Bab 24
“Kau ingat ye…Kalau
apa yang mama tanya kau iyakan je. Jangan sampai rahsia terbocor. Kalau tidak
nahas kau. Kalau hari tu kau tak boleh bangun. Aku boleh buat kau pengsan
terus”. Dia sudah mengoyangkan jari telunjuknya di depan mata Ain Syuhada.
Hek eleh macam bagus.
Dia jeling pula pada Aidil Zafran. Suka benar nak mengarah orang. Aku ni bini
dia bukan P.A dia lagi. Tapi kata-kata itu hanya terluah di dalam hatinya saja.
Dia tak mahu berbalas kata dengan Aidil Zafran. Sebab berbalas kata hari tu lah
membuatkan dia kerugian hari ini. Rugi ke? Whatever.
“Oh Aidil, Ain.
Masuklah. Hmm…orang UK dah balik”. Puan Azizah sudah menyambut mereka di depan
pintu lagi sebelum sempat mereka turun dari kereta Audi R8 yang dipandu Aidil
Zafran.
“Wah…adik akak. Berdesup
bawa Audi mentang-mentang dah nampak”. Puji Datuk Adila pula sambil menumbuk
lembut di bahu Aidil Zafran. Ain Syuhada hanya menguntum senyum melihat
kemesraan keluarga mertuanya ini.
“Eh..masuklah Ain. Teruja
pulak jumpa anak sampai lupa pada menantu.” Puan Azizah peluk pula Ain Syuhada
setelah tangan mereka bersalaman tadi.
Mereka semua
berkumpul di ruang tamu. Datuk Adila dan suaminya Hakimi serta dua orang anak
mereka Farisya dan Dania.
“Abang Adam tak
datang ma?”. Soal Aidil Zafran setelah dia merasakan dalam kelompok keluarganya
itu Datuk Adam Malik dan isterinya tiada.
“Lupa pulak bagitahu.
Mereka sekeluarga pergi umrah”.
“Oh…nanti bolehlah
kita pergi umrah pulak ye Ain”. Dia peluk mesra pinggang Ain Syuhada sambil
mengenyitkan mata. Ain Syuhada hanya tersenyum manja. Namun dalam hati ALLAH
saja yang tahu dia begitu jengkel dengan lakonan Aidil Zafran yang nampak hidup
itu.
“Dah lama kat UK tu
tak kan tak da berita gembira kut. Dah berdua ni bila nak bertiga pulak?”.
Seloroh Datuk Adila.
“Yelah Aidil. Kena
cepat-cepat ada anak baru rasa bangga”. Hakimi pula mencelah. Ain Syuhada hanya
tersenyum tawar. Aidil Zafran pula tak henti ketawa.
“Tengah kerja keras
ni. Tak lambat adalah berita gembira nanti”. Mereka semua pakat ketawa. Ain
Syuhada saja rasa mukanya tebal berpuluh inci dengan lelucon yang dibuat Aidil
Zafran. Tak adalah lawak mana pun. Desis hatinya.
“Ni mama, kakak dan
abang. Syasya dan Dania pun ada juga, buah tangan dari UK”. Ain Syuhada
hulurkan 2 beg besar cenderahati dari UK. Aidil Zafran yang beli, dia cuma
tukang beri saja. Dia keluarkan satu persatu cenderahati yang berbalut kemas
tu. Tapi kalau tanya isi dalam, mampus dia nak menjawabnya kerana sumpah dia
tak tahu apa yang dibeli Aidil Zafran. Mereka menyambut huluran cenderahati tu
dengan ucapan terima kasih.
“Ma pelikla.
Sepanjang kamu kat sana susah betul nak bercakap dengan Ain. Mak dan ayah kamu
kat kampung pun kadang bertelefon kat sini tanya khabar kamu kerana banyak kali
dia orang call kamu tak berjawab?”. Gulp!...Ain Syuhada telan liur yang terasa
pahit. Mampus apa aku nak jawab ni?. Dia renung Aidil Zafran kat sebelah pula
minta pertolongan. Apa yang berlaku bukan salahnya. Aidil Zafran yang tak mahu
bawanya ke UK.
“Sebenarnya ma…Ain
sambung belajar kat Leeds. Kursus jangka pendek. Special Educations. Boring
katanya tak buat apa-apa kat rumah.
Pasal saya sibuk buat research. Jadi, saya izinkanlah dia sambung belajar”.
Aidil Zafran senyum pula pada Ain Syuhada seolah hendak memberitahu pandai tak aku
kelentong.
“Betullah tu ma.
Sebab tu bila ma call saya tak jawab coz saya kat Leeds, abang pula kat
London”. Ain Syuhada tokok pula cerita.
“Hish…kamu ni kalau
nak sambung belajar pun, jangan senyap macam tu saja. Bagitahulah kami kat
sini. Mama tahulah menantu mama ni tanggung jawab anak mama. Cumanya mama
terkilanla sikit sebab senyap macam tu je. Mak dengan ayah kamu kat kampung tu
risau Ain”. Puan Azizah sudah kerut kening. Bukan nak marah sebenarnya. Cuma
dia risau menantunya di UK senyap terus tanpa khabar berita. Risau juga kalau
ada apa yang berlaku.
“Ala…ma. Semua ni
salah Aidil coz Aidil rasa tak ada apa sangatlah kalau Ain sambung belajar kat
Leeds. Lagipun tak penting nak bagitahu. Maaf ye ma”. Aidil Zafran sudah cium
tangan mamanya minta maaf. Ain Syuhada juga turut buat begitu.
“Nanti kalau ada
masa,baliklah kampung Ain. Jenguk mak dan ayah mertua kamu. Dah ambil anaknya
jangan terus senyap macam tu je. Diaorang pun tentu rindu pada anak sendiri”.
Puan Azizah memberi nasihat pula.
“Yes bos. Saya
menurut perintah”. Puan Azizah mencubit pipi anak bongsunya itu. Geram kerana
dia memang serius berkata begitu Aidil Zafran pula menjawab dengan nada
bergurau.
“Mata kamu macamana.
Okey?”. Soal Datuk Adila pula. Aidil Zafran cuma mengangguk.
“Mula-mula tu kena
pakai Rayban hitam jugalah. Pasal mata ni tak tahan silau. Sekarang dah okey”.
Ain Syuhada renung wajah Aidil Zafran. Maknanya masa dia mula-mula jumpa aku
kat Secret Recipe tu dia nampaklah. Hmm..aku ni betul-betul dah kena main.
“Mama tak tahulah nak
ucap macamana lagi pada keluarga Jennyfer?. Mereka benarkan kornea mata
Jennyfer diambil untuk kamu Aidil.”
“Jenny dah wasiatkan
pada saya ma, kalau dia dah tak ada dalam dunia ni. Cuma saya tak sangka
secepat ini saya dapat lihat. Tapi…saya kehilangan kawan baik”. Aidil Zafran
pula bernada pilu. Ain Syuhada hanya mendengar butir bicara mereka sedangkan
dia tidak faham cerita itu dan siapa pula Jennyfer ini.
“Sembang-sembang
jugak. Jomlah kita makan dulu. Mesti mereka pun dah lapar ni”. Hakimi pula
bersuara setelah lihat ahli keluarganya makin rancak berbual.
“Lupa pulak nak
tanya. Bila kamu nak mula kerja?”. Soal Datuk Adila setelah mereka mula menjamu
selera di meja makan. Aidil Zafran berhenti menyuap makan. Dia melihat Ain Syuhada pula di sisi.
Hmm…kalau aku dah mula kerja, tak dapatlah jadi James Bond lagi. Agak-agak apa
lagi bini aku ni nak buat.
“Hai…sudah-sudahlah
renung bini kamu tu. Dah depan mata tak lari kemana lagi dah. Akak tanya bila
nak start kerja?. Projek akak dah mula jalan dah. Kamu tu yang tak ada lagi,
sapa nak pantau bahagian kewangannya nanti”.
“Yelah kak. Minggu
depan saya start kerja balik. Dah dapat cari pembantu saya?”. Soal Aidil Zafran
pula.
“Aik…isteri kamu kan
ada?”.
“Nope. Dia duk kat
rumah je. Layan saya cukup.”
Datuk Adila sudah
tersengih. “Sayang betul kat bini kamu ye?”.
“Mestilah kak. Sapa
tak sayang bini. Abang Kimi camne, sayang akak tak?”. Soal Aidil Zafran pada
abang iparnya itu.
“Hish…gila kalau tak
sayang. Ni lah pengarang jantung hati abang. Bantal peluk siang malam”. Datuk
Adila sudah menyiku suaminya. Pandai pula melawak.
Ain Syuhada hanya
mengangkat kening. Sayang sangatlah kakak oii. Sampai aku siang malam diherdik
dan ditengking je kerjanya. Dia telan kata dalam hatinya saja.
Masing-masing hanya
diam seribu bahasa ketika mereka dalam perjalanan balik ke rumah. Ain Syuhada
teringin hendak bertanya mengenai Jennyfer pada Aidil Zafran. Tapi dia takut
bakal ditengking bos a.k.a suaminya itu. Sesekali dia beralih pandang pada
Aidil Zafran yang leka memandu.
“Kau ni apahal? Duk
tengok aku macam tu. Ada hutang?”. Tiba-tiba saja singa jantan itu mengaum. Ain
Syuhada cepat mengalih pandangannya ke hadapan. Melihat cahaya lampu jalan yang
menerangi lebuhraya ke Setapak itu.
“Saya tanya bos
jangan marah ye?”. Dia bercakap juga sambil menelan liur. Kalau lepas ni kena
tengking juga. Tadah telinga sajalah. Dia sudah bersedia kalau bakal ditengking
lagi.
“Apa dia?”. Aidil
Zafran bersuara mendatar. Hilang sudah rasa marah bila melihat wajah Ain
Syuhada yang cemberut itu.
“Siapa Jennyfer?”
“Oh..Jenny. Kenapa
kau nak tahu. Cemburu eh…?”
Ain Syuhada tarik
muka. Ada ke aku cemburu? Tanya sikit dah kata cemburu. Hish…perasan betullah
mamat ni. Tak kuasa aku nak cemburu oiii….
“Baiknya hati dia
dermakan mata kat bos”.
“Hmm…memang dia baik.
Tak macam kau. Kejam sampai buat aku buta dulu”. Sempat pula Aidil Zafran
memulangkan paku buah keras. Ain Syuhada diam tidak terkata. Dia sedar memang
semua tu salahnya. Kalau lajak perahu boleh diundur, lajak perbuatan Aidil
Zafran yang terima habuannya. Dia sedar itu.
Menyesal dengan sikap terburu-burunya dulu.
“Jenny tu my bff masa
kat UK dulu. Aku, dia dan Raul. Kami memang akrab. Aku sampai terjatuh hatilah
pada Jenny tu. Tapi kau fahamlah. Antara aku dengan Raul. Agak-agak siapa yang
dia pilih. Tentu Raulkan. Tak kan aku pulak yang bakal menyusahkan hidup dia
dengan mata aku yang buta ni. Dah tu berbeza agama dan bangsa pula”. Panjang
lebar Aidil Zafran bercerita. Ain Syuhada hanya mendengar saja dengan penuh
minat.
“Bos…saya betul-betul
minta maaf bos”. Ain Syuhada terasa begitu menyesal sekali.
“Kau ingat senang aku
nak maafkan kau. Kau ingat aku boleh lupa macam tu je. Kau fikir dalam 10 tahun
ni berapa banyak perkara-perkara penting dalam hidup aku, yang boleh aku buat
dulu, terpaksa aku lupakan begitu saja. Semuanya sebab aku buta. Puncanya kau!.” Sudah! Barometer kemarahannya sudah naik pula.
Dia tekan pedal minyak untuk segera sampai ke Kondo Seri Mas. Sakit rasa hati bila fikirkan apa yang
Ain Syuhada buat padanya dulu. Ain Syuhada pula sudah diam tidak berkutik. Tak
mahu bercakap soal ini lagi bila melihatkan wajah Aidil Zafran yang penuh
kemarahan itu.
No comments:
Post a Comment