Bab 33
Andrea
melangkah masuk ke dalam rumah dengan senyum riangnya. Mulut tak habis
mendendangkan lagu cinta yang menjadi siulannya sejak akhir-akhir ini. Datin
Shima yang berada di ruang tamu hanya memerhati pelik melihat tingkah anaknya
itu. Gaya Andrea seperti dilamun cinta yang maha hebat. Dia mengerut dahi.
Sibuk bercinta dengan Luqman Hakimi ke atau pelakon lelaki yang tengah naik
itu?. Jenuh dia berteka-teki pula.
“Hai
Drea, happy nampak. Dari mana ni?”. Soal Datin Shima pada anaknya yang sudah menghayun langkah untuk ke tingkat
atas. Mati langkah Andrea saat ditegur ibunya. Dia pusing tubuh lalu menapak ke
arah Datin Shima. Dia rangkul tubuh gempal ibunya lalu diberikan ciuman mesra.
“Drea
keluar makan dengan kawan”. Balasnya senyum.
“Kawan?”.
Soal Datin Shima pelik. Setahunya Andrea
tak ramai kawan. Tapi tak tahulah kalau dia ramai kawan semenjak bergelar
pelakon popular ini.
“Hmm…kawanlah.
Drea ramai kawanlah mummy”. Andrea cuba membetulkan tanggapan ibunya. Memanglah
dulu dia tak ramai kawan. Tapi sekarang kawannya ramai, malah tak terbilang
dengan jari. Maklumlah dah bergelar pelakon popular.
“Macamana
hubungan Drea dengan Luke? Okey?”. Wajah Andrea yang ceria itu berubah menjadi
masam. Malas barangkali hendak mendengar nama manusia hati kering itu.
Sekarang, Luqman Hakimi bukan keutamaannya lagi. Tak dapat lelaki itu pun, dia
tak kisah. Yang menarik perhatiannya sekarang adalah Ariel Zen. Pasangannya
dalam filem ‘Badai Rindu’. Penuh karisma dan pandai menarik perhatiannya.
“
Malaslah nak fikir. Drea dah tak ada hati pada Luke tu. Kalau tak dapat dia pun
Drea tak kisah. Yang penting sekarang ni, Drea nak tumpukan pada karier Drea
yang tengah naik ni”. Membulat mata Datin Shima apabila mendengar ayat yang
keluar dari mulut Andrea. Terkejut. Punahlah harapannya untuk menjadi besan
kepada keluarga konglomerat berjaya itu. Sia-sialah dia yang bersusah payah
merancang segalanya. Akhirnya ditolak begitu saja oleh Andrea.
“Drea
sedar tak apa yang Drea cakap?. Mana boleh Drea nak lupakan begitu saja. Penat,
mummy usahakan selama ini. Macam tu je Drea nak lepaskan peluang?”. Marah Datin
Shima bertubi-tubi. Andrea hanya tersenyum sinis. Lucu pula melihat reaksi
ibunya yang bersungguh-sungguh hendak bermenantukan Luqman Hakimi itu.
“Mom…Drea
dah tahulah rahsia Luke tu?”. Balas Andrea bersahaja. Datin Shima tidak keruan. Rahsia apa pulak yang sudah
diketahui anaknya ini. Andrea pegang tangan ibunya lalu digosok perlahan-lahan.
Seolah-olah cuba hendak menenangkan tingkah Datin Shima yang tidak tentu duduk
itu.
“Rahsia
apa pulak?”. Datin Shima soal tanda tidak faham. Andrea hanya tersenyum
sumbing. Nampak benar ibunya sedang berlakon tidak faham.
“Rahsia
Luke? Dia bukan anak kandung Puan Sri Khalida kan? Anak angkat je?. Betul
tekaan Drea kan mummy”. Soal Andrea sambil mengangkat kening. Datin Shima
terasa degup jantungnya bergerak pantas. Hampir pitam rasanya mendengar tekaan
Andrea itu.
“Mengarut
apanya Drea? Mana Drea dengar semua ni?”. Sangkal Datin Shima pantas.
“Mummy
jangan ingat Drea tak tahu. Drea dengarlah apa yang mummy dan Puan Sri bincang
hari tu. Siapa Zaimah, mummy?”. Sengaja Andrea mengungkit nama Zaimah pula.
Hendak menguji ditahap mana ibunya dapat berlakon seolah tiada apa yang
berlaku. Datin Shima sudah tidak keruan duduk. Berpeluh tangannya kerana cuba
mengawal debaran di dada. Kalau rahsia sudah bocor, alamat tak selamatlah
perkara yang dirahsiakan selama ini bersama Puan Sri Khalida.
“Semua
tu tak benar Drea”.
“Drea
tak kisahlah mummy. Tak dapat Luke pun tak apa. Dah terang-terang dia bukan
anak kandung Puan Sri Khalida. Entah anak pungut mana yang Puan Sri dah pelihara.
Tak naklah Drea dengan manusia tak tahu keturunan tu. Lagipun Drea menyampahlah
dengan Luke yang sentiasa bongkak. Ingat dia tu bagus sangat. Rupanya berlagak
dengan harta orang lain”. Andrea meluahkan rasa hati. Sebenarnya cinta sudah
beralih arah. Dulu memang dia tergilakan Luqman Hakimi sehingga sanggup buat
cabaran yang bukan-bukan. Sekarang, rasa cintanya sudah beralih pada Ariel Zen
pula. Hendak melepaskan diri dari idea ibu-ibu yang hendak menyatukan mereka,
terpaksa dia mengungkit tentang rahsia Luqman Hakimi yang terbocor itu.
Moga-moga dapatlah dia meneruskan niatnya itu.
“Mummy
tak peduli Drea. Mummy dah janji dengan Puan Sri…siapa pun Luke tu, dia mesti
jadi menantu mummy”. Tinggi suara Datin Shima mempertahankan niatnya. Mana
mungkin dia lepaskan peluang begitu saja. Sudah lama diidamkan untuk menjadi
besan keluarga konglomerat terkenal itu. Soal siapa Luqman, Puan Sri Khalida
sendiri dah bagi jaminan. Harta mereka tetap milik Luqman Hakimi, walau sekalipun Zaimah menuntut haknya suatu hari
nanti.
Andrea
bangun dari sofa yang didudukinya itu. Tangan Datin Shima ditolak kasar. Marah
sebenarnya kerana tidak dapat memujuk hati ibunya. Ingatkan bila rahsia Luqman
terbocor, senanglah dia dapat lepaskan diri. Tapi apa yang dihajat tidak
tercapai, sebaliknya makin terjerat. Dia melangkah pantas menuju ke tingkat
atas. Sakit hati bila fikir rancangan tidak berjaya. Apalah yang dikejar oleh
ibunya pasal harta keluarga Luqman itu. Dia membantingkan tubuh ke atas katil.
Lengan diletakkan di atas kepala. Otak ligat berfikir apa cara hendak lepas
dari idea ibu-ibu yang tak sudah hendak menyatukan mereka.
TAN
SRI Hisyam meletakkan buku motivasi yang dibacanya di meja kopi yang terletak
di sebelah katilnya. Pandangan matanya ditala pada raut wajah sang isteri yang
sedang sibuk menyapu losyen di setiap inci tangannya. Wajah Puan Sri Khalida
yang serius memanjang itu membuatkan dia tampak tegang dengan keadaan
sekelilingnya.
“Saya
ada benda nak cakap?”. Terang Tan Sri Hisyam melihat wajah isterinya di bias
cermin solek itu. Puan Sri Khalida memusingkan tubuhnya. Sepasang mata hitamnya
ditala pada wajah si suami. Dia mengerut kening seolah memikir tentang apa yang
hendak dibincangkan suaminya itu.
“Pasal
apa?”
“Tentang
Luqman”.
“Kenapa?”
“Saya
tak izinkan niat awak nak satukan dia dengan Andrea?”.
“Dia
mengadu pada awak ke?”. Sinis Puan Sri KHalida menyoal.
“Saya
tak nak awak masuk campur urusan hidup dia. Biarlah dia yang tentukan pasangan
hidupnya. Awak ni Ida…tak habis-habis nak jadi diktator. Tak cukupkah awak
control hidup saya?. Dengan anak sendiri pun awak nak berkira?”. Kali ini
lantang sekali suara Tan Sri Hisyam mempertahankan hak Luqman Hakimi. Puan Sri
Khalida mencebik. Kenapa baru sekarang nak jadi tukang sibuk?. Dulu tak kisah
pun hidup Luqman tunggang terbalik.
“Why
not?. Dia anak saya. Memang patut saya masuk campur”. Bidas Puan Sri Khalida
bangga.
“Sebab
apa yang awak buat ada kena-mengena dengan anak kandung saya?”. Tan Sri Hisyam
jegil matanya. Dia tatap lama mata Puan Sri Khalida. Seolah sedang
berlawan aura siapa yang lebih kuat
antara mereka. Terpana sekejap Puan Sri Khalida. Terkejut melihat keberanian si
suami sejak akhir-akhir ini.
“Anak
kandung? Maksud awak?”.
“Saya
dah tahu siapa anak saya dengan Zaimah. Malah saya dah jumpa dengannya”. Jawab
Tan Sri Hisyam dengan wajah ceria. Terlopong
si isteri mendengar kata-kata si suami.
“Apa
yang awak merepek? Tak akan kesan kemalangan hari tu, otak awak dah biul?”.
Berani betul mulut celupar si isteri menghina si suami. Berdesing telinga Tan
Sri Hisyam mendengar si isteri mengatakan dia biul. Terbangun dia dari katil
yang dibaringi itu. Kali ini dia sudah menapak ke arah isteri yang dinikahi
hampir 30 tahun itu.
“Awak
ni memang dah melampau. Mulut celupar. Selama ni saya biarkan awak buat sesuka
hati. Sekarang jangan harap.” Tan Sri Hisyam sudah menunding jari telunjuk ke
batang hidung Puan Sri Khalida. Tergamam wanita itu. Tertelan air liur.
Terkejut melihat reaksi suami yang semakin berani seperti seekor singa yang
hendak melahap bila-bila masa. Nampaknya si tikus sudah berubah menjadi seekor
singa jantan. Telah Puan Sri Khalida dalam hati.
“Woo…si
tikus dah bertukar menjadi singa jantan. Tak payah berlakon beranilah. Kalau
dah dasar tikus, selamanya tikus”. Tempelak Puan Sri Khalida berani. Mendidih
darah Tan Sri Hisyam mendengar gelaran yang diberikan si isteri. Merudum
rasanya maruah diri digelar isteri sebegitu. Tangan yang terasa ringan sudah
diangkat tinggi, tunggu masa saja hendak singgah di pipi milik si isteri. Namun
disabarkan hati, mengucap panjang dia apabila tersedar diri sudah dikuasai
nafsu syaitan.
“Apasal
tak tampar? Tak berani?”. Sengaja Puan Sri Khalida mencabar. Tan Sri Hisyam
meraup mukanya. Dia pandang wajah Puan Sri Khalida. Sebak rasa hati. Kenapa
isteri yang ini terlalu bongkak. Tidak tahu hadnya sebagai seorang isteri. Beza
benar dengan Zaimah, isteri kedua yang dinikahi tak sampai 4 tahun itu. Bahagia
yang dikecap hanya sementara. Semuanya gara-gara rancangan Puan Sri Khalida
yang membuatkan dia sangka isteri kedua sudah tiada. Sudah lama mati.
“Kenapa
awak macam ni Ida?. Salah saya ke kerana menduakan awak?”. Soal Tan Sri
Hisyam sebak. Dia menarik nafas panjang.
Sudah tiada daya hendak melembutkan hati si isteri yang berpuluh tahun hidup
bersama.
“Memang
salah. Cuba awak bagi tahu…ada tak dalam dunia ni isteri yang bahagia, redha
kalau suami nak bernikah lain. Ada?”. Soal Puan Sri Khalida dengan mata terbeliak geram.
“Awak
yang mencabar saya, awak lupa? Awak hina
saya?. Kata saya mandul. Bila saya dah buktikan saya bukan mandul. Awak
nak salahkan saya pulak!”.
“Argh…lelaki
mana ada yang nak kalah kalau masuk bab poligami?. Memang saya akui itu salah
saya. Tapi saya tak sangka pula yang awak kotakan apa yang saya kata. Awak ni
memang dasar lelaki tak tahu bersyukur. Siapa yang kutip awak dari taraf peon
sampai dah jadi Chairman? Siapa?. Kalau tak bapak saya. Awak jangan lupa semua tu,
Hisyam!”. Kali ini Puan Sri Khalida mengungkit jasa yang telah ditabur pula.
Sakit hati memikirkan perkara yang berlaku dulu. Kalau tak sebab kekasih
lamanya lari macam tu je pada saat pernikahan mereka, tak mungkin dia akan
menjerut rasa menikahi lelaki yang sudah menjadi suaminya kini. Memang low
class. Entah di mana istimewanya peon ini yang dipilih bapa sebagai pengganti
bakal suaminya itu.
“Awak
jangan bangga sangat dengan semua harta kekayaan ini. Memang saya mengaku
menikahi awak kerana tawaran dari bapak awak tu. Tapi saya yang membangunkan
syarikat awak yang hampir muflis. Awak jangan lupa?. Semua syer saham syarikat
ni saya beli dari bapak awak dengan usaha saya. Syer yang awak dapat tu pun
ihsan dari saya tahu?!!!. Jangan nak berbangga sangat dengan harta bapak awak
tu”. Pedas kata balas yang ditujah oleh Tan Sri Hisyam buat si isteri yang
sedia bongkak itu. Terdiam sekejap Puan Sri Khalida. Sudah tiada idea hendak
mematahkan hujah yang dikeluarkan suaminya itu. Memang benarlah…Tan Sri Hisyam sudah
menunjukkan taring dan kuku yang selama ini disimpan lama. Suaminya kini bukan
lagi suami yang patuh pada setiap bicara dan arahannya. Suaminya kini sudah
berani hanya kerana munculnya Zaimah semula dalam hidup mereka. Dia mengebam
bibir. Kemudian melangkah ke arah katil. Dibaringkan tubuh dan diselimut
sehingga ke paras dada. Malas hendak bertekak lagi, lebih baik tidur. Desisnya
pula.
“Ingat
Ida. Saya tak izinkan awak masuk campur urusan teman hidup Luqman. Biar dia
buat pilihan sendiri. Kalau awak ingkar, syer saham syarikat saya tarik balik.
Dan jangan harap awak nak bergembira sakan dengan harta saya. Bila-bila masa
saja title awak tu saya boleh pindahkan pada Zaimah.” Berdesing telinga
dirasakan dan membulat matanya bila mendengar suara tegas suaminya itu. Dia
bangun dari perbaringan. Dia tatap wajah suami yang serius memandangnya. Dia
mendengus. Huh…sudah melampau benar ugutan yang keluar dari mulut Tan Sri
Hisyam.
“Ingat…saya
serius. Bukan main-main”. Tegas sekali suara Tan Sri Hisyam menguatkan
amarannya lagi. Puan Sri Khalida telan liur. Sakit hati dan sakit kepala
memikirkan janjinya pada Datin Shima. Kalau tak ditunaikan janji, takut pula
rahsia yang disimpan berpuluh tahun itu bakal dibocorkan oleh Datin Shima. Dia
bukan tak tahu niat sahabat baiknya itu. Dalam baiknya ada juga buruknya.
Dia tarik bantal dan kain
selimut. Kemudian melangkah keluar dari bilik dengan muka yang mencuka.
“Hah…nak kemana pulak tu?”
“Tidur bilik tetamu. Malas nak
bertekak dengan awak”. Putus Puan Sri Khalida tanpa melihat wajah suaminya itu.
Sudah meluat barangkali. Tan Sri Hisyam hanya mengangkat kening. Terbit sejalur
senyuman di bibirnya. Hah…baru kali ini dia rasa kemenangan. Puan Sri Khalida
yang bongkak itu boleh pulak merajuk tidur di bilik lain.
No comments:
Post a Comment