Prolog
Ain
Syuhada berjalan dengan pantas melewati blok-blok rumah pangsa di Wangsa Maju
Seksyen 1 untuk ke perhentian bas. Jam di pergelangan tangan sudah menunjukkan
ke angka 6.50 pagi. Ramai orang sudah bersesak di perhentian bas untuk menuju
ke destinasi masing-masing. Sesampai saja di perhentian bas, Ain Syuhada
mengucap syukur kerana bas Intrakota 234 yang dinanti sudah sedia menunggu
dengan penumpang yang masih bersesak untuk menaiki bas itu.
Ain
Syuhada turut meloloskan diri di tengah orang ramai untuk menaiki bas tersebut.
Mujur dia dapat juga berada di perut bas itu walaupun terpaksa berdiri di muka
pintu bas. Baju kebaya yang dipakainya sudah dibasahi peluh. Kasut tinggi
seinci yang menutupi kakinya digerak-gerakkan menahan lenguh kerana berdiri.
Walaupun
sekolah yang dituju itu tidak sampai 10 minit dari rumah sewanya, tapi
disebabkan kesesakan jalan raya menyebabkan masa yang diambil melebihi 30
minit. Sampai sahaja di jalan masuk ke sekolahnya, Ain Syuhada mempercepatkan
langkah. Dia tidak mahu hari pertama di sekolah, dia menunjukkan imej yang
tidak elok kerana lambat. Tambah-tambah lagi dia adalah guru praktikal yang
menjalani amali di sekolah ini.
Dari jauh dia sudah nampak Wahida melemparkan senyuman
buatnya. Mujurlah pelajar baru sahaja berhimpun kerana perhimpunan pagi akan
diadakan seperti kebiasaan pada setiap hari Isnin di semua sekolah di sekitar Setapak
ini. Ain Syuhada berjalan menuju ke arah Wahida yang sedia menunggu di kerusi
batu yang terdapat di tapak perhimpunan itu.
“Dah lama sampai?”. Soal Ain
Syuhada sambil melepaskan lelah.
“Adalah dalam 10 minit. Kesian
kau, terkejar-kejar. Tapi aku rasa sekolah ni taklah jauh dari rumah sewa kau
kan?”. Wahida menyoalnya pula.
“Memanglah dekat. Dah naik bas,
jammed pulak. 10 minit jadilah setengah jam.” Ulas Ain Syuhada sambil mengelap
peluh yang merenik di dahi dengan sehelai tisu.
“Kesian kau. Tak leh jalan kaki
ke? Aku rasa kan kalau kau jalan kaki lagi cepat dari naik bas”. Saran Wahida.
“Tu la pasal. Aku sajalah naik
bas. Kalau nak lalu jalan pintas tu aku
takut pagi-pagi tak de orang. Tapi masa naik bas tadi aku tengok ramai juga
yang guna jalan tu untuk hantar anak ke sekolah. Dah tu, kat situ ada bangunan
setor DBKL. Ramai pekerja DBKL berkumpul kat situ.” Omel Ain Syuhada. Memang
Kak Salwa ada beritahu jalan pintas untuk ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Setapak dari rumah sewanya. Cuma dia je yang tidak berani. Dia berazam mulai
dari hari ini dia akan menggunakan jalan pintas itu untuk ke sekolah ini.
“Jomlah, kita tunggu di
pejabat. Kena lapor diri dulu.” Ajak Wahida sambil menarik lengannya. Tanpa
banyak soal Ain Syuhada mengikut langkah Wahida menuju ke bangunan yang
tertulis tanda nama ‘pejabat’ itu.
Ain Syuhada menarik nafas lalu
menghelanya dengan perlahan. Sambil itu mulutnya terkumat kamit membaca doa.
Dia melangkah masuk ke kelas 2KRK itu dengan penuh semangat. Hari pertama di
kelas ini dia perlu menunjukkan pada anak didiknya yang dia adalah guru
praktikal yang kental jiwanya. Masuk saja ke kelas, dia meletakkan buku RPP dan
beberapa buah buku rujukan di atas meja guru. Dia berdiri di tepi meja guru.
Pandangannya di halakan ke setiap wajah anak didiknya satu persatu. Kelas yang
seramai 8 orang itu terasa sunyi sahaja. Seorang pelajar lelaki yang memakai
cermin mata luar biasa tebalnya bangun lalu mengucapkan salam diikuti oleh
rakan-rakannya. Ain Syuhada memerhati tanda nama ‘Akmal’ yang tertulis di poket
baju pelajar itu. Ketua kelas agaknya.
“Cikgu pakai baju kebaya ke
hari ni?Tak pernah pun cikgu pakai baju macam tu?”. Soal pelajar bernama Akmal
itu. Ain Syuhada tersenyum pelik. Macamana baju kebaya yang dipakainya boleh
menarik perhatian pelajar itu. Biar betul, budak ini betul-betul nampak ke?.
Setahu aku sekolah khas ni budaknya ada masalah mata.
“Hem…ahhh…Macamana kamu tahu saya berkebaya hari ini?” Soal Ain
Syuhada was-was.
“Eh…Ini bukan Cikgu Halimah
ke?Kenapa suara Cikgu lain?”. Pelajar itu sudah tergagap-gagap…jelas dia sedang
gelabah kerana sekejap-sekejap dia menggaru kepalanya. Ini gabra ke banyak kutu
ni?. Ain Syuhada bermonolog lagi.
“Saya Cikgu Ain Syuhada Ismail.
Guru praktikal yang akan menggantikan Cikgu Bahasa Melayu kamu”. Terangku
dengan jelas.
Pelajar-pelajar yang mengalami
masalah penglihatan ini perlu mendengar suara kita dengan jelas. Kadang kala
intonasi suara perlu disesuaikan dengan keadaan agar pelajar tahu sama ada kita
marah, gembira, suka, ceria dan 1001 macam rasa lagi kerana mereka bergantung
100 peratus pada pendengaran. Ain Syuhada terangguk-angguk seolah-olah sedang
mendengar penerangan dari pensyarahnya Puan Lee.
Setelah selesai sesi
memperkenalkan diri, Ain Syuhada tersenyum puas. Dari pelajar yang seramai 8
orang ini, hanya 3 orang sahaja yang mengalami buta, selebihnya adalah rabun
yang teruk. Dalam 5 orang yang rabun teruk itu, 2 orang menggunakan mesin
Braille untuk menulis dan tulisan Braille untuk membaca. Selebihnya 3 orang
yang rabun itu boleh menulis dan membaca tulisan biasa. Yang pasti font untuk
membaca mestilah sebesar font 16 ke atas. Kalau dah buta tu, confirmlah tulisan
Braille adalah medium untuk membaca dan menulis. Ain Syuhada membuat analisis
sendiri berdasarkan pemerhatiannya terhadap kelas 2KRK. Penerangan ringkas dari guru kelas ini juga membantunya
mengenali pelajar di kelas ini sebelum memulakan P&P tadi. Patutlah Akmal,
pelajar yang menegurnya mula-mula tadi dapat meneka dia memakai kebaya hari ni
kerana dia adalah pelajar dalam kategori rabun B2 istilah untuk masalah
penglihatan ini.
“Okey…hari ini kita akan
belajar tatabahasa iaitu Kata nama. Kata nama terbahagi kepada kata nama am dan
kata nama khas”. Ain Syuhada memulakan mukadimah pengajaran dan pembelajarannya
hari ini. Semua pelajar memberi penumpuan terhadap penerangan. Cuma ada seorang
pelajar sahaja yang sedang tidur. Ain Syuhada menuju ke arah meja pelajar itu,
lalu mengetuk mejanya supaya dia bangun. Terpisat-pisat pelajar lelaki itu
bangun dan menggosok matanya. Ain Syuhada merenung pelajar itu, terkejut kerana
jika dilihat dengan mata kasar jelas pelajar yang bermata hazel itu seperti
tiada cacat celanya.
“Kenapa tidur dalam kelas?.
Kamu nak belajar ke nak buang masa di kelas saya?”. Ain Syuhada sedikit tegas.
Terasa kesal dengan sikap pelajar itu.
“Buat apa belajar?. Saya pun
tak hingin ke sekolah ni. Masa depan
saya dah gelap, dah tak nampak apa-apa. Ada lagi ke masa depan untuk
budak buta macam saya ni!”. Jerit pelajar itu sambil bangun lalu berjalan
keluar ke pintu dengan tangannya mengagau-gagau. Habis dilanggarnya tubuh Ain
Syuhada dan meja yang menjadi penghalangnya untuk keluar dari kelas 2KRK ni.
Ain Syuhada menelan liur terkejut dengan reaksi spontan pelajar itu.
“Danial tu memang macam tu
cikgu. Baru sebulan kat sini. Matanya baru buta cikgu. Sebab tu perangai dia
macam tu.” Akmal bangun menerangkan mengenai pelajar lelaki yang bernama Danial
itu. Ain Syuhada menggangguk. Mula memahami kenapa Danial bersikap demikian.
Tiba-tiba ingatan mengimbas kembali pada Aidil Zafran. Sikapnya seperti itu
juga ketika mula-mula disahkan buta. Ain Syuhada mengeluh. Meraup wajahnya
dengan telapak tangannya. Jika bukan kerananya Aidil Zafran tidak akan buta
selamanya. Memang semua ini salahnya. Kalaulah dapat diundur masa, sungguh dia
tidak akan berbuat begitu pada Aidil Zafran hanya kerana untuk memuaskan nafsu amarahnya.
man
manuskrip ni dah kena reject coz tak memenuhi piawaian...jadi buat tatapan pembaca dan pengikut blog akak...so akak upload sampai habis lah cita ni...enjoy it okey...
ReplyDeletex cuba ke tempat lainker
ReplyDeletekena reject dengan LNP...tak memenuhi piawaian...katanya mukasurat tak mencukupi...yelah akak karang setakat 370 ms bersaiz a4...dah tak tahu nak perah otak bagi banyak mukasurat dah..itu je termampu...
Deleteakak hantar kat kakinovel dengan karyaseni pulak...tak tahulah camne pula...untung sabut timbul...untung batu tenggelam...heh..he..
sloww2 edit kak...tambah2 ayat gula2 bg lg syok..
Deleteakakkk entry yg lain..??plisss
ReplyDeleteakak x saiz nak baca. Words dekat tepi x nampak . Macam mana nak buat.
ReplyDelete