Bab 23
Ain Syuhada membuka
pintu utama kondo milik Aidil Zafran. Sebenarnya badannya terasa begitu letih
sekali dengan apa yang berlaku hari ini. Sampainya di kondo pun sudah malam
benar. Risau pun ada memikirkan reaksi Aidil Zafran nanti. Marahkah? Kerana
sepanjang duduk serumah ini dia tidak pernah selewat ini.
Dia melepaskan
keluhan. Syukur pada ALLAH kerana menyelamatkan hidupnya. Kalaulah dia
meneruskan pernikahan dengan Rayyan Aziz tentu hidupnya sekarang seperti
neraka. Terpaksa mengadap suami yang bernafsu songsang. Dia beristigfar pula
dalam hati.
Dia tidak nampak
bayang Aidil Zafran tentu sudah tidur barangkali. Dia menapak kebiliknya hendak
mandi dan tidur. Solat Isyak tadi sudah ditunaikan semasa di Hospital tadi. Dia
menemani Puan Maimun sampai Rayyan Aziz dilaporkan stabil. Mujurlah nyawa
lelaki itu masih dipanjangkan ALLAH. Pasti ada rahmat di sebaliknya. Pasti
ALLAH mahu lelaki itu insaf dan bertaubat di atas kesilapannya itu. ALLAH masih
memberi peluang lelaki itu untuk berubah.
Ain Syuhada menyisir
rambutnya yang basah itu. Terasa badannya segar semula kerana berendam lama di
dalam bath tub. Dia mengetatkan ikatan bath rub di tubuhnya. Kemudian dia
terarah ke almari pakaian. Dia mencari baju tidur yang hendak dipakainya
sebelum tidur.
“Hmm…baru balik?”.
Dia mengurut dada kerana terkejut disergah sebegitu oleh Aidil Zafran. Ingatkan
mamat ni dah hanyut dibuai mimpi. Rupanya belum. Dia mengalih tubuh mendepani Aidil Zafran yang
berdiri di muka pintu.
“Maaf saya lewat hari
ni. Ada hal?”. Balasnya lembut. Risau juga jika lelaki ini tiba-tiba mengamuk.
Aidil Zafran menarik nafas. Sakit hati dengan sikap selamba Ain Syuhada.
Barometer kemarahannya sudah naik sedikit.
“Kau merayap ke
mana?Dengan jantan mana?”. Ain Syuhada merenung tajam Aidil Zafran. Amboi
bahasa!
“Bos tak boleh ke
cakap baik-baik dengan saya. 24 jam asyik nak menengking dan mengherdik je”.
Ain Syuhada menarik nafasnya. Sebenarnya dia letih dilayan begitu. Hari ini dia
sedikit beremosi dengan kata-kata yang terbit dari mulut Aidil Zafran yang tak
berinsurans itu.
“Dengan kau tak perlu
aku nak berhemah. Kau kemana hah?. Dah lama buat kerja tak bermoral ni?”. Aidil
Zafran mengherdik pula. Kali ini dia
sudah di depan Ain Syuhada. Barometer kemarahannya sudah naik mencanak. Biarlah
kalau malam ni rahsia terbongkar. Dia sudah tak peduli asal dapat melepaskan
kemarahan yang sudah membusung dihatinya.
“Apa bos cakap ni.
Kerja tak bermoral apa?Jangan main
sesedap mulut je nak menuduh. Apa bukti bos yang saya buat benda yang
tak elok?”. Ain Syuhada sudah meninggi suara. Memang sakit hati dituduh buat
kerja tak bermoral. Dia bukan gadis rendah moral nak buat benda tak senonoh.
Tambah-tambah lagi statusnya sebagai isteri orang.
“Memanglah aku tak da
bukti. Tapi kau boleh buktikan pada aku yang kau tak buat benda macam tu”.
Aidil Zafran tetap meninggikan suara
naik beberapa desebel lagi. Biar Ain Syuhada pekak. Asal dia tak kalah berbahas
dengan Ain Syuhada. Pantang betul kalau kalah di tangan gadis itu.
“Maksud bos?”. Ain
Syuhada sedikit keliru dengan apa yang diluahkan oleh Aidil Zafran. Nak bukti
macamana lagi. Memang dia tak buat benda yang tak senonoh.
“Buktikan yang kau
masih suci”. Aidil Zafran sudah senyum sinis. Ain Syuhada menarik nafas. Dia
memejamkan mata. Mahu saja ditujahnya kepala Aidil Zafran dengan benda tajam.
Biar bersepai otak kerana fikir benda mengarut itu.
“Merepek!”. Dia sudah
menjerit.
“Apsal? Kau takut?
jadi betullah kau memang buat benda macam tukan?”. Aidil Zafran sudah mencabar
pula. Ain Syuhada menghela nafas. Ya ALLAH kau berilah aku kekuatan untuk
menghadapi makhluk ciptaanmu yang sengal ni. Dia meraup kedua tangannya ke
wajah.
“Memang betulkan?.”
Provok Aidil Zafran lagi. Ain Syuhada
terasa darah menyerbu naik ke otaknya. Dia sudah berpeluh menahan marah.
“Berambus…berambus”.
Dia sudah membaling segala benda yang ada di sisinya untuk melampiaskan
kemarahan yang sudah tidak terbendung lagi. Aidil Zafran hanya ketawa memerli.
Suka dapat membuatkan Ain Syuhada mengamuk.
“Betullah tu”. Aidil
Zafran mengejek lagi sebelum melangkah keluar dari bilik Ain Syuhada. Dalam
hatinya juga turut mengelegak dengan api kemarahan memandangkan sikap Ain
Syuhada yang tidak mahu mengaku.
Ain Syuhada menyelak
helaian demi helaian baju tidur yang tergantung di dalam almari pakaiannya.
Mulutnya tidak habis mengomel memarahi sikap Aidil Zafran tadi. Dia
mengeluarkan baju tidur babydoll warna merah cili lengkap dengan set dalamnya.
Baju ni tak pernah dipakainya. Dia beli pun sewaktu dia tengah marah dengan
Aidil Zafran kerana meninggalkannya di KLIA dulu. Itulah baju pertama dibelinya
menggunakan kad kredit yang diberikan Aidil Zafran.
Huh, dia nak bukti
sangatkan. Biar terjojol biji mata. Biar terkeluar anak mata. Dahla buta mata…
hati pun ikut buta juga!. Dia mengomel lagi.
Ain Syuhada menerjah
masuk ke bilik Aidil Zafran yang sedang berbaring membelakanginya. Dia berdehem
beberapa kali. Pekak ke? Nak aku jerit. Dia berdecit pula. Aidil Zafran terasa
bulu romanya menegak tiba-tiba. Macam ada seseorang saja di belakangnya. Dia
pusingkan badan melihat siapa yang berdehem itu.
“Hah…Ya ALLAH.
SUBHANALLAH”. Spontan dari berbaring dia sudah duduk di birai katil. Terkejut
melihat makhluk terindah ciptaan ALLAH ini. Mak Datuk, transparent habis.
Seksinya. Kata -kata itu dikulum dalam mulut. Ain Syuhada selamba saja menolak
tubuh Aidil Zafran sehingga berbaring semula. Dia menghempap duduk di atas
tubuh Aidil Zafran. Dia tahan nafas. Mukanya diseriuskan. Dia renung dalam anak
mata Aidil Zafran. Dia buka satu persatu butang pijama Aidil Zafran.
“Awak nak buktikan?
Saya buktikan sekarang.” Dia sudah berbisik ditelinga Aidil Zafran.
“Tapi saya musykil.
Awak terbukti ke dapat laksanakan tanggungjawab sebagai suami”. Dia sambung lagi
ayat, kali ini dengan nada memerli tapi penuh menggoda. Aidil Zafran pejam
mata. Adrenalinnya sudah bergerak laju. Nafasnya kedengaran berat. Testosterone
sudah mencanak naik. Dah tak boleh diukur dengan sebarang barometer lagi.
Kali ini dia tolak tubuh Ain Syuhada ke
sisinya. Dia peluk tubuh Ain Syuhada.
“We will see. Biar
sampai kau tak bangun esok”. Dia bisik lembut ditelinga Ain Syuhada.
“Dengan nama ALLAH, Ya ALLAH jauhkan kami dari syaitan, dan
jauhkan syaitan dari apa yang Engkau rezekikan pada kami”. Dia sambung lagi kata-kata dengan sepotong doa dibaca lembut di gegendang telinga Ain
Syuhada. Spontan Ain Syuhada pejam mata.
Dia menghayati bait-bait doa itu sehingga terasa meresap masuk terus ke
hatinya.
Ain Syuhada segera
bangun dari sisi Aidil Zafran. Dia duduk memeluk lutut. Rasa sakit di tubuh tidak dapat menandingi rasa sakit di
hati. Puaslah sudah hati makhluk sengal ini kerana sudah dapat apa yang diinginkan. Dia menoleh pula melihat Aidil
Zafran yang nyenyak di buai mimpi.
“Hmm…siap dengan
dengkur lagi. Letihlah sangat dapat…”. Kata -kata Ain Syuhada terhenti di situ.
Dia meramas-ramas kain selimut yang menutupi tubuhnya seolah-olah sedang
meramas kepala Aidil Zafran kerana terlalu geram.
“Memang dasar penipu.
Pandai berlakon. Hisyyy…apsal aku bodoh sangat ingat yang dia ni buta. Apsal
aku tak boleh agak yang dia dah nampak semula”. Kali ini dia ramas pula
kepalanya kerana bodoh dipermainkan Aidil Zafran. Segala yang berlaku semalam
sudah membongkarkan rahsia yang Aidil Zafran dapat melihat semula.
Dia turun dari katil
bersaiz king itu dengan langkah yang perlahan. Dia mengutip baju babydoll di
atas lantai. Tidak mahu Aidil Zafran terjaga dari tidur. Sekali dia melangkah
dengan kasar, terasa seperti ari-arinya dicubit. Dia menunduk menekan perut.
Mukanya berkerut menahan sakit. Akhirnya dia memijak lantai dengan perlahan,
supaya sakit di ari-ari dapat dikurangkan.
Dia membuka shower
lalu mengangkat hadas. Air sejuk yang membasahi setiap inci tubuhnya itu
dibiarkan turun dengan lajunya. Tanpa sedar air matanya menitis laju bersatu
dengan air yang turun dari shower. Dia tak tahu kenapa tiba-tiba dia jadi
beremosi. Memikirkan apa yang berlaku semalam, ikhlaskah dia dan ikhlaskah
Aidil Zafran?. Atau semuanya sekadar untuk membuktikan sesuatu. Dia meraba perutnya pula. Andai ada benih
yang bercambah dirahimnya, bagaimana pula?. Aidil Zafran sudi ke menerimanya?
Atau dia hanya alat untuk memuaskan nafsu. Atau membalas dendam yang membara di
hati Aidil Zafran. Entahlah dia buntu.
Aidil Zafran membuka
matanya. Tangannya meraba Ain Syuhada di sisi. Namun kosong. Dia melihat jam di
meja kopi sudah menunjukkan ke angka 6.00 pagi. Dia asyik senyum lagi. Puas
sudah rasa hati kerana dapat mengerjakan ladang yang belum diterokai lagi. Biar
bercambah benih yang baru ditaburkan. Lepas ni hanya dia saja yang berkuasa
dan ladang itu pasti hanya menjadi miliknya seorang. Dia bangun
dari perbaringannya lalu membuka lampu. Tuala yang tersidai diampaian diambil.
Dia perlu mandi dari kebiasaannya sebelum menunaikan solat Subuh.
Lama Ain Syuhada
berteleku di sejadah memohon kepada ALLAH agar perhubungan mereka akan berubah
menjadi baik. Dia sudah habis ikhtiar untuk membuat Aidil Zafran dapat
memaafkannya. Soal apa yang berlaku semalam, dia pasrah. Andai ada benih yang
bercambah dirahimnya kini, dia harus tabah menerimanya kalau satu hari nanti
Aidil Zafran membuangnya.
Ain Syuhada bangun
dari sejadah. Dia memecat telekung di tubuhnya dan menyidainya di ampaian. Rasa
sakit seluruh badan membuatkan dia terasa amat letih sekali. Dia menapak ke
katilnya semula. Ingin memejamkan mata seketika sebelum bangun untuk
menyediakan sarapan pagi.
“Hoi tuan puteri tak
bangun lagi!. Aku lapar ni?”. Ain Syuhada terkejut bangun dari tidurnya kerana
mendengar suara singa jantan itu mengaum di sebelahnya. Dia mengurut dada.
Nasib baik dia bukan pesakit jantung. Kalau tidak mahu dia arwah hari ini.
“Hebat tak aku?”.
Aidil Zafran angkat kening. “Aku dah cakap dah semalam, memang kau tak boleh
bangun hari ini”.
Ain Syuhada terasa
hendak muntah mendengar lelaki itu berkata begitu. Mulutnya mencebik. Bangga
betul kerana dapat buat aku macam ni.
Bukan semalam dia tergigil-gigil ke masa nak intro. Ain Syuhada menjeling
sekilas. Kemudian dia menjelirkan lidah pada Aidil Zafran. Geram benar!.
Ingatkan setelah apa yang berlaku semalam mungkin dapat mencairkan hati Aidil
Zafran, tapi sia-sia sahaja.
“Bos penipu. Pandai
berlakon buta, rupanya dah celik”. Ain Syuhada sudah mengambil bantal di
katilnya lalu dihumban ke arah Aidil Zafran. Pantas bantal itu disambut.
“Saja aku buat macam
tu. Aku nak mainkan kau puas-puas”. Ucap Aidil Zafran dengan nada mengejek. Ain
Syuhada bangun lalu mencapai tudung di kepalanya. Baju kelawar yang menghiasi
badannya dibetulkan sebelum melangkah keluar dari biliknya. Dia beri lagi satu
jelingan maut pada Aidil Zafran sebelum turun ke bawah.
Aidil Zafran
meletakkan kembali bantal itu di katil Ain Syuhada. Dia mengerutkan dahinya
melihat Ain Syuhada yang bertudung litup itu.
Apsal pula dia alim
depan aku ni. Selalu seksi tak hingat. Dia garu pula kepalanya yang tak gatal.
“Kau ni kenapa,
sawan? Apsal yang berbungkus depan aku ni. Selalu kemain lagi kau seksi?”.
Terus Aidil Zafran sembur pula dengan
kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berlembut lagi.
“Dulu saya seksi
sebab ingat bos tak nampak, sekarang bos dah celik. Buang karan saja saya seksi
sekarang”. Ain Syuhada bersuara tanpa menoleh pandang pada bos a.k.a suaminya
itu. Sakit mata saja tengok muka Aidil Zafran yang tak lekang dengan senyum miangnya itu. Pantas
saja Aidil Zafran memeluk pinggang Ain Syuhada dari belakang. Dia tanggalkan
tudung yang menghiasi kepala bininya itu.
“Lebih pada tu aku
dah tengok. Dah tak perlu nak selindung apa-apa lagi.” Dia lepaskan pelukannya.
Dia kalih badan Ain Syuhada pula mendepaninya.
“I am your bos. That
my order. Aku nak kau pakai lagi seksi dari selalu. Kau suka kalau aku dapat
dosa kering tengok perempuan seksi di luar sana. Kau pilih aku dapat dosa
kering ke atau aku dapat pahala tengok kau berseksi dalam rumah ni?”. Ain Syuhada telan liur. Apa punya sengal
arahan yang dikeluarkan. Dia menyedap saja cuci mata, aku yang nak terseksa.
Eeii..bingai. Kau pun
dapat dapat pahala jugalah menyenangkan
mata suami. Biar kemana dia pergi dia teringat-ingat kat kau. Bukankah kau nak
dia terima kau. So proceed that order. Suara hatinya pula mengeluarkan arahan.
Nak tak nak arahan terpaksa diterima.
Ok bos. Nak sangat
tengok saya seksi. Baik! Saya akan buat dunia bos macam roller coster. Dia pula
cabar dirinya hendak membuatkan hidup Aidil Zafran macam roller coster. Biar terbalik
sikap ego bos a.k.a suaminya itu.
“Ha…sebelum aku lupa.
Kau naik atas, tukar cadar baru kat bilik aku. Aku nak kau basuh cadar semalam
yang ada kesan bukti tu. Aku dah puas hati kau memang suci lagi!”. Aidil Zafran
kenyit mata pula. Ain Syuhada menjeling tajam.
No comments:
Post a Comment