Tuesday, 15 January 2013

OKu Sayang Bab 11


Bab  11
            Ain Syuhada lebih banyak mendiamkan diri. Dia tiada mood untuk berbual dengan Aidil Zafran. Dia terasa kekok untuk bersikap seperti biasa selepas kejadian tempohari. Walaupun Aidil Zafran kadangkala cuba berlagak biasa namun nampak seperti dibuat-buat. Kedua-kedua mereka seperti menyimpan sesuatu di dalam hati. Segala perbuatan dan perbualan terasa canggung.
“What wrong with U, Ain?”. Ain Syuhada terkapa-kapa apabila mendengar sergahan dari Melissa. Entah bila setiausaha kanan CEO ini masuk ke biliknya pun dia tidak tahu.
“Hah…!”. Ain Syuhada mengurut dadanya kerana terkejut.
“Dah lama saya berdiri di sebelah  meja awak. Tapi kenapa buat tak tahu. Saya cakap dengan tunggul ke?”. Soal Melissa formal.
“Maaf puan, ada apa yang boleh saya tolong?”. Balas  Ain Syuhada, juga formal.
“Hemm…susahnya bercakap ala formal ni. Back to normal eh”. Melissa senyum. Rasa marah tadi telah surut melihat raut wajah  Ain Syuhada yang masih binggung.
“Where Ur bos?” Ain Syuhada melihat ke meja Aidil Zafran. Kosong. Dia mengangkat bahu. Entah!
“Hai…jadi P.A apa macam ni?Bos pergi mana pun taktahu”. Sedas Melissa perli.
Ain Syuhada diam. Memang dia tiada mood untuk bergurau hari ini. Sebaliknya dia meneruskan kerja-kerjanya yang terbengkalai. Melissa hanya melihat setiap tingkah Ain Syuhada menaip maklumat ke laptop.
“Dari pagi tadi, akak tengok Ain muram je. Kenapa ye?”. Soal Melissa lembut. Ain Syuhada cuma diam seribu bahasa. Dia masih lagi leka menaip sesuatu tanpa melihat wajah Melissa.
“Ain ada masalah dengan Rayyan ke?”. Melissa  masih menyoal dengan sabar. Ain Syuhada berhenti menaip. Dia memandang wajah Melissa lalu menggeleng. Matanya sudah berkaca.
“Kenapa?” Melissa panik melihat Ain Syuhada yang berwajah sugul. Airmata sudah bergenang di tubir matanya.
“Ain tensen kak. Ain malu”. Ain Syuhada menekup mukanya. Bahunya terhinggut-hinggut  kerana menangis. Melissa bertambah panik. Dia memeluk bahu Ain Syuhada. Berbagai persoalan bermain dibenaknya. Kenapa sampai begitu sekali Ain Syuhada menangis.
“Kenapa Ain?. Ceritalah pada akak. Luahkan apa yang Ain rasa. Akak sentiasa ada Ain”. Lembut Melissa memujuk. Asalnya dia berada di situ untuk berjumpa dengan Aidil Zafran . Ada  dokumen penting yang CEO minta Aidil Zafran semak sebelum mesyuarat di Terengganu. Akhirnya dia tersadai di sini kerana risau melihat keadaan Ain Syuhada yang kusut.
Ain Syuhada mengesat airmatanya. Mula menarik nafas dalam-dalam. Dia mula bercerita satu-persatu dari sampai ke Kondo milik Aidil Zafran sehinggalah perkara yang memalukan itu. Melissa mendengar dengan teliti, dari reaksi yang tenang wajahnya bertukar menjadi terkejut. Mulutnya menganga luas.
“Hah…dia sentuh di mana?”. Suara Melissa naik beberapa oktaf. Ain Syuhada menekup mulut Melissa. Matanya memandang keluar. Mujur cermin transparent itu memudahkan dia melihat keadaan di luar. Semuanya sibuk dengan hal masing-masing.
Ain Syuhada yang sedikit kusut tadi tiba-tiba terasa hendak ketawa melihat reaksi Melissa yang kalut semacam. Rasa gundah yang terbit dihatinya tadi terasa lega sedikit melihat reaksi kalut Melissa.
“Dia pegang kat mana?” Ulang Melissa lagi. Ain Syuhada menelan liur. Rasa malu mula menyerbu dimukanya. Namun dia gagahkan juga mengangkat jari menunjuk ke dadanya. Melissa melopong. Terkejut. Tapi tidak lama kerana tiba-tiba dia tersenyum malu. See! Melissa sendiri sudah malu. Apatah lagi dia yang mengalaminya.
Melissa menarik nafas lalu menghelanya perlahan. “Akak rasa better ur forget it”.
“Yes, I try. But…”Ain Syuhada berjeda. Dia melepaskan keluhan.
“Setiap kali saya tengok wajah dia, saya mesti teringat kak. Macamana saya nak kerja dengan dia. Saya rasa malu sangat-sangat”.
“Habis tu  Ain nak buat apa?Berhenti kerja? Ain kena fikir masak-masak. Sekarang ni bukan senang nak dapat kerja”.
“Kalau ikutkan perasaan malu, memang saya nak berhenti je. Tapi bila fikir pasal payah cari kerja tu yang saya diamkan je”.
“Ain, fikir dulu. Lagipun Aidil tu kan buta. Dia bukan tahupun apa yang dibuatnya. Lagipun dia bukan sengaja. Baik Ain lupakan saja”. Nasihat Melissa bersungguh. Baginya isu  ini mudah jika tiada siapa yang memperbesarkannya. Buat tak tahu. Lagipun tak sengaja.
“Ain ambil masa jugak nak lupakan”. Ain Syuhada mengeluh.
“Chill up, Ain. Bulan depan je nak jadi tunang Mr.Rayyan. After that MRS Rayyan Aziz. Lama-lama Ain lupalah. Percayalah kata akak ni”. Pujuk Melissa pula.
Namun reaksi dari Ain Syuhada hanya kaku diam tidak berkutik. Matanya dihala ke pintu. Kedua-dua mereka terdiam kerana melihat Aidil Zafran tercegat di situ. Agaknya sudah berapa lama dia berdiri di muka pintu. Melissa cepat-cepat mengawal kegugupannya. Ain Syuhada pula meneruskan kerjanya yang terbengkalai. Hah!. Lupa pulak yang Mr.Blind ni bukan tahu apa yang dibuat mereka. Memang dia buta. Tapi dia bukan pekak. Agaknya sampai mana dia dengar apa yang dibualkan mereka. Ain Syuhada sudah cemas. Kepalanya terasa berdenyut. Tambah  kusut. Tambah masalah lagi.
“Bos, ini dokumen Datuk Adam Malik minta bos semak sebelum bawa ke mesyuarat di Terengganu”. Dokumen itu diletakkan di atas meja. Aidil Zafran meraba dokumen itu, sambil mengangguk-angguk. Melissa menoleh pandang pada Ain Syuhada sambil mengisyaratkan tanda tarik nafas hembus nafas sebagai semangat supaya Ain Syuhada bertenang.
“Saya keluar dulu bos”. Melissa minta diri. Ain Syuhada memandang langkah Melissa sehingga hilang di balik pintu.
“Ain Syuhada!” Panggil Aidil Zafran tegas. Ain Syuhada berhenti menaip. Dia telan liur lagi. Nada suara Aidil Zafran yang sedikit berbeza itu mengusutkan lagi kepalanya. Dia dengar ke?...Ain Syuhada berteka-teki. Ain Syuhada pantas berdiri di sebelah meja Aidil Zafran.
“Yes, bos”. Suaranya dilunakkan. Terasa merdu pulak suara itu di gegendang Aidil Zafran. Agak-agaknya gadis di hadapannya ini tentu manja orangnya.
“Minta scan segera dokumen ini. Hari ni jugak. Saya nak baca?’”. Arah Aidil Zafran lembut. Aiks lembut pula suaranya, dah tak marah kot. Tapi pasal apa dia nak marah?Dia dengar kot apa yang aku cakap dengan Kak Melissa tadi.  Hatinya terus berteka teki lagi.
Ain Syuhada berpaling lalu hendak kembali ke mejanya. Baru beberapa langkah, namanya dipanggil semula oleh Aidil Zafran.
“Ada apa bos?”. Soal Ain Syuhada dari mejanya yang hanya selang serantai dari meja bosnya itu. Aidil Zafran hanya diam membisu. Dia teragak-agak untuk bertanya tentang perkara yang baru didengarinya tadi. Ain Syuhada masih setia menanti apa yang hendak ditanyakan oleh bosnya itu. Dia memerhati raut wajah Aidil Zafran yang sentiasa tenang itu.
“Hmm…handsome!”. Sempat lagi dia mengulas. Aidil Zafran meraup mukanya lalu menghela nafas sedalamnya. Ain Syuhada hanya memerhati. Rasa gusar bermain dibenaknya apabila melihat reaksi Aidil Zafran seperti orang susah hati.
“Ain!”. Serunya lagi. Ain Syuhada masih setia menanti butir bicara dari Aidil Zafran.
“Kenapa bos? Saya ada buat salah ke?”. Aidil Zafran pantas menggeleng. Mana mungkin P.A yang mula mendapat tempat dihatinya itu melakukan kesalahan. Sebaliknya, dia yang membuat kesalahan sehinggakan Ain Syuhada mula kekok untuk berinteraksi dengannya seperti biasa. Sungguh, dia bukan sengaja untuk mencabul kehormatan Ain Syuhada, kalau layak pernyataan itu digunakan.
“Betul bulan depan Ain nak bertunang?”. Ain Syuhada membuat reaksi terkejut.
“Hah…!”. Nampaknya setakat mana perbualannya dengan Melissa didengar oleh Aidil Zafran sehingga isu pertunangannya ini disoal pula.
“Tahniah Ain, kalau betul nampaknya terpaksalah saya kena cari P.A baru. Kali ini kena cari lelakilah supaya boleh kekal terus bekerja dengan saya”. Ain Syuhada hanya tersenyum kelat. Kata-katanya Aidil Zafran itu seolah memerlinya pula.
“Saya ikhlas Ain. Bukan niat nak persendakan awak”. Nah!...seperti ahli nujum saja Aidil Zafran dapat mengagak apa yang difikirkannya sesaat lepas.
“Bila majlisnya?”.
“Bulan depan, lepas balik dari mesyuarat di Terengganu”. Balas Ain Syuhada tenang.
“Hmm,kalau macam tu Ain tak payah temankan saya ke sana. Ain uruskan saja majlis Ain. Tentu banyak benda nak kena buat. Saya bagi Ain cuti awal seminggu.” Ain Syuhada hanya melopong mendengar arahan dari bosnya itu. Dia bukan hendak mengelat dari ke Terengganu. Memang dia sudah bersedia untuk menolong Aidil Zafran. Jika tidak apa guna dia menjadi P.A.
“Tapi bos…”
“It’s okay. Pak Deris boleh temankan saya. Lagipun Ain, saya kena biasakan diri tanpa Ain.Tak kan selamanya Ain nak kerja dengan saya. Tentu Ain nak cari kerja lain yang sesuai dengan Ain  lepas bergelar isteri nantikan?”. Ain Syuhada menelan liur.  Kenapa Aidil Zafran seperti tahu-tahu saja apa yang dirancangkan setelah dia bergelar MRS.Rayyan Aziz. Betul-betul bosnya ini ahli nujum tahap petala.
“Cuma Ain sediakan maklumat yang saya perlu bawa masa mesyuarat nanti. Lagi mudah dalam bentuk power point dan hard copy yang dibraillekan.”.
“Hah…”. Ain Syuhada terkejut lagi. Mana nak dibraillekan. Mesin brailler pun tidak ada. Apatah lagi mesin embosser.
“Pergi je ke MAB. Kat sana semua ada…hatta mesin embosser pun”. Cepat saja Aidil Zafran memberi idea. Dia memang kerap menggunakan perkhidmatan untuk orang buta di situ. Malah dia juga menjadi jurulatih goalball satu permainan tradisi untuk pelajar buta.
“Saya tak tahu kat mana MAB tu?”. Balas Ain Syuhada. Memang dia tidak tahu di mana MAB atau Persatuan Orang Buta Malaysia. Dia pun bukan tahu sangat selok belok KL ini. Maklumlah dia cuma keluar ke tempat kerja saja. Itupun berhantar bagai dengan Melissa. Kalau keluar ke KL pun dengan Rayyan Aziz. Lebih pada itu dia tidak tahu.
“Beginilah, apa kata lepas balik nanti. Kita ke sana. Saya boleh suruh Pak Deris hantarkan.” Ain Syuhada hanya mengangguk laju. Janji kerjanya beres. Yang penting boleh claim kerja lebih masa.
“Macamana Ain?”. Soal Aidil Zafran semula setelah tiada jawapan dari Ain Syuhada.
“Yes, bos”. Jawab Ain Syuhada kuat. Terlupa yang bosnya tidak nampak walau dia mengangguk seribu kali sekalipun.
Aidil Zafran ketawa lucu. Nampaknya semangat ceria Ain Syuhada sudah kembali. Tapi dia terasa sedih kerana keceriaan Ain Syuhada itu tidak akan lama dirasainya  kerana gadis yang mula bertakhta dihatinya ini akan menjadi milik orang lain.
--------
Ain Syuhada sudah setia menanti di depan pintu utama MAB di Jalan Tun Sambathan, Brickfield dengan dihantar oleh Pak Deris. Turut bersamanya adalah Aidil Zafran pengguna setia kemudahan yang terdapat di sini. Setelah menurunkan mereka, Pak Deris terus pergi kerana di sini tiada kemudahan parking untuk  pengunjung. Kawasan parkingnya terhad untuk pekerja di situ sahaja. Kalau nak kena saman dengan polis trafik beranikan diri parking di luar sahaja. Sebentar sahaja surat saman akan singgah ke tangan anda. Itulah maklumat yang diberikan oleh Pak Guard yang setia menjaga di pintu masuk. Kebanyakan pengunjung yang datang ke situ lebih senang naik monorel. Kalau lawatan pelajar dari luar Kuala Lumpur samalah caranya seperti mereka tadi. Diturunkan dan pandai-pandailah drebar bas untuk mencari parking yang selamat dari polis trafik atau polis DBKL.
Ain Syuhada kagum sekejap melihat kemudahan yang terdapat di situ, ada makmal computer yang lengkap dengan perisian untuk memudahkan kerja-kerja OKU penglihatan ini. Mereka juga diberi kursus untuk membaiki computer atau cara untuk mengendalikan telefon. Kebanyakan pelajar lepasan SPM dan STPM akan ke sini untuk mengambil kursus jangka pendek dalam mengendalikan computer atau menjadi telefonis. Habis seluruh kawasan ini diterokai oleh Ain Syuhada setelah selesai mengembos dokumen untuk Aidil Zafran yang sudah hilang entah ke mana.
Dia berjalan perlahan sehingga sampai dikawasan dewan yang luas. Di situ dia terlihat Aidil Zafran yang sudah lengkap berpakaian sukan sedang bermain sejenis permainan yang hendak dikatakan bola sepak bukan, futsal pun bukan. Entah dia tidak tahu permainan apa itu. Dia berjalan selamba menuju ke kelompok mereka yang sedang tergolek terlentang menepis bola sebesar bola keranjang yang mengeluarkan bunyi loceng dari masuk ke pintu goal.
Ain Syuhada hanya memerhati berminat untuk melihat permainan itu. Agaknya inilah permainan goalball yang dicakapkan oleh Aidil Zafran dulu. Wisel berbunyi tanda sesi separuh masa  permainan tamat.
Aidil Zafran ketawa lepas sambil menanggalkan blindfoal sejenis kain berwarna gelap yang menutupi matanya. Rasanya dia tercium bau Nina Ricci disebelahnya. Dia memanggil Ain Syuhada kerana dia pasti bauan itu milik P.A yang disayanginya itu. Ain Syuhada hanya menjadi pemerhati melihat wajah bosnya yang dirasakan begitu sweet sekali. Dengan ketinggian persis model, andaikata Aidil Zafran normal tentu dia menjadi playboy besar dengan kekacakannya itu. Huh! Ain Syuhada mendengus. Cemburu barangkali atau marah pada dirinya kerana memikirkan yang negatif mengenai Aidil Zafran.
“Yes bos!’. Balas Ain Syuhada mendekati Aidil Zafran.
“Dah settle kerja?”.
“Yup!”. Balas Ain Syuhada pendek.
“Tunggu saya eh. Ada 10 minit lagi baru permainan tamat”. Ain Syuhada hanya mengangguk. Ah…Lupa lagi.
“Baik bos.” Aidil Zafran tersenyum. Ain Syuhada terasa terbuai dengan senyuman yang manis itu ditambah dengan peluh yang membasahi tubuh Aidil Zafran. Entah kenapa, dia nampak Aidil Zafran begitu seksi berkeadaan begitu.
“Nak join?”. Pelawa Aidil Zafran. Ain Syuhada membulatkan matanya.
“Saya tak tahu?”. Gila apa kalau dia nak main. Tergolek terlentang macam tu. Tentu buruk rupanya. Tak pun dibebelkan oleh Puan Ainon kalau dia tengok anak daranya tak jaga kesantunan.
“Tak tahulah kena cuba”. Asak Aidil Zafran lagi.
“Malulah. Tergolek terlentang macam tu”.
“Nak malu apa, semua bertutup mata. Dah tentu tak nampak apa-apa. Come on for fun.”Pujuk Aidil Zafran lagi. Ain Syuhada hanya tersengih. Niat hati memang mahu tapi malu.
“It’s okay. Lagipun ada pelindung keselamatan”. Tiba-tiba seorang wanita menyampuk percakapan mereka. Ain Syuhada hanya memerhati kehairanan pada wanita itu.
“Opss..lupa! Saya Pauline. Just call me Paul. Saya jurulatih goalball untuk pelatih di sini. Wow! Ain Syuhada kagum sebentar kerana jurulatihnya seorang perempuan.
“Tryla. U tak cedera pun. Ni ada pelapik siku dan lutut. Pelapik ehem…ehem pun ada tapi untuk lelaki sajalah.” Tiba-tiba si Pauline buat lawak. Ain Syuhada hanya ketawa mengekek.
“Mestilah,kalau tidak mesti mandul kami seumur hidup. Sapa yang merana. Ur  All jugak”. Aidil Zafran pulak menyampuk. Mahu saja dia mencubit lengan bosnya itu yang cakap tak cover langsung.
“Nak main macamana ye?”. Ain Syuhada berminat. Pauline menarik tangan Ain Syuhada lalu di bawa ke tengah gelanggang permainan itu untuk melihat keluasan 162 meter persegi ‘padang’ permainan itu. Kemudian di bawa memegang penanda yang dibuat dari tali lalu dilekat selotape tebal berwarna merah.
“Ini had pemisah supaya pemain tidak terkeluar dari sempadan gawang gol.” Ain Syuhada mengangguk pantas.
“Permainannya mudah. Ada 3 pemain untuk setiap pasukan. Setiap seorang akan kawal hujung kiri dan kanan tiang gol sepanjang 9 meter dan seorang lagi ditengah. Mainlah macamana pun asal bola yang dileret oleh pihak lawan tidak bolos. Mata ditutup dengan blindfoal walau pemain sedia buta. Bukan apa supaya mata pemain ini benar-benar gelap. Hanya deria telinga sahaja yang perlu peka.” Cukup jelas dan terang sekali Pauline bercerita.
“Ooo…sebab tu, bola tu mengeluarkan bunyi loceng. Dan permainan ini dimainkan dalam dewan tertutup supaya tidak bising”. Tokok Ain Syuhada pula.
“Yup. That good my girl. Cekap betul ye awak fikir”. Pauline kagum dengan kepekaan Ain Syuhada.
“Saya pernah jadi guru ganti untuk pelajar OKU blind ni. Cumanya saya belum sempat belajar permainan goalball ni. Maklumlah ganti pun 3 bulan je”. Ramah Ain Syuhada bercerita. Sekilas dia memandang pada Aidil Zafran yang sedang duduk di tepi gelanggang sambil meneguk sebotol air. Perlahan-lahan menuruni kerongkongnya. Hem…menarik, tertarik, kau memang the cool. Kalaulah dia dapat menyentuh bibir basah itu. Tiba-tiba Ain Syuhada boleh terfikir sekarut itu. Cepat-cepat dia beristigfar  membetulkan kekhilafannya itu.
“Hello!”. Pauline sudah mengawang tangannya ke muka Ain Syuhada. Dia turut memerhati sorotan mata Ain Syuhada ke arah Aidil Zafran.
“Gotcha! U suka dia ke? He’s smart, handsome, rich!”. Pauline sudah tertangkap basah Ain Syuhada. Cepat sahaja Ain Syuhada menggeleng. Malu.
“Eh…mana ada. Okeylah saya main”. Cepat betul Ain Syuhada memotong ayat Pauline dan keluar dari topik berkaitan bosnya itu.
“Ok. U ganti tempat saya. Satu pasukan dengan ur bos. Saya jadi pengadil”. Pauline sudah mengangkat kening seolah memberi peluang pada Ain Syuhada untuk tergolek terlentang bersama bosnya itu.
“Pauline!”. Ain Syuhada sudah menaikkan volumenya beberapa oktaf. Malu weh! . Pauline buat tak endah sebaliknya terus menempel kedua mata Ain Syuhada dengan kapas lalu diselotape. Ain Syuhada terasa kekok. Matanya kelam. Yang nampak hanya gelap pekat. Kemudian Pauline memakaikan dia blindfoal pula. Terasa seperti Zorro  bezanya mata Zorro tidak ditutup, tapi blindfoal ni semuanya ditutup. Kelam, hitam pekat.
Nasib baik hari ini dia memakai seluar panjang dan berblouse lengan panjang. Walaupun tidak sesuai untuk bersukan, namun keinginan untuk bermain goalball lebih penting daripada etika berpakaian itu. Pauline membawa Ain Syuhada yang berkaki ayam itu ke tengah gelanggang semula. Ain Syuhada berjalan dengan amat payah sekali. Dia terasa seperti gayat. Jalannya pun perlahan. Walau dipimpin Pauline, namun Ain Syuhada tetap tidak yakin untuk melangkah. Perasaannya seperti takut-takut. Agaknya beginilah rasanya Aidil Zafran ketika dia disahkan buta dulu. Dan sekarang dia melalui detik itu walaupun sekejap.
Pauline memegang tangan Ain Syuhada lalu didudukkan ditengah gelanggang. Dia meletakkan jari-jemari Ain Syuhada di atas lantai.
“Sekarang U rasa ada timbul tak?Macam garisan yang panjang?”. Pauline menyoal. Ain Syuhada pantas mengangguk.
“Okey. Itu garis pemisah dari pintu gol ke tengah gelanggang. Kalau U rasa dah terlalu jauh ke depan, U kena cari ini garisan sebagai tanda U tidak tersasar.” Terang Pauline dengan jelas sambil jari-jemari Ain Syuhada ditekan beberapa kali di atas garisan itu. Kemudian Pauline menarik tubuh Ain Syuhada untuk berdiri. Langkahnya laju membawa Ain Syuhada ke tiang gol pula. Ain Syuhada berjalan dengan kelam kabut kerana dia tidak dapat mempercepatkan langkahnya mengikut rentak Pauline. Agaknya beginilah yang dirasakan oleh bosnya ketika dia rakus membawa lelaki itu keluar berjalan-jalan. Rentaknya kakinya laju kadangkala sukar untuk diikuti oleh Aidil Zafran. Hmm…! Hari ini banyak benda yang dipelajarinya sebagai orang buta walaupun sekejap. Sumpah dia tidak mahu mengalami nasib begini.
Dia dibawa pula merasa panjangnya tiang gol yang separa leher jika berdiri. Panjang juga tiang gol itu jika dibilang dengan beberapa langkah kaki. Ain Syuhada tidak dapat mengagak berapa panjang tiang gol itu dalam keadaan mata tertutup ini walau dia tahu ukuran panjangnya 9 meter.
‘Susahnya untuk mengukur jarak dengan mata tertutup.’ Dia mengeluh pula.
Setelah selesa dengan posisinya sebagai pemain tengah, Ain Syuhada peka mendengar. Wisel ditiup tanda permainan separuh masa kedua bermula hanya untuk 10 minit. Pihak lawan membuat balingan gol dulu. Ain Syuhada peka mendengar. Bunyi keletong-keletang seperti loceng terasa begitu dekat dengan telinganya. Dia yakin hantaran bola itu laju menuju ke arahnya. Dengan pantas dia menjatuhkan badannya dalam posisi meniarap. Tangannya pantas meraba, dia seperti menangkap sesuatu yang bulat. Riuh orang memekik ‘gol’ disertai dengan tepukan. Sebaliknya dia mendengar orang disebelahnya mengaduh.
“Ain, awak pegang kepala saya. Awak  hempap badan saya”. Luah Aidil Zafran. Ain Syuhada baru tersedar rupanya benda yang ditangkapnya itu kepala Aidil Zafran. Lantai yang sepatutnya rata itu dirasa basah dan berbonggol sedikit. Rupanya sedang elok dia landing diatas badan Aidil Zafran. Ain Syuhada terasa tebal kulit mukanya berbelas inci. Hmm…kali ini bukan Aidil Zafran yang mengambil kesempatan. Tapi dia! Yang untung?. Entahlah?...Dia mahu cepat-cepat habis bermain. 10 minit dirasakan seperti 10 jam. Kenapa masa lambat bergerak. Dia mengeluh lagi.   
Permainan separuh masa kedua menyaksikan mereka kalah teruk dengan pasukan lawan, walaupun pada pusingan pertama tadi mereka mendahului pasukan lawan. Ain Syuhada hanya merebahkan badannya di tepi gelanggang. Rasa bersalah menyelubungi hatinya, kalau tak kerananya tentu pasukan Aidil Zafran menang besar tadi. Sudahlah tebal kulit mukanya menahan malu kerana kuat digelakkan oleh Pauline.
“Hello, kenapa sedih ni?”. Usik Pauline selepas melihat Ain Syuhada hanya diam membisu di tepi gelanggang. Dia masih menelan sisa ketawa kerana teringatkan aksi Ain Syuhada ketika bermain tadi.
“Malulah beb. Dah tu kalah pulak. Dah jadi double triple malu weh!”. Ain Syuhada duduk memeluk lutut.
“Come on sweet girl…ini bukan isu besar pun. Main pun suka-suka je. Jangan ambil hati sangat”. Pujuk Pauline menepuk-nepuk belakang Ain Syuhada. Aidil Zafran berjalan ke arah mereka dengan langkah yang perlahan lalu duduk di sebelah Ain Syuhada. Masih terbau Nina Ricci yang begitu kuat disebelahnya.
“Best lah you. Berapa kali dihempap Ain Syuhada. Ambil kesempatanlah tu”. Pauline bernada sarkastik. Ain Syuhada sudah merah mukanya menahan malu. Duduknya pun sudah mengesot sedikit ke arah Pauline. Segan pula duduk berdekatan dengan Aidil Zafran bila mengingatkan aksinya bermain tadi.
Aidil Zafran hanya ketawa mengekek. Lucu dan seronok juga kerana beberapa kali dihempap Ain Syuhada. Mungkin Ain Syuhada tak pasti yang mana bola, yang mana Aidil Zafran kerana meraba dalam kegelapan. So, dah rasalah macamana jadinya manusia yang buta ini.
“Itulah kan saya dah kata tadi. Mana boleh campur lelaki perempuan. U kata okay. Tak  ada beza lelaki perempuan. Ain pun tak bangkang. Nah! Terimalah dengan rela hati kalau menghempap atau dihempap.” Bidas Aidil Zafran pula. Memang permainan ini mana ada percampuran lelaki perempuan. Tapi Pauline menegaskan sekadar suka-suka. Ain Syuhada pula mengiakan sahaja. Kalau dah perempuan setuju, lelaki lagilah agree!!!
Ain Syuhada hanya diam. Malu kerana diperli  sebegitu oleh Aidil Zafran. Dalam hal ini tak perlu salahkan sesiapa, tapi diri sendiri mahu ingat!!! Kata-kata hatinya itu ditelan sepahit mungkin.

No comments:

Post a Comment