Bab
48
“Baik
Aidil berhati-hati. Saya rasa Lia dah tak siuman. Semalam hampir-hampir saya
hilang nyawa. Dia letak pisau pemotong daging di leher saya semata-mata nak
tahu sama ada Aidil berpakat kenakan dia sampai tertangkap khalwat hari tu.
Saya minta maaf Aidil, saya terpaksa mengaku”. Aidil Zafran menelan liur bila
mendengar butir bicara yang keluar dari mulut Zahirin.
Dia
tak sangka Zahlia sudah sampai ke tahap hendak membunuh. Memang minah tu sudah
hilang akal. Sudah hilang pertimbangan. Dia beristigfar pula. Kata-kata Zahirin
petang tadi semasa menelefonnya terngiang-ngiang dikepalanya. Dia jadi gerun.
Takut jika Zahlia sanggup apa-apakan Ain Syuhada. Aidil Zafran meraup mukanya
pula.
Rasa
hendak menangis saja memikirkan dosa silamnya
telah membawa petaka pada Ain Syuhada. Kenapa mesti Ain Syuhada yang
menjadi galang ganti untuk kesilapannya yang lalu. Dia beristigfar lagi memohon
kekuatan pada ALLAH untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Dia keluar dari
perut lif lalu menuju ke pintu rumahnya. Muka sudah dimaniskan untuk mengadap
wajah isteri tercinta.
“Bee
dah balik?”. Ain Syuhada bersuara manja menyambut suami dimuka pintu.
Tanpa
salam dia sudah membenamkan ciuman dipipi Aidil Zafran. Kemudian dengan
manjanya dia memeluk tubuh Aidil Zafran sehingga si suami kelelahan tak tahan
dengan aksi manja ala-ala kucing siam si isteri. Kali ini sudah menggoda
seperti Catwoman pula. Aidil Zafran kerut dahi. Agaknya sepanjang menanti
tawaran posting ini, berapa banyak DVD yang ditonton si isteri hingga dapat
meniru aksi-aksi menggoda heroin dalam filem pula. Kagum sekejap kerana Ain
Syuhada bijak mengadaptasi benda-benda baru. Memang tak terjangkau dek
imiginasi memikirkan tingkah manja si isteri.
“Bee
mandi dulu. Nee nak hidangkan makan. Nanti kita makan sama-sama eh. Nee masak
special. Sedap!”. Ain Syuhada sudah menjilat bibir pula membayangkan masakan
yang dimasaknya sungguh enak. Naik juling mata Aidil Zafran melihat aksi jilat
bibir si isteri. Gaya ini bukan nak tunjuk masakan sedap, gaya ini minta dicium
tu!.
Bulat
mata Ain Syuhada kerana menerima French Kiss dari si suami. Ish…orang
sungguh-sungguh tunjuk makanan sedap, bukan jilat bibir sedap!.
“Hmm…betullah
sedap. Manis!”. Balas Aidil Zafran. Ain Syuhada sudah tarik muncung. Memang
Aidil Zafran suka corner-corner kalau dia cakap benda betul sekalipun.
“Bee
ni suka corner-corner. Nee cakap betul-betul dia main-main pula”. Ain Syuhada
sudah merajuk ala-ala manja gitu.
“Nak
minta cium lagi. Buatlah muncung itik tu”. Aidil Zafran sudah mengugut.
Ain
Syuhada tidak buat muncung itik lagi. Takut kena cium. Nanti kang melarat jadi
benda lain. Alamat tak makanlah masakan yang sudah dihidangkan. Kenyang sebab
makan benda lain pula. Ain Syuhada faham benar dengan sikap si suami. Pantang
sentuh…on sentiasa. Dia pula yang lelah nanti. Sejak berbadan dua ni dia memang
dah kurang sikit nak beraksi. Penat!.
“Bee
nape Muaz asyik bertandang kat sini je. Teman nee sampai bee nak balik kerja
baru dia blah. Apsal eh?. Bee pecat dia ke?. Sampai banyak masa temankan nee?”.
Ain Syuhada soal hairan. Memang dia pelik, sejak pagi tadi kerja Muaz meneman
ke mana saja dia pergi. Dari ke market sampailah ke butik survey baju
maternity, tak habis-habis Muaz mengekor. Naik rimas dibuatnya.
“Taklah.
Dia tak banyak kerja kat pejabat. Bee yang minta dia temankan nee. Jadi escort
sekejap, sampai nee bersalin nanti”. Balas Aidil Zafran. Harap Ain Syuhada
tidak akan bertanya soalan pelik-pelik lagi.
“Oh…nee
ingatkan dah kena pecat. Hmm…okay juga dia teman. Taklah nee rasa bosan sangat.
Bee pun asyik busy je…” Ain Syuhada menutup mulutnya. Tanpa sedar sudah
merungut mengenai kesibukan Aidil Zafran sejak akhir-akhir ini. Kadangkala dia
rasa sedikit terabai dari perhatian si suami.
“Maaf
nee tak maksud macam gitu”. Dia sedar terlepas kata. Takut si suami terasa
hati. Dah memang kerjaya suaminya begitu. Sibuk tak tentu masa, mana boleh
merungut sentiasa.
“Nee…tak
payah minta maaf. Bee perasan sangat, nee begitu menjaga hati bee…nee kalau ada
sesuatu yang nee tak puas hati kena terus terang. Jangan simpan sorang-sorang.
Kita kena give and take nee…kalau bee mengabaikan nee…atau hati nee terusik,
berterus-terang, jangan teragak-agak. Sekurang-kurangnya bee sedar kesalahan
bee”. Aidil Zafran mengelus rambut lurus Ain Syuhada. Tunak matanya sudah menikam
sepasang mata hitam milik Ain Syuhada. Dia mahu Ain Syuhada tahu yang dia tak
sempurna mana, tak perlu menjaga hatinya sangat sampai hati si isteri terluka.
Dia tak mahu menjadi suami yang pentingkan diri sendiri.
“Terima
kasih bee kerana begitu sayangkan nee”. Ain Syuhada luah begitu pula. Rasa
tenang sangat-sangat kerana mempunyai suami sebaik Aidil Zafran walau si suami
pernah ada sejarah silam yang menyakitkan.
----
Zahlia meramas perutnya yang nampak
sedikit membukit. Sudah hilang saiz pinggang kecil yang dimilikinya. Dia sudah
mendengus geram. Kerana isi dalam perut inilah dia sudah kehilangan Aidil
Zafran. Malah terpaksa mengahwini Zahirin pula. Dia mengambil pisau pembuka
surat lalu dimain-mainkan di depan mukanya. Mula membayangkan jika pisau ini
ditusukkan ke perutnya. Pasti barai segala isi perutnya termasuk janin yang
dikandungnya. Dia ketawa pula berdekah-dekah. Kemudian dia meraba lagi
perutnya. Wajah yang dihiasi gelak ketawa itu sudah berubah riak. Menjadi
muram, tanpa teragak Zahlia menangis pula seperti budak-budak. Dia duduk sambil
lututnya menongkat lengan.
“Aidil…kau tak nak aku?. Anak ini
anak kita bersama. Kau lupakah saat manis kita?”. Dia sudah mengarut perkara
yang bukan-bukan pula. Dia rasa sangat sedih, rawan hatinya kerana begitu mudah
Aidil Zafran melupakannya begitu saja. Kemudian dia berdiri, mengelap
airmatanya.
“Siap kau!. Kau tak akan lepas dari
aku Ain. Sebab kau, Aidil dah tak pandang aku. Kau mesti
mati!...ha..ha..ha..!”. Dia ketawa pula sambil pisau pemotong surat itu
dilayangkan didepan matanya. Mula membayangkan wajah Ain Syuhada ditoreh-toreh
dengan pisau tajam itu.
Zahirin menekan loceng pintu kondo
milik Zahlia. Berkali-kali dia menekan sampai lenguh jarinya. Namun tiada
terkuak sedikit pun pintu utama itu. Zahirin amat pasti yang Zahlia ada di
rumah. Semenjak berhenti dari Insaniah Holdings, Zahlia lebih banyak
mengurungkan diri. Makan dan pakai pun sudah terabai. Hanya Zahirin yang masih
setia menemaninya dan mengambil berat mengenai kondisi dirinya.
“Lia…buka pintu Lia. I datang ni
Lia”. Sudah penat menekan punat loceng, dia mengetuk pula pintu kondo milik
Zahlia. Lama dia berdiri di situ menanti Zahlia membuka pintu. Selang beberapa
minit berdiri, pintu itu terbuka sedikit. Zahirin menolak cemas pintu utama
kondo milik Zahlia. Matanya tertinjau-tinjau menerokai seluruh isi ruang tamu
namun kelibat Zahlia tidak kelihatan. Kemudian dia menapak semula ke bilik
tidur Zahlia. Terlihat Zahlia sedang menilik pisau pembuka surat itu sesambil
pisau itu dimainkan diperutnya. Mata Zahirin sudah terbelalak. Dia mendekat ke
arah Zahlia, pisau itu dirampas dari tangan Zahlia.
“U nak buat apa Lia?”. Zahirin sudah
menjerit. Zahlia hanya memandang tanpa perasaan. Dia kaku memandang wajah
Zahirin yang sudah berubah menjadi tegang. Zahlia hanya mencebik. Kemudian dia
ketawa seperti manusia kurang akal.
“ I tak nak anak ni. I tak nak!...”.
Zahlia sudah menjerit hysteria. Habis
dihumbannya segala bantal-bantal yang ada diatas katil ke arah Zahirin.
Kemudian dia menyelongkar laci soleknya mencari benda tajam yang boleh dibuat
untuk mencederakan dirinya. Sudah puas menyelongkar, namun satu pun tidak
ketemu. Matanya sudah tertancap pada pisau pembuka surat yang masih digenggam
di tangan Zahirin.
Kemudian
dia menangis dengan begitu hiba sekali. Dia duduk dibirai katil sambil memeluk
lutut. Zahirin yang memandang menjadi begitu sebak mendengar esak tangis Zahlia
yang penuh kepiluan itu. Zahirin mendekat ke arah tubuh Zahlia. Dia ingin
memeluk dan memujuk Zahlia tanpa sedar
ada bahaya yang menanti.
Dia
duduk di sisi Zahlia sambil tangan sudah mendepang untuk memeluk tubuh genit
Zahlia. Pisau pembuka surat sudah diletak di sisi. Tanpa sedar Zahlia sudah mengambil
pisau itu lalu dirodok ke perut Zahirin yang memeluknya tadi. Zahirin mengaduh
kesakitan. Dia tak sangka Zahlia sekejam ini. Dia menekan perutnya yang terasa
ngilu, ada darah merah yang mengalir. Sudah membasahi baju kemeja rona putih
yang membalut tubuhnya. Zahlia hanya memerhati tanpa riak pada Zahirin yang
mengerang kesakitan.
“Lia…tolong
aku Lia…aku sakit”. Zahirin sudah separuh merayu pada Zahlia yang masih kaku
memerhati Zahirin yang menggelupur dilantai bilik tidurnya. Dia mengamati pula
tangannya yang sudah dicemari darah milik Zahirin. Pisau pembuka surat yang masih
digenggamnya diperhati kosong. Zahlia kemudian duduk di sisi Zahirin yang
mengerang kesakitan. Zahlia hanya memerhati tubuh Zahirin yang menggeletar itu.
kemudian dia mengusap perlahan belakang tubuh Zahirin. Dia membelai perlahan.
“Aidil…tidur
ye..biar Lia dodoikan…” Zahlia sudah senyum pula. Dia angkat kepala Zahirin
lalu diribanya. Kemudian dia menyanyikan lagu untuk membuatkan Zahirin tidur.
Dalam kepala otaknya sekarang tubuh Aidil Zafran yang dipeluknya, kepala Aidil
Zafran yang diribanya. Penuh ilusi walau hakikatnya Zahirin yang berada disisi.
KAK KENAPA LOMPAT JAUH SANGAT NI.
ReplyDeletekak mcm mane nk tgk entry yg lain....???
ReplyDeletemane pegi episode 27 n lain2? tetibe jump episode 48..
ReplyDeletetgh syok2 lyn nih..