Thursday, 17 January 2013

OKu Sayang Bab 26


Bab 26
“Selamat datang bos”. Ucap pertama yang keluar dari mulut Melissa dia sambut dengan senyum. Rindu rasanya melihat pejabatnya yang sudah 6 bulan ditinggalkan. Dia lihat pula pada meja yang berada di hadapannya. Meja milik Ain Syuhada. Rasa rindu pula pada bekas P.Anya itu.
“Melissa, sudah ada pengganti Ain?”. Dia soal pula pada Melissa.
“Yes bos. Kami dah select minggu lepas lagi. Datuk Adila yang pilihkan. Gadis juga bos.” Melissa ramah bercerita. Aidil Zafran hanya mendengar tanpa berminat.
“Macam ni lah Melissa, boleh tak awak letak meja bekas P.A saya ni kat luar. Biar P.A yang baru take over. Since saya dah nampak ni, rasa tak selesa kalau kerja sebilik la”. Aidil Zafran pandang wajah Melissa mengharapkan dia boleh selesaikan arahan yang dikeluarkan sebentar tadi.
“Beres bos”. Melissa sudah senyum. Namun dia masih tercegat lagi di situ. Sebenarnya banyak benda yang nak ditanyakan kepada birasnya mengenai Ain Syuhada adik ipar kesayangannya itu.
“Yes, Melissa. Ada apa lagi?”.
“Pasal Ain bos. Dia sihat bos?”. Melissa teruja hendak tahu perkembangan adik iparnya itu. Maklumlah 6 bulan di UK senyap begitu saja.
“Macam nilah Melissa. Apa kata petang ni awak datang melawat Ain. Saya rasa dia pun dahlama rindukan gossip partner kesayangannya tu”. Aidil Zafran senyum pula. Melissa hanya angkat kening. Dah kena perlilah pulak pagi-pagi ni.
“Oklah bos. Saya minta diri dulu”.
“Nanti panggil my new P.A masuk”. Melissa mengangguk sebelum melangkah keluar dari bilik Ketua Pegawai Kewangan itu.
“It okay. Tak  apalah nanti aku korek rahsia kau dari  adik ipar kesayanganku itu.” Melissa mencebik.

“Saya Zahlia Abidin, your P.A bos”. Seorang gadis genit menghulurkan tangan untuk bersalam dengan bosnya itu. Aidil Zafran mengangkat muka memandang wajah P.A barunya itu. Lama dia  merenung seperti pernah dikenalinya gadis itu.
“May I know U?”. Dia soal semula P.A barunya itu. Zahlia hanya tersenyum. Dah 11 tahun tak jumpa cepatnya kau lupakan aku ye. Kata-kata itu bermain dibenaknya. Sesungguhnya dia tidak pernah melupakan lelaki dihadapannya ini. Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermanja.
“Betul tak ingat?”
“Entahlah rasa macam kenal tapi dah lupa”. Aidil Zafran jawab selamba. Dia cuba mengerah otaknya untuk mengenali imej gadis di depannya ini.
“Cuba bos ingat betul-betul. Masa tu bos form 4. Kita kenal coz bos menang berlumba malam tu. Dah lupa?”. Aidil Zafran mengimbas kembali kenangan 11 tahun lepas. Sikapnya yang selalu merempit menyebabkan abahnya menghantarnya tinggal dengan datuknya di kampung. Dia sudah ingat. Ya gadis itu. Gadis pertama yang  menjadi habuannya kerana menang lumba malam itu. Dia sudah telan liur. What a small world.
“I’m sorry about that. Biasalah masa remaja. Tak matang lagi”. Balas Aidil Zafran selamba. Namun dalam hati dia berdebar juga. Takut jika gadis di hadapannya ini tidak pernah melupakan apa yang telah dilalui bersama dulu.
“Saya dah tak ingat pun bos. Benda lama tak payah ceritalah”. Luah Zahlia tenang. Namun dalam hati tidak semudah itu dia melupakan. Lelaki dihadapannya ini adalah tupai pertama yang menebuk kelapanya. Tak sangka lelaki ini antara anak jutawan di Malaysia. Rugi jika melupakan begitu saja. Strategi harus dipasang. Pukat harus disediakan. Umpan bukan sebarangan kerana yang hendak ditangkap bukan bilis tapi jerung. Dia sudah memasang angan.

------
Zahlia masih merenung syiling. Asap rokok yang memenuhi rongga mulutnya dilepaskan melalui hidung. Dia sedut lagi sehingga rokok  itu sudah memendek dan tak boleh disisip dicelah jarinya lagi. Tangan yang melingkar di tubuhnya dipandang sepi. Sudah penat berlari 100 meter dengan pasangannya itu. Dia bangun pula dari perbaringan. Tangan yang melingkar ditolak tepi. Tuala yang tersidai di ampaian diambil lalu dibalut ditubuhnya yang terdedah tadi. Dia pandang wajah lelaki yang kelelahan bersamanya. Di kuis kaki lelaki itu dengan jari jemarinya. Kemudian dia mengeletek pula. Puas bila lelaki itu ketawa kegelian.
“Bangunlah Rin, dah lewat ni. U tak nak balik ke?”. Lelaki tadi terus bangun dari perbaringannya. Dia pandang wajah mulus di depannya itu. Rasa tak puas berlari 100 meter tadi. Ingin diulang lagi dengan berbagai teknik pula, kali ini biar berpeluh dan membakar ribuan kalori lagi.
“I tak puas lagila sayang. Kita buat lagi”. Dia sudah mengenyit mata pada Zahlia.
“No…please. I’m so tired”.
“Hai…U tak pernah letih, selalu berapa round U boleh bertahan. Tak kan hari  ni baru satu round U dah menyerah kalah kot”. Lelaki yang dipanggil Rin atau Zahirin itu masih memujuk lagi. Pelik!. Selalu Zahlia punya performance tidak pernah mengecewakan. Wanita ini memang hebat di ranjang. Sudah banyak kali dia melamar wanita ini menjadi suri hidupnya. Namun ditolak mentah-mentah.
“Letih mental la, automatik fizikal pun letih juga”. Zahlia membalas. Kemudian dia berdiri di meja soleknya. Dia lihat wajah mulusnya di cermin. Masih cantik. Body pun masih solid. Zahirin tiba-tiba turun dari katil lalu memeluknya.. Satu ciuman dibenamkan di lehernya. Seperti drakula yang menggigit mangsa. Zahlia sudah menjerit halus. Geli barangkali.
“Lia, selama mana kita nak macam ni?”. Zahirin sudah berbicara. Zahlia hanya mendengar. Dia tahu, pasti soalan kahwin yang akan dibangkitkan oleh Zahirin, teman lelaki yang dikenalinya hampir 6 tahun. Seorang jurutera di syarikat perkapalan. Perkenalan yang terbina semasa di UiTM lagi.
“Rin, U tak kan dapat kebahagiaan dengan I. U kahwin buat apa?. Kalau I tak boleh berikan U zuriat?”.
“Tak apa. I tak kisah. Asalkan U jadi isteri I.” Zahlia sudah mencemik. Terukir senyuman dicelah bibirnya. Lelaki!. Mula-mula memang tak kisah. Lama-lama persoalan anak mesti dibangkitkan juga.
“Berapa kali I nak cakap dengan U. I senang macam ni. Tak terikat. U carilah gadis lain buat isteri. Lahirkan zuriat untuk U. Kita masih boleh teruskan hubungan”.
“I tak nak Lia. Dah banyak dosa yang kita kumpul. Tak tertanggung nanti”.
“Kalau I boleh beranak, mungkin I timbangkan tawaran U. Tapi I mandul Rin. U cari wanita lain buat isteri. Kalau U tak sanggup tanggung dosa, kita putus je”. Zahlia sudah meradang. Zahirin tidak terkata lagi. Zahlia memang degil. Dia tak kisah tentang anak. Asalkan Zahlia jadi isterinya yang sah.
“Lia, I harap U pertimbangkan apa yang I minta. I tak kisah pasal kisah silam U. Kita semua ada kisah silam. Apa yang I nak U jadi milik I yang sah”. Zahirin masih memujuk. Tidak berputus asa. Dia peluk erat tubuh Zahlia. Wanita itu hanya diam. Dia tolak tubuh Zahirin.
“I nak mandi. Lepas I sudah mandi. I tak nak tengok U lagi”. Zahlia sudah menapak semula ke dalam bilik mandi. Dia biarkan saja Zahirin terkulat-kulat di situ. Lelaki itu sudah mengalah. Penat memujuk Zahlia yang degil. Dia ambil baju dan seluar yang bertaburan di lantai lalu dipakaikan di tubuhnya semula. Hmm…tak apala mungkin ada sesuatu yang menyebabkan Zahlia stress kut. Maklumlah memulakan kerja ditempat baru. Dia keluar dari kondo milik Zahlia tanpa menoleh lagi. Nanti-nanti okeylah mood Zahlia tu. Lama mana dia nak meradang. Bila dia sejuk, mesti dia nak cari aku hangatkan tubuhnya lagi. Zahirin sudah senyum sambil bersiul-siul sehingga masuk ke perut lif itu.
Zahlia masih berkurung di bilik air. Dia memegang perutnya. Kempis dan leper. Dulu rahim ini pernah mengandungkan satu benih. Hasil hubungan cinta pertamanya. Cinta  remaja, cinta budak sekolah atau istilah yang selalu diguna pakai cinta monyet. Namun baginya itu adalah cinta pertama yang tak mungkin dilupakan selagi hayat dikandung badan.
Keluar sahaja dari bilik mandi, dia membelek wajahnya di cermin solek. Menyapu pelembab dan segala macam krim ditepek di wajah agar tampak segar dan muda.  Dia sapu bedak compact di muka lalu oleskan beberapa perwarna di pembayang mata dan pipi. Kemudian diambil lipstick jenama Maybeline dan dioles di bibir. Biar nampak cantik dan berseri. Dia kenakan pula baju blouse dan skirt paras lutut di tubuh. Baru kena dengan jawatannya sebagai P.A kepada Aidil Zafran my new boss. Desisnya lagi.
Strategi perlu dimulakan sekarang. Dia sudah memasang angan-angan. Pertama sekali goda matanya dulu. Dari mata barulah turun ke hati. Bila hati sudah terpaut segalanya menjadi lebih mudah lagi. Dia tahu, umpan yang dipasang pasti akan menjerat jerung kerana jerung yang hendak ditangkap itu berhutang besar dengannya. Sudah bertahun dia merana. Kerana jerung itulah, satu-satunya kenikmatan yang perlu ada pada kehidupan seorang wanita itu tidak dimilikinya sekarang. Dia  sudah tidak berpeluang untuk menjadi seorang ibu lagi. Hendak berkahwin pun dia tidak ingin. Apalah perlunya kahwin jika dia tidak dapat melahirkan zuriat buat sang suami. Semua ini berpunca dari jerung itulah.

No comments:

Post a Comment