Tuesday, 15 January 2013

OKu Sayang Bab 10


Bab 10
Hmm…kalaulah dia tidak cuai, tentu tidak jadi begitu. Kalaulah dia tidak ke rumah Mr.Blind tentu kejadian yang memalukan itu tidak berlaku. Kalaulah dia menelefon dulu sebelum datang tentu lain pula ceritanya. Kalaulah bos tidak muntah dibajunya tentu dia tidak akan malu sebegini. Banyak betul keberangkalian kalau yang bermain difikirannya. Esok dia akan masuk kerja semula. Bagaimana hendak menghadapi  wajah Mr.Blind.
 Hmm…buat bodoh, buat tak tahu, buat tak kisah atau jangan sebut langsung. Kalau dia tanya? Ah…dia tak kan tanya. Kalau dia tanya jugak…kau autalah..diakan buta, senang saja kau nak auta. Tak kan kau nak cakap bos dah cabul saya. Bos dah pegang ehem..ehem..saya. Dari tak tahu terus jadi malu. Kau hendak tebal muka setiap kali tengok muka dia. Dia tak akan ada reaksi sebab dia tak nampak. Kau tu yang buat spoil nanti kalau terbagi tahu. Penat betul Ain Syuhada berbalas kata dengan hatinya.
“Hmm..hesy…malas fikir. Apa nak jadi. Jadilah! Esok aku berlakon macam tak da apa-apa”. Akhirnya dia meluahkan kenyataan dengan kuat. Sudah serabut memikirkan peritiwa semalam.
Semua pengunjung di Restoran Nelayan itu berkalih memandangnya dengan rasa hairan. Ain Syuhada terasa seperti hendak terjun sahaja ke dalam tasik yang mengelilingi restoran itu apabila sedar dia terlepas kata. Buka perlahan tapi dengan volume yang dinaikkan beberapa oktaf. Rayyan Aziz yang sedang asyik menjamah nasi tersedak dengan jeritan Ain Syuhada tiba-tiba.
“Are U ok?” Soal Rayyan Aziz terbatuk-batuk lantas dia menyedut sirap laici dengan laju sekali.  Kalau tidak fikirkan dia sedang menjalankan misi mencari menantu buat ibu, tentu mahu saja dia lari meninggalkan gadis ini yang menjerit tiba-tiba. ‘Disampuk polong ke?’. Cebiknya dalam hati.
“Err…fine…fine!”. Laju sahaja Ain Syuhada menjawab. Malu semalam tak hilang lagi bertambah pula dengan malu menghadapi situasi sekarang. Hem…habislah saham aku jatuh didepan Mr Hot ni. Monolognya pula.
“Ain  ada masalah ke?”. Soal Rayyan Aziz lagi. ‘Hem…Minta-minta bukan masalah tak mau tunang dengan aku!’
“Tak…tak da. Cuma Ain serabut sekarang ni. Ain nak tanya pendapat abanglah…”.Kata-katanya terhenti di situ. Rayyan Aziz mendengar dengan penuh minat.
“Abang rasa, patut ke kalau Ain teruskan kerja P.A tu lepas kita kawin nanti? Abang okey tak?”. Sambungnya lagi.
“Hem…Abang tak kisah Ain. Abang sokong je apa kerja yang Ain buat”. Lega mendengar Rayyan Aziz berkata begitu. Selesailah masalah kalau dia terus dengan jawatan P.A itu andai permohonan untuk DPLI ditolak.
“Betul abang tak kisah?. Abang tahukan bos Ain buta. Kemana saja, Ain kena pimpin dia. Ain takut abang…err…abang…”
“Cemburu?” sambung Rayyan Aziz pula. Ain Syuhada hanya menggangguk perlahan. Takut jika Rayyan Aziz marah kerana berprasangka yang dia cemburu. Rayyan Aziz ketawa. Sweet saja dari pandangan mata Ain Syuhada melihat bakal tunangnya itu ketawa.
‘Cemburu. Tak da maknanya aku nak cemburu Ain. Suka lagilah. Kalau lebih pada tu pun aku tak kisah. Kau dengar cara kau, aku dengan cara aku’. Tapi kata-kata itu hanya berlegar dalam kepalanya sahaja.
“Ish..abang faham kerja Ain. InsyaALLAH abang tak akan cemburu”.
‘Phewwit!...Rasa geli tekak pulak bila berkata begitu. Yang penting bulan depan gadis ni jadi tunang aku. Bulan lagi satu jadi isteri aku.’ Monolognya pula.
“Hmm…lepas ni kita nak kemana?” Soal Ain Syuhada pula setelah mereka selesai makan.
“Kita cari cincin tunang. Sambil-sambil tu boleh cari barang untuk persiapan kawin pula”. Ain Syuhada memandang sekilas. Hmm…macam tak sabar je nak kawin dengan aku. Rasa berbunga dihatinya. Telinga pula terasa seperti mendengar lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ daripada Anita Sarawak. Dia menarik sengih. Ishh…tak sabar pulak nak jadi MRS. RAYYAN AZIZ. Kalau Puan Ainon tahu apa yang dirasanya sekarang tentu telinganya sakit kena piat sebab gatal nak menikah.
----------------
Rayyan Aziz merenung wajah Mikail atau Mike adik angkatnya itu. Tiada secalit senyum pun dibibirnya. Sebaliknya wajah itu masam mencuka. Sejak akhir-akhir ini Mike kerap merajuk dan tidak mengendahkan dirinya lagi.
“What wrong with U?” Soal Rayyan Aziz  marah.
“Orang dah tak perlukan kita lagi. Buat pa kita nak tersua-sua”. Mike menjawab malas.
“Look. Please!. Be patient ok?. Tak lama. 2 bulan je. Sekarang ni I sibuk. I janji lepas segala-galanya selesai. Kita pergi makan angin k.” Pujuk Rayyan Aziz pula sambil memaut bahu Mike.
“U ada masa ke? I takut lepas kahwin, U sibuk nak pergi honeymoon pulak”. Mike memerli.
Rayyan Aziz terus ketawa. “ Sound like jealous hah? I bawa U sekali. Puas hati?”. Mike menarik muka masam. Geram mendengar Rayyan Aziz ketawa memerlinya pula. Sakit hati!.
“Please jangan macam ni. I minta U bersabar sekejap je. Tak lama 2 bulan je”. Rayyan Aziz terus memujuk. Tangannya melingkar di bahu Mike. Rasa marah yang memuncak tadi mengendur tiba-tiba. Elusan perlahan-lahan dibahunya membawa rasa damai dihati seperti air yang disimbah ke api. Padam terus kemarahan yang menyala tadi.
“Jom…”. Rayyan Aziz menarik tangan Mike dengan pantas, tanpa bantahan Mike mengikut kehendak ‘abang’ tersayang.  

---------------
Adil Zafran terasa segar semula. Selepas semalaman berbungkus dalam selimut kerana demam, dia bingkas bangun untuk mandi. Dia menuju ke bilik mandi dan membasahkan badan. Terasa segar  tubuhnya selepas sehari tidak mandi. Mujurlah ada P.A yang baik hati sudi mengelap tubuhnya. Kuranglah sikit bau badan yang masam ini.
Dia berendam lama di dalam bath tub. Fikirannya masih lagi menerawang memikirkan peristiwa semalam. Kenapa Ain Syuhada menjerit?. Dan apa yang telah disentuhnya itu?. Terasa jari jemarinya menyentuh objek yang kenyal tetapi halus. Dia buntu. Dia cuba membayangkan peristiwa semalam. Dia pasti seperti ada orang di sebelahnya selepas dia bingkas bangun kerana panas dan tidak selesa. Kalau benarlah orang itu adalah Ain Syuhada, jadi apakah objek yang disentuhnya itu dan kenapa Ain Syuhada menjerit. Mungkinkah dia menyentuh tempat yang tidak sepatutnya. Perlukah dia bertanya pada tuan empunya badan. Hmm…macam cari pasal je kalau dia bertanya esok. Kalau betullah dia menyentuh sesuatu ‘itu’, dia cepat-cepat beristigfar. Bukan niat untuk mengambil kesempatan. Dia perlu minta maaf pada Ain Syuhada.
Setelah selesai mandi, dia mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh. Lama dia berwirid panjang di atas sejadah. Memohon keampunan di atas kesilapannya selama ini. Dia memohon supaya diberi kesabaran dan ketabahan untuk mengharungi hidup sebagai OKU.
Usai berdoa, dia membuka laptopnya. Lama dia berteleku di depan laptopnya. Mendengar satu persatu JAWS menyemak kiriman email yang diterimanya. Juga melayari laman facebook.  Dia  membaca kiriman e-mail dari Jennyfer yang menjemputnya ke UK untuk menghadiri majlis resepsinya dengan Raul penghujung Disember ini. Hmm…musim salji di UK. Seronok juga dapat main salji. Rindu pula dengan bumi UK walaupun baru beberapa bulan meninggalkan bumi UK itu.
Bunyi loceng pintu membuatkan dia menutup laptopnya. Dia menuju ke pintu lalu membukanya. Terdengar suara Adilla dan ibunya riuh di muka pintu.
“Asalammualaikum!”. Ucap Puan Azizah dan Datuk Adila serentak. Aidil Zafran menyambut mereka dengan huluran salam dan mencium tangan ibunya.
“Hmm, buat apa?. Kenapa lama tak balik rumah mama?”. Soal Puan Azizah setelah duduk di sofa. Aidil Zafran ikut duduk di sebelah ibunya.
“Aidil sibuk ma. Tadi tengah baca email kiriman kawan kat UK dulu. Ni pun Aidil tak sihat lagi ni. Demam”. Balasnya manja. Puan Azizah meletakkan tangannya di dahi Aidil Zafran. Masih terasa suam di dahinya itu.
“Itulah yang mama dan kakak datang. Pak Deris cakap Aidil tak sihat?”. Sampuk Datuk Adila pula yang tadinya lebih banyak memerhati dari bercakap.
“Mama suruh duduk dengan mama, tak mahu. Nak berdikari konon. Kan susah kalau sakit pening?. Tak da sapa nak tengok-tengokkan”. Bebel Puan Azizah menambah perisa.
“Sapa yang nakkan anak mama ni. Buta katakan”. Balas Aidil Zafran merendah diri.
“Ada mama. Kalau mama berkenan, Adila boleh kenalkan. Aidil pun dah berkenan ma”. Datuk Adila mula memasukkan jarum. Aidil Zafran terasa mukanya panas. Hmm… nasib baik dia buta. Kalau tak, dah lama dia beliakkan mata pada Datuk Adila kerana terlebih cakap.
“Siapa?”. Soal Puan Azizah berminat. Aidil Zafran segera bangun.
“Kakak ni main-main je, ma. Cakap dia jangan percaya sangat. Hmm…kak! Apakata kak buat air”. Cepat-cepat Aidil Zafran mengubah topik. Rasanya terlalu awal untuk dia meluahkan rasa hati. Dia sendiri tidak pasti perasaan Ain Syuhada padanya. Takut hanya dia saja yang lebih-lebih sedangkan  Ain Syuhada sudah mempunyai pilihan hati. Dia perlu pastikan dulu, sebelum memulakan langkah pertama.
“Hmm…tak payahlah Adila. Nanti kita sama-sama masak dan makan kat sini. Mujur banyak juga mama bawa barang dapur, kalau tak dapur tu tak berasaplah.”
“Okeylah mama. Adila nak check bilik dan laundry. Ntah…bertimbun baju tak basuh”. Tambah Datuk  Adila pula.
“Hmm…akak checklah. Buatlah macam rumah sendiri. Budak-budak akak tak bawa ke?”. Soal Aidil Zafran apabila dia sedar suara anak-anak Adila tidak kedengaran.
“Akak bawa, Abang Hakimi pun ikut sekali. Tapi dia orang singgah kat swimming pool dulu. Budak-budak ajak mandi”.
“Hmm…akak buatlah apa yang patut. Tapi Aidil tak nak bayar tau”. Seloroh Aidil Zafran sebelum berlalu ke biliknya.
“Bertuah punya budak. Akak dan mama ikhlas tau buat semua ni”. Mereka sama-sama ketawa. Puan Azizah memulakan tugasnya menyediakan bahan untuk memasak tengahari ini. Datuk Adila pula menghilang ke bilik laundry. Tapi dia pelik kerana melihat baju-baju yang tersidai di ampaian.
“Agaknya, semalam home servise dah buat semua kerja kot”. Ujar Datuk Adila pada Puan Azizah selepas dia melihat pakaian yang tersidai di ampaian. Ruang tamu dan dapur juga kemas.
“Agaknyalah. Dapur pun kemas je. Cumanya tak da makanan je dalam kabinet dan peti sejuk ni”. Balas Puan Azizah.
“Mujurlah kita beli barang dapur, dapatlah mama masak hari ni”.
“Saya nak ke atas jap. Nak kemas bilik anak bujang mama tu. Kalau dia ada isteri takdalah kita nak bersusah macam ni”.
“Itulah. Suruh duduk sekali tak nak. Tak da privacy konon”. Tambah Puan Azizah pula.  Adila sudah menapak ke tangga untuk menuju ke bilik Aidil Zafran. Dia mengetuk pintu beberapa kali. Terdengar suara Aidil Zafran mempelawanya masuk.
“Buat apa”. Soal Datuk Adila.
“Tengah baca dokumen yang akak bagi hari tu.” Jawab Aidil Zafran sambil peka mendengar suara JAWS sedang membacakan satu persatu isi dokumen itu. Mujur dalam Bahasa Inggeris. Jadi bahasanya jelas dan lancar jika hendak dibandingkan JAWS membaca dalam Bahasa Melayu kerana perisian ini dihasilkan di UK.
Adila hanya mendengar sahaja JAWS itu menyebut satu persatu isi dokumen itu. Dia terasa bosan lalu menuju ke bilik air untuk melepaskan hajat. Terasa selesa kerana bilik air yang bersih dan wangi. Dia terpandang blouse lengan panjang yang tergantung elok di galang tempat menyidai tuala. Dia mengambil baju tersebut lalu keluar dari bilik air.
“Aidil, baju siapa ni?!” Soal Datuk Adila sambil meletakkan baju itu diribaan Aidil Zafran.
“Emm…baju?. Aidil Zafran memegang baju itu. Terbau haruman Nina Rici di situ.
“Oh…Ain Syuhada”.
“Dia datang sini?.Dia buat apa?” Soal Datuk  Adila tidak sabar.
“Tolong Aidil kemas rumah”. Jawab Aidil Zafran selamba.
“Kemas rumah apa sampai baju tertinggal ni?” Datuk Adila menyoal dengan curiga. Risau jika Aidil Zafran buat yang bukan-bukan. Maklumlah berdua-duaan. Macam-macam boleh jadi. Aidil Zafran berhenti menyemak dokumen itu. Dia seperti hendak bertanya sesuatu pada Adila. Tapi tidak tahu untuk memulakan bagaimana.
“Sebenarnya macam ni kak…”. Aidil Zafran memulakan bicara dari mula sampailah dia menyentuh objek kenyal itu.
“Akak rasalah kan?”. Datuk Adila berjeda. Datuk  Adila menarik nafas panjang. Nak tersenyum pun ada. Nak marah pun ada. Sedaplah Aidil Zafran menyentuh tempat yang tak sepatutnya.
“Akak rasa Aidil tersentuh tempat yang tak sepatutnya pada seorang wanita”. Aidil Zafran meraup mukanya. Terasa malu dan menyesal kerana berbuat demikian.
“Habis tu Aidil nak buat macamana?”
“Akak rasa, Aidil buat tak tahu kalau Aidil nak tutup aib Ain dan  Aidil sendiri. Buat macam tak ada apa-apa. Aidil bukan sengaja. Ain Syuhada pun tak sangka benda nak jadi begitu. Eloknya buat seperti benda tak pernah berlaku”. Nasihat Datuk Adila seperti menusuk ke telinganya.
Untuk maruah Ain Syuhada, dia akan buat tidak tahu. Seperti tidak pernah berlaku apa-apa semalam. Tekad Aidil Zafran.
“Itulah lain kali jangan jemput perempuan bukan muhrim datang rumah. Biarpun atas alasan kerja. Akak tahu, Aidil fikir kondo ni hak privacy Aidil, tak de orang nak kisah. Tapi ingat, Allah tu maha Melihat. Dan syaitan tidak pernah  memilih untuk menyesatkan anak cucu Adam”. Nasihat Datuk Adila berjela. Aidil Zafran cuma mendengar dengan perasaan yang kesal.


     

No comments:

Post a Comment