Bab 12
Rumah mereka riuh
dengan sanak saudara dan jiran tetangga yang bertandang sejak pagi lagi. Ibu
dan ayah membuat sedikit kenduri untuk meraikan rombongan meminang dan sanak
saudara serta jiran tetangga yang bertungkus lumus menyiapkan barang hantaran
dan memasak lauk hidangan.
Ain Syuhada tersenyum
melihat wajahnya yang cukup sempurna dioles oleh Melissa. Puan Ainon pula
senyum melebar melihat anak gadisnya yang manis dan santun berkebaya rona biru
firus. Bakal tunangan orang dan tak lama lagi bakal isteri orang pulak. Dalam
hati dia berdoa agar anaknya beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat setelah bergelar isteri
nanti.
Suasana riuh di
halaman rumah membuatkan Ain Syuhada menjenguk ke luar melalui cermin nako
biliknya. Terlihat 3 buah kereta besar dan salah satunya adalah kereta Vios.
Dia senyum memanjang. Nampaknya buah hati pengarang jantungnya telah datang
untuk meminang. Alangkah bahagianya. Ahaks…
“Contol ayu, control
ayu!”. Melissa sudah mengarahkan Ain Syuhada kembali duduk di birai katil.
Terdapat sebanyak 13 dulang hantaran yang terdiri dari pelbagai manisan untuk
berbalas bekas dengan dulang hantaran dari pihak lelaki. Ain Syuhada pantas
duduk dengan sopan sekali. Puan Ainon sudah menghilang kerana bergegas
menyambut tetamu.
“Cantiknya adik akak
hari ni”. Puji Melissa ikhlas. Tak jemu rasanya memandang wajah Ain Syuhada
yang sudah dioles dengan make up. Walau sederhana dan natural tapi kena betul
dengan wajah Ain Syuhada. Berseri-seri dan tak jemu mata memandang.
“Terima kasih kak. Tolong
cantikkan Ain”. Melissa senyum lagi mendengar ucapan terima kasih dari Ain
Syuhada. Dani Ammar asyik melihat wajah
Ain Syuhada yang sudah duduk bersimpuh di atas karpet yang menghiasi lantai
biliknya.
“Acik Ain cantiklah.
Nak cium?”. Si Dani Ammar minta dicium. Dia sudah memuncungkan mulutnya menanti
ciuman dari Ain Syuhada. Pantas saja
bibir comel mungil itu dicium Ain Syuhada. Ketawa Dani Ammar kerana rasa
disayangi.
Melissa hanya melihat
tingkah anaknya. “Kecil-kecil sudah pandai minta dicium. Pantang tengok orang
cantik sikit!” Omelnya pula.
“Alah, kak.
Budak-budak. Masa nilah kita kena tunjukkan sayang kita”.
“Yelah tu. Lepas dah
kawin nanti cepat-cepat timang anak. Tokoh nak jadi ibu tu akak dah nampak
dah”. Usik Melissa pula. Ain Syuhada mencubit geram pipi Melissa. Sempat lagi
dia mengusik sedangkan Ain Syuhada serius dengan kata-katanya tadi.
Masuk Puan Ainon ke
dalam bilik bersama Maklong dan Makngah Milah jiran sebelah.
“Jom Ain keluar
sekejap. Nak sarung cincin.” Ain Syuhada menurut saja langkah ibunya lalu
menghala ke ruang tamu. Di situ dia melihat Puan Maimon sedang senyum melebar.
Mereka berbalas senyuman. Cincin bertakhtakan berlian yang dipilihnya dengan
Rayyan Aziz sebulan lepas di Tomei, cantik menghiasi jari manisnya. Dia
mengucup tangan bakal mertuanya selesai cincin disarung.
Puan Maimon mengucup
kedua-dua pipi bakal menantunya. Rasa lega dan bahagia memenuhi ruang dadanya
kerana bersyukur Rayyan Aziz akhirnya mahu kahwin juga. Kemudian dia
memperkenalkan Ain Syuhada dengan bakal kakak iparnya yang seramai 3 orang itu.
Setelah semuanya
selamat, mereka dijamu pula dengan hidangan makanan tengahari yang mengecurkan
liur. Perghhh! makanan kampung asli dengan sambal belacannya yang pedas
menyengat.
Rayyan Aziz berada
dalam kelompok itu bersama Mike sedang enak menjamu selera. Beberapa pasang
mata melirik ke arahnya sambil berbisik-bisik. Rayyan Aziz cuma buat selamba
dan sesekali membalas senyuman pada mereka.
“She’s look gergous.
So damn!”. Mike sudah bernada cemburu.
“Cool Mike. Itu yang
I malas nak bawa U. I dah pesan banyak kali kan behave ur self”. Rayyan Aziz
mengulang pesan yang sama.
“Ok beb!”. Mike
mengunci bibir. Geram. Perempuan tu memang nampak cantik. Dia rasa tercabar.
Dia takut jika kasih Rayyan beralih arah dan kembali pada yang asal. Sudahnya
dia juga yang sendiri dan sepi. Siapa yang membuatnya jadi begini?. Siapa yang
membuatkan dia memilih jalan songsang begini?. Semua Rayyan Aziz. Asal hubungan
sebagai abang dan adik angkat sudah terangkat begini. Dia menerima kerana
kemiskinan hidup untuk meneruskan kehidupan sebagai pelajar di kota
metropolitan ini. Rayyan Aziz pula menawarkan kekayaan dan keselesaan agar
kesunyiannya terisi. So, dimana ada penawaran di situ ada permintaan.
Masing-masing ingin mengisi tembolok sendiri.
Rayyan Aziz membasuh
tangan dan mengelap bibir dengan tisu. Dia membiarkan Mike keseorangan
menyudahkan makanan. Malas hendak dilayan kerana cemburunya yang melampau.
Kalau tahu begini, sudah tentu dia tak kan bawa Mike ke sini.
Puan Maimon menggawangkan
tangannya memanggil Rayyan Aziz, anak teruna tunggalnya itu. Laju saja lelaki
itu berjalan mendapatkan ibunya. Kemudian dia diperkenalkan dengan bakal mak
dan ayah mertuanya.
“Kenalkan ini ayah
dan mak Ain”. Rayyan berbalas senyum sambil menyalami kedua-dua orang tua itu.
Muncul Ain Syuhada cantik manis berkebaya menuju ke kelompok mereka. Rayyan
Aziz senyum lagi. Patutlah Mike cemburu. Ain Syuhada memang nampak cantik
sekali. So gergous!
“Inilah Rayyan ye?”.
Puan Ainon menyambut huluran salam Rayyan Aziz. Kacak lawa budaknya macam
pelakon Mexico yang selalu ditontonnya di saluran telenovela. Patutlah Ain
Syuhada cepat sahaja minta bertunang walaupun belum sempat dikenalkan siapa
Rayyan Aziz itu. Takut kena kebas kot. Puan Ainon membuat telahan sendiri.
“Dah bertunang ni,
pandai-pandai jaga diri tu. Darah tengah manis. Ingat halal haram tau. Jangan
nak ke hulu kehilir pulak. Dah bertunang tu bukan lesen untuk buat apa saja.”
Sempat pula Encik Ismail menitipkan beberapa nasihat yang lebih kepada peringatan
itu. Dia tidak tahu bagaimana orangnya Rayyan Aziz itu. Harap kuatlah imannya
untuk membimbing anak gadisnya nanti. Rayyan Aziz hanya mengangguk faham.
“Insya Allah pakcik.
Jangan risau. Saya tak kan buat perkara yang memalukan keluarga ini”. Janji
Rayyan Aziz.
‘Jangan risau, anak
pakcik tak kan saya sentuh, bukan setakat masa bertunang saja, lepas dah sah
nikah pun saya tak kan sentuh dia’. Kata-kata sinis itu berlegar dikepalanya.
Huh, padan muka! Dia gelak jahat dalam hati.
-------
Aidil Zafran hanya
termenung. Dokumen setebal 2 inci itu baru separuh dibacanya. Dia sudah tiada
mood. Semangatnya langsung terbang bila
Ain Syuhada tiada disisi. Tentu gadis itu sedang berbahagia sekarang
bergelar tunangan orang. Dia mengeluh. Menggigit jari lagi. Dulu Jennyfer
sekarang Ain Syuhada pula. Akhirnya dia memicit kepala, pening memikirkan bunga
idaman dipetik orang. Dah tak ada jodoh!. Akhirnya dia` menyedapkan hati
sendiri.
Ketukan dipintu
menyedarkan dirinya dari lamunan yang panjang. Muncul Datuk Adilla dengan
senyum simpulnya walau dia tahu adiknya itu tidak dapat melihat.
“Hmm…menung-menung-menung”.
Perkataan itu diulang-ulang Datuk Adilla apabila melihat wajah Aidil Zafran
yang keruh itu.
“Itulah dulu suruh
tackle cepat-cepat, cakap nanti dulu. Sekarang dah terlambat. Bunga dah dipetik
orang”. Tokok Datuk Adilla lagi menambah perisa. Pedih sindiran itu dirasakan
oleh Aidil Zafran walau dia tahu kakaknya itu hanya bergurau.
“Saya ni kan OKU.
Sapa nak pandang kak?. Kalau saya ditempat Ain pun tentu saya pilih lelaki yang
sempurna”. Aidil Zafran merendah diri. Dirasakan kecacatannya membuatkan dia
lambat bertindak. Dia tiada keyakinan diri untuk menambat hati mana-mana gadis
yang diminatinya kerana kekurangan dirinya itu. Dulu Jennyfer, gadis Cindia yang
banyak membantunya semasa di UK dulu. Sekarang Ain Syuhada pula.
“Sabarlah Aidil. Akak
yakin Allah sentiasa memakbulkan permintaan Aidil. Yang pasti teruskan berdoa.
Mesti ada seseorang yang istimewa yang Allah janjikan untuk Aidil
nanti.Sabarlah ye!”. Datuk Adilla menepuk lembut tangan Aidil Zafran tanda
bersimpati. Kasihan melihat adiknya yang terpaksa mengharungi hidup yang gelap.
Walaupun berlainan ibu, namun dia memang rapat dengan ibu tirinya kerana dia
kehilangan ibu kandung semasa berumur 7 tahun. Dengan Puan Azizah dia menumpang
kasih. Selepas 2 tahun menjadi ibu tirinya, Aidil Zafran lahir menjadi adik
bongsu kesayangannya kini.
“Akak datang ni nak
tanya pendapat Aidil. Atau lebih mudahnya kalau Aidil berminat, akak nak serah
je pada Aidil”. Terang Datuk Adilla hajat sebenarnya dia menemui Aidil Zafran
hari ini.
“Hmm.. dengar macam
interesting je. Kalau kena caranya, mana tahu kalau saya berminat”. Aidil
Zafran senyum. Sweet betul pada pandangan Datuk Adilla. Kenapalah gadis-gadis
diluar sana tak nampak keistimewaan yang ada pada adiknya itu. Aidil Zafran ke
yang tak nampak atau gadis-gadis diluar sana yang buta. Siapa yang nak jawab
tu?.
“Sebenarnya berkenaan
projek R&D akak yang terbaru. Akak perlukan orang untuk buat research di
sana berkaitan kewangan. Kita nak pastikan budget yang diperlukan tu
betul-betul cukup untuk projek terbaru akak ni. Akak rasa orang paling sesuai
adalah Aidil sendiri. Adik akak kan brilliant bab-bab berkait dengan wang?”.
Puji Datuk Adilla pula. Memang Aidil Zafran antara pakar termuda dalam bidang
ekonomi negara. Dia rasakan Aidil Zafran paling layak untuk projek terbarunya
ini.
“Akak kan tahu,
saya memang minat bab-bab ekonomi ni.
Tapi faham sendirilah, saya perlukan
pembantu. Ain Syuhada dah tak termasuk senarai dah. Takkan saya nak bawa dia.
Marahlah bakal suami dia nanti”.
“Itu akak tahula. Tak
payah risau. Sampai sana nanti dah ada pembantu yang menunggu. Orang Malaysia
juga, student ekonomi kat Universiti of London. Kali ini lelaki. Tak payah
risau dah. Dah tak ada permasalahan gender lagi”.
“Research kat UK
ke?Bape lama?Bila?”. Soal Aidil Zafran tak sabar.
“Yup, maybe 6 month
or more than that. Next year”. Aidil Zafran membeliakkan matanya. Bukan lama
mana lagipun. Tak sampai 4 bulan lagi. Datuk Adilla menarik nafas lega.
Syukurlah Aidil Zafran menerima dengan rela hati. Moga-moga dapatlah dia ubati
hatinya yang sedikit kecewa itu. Iyoko?!!!!.
---------
Ain Syuhada hanya
mengikut langkah Rayyan Aziz dengan wajah yang terkilan. Menyampah pun ada,
geram pun ada kerana tunangannya itu lebih banyak berbual dan menghabiskan masa
dengan adik angkatnya itu. Dia rasa menyemak saja lelaki bernama Mike itu ada
bersama dengan mereka. Nak beromantik sedikit pun tak senang. Tapi disabarkan
saja hatinya.
Rayyan Aziz pula
punya alasan tersendiri bila membawa Mike bersama. Pertama dia sudah bosan
dengan sikap Mike yang suka merajuk jika tak dibawa keluar bersama. Kedua, dia
tidak betah untuk berdua-duaan dengan Ain Syuhada. Dia sudah penat berlakon
berpura-pura suka dengan Ain Syuhada. Ketiga, jawapan paling selamat dia tidak
mahu ada apa-apa berlaku antaranya dengan Ain Syuhada. Kata-kata nasihat bakal
bapa mertuanya itu dipahat kukuh dihatinya. Yucks!!! Alasanlah sangat.
Mereka masuk ke Butik
Pakaian Pengantin Seri Inai di Midvalley itu. Ramah pembantu butik itu
menyambut mereka. Ain Syuhada rambang mata melihat pakaian pengantin yang
cantik-cantik belaka. Dia amat tertarik dengan baju berwarna putih gading itu.
Pantas dia memaut lengan Rayyan Aziz lalu dibawa melihat baju pengantin itu.
Mike sudah menarik muka, Rayyan Aziz pula seperti hendak tak hendak saja
mengikut langkah Ain Syuhada.
“Baju ni cantik
tak?Okey tak?”. Ain Syuhada menyoal. Rayyan Aziz memegang baju tersebut lalu
ditayangkan pada Mike. Lelaki itu menggeleng. Tak cantik.
“Tak cantiklah Ain”.
Jawab Rayyan Aziz sambil menjungkitkan bahunya. Ain Syuhada menelan nafas lalu
menghembuskan dengan perlahan. Dia memang bengang sekarang ini. Gamaknya kalau
dia naga, tentu hidungnya sudah mengeluarkan api lalu dibakar rentung Mike yang
tiada kena mengena dalam hal ini.
Aku ke pengantin atau
Si Mike ni?. Dia menyoal dalam hati. Rayyan Aziz pula lebih banyak mendengar
kata Mike dari aku. Parah ni!. Takkan dah kawin nanti, cakap Mike yang laku
dari aku. Ni sapa yang jadi bini ni?aku ke Mike?. Mukanya sudah merah padam
menahan marah. We will see!!!. Lepas nikah nanti aku kena pastikan si Mike ini
nyah dari sini!. Dia sudah memasang tekad bersama azam yang membukit.
Ain Syuhada melihat
reaksi Mike dan Rayyan Aziz yang leka melihat baju pengantin yang tersusun
cantik. Dia duduk di kerusi yang ada di situ. Pembantu butik yang ramah itu
mengekor Rayyan dan Mike sambil menerangkan jenis fabric dan dimana fabrik ini
dihasilkan. Sesekali Rayyan dan Mike ketawa sambil bertolakkan. Kadangkala
sampai berpelukan. Ain Syuhada sudah menjengilkan biji matanya. Dia menggosok
matanya berkali-kali agar tidak salah tengok. Mula tidak sedap hati. Takkan gay
kot?. Dia sudah mula teragak-agak dan otaknya sudah berfikir macam-macam.
No comments:
Post a Comment