Bab 2
“Mengenai
masalah yang dihadapi oleh cucu pakcik, kami dah cuba sedaya upaya. Pakcik
perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan”. Doktor pakar mata yang bernama
Farah itu lembut berbicara.
Haji
Darus hanya diam membisu. Tidak tahu bagaimana hendak diterangkan kepada anak
dan menantunya kelak. Tak sampai setengah tahun Aidil Zafran bersekolah di sini
sudah begini nasibnya. Siapalah yang menganiaya cucunya itu pun dia tidak tahu.
Puas ditanya empunya badan siapa punya angkara, jawabnya tidak tahu. Kusut
fikirannya. Tambah lagi, doktor itu mengatakan yang cucunya sudah tiada harapan
hendak sembuh. Matanya rosak teruk. Hendak tak hendak kena terima kenyataan
Aidil Zafran akan kekal buta untuk seumur hidupnya kecuali jika ada insan yang
sudi mendermakan mata.
“Doktor,
tak dak cara lain ka?. Kesian cucu pakcik.. Dia muda lagi. Sekolahnya
macamana?”. Soalan itu pulak yang
diulang-ulang tanya pada Doktor
Farah itu walaupun puas sudah doktor itu menyatakan Aidil Zafran sudah tiada
peluang lagi.
“Macam
nilah, pakcik. Saya keluarkan surat mengenai laporan mata Aidil Zafran. Lepas
tu pakcik bawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat. Mereka tahu
macamana nak tolong. Pasal sekolah, pakcik tak perlu risau. Di Kedah ini pun
ada sekolah yang sesuai untuk cucu pakcik. Nanti saya bagi nombor telefon
St.Nicholas Home di Penang. Pakcik boleh dapat semua maklumat berkaitan OKU
penglihatan ini pada mereka. ” Terang Doktor Farah lembut. Mendengar penerangan
doktor pakar itu Haji Darus merasa lega. Tahulah dia macamana untuk selesaikan
masalah persekolahan Aidil Zafran.
Adil
Zafran masih lagi lemah. Matanya berbalut tebal. Dunianya kelam. Gelap gelita.
Dia jadi takut. Bagaimana jika seumur hidupnya dia akan hidup dalam kegelapan.
Kata-kata budak skema itu seakan terdengar di pelupuk telinganya. Seperti
sedang ketawa mengejek.
“Kalau
kau buta lagi bagus. Takdalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi”. Dia
menekup telinga dengan kedua belah tapak tangan. Tapi suara itu makin galak
didengarinya.
“Aidil…
Aidil…ini tokwan Aidil”. Suara garau datuknya lembut menyapa gegendang
telinganya. Dia mengagau mencari tubuh tua datuknya. Orang tua itu pantas
memegang tangannya.
“Aidil,
lagumana?. Sakit lagi?”. Aidil Zafran pantas menggeleng. Kesakitan petang tadi
yang seperti membakar biji matanya sudah tiada lagi. Sebaliknya matanya terasa
sejuk. Dia merasa lega sekali.
“Tok
wan, mama dan abah dah sampai?” .
Soalnya pula.
“Tok
wan dah tepon dah. Malam ni kot depa sampai. Kolumpuq nun bukan dekat. Kalau
bertolak petang tadi,malam la kot nak sampainya.” Haji Darus bersuara lembut.
Tumpah rasa kasih pada cucunya. Mula-mula dulu dia memang cukup bertegas dengan
Aidil Zafran. Tujuan cucunya dihantar bersekolah di sini juga atas permintaan
anak dan menantunya. Sikap nakal dan tidak berdisiplin cucunya itu sukar
dikawal. Jadi Aidil Zafran diletakkan di bawah jagaannya supaya kelakuannya
dapat dibentuk. Sekarang begini pula jadinya. Apa yang hendak dijawab jika anak
dan menantunya bertanya.
“Aidil,
tokwan nak tanya lagi sekali. Sapa yang buat naya kat Aidil ni? Kita tak boleh
biaq dia lagu tu ja?” Desak Haji Darus. Aidil Zafran hanya diam membisu.
Perlukah dia terangkan perkara sebenar. Sekarang dunianya sudah gelap. Berita
yang disampaikan oleh doktor yang merawatnya tadi pun masih belum dapat
diterimanya lagi. Dia masih mengharapkan agar kata-kata doktor itu hanya satu
pembohongan. Tapi kalau betul macamana?. Dia buntu memikirkan untuk megharungi
dunia ini dalam kegelapan. Dia tidak mahu satu nikmat yang dikurniakan oleh
Allah itu ditarik balik.
“Aidil
taktau tokwan. Jangan desak Aidil lagi”. Dia mengharapkan agar datuknya tidak
mengulangi lagi persoalan itu. Mungkin ini balasan dari Allah kerana
dosa-dosanya lalu. Dia lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Islam.
Dia lalai menggunakan nikmat yang diberikan oleh Allah ini untuk membuat
kebaikan. Sebaliknya dengan mata ini dia melihat banyak perkara-perkara yang
mungkar. Dunianya sudah pasti gelap. Tidak perlu dia menggelapkan masa depan
budak skema itu. Biarlah dia merahsiakan siapa punya angkara sehingga akhir
nafasnya nanti.
“Asalammualaikum,
tok?” Sapa satu suara mencecah gegendang telinga Aidil Zafran. Dia berkalih
wajah mencari pemilik suara itu. Yang pasti itu bukan milik abahnya.
“Waalaikumusallam.
Eh…Mail, Ainon. Terima kasihla mai tengok Aidil ni”. Balas Haji Darus. Aidil
Zafran hanya mendengar suara-suara yang bercakap dengan datuknya. Dia tidak
pasti siapa orangnya Ismail dan Ainon itu, kerana selama dia tinggal bersama
datuknya dia tidak pernah ambil tahu hal ehwal orang kampung yang berurusan
dengan datuknya.
“Aidil
sihat ka?” Suara lembut Puan Ainon menyapa telinganya. Aidil Zafran hanya
menggangguk. Moodnya benar-benar hilang. Dia sudah hilang rasa hendak berbual.
Sebaliknya hanya melayan rasa sedih yang bertandang di hati.
“Aidil,
ini Encik Ismail dan Puan Ainon. Depa ni mak ayah Ain Syuhada. Aidil kenai
kot?. Anak dia satu sekolah dengan Aidil.” Terang Haji Darus mengenai tetamu
yang melawatnya petang itu. Aidil Zafran sedikit terkejut apabila nama Ain
Syuhada disebut oleh datuknya.
“Ain
Syuhada budak tingkatan 2 ke? Pengawas sekolah tu?” Soal Aidil Zafran inginkan
kepastian.
“Ha,
betullah tu. Hang kenai ka dengan anak pakcik tu?” Kali ini Encik Ismail pula
menyoal Aidil Zafran.
“Kenal
gitu-gitu je pakcik. Tau nama dia je. Orangnya saya tak pernah jumpa”. Aidil
Zafran berbohong. Sebenarnya dia cuba
menyembunyikan rasa sakit di hati. Nama itu bukan setakat melekat dihatinya,
malah tuan empunya badan itu mempunyai hutang yang amat besar buat dirinya.
Kalau jadi hamba tebusan seumur hidup pun
tak akan mampu melunaskan hutang yang dibuatnya itu.
“Aidil…!”Suara
lembut wanita yang selalu didengari semenjak kecil itu membuatkan dia menjadi
rindu. Tangan lembut itu mengusap pipinya. Lalu badannya di rangkul dengan kemas.
Tumpah air mata membasahi bahunya.
“Mama…abah..”Aidil
Zafran terkejut menerima kedatangan kedua ibubapanya yang tidak disangka-sangka
kerana Aidil Zafran menjangkakan malam
nanti baru kedua mereka sampai dari Kuala Lumpur.
“Aidil,
siapa yang buat kamu macam ni, nak?”. Soal Datuk Mustafa tidak puas hati.
“Aidil
tak tahu abah”. Aidil Zafran masih lagi berbohong. Dia tidak mahu memanjangkan
lagi perkara ini. Biar masa dan keadaan yang menentukan balasan buat budak
skema itu.
“Cepatnya
hampa (kamu) sampai? Ayah ingat malam
nanti kot baru sampai”. Haji Darus
bersuara memecahkan suasana kepiluan yang melanda wad Optalmologi kelas 1 itu.
“Kami
naik kapalterbang ayah. Dari airport Alor Setar terus ke sini dengan teksi.”
Terang Datuk Mustafa. Haji Darus menggangguk
tanda faham.
####################
Ain Syuhada masih berdiri di depan pintu
rumahnya. Sudah puas dia melihat ke jalan mini tar yang menghadap pintu pagar
rumahnya. Kereta Proton Saga merah milik ayahnya masih juga belum muncul.
Hatinya sudah tidak sabar hendak mengetahui khabar Aidil Zafran. Dia gelisah.
Takut pun ada jika sesuatu yang buruk berlaku pada Aidil Zafran. Paling takut
jika Aidil Zafran benar-benar buta.
Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan untuk seumur hidup membayar apa yang telah dilakukan pada Aidil
Zafran pun tak akan mampu melunaskan hutangnya itu. Dia meraup kedua-dua tapak
tangan ke wajahnya sambil beristigfar. Jauh sangat rasanya dia melalut
memikirkan yang bukan-bukan.
“Hai,
kak. Menung apanya?”. Sergah Muaz dari belakang membuatkan Ain Syuhada melompat
terkejut.
“Mak
hang terkejut…Hesh…nasib baik tak da sakit jantung. Hang ni pun tak reti bagi
salam ka?”. Bebel Ain Syuhada sambil mencubit pipi adik bongsunya.
“Kak
ni yang kuat berangan. Penat dah adik bagi salam. Naik lenguh mulut. Kak duk
ralit buat taktau. Ingat mata ayaq ka?”. Tembak Muaz sambil mengeyitkan mata.
“Banyakla
hang punya mata ayaq. Orang, kalau masuk dalam rumah ikut pintu depan, yang
hang masuk ikut pintu belakang pasai apa?”.
“Adik
memanglah nak masuk pintu depan, tapi kak duk kawat depan pintu serupa
bodyguard. Dah bagi salam pun buat derk ja…Adik pi masuk ikut pintu
belakangla.” Jawab Muaz panjang lebar sambil menarik muka masam. Ain Syuhada
menggaru kepalanya yang tidak gatal. Betul ke asyiknya dia berangan sampai Muaz
bagi salam pun dia tidak perasan. Akhirnya dia menjungkitkan bahu tanda malas
untuk berfikir lagi. Muaz sudah mula menapak untuk keluar.
“Wei…hang
nak pi mana pulak?. Baru balik dari mengaji tau nak keluar pi melewaq (merayau)
pulak.” Ain Syuhada menyambung bebelannya lagi.
“Orang tak pi manalah. Ni nak pi bagi ayam itik mak
makan. Kak bukan taktau. Sat gi mak balik, maunya dia memetir siap guruh kilat
lagi. Sayang ayam itik lebih pada anak lagi”. Kali ini Muaz pula membebel tidak
puas hati.
“Baguih
hang no. Kak baru nak sampai pesan mak. Hang dah tau, tak payah suruh. Ada
pulak pi kata macam tu kat mak?. Sapa yang suka duk makan ayam itik tu?. Hang
jugak…Eloklah keje bagi makan ayam itik ni kat hang”.
“Kak
ni pun samala macam mak. Memetir je keje. Macam Cik Ainon jugak”. Balas Muaz
sambil menyarung selipar untuk ke reban ayam itik yang terletak di belakang
rumah.
“Hang
perlilah. Nanti kak repot kat Cik Ainon baru hang tau”. Ugut Ain Syuhada sambil
tayang giginya yang tersusun cantik.
“Repotlah,
adik tak takut”. Laung Muaz sambil menjinjit besen yang berisi makanan ayam
itik.
Di
kejauhan Ain Syuhada sudah nampak kelibat Proton Saga Merah bergerak perlahan
memasuki perkarangan rumahnya. Senyum Ain Syuhada semakin melebar. Tak sabar
rasanya hendak mengetahui khabar Aidil Zafran.
No comments:
Post a Comment