Tuesday, 15 January 2013

OKU Sayang Bab 5


Bab 5

“ Ni, nak pi kerja ni wang saku ada dak?”. Azman sudah bertanyakan wang saku pada adiknya yang akan memulakan kerja pada hari ini. Ain Syuhada hanya tersengih. Wang sakunya hanya ada RM100 sahaja. Cukuplan buat belanja makan tengahari selama seminggu. Tak  cukup duit nanti pandai-pandailah dia minta pada Bank Negara di kampung tak lain tak bukan Puan Ainon, ibu kesayangannya itu.  Pergi kerja pun berhantar bagai dengan Kak Melissa, maklumlah satu ofis.
“Nah duit buat belanja. Tapi jangan boros”. Duit berjumlah RM50 sebanyak 4 keping itu bertukar tangan. Ain Syuhada hanya tersenyum sambil ekor matanya melihat pada kakak iparnya. Risau jugak jika wang pemberian Abang longnya itu membuatkan kakak iparnya berkecil hati. Maklumlah hidupnya pun menumpang. Walau rambut sama hitam tapi hati lain-lain.
“Nah, yang ni Kak Lisa bagi.” Melissa menghulurkan pula sekeping wang kertas bernilai RM100 kepada Ain Syuhada. Teragak-agak dia hendak mengambilnya.
“Ala, jangan segan-segan. Ain pun adik Kak Lisa jugak. Yang tadi tu duit Abang Man. Yang ni duit Kak Lisa sendiri. Ambillah. Nanti kalau Kak Lisa kecil hati, Ain pergi kerja sendiri”. Melissa sudah memuncungkan mulutnya pura-pura merajuk. Ain Syuhada segera mengambil duit yang dihulur kakak iparnya itu. Sungguh dia mengucap syukur dalam hati kerana mempunyai saudara yang begitu prihatin.
“Jomlah kita dah lambat ni. Nanti jalan jammed kan susah”. Melissa sudah bangun dari kerusi makannya. Kemudian dia menelek wajahnya di cermin muka yang tergantung di laluan pintu keluar. Dia membetulkan keronsang tudung di kedua-dua belah bahunya. Bibirnya itu dicalitkan sedikit pelembab. Azman sudah berada dibelakang isterinya itu.
“Dah cantik”. Pujinya pada Melissa. Sekilas dia berpaling pada suaminya. Dibetulkan tali leher yang tergantung di leher suaminya. Kemudian dia bersalam dan menghadiahkan ciuman di kedua-dua belah pipinya.
“Love you”. Di ucapkan kalimah itu di cuping telinga suaminya dengan suara yang menggoda.
“ I love you too”. Balas Azman. Satu kucupan kasih diberikan di ubun-ubun isterinya. Ain Syuhada berdehem. Amboi romantik sungguh. Kena praktik ni bila dah kawin nanti. Ain Syuhada tersenyum sendiri. Ish..boyfren pun takda lagi sibuk nak kawin. Gatai bebenor. Dia bermonolog lagi.
“Mama, papa tepila sikit. Dani nak pakai kasut ni. Nanti Pak Abu datang. Dani tak siap lagi”. Muncul Muhammad Dani Ammar  anak sulung Abang Longnya di muka pintu. Dia menyorong beg sekolah dan menjinjit botol air mineral di sebelah tangannya lalu diletakkan di sebelah rak kasut. Dia   mengambil kasut sekolahnya  dan menyarungkan dengan pantas sekali. Setelah selesai dia menyalami kedua ibu bapanya.
“Dah abis sekolah nanti. Jangan kemana-mana tunggu sampai Pak Abu datang ambik”. Pesan Melissa. Satu ciuman diberikan kepada  anaknya.
“Iya. Dani ingat. Hari-hari mama pesan. Dah rakam dalam otak”. Terang anaknya itu. Melissa hanya tersenyum. Dia bimbang kerana banyak sekali kes budak hilang diculik. Sebab itu dia selalu menitipkan pesan yang serupa pada anak sulungnya itu. Pak Abu jiran sebelah yang pencen askar ditugaskan mengambil dan menghantar anaknya. Lagipun Pak Abu sendiri yang rela hati kerana bosan tiada benda hendak dibuat.
“Bibik, nanti Auni Syahira bangun tidur. Buatkan susu ya”. Pesan Melissa pada pembantu Indonesia yang berusia awal 40-an itu.
“Baik puan. Hati-hati bawa kereta ya puan.” Kali ini bibik yang sudah 8 tahun berkhidmat itu pula menyampaikan pesan. Melissa hanya tersenyum. Ain Syuhada hanya memerhati sahaja gelagat penghuni rumah 2 tingkat ini pesan-memesan sebelum  ke tempat kerja. Pasti adegan ini yang akan dinikmatinya setiap pagi sebelum ke tempat kerja.
Enjin Kereta Honda City itu dihidupkan. Ain Syuhada membuka pintu kereta lalu melolos masuk duduk di sebelah penumpang.
“Darling!”. Azman menjengulkan kepalanya dari kereta Audinya.
“Kenapa?” Soalnya pada Melissa yang masih berdiri di muka pintu kereta Honda City. Pelik kerana Melissa masih di situ walaupun enjin kereta itu sudah beberapa minit dihidupkan.
“Jangan nakal-nakal ya. Jangan main mata dengan nurse kat tempat kerja”. Pesan Melissa pada Azman yang bertugas sebagai doktor pakar sakit puan di PPUM itu. Azman tersenyum sumbing. Begitulah dia hari-hari sebelum ke tempat kerja. Pasti isteri kesayangannya itu akan berpesan begitu. Bergurau katanya.
“Nakal!. Melissa sajalah buah hati abang. Tiada yang lain sampai jasad terpisah dari nyawa”. Azman berkata dengan lantang.
Melissa sudah tersengih. Seronok mendengar Azman berkata begitu setiap hari. Tidak jemu dia mendengarnya. Buat semangat memulakan kerja. Ain Syuhada sudah tersenyum. Dalam hati seram pun ada melihat adegan romantik abang dan kakak iparnya itu. Sudah 9 tahun berkahwin tapi perasaan sayang itu masih menyubur lagi. Agak-agak aku esok macam ni ka?. Ain Syuhada berteka-teki sendiri.
Kereta Honda City dan Kereta Audi bergerak keluar dari perkarangan rumah 2 tingkat itu menuju ke destinasi yang berlainan. Azman menuju ke PPUM yang terletak di Pantai Dalam, manakala Melissa ke Setiawangsa.   

Mereka masuk ke perut lif di bangunan setinggi 16 tingkat itu. Sampai ke tingkat 10 lif berhenti dan mereka keluar dari situ. Tertulis dengan besar perkataan  Insaniah Holdings di pintu masuk ke pejabat itu.
“ Tingkat 10 ni milik Insaniah Holdings. Tingkat 10 ni besar sebenarnya. Ada 4 wings iaitu east, west, south and north. So disebelah  east tu  menempatkan bilik mesyuarat,  bilik bos kecil dan bos besar . Bahagian west and south  pula bilik ketua bahagian dan kakitangan pejabat. Jadi ada bahagian operasi, sumber manusia, pemasaran, kewangan dan sebagainya. Bahagian North pula ada kafetaria, surau dan gymnasium”. Terang Melissa bersunguh-sungguh.
“Saya kerja kat bahagian mana?”. Soal Ain Syuhada pendek.
“ Tentulah east.  Sama tempat  dengan akak. Bezanya akak duduk meja setiausaha kat bilik bos besar, Ain pula kat bilik bos kecil”. Ain Syuhada sudah terangguk-angguk seperti burung belatuk.
“Marila            h akak tunjukkan bilik”. Ain Syuhada pantas mengekori langkah Melissa menuju ke bilik bos kecil. Sampai di muka pintu bilik bos kecil, Ain Syuhada melihat sekilas nama yang bertinta emas terhias di situ. Ain Syuhada mengerutkan dahinya apabila terlihat nama Aidil Zafran bin Tan Sri Mustafa di situ. Mungkinkah dia?. Ah…tak mungkin. Dalam dunia ni kan ramai namanya sama.
“Marilah masuk”. Melissa pantas menarik tangan Ain Syuhada yang dilihat terpaku di muka pintu bilik bos kecil ini.
Ain Syuhada tersedar dari lamunannya. Tergamam sebentar kerana melihat suasana ruang bilik ini yang begitu luas. Namun perabotnya tidak banyak. Ada satu meja besar yang disediakan untuk kegunaan bos kecil. Di situ juga terdapat ruang pemisah yang berbentuk empat segi lebar. Terdapat satu meja sederhana besarnya dan satu rak fail yang sederhana tinggi terletak di belakang meja itu.
“Ha!...Ni tempat kerja Ain”. Melissa menunjukkan ruang pemisah itu pada Ain Syuhada. Lantas dia menolak perlahan bahu Ain dan menyuruhnya duduk di kerusi yang disediakan.
“Selesa tak? Senang duduk satu bilik pasal bos kecil ni OKU. Mr..Blind susah kalau nak bergerak ke sana sini kalau nak apa-apa. So P.A kena duduk sekali baru senang kerja.”
“Err…tak pelik ke?”. Ain Syuhada menyoal Melissa.
“Pelik?”. Melissa mengerutkan keningnya dengan pertanyaan Ain Syuhada itu.
“Berdua-duaan…Takut kena tangkap basah”. Ain Syuhada mengeluarkan kenyataan yang agak tidak logik dipendengaran Melissa. Puas dia menahan diri dari ketawa. Namun terburai juga ketawanya itu apabila melihat wajah adik iparnya yang cemberut itu.
“Tak sempat basah pun. Nampak cermin bilik ini. Semua transparent. Apa yang Ain buat semua orang nampak kat luar sana. Lainlah kalau Ain dengan bos kecik buat projek kat bilik air”. Melissa sudah mengangkat kening tanda mengusik Ain Syuhada.
“Haiya…choi..choi…Akak ni cakap sesedap mulut je”. Ain Syuhada cepat-cepat menafikan apa yang diperkatakan oleh Kakak  iparnya itu.
“Syarikat ni besar. Ada lebih dari 100 orang pekerja di sini. Ini tak termasuk cawangan di Sarawak dan Terengganu lagi. CEO syarikat ni anak sulung  Tan Sri Mustafa lepas beliau meninggal dunia  kira-kira 2 tahun lalu. Datuk Adam Malik. Ketua Bahagian R&D pula anak kedua, Datuk Adila. Ketua Bahagian Kewangan  Encik Aidil Zafran  tu anak bongsu tapi dari  isteri kedua beliau.” Ain Syuhada sudah terangguk-angguk tanda faham apa yang dijelaskan oleh Melissa setiausaha kanan Insaniah Holdings ini.
“Marilah akak kenalkan pada ketua bahagian kat sebelah west and south. Senang nanti kalau ada apa-apa urusan dengan mereka. Sambil-sambil tu kita ronda sekejap bahagian north. Akak ni bukan selalu dapat temankan Ain makan. Nanti busy mesyuaratla…pergi site la…urusan bank la…Busy tau!” Melissa mengomel sebentar mengenai kesibukan kerjanya.
“Akak, kat tempat kerja ni Ain nak panggil apa kat akak? Mestilah kena formal kan?”
“Oh..terlupa pulak. Panggil je Puan Melissa. Tapi  kat tempat kerja je tau. Jangan melarat sampai rumah. Tak pasal nanti Abang Man ingat akak buli adik kesayangannya ni.” Melissa mengenyitkan matanya.
“Hem…Puan Melissa, bos kecil masuk pejabat pukul berapa?” Tanya Ain Syuhada tidak sabar. Teruja pun ada kerana akan memulakan tugasnya hari ini kepada Mr. Blind.
“Sekejap lagi kot. Sempatlah kita pergi berkenal-kenalan dulu”. Melissa sudah menarik tangan Ain Syuhada agar mengikut langkahnya ke tempat yang hendak dituju. 

Ain Syuhada kagum apabila kakinya melangkah ke bilik CEO Insaniah Holdings. Terpampang gambar famili Tan Sri Mustafa di dinding apabila pintu bilik  bigbos di buka. Datuk Adam Malik dilihat sedang membelek dokumen setebal 2 inci itu. Kemudian dia mengangkat muka memandang wajah jelita Melissa di samping seorang gadis yang amat manis pada pandangan matanya.
“Yes Melissa, anything what can I do?” Pertanyaan itu disulami dengan segaris senyuman dibibir. Ain Syuhada memerhati lelaki berusia awal 40-an itu. Wajahnya bersih dan dihiasi dengan kumis yang nipis. ‘Hem…sedap mata memandang.’ Omel  Ain Syuhada dalam hati.
Melissa hanya tersenyum. Bigbos yang paling dikagumi. Walau punya rupa, harta dan pangkat, dia tidak berhidung tinggi.  Juga  tidak pernah mengambil kesempatan pada pekerja bawahannya.
            “Kenalkan, P.A baru for your younger brother”.  Melissa memperkenalkan Ain Syuhada pada CEO Insaniah Holdings. Seraya itu Datuk Adam Malik segera berdiri tanda mengalu-alukan pekerja barunya.
“Welcome to Insaniah Holdings.” Ramah Datuk Adam Malik menyapa.
“Terima Kasih Datuk”. Jawab  Ain Syuhada sambil mengangguk tanda menghormati bigbosnya itu.
“Where Ur get her?”.
“She’s my sister in law. Sorry bos. Cari kroni untuk jawatan ni. Terdesak.” Balas Melissa senyum sumbing.
“Don’t mind. But make sure, she’s excellent in that’s job”. Wah! sudah berbaur amaran kata-kata yang diucapkan oleh Mr. CEO dipendengaran Ain Syuhada. Malaysia Boleh! Chaiyok.chaiyok…! Ain Syuhada. Buktikan kau boleh. Kata-kata semangat itu diseru-seru dalam hatinya.
“Saya gerenti bos”. Jawab Melissa yakin. Mestilah dia yakin Ain Syuhada boleh melakukan tugasan itu. kalau  tidak sia-sia saja dia bersusah payah mendapatkan jawatan ini untuk adik iparnya itu.
“Saya harap awak dapat bekerjasama dengan Ketua Kewangan Insaniah Holdings ye? He’s very special person.” Kata-kata itu ditujukan buat Ain Syuhada pula.
Ain Syuhada merenung wajah Mr. CEO dihadapannya dan menjawab penuh yakin. “Yes bos. I  do my best”. Ain Syuhada berjanji. First impression mestilah kena tunjuk keyakinan yang tinggi. Tugasan? Second impression kot. Ha..ha..ha..
“Ok bos. Got to go. Nak introduce pada Datuk Adila pula.” Melissa meminta diri. Datuk Adam Malik hanya menggangguk kemudian mengiringi langkah Melissa dan Ain Syuhada hingga ke muka pintu. Kembang rasa hati Ain Syuhada kerana menerima layanan dari bigbos. Begitu humble…

Ain Syuhada mengikut langkah Melissa menuju ke bilik di sebelah bilik bigbos tadi. Tertera nama ‘Datuk Adila binti Tan Sri Mustafa’ di muka pintu. Kagum sejenak kerana muda-muda lagi sudah mendapat title ‘Datuk’.
“Datuk Adila ini memang pakar. Muda-muda lagi dah banyak R&D dalam bidang petroleum yang gah sampai omputih pun ambik paten orang Malaysia ni.” Melissa memulakan bicara. Bangga sebenarnya kerana orang perempuan juga boleh seiring dengan lelaki. Macam Gabenor Bank Negara, perempuan juga yang berkuasa.
“Humble  jugak ke macam our bigbos?” Soal Ain Syuhada. Melissa pantas mengangguk.
“But she’s very fussy. Perempuan katakan ”. Tokok Melissa pula dengan memek muka dan mata yang dijulingkan ke atas tanda not’s good.
            “Ala..kak. Semua perempuan fussy kan? Akak pun fussy jugakkan?” Melissa sudah tersengih. Hem..sedap mengata orang, tidak sedar diri sendiri pun sama juga.

Mereka melangkah masuk apabila suara wanita di dalam memberi keizinan untuk masuk.
“Ooo..inilah P.A for Aidil Zafran ye?”. Belum sempat Melissa introduce, Datuk Adila terus menerjah.
“Ya, Datuk. Saya Ain Syuhada Ismail”. Tangan dihulur untuk bersalam dengan Datuk Adila. Seraya salam itu disambut dengan senyuman yang ikhlas.
“Hem…cantik. Manis. Kalau Aidil boleh lihat, mesti jatuh hati”. Ain Syuhada sudah menelan liur. Cepat betul spekulasi yang dibuat oleh Datuk Adila pada pertemuan pertama ini. Namun dia cuma tersengih, bangga dipuji cantik.
“Hopefully you will enjoy to work here”. Datuk Adila memberi perangsang. Ain Syuhada terasa bahagia. Baru hari pertama di sini dia sudah diterima tanpa prejudis oleh pihak atasan. Harapannya biarlah semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T


No comments:

Post a Comment