Bab 8-
Ain
Syuhada masih setia menanti di stesen PUTRA LRT
Bangsar. Dia sempat menelek jam dipergelangan tangannya. Masih awal 10
minit dari waktu yang dijanjikan. Dia mengeluarkan bedak compact lalu melihat
sekilas solekannya di cermin. Puas hati dengan solekannya yang tampak natural.
Dia perlu memastikan dia cantik dan manis selalu untuk memancing jiwa lelaki
yang akan ditemuinya nanti. Sudah lama dia menyimpan minat pada lelaki itu
semenjak di UMKL lagi. Harapannya kali
ini dia ingin memastikan dia mendapat tempat di mata lelaki itu. Seingatnya
semasa di UMKL dulu terlalu ramai gadis-gadis yang menggilainya namun satu pun
tidak dilayan. Mungkin taste lelaki itu terlalu tinggi atau belum ketemu jodoh
yang sesuai. Ain Syuhada membuat spekulasi sendiri.
Kereta Toyota Vios berhenti
dihadapannya. Ain Syuhada memandang sekilas pemandu kereta itu yang menurunkan
cermin keretanya. Terjengul wajah Rayyan Aziz yang memakai Rayban. Ain Syuhada
melemparkan senyuman paling manis. Syukur pujaan hati tepat sampai pada
waktunya. Rayyan Aziz keluar dari kereta lalu membukakan pintu kereta di
sebelah pemandu lalu menjemput Ain Syuhada duduk. Kemudian pintu kereta
ditutup. Uiks…Terasa segan pulak dilayan sebegini. Hem…gentlemannya…kalau jadi
boyfriend ni macamanalah layanannya. Tentu macam puteri kot. Ain Syuhada sudah
mula membayangkan yang indah-indah sahaja.
“Emm…kita nak
kemana?”. Ain Syuhada memulakan bicara setelah mereka diam seketika.
“Ke Nilai!”. Jawan
Rayyan pendek.
“Nilai?, Jauhnya.
Rumah siapa tu?”
“Ishk…Tak jauhlah…naik
higyway tak sampai sejam dah jumpa Nilai. Kita ke rumah ibu saya”. Ain Syuhada
sudah terbatuk. ‘Mak datuk! Ni nak bawa jumpa mak mertua ka?.’Kata-kata itu
berlegar dalam otaknya.
“Hai…sampai terbatuk.
Takkan gabra kot? Saja bawa Ain berkenalan dengan ibu saya. Mana tahu nanti
jadi mak mertua”. Rayyan sudah ketawa kecil. Harapannya agar rancangannya
menjadi. Siapa pun pilihannya, ibunya tak kan membantah asalkan dia berkahwin.
Ain Syuhada sudah
panik. Dia melihat pemakaiannya hari ini. Syukurlah menepati ciri-ciri disukai
bakal mak mertua. Dia membetulkan tudungnya yang dirasakan sedikit senget.
Amboi…Ain bersungguh nampak!. Betul-betul nak pikat hati bakal mak mertua ka?.
Ain Syuhada senyum dalam hati. Berangan lagi!.
Mereka sampai di
kawasan perumahan Nilai 3 yang agak luas tempatnya. Di tengah-tengah kawasan
perumahan itu ada tasik buatan manusia yang sangat cantik dan dijadikan tempat
reakrasi. Menghadap tasik buatan itu adalah rumah-rumah banglo yang sangat
cantik binaannya. Kereta Vios itu melucur laju mengelilingi tasik buatan itu
lalu berhenti di hadapan rumah banglo bernombor 3.
“Home sweet home,
kita dah sampai.” Ucap Rayyan Aziz
setelah memakirkan keretanya di porch rumah banglo itu. Ain Syuhada terasa
berdebar-debar. Sebolehnya dia cuba mengawal kegugupannya.
‘Jangan menunjuk
keterujaan sangat Ain. Nanti takut bakal mak mertua tak suka. Yelah …jangan
perasan sangat. Rayyan Aziz belum pun kata apa-apa pasal hubungan ini. Kau
jangan lebih sudu dari kuah.’ Kata-kata berupa amaran dari hatinya itu memenuhi
kepala otaknya. Dia cuba berlagak biasa.
Muncul seorang wanita
separuh abad tersenyum menyambut kedatangan mereka. Rayyan Aziz menyalami
wanita itu. Ain Syuhada juga berbuat perkara yang sama.
“Ibu, kenalkan kawan
Ray. Ain Syuhada Ismail”. Rayyan memperkenalkan Ain Syuhada kepada ibunya.
‘See! Kan dah kata, jangan teruja sangat. Kau tu kawan dia je’. Suara itu
muncul lagi mengingatkan Ain Syuhada.
“Jemputlah masuk. Ray
ni tak pernah bawa kawan perempuan datang rumah. Ni mesti special girlfriend ni
sampai kenalkan pada ibu”. Ujar Puan Maimun beramah mesra. Ain Syuhada menelan
liur. Masinlah mulut makcik no!. untung saya kalau jadi gefren anak makcik’.
Ain Syuhada bermonolog pula.
“Hem…Si Mike tak ikut
sekali ke?Kalau tidak asal kau balik sini mesti dia mengikut”. Puan Maimon
bersoal pula.
“Ishk…tak kan saya
nak kenalkan calon menantu ibu, nak bawa
dia. Kacau daun je.”
“Sajala ibu tanya.
Kau dengan dia tu dah serupa kembar. Pergi mana pun berdua je”. Ain Syuhada
sudah mengerutkan dahi. Siapa pula si Mike ini?.
“Jemputlah duduk Ain.
Jangan segan-segan. Buat macam rumah sendiri”. Ramah Puan Maimon menjemput.
“Dahlama kenal
Rayyan?”. Sesi soal temuduga sudah bermula. Ain Syuhada sedikit kaget. Ni betul
ke interview nak buat calon menantu ni?
“Kenal masa kat UMKL
lagi. Dia senior saya. Dah lama terputus
hubungan. Baru-baru ni je jumpa balik”. Jujur Ain Syuhada menjawab. Memang
sudah lama dia mengenali Rayyan Aziz ini kerana mereka tinggal di kolej
kediaman yang sama. Tapi kenal sebagai junior dan senior sahaja tak lebih dari
itu. Ain Syuhada sedikit blur. Apa sebenarnya tujuan Rayyan Aziz membawa dia ke
sini. Nak kata mereka ni kekasih, tidak pula. Tak ada angin ribut, tiba-tiba
bawa jumpa ibunya pula.
“Ain duduk dulu,
makcik nak ke dapur sekejap. Nak tengok bibik dah siap hidang makan ke belum?”.
Puan Maimon sudah berdiri.
“Saya bantu makcik”.
Datang rumah orang kena tunjuk rajin Ain. Suara dalam hati mengarah pula.
“Eh…tak payahlah. Ain
tetamu makcik. Duduklah berbual dengan Rayyan”. Sportingnya bakal mak mertua.
Bagi peluang berdua-duaan dengan anak terunanya pula. Ain Syuhada hanya akur
dengan permintaan Puan Maimon.
“Maafla, terburu-buru
bawa Ain jumpa ibu saya tanpa berbincang dulu”. Rayyan memulakan bicara. Dia
perlu mengayat Ain Syuhada habis-habisan sampai Ain Syuhada jatuh ke tangannya.
Ain Syuhada hanya diam, kelu lidah untuk menjawab. Dia pun tak pasti apa yang
hendak dijawabnya. Sebenarnya dia suka dibawa bertemu dengan ibu Rayyan.
Maknanya hubungan dari kenalan tentu akan bertukar menjadi hubungan yang
serius.
“Sebenarnya dahlama
saya menyimpan hasrat pada Ain”. Lembut suara Rayyan menusuk gegendang
telinganya. Apa maknanya? Dia dah lama suka akukah?. Ain Syuhada senyum lagi.
Rayyan mengamati
airmuka Ain Syuhada yang sedikit berubah. Yang pasti berubah menjadi lebih
manis. Hem…ada peluanglah. Keluarkan ayat kaw-kaw lagi sampai dia melutut.
Rayyan tersenyum dalam hati. Senang saja mengayat gadis yang sudah lama
menyimpan perasaan padanya. Dia bukan tak tahu, Ain Syuhada sudah lama meminatinya secara diam-diam
kerana dia selalu menerima kad-kad ucapan dari peminat misteri. Dia tahu
peminat misteri itu adalah Ain Syuhada sendiri. Macam mana dia tahu, dia kan
jejaka idaman Malaya. Banyak mata-mata tak bergaji yang sudi memberi maklumat.
“Cuma saya tak
berpeluang untuk meluahkan perasaan saya. Ain berpindah keluar dari kolej
kediaman, saya pula di tahun akhir sibuk dengan tesis. Saya frust masa tu. Tapi
saya percaya pada jodoh, kalau memang jodoh saya dengan Ain,kita pasti jumpa
lagi.” Rayyan berjeda sebentar. Dia memandang wajah mulus Ain Syuhada. Kesian
kerana gadis ini terlalu naïf. Senang sahaja kena tipu dengan wajah kacak
sepertinya.
“Masa kita jumpa di
Kinokunya itu, saya betul-betul bersyukur. Memang jodoh Ain dengan saya. sebab
itu Allah ketemukan kita di situ setelah lama terputus hubungan”. Wah…guna nama
Allah pulak nak kuatkan hujah ye, Rayyan. Dia sudah ketawa dalam hati. Kalau
boleh guling-guling lagi.
“Tapi saya kecewa
lagi bila nampak Ain berpimpin tangan dengan seorang lelaki di Hotel Grand
Continental tempohari. Nampaknya saya tak berpeluang lagi. Tapi saya cuba
jugak. Saya tak mahu mengalah sebelum mencuba. Jadi saya ajak Ain keluar, kalau
Ain tolak, saya fahamlah memang saya takda peluang. Tapi Ain terima ajakan saya
tu. Saya rasa saya masih ada harapan, sebab tu saya bawa Ain jumpa ibu saya
hari ni”. Panjang lebar Rayyan Aziz memancing dengan kata-katanya yang penuh
mengharap itu. Dia harap umpannya mengena. Dan Ain Syuhada setuju untuk
berkahwin dengannya. Jadi permintaan ibu akan dipenuhi dan hubungannya dengan
Mike atau Mikail itu dapat diteruskan.
Ain Syuhada terasa
diawang-awangan. Benarlah Prince Charmingnya sudah turun dari langit. Mahu saja
dia melompat-lompat seperti kera dapat bunga kerana terlalu gembira.
“Sebenarnya lelaki yang abang Ray nampak tu
bukan kekasih saya. Tapi bos saya. Saya P.A dia, so kemana saja dia ada, saya
kena ada sebab dia OKU”. Terang Ain Syuhada menjelaskan perkara sebenar. Rayyan
Aziz terasa lega. Senanglah kerjanya nanti. Kalau Ain Syuhada setuju, bulan
depan dia akan menghantar rombongan meminang. Lagi cepat lagi bagus. Lagi
senang nak cover hubungannya dengan Mike. Soal meminang serah saja pada ibu dan
kakak-kakaknya. Mereka memang teruja nak terima adik ipar, maklumlah dia
satu-satunya anak lelaki Puan Maimon.
“Syukur Ain. Lega
saya mendengarnya.” Kali ini Rayyan sudah memegang tangan Ain Syuhada lalu
diciumnya. Yaks…terasa geli pula!. Tapi lakonan kena teruskan. Ain Syuhada
sudah malu-malu kucing. Dia pantas menarik tangannya. Memang suka tapi sabarlah
belum ada apa-apa ikatan. Kan bukan muhrim. Hem…habis tu dengan Mr.Blind
berpimpin bagai. Eh…berlapik tau…itukan kerja. Tanggungjawab . Sempat lagi Ain
Syuhada bersoal jawab dengan kata hatinya.
“Kalau macam tu,
sudilah Ain jadi milik saya”. Gelojoh betul pertanyaan Rayyan Aziz. Pedulilah
asal dia dapat jawapan segera dari Ain Syuhada.
Ain Syuhada pantas
menggangguk.
“Kalau macam tu,
bulan depan saya hantar rombongan meminang”. Rayyan Aziz pantas berdiri lalu
memanggil ibunya Puan Maimon.
“Ada apa Rayyan?
Terjerit-jerit panggil ibu”. Muncul Puan Maimon dengan wajah kehairanan.
“Bulan depan kita
masuk meminang Ain.Boleh ibu?”. Puan Maimon sudah tersenyum.
“Alhamdulilah, hajat
ibu nak tengok Rayyan berkahwin termakbul juga. Terima kasih Ain kerana berjaya
bukakan pintu hati Rayyan”. Pantas tubuh Ain Syuhada dipeluk Puan Maimon.
Memang dia betul-betul gembira kerana Rayyan sudi untuk berkahwin. Pilihannya
pula memang memenuhi citarasanya.
Ain Syuhada hanya
tersenyum sahaja. Cepat betul jodohnya datang. Kerja baru sebulan dah bertemu
jodoh. Agaknya apa reaksi Puan Ainon?. Terkejut jugak seperti yang dirasainya
sekarang.
----------
Memang sudah dijangka, reaksi ibunya menjerit
di cuping telinganya begitu membingitkan. Dia baru sahaja memberitahu tentang
rombongan meminang bulan depan, ibunya sudah merencanakan yang bukan-bukan.
Maklumlah bakal menerima menantu seorang jurutera.
Ain Syuhada hanya
tersengih apabila telefon dimatikan. Dia baru sahaja sujud syukur sebelum
menelefon ibunya tadi. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana jodohnya telah sampai.
Tidak sangka Rayyan Aziz jejaka terhot di UMKL itu adalah bakal suaminya. Masih
tidak percaya jodoh yang dikirimkan oleh Allah itu.
Ain Syuhada meneliti
borang permohonan DPLI, dia berkira-kira sama ada untuk mengisi atau tidak.
Bila difikirkan, dia selesa dengan jawatannya sekarang. Dia membaca satu
persatu bahagian maklumat diri yang
perlu diisi itu. Ketukan di pintu biliknya membantutkan pembacaanya. Muncul
Melissa bersama sengihannya lalu melabuhkan punggungnya di birai katil .
“Macamana dating
tadi?”. Dia menyoal. Memang tidak sabar hendak mendengar cerita dari adik
iparnya itu. Teringat pula semasa kali pertama dia dating dengan Azman dulu.
Ain Syuhada bangun
dari tempat duduknya. Dia beralih duduk
di birai katil bersebelahan dengan Melissa pula. Memang dia sendiri tidak sabar
hendak berkongsi cerita dengan kakak iparnya. Maklumlah kerana sedari kecil dia
sendiri tiada kakak kandung.
“Dia bawa Ain jumpa
ibunya.” Melopong Melissa mendengar cerita dari Ain Syuhada.
“First date bawa
jumpa ibu?”. Dia menyoal lagi dengan rasa tidak percaya.
“Bulan depan, dia nak
hantar rombongan meminang”. Tokok Ain Syuhada.
“What?!! Are Ur
serious?”. Ain Syuhada mengangguk. Melissa melihat dengan pandangan tidak
percaya.
“Yes. Ain serius. Ain
tak tipu. Bulan depan Rayyan nak hantar rombongan meminang”. Ain Syuhada
mengulang lagi ayat yang sama.
“Congratulation my dear. Akak betul-betul
terkejut. Ain dah habis fikir? Ni soal kebahagian hidup Ain. Kena fikir
masak-masak.” Sempat lagi Melissa menitipkan nasihat.
“Ain kenal dia dahlama. Dia senior Ain masa kat UM
dulu. Dia baik kak.”
“Hem…kadang-kadang
kalau kita dah kenal lama tak semestinya kita betul-betul dah
mengenalinya Ain. Tapi akak sentiasa menyokong Ain. Dah pilih tema warna untuk baju bertunang nanti?”.
“Akak ni, excited macam mak jugak”. Ain Syuhada
sudah tersenyum.
“Mestilah.” Melissa sudah mengenyitkan mata.
“Sebenarnya kak, Ain confuselah.”
“Kenapa?”.
“Ain tak
tahu sama ada nak isi ke tak borang DPLI ni?”. Ain Syuhada menyuakan borang itu
pada Melissa.
“Hem…apa kata Ain isi je…tak semestinya dapat kan?
Kalau dapat, kita fikir nanti. Apapun cuba dulu. Lagipun akak rasa kalau Ain
dah kawin nanti, jawatan P.A tu dah tak sesuai untuk Ain. Bukan apa, takut ur
future husband cemburu. Eloklah dari
sekarang Ain fikir untuk rancangan masa depan. Kalau tak kerja lagi baik. Tak
kan dia tak mampu nak tanggung Ain kan?”
“Tapi kak. Ain nak kerja. Tak nak jadi housewife.
Bosanlah tak kerja.”
“So, Ain sendiri dah kata macam tu. Buat pa nak
confuse lagi?” Melissa menyoal semula. Ain Syuhada mengambil semula borang
dalam tangan Melissa. Dia sudah mendapat jawapannya, kalau permohonan untuk
melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan ini diterima, dia bakal jadi cikgu.
Jadi senanglah dia hendak melepaskan jawatan P.A itu setelah bergelar isteri
nanti. Cewah Mrs. Rayyan Aziz. Ain Syuhada senyum lagi.
No comments:
Post a Comment