Bab 16
Ain Syuhada anggun
dengan busana rekaan Razwani itu. Dia
melihat kebaya pendek rona putih gading
tersemat dibadannya. Memang mewah dengan sulaman dan labuci yang mengindahkan lagi
rekaan busana ini. Layah yang menghiasi kepalanya dengan tudung rona sama mencantikkan lagi si pemakai. Ain Syuhada membiarkan saja mak andam membuat
final touch. Kala ini dia hanya pasrah sahaja menerima calon menantu pilihan
ayah. Matanya pun sudah surut bengkaknya kerana dia sudah tiada kudrat lagi
untuk mengerah airmata mengalir lagi. Melihat pada busana yang tersarung di
badannya dan deretan hantaran yang dibawa petang tadi dia sudah mengagak calon
menantu ayah tentu kaya orangnya. Sekeping cek yang bernilai 20ribu terletak
elok di dalam kotak yang dihiasi bunga pahar. Mungkin ayah sanggup menerima
calon menantu duda anak lima dan tua itu kerana kekayaannya. Ain Syuhada terasa
diri dijual pula. Namun dia cepat-cepat beristigfar dalam hati. Tidak baik dia
menganggap ayah begitu. Sebenarnya semua ini berpunca dari dia juga. Jika dia
tidak terburu-buru dalam soal Rayyan Aziz tentu nasibnya bukan begini.
Azman dan Melissa
menjenguk ke biliknya. Mereka memberi sebuah senyuman untuknya. Dia membalasnya
walau nampak seperti terpaksa.
“Marilah keluar,
pengantin lelaki dah sampai. Dah sampai masa untuk akad nikah ni?”. Azman
bersuara pada Ain Syuhada. Melissa sudah memegang tangan Ain Syuhada supaya dia
keluar dari biliknya. Wajah Melissa direnungnya. Melissa hanya senyum meleret
sahaja. Hmm…macam suka je aku kena kawin paksa dengan orang tua?. Ain Syuhada
sudah berprasangka bukan-bukan. Namun dia gagahkan kaki juga untuk melangkah
keluar dari biliknya.
Saat dia keluar dari
biliknya dan melangkah untuk duduk di atas bantal yang terletak di ruang tamu.
Dia melihat Datuk Adila, Datuk Adam Malik sedang tersenyum ke arahnya. Seorang
wanita sebaya maknya juga berada dalam kelompok itu. Mungkin Puan Azizah
mamanya Aidil Zafran. Eh…dia seperti
tersedar sesuatu. Kenapa kaum kerabat Aidil Zafran ada di sini. Dia mengalih
pandang pula pada lelaki yang berada di hadapan ayahnya dan tok kadi yang
berada di sebelah mereka. Dia terasa mahu pitam. Kakinya lembik tidak dapat
menampung berat badannya. Melissa yang berada di sebelahnya mencengkam kuat
lengannya agar segera berjalan ke arah bantal yang terletak di sebelah pelamin
indah itu.Akhirnya dia berjaya duduk juga dibantal itu.
“Aidil Zafran?”. Dia menyoal Melissa yang
setia disebelahnya. Melissa mengangguk.
“Dialah calon suami
Ain.” Terasa seperti adrenalinnya bergerak laju. Dia nak buat apa?. Cabut
lari?. Gila! Di tengah orang ramai ini. Saat itu dia nampak ayahnya dan tok
kadi bergerak ke arahnya. Dia sudah berdebar-debar. Nak buat apa ni?
“Ain”. Suara lembut
Encik Ismail membuatkan dia kembali tenang. Tok kadi di sebelah membawa borang
yang perlu ditandatanganinya.
“Ain sudi tak jadi
isteri Aidil Zafran Mustafa”. Soal Encik Ismail lagi. Ain Syuhada mengangkat
muka melihat wajah tua Encik Ismail. Dia menelan liur berkali-kali. Andai dia
menjawab tidak, bagaimanakah reaksi ayahnya itu. Matanya menyorot pula ke arah
ibunya Puan Ainon. Wanita itu hanya senyum sugul. Mungkin masih susah hati
memikirkan perkara yang lepas. Dia menghela nafas.
Ain Syuhada hanya
mengangguk lemah. Encik Ismail sudah senyum. Tok kadi disebelah menyuakan
borang untuk ditandatanganinya. Dia menurunkan tandatangan bersama azam di
hati. Dia nekad untuk menjadi isteri yang baik buat Aidil Zafran. Dia redha
dengan jodoh ketentuan Ilahi ini.
Aidil Zafran hanya
berteleku di birai katil. Bilik pengantin yang semestinya dihiasi indah ini
terasa tidak dapat mententeramkan jiwanya kala ini. Sejak di kampung Ain
Syuhada lagi dia sudah menahan rasa. Kalau tidak disebabkan pernikahan yang
sudah termeterai. Tentu dia akan meninggalkan Ain Syuhada begitu saja. Biar
padan muka! Rasakan sakitnya kerana
membuat aku buta begini. Tapi bila
memikirkan layanan ayah dan ibu mertuanya padanya membuatkan dia berbolak
balik. Sakit hatinya pada Ain Syuhada dapat dikendurkan dengan layanan baik mertuanya
itu. dan dia terpaksa menjerut rasa sehingga selesai majlis resepsi mereka di
Hotel Golden Palace ini. Lepas ni, kau rasalah Ain Syuhada!. Aku tak akan
biarkan kau bahagia!. Dia sudah nekad untuk membuatkan hidup isterinya itu
tidak bahagia. Biar rasa seperti hidup dineraka. Dia sudah ketawa jahat.
Ain Syuhada masuk ke
bilik pengantin yang berhias indah. Penat hidupnya sejak dua minggu ini kerana
majlis resepsi perkahwinannya. Hari ini dia terasa lega seleganya kerana
segalanya sudah selesai. Tapi dia merasa gerun untuk bersemuka dengan Aidil
Zafran. Dua minggu ini mereka terpaksa hidup dalam kepuraan untuk menyenangkan
hati semua orang. Namun Ain Syuhada tidak lupa. Dia masih terbayang-bayang saat
Aidil Zafran mengamuk apabila rahsia sudah bukan rahsia lagi.
“Kenapa kau tak cakap
kau Ain Syuhada, budak yang buat aku buta macam ni?”. Soal Aidil Zafran pada
malam pertama mereka. Ain Syuhada diam
tidak menjawab. Dia hanya menunduk dibirai katil melihat jari-jemarinya yang berhias
inai. Nampaknya malam pengantinnya tidak akan seindah pengantin lain. Dia
pasrah.
“Kau sengaja nak
perangkap aku kan?. Kau jangan ingat bila aku dah kawin dengan kau. Aku dapat
maafkan kau?. Aku akan pastikan kau hidup merana Ain.” Aidil Zafran sudah
menyinga. Habis dibuangnya bantal yang menghiasi katil pengantin mereka.
Mungkin dia terlalu marah pada Ain Syuhada lalu dilampiaskan pada bantal itu.
Agaknya kalau dia nampak dengan aku sekali dihumbannya. Fikir Ain Syuhada lagi.
Ain Syuhada diam
lagi. Dia tahu ini salahnya. Tidak memberitahu perkara sebenar. Tapi mana dia
tahu yang dia dipinang Aidil Zafran. Niatnya hanya membantu sebagai P.A Aidil Zafran bukan melarat sampai menjadi
isteri pula. Kalau dia tahu dari awal lagi dia beritahu perkara sebenar. Ini
bila dah sampai hendak akad nikah baru dia tahu siapa bakal suaminya itu.
“Ok. Fine. Kau dengar
sini Ain. Lepas nikah aku akan ke UK. Kau bagitahu pada keluarga kau yang kau
ikut aku ke sana”. Dia memberi arahan pula. Ain Syuhada masih lagi diam.
“Kau dengar tak
dengan apa yang aku cakap”. Tengking Aidil Zafran. Ain Syuhada mengurut dada
kerana terkejut dengan tengkingan itu.
“Ya bos, saya
dengar”. Jawabnya terketar-ketar. Aidil Zafran senyum.
“Ha…sebelum aku lupa.
Depan semua orang kau panggil aku abang. Tapi depan aku je kau panggil bos.
Faham!”.
“Baik bos”. Ain
Syuhada menjawab perlahan.
“Aku nak tidur. Kau
tidur bawah.” Ain Syuhada hanya akur dengan arahan Aidil Zafran. Dia mengambil
narita lalu dibentangkan di bawah katil.
Ulang tayang
peristiwa yang berlaku di kampungnya berulang lagi di rumah keluarga Aidil
Zafran. Tempat tidurnya hanya di bawah katil bukan di atas katil bersama Aidil
Zafran. Namun dia redha, pasrah dengan apa yang berlaku. Dia nekad dalam hati.
Aidil Zafran akan ditawannya juga satu hari nanti. Kalau tidak, apa guna dia
menjadi isteri Aidil Zafran yang sah.
“Bos, bangun. Subuh
dah nak habis ni. Bos tak nak solat ke?Tak kan nak subuh gajah kut”. Ain
Syuhada mengerakkan tubuh Aidil Zafran. Perlahan lelaki itu membuka matanya.
Dia mengeliat sebentar.
“Kenapa kau tak
kejutkan aku awal-awal. Tak pasal-pasal aku kena subuh gajah”. Marah Aidil
Zafran seraya bingkas bangun menuju ke bilik air. Ain Syuhada masih setia
memegang lengannya untuk memimpin ke bilik air.
“Tepilah. Ini bilik
aku. Aku tahulah bilik air kat mana. Kau jangan nak pegang aku pulak”. Ain
Syuhada menarik tangannya dari memegang lengan Aidil Zafran. Niat murninya itu
terbantut bila diherdik sebegitu oleh Aidil Zafran. Ain Syuhada hanya memandang saja Aidil Zafran menuju ke bilik
air.
Selesai saja
mengambil wuduk, Aidil Zafran membentangkan sejadah yang tersidai di ampaian.
Dia memang sudah peka dengan susun atur dalam bilik tamu yang juga biliknya
ini.
“Bos, mama panggil
makan. Sarapan dah sedia”. Ain Syuhada bersuara setelah dia menunggu Aidil
Zafran selesai solat.
“Hah…aku ingat kau
dah berambus dari bilik ni. Ada lagi. Hmm..aku tahulah. Nanti aku turun”. Aidil
Zafran bersuara kasar. Ain Syuhada hanya mengurut dada menasihatkan hati supaya
bersabar. Setelah bergelar isteri ini hanya tekingan dan herdikan Aidil Zafran
saja yang menjadi santapan telinganya. Hilang sudah bosnya yang lemah lembut
bila bertutur dulu. Ain Syuhada meraup mukanya sambil berdoa kepada Allah agar
diberikan kesabaran yang tinggi.
“Macamana perancangan
kamu nak ke UK tu jadi ke?”. Soal Puan Azizah pada anak bongsunya itu.
“Jadilah ma…tak kan
sebab dah kawin Aidil nak cancel pula. Lagipun bukan lama mana pun 6 bulan je.
Aidil bawa Ain sama…sambil kerja boleh honeymoon sekali. Tak gitu sayang?”. Ain
Syuhada menoleh memandang Aidil Zafran yang masih leka menyuap bihun
kemulutnya. Hmm…salah dengar ke dia panggil aku sayang!
“Betul ke Ain?”. Soal
Puan Azizah pula pada menantunya itu. Sejuk dia memandang wajah manis
menantunya itu. Sekali pandang macam pelakon bollywood pun ada. Maklumlah
menantunya ini ada darah keturunan DKK.
“Ahh..ha..betullah tu
mama”. Balas Ain Syuhada tergagap-gagap. Kakinya sudah ditendang oleh Aidil
Zafran kerana lidahnya yang tergagap-gagap tidak pandai berbohong itu. Dia
hanya tersenyum pada mertuanya sambil menahan sakit. Apa hal pulak main
tendang-tendang ni. Ingat bola ka? Ain Syuhada sudah marah dalam hati dengan
sikap semborono suaminya itu.
“Mama harap dapatlah
Ain jaga Aidil. Tolong dan bantu mana patut. Almaklumlah Aidil tu macam tu.
Terbaliklah pulak kan?. Sepatutnya suami kena jaga isteri”. Sayu pula mendengar
suara Puan Azizah begitu. Ain Syuhada memegang tangan Puan Azizah.
“Mama jangan risau.
Ain akan jaga abang selagi hayat dikandung badan”. Janjinya pada Puan Azizah.
Aidil Zafran hanya tersengih. Hmm…macamlah aku nak bawa dia ke UK. Kirim salam
je jawabnya.
“Nak mama hantarkan
ke airport nanti?”.
“Eh…tak payahlah.
Aidil boleh pergi sendiri dengan Ain. Ala ma…KLIA tu dekat je…lagipun Aidil kan
ada Ain…Jangan risaulah”. Aidil Zafran pantas menolak pelawaan mamanya. Nanti
rosak pulak program kalau Puan Azizah bertegas hendak menghantar mereka ke
airport.
“Adila mana ma?”.
Soal Aidil Zafran hairan. Selalunya apabila mereka bersarapan pasti kakak dan
abang iparnya turut serta.
“Oh…lupa pulak bagitahu.
Adila kena segera ke pejabat. Ada mesyuarat tergempar. Abang kamu pula seperti
biasalah kena fly ke Europe pulak seminggu”. Aidil Zafran cuma mengangguk.
Faham benar dengan kerjaya abang iparnya sebagai juruterbang pesawat MAS itu.
awesome story....
ReplyDelete😃
ReplyDelete