Bab 3
“Kita
enjoy!”. Galak Sofia menjerit keriangan bersama Mila dan Gina teman sekerjanya
itu. Malam minggu ini, mereka memilih untuk berkaraoke sampai ke pagi. Tak ada
yang melarang. Sofia pun ikut terjebak jadi minah bujang macam kawan-kawannya
yang lain.
“Suami
kau bila balik Sofi?”. Soal Gina sekadar berbasa basi.
“Minggu
depan. Kali ini dua minggu dia offshore”. Balas Sofia seraya memilih senarai lagu yang terpamer di skrin
televisyen. Tak tahu nak menyanyi lagu apa.
“Jadi
bujanglah kau ya?”.
“Macam
tak biasa”.
“Tak
sunyi ke?”
“Sebab
sunyilah aku ikut kau orang berjimba”.
“Kenapa
kau tak beranak, eh?. Mandul ke?”. Soal Mila ketawa.
“Mulut…tak
sayang ke?”. Sofia mendengus marah.
“Sorry
lah, Sofi. Aku gurau je”. Mila angkat tangan mohon maaf.
“Aku tak
nak beranak lagi, Mila. Khal dah banyak kali minta. Tapi aku yang minta
postpone. Kalau fikir kehendak lelaki je, kita yang terseksa badan.” Balas
Sofia jengkel.
Mila dan
Gina saling berpandangan. Pelik pula mendengar omelan sahabat yang dah
berstatus isteri orang itu. Bukankah sebab utama berkahwin itu untuk melahirkan
keturunan. Kalau tak mahu beranak, buat apa kahwin?.
“Maksud
kau?”. Mila soal semula.
“Orang
lelaki sedaplah menyebar benih. Rasa kejantanan tercapai kalau buat isteri
mengandung. Tapi yang nak terseksa 9 bulan plus dalam berpantang, isteri jugak.
Lepas dah beranak kena menyusu anak. Kemudian perut dah boyak. Menggeleber sana
sini. Last suami cari alasan nak menikah lain sebab dah tak bernafsu tengok
kita. Kau rasa, adil ke?”. Sofia soal Mila semula.
Mila angkat bahu tanda tidak tahu. Gina pula menarik
nafas panjang. Alamatnya tak bernikahlah mereka berdua kalau begini faktanya
yang keluar daripada mulut wanita yang sudah berkahwin.
“Sudahlah, kita datang nak happy bukan nak dengar kisah
menyebar benih bagai”. Gina tutup cerita.
Mereka bertiga kembali bersemangat untuk menyanyi semula.
Sofia pegang mikrofon lalu mengalunkan lagu ‘pudar’ nyanyian Dato Rossa.
Menyanyi dengan penuh semangat sambil menghayati lagu yang dialunkan itu.
Serentak itu hatinya terdetik sesuatu, mengharap hatinya belum lagi pudar untuk
terus mencintai Khalil seperti bait lirik yang yang dinyanyikan itu.
Baru separuh mengalun lagu Pudar, pintu bilik karaoke
mereka diketuk orang. Gina bangun lalu membuka pintu untuk melihat siapa yang
datang. Terserlah sengihan Gina dan Mila kerana teman lelaki mereka sudah
sampai seperti yang dijanjikan. Tambah pula dengan seorang jejaka kenalan teman
lelaki mereka membuatkan masing-masing sudah punya pasangan untuk berkaraoke.
“Kenalkan Izham, bos tempat kita orang bekerja”. Bulat
mata Gina kerana terkejut. Tak sangka Gibran boleh bawa bos datang bersuka ria
sekali.
Sofia meletakkan mikrofon di atas meja usai dia
mengalunkan lagu Dato Rossa itu. Mata ikut galak memerhati jejaka baru yang
dibawa Gibran dan Mirul teman lelaki Gina dan Mila.
“Kenalkan Gina, Mila dan Sofia”. Mirul memperkenalkan
teman wanita dan rakan-rakannya.
“Hai, saya Izham”. Izham sambut satu persatu huluran
salam wanita-wanita cantik di depan matanya ini.
Namun sorotan matanya lebih lama tertancap pada wanita
berbaju merah yang lebih cantik dari semua wanita yang ada di sini. Warna merah
itu menyerlahkan lagi warna kulit putih melepak wanita bernama Sofia itu.
Tengok pada betisnya saja dah buat Izham menelan liur. Belum lagi melihat yang
tersembunyi di balik baju. Izham sudah membayangkan yang bukan-bukan pula. Lega
kerana dia setuju untuk terima pelawaan Gibran keluar malam ini. Lega juga
kerana dapat menjamu mata melihat yang indah-indah waktu ini. Tidaklah sakit
matanya membayangkan Hana yang berbaju kelawar 24 jam di rumah.
No comments:
Post a Comment