada pakcik India itu. “Saya pergi dulu ye uncle Maniam”.

Ain Syuhada menekan punat lif menuju ke tingkat 14. Keluar sahaja dari pintu lif dia menjengah ke bawah. Rasa gayat menyelubungi hatinya. Phew…tingginya. Tak naklah aku duduk rumah tinggi-tinggi ni. Huh…Seriau!. Dia membayangkan pula kalau jatuh dari tingkat 14 ni mahu berkecai badan. Cepat-cepat dia memanjangkan langkah mencari nombor 14/14/14 itu. Fuh…nombor ni cantiklah…senang ingat. Dia membuka pintu rumah itu dengan penuh hati-hati. Sunyi pula sekeliling kondo di tingkat ini. Boringnya…mesti semuanya bersikap jaga hal masing-masing…individualistik…
Ternganga sebentar mulutnya melihat isi perut rumah ini. Rasa kagum menjengah hatinya lagi. Kagum kerana melihat rumah ini yang berselerak. Perabot dalam rumah ini up to date…lebih kepada ciri-ciri kotemporari. Tapi perabotnya begitu limit. Ruang  kosong lebih banyak. Mungkin memudahkan Mr.Blind untuk berjalan di ruang rumahnya ini. Ain Syuhada menjengah pula ke dapur. Hem…serba serbi lengkap. Tinggal suri sahaja yang tiada dalam rumah ini. Di bahagian dapur itu, ada ruangan laundry. Ain Syuhada menjengah sebentar, bertimbun baju yang belum di basuh. Dia mengasingkan baju yang perlu dicuci dengan mesin dan tangan termasuk seluar kecil. Pantas sahaja dia memasukkan baju yang perlu dibasuh ke dalam mesin. Manakala baju yang perlu dibasuh dengan tangan dibawa masuk ke bilik air yang terletak bersebelahan dapur. Di rendam baju itu terlebih dahulu.
“ Hem…tak payah hantar dobi. Sebaliknya aku akan claim bayaran dobi ini untuk tenaga aku hari ini.” Ain Syuhada bercakap pada dirinya.
Kemudian dia ke ruang tamu. “Mana pulak home servise ni.Tak kan aku pula nak buat semua ni.” Ain Syuhada mengomel pula. Namun tangannya ligat mengetuk-ngetuk bantal sofa lalu menyusunnya semula. Kemudian dia mencari bilik stor. Setelah terjumpa bilik kecil di bawah tangga itu, dia membuka pintu dan terlihat kelengkapan membersih rumah terdapat di situ. Dia mengeluarkan vakum lalu mula melaksanakan tugas-tugas pembantu rumah untuk hari ini.
Setelah semuanya bersih, dia ke laundry. Baju yang sudah siap dibasuh dijemur diampaian yang terdapat di situ termasuk seluar kecil. Ain Syuhada senyum lagi apabila melihat seluar kecil itu. Akal jahatnya muncul tiba-tiba mula membayangkan berapa saiz pemilik seluar kecil ini.
“Hachom…”. Mahu terbang rohnya apabila mendengar orang bersih di dapur. Cepat-cepat Ain Syuhada mencapai apa sahaja yang ada di situ buat pelindung dirinya. Namun yang ada hanyalah penyangkut baju.
“Hem…penyangkut baju pun jadilah.” Dia terjengah-jengah sambil memegang penyangkut baju itu dengan memasang kuda-kuda. Apa saja buah silat yang dipelajari di kampung dulu cuba diingatinya walaupun langkahnya sumbang.
Suara orang bersin terdengar lagi. Kali ini lebih dekat seolah-olah orang itu berada di sebelahnya sahaja. Ain Syuhada berpaling sambil tangannya menghayunkan penyangkut baju itu sekuat hati.
“Adoi…adoyai…siapa yang ceroboh rumah aku ni?”. Suara garau lelaki itu mengaduh sambil memegang kepalanya yang dilibas dengan penyangkut baju tadi. Ain Syuhada terpegun sebentar apabila melihat Mr.Blind memegang kepalanya. Seolah tersedar dari tindakannya itu, Ain Syuhada pantas membuang penyangkut baju, lalu terus memicit kepala Mr.Blind yang terduduk di situ.
“Ampun bos. Saya tak tahu bos ada kat rumah. Saya Ain Syuhada”. Namun tangannya masih lagi memicit kepala Aidil Zafran.
“Kenapalah Ain masuk rumah saya tak bagi salam. Saya kat atas tadi ingatkan rumah saya diceroboh orang. Lain kali kalau dah sampai, sms ke telefon ke? Jangan main ceroboh aje”. Sempat lagi Aidil Zafran berpesan. Ain Syuhada hanya terkebil-kebil apabila mendengar ceramah dari Mr.Blind.
“Manalah saya tahu. Saya ingat bos takda kat rumah pasal kunci rumah ni uncle Maniam yang bagi”.
“Lain kali jangan main ingat-ingat…pastikan dulu. Saya tak sihat Ain. Saya demam. Eh…bila masa pulak kunci rumah ni saya kasi uncle Maniam”. Soal Aidil Zafran pula.
“Pak Deris yang kasi kat uncle Maniam.” Jawab Ain Syuhada.
“Oh…ah..saya terlupa. Memang saya pesan pada Pak Deris tadi suruh kasi kat uncle Maniam. Maaf Ain, salah saya sebenarnya”. Cepat-cepat Aidil Zafran memohon maaf apabila dia sedar kesilapannya itu.
“Oklah Ain, saya nak makan ubat sebenarnya. Lepas tu nak sambung tidur. Saya betul-betul tak sihat. Awak buatlah apa yang patut. Nanti saya bagilah tip untuk kerja awak hari ini. Claim OT sekali”. Ain Syuhada menelan liur. Dia baru berkira-kira nak claim OT, tapi bosnya terlebih dulu mengetahui isi hatinya. Hebat!..Dah serupa tukang tilik pulak.
Ain Syuhada pantas memapah Aidil Zafran duduk di kerusi.
“Bos dah makan. Kalau nak makan ubat perut tak boleh kosong”.
“Saya tak da selera Ain. Tekak saya perit.”
“Macam ni lah bos. Saya bawa bos ke bilik dulu. Saya masak apa yang patut. Nanti bos jamah la skit?” Ain Syuhada cuba memujuk. Aidil Zafran hanya mengangguk setuju malas untuk memanjangkan cerita. Perlahan Ain Syuhada memimpin Aidil Zafran ke tingkat atas lalu membawa ke bilik tidur. Terbeliak mata Ain Syuhada melihat bilik tidur yang luas itu. Setelah Aidil Zafran baring, Ain Syuhada menutup penghawa dingin.
“Saya tutup aircond bos. Nanti sejuk pulak. Saya buka sliding door ni ye? Angin dari luar ni lagi bagus dari aircond tu”. Ain Syuhada bercakap sendirian tanpa sahutan dari Aidil Zafran. Dia kemudian menyelimuti tubuh Aidil Zafran yang kesejukan itu.
Ain Syuhada ke dapur mencari bahan makanan yang boleh dimasak untuk Aidil Zafran. Dia membuka peti sejuk, namun kosong yang ada cuma sekotak jus oren. Kemudian dia mencari pula di dalam kabinet dapur. Hanya terdapat bubur segera dalam kotak. Ain Syuhada mengeluarkan bubur segera itu lalu dimasak dengan kadar segera. Setelah siap, dia menatang bubur yang berasap nipis itu bersama segelas jus oren dan segelas air kosong ke bilik Aidil Zafran.
“Bos, bangun. Jamah sikit bubur ni.” Perlahan suara Ain Syuhada menusuk gegendang telinganya. Aidil Zafran masih lagi mengerekot dalam selimut. Dia sudah tidak berdaya untuk bangun. Setelah balik dari klinik dibawa Pak Deris, dia lebih banyak menghabiskan masanya dengan tidur.
“Bangun bos”. Ain Syuhada mengulang lagi ayat yang sama. Kali ini dia menarik selimut yang membaluti tubuh bosya. Dia membangunkan Aidil Zafran dan menyandar tubuhnya di tepi katil.
“Jamah sikit bos. Sikit pun jadilah. Jangan biar perut tu kosong”. Aidil Zafran masih lagi tidak berganjak. Dia memang tiada selera. Hendak menyudu bubur ke mulutnya pun tiada berdaya. Entah kenapa demamnya teruk kali ini. Mungkin perubahan cuaca yang sekejap panas dan sekejap hujan ini membuatkan dia jadi sebegini.
Ain Syuhada mengambil mangkuk bubur itu apabila melihat Aidil Zafran masih lagi diam tidak berkutik. Lantas dia menyudu bubur itu ke mulut Aidil Zafran. Namun Aidil Zafran hanya melongo, mulutnya ditutup kejap.
“Makanlah sikit bos. Nanti nak makan ubat lagi”. Pujuk Ain Syuhada. Aidil Zafran menggeleng. Ain Syuhada menarik nafas panjang. Hem…susah jugak memujuk orang tua ni makan. Pujuk budak kecik lagi senang. Dia mengomel lagi.
“Bos, saya tak kira. Bos kena makan jugak.” Tanpa kompromi dia terus menyudu bubur itu ke mulut Aidil Zafran. Menganga Aidil Zafran menerima suapan demi suapan bubur itu ke mulutnya dengan paksaan setelah terkejut disergah sebegitu oleh Ain Syuhada.
“Mmm…garang jugak P.A aku ni”. Detiknya dalam hati. Setelah selesai makan dan meneguk jus oren. Ain Syuhada menyua pulak beberapa pil ubat untuk ditelan Aidil Zafran. Dia menerima sahaja walaupun perutnya terasa penuh. Terasa perit tekaknya setelah beberapa pil menuruni kerongkongnya. Aidil Zafran menahan rasa sebu diperut. Makin ditahan makin terasa kerongkongnya dijolok-jolok. Tidak semena-mena dia menghambur keluar segala isi perutnya. Habis bertaburan sisa bubur ke badannya dan juga ke baju Ain Syuhada.
Ain Syuhada mengeluh apabila melihat blouse lengan panjang yang membaluti tubuhnya dibasahi dengan muntah Aidil Zafran yang melekit.
“Kalau cuci baju ni aku nak pakai apa pulak.” Dia mengomel lagi. Pijama yang melekat di tubuh Aidil Zafran dilihat semuanya lencun dengan sisa bubur yang dimuntahkan. Dia mencari tuala dan baju tshirt di almari baju Aidil Zafran. Kagum sebentar melihat susunan pakaian yang disusun mengikut kategori itu. Dia menarik sehelai tshirt dan tuala buat membersihkan diri.
“Bos, pinjam baju. Saya tak bawa baju salin ni”. Aidil Zafran hanya menggangguk. Sudah  tiada suara untuk menjawab.
“Bos tukar baju dulu eh?”. Dia merapati Aidil Zafran. Meminta agar Aidil Zafran menanggalkan bajunya untuk ditukar dengan baju yang bersih. Namun tiada reaksi dari Aidil Zafran.
“Hai…tak kan semua aku nak buat kot. Tadi dah jadi orang gaji, sekarang ni dah jadi nurse lah pulak”. Mulutnya masih lagi mengomel. Dia melihat Aidil Zafran pejam mata. Mungkin tidur barangkali.  Hem…mujur dia tak dengar aku membebel. Pantas dia membuka satu persatu butang pijama Aidil Zafran. Terkesima sebentar melihat tubuh sasa Aidil Zafran. Kalau dapat tidur di atas lengannya tentu best ni. Astagfirullahalazim!. Apalah yang kau mengarut ni Ain Syuhada oii…tiba-tiba suara hatinya menyedarkan dirinya dari berfikiran yang bukan-bukan. Cepat sahaja dia menyudahkan kerjanya. Setelah mengelap tubuh Aidil Zafran dengan tuala bersih dia memakaikan dengan t’shirt berlengan panjang pula. Dia menukar selimut yang dicemari dengan muntah lalu menyelimuti semula tubuh Aidil Zafran dengan selimut yang baru.
Kemudian dia masuk ke bilik mandi. “Bos, pinjam bilik air ye?”. Dia bersuara dengan kuat. Sengaja, walaupun dia tahu Aidil Zafran sedang tidur.
Ain Syuhada mandi sambil menyanyi riang. Lantaklah jika suaranya sumbang pun bukan nak jadi peserta Akademi Fantasia. Dia ketawa pula kerana seronok menjadikan bilik air ini seperti hak peribadinya. Selesai mandi, Ain Syuhada membalut tubuhnya dengan tuala. Baju blouse yang kotor itu telah dicuci lalu disangkutnya di bilik air. Dia meraba-raba mencari baju tshirt, namun tiada.
“Alamak, kat mana pula baju ni jatuh. Ishh..tak kan nak keluar bertuala macam ni?” Dia bersoal jawab pula.
“Eh…bos kan tak nampak. Kalau kau bogel pun bukan dia tahu”. Dia menjawab pula. Akhirnya Ain Syuhada keluar dengan berkemban sahaja. Dia mencari baju tshirt yang hendak dipakainya. Matanya tertancap pada tshirt berwarna merah yang diambilnya tadi berada di atas selimut Aidil Zafran.
“Hem…bila masa pula dia terbang ke sana?”. Ain Syuhada mengomel lagi lalu menuju ke katil Aidil Zafran. Baru sahaja tangannya hendak mencapai baju itu, tiba-tiba Aidil Zafran menolak selimut yang membaluti tubuhnya. Dia terasa berpeluh dan panas. Mungkin demamnya telah kebah. Baju lengan panjang ditubuhnya cuba ditanggalkan. Ain Syuhada pula sudah terbaring disebelahnya kerana terkejut dengan tindakan Aidil Zafran yang bangun tiba-tiba. Kain tuala yang membaluti tubuhnya tertanggal pula menampakkan aurat yang tidak sepatutnya. Ain Syuhada cepat-cepat menarik tuala agar menutupi auratnya, tetapi Aidil Zafran pantas mengagau dengan tangannya kerana terasa seperti ada sesuatu disebelahnya.
“Ah…jangan bos!”. Ain Syuhada menjerit dengan semahunya bila tangan yang meraba-raba itu meraba tempat yang tak sepatutnya di batang tubuhnya. Merah padam mukanya kerana marah dan malu. Aidil Zafran pula terkapai-kapai apabila mendengar suara Ain Syuhada menjerit disebelahnya.
“Kenapa Ain?” Dia kalut bertanya apabila mendengar Ain Syuhada menjerit. Tangannya seperti memicit sesuatu yang kenyal.
“BOS….emm..bos…err…bos…”. Kata-kata itu mati di situ. Segera dia bangun mencapai tshirt merah lalu berlari ke bilik air. Dia lengkap berpakaian. Dia perlu beredar dari situ. Dia harus balik. Dia takut jika berlama-lama nanti bukan Aidil Zafran yang mencabulnya tanpa sedar sebaliknya dia pula dengan rela hati dicabul sebegitu. Astagfirullahalazim, dia beristigfar lagi.

“Saya balik dulu bos”. Tanpa menoleh melihat Aidil Zafran dia meletakkan segugus kunci di atas meja kopi. Adil Zafran masih lagi terpinga-pinga. Apa yang telah berlaku?. Apa yang telah dibuat pada Ain Syuhada?. Dia memegang jari jemarinya. Masih terasa objek kenyal yang dipicitnya itu.


No comments:

Post a Comment