Bab
6
Ain Syuhada masuk ke bilik bosnya.
Dia duduk menopang dagu. Tidak tahu hendak buat apa. Semalam puas dia menunggu,
hatinya benar-benar tidak sabar hendak berkenalan dengan bosnya itu. Tetapi
hampa kerana bosnya ada urusan luar. Semua bahagian termasuk pegawai-pegawai
atasan sudah dikenalinya. Hatta CEO dan Ketua R&D Insaniah Holding juga
turut dikenalkan semalam oleh kakak iparnya itu. Hanya bosnya itu sahaja belum
dikenalinya. Dia mengamati setiap inci wajah yang terdapat di dalam bingkai
kaca itu. Dia cuba mengingati adakah wajah ini biasa dilihatnya dan pernahkah
dikenalinya. Tetapi dia buntu, sudah puas dikerah otaknya untuk mengingati
siapa gerangan bosnya itu melalui gambar yang dipegangnya itu.
“Handsome”.
Getusnya perlahan melihat lelaki di dalam bingkai gambar itu. Wajah lelaki itu
yang berkaca mata hitam, memiliki bibir yang seksi dan dagu yang terbelah cukup
membuatkan naluri kewanitaannya bergetar. Kalaulah lelaki itu berada di depan
mata. Mahu mulutnya ternganga luas kerana mengagumi makhluk ciptaan Allah SWT.
“Ohhh…mak
kau!”. Ain Syuhada melatah apabila pintu bilik air yang terdapat dibelakang biliknya ditolak orang. Nasib baik bingkai
gambar yang dipegangnya tidak terlepas. Kalau tidak masaklah pula hendak
menjawab pada bosnya itu.
“Siapa
tu?” Soal lelaki itu sambil tangannya meniti setiap inci dinding. Dia melangkah
perlahan-lahan sambil tangannya meniti dinding bilik itu.
“Bos
belok kanan, nanti langgar pulak sofa kat situ”. Pantas Ain Syuhada memaut
lengan lelaki itu lalu dibawanya duduk di kerusi bos. Dia teringat kepada bekas
pelajarnya dulu. Begitulah bagi golongan OKU penglihatan berjalan jika mereka
tiada tongkat putih yang digunakan
sebagai alat bantu.
“Siapa?”.
Ulang Aidil Zafran. Terkejut dia apabila
mendengar suara wanita melatah dibiliknya. Bertambah terkejut lagi apabila
tangannya dipaut oleh tangan lembut lalu dibawa duduk di kerusi.
“Err…saya
Ain…Ain Syuhada Ismail. P.A bos”. Jawab
Ain Syuhada teragak-agak. Terkejutnya tadi belum hilang lagi. Dia mengamati
wajah lelaki dihadapannya itu. Kacak. Anak matanya yang hitam sempurna itu
langsung tidak menunjukkan yang dia buta sebenarnya.
“Ain
Syuhada!”. Aidil Zafran terkejut. Adakah dia orang yang sama menjadikan dia
sebegini. Tak mungkin. Gadis itu tak mungkin berada di Kuala Lumpur ini.
Ain
Syuhada agak gementar apabila mendengar bosnya itu menyebut namanya dengan
lantang. Dia mengamati lagi wajah lelaki di hadapannya ini. Tiba-tiba dia
terasa hendak pengsan. Badannya sudah berpeluh-peluh. Dia baru teringat.
Otaknya sudah menghantar imej lelaki yang dianayainya sepuluh tahun lepas.
Memang dia orangnya. Bezanya sekarang
dia lebih sasa dan kacak dan sudah menjadi lelaki matang. Ain Syuhada
menelan liur. Kakinya terasa lemah.
“Ain
Syuhada Ismail! U asal mana ye?”. Aidil Zafran menyoal. Harapannya biarlah
namanya sama tapi bukan orangnya. Dia sudah berjanji tidak mahu bertemu lagi
dengan gadis yang menjadikannya buta untuk selamanya.
“Er…er..”.
Ain Syuhada teragak-agak. Otaknya lambat pikap. Hendak dibohongnya apa.
Kalaulah dia tahu Aidil Zafran ini lelaki yang dianayainya itu. Sumpah dia tak
akan menjejakkan kaki di sini. Tapi sekarang semuanya sudah terlambat. Lakonan
harus diteruskan.
Ketukan
di pintu menyelamatkannya. Fuh!!! Save by the knock. Terjengul Melissa sambil
tersengih.
“Sihat
bos?”. Tanya Melissa berbasi-basa.
“Sihat”.
Jawab Aidil Zafran pendek.
“Bos,
ni dokumen laporan dan charge kerosakan
enjin T20 dari Ketsu Corporation. Saya
serah pada P.A bos ye?”. Dokumen setebal 2 inci itu bertukar tangan. Ain
Syuhada mengambilnya dengan pandangan lega. Mujur Melissa masuk, selamatlah dia
dari menjawab soalan tadi. Tiba-tiba dia mendapat idea.
“Ohh…bos…pasal
soalan tadi saya asal dari Bagan Serai Perak. Melissa ni kakak saya”. Cepat
saja Ain Syuhada mengangkat tangannya dan mengisyaratkan agar Melissa
mengakuinya. Terpaksa berbohong. Bohong sunat. Idea datang mencurah-curah pulak untuk
menyelamatkan keadaan. Aidil Zafran mengerutkan dahi. Setahunya setiausaha
abang longnya ini anak tunggal.
“Bukan
Melissa anak tunggal ke?”. Ah, Sudah! Terperangkap pulak. Lupa yang kakak
iparnya ini anak tunggal.
“Saya anak isteri muda?”. Pantas saja Ain
Syuhada menjawab. Melissa sudah menjengilkan mata. Pandai-pandai mereka cerita.
Bapanya tak pernah curang apatah lagi hendak pasang bini dua. Ain Syuhada sudah
mengangkat tangan seperti menyembah Sultan lagaknya.
“Betullah
tu, bos. Saya yang rekomen jawatan P.A ni”. Nak tak hendak saja Melissa
mengiyakan kata-kata Ain Syuhada. Tak apa. Lepas ni siaplah Ain Syuhada, akan
dikorek cerita dari A sampai Z.
Getusnya dalam hati.
“Sorry!”.
Dia berbisik. Melissa sudah menarik muka masam. Minta dijauhkan jika dia punya
mak tiri.
“Ok
bos. Minta diri dulu”. Melissa sudah hendak keluar dari bilik Ketua Kewangan
itu. Belum pun pintu itu ditutup dari luar dia sudah memberikan isyarat
jaga-jaga dengan jari telunjuknya. Ain Syuhada hanya menikus sambil tangannya
menabik tanda baik bos. Wah!..Nampaknya terlepas dari mulut harimau sudah masuk
mulut buaya pulak. Perlukah dia menerangkan perkara yang sebenarnya. Jika tidak
diterangkan pada Melissa, dia takut hubungan mereka menjadi keruh. Kepalanya
benar-benar kusut.
“So.
Awak ni anak isteri kedua ye?Baik ye dengan Melissa. Selalu isteri kedua ni
akan dipinggirkan. Payah betul anak-anak nak berbaik”. Aidil Zafran memberikan
komen. Berdasarkan pengalamannya sendiri. Sampai sekarang dia terasa dirinya
dipinggirkan walaupun hakikatnya tidak begitu. Tambahan pula dia OKU, lagilah
dia terasa tidak diperlukan di Insaniah Holdings ini.
“Kami
ni lain. Memang baik sejak kecil lagi.” Ain Syuhada menipu lagi. Nasiblah.
Selagi boleh menipu dia akan goreng kaw-kaw punya. Matanya tidak lepas menilik
wajah bosnya itu. Makin kacak berbeza dari 10 tahun lepas. Iyolah masa 10 tahun
itukan panjang. Dia yang budak hingusan sebesar anak gajah dulu pun
dah bertukar jadi gadis jelitawan secantik ikan duyung.. Pergh!
Hiperbola sungguh...Puji diri sendiri sampai tak ingat.
“Ain
Syuhada, U dengar tak apa yang I cakap?”. Aidil Zafran menaikkan volume
suaranya. Apahal minah ni?. Berangan ke?. Dia meneka sendiri kerana dia tidak
tahu apa yang dibuat oleh Ain Syuhada. Maklumlah Mr. Blind. Kalau nak guna
deria bau pun tak ada benda yang boleh dihidunya. Cuma wangian Nina Ricci
sahaja yang menghuni deria baunya sekarang ini.
Pecah
lamunan Ain Syuhada. Nasib baik bosnya ini Mr. Blind. Kalau tidak mana nak
disorok mukanya kerana asyik merenung wajah kacak dihadapannya ini.
“Sorry
bos. Saya kat toilet tadi?”. Ah…Bohong lagi. Agaknya selagi dia bekerja dengan
Mr. Blind ini dosanya tentu berkoyan-koyan.
“Kalau
nak kemana-mana. Inform la saya dulu. Nanti serupa orang bodoh pulak. Cakap
sorang-sorang.” Aidil Zafran memberi arahan. Sudah banyak kali dia menghadapi
situasi begini jika berurusan dengan pekerja bawahannya. Maklumlah mereka tidak
peka dengan OKU blind sepertinya.
“Sorry
bos. Lain kali saya tak buat lagi”. Ain Syuhada menonyoh dahinya sendiri.
Macamana dia boleh lupa cara untuk berinteraksi dengan OKU blind ini. Dah
lupalah praktik masa mengajar dulu.
“Dokumen
tu saya nak awak rakamkan bacaannya untuk saya. Kalau awak malas, scan aje.
Nanti saya boleh baca sendiri. As soon as possible”. Ain Syuhada mengangguk
laju.
“Baik
bos”. Dia menelek dokumen setebal 2 inci tu.
Mahunya
kering tekak kalau nak dibaca satu persatu. Akhirnya dia memutuskan untuk scan
sahaja kerana dokumen ini dalam bentuk tulisan. Tidak ada sebarang graf, kalau
ada pun tak penting untuk Mr. Blind seperti bosnya itu. Yang penting-penting
akan diterangkan sahaja kepada bosnya. Kerja akan jadi mudah dan pantas. Ain Syuhada
tersenyum lagi.
Bab
membaca dokumen yang telah discan itu adalah tugas JAWS satu perisian yang
digunakan oleh komputer untuk membaca maklumat. Dia pernah lihat bekas
pelajarnya menggunakan perisian ini untuk membaca nota. Tapi orang normal
sepertinya payah betul untuk memahami cakap Mat Salleh slang Melayu ini membaca
nota satu persatu.
“Nanti
waktu lunch tolong tapaukan untuk saya?”. Arahan dari bosnya didengar dengan
teliti.
“Kenapa
bos tak pergi makan sekali?”. Soal Ain Syuhada ingin tahu. Kalau dah blind,
walau tak nampak apa pun tapi bersosial
itu penting supaya tak jadi kera sumbang. Dia kerap juga menasihati bekas
pelajarnya supaya bergaul dengan orang normal. Jangan asyik dengan kelompok
sendiri sahaja supaya minda itu terbuka dan pergaulan menjadi mudah.
“Malaslah.
Orang Malaysia ni tak sama macam kat UK tu. Kat sana semua tak kisah dengan
orang OKU macam saya. Tapi kat sini macam tengok Alien”.
“Ish…taklah.
Kalau 10 tahun lepas mungkin betul. Tapi
sekarang semua dah berubah bos. Mereka prihatin nak membantu. Kalau saya pun
suka, pasal rasa glamour berkawan dengan OKU ni. Semua orang pandang.”. Ain
Syuhada cepat-cepat menyangkal pendapat dari bosnya itu. Semasa jadi guru ganti
dulu, dia kerap membawa pelajarnya membuat aktiviti outdoor seperti shoping dan
tengok wayang. Ramai orang akan perhati tingkahnya melayan pelajarnya dan ramai
juga yang membantu. Rasa glamour sekejap dilayan begitu walaupun menumpang tuah
orang.
“Betul
ke?”. Soal Aidil Zafran tidak percaya. Tapi mungkin juga betul kerana dia baru
sahaja menjejakkan kaki di bumi Malaysia ini 6 bulan yang lepas setelah 10 tahun di negara
orang. Jadi, dia agak ketinggalan tentang perkembangan terkini bumi Malaysia ini.
“Kalau
macam tu, lunch nanti teman saya makan?”. Aidil Zafran mengeluarkan arahan.
Sudah ada P.A mestilah digunakan sungguh-sunggguh kalau tidak rugi saja
membayar gaji.
“Baik
bos”. Ain Syuhada pantas menjawab.
Terlopong
Melissa apabila melihat Ain Syuhada membuka cerita bersama linangan airmata.
“Ain
menyesal kak. Ain betul-betul menyesal”. Airmata yang berlinangan diseka dengan
telapak tangan. Melissa berasa simpati mendengar cerita Ain Syuhada. Tapi
simpatinya lebih kepada Aidil Zafran.
“Ain
taktahu kesan semburan Redinsert tu buat dia jadi buta, kak. Kalau Ain tahu sumpah
Ain tak buat”. Sambungnya lagi dengan esak tangis yang makin menjadi. Melissa
segera memeluk adik iparnya. Digosok-gosok belakang badan Ain Syuhada dengan
lembut. Moga-moga dapat mententeramkan gundah gulana yang melanda Ain Syuhada.
“Ain
minta maaf kak sebab menjual nama kak. Ain dah takda idea nak menipu apa lagi
kak. Itu je yang muncul dalam benak Ain”. Pantas dia memohon maaf dari Melissa
kerana berbohong mengatakan dia adik Melissa.
“It’s
okay. Memang Ain adik akak pun. Walau adik ipar tapi tetap macam adik sendiri”.
Lega hati Ain Syuhada apabila mendengar tutur kata dari Melissa.
“So,
sekarang ni Ain nak buat apa? Teruskan lakonan?”. Soal Melissa.
“Entahlah…rasanya
lakonan perlu diteruskan. Ain benar-benar nak bantu dia. Dengan cara itu,
sekurang-kurangnya Ain akan rasa lega.” Melissa hanya terangguk-angguk
mendengar kata adik iparnya itu. Rumit juga masalah yang menimpa Ain Syuhada.
Tapi sebagai kakak dia akan memberikan sepenuh sokongan buat adik iparnya itu.
“Apapun
akak akan terus menyokong.” Ain Syuhada berasa syukur yang amat kerana Melissa
tidak marah, malah memahami masalahnya. Dan paling penting menyokongnya.
Walaupun support moral, itu sudah
memadai.
“Sudah,sudahlah
menangis. Kesat airmata tu. Akak turun dulu. Nak masak apa yang patut. Abang
long kau balik nanti mesti nak makan. Kita ni walau dah ada maid, bab memasak
kena buat sendiri untuk suami. Air tangan isteri tu penting. Opps!…terceramahla
pulak. Terlebih sudah”. Melissa sudah tersengih apabila tersedar dia terlebih menasihat adik iparnya.
Ain
Syuhada kembali senyum. “Takpa nasihat akak bagus untuk Ain”. Melissa sudah
berdiri. Dia menapak keluar dari bilik Ain Syuhada yang terletak di tingkat
atas.
Ain
Syuhada kembali menyambung kerjanya yang tertangguh tadi. Dia menyemak dokumen
yang selesai di scan di pejabat semalam. Cuti hujung minggu ini dihabiskan
dengan mengedit dokumen itu kerana untuk memudahkan Mr. Blind membacanya. Mujur
juga laptop yang diberikan oleh Mr. Blind lengkap dengan perisian openbook. Pendek
kata laptop yang diberikan itu lengkap dengan segala macam perisian untuk
memudahkan pengguna OKU blind ini. Dia sudah beberapa kali menguap kerana
matanya sudah pedih dan berpinar akibat terlalu lama mengadap laptop. Akhirnya dia
berhenti mengedit dokumen itu. Malam nanti dia berkira untuk menyudahkan
tugasan yang diberikan oleh Mr. Blind ini.
Pantas
dia menutup laptop lalu berlari turun ke bawah. Cuti-cuti begini baik juga
membantu Kak Melissa mana yang patut. Kesian pulak pada Kak Melissa kerana cuti minggu begini patutnya
dihabiskan bersama abang long. Tapi dah nasib bersuamikan doktor, kenalah faham
tugas tanpa mengira waktu ini. Fikir Ain
Syuhada dalam hati.
Malam
itu Ain Syuhada bersama Azman sekeluarga keluar makan angin ke KLCC.
Mujurlah abang longnya itu tidak bertugas
petang itu. Dapatlah mereka sekeluarga keluar bersiar-siar . Lama juga dia tidak merasa menaiki PUTRA LRT. Akhir sekali dia menaiki Transit aliran
ini semasa menuntut di UMKL dulu. Nostalgia bersama kawan-kawan sekuliah dulu amat dirindui.
Keluar
sahaja dari perut PUTRA LRT mereka berjalan berkumpulan untuk window shopping.
Abang long mengendong Auni Syahira, manakala Melissa memimpin tangan Muhammad
Dani Ammar. Ain Syuhada saja yang berjalan kosong.
“Kita
nak kemana ni, papa?”. Terpancul pertanyaan dari Dani Ammar. Azman hanya
memandang kosong wajah anak sulungnya
itu.
“Entah,
papa takda idea la. Kita nak kemana ni
Lisa?”. Soalan itu pula ditanya pada isterinya.
“Kita
tengok wayang je lah. Tengok cerita kartun nak?”. Melissa bertanya pula pada Dani Ammar. Anak lelakinya meloncat
keriangan. Melissa tersenyum memandang wajah suaminya.
“So,
dah ada idea?”. Kedua-dua keningnya dijongketkan kepada suaminya. Azman
tersenyum sambil mencubit pipi gebu isterinya.
“Siaplah
balik nanti”.
“Apa
saja untukmu”. Balas Melissa. Ain Syuhada memandang sepi melihat drama sebabak
itu. Boring sebenarnya. Cemburu pun ada melihat kemesraan abang dan kakak
iparnya. Kalaulah dia juga dapat memiliki kebahagian seperti itu. Hmm…Agak-agak
bilalah akan ketemu Prince
Charming?...Bluek…Ain Syuhada rasa nak muntah. Berangan saja. Agaknya
Prince Charmingnya tersangkut dicelah
awan sebab itu sampai sekarang dia masih belum punya siapa-siapa.
“Jomlah
kita ke TGV . Tengok cerita Madagascar”. Melissa sudah menarik tangan Dani
Ammar diikuti Azman yang mengendong Auni Syahira. Ain Syuhada hanya menurut.
Sampai
sahaja di depan panggung TGV mereka semua melihat paparan skrin untuk tayangan
cerita Madagascar. Ada sejam lagi sebelum tayangan bermula. Azman sudah beratur
membeli tiket. Tugas mengendong Auni Syahirah sudah bertukar tangan pada Ain Syuhada.
“Kak
saya ke Kinokunya. Nak survey novellah?”. Ain Syuhada meminta izin pada
Melissa.
“Lepas
ni nak jumpa kat mana?”. Sambungnya lagi.
“Ain
datang sini balik. Kalau tak jumpa akak. Cari je kat Pizza Hut”. Terang
Melissa. Auni Syahira yang berada dalam
dukungan Ain Syuhada diambil.
“Okey.”
Balas Ain Syuhada pendek. Dia meneruskan langkah ke Konikunya dengan perasaan
teruja. Sudah lama rasanya dia tidak membeli novel baru. Hari ini dia akan beli
seberapa banyak yang boleh. Mujurlah Mr.Blind memberikannya tip kerana
melayannya makan tengahari di kafetaria syarikat semalam.
Banyaknya
juga tip aku dapat. Lepas jugak kalau nak beli 4 buah novel. Lepas ni kena banyak lagi tolong Mr.Blind. Untung-untung
dapat banyak tip lepaslah nak bayar duit muka VIVA. Ha..ha..ha…Ain Syuhada
sudah ketawa dalam hati. Banyak betul perancangannya untuk mendapatkan sebuah
VIVA. Biar terkejut Puan Ainon kat kampung tengok anak daranya dah maju dalam
hidup dapat beli sebuah VIVA. Bukan penganggur
kehormat lagi yang kerjanya pagi petang, siang malam masuk angin keluar
asap.
Ain
Syuhada berjalan pantas ke bahagian novel Melayu yang tersusun cantik di rak
buku. Rambang matanya melihat novel-novel baru yang terdapat disitu. Dia
mencari novel keluaran terbaru dari Karya Seni yang dibacanya dilaman web
penulisan2U. Novel bertajuk ‘Projek
Memikat Suami’ , ‘Teduhan kasih’ dan
‘Suamiku Mr.Perfect 10’ dicapai. Kemudian dia
beralih ke rak sebelah mencari novel Seindah Sakura yang diadaptasi ke
drama. Menarik juga menonton drama itu. Jadi dia ingin menghayati novelnya
pula.
Sedang
asyik membaca sinopsis di belakang novel yang diambilnya. Dia terasa bahunya
dicuit seseorang. Pantas Ain Syuhada menoleh. Mukanya merah kerana marah
melihat seorang lelaki tersengih memandangnya. Apa dia ingat aku suka-suka
disentuh oleh lelaki. Pantang betul. Rasa marahnya itu disalurkan ke wajah
dengan memasamkan muka semasam asam kedut.
“Ain
Syuhada kan?”. Soal lelaki itu masih lagi tersengih.
“Ya,
awak siapa?”. Ain Syuhada menaikkan volume suaranya.
“Sorry
pasal cuit bahu awak tanpa izin. Dah puas panggil, tapi awak asyik dengan
novel”. Terang lelaki itu apabila melihat wajah Ain Syuhada yang masam mencuka.
“Tak
kenal?. Cuba tengok wajah saya betul-betul”. Arah lelaki kacak itu pula.
Ewah…ewah
siap arah aku teka-teka pulak.Namun Ain Syuhada tetap akur. Dia mengamati wajah
lelaki kacak dihadapannya ini. Ala-ala wajah Mexico pun ada. Akhirnya Ain
Syuhada tersenyum.
“
Abang Ray. Rayyan Aziz?”. Makin lebar senyum Ain Syuhada. Tak sangka akan
bertemu lelaki idaman Malaya semasa belajar di UMKL dulu.
“Yup”. Jawab lelaki itu bangga. Diakan lelaki idaman
UMKL. Tak mungkin bekas juniornya ini akan melupakan wajahnya kerana dia yakin
benar gadis di hadapannya ini juga termasuk dalam senarai gadis yang
mengilainya.
“Abang
Ray buat apa kat sini?”. Soal Ain Syuhada berbasa-basi.
“Saja,
jalan-jalan. Tak sangka pulak boleh jumpa sicantik manis kat sini”. Ain Syuhada
menunduk malu. Kembang hatinya apabila dipuji begitu oleh lelaki idaman Malaya
ini.
“So,
abis belajar buat apa?dah kerja?”. Soal Rayyan. Ain Syuhada pantas menggangguk.
“Kerja
dengan Insaniah Holding”.
“Wow…great…Syarikat
multinasional tu. Susah betul abang nak dapat kerja kat situ”. Terang Rayyan
kagum.
“Abang
Ray pula?”.
“Jurutera
kat UMW”. Jawab Rayyan.
“Wah!
UMW pun gah jugak”. Balas Ain Syuhada bersahaja. Dia melihat jam dipergelangan
tangannya. Hampir sejam jugak dia di situ. Alamak cerita Madagascar!. Tiba-tiba
dia teringat pada Azman sekeluarga.
“Alamak.
Got to go. Dah lewat ni.” Ain Syuhada meminta diri.
“Nantilah
dulu. Kasi no phone boleh?”. Rayyan Aziz cuba memancing. Pantas Ain Syuhada
mengeluarkan sehelai tisu lalu ditulis nombor telefon bimbitnya di situ.
“Sorry.
Tak dapat sembang lama-lama. Ada date”. Ain Syuhada pantas berjalan
meninggalkan Rayyan Aziz selepas sehelai tisu
bertukar tangan.
“Date?
Boyfriend?”. Rayyan berteka-teki sendiri sambil merenung tisu digenggamannya.
Ahh…Best man win. Sapa cepat dia dapat. Dia menarik senyum.
“Siapa
pompuan tu”. Tiba-tiba muncul seorang lelaki menyoalnya.
“Calon
menantu ibu”. Jawab Rayyan yakin.
“What?
U dah abis fikir ke?”.
“Yup.
I nak tutup mulut ibu I. Penatlah nak jawab bila nak kawin. Kalau I kawin,so
senyaplah sikit”.
“Lepas
kawin, dia sibuk pulak tanya bila U nak ada anak?”.
“Sebelum
dia tanya pasal anak, I cerailah. I bagilah apa-apa alasan. Mesti dia tak tanya
dah. Janji I kawin dulu. Tutup mulut ibu I dulu.” Rayyan sudah merencana
sesuatu. Dia perlu memenangi hati Ain Syuhada sehingga gadis itu melutut di
kakinya. Cekup saja mana yang sudi asal dia kawin sebelum tahun ini berakhir.
“Hemm…I
pun tak dapat bayangkan kalau U ada anak.” Lelaki itu ketawa mengejek. Rayyan
pantas menyiku lelaki di sebelahnya.
“Mike,
U cakap baik-baik sikit. Jangan cabar I”. Rayyan sudah membulatkan matanya.
Namun dalam hati dia berdebar juga. Ada hatikah dia dengan seorang gadis?.
Ain
Syuhada senyum lagi melihat adegan cerita kartun itu. Begitu mencuit hati
melihat aksi Alex dan kawan-kawannya bermain
sarkas. Tapi hatinya lagi tersenyum bahagia kerana berjumpa semula
dengan Rayyan Aziz jejaka yang pernah digilainya secara diam semasa menuntut di
UMKL. Agaknya Prince Charming dah turun dari langit. Ain Syuhada senyum lagi
dan lagi…
Salam kak saya dah puas mencari novel suamiku mr blind niha yaallah xjumpa ii kalau ada sapa ii yg nk jual used novel dia pm saya bole 01151917206
ReplyDeletesame laaa..klo ebook lg bgus
ReplyDelete