Saturday, 28 September 2019

KAU DUDA AKU JANDA BAB 3





Bab 3
            “Kita enjoy!”. Galak Sofia menjerit keriangan bersama Mila dan Gina teman sekerjanya itu. Malam minggu ini, mereka memilih untuk berkaraoke sampai ke pagi. Tak ada yang melarang. Sofia pun ikut terjebak jadi minah bujang macam kawan-kawannya yang lain.
            “Suami kau bila balik Sofi?”. Soal Gina sekadar berbasa basi.
            “Minggu depan. Kali ini dua minggu dia offshore”. Balas Sofia seraya memilih  senarai lagu yang terpamer di skrin televisyen. Tak tahu nak menyanyi lagu apa.
            “Jadi bujanglah kau ya?”.
            “Macam tak biasa”.
            “Tak sunyi ke?”
            “Sebab sunyilah aku ikut kau orang berjimba”.
            “Kenapa kau tak beranak, eh?. Mandul ke?”. Soal Mila ketawa.
            “Mulut…tak sayang ke?”. Sofia mendengus marah.
            “Sorry lah, Sofi. Aku gurau je”. Mila angkat tangan mohon maaf.
            “Aku tak nak beranak lagi, Mila. Khal dah banyak kali minta. Tapi aku yang minta postpone. Kalau fikir kehendak lelaki je, kita yang terseksa badan.” Balas Sofia jengkel.
            Mila dan Gina saling berpandangan. Pelik pula mendengar omelan sahabat yang dah berstatus isteri orang itu. Bukankah sebab utama berkahwin itu untuk melahirkan keturunan. Kalau tak mahu beranak, buat apa kahwin?.
            “Maksud kau?”. Mila soal semula.
            “Orang lelaki sedaplah menyebar benih. Rasa kejantanan tercapai kalau buat isteri mengandung. Tapi yang nak terseksa 9 bulan plus dalam berpantang, isteri jugak. Lepas dah beranak kena menyusu anak. Kemudian perut dah boyak. Menggeleber sana sini. Last suami cari alasan nak menikah lain sebab dah tak bernafsu tengok kita. Kau rasa, adil ke?”. Sofia soal Mila semula.
Mila angkat bahu tanda tidak tahu. Gina pula menarik nafas panjang. Alamatnya tak bernikahlah mereka berdua kalau begini faktanya yang keluar daripada mulut wanita yang sudah berkahwin.
“Sudahlah, kita datang nak happy bukan nak dengar kisah menyebar benih bagai”. Gina tutup cerita.
Mereka bertiga kembali bersemangat untuk menyanyi semula. Sofia pegang mikrofon lalu mengalunkan lagu ‘pudar’ nyanyian Dato Rossa. Menyanyi dengan penuh semangat sambil menghayati lagu yang dialunkan itu. Serentak itu hatinya terdetik sesuatu, mengharap hatinya belum lagi pudar untuk terus mencintai Khalil seperti bait lirik yang yang dinyanyikan itu.
Baru separuh mengalun lagu Pudar, pintu bilik karaoke mereka diketuk orang. Gina bangun lalu membuka pintu untuk melihat siapa yang datang. Terserlah sengihan Gina dan Mila kerana teman lelaki mereka sudah sampai seperti yang dijanjikan. Tambah pula dengan seorang jejaka kenalan teman lelaki mereka membuatkan masing-masing sudah punya pasangan untuk berkaraoke.
“Kenalkan Izham, bos tempat kita orang bekerja”. Bulat mata Gina kerana terkejut. Tak sangka Gibran boleh bawa bos datang bersuka ria sekali.
Sofia meletakkan mikrofon di atas meja usai dia mengalunkan lagu Dato Rossa itu. Mata ikut galak memerhati jejaka baru yang dibawa Gibran dan Mirul teman lelaki Gina dan Mila.
“Kenalkan Gina, Mila dan Sofia”. Mirul memperkenalkan teman wanita dan rakan-rakannya.
“Hai, saya Izham”. Izham sambut satu persatu huluran salam wanita-wanita cantik di depan matanya ini.
Namun sorotan matanya lebih lama tertancap pada wanita berbaju merah yang lebih cantik dari semua wanita yang ada di sini. Warna merah itu menyerlahkan lagi warna kulit putih melepak wanita bernama Sofia itu. Tengok pada betisnya saja dah buat Izham menelan liur. Belum lagi melihat yang tersembunyi di balik baju. Izham sudah membayangkan yang bukan-bukan pula. Lega kerana dia setuju untuk terima pelawaan Gibran keluar malam ini. Lega juga kerana dapat menjamu mata melihat yang indah-indah waktu ini. Tidaklah sakit matanya membayangkan Hana yang berbaju kelawar 24 jam di rumah.

No comments:

Post a Comment