Bab 21
Ain Syuhada sudah
siap berpakaian sukan. Kasut Z Homme sneakers pula dijinjit dengan tangan.
Hajatnya hendak pakai di luar kondo nanti. Aidil Zafran yang baru turun dari tingkat atas
membulat matanya melihat Ain Syuhada yang sudah berdiri di muka pintu.
“Kau nak kemana?”.
Soalnya. Ain Syuhada pantas menoleh ke arah Aidil Zafran yang masih
merenungnya. Emm..dia ni nampak aku ke?. Dia renung balik ke arah Aidil Zafran.
Kasut sneaker yang dijinjitnya itu diletakkan kembali ke lantai. Dia kemudian
menapak ke arah Aidil Zafran sambil mengawangkan tangan. Aidil Zafran masih
terkaku di situ. Sedar yang dia sudah terlepas cakap.
Ain Syuhada renung
lagi ke dalam anak mata Aidil Zafran yang berwarna hazel. Eh…bukan dulu anak
mata dia hitam ke?Apsal berubah jadi warna hazel pulak. Umm…pakai contact lens
kut. Dia bersoal jawab dengan hatinya pula. Aidil Zafran cuba menahan tawa dari
terburai. Lucu melihat wajah Ain Syuhada yang berkerut-kerut itu.
“Ada senamrobik 1
murid 1 sukan kat sekolah hari ni. Saya kena joinlah”. Jawabnya selamba.
“Huh…hari Sabtu pun
kerja juga?”. Soal Aidil Zafran masih
tidak yakin.
“Yes bos. Tak baca
paper ke?. Hari ni semua sekolah dalam Malaysia terlibat dengan senamrobik 1murid
1 sukan LOL”. Dia juihkan bibir.
Menyampah disoal siasat macam buat kesalahan besar.
“Iyolah. Sarapan aku
dah buat?”. Soalnya lagi. Kali ini Aidil Zafran
menapak ke dapur pula. Mengangkat tudung saji melihat apa isi sarapannya
untuk pagi ini.
“Saya buat maggi
goreng hari ni. Sudi-sudilah jamah ye. Saya gerak dulu”. Dia tarik tangan Aidil
Zafran lalu salam dan cium. Kemudian dia cium pula pipi Aidil Zafran. Dia
senyum. Sengaja buat begitu. Biar mamat ni terpinga-pinga. Selalu kalau ke
sekolah Aidil Zafran masih berbungkus dengan selimut. Hanya satu ciuman saja
yang dapat diberikan. Takut ditengking singa jantan ni kerana ganggu hendak
beradu.
“Saya gerak dulu”.
Ain Syuhada senyum lalu keluar dari rumah. Dia senyum jugak walau sedar Aidil
Zafran tak mungkin dapat melihat senyumannya itu. Terpejam celik mata Aidil
Zafran kerana terkejut dengan ciuman dari Ain Syuhada tadi. Dia menahan nafas.
“Huh…patutlah
tiap-tiap pagi bangun dari tidur mesti ada tanda gincu di pipi aku. Aku ingat
puteri kayangan mana cium aku pepagi. Rupanya minat tu!. Tapi…aku suka!” Dia
senyum lagi sambil menyuap maggi goreng dalam mulut. Hmm…sedap!. Pandai bini
aku masak. Dia puji pula dalam hati.
Tiba-tiba dia
teringat pula. “Bini aku pergi sekolah senamrobik. Nanti menggatal pulak dengan
jantan hari tu. Tak boleh jadi. Kena pergi siasat. Jadi James Bond sekejap.”
Entah kenapa dia jadi cemburu bila teringatkan aksi senyum manis isterinya itu pada mamat mana tah tempohari.
“Asalammualaikum Ain.
Awal sampai?”. Wahida rakan sekelasnya menegur. Mereka semua sudah berkumpul di
tapak perhimpunan. Pelajar-pelajar sekolah sudah beratur mengikut kelas
masing-masing dengan lengkap berpakaian sukan.
“Waalaikumsalam. Awal
lah. Aku naik teksi”. Balasnya pula.
“O..aku ingat kau
ikut jalan pintas. Sebab tu sampai awal.”
“Lupa pulak bagitahu.
Aku tak duduk Seksyen 1 dah. Aku pindah Seksyen 4. Duduk rumah kakak”. Nasiblah
berbohong. Tak kan nak cakap pindah duduk dengan suami. Mahu pitam minah ni kalau
dia tahu aku dah kawin. Selama ni kan status aku single mingle. Satu IPIK tahu
aku single mingle lagi. Ain Syuhada bermonolog pula.
“Oh..pindah rumah.
Tak bagitahu pun?”. Wahida sudah memuncungkan mulut. Terasa hati dengan kawan
baik yang kuat berahsia.
“Ala..kau ni
sikit-sikit muncung itik. Janganlah merajuk sis…apa kata lepas habis senamrobik
ni kita shoping. Aku belanja”. Ain Syuhada sudah membuat janji pula. Sudah
ternampak beberapa keping note RM50 melayang-layang di udara. Hmm…tak palah
bersedekah sekali sekala untuk member baik. Lagipun bos a.k.a suamiku itukan
milionair. Tak habislah hartanya aku nak makan 7 keturunan sekalipun. He..
he..he…dia sudah tersengih.
“Hah…tu buah hati kau
Mr. Dude dah panggil ke pentas. Senamrobik sekali”. Wahida sudah mencuit lengan
Ain Syuhada memintanya ke pentas apabila Cikgu Solehin sudah melambai ke arah
mereka. Mr. Dude itu gelaran yang diberikan oleh Wahida untuk gantinama title
duda yang dipegang oleh Cikgu Solehin itu.
“Hih..tak ndaklah.
Hmm..apakata kau join sekali. Kau nak aku belanja tak?”. Ain Syuhada sudah
memancing Wahida pula. Malu rasanya hendak turut serta di pentas bersama
Mr.Dude. Kalau Wahida ikut sekali kuranglah sikit malunya. Tak adalah nampak
gedik sangat bersama Mr.Dude di atas pentas.
“Okey…jomla. Tapi kau
kena beli blouse yang aku berkenan hari tu”.
“Yelah…Hmm…kopaklah
aku lagu ni!.”
Berpeluh juga mereka
pagi itu dengan senamrobik yang dimulakan secara serentak pada pukul 8.00 pagi
tadi. Ain Syuhada mengikut saja gerak tari yang dibuat oleh Cikgu Solehin, guru
PJ itu. Sudah seminggu mereka berlatih untuk menjayakan hari senamrobik 1M1S
ini. Sesekali matanya mencerun kepada Danial yang nampak sudah semakin ceria.
Kawan-kawan sekelas yang rabun membantu rakan-rakan yang buta untuk menggayakan
senamrobik mengikut gerak langkah Cikgu Solehin. Walaupun agak pincang,
bolehlah asal mereka ingin turut serta menjayakan aktiviti peringkat kebangsaan
ini.
Selesai aktiviti
senamrobik, Ain Syuhada dan Wahida turut pula ke kafeteria untuk menjamah
kenduri kesyukuran yang dibuat oleh Ketua Panitia Sejarah Cikgu Jalal.
Almaklumlah baru menimang cahaya mata pertama.
“Hmm…balik nanti saya hantarkan”. Ain Syuhada
mendongak kepalanya melihat suara garau itu bersuara.
“Oh…Cikgu Solehin.
Tak payah susah-susahlah”. Ain Syuhada tersenyum lagi. Tapi matanya melirik ke
arah cikgu-cikgu wanita lain yang sesekali mengerling kepadanya. Dia sedikit
cuak. Janganlah mereka mengata aku. Tak pasal dapat gelaran perempuan gedik
pulak nanti. Dia sudah mengelap peluh di dahi. Wahida di sebelah hanya senyum
simpul. Senyum ada maknalah tu. Hailah!…payahnya nak mengelak dari Mr.Dude ni.
“Tapi hari tu Ain dah
janjikan”. Alamak…aku gurau je haritu. Mr.Dude ni sungguh-sungguh pula.
“Saya dah plan dengan
Wahida nak ke Shopping Mall yang baru kat Setapak nun”. Aku beralasan pula.
“Kalau macam tu lagi
senang. Saya hantarkan kamu berdua. Boleh saya join sekali. Saya pun ada barang
nak beli jugak”. Ah…Sudah!. Aku nak mengelat dari dia dah terjerat pula.
Akhirnya Ain Syuhada sengih saja sambil menyiku Wahida di sebelah. Minta
bantuan untuk cipta alasan lagi.
“Betul ka Cikgu?”.
Wahida pula menyoal.
“Betullah tak kan
saya main-main pula”. Ucap Cikgu Solehin sungguh-sungguh.
“Baguslah macam tu.
Save juga duit tambang teksi. Kalau Cikgu Solehin nak belanja makan lagi bagus.
Bukan tapak tangan saja, stadium Negara kami tadahkan”. Ain Syuhada membulatkan
matanya pada Wahida. Aku minta tolong dia menambah cerita pulak. Ah…parah ni!
Niat hati nak mengelak nampaknya dah terjerat terus dengan kata-kata Wahida
tadi.
“Small matter. Nanti
kita pergi sama eh”. Cikgu Solehin sudah senyum. Dia menarik kerusi pulak duduk
di sebelah Ain Syuhada. Hmm…kali ni mana mau lari ahh…Merpati sudah berjaya
ditangkap. He..he..he…dia gelak dalam hati pula.
“Hai, Soleh…Jual
minyak nampak. Dah laku?”. Soal Cikgu Rasyidah, guru Matematik itu.
“Hmm…tengah jual lah
ni kak. Susah nak laku la. Pembeli demand lebih”. Ain Syuhada sudah tertelan
liur entah berapa gelen mendengar soal balas Cikgu Solehin dengan Cikgu
Rasyidah. Dia ni sungguh-sungguh ke nak ngorat aku. Ni kalau singa jantan tahu
ni, tak pasal kena baham. Ya ALLAH, selamatkanlah hambamu yang lemah ini. Ain
Syuhada sudah berdoa dalam hati.
Sudah kematu
punggungnya berlama duduk di dalam kereta AuDI R8 ini menanti Ain Syuhada
keluar dari sekolah. Namun sia-sia saja, bukan sekadar orangnya, batang
hidungnya pun masih tidak nampak lagi. Dia menahan sabar lagi. Bukan senang
hendakmenjadi James Bond walau sekejap. Almaklumlah belum memulakan kerja lagi,
kalau dah bekerja memang dia tiada masa untuk mengintip pergerakan isterinya.
Entahlah!. Kekadang dia binggung sendiri dengan sikapnya yang bossy pada Ain
Syuhada. Rasanya bukan dia berjaya menjadikan hidup Ain Syuhada neraka,
sebaliknya hidupnya pula yang sudah seperti neraka kerana terlalu obsess untuk
mengetahui gerak geri Ain Syuhada.
“Ha, dah keluar
nampak”. Dia memakai Rayban semula. Mula melihat Kereta Preve keluar dari
perkarangan sekolah. Kebetulan matanya jelas melihat Ain Syuhada berada di sisi
pemandu kereta Preve itu. Soal penumpang di belakang dia tidak peduli. Yang
pasti dia mesti kena ikut kemana Ain Syuhada pergi merambu dengan kekasih hati.
Dia hidupkan enjin
AUDI R8 mula bergerak mengekori kereta Preve itu. “Oh…pergi shopping.
Hmm…perabis duit akulah tu dengan jantan cabaret tu”. Dia mengomel lagi.
Hatinya benar-benar sakit memikirkan Ain Syuhada yang membuat onar di
belakangnya.
“Agaknya masa aku kat
UK dulu, entah jantan mana dia jual badan. Ah…tak boleh jadi ni”. Sesedap mulut
saja Aidil Zafran membuat anggapan mengenai Ain Syuhada walaupun dia sendiri
tidak pasti dengan apa yang dilihatnya itu.
“Terima Kasih cikgu”.
Ain Syuhada dan Wahida sudah mengucap perkataan itu setelah keluar dari perut
kereta. Cikgu Solehin hanya tersengih. Bangga sebenarnya dapat keluar date
dengan Ain Syuhada hari ini biarpun Wahida turut serta. Tak kisahlah. Janji
merpati depan mata. Gagak sebelah buat-buat tak nampak sudahlah. Dia senyum
lagi.
“Kau apsal?Aku suruh
duduk depan kenapa kau menonong duk belakang. Segan tahu”. Ain Syuhada sudah
separuh berbisik di telinga Wahida. Geram sebenarnya dengan sikap Wahida yang
seolah memberi peluang kepada Cikgu Solehin untuk mendekatinya.
“Ah..biarlah. Aku
bagi peluang kat dia. Kesian Mr.Dude tu nak tackle kau. Aku bagi chancelah dia
nak main mata dengan kau. Sebab tu aku duk belakang. Biar merpati dua sejoli
kat depan”. Wahida sudah tersenyum sengih. Ain Syuhada pejam mata kerana marah.
Nak saja dihempuknya kepala Wahida dengan beg galasnya kerana terlebih bijak
tu.
“Ok Ain kita nak
makan kat mana?” Soal Cikgu Solehin. Ain Syuhada menyiku Wahida minta pendapat
temannya itu.
“Hisy…dia tanya kau
bukan aku”. Wahida sudah mencebik.
“Kat mana-mana pun
tak apa, Cikgu”. Walaweh…menyemak je. Nak seronok-seronok pun dah tak best.
Buat rosak programlah Mr.Dude ni. Ain Syuhada sudah membebel dalam hati dengan
kehadiran Mr.Dude yang dirasa mengganggu privacynya untuk window shopping.
Aidil Zafran sudah
mengetap bibir. Geram benar melihat gelagat Ain Syuhada dengan lelaki itu jalan
seiringan sambil bergelak ketawa.
“ Huh…ingat ada gadis
kat sebelah buat cover line lah tu. Aku
bukan bodoh Ain. Siaplah kau malam nanti. Kalau aku tak lanyak kau sampai
lunyai. Bukan akulah!”. Wajah Aidil Zafran sudah merona merah menahan marah.
akak... bab 19 dan 20 xde ekk???
ReplyDelete