Thursday, 3 September 2015
Mr.Hotter Guy Bab 41
ANDREA mengambil jaket bulu kambing rona merah itu lalu dipakaikan ke tubuhnya. Sudah lama dia terperuk di dalam bilik menangisi apa yang berlaku. Dia perlu keluar untuk mengambil angin supaya hatinya menjadi tenang semula. Kunci kereta yang tergantung di rak kunci dicapai sebelum kaki melangkah keluar dari rumahnya. Puan Shima yang masih menghadap tv terkejut melihat kelibat Andrea yang baru hendak melangkah keluar. Segera dia berlari mendapatkan Andrea.
“Nak kemana Drea?”. Soalnya cemas. Bimbang juga Andrea membuat sesuatu perkara di luar jangkaan. Maklumlah hati masih runsing.
“Please mami. Drea nak keluar.”
“Mami tak izinkan. Drea tak sihat tu”.
“Drea okey, mami. Drea nak tenangkan diri. Please!”. Andrea sedikit merayu.
Puan Shima perhatikan raut wajah Andrea yang masih kusut itu. Perlahan dia menggangguk. Setuju untuk membenarkan Andrea keluar bertenang.
Andrea menghidupkan enjin kereta Ford Fiesta rona merah itu. Hati masih lagi berkecamuk memikirkan masalah hubungannya dengan Ariel Zen. Dia menolak gear mengarah ke huruf D, handbreak dilepas kasar. Kaki menekan minyak. Kereta rona merah itu meluncur laju di atas jalan raya. Dia menekan butang radio dan mencari frekuensi Hot FM. Terdengar lagu nyanyian Dayang Nurfaizah berkumandang di situ. Hati yang berkecamuk semakin resah. Tanpa sedar airmata makin laju menitis.
Lagu yang menjadi soundtrack filem ‘Badai Rindu’ itu seakan memutarkan kembali setiap adegan yang dilakonkannya bersama Ariel Zen. Dia tekan pedal minyak menambah kelajuan supaya kereta bergerak lebih laju menuju ke destinasi yang tak terfikir olehnya lagi.
LUQMAN Hakimi berbaring di atas superbike sambil menikmati panorama malam di atas jambatan Putrajaya itu. Hembusan angin yang dingin membuatkan kulitnya terasa kebas. Segera dia menarik zip jaketnya menutup seluruh tubuh. Hati yang panas dan sedih memikirkan perkara yang berlaku tadi terasa kembali normal. Namun otak masih ligat berfikir. Masih mempersoalkan apa yang kurangnya pada dia sehingga semudah itu perasaannya diketepikan. Apa yang kurang sehingga dengan mudah ucapan keramat itu dipandang murah oleh cik adik sayang.
Dia ramas kepalanya. Sakit hati memikirkan cintanya ditolak mentah-mentah oleh cik adik sayang. Dia punya segala. Rupa, harta, pangkat malahan kaya. Tiada apapun yang kurang. Kenapa semua itu tak dapat menarik hati cik adik sayang?. Dia bangun dari perbaringan. Kali ini sudah menapak ke tepi jambatan pula. Dia duduk melongo di situ. Punahlah harapan dan makan hatilah dia kerana tak lama lagi cik adik sayang bakal bergelar cik puan. Dia pula yang menggigit jari. Suluhan lampu dari sebuah kereta membuatkan dia mengecilkan matanya.
Sebuah kereta Ford Fiesta rona merah berhenti berhampirannya. Lampu dimatikan dan sesusuk tubuh dibaluti jaket rona merah melangkah keluar dari perut kereta itu. Dia kembali fokus pada batang tubuh itu apabila mata sudah dibesarkan seperti biasa. Lihat saja kelibat wanita itu dia mendengus marah.
“Kau nak apa, sampai ke sini kau cari aku?”. Herdiknya.
Andrea yang baru melangkah terhenti seketika.
Sentap!.
Bukan niatnya hendak mencari lelaki ini. Segalanya adalah kebetulan. Hati lara yang membawanya ke sini untuk bertenang. Tidak disangka pula akan bertembung dengan lelaki hati kering dan penuh egois ini. Segera di lap air mata yang merembes.
“Hei…mr.hopeless guy!!!.Kuat perasan betul kau ya?”. Kuat suara Andrea melengking.
Marah benar. Rasa tegang dan serabut kerana masalah dengan Ariel Zen sudah terhambur keluar. Lega rasa hati kerana bertemu mangsa melepas geram. Sesuai benar lelaki di depannya ini menjadi ‘punch bag’ untuk masalahnya yang tak berkesudahan itu.
“Macamana kau tahu aku kat sini?. Kau intip akukan?”. Soal Luqman Hakimi bongkak.
“Hello…Malaysia ini luas. Bukan milik kau sorang je. Ikut aku la nak lepak kat mana pun. Jangan perasan aku cari kau”. Balas Andrea geram.
“Ingatkan kau intip aku. Manalah tahu, takut bakal kalah dengan cabaran dulu”.
Andrea menjeling geram. Dalam hati berdongkol rasa marah. Lelaki ini tak habis lagi dengan sikap perasannya itu.
“Come on Luke!. Aku dah malas nak fikir pasal cabaran tu. Apa kata kita batalkan je?”. Pinta Andrea mengalah.
“Betul?. Kau tak menyesal?. Mak kau tak menyesal tak dapat aku jadi menantunya?”. Soal Luqman Hakimi sengih. Hendak juga dia tahu apa yang Andrea dan ibunya rasa jika terlepas dirinya yang berharga bak permata di limbahan itu.
Andrea jungkit bahu. Menggeleng. Dalam hati rasa nak termuntah saja melihat aksi angkuh lelaki ini.
“Kau ni tak habis dengan angkuh dan cepat perasan. Kau dengar sini. Aku memang tak ingin nak bersuamikan kau. Dulu aku silap sebab terpengaruh dengan mami aku. Sekarang ni memang aku tak hadap dengan kau. Dasar lelaki tak tahu asal keturunan. Entah dari mana mak kau pungut. Sombong bongkak”. Tohmah Andrea sambil mencebir.
Luqman Hakimi terasa panas telinga mendengar bebelan Andrea itu. Dia angkat kening. Pelik pula mendengar Andrea mengungkit asal keturunan dirinya.
“Kau cakap apa?. Ulang, aku nak dengar”. Pintanya masih lagi dengan nada bongkak. Andrea menceber meluat.
“Kau jangan perasan ya Mr. Hopeless Guy. Kau balik rumah…tanya Puan Sri Khalida. Dari mana dia kutip kau. Jangan perasan kau tu anak konglomerat terkenal. Kau tu cuma anak angkat…anak pungut”.
“Shut up”. Marah Luqman Hakimi. Namun marahnya tidak lama. Kemudian dia ketawa tidak percaya. Gila agaknya Andrea membuat tuduhan melulu sebegitu.
“Apa yang kau merepek ha…perempuan?”.
“Aku tak merepek. Tidak juga gila. Aku masih waras. Aku dengar dengan telinga aku sendiri, masa Puan Sri berbual dengan mami aku tempohari. Aku rasa baik kau tanya sendiri dengan Puan Sri, yalah kau kan kuat perasan. Berlagak pulak tu. Aku nak tengok macamana kau nak berlagak kalau kau tahu perkara sebenar”.
“Nonsense!”. Jeritnya sakit hati.
Segera dia berlalu dari tepi jambatan lalu melangkah naik ke atas belakang superbike miliknya. Topi fullface dipakaikan di kepala. Kunci dipulas untuk menghidupkan enjin superbike. Mengaum bunyi enjin superbike itu apabila ‘handle’ dipulas. Kemudian superbike itu meluncur laju membelah angin.
Andrea hanya memerhati dengan perasaan meluat. Dia ketawa kecil. Biar padan muka mr.hopeless guy itu terima kenyataan nanti. Dia ketatkan lagi jaket bulu kambing yang membaluti tubuhnya. Angin malam yang sejuk membuatkan dia memeluk tubuh. Perlahan dia berjalan ke tepi jambatan. Hati mula rasa sedih. Air mata kembali menitis. Hati yang diharap tenang kembali serabut. Bayang Ariel Zen kembali bermain diruangan mata.
PUAN SRI Khalida meraba dahinya berkali-kali. Entah kenapa terasa lagi hangatnya kucupan yang diterima tadi. Hati jadi senang. Dia melangkah menaiki tangga untuk ke tingkat atas semula. Rasa hati hendak menonton televisyen sedikit hambar. Dia menuju ke biliknya. Tetapi langkahnya mati saat melewati bilik bacaan. Pintu yang sedikit renggang menarik minatnya. Puan Sri Khalida mengarah pula ke pintu bilik bacaan. Hajat hati hendak menutup pintu, terbantut seketika. Sebaliknya kaki sudah melangkah masuk ke bilik bacaan itu. Ada sesuatu yang menyebabkan hati ingin berlama di situ.
Dia berjalan mundar mandir melihat susunan buku-buku ilmiah yang tersusun kemas di rak bertingkat-tingkat itu. Begitu banyak sekali buku ilmiah. Ada yang dalam bahasa Melayu dan ada juga dalam bahasa Inggeris. Tetapi banyak sekali buku-buku agama yang dibeli suaminya itu.
Puan Sri Khalida melihat dan meneliti setiap buku-buku agama yang tersusun kemas di atas rak itu. Sesekali dia menceber apabila melihat beberapa tajuk yang seakan memerlinya pula. Dia angkat kaki untuk segera keluar dari bilik bacaan itu. Baru tubuh hendak berpaling, tangannya tanpa sengaja terlanggar satu kotak yang berada di tepi meja separas pinggangnya itu. Bersepah segala isi perut kotak itu terhambur ke lantai. Berkerut dahi Puan Sri Khalida apabila melihat beberapa keping gambar berada di atas lantai marmar biru itu.
Mr.Hotter Guy Bab 40
Luqman Hakimi meramas kepalanya. Habis ranap rambutnya yang disikat kemas dan disapu gel itu. Banyak kali dia melakukan perkara yang sama. Disikat dan diramas kembali. Kemudian dia mundar mandir di keliling biliknya. Dia duduk pula di birai katil. Selepas itu, dia bangun semula. Hari ini serba tak kena jadinya. Dari semalam kepala otaknya hanya memikirkan satu nama sahaja. Dia ambil jaket kulit di balik pintu almari, kemudian menapak keluar dari biliknya.
Dengan pantas dia berlari turun ke bawah hendak mengambil helmet fullface di ruangan tempat kasut.
“Nak kemana tu?”. Soal Puan Sri Khalida.
Langkah kaki Luqman Hakimi terhenti di muka pintu. Dia kalih muka pandang ibunya yang sedang memerhatikannya di hujung tangga
“Luke nak keluar ambil angin”. Jawabnya endah tak endah.
Puan Sri Khalida tidak menyoal lagi. Tahulah kemana lagi Luqman Hakimi hendak pergi. Kalau hati tengah serabut, sama ada tak lepak di Putrajaya atau ke KLCC saja anaknya itu merambu.
“Hah…awak pulak nak kemana?. Tadi Luke keluar. Awak pun nak keluar merambu jugak?”. Soal Puan Sri Khalida garang. Tan Sri Abdullah Hisyam buat tak peduli pada soalan isterinya itu. Dia berjalan selamba membawa sebuah beg pakaian melewati isterinya itu.
“Saya tanya ni?. Awak nak kemana dengan beg pakaian tu?”. Soal Puan Sri Khalida lagi. Kali ini nada suaranya sudah beralih lembut. Dia mengekor langkah suaminya sehingga ke pintu rumah.
“Ha…macam tu lah kalau nak bercakap dengan suami. Ini tidak, asyik nak tinggi suara. Saya nak bercuti ke luar bandar”. Balas Tan Sri Abdullah Hisyam. Puan Sri Khalida mencebik mendengar omelan suaminya itu.
“Hai…tak pernah sekalipun awak bercuti. Apa kes sampai nak ke luar bandar ni?”. Puan Sri Khalida curiga.
“Sebab tak pernah buatlah, saya terasa nak buat. Kenapa?. Awak nak ikut ke?”.
“Isy…tak ingin. Lainlah kalau bercuti ke Paris ke, London ke?. Naklah juga saya ikut”. Balas Puan Sri Khalida buat muka tak ingin.
Tan Sri Abdullah Hisyam hanya senyum sinis. Lega rasa hati atas penolakan Puan Sri Khalida itu. Sengaja dia menyoal untuk melihat sama ada isterinya itu berminat atau tidak atas tawarannya itu. Bimbang juga andai Puan Sri Khalida berminat untuk ikutnya bercuti ke luar bandar. Tujuannya ke luar bandar punya agenda tersendiri. Dia perlu memulih kembali hati Zaimah yang sudah hancur kerananya. Dia berharap sangat hati Zaimah sudah lembut untuk menerima kehadirannya itu. Syukur juga atas bantuan ayah mertuanya membuatkan dia yakin dengan keputusannya untuk bersua dengan Zaimah dan anaknya Nurin.
Namun dalam keterujaan untuk bertemu dengan Zaimah ada juga rasa debarnya. Bagaimana agaknya penerimaan Nurin?. Selama ini hubungan mereka baik saja sebagai majikan dengan pekerja. Dan dia berharap sangat penerimaan Nurin juga begitu atas hubungan bapa dengan anak.
“Maybe seminggu juga saya di sana”.
“Yalah…lama pun tak apa”.
“Saya pergi dulu”. Tan Sri Abdullah Hisyam minta diri. Sebelum melangkah keluar, dia hulurkan tangan pada isterinya. Puan Sri Khalida pandang pelik.
“Tak nak salam dengan saya ke?”. Tanya Tan Sri Abdullah Hisyam lembut.
Puan Sri Khalida buat muka malas. Dalam malasnya itu, dia sambut juga huluran tangan si suami. Selepas bersalam Tan Sri Abdullah Hisyam kucup dahinya. Terkedu sekejap Puan Sri Khalida. Entah kenapa, ada satu rasa yang timbul dalam hatinya. Hati yang panas dan sentiasa tegang itu terasa sejuk dengan kucupan yang diterima di dahi. Sepantas kilat juga sebuah senyuman terukir di bibirnya.
“Ha…kan bagus kalau awak selalu senyum macam tu pada saya. Manis. Sejuk rasa hati”. Puji Tan Sri Abdullah Hisyam sebelum masuk ke perut Merc. Puan Sri Khalida cemik muka. Terasa diperli pula walau itu pujian seikhlas hati dari Tan Sri Abdullah Hisyam.
“Sahak, hantar saya ke airport. Lepas tu, awak boleh balik ke rumah terus. Terpaksa susahkan awak, malam-malam macam ni.” Tulus ucapan Tan Sri Abdullah Hisyam pada Pak Sahak pemandunya itu.
“Dah kerje saya, Tan Sri.” Balas Pak Sahak ketawa.
LUQMAN Hakimi menunggang superbike Kawasaki melewati Jalan Kampung Abdullah Hukum itu. Entah kenapa, dia menunggang ke arah jalan itu pun dia tak tahu. Semuanya dilakukan dengan menurut gerak hati. Dia menunggang perlahan apabila terlihat sebuah perumahan flat yang tertulis Taman Bukit Angkasa. Dia menyusuri kawasan perumahan itu sehingga terpampang satu blok yang tertulis Cempaka. Dia memarkir superbike Kawasaki di tempat yang disediakan untuk motosikal.
Selepas pastikan semuanya selamat. Dia mengorak langkah masuk ke bangunan itu. Hati sudah berbolak balik. Debaran makin kuat saat kaki melangkah ke tingkat dua. Namun digagahkan jua. Kalau tidak mendengar sendiri dari mulut gadis itu, selamanya dia akan penasaran sendiri. Mujurlah sudah dihafal alamat rumah gadis itu di dalam kepala. Segalanya sudah direncana saat hati terguris dalam, apabila melihat gadis yang dipuja bakal menjadi milik orang.
Dengan lafaz bismilah dia mengetuk pintu rumah gadis itu. Biarlah gelap menghiasi malam, biarlah dia bakal dihalau kerana menganggu anak gadis orang. Asalkan hati tenang meluahkan apa yang dirasa.
“Beb…itu…itu...itu!”. Suara Shira tersekat-sekat. Jari tak habis menunding ke pintu rumah. Mata sudah membulat kerana terperanjat. Aku muncung bibir lihat aksi Shira yang serupa terperanjat ungka itu.
“Apasal?. Ada jerangkung ke kat luar?”. Soalku pada Shira. Minah itu angguk sambil menelan liur. Kemudian dia menggeleng. Aku pula yang pening melihat tingkah Shira itu.
Aku panjangkan langkah ke muka pintu lalu buka dengan perasaan geram. Hantu mana pula yang berani menganggu anak dara orang malam-malam begini.
“Hah!”. Baru nak menjerit menghalau hantu, aku pula yang tercekik air liur. Jantung dan hati bergetar hebat. Segera aku mahu menutup pintu rumah. Malangnya sudah dihadang dengan kakinya yang panjang dimuka pintu. Terdengar dia mengaduh menahan sakit kerana aku menolak kasar muka pintu. Aku peduli apa, kalau dah seberani itu menyerbu ke rumah anak dara orang.
“Nurin…please!. Dengar dulu!. Ada benda yang saya nak bincang”. Rayunya.
“Bincang apa lagi?”. Balasku di balik pintu. Pandang mukanya pun aku tak ingin. Yalah sudah seberani itu menyerbu ke rumah kami. Sementelah aku dan Shira, dogol saja kepala kerana tidak bertudung.
“Please…jangan kahwin dengan mamat tu. Please!!!”. Rayunya lagi. Terbeliak mataku terkejut dengan permintaannya.
“Mamat tu namanya Shahril Aiman bin Saidin. Apasal pulak saya tak boleh kahwin dengan dia?. Diakan tunang saya”. Jawabku selamba.
“Nurin…please!. I love U so much”. Dengar saja ucapan itu, getaran di jantungku seakan terhenti.
Shira yang ikut bersembunyi di belakang pintu pandang aku dengan bulat matanya. Seakan hendak terkeluar dari rongga mata. Kami saling tenung merenung kerana terkejut mendengar ucapan yang keluar dari bibir si Lelaki Panas itu.
“Encik baliklah. Tak manis datang rumah kami malam-malam macam ni”. Pintaku kasar.
“Saya tak nak balik selagi saya tak dengar apa yang awak rasa pada saya Nurin”.
“Apa yang saya rasa?”. Aku soal balik dengan perasaan yang keliru. Perlu apa lagi dia tahu apa yang kurasa waktu ini. Tentulah rasa meluat dan benci tahap petala dengan tingkahnya itu.
“Apa yang awak rasa pada cinta saya Nurin?”. Soalnya lembut. Hampir tidak terdengar di telingaku kerana terpisah dengan pintu rumah.
Shira yang tadinya tak habis merenungku sudah bertukar menjadi senyum pula. Senyum perlilah tu!. Hish…satu cubitan aku hadiahkan buatnya.
“Heh…dia soal kau apasal aku pulak yang kena cubit”. Marah Shira seraya mengusap lengannya yang berbekas kerana cubitan aku itu.
“Hadiah sebab senyum perli tu”. Balasku muncung.
“Baik aku blah masuk bilik. Nanti tak pasal satu badan aku lebam. Pasal kau orang bertekak, aku yang jadi mangsa”. Shira bingkas pergi sebelum sempat aku menghalang. Dia terus masuk bilik tanpa paling tengok aku yang masih berdiri menahan muka pintu dari diceroboh lelaki panas separa gila itu.
“Encik baliklah. Buat apa merepek malam-malam macam ni”. Halauku.
“Saya nak jawapannya. Saya tak boleh tidur kalau awak tak jawab soalan saya. I Love U Nurin. Please…jangan kahwin dengan dia”. Dia ulang lagi soalan itu. Aku tarik nafas dan hembus perlahan untuk usir rasa marah yang sudah bertandang di hati kala ini.
“Encik…cinta encik terlalu murah buat saya. Maaflah, encik!. Dengan apa yang saya lalui masa di Penang dulu…jangan harap saya boleh jatuh hati dengan encik. Encik baliklah. Tak guna nak rayu saya lagi”. Kataku tersekat-sekat.
Jeda sekejap.
“Tak lama lagi saya bakal jadi isteri Shahril Aiman, mamat tu. Cinta dan kasih saya hanya untuk dia, bakal suami saya. Dan saya nak kahwin dengan dia. Bina keluarga dan lahirkan anak-anak untuk dia. Encik doakan saja rumahtangga kami bahagia hingga ke Jannah”.Habis saja ayat itu aku luah, satu tumbukan bergegar di pintu rumahku. Kecut perutku mendengar hentaman itu.
“Saya tak peduli Nurin. Awak mesti jadi hak saya. Sampai bila-bila. Jangan harap mamat tu dapat awak”. Berdetum lagi pintu rumahku kena hentam. Marah yang tadi sudah padam kembali marak menyala. Lelaki Panas ini sudah mereng agaknya.
“Encik blah…blah dari rumah saya. Blah!!!”. Aku sudah menjerit. Shira yang tadinya berada di dalam bilik segera keluar. Terkejut barangkali mendengar suaraku yang meninggi.
“Shira!. Kau pergi cari apa saja yang boleh aku libas mamat tak faham bahasa ni”. Arahku pada Shira yang kelihatan menggelabah itu. Mungkin dia tak sangka perkara ini sudah menjadi semakin tegang.
Shira masuk bilik semula. Kemudian keluar dengan membawa sekaki payung. Tanpa membuang masa dia serahkan padaku. Payung pun payunglah…asalkan dapat halau lelaki tak faham bahasa ini.
“Encik blah”. Aku pukul kakinya yang menghadang pintu rumahku. Patah payung itu aku kerjakan. Segera pintu rumahku dapat ditutup semula apabila kakinya ditarik keluar. Pantas aku kunci pintu rumah.
“Nurin..please. Jangan kahwin dengan dia. Please saya cintakan awak”. Rayunya lagi. Kali ini suaranya sudah menjerit.
“Encik blah dari sini. Kalau tidak, saya tepon polis. Encik nak pergi atau nak dapat malu kalau esok muka encik…anak konglomerat Berjaya Corporation masuk dalam suratkhabar kerana ganggu anak dara orang”. Ugut aku.
“Okey…okey…saya pergi!. Tapi, tolonglah Nurin. Saya betul-betul cintakan awak”. Dia masih tidak mahu mengalah.
“Encik pergi saja dari sini. Encik memang tak faham bahasa. Encik dengar sini betul-betul. Encik tunggu saya gila atau hilang ingatan baru saya balas cinta encik”. Tengkingku di balik pintu. Sudah lebur sabarku kerana si Lelaki Panas yang tidak faham bahasa ini.

Mr.Hotter Guy Bab 39
“WEI…LAH!. Cuba kau tengok gambar ni. Bukan kekasihnya si hot guy ke?” Soal Shira seraya menunjukkan padaku gambar Andrea sedang berpeluk sakan dengan mamat mana entah dalam Majalah Media itu.
Aku angkat bahu tanda malas ambil tahu. Kalau betul pun apa kena mengena dengan aku. Lebih baik aku layan tengok cerekarama di kaca tv lagi bagus dari dengar gosip yang entah apa-apa itu.
“Uikkss! Kalau bergosip dengan kau, baik lagi aku bergosip dengan mamak nasi kandar. Langsung tak ada respon”. Omel Shira sambil mulut herot-herot mengata aku.
“Kau kan tahu, aku ni kalau bab gosip pasal dunia hiburan, malas aku nak ambik port. Tak membangunkan minda”. Cemuhku turut terikut herot mulut membalas kata-kata Shira. Mata masih lagi lekat di kaca tv.
“Pelakon dan juga model terkenal Andrea dikatakan punya hubungan dengan suami orang, juga pasangannya dalam filem Badai Rindu”. Shira baca lantang artikel dalam majalah itu.
Aku pula dengar dengan perasaan malas. Walau aku malas ambil tahu, kalau dah Shira baca dengan suara yang lantang terpaksalah telinga aku ni kena dengar juga.
“Hish…artis ni tak ada keje lain agaknya. Suka nak merampas saja hak orang”. Shira mengulas pula.
Aku buat-buat tak dengar. Nak menambah apa yang diulas Shira pun aku tak tahu. Tak pasal nanti jadi fitnah pulak. Hal-hal macam ni bukan boleh percaya sangat. Kekadang tu, sengaja reporter suka menambah perisa dalam cerita. Banyak tak betul dari betulnya.
“Hish…tak sangka eh. Andrea tu bukan girlfriend bos kecik ke?. Bila masa pulak mereka putus ya?”. Shira tengok aku. Mungkin kata-kata yang dituturkan itu ditujukan buat aku. Tapi aku masih lagi buat-buat tak tahu. Mata masih lagi kusyuk melihat kesinambungan cerekarama yang tergendala kerana iklan tadi.
“Wei...aku tanya ni?”. Shira sudah mencubit lenganku. Barangkali sudah marah kerana aksi aku yang tiada tindak balas untuk semua soalannya itu.
“Kau ni kan!?...”.Suara sudah meninggi. Geram sebenarnya kalau keasyikan aku melayan cerekarama itu terganggu dengan soalan yang tak membangun minda dari Shira.
“Kau tanya reporterlah…aku bukan reporter”. Balasku mencebir.
Shira sudah tersengih-sengih. Siap buat muka seposen lagi untuk ambik hati aku dari terus-terusan marah.
“Sorry beb!”.
“Ha…lain kali jangan tanya soalan pasal artis. Malas aku nak ambil tahu”. Suaraku sudah sedikit kendur.
Shira masih lagi dengan aksi muka seposennya. Siap bertabik bagai tanda mohon maaf dari aku. Kemudian, dia lipat majalah Media itu lalu diletakkan kembali di bawah meja tempat kami selalu letak jajan sambil menikmati cerita di kaca tv. Dia ambil twisties perasa tomato itu di atas meja lalu disuapkan ke dalam mulutnya.
Aku ambil sedikit twisties dalam gengaman Shira lalu kusuakan ke dalam mulut. Baru beberapa kali kunyahan, tontonanku sedikit terganggu dengan ketukan di muka pintu. Aku pandang Shira dan Shira pandang aku. Masing-masing kehairanan, siapa pula yang datang malam-malam ni.
Lagipun rasanya sesiapa yang mengenali kami sedia maklum yang kami memang tak akan terima tetamu kalau siang bertukar malam. Kalau dulu, mungkin ya kerana kami berkongsi rumah dengan junior UMKL. Tapi, semenjak kami bertukar kerjaya, housemate kami minta pindah. Dan kami tiada halangan untuk itu, kerana kami sudah mampu untuk menyewa rumah flat ini dengan gaji baru kami.
Shira bangun dengan langkah malas. Pintu dibuka sedikit untuk melihat siapa gerangannya yang mengetuk tadi. Tapi sepantas kilat juga dia menutup pintu itu. Mata sudah bulat pandang aku. Mulutnya tergerak-gerak menyebut nama seseorang. Aku pula yang tertanya-tanya, hairan tengok gelagat Shira itu. Tak akan nampak hantu kot!.
ANDREA peluk tubuh dengan perasaan yang sebal. Air mata yang berjuraian dibiarkan saja turun laju membasahi pipi. Sakit hati bila membaca artikel dalam majalah Media itu. Entah bagaimana, cekap saja reporter Malaysia ini dapat menghidu hubungannya dengan Ariel Zen. Sungguh dia sudah sedaya upaya menyembunyikan hubungan ini saat dia tahu Ariel Zan suami orang. Dia tak mahu seluruh masyarakat mencemuhnya kerana mempunyai hubungan dengan lelaki berstatus suami orang itu. Dan dia tahu bagaimana sakitnya hati dan perasaan seorang isteri andai ada orang ketiga dalam sesebuah perkahwinan itu. Dia sudah rasa dan belajar dari pengalaman yang dilalui ibunya, Puan Shima.
Terbayang lagi diruangan matanya saat bapanya menjatuhkan talak pada ibunya hanya kerana sudah jatuh hati pada seorang perempuan yang lebih cantik dan muda dari ibu. Dia benci saat membayangkan episod duka itu. Bapa jadi lelaki yang paling kejam saat itu. Sanggup meninggalkan ibu dan dirinya yang masih kecil hanya kerana sudah jatuh hati. Sekarang dia juga melalui saat itu, bezanya dia menjadi pemusnah rumahtangga Ariel Zen. Hati memang sakit. Hati memang pedih. Sakit untuk meninggalkan Ariel Zen kerana cinta sudah merajai hati. Pedih rasa hati saat dia memutuskan untuk tidak mahu menjadi orang ketiga dan pemusnah rumahtangga orang lain.
Bunyi nada dail Samsung Galaxy s4 itu menganggu hatinya untuk terus berduka lara. Dengan malas dia angkat panggilan itu. Ada suara hiba di hujung talian.
“Don’t disturb me!”. Andrea sudah meninggikan suara.
“Please!”. Suara itu merayu lagi.
“You nak apa, Ariel?. Tak cukupkah you dah bohong I selama ni. I tak mahu dengar semua ni. Hubungan kita dah putus. Titik”. Jerit Andrea sambil mencampak Samsung Galaxy s4 itu ke dinding biliknya. Berkecai badan Samsung itu di atas lantai seperti hatinya yang berkecai kala ini. Air mata yang berjuraian semakin laju menitis. Malah kali ini ditambah pula dengan esakan yang semakin kuat. Andrea ternyata lemah untuk mengawal perasaannya. Kenapa saat hati sudah berkenan dan cinta sudah memutik, dia tewas lagi pada mainan takdir?.
“Apa tak kena Drea?”. Terjengul wajah Puan Shima di muka pintu. Bergegas dia ke bilik Andrea tatkala telinga mendengar bunyi benda jatuh berkecai. Takut juga ada sesuatu yang tak diingini berlaku pada anak kesayangannya itu.
Andrea panggung kepala sambil tatap wajah tua Puan Shima. Pantas dia bangun dari perbaringan lalu meluru memeluk ibunya yang berada di muka pintu. Terkejut Puan Shima dengan reaksi Andrea yang mendadak itu.
“Mami”. Sepatah perkataan itu disebutnya. Datin Shima mengelus lembut rambut Andrea dengan penuh kasih sayang.
“Drea…Kenapa menangis macam ni, nak?”. Soal Datin Shima ingin tahu. Andrea hanya menggeleng. Tidak menjawab soalan Datin Shima itu.
“Pasal Ariel Zen kan?. Dahla Drea. Tak payah ingat lagi. Bukan mami dah cakap dia tak sesuai untuk Drea. Lupakan je!”. Pujuk Datin Shima lembut. Dalam hati sudah berbunga rasa gembira. Mudahlah untuknya meneruskan niat menjodohkan Andrea dengan Luqman Hakimi. Kali ini Andea mesti tiada bantahan lagi kerana hati sudah terluka.
“Kenapa dia tipu Drea?. Drea sayang dia mami. Drea dah mula cintakan dia. Drea tak sangka, Drea cintakan suami orang”. Andrea terus mengomel bersama airmata yang lebat menitis. Dia teresak-esak seperti kanak-kanak kecil yang kehilangan barang tersayang. Puan Shima mengusap perlahan belakang tubuh Andrea. Sesekali dia mengelus lagi rambut Andrea yang hitam lebat itu.
“Sabar Drea. Bukan salah Drea. Salah lelaki tu. Lupakan dia. Jangan jadi pemusnah rumahtangga orang. Drea kan pernah melaluinya. Drea kan tahu peritnya mami menanggung semua tu. Kita hilang tempat bergantung. Mami hilang status kerana perampas itu.” Ucap Puan Shima terkilan.
Memang dia terkilan dengan apa yang dilaluinya. Dia tak mahu hidup bermadu, maka dia memilih untuk hidup sendiri. Belajar dari keperitan yang dialami rakan karibnya, Puan Sri Khalida menyebabkan dia rela hilang status sebagai ‘Datin’. Untuk apa gelaran itu, andai hati dan perasaan remuk dengan tingkah suami yang lupa daratan. Puan Shima pejam mata, lalu menarik nafas panjang. Cuba untuk melegakan perasaan yang terasa sakit.
“Drea tahu mami, sebab tu Drea buat keputusan tak mahu jumpa dia lagi. Tapi, tak habis-habis dia mengganggu Drea.”Adu Andrea.
“Tak apalah Drea. Pasal tu biar mami yang uruskan. Tahulah mami nak buat apa. Cuma Drea kena janji dengan mami…tabahkan hati dan kuatkan semangat. Cinta boleh datang dan pergi. Cinta Andrea bukan untuk Ariel Zen…tapi milik Luqman Hakimi”. Pujuk Puan Shima tidak mahu kalah. Balik-balik nama Luqman Hakimi juga yang dikenenkan buat Andrea.
“Mami…please. Tak perlu cerita pasal Luqman Hakimi. Andrea nak berehat”. Pintas Andrea melepaskan pelukan Puan Shima. Bila dengar saja nama Luqman Hakimi, semangatnya menjadi semakin lemah.
‘Puii…biar tak berlaki asalkan bukan Luqman Hakimi’. Cebiknya sebelum tubuh dibaringkan semula di tilam empuk.
Puan Shima menyelimuti tubuh Andrea sebelum melangkah keluar. Dia senyum lagi dalam hati. Akhirnya kerja menjadi mudah. Patahnya hati Andrea kerana Ariel Zen boleh diubati dengan cinta Luqman Hakimi. Fikirnya lagi, sedangkan dia tidak tahu Andrea sedikit pun tidak punya hati lagi buat Luqman Hakimi.

Mr.Hotter Guy Bab 38
Bab 38
Haji Yunus duduk santai sambil menghembus asap rokok daun yang disisip di celah bibirnya. Di sedut dalam-dalam lalu dihembus perlahan ke udara. Berkelun asap rokok daun itu bertebaran ke udara di tiup angin sepoi di bawah pohon rambutan itu. Setelah habis sebatang rokok itu dihisap, dia ambil lagi sebatang rokok daun yang sudah dibalut tembakau itu. Kemudian, kalut dia mencari di mana pemetik api diletakkan. Terlupa pulak pemetik api itu disisipkan di dalam gulungan kain pelikat di pinggang. Haji Yunus senyum sendiri. Sudah menjadi satu kebiasaan, kalau merokok mesti pemetik api disisip di situ.
Pantas jari-jemari sudah mengagau mencari pemetik api yang berada di dalam gulungan kain pelikat dipinggangnya. Hampir melorot kain yang dipakai tatkala pemetik api itu sudah berjaya dicapai. Cepat-cepat dia memperkemaskan kain pelikat. Baru saja jari hendak memetik api, matanya sudah tertancap pada sekeping kad di hujung kakinya. Segera dicapai kad itu lalu mata membaca satu persatu huruf yang ada di situ. Selesai membaca, Haji Yunus menarik nafas perlahan. Teringat kembali pertemuannya yang tak dirancang kira-kira seminggu yang lepas.
“Hah…ayah! Menung apanya?. Mah panggil pun, ayah buat tak dengar ja”. Sapa Zaimah seraya menatang sedulang air kopi berserta kudapan buat Haji Yunus yang sedang bersantai di bawah pohon rambutan itu.
“Kus semangat. Terkejut ayah.” Cepat-cepat Haji Yunus menyorok kad nama itu kembali ke dalam gulungan kain pelikatnya itu.
Zaimah senyum manis melihat gelagat ayahnya yang sedikit terkejut itu.
“Ha…apa yang ayah sembunyikan tu?. Gambar Mak Munah ya?”. Teka Zaimah.
“Isy..mengarutlah!. Adakah pulak gambar Munah tauke warung itu”. Sangkal Haji Yunus kembali menyedut rokok daun yang sudah dinyalakan api itu.
“Ayahkan regular customer. Manalah tau?. Kalau ayah nak Mah pinangkan Mak Munah untuk jadi isteri ayah. Cakap ja…Mah pergi pinangkan?”.
“Isy..hang ni!. Dah tak suka nak jaga ayah ka yang minta ayah kawin lain?”.
“Bukan macam tu. Ayah tu dah lama menduda. Kesian pulak. Mah tak kisah kalau ayah nak kawin lain”. Jujur Zaimah menjawab.
Kasihan pula melihat hidup Haji Yunus yang kesepian itu. Dah lama menduda semenjak dia bernikah dengan Hisyam lagi. Tiba-tiba hatinya terasa sayu apabila nama Hisyam berada dimindanya.
“Mah…usia ayah ni dah tua. Bila-bila masa bakal dijemput ALLAH. Ayah dah tak ada keinginan pada semua tu. Mah tu yang ayah risaukan. Sampai bila Mah nak macam ni?. Sampai bila nak lari dari Hisyam?”. Entah kenapa, sejak terlihat sekeping kad nama tadi Haji Yunus terasa hendak bertanyakan kembali soalan yang sudah lama dipendamkan itu.
“Ayah!. Boleh dak kita jangan bincang soal ini?. Mah dah tak mau dengar semua tu!”.
“Kali ni Mah kena dengar jugak. Ayah dah jumpa Hisyam”. Balas Haji Yunus tenang.
Zaimah menarik nafas. Terasa ketat dadanya kala nafas dihembuskan. Terkejut bila mendengar Haji Yunus menyebut nama Hisyam. Dadanya terasa bergetar hebat. Kenapa lelaki itu muncul kembali?. Bagaimana lelaki itu tahu yang dia masih hidup?. Dan lebih menghairankan, bagaimana lelaki itu tahu dia berada di sini?.
“Minggu lepas masa ayah kat warung Munah tu, Hisyam datang jumpa ayah”. Terang Haji Yunus sambil menghela nafas yang berat.
Sungguh dia tidak menyangka boleh ketemu menantu yang sudah lama dilupakan wajahnya itu. Sekarang ini pun, dia masih lagi percaya dengan tidak yang Hisyam boleh mencarinya sehingga ke sini.
Zaimah tidak terkata. Hanya wajahnya saja yang menggambarkan hatinya kala ini. Ada air mata yang mengalir tanpa dapat ditahan lagi. Dia duduk dipangkin itu sambil mengucap panjang. Kepalanya ditundukkan. Dadanya sudah berombak perlahan, cuba menahan esakan dari kedengaran kuat.
“Mulanya ayah tak percaya itu Hisyam. Ayah memang tak nak jumpa Hisyam. Ayah marah sebenarnya bila fikir apa yang berlaku pada hang selama ini. Ayah marah bila fikirkan nasib cucu ayah yang tak pernah kenal sapa itu ayah selama ini. Tapi marah ayah tidak lama. Ayah sedar…kita tak boleh biarkan kemarahan menguasai keadaan. Ayah perlu dengar apa yang Hisyam nak kata…ayah perlu beri dia peluang untuk terangkan keadaan sebenar”. Haji Yunus pandang ke arah Zaimah yang menahan tangis.
Tumpah simpatinya pada nasib satu-satunya anak yang dia ada. Banyak kali dia menasihat malah sudah dimarah anaknya itu supaya kembali pada Hisyam. Namun anaknya itu degil. Rela digantung tidak bertali asalkan tidak kembali pada Hisyam. Alasannya kerana tak mahu bertemu dengan Puan Sri Khalida. Dia takut andai nyawa menjadi taruhan lagi.
“Sampai bila kamu nak sembunyi Mah. Nurin nak kahwin tak lama lagi. Hisyam perlu tahu sebagai wali pada anak hang, Mah. Macamana hang sembunyi pun, macamana hang nak lari dari madu hang pun, kena ingat… sampai bila?!”. Haji Yunus sudah tinggikan suara.
Kesal sebenarnya dengan apa yang berlaku. Dia kesal sebagai ayah dia lambat bertindak. Dia biarkan saja nasib Zaimah tanpa dibela. Dia biarkan saja mereka hidup bersembunyi dari pengetahuan menantunya itu.
“Semua salah ayah. Salah ayah!”. Ucap Haji Yunus sebak.
Suaranya kembali mengendur. Sudah tidak tinggi lagi. Zaimah angkat kepala lalu pandang wajah tua ayahnya. Dia peluk tubuh tua itu dengan penuh kasih. Kali ini dia sudah menangis di bahu ayahnya pula.
“Salah Mah…bukan ayah. Mah yang degil. Mah yang nak tanggung semua ni. Mah takut ayah. Takut dengan apa yang berlaku dulu. Mah takut Khalida mencari kita kalau dia tahu yang Mah masih hidup. Mah buat semua ni demi Nurin. Mah tak mahu nyawa Nurin terancam”. Balas Zaimah dengan suara serak. Cuba menyalahkan diri sendiri dengan apa yang berlaku. Badannya terhinggut-hinggut menahan tangis. Haji Yunus mengusap perlahan belakang Zaimah yang berada dalam dakapannya. Cuba menenteramkan perasaan anaknya yang gundah itu.
“Hisyam dah terangkan segalanya. Selama ini dia sangka hang dah mati. Dia ditipu madu hang sendiri. Kubur Zaimah, orang gaji hang tu disangka kubur hang. Selama 25 tahun ni, Hisyam ingat dia sudah kehilangan hang dan Nurin.”
“Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.” Sambung Haji Yunus lagi dengan senyuman.
Zaimah mengesat air mata yang mengalir. Dia panggung kepala lalu menatap wajah ayahnya yang senyum itu. Wajahnya keliru melihat senyuman yang terukir dibibir Haji Yunus dan apa yang didengari tadi.
“Maksud ayah?”. Soalnya ingin tahu.
“Kalau tak kerana hang pi KL hari tu mungkin sampai sekarang Hisyam tak tahu yang hang masih hidup dan dia punya anak”. Haji Yunus berjeda sebentar.
“Pasal kes terserempak dengan hanglah, Hisyam tergerak hati nak cari hangpa semua. Dia hantar penyiasat untuk cari hang, Mah. Dia juga tahu Nurin anaknya. Nurin pula kerja dengan dia sekarang. Kecilnya dunia ni dan hebatnya takdir ALLAH, Mah”. Sambung Haji Yunus sambil mengucap syukur. Gembira dengan apa yang telah direncanakan ALLAH.
“Dia juga tahu Nurin dah bertunang. Dia gembira dengan pilihan Nurin. Dia harap sangat agar dapat walikan pernikahan Nurin nanti. Dia minta ayah bincangkan dengan hang.”
“Tapi…Mah…err…”. Zaimah tersekat-sekat untuk menuturkan kata-kata seterusnya. Hatinya terasa kosong. Hendak bergembira atau takut pun dia tidak tahu. Sudah lama dia cuba melenyapkan nama Hisyam dari hatinya. Namun mana mungkin kerana Nurin adalah lambang kasih mereka. Pada Nurin, ada Hisyam.
“Kenapa masih teragak-agak Mah?. Ayah rasa Nurin patut tahu siapa ayahnya. Masanya dah sampai, Mah”. Tambah Haji Yunus lagi. Suara sudah dilembutkan untuk memujuk Zaimah.
Moga kata-katanya sebelum ini terkesan di hati Zaimah. Dia pandang sayu wajah Zaimah. Usia muda yang dibazirkan begitu saja dengan hidup bersembunyi. Semuanya gara-gara kerana takut pada Khalida madu tua. Tambah kasihan pada Nurin satu-satunya cucu yang dia ada. Sejak lahir sehingga bakal menjadi isteri orang pun, Nurin tidak pernah kenal siapa ayahnya.
“Mah…bimbang pada madu Mah ayah. Mah takut dia ulang lagi peristiwa lama kalau dia tahu Mah masih hidup”.
“Mah..dah 25 tahun peristiwa itu terjadi. Dulu, mungkin hang takut pasai Hisyam tak da di sisi hang. Dan Hisyam sendiri ditipu selama 25 tahun ini dengan berita kematian hang. Patutnya hang berilah Hisyam peluang untuk menebus kesilapannya. Ayah tahu, menantu ayah tu seorang yang adil dan bertanggungjawab. Dia pasti akan lindungi hang, Mah.”
Zaimah tidak terkata. Dia diam tidak membalas. Kata-kata dari ayahnya ditelan dalam hati. Setiap kata-kata itu ada pujukan dan harapan. Zaimah tahu, apa yang berlaku selama ini adalah kerana ketakutannya pada Khalida. Tambahan pula Hisyam langsung tidak mencarinya selama dia hidup bersembunyi. Dia hidup dalam kejahilan dan jauh hati dengan sikap suami yang seolah lepas tangan. Akhirnya Nurin sendiri yang menjadi mangsa atas sikapnya itu. Kejahilannya itu menyebabkan Nurin jauh dari kasih seorang bernama ayah.
“Ayah harap sangat hang dapat hidup dengan Hisyam semula. Ayah dah tua, Mah. Bila dah sampai masa, ayah nak tutup mata dengan hati lapang yang hang dah hidup bahagia macam orang lain yang ada laki, Mah”. Haji Yunus sebak. Mata sudah mula berkaca-kaca.
“Maafkan Mah, ayah”. Zaimah sapu perlahan kelopak mata Haji Yunus yang sudah digenangi airmata itu.
“Mah, hajat ayah nak habiskan umuq mengaji di Pondok Pak Ya tu. Dah lama ayah teringin sangat, Mah. Tapi ayah pendamkan hajat ayah tu, pasai pikiaq hang duk sorang kat sini. Kalau hang baik balik dengan Hisyam, lega hati ayah, Mah”. Luah Haji Yunus tentang hasratnya yang terpendam selama ini.
Zaimah rangkul kemas bahu ayahnya. Sungguh dia terasa amat bersalah sekali. Hasrat Haji Yunus terpaksa berkubur kerana risaukan dirinya selama ini. Terasa dirinya amat bersalah sekali.

Subscribe to:
Posts (Atom)