Bab 49
Aidil Zafran mula rasa tidak sedap
hati selepas menerima kiriman sms dari Zahirin selepas dia mengadap makanan
petang itu. Kiriman sms dari Zahirin yang menyatakan Zahlia tidak membuka pintu
dan berkurung di kondonya walau puas diketuk membuatkan hati Aidil Zafran rasa
semacam.
Selepas menunaikan solat Maghrib,
Aidil Zafran bergegas menukar pakaian yang lebih santai. Dia mahu ke kondo
Zahlia, walau hati amat membenci Zahlia, namun Aidil Zafran rasa dia perlu
mengambil tahu hal Zahirin dan Zahlia, tambah-tambah Zahirin sudah meminta
pertolongannya. Dia rasa bersalah memberikan idea bodoh pada Zahirin sehingga
tertangkap khalwat dengan Zahlia. Apatah lagi Zahirin memberitahu yang Zahlia
seperti manusia hilang akal kerana marah. Aidil Zafran rasa dia perlu
bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
“Bee nak kemana?”. Ain Syuhada
menyoal selepas melihat Aidil Zafran sudah menukar pakaian yang lebih santai.
Bert’shirt Adidas dan berseluar jeans rona gelap.
“Bee ada hal sikit. Nee jangan
tunggu bee. Maybe bee lambat balik. Jangan risau. Bee keluar dengan Muaz”.
Aidil Zafran sudah berlalu keluar dari bilik tidur mereka. Kemudian dia
mengambil kunci AUDi R8 di meja kopi. Dia melangkah santai sehingga ke muka
pintu. Dia kerling sebentar pada wajah Ain Syuhada yang masih memandangnya
tanpa jemu. Dia senyum pula. Kemudian dia peluk tubuh Ain Syuhada lalu
dilayangkan ciuman dipipi mulus milik isterinya.
“Jaga diri tahu. Jaga baby kita”.
Sekilas Aidil Zafran sudah melayangkan ciuman di perut Ain Syuhada pula. Terasa
seperti mencium anaknya. Kemudian dia cium ubun-ubun isterinya.
“Jaga diri eh…Bee sayang Nee
sangat-sangat”. Dia memberikan flying kiss sebelum beredar keluar dari kondo
milik mereka. Ain Syuhada hanya mengangkat kening. Berlainan sekali fiil Aidil
Zafran hari ini. Tak pernah sekalipun Aidil Zafran hendak berpesan sebegitu.
----
Muaz dan Aidil Zafran sudah berada
di muka pintu kondo milik Zahlia. Mereka cuba mengetuk pintu utama, baru tangan
hendak menyentuh permukaan pintu utama itu,tiba-tiba pintu utama itu rengang
sedikit. Muaz dan Aidil Zafran saling berpandangan. Mereka melangkah masuk
tanpa memberi salam. Mata sudah menyorot setiap isi ruang tamu kondo itu namun
kosong. Kemudian mereka mendengar suara Zahlia sedang berlagu pilu. Sungguh
hiba sehingga menusuk ke tangkai hati Aidil Zafran. Muaz dan Aidil Zafran sudah
menapak ke bilik utama selepas pasti suara Zahlia datang dari arah bilik itu.
Terbuntang mata mereka melihat Zahlia yang memangku kepala Zahirin diribanya.
Darah merah sudah membasahi sepertiga baju kemeja yang dipakai Zahirin malahan
sudah membasahi lantai dimana tubuh Zahirin terbaring.
“Ya ALLAH…Lia!. Apa yang kau dah
buat”. Aidil Zafran sudah mengejutkan Zahlia yang asyik memangku kepala
Zahirin. Zahlia mengangkat muka melihat gerangan suara yang menyergahnya
tiba-tiba. Matanya membulat. Terkejut!. Dia pandang wajah Zahirin kemudian
wajah Aidil Zafran di depan mata. Dia rasa tertipu. Dia tolak kepala Zahirin
dengan kasar. Dia ingatkan yang dipangkunya adalah Aidil Zafran, rupanya dia
tertipu dengan ilusi.
“Muaz telefon ambulan segera!.”
Aidil Zafran sudah mengeluarkan arahan. Dia duduk melutut di tepi Zahirin yang
terbaring lesu. Nafasnya sudah turun naik. Nampaknya Zahirin masih boleh
diselamatkan lagi. Zahlia pula hanya memandang kosong pada Muaz dan Aidil
Zafran yang sedaya upaya menyelamatkan Zahirin yang terbaring lemah. Muaz
mengambil tuala yang tersidai di ampaian. Lalu dia mengikat kemas perut Zahirin
yang dibasahi darah merah. Dia perlu hentikan pendarahan yang berlaku. Aidil
Zafran pula merenung tajam wajah Zahlia yang sudah serabai itu. Mata Zahlia
sembab dan cengkung. Agaknya berapa lama Zahlia tidak tidur.
“Lia…kau sedar tak apa yang kau
buat?”. Aidil Zafran menyoal Zahlia yang masih kusut itu. Terpana Zahlia
merenung wajah Aidil Zafran yang sudah berubah riak. Dia nampak wajah Aidil
Zafran yang penuh kemarahan. Mata Aidil Zafran yang merah itu dipandang gerun
oleh Zahlia. Dia nampak Aidil Zafran seperti makhluk yang menakutkan. Zahlia
cuba melarikan diri. Dia menjerit ketakutan. Dia capai kunci keretanya di meja
kopi lalu mencicit memboloskan diri berlari ke tingkat bawah. Aidil Zafran pula
terkejut dengan tindakan nekad Zahlia yang seperti disampuk syaitan itu.
“Kau tunggu Zahirin sampai ambulan
datang. Aku nak dapatkan Zahlia. Dia tak boleh terlepas macam tu je. Dia kena
bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat”. Aidil Zafran mengeluarkan
arahan lagi. Kali ini dia juga sudah berlari ke muka pintu hendak mengejar
Zahlia. Muaz pula hanya mengerutkan dahi, dia duduk melongo di sisi Zahirin
yang sudah bernafas perlahan. Menanti sehingga ambulan tiba.
“Hati-hati bro”. Sempat dia ucapkan
kalimah itu pada Aidil Zafran sebelum abang iparnya itu hilang dibalik pintu
bilik utama ini.
“Lia…kau jangan lari.” Aidil
Zafran mengejar Zahlia yang menuruni
tangga dengan hanya berkaki ayam.
Zahlia
pula masih berlari ketakutan seperti dikejar hantu. Memang dia takut sekali
melihat makhluk bermata merah yang mengejarnya. Kata-kata yang diucapkan oleh
makhluk itu seperti hendak membunuhnya pula. Dia berlari menuruni tangga tanpa
menoleh lagi. Dia perlu segera sampai ke tingkat bawah. Perlu mendapatkan
keretanya hendak melarikan diri dari makhluk yang masih mengejarnya itu.
Zahlia menarik nafas bila tubuh
genitnya sudah bolos masuk ke dalam Honda City miliknya. Matanya tak habis
merenung ke belakang. Takut makhluk yang menakutkan itu masih mengejarnya. Dia
menghidupkan enjin keretanya. Menekan minyak beberapa kali, sebelum gear
dimasukkan.
Matanya
sudah membulat bila makhluk yang masih mengejarnya tadi sudah berada di depan
mata. Mengadang keretanya dengan tubuh makhluk itu yang menakutkan. Dia tekan
minyak lagi berkali-kali sehingga mengaum kereta Honda Citynya. Kali ini apa
nak jadi…jadilah. Yang pasti dia harus melarikan diri dari makhluk yang
menakutkan itu.
“Lia…sudah Lia…keluar dari kereta.
Serah diri Lia. Kau kena bertanggungjawab dengan apa yang kau buat”. Aidil
Zafran sudah berada didepan Honda City milik Zahlia.
Dia
harus memujuk Zahlia keluar dari kereta. Zahlia perlu bertanggungjawab dengan
perkara yang dilakukannya. Namun Zahlia hanya terkaku di situ. Yang pasti
didepan matanya…makhluk itu begitu menakutkan. Dia tertipu lagi dengan
ilusinya. Dia tekan minyak lalu melepaskan gear.
Serentak
itu keretanya mengaum lalu meluncur laju membelah makhluk yang menakutkan itu.
Terlambung makhluk itu menjauh beberapa kaki dari keretanya. Dia nampak mahkluk
itu berkerut menahan sakit. Zahlia tidak berpuas hati. Dia perlu hapuskan
makhluk yang menakutkan itu. Dia menukar gear undur, lalu dia hentam lagi
makhluk itu.
Dia
nampak makhluk itu mengaduh kesakitan sambil memegang kakinya. Zahlia senyum
puas. Nampaknya makhluk itu tak dapat mengejarnya lagi. Mesti kaki makhluk itu
sudah berkecai digilis keretanya. Dia ketawa lagi.
Muaz
hanya melihat saja ambulan Hospital Columbia Asia itu membelah malam menuju ke
destinasinya. Dia akan menyusul Zahirin kemudian selepas memastikan yang abang
iparnya selamat. Berkali-kali dia mendail nombor telefon milik Aidil Zafran namun
tiada jawapan. Dia masuk semula ke perut lif. Kemudian menekan butang ground
floor untuk ke tempat parker kereta. Kalau AUDI R8 tiada disitu dia pasti yang
abang iparnya masih mengejar Zahlia.
Pintu
lif berdeting menandakan dia sudah sampai ke tingkat bawah. Mata Muaz menyorot
melihat AUDI R8 yang masih kaku ditempat
parker berbayar itu. Matanya melilau mencari kelibat Aidil Zafran, kemudian
matanya terhenti pada sekujur tubuh yang terbaring di tengah laluan kereta.
“Ya
ALLAH bang!”. Dia berlari mendapatkan tubuh itu. Mata sudah mencerlung bila
melihat Aidil Zafran yang terbaring kaku di situ. Kaki kiri abang iparnya
terkulai layu sambil darah menitis tanpa henti. Dia mengangkat tubuh Aidil
Zafran lalu memapah ke kereta AUDI R8 yang terparkir di situ. Dia perlu segera
ke hospital. Menyelamatkan Aidil Zafran sepantas mungkin.
cerita OKU sayang ni saya dah habis tulis dah hantar pun pada Lovenovel publisher untuk penilaian...agar tidak menghampakan pembaca yang selalu menantikan cerita ini saya letakkan 2 bab terakhir cerita ini...enjoy it...okey....lepas ni tunggu k...apa kata editor yang nak terbitkan cerita ni...
cerita OKU sayang ni saya dah habis tulis dah hantar pun pada Lovenovel publisher untuk penilaian...agar tidak menghampakan pembaca yang selalu menantikan cerita ini saya letakkan 2 bab terakhir cerita ini...enjoy it...okey....lepas ni tunggu k...apa kata editor yang nak terbitkan cerita ni...
ok saya tunggu.
ReplyDeletedah terbit ke cite ni
ReplyDeleteDah terbit ke cite ni? keluaran mane?
ReplyDeletetajuk ape? senang nk carik.
Kenapa part ni x de pun dalam novel?
ReplyDeleteCerita dlm novel mmg sy ubah...dlm blog len...
DeleteCerita dlm novel mmg sy ubah...dlm blog len...
Deletedah terbit ker boleh dptkan novel
DeleteTajuk apa ya novel ni?
ReplyDelete