Bab 16.
Luqman
Hakimi melangkah ceria masuk ke pejabatnya hari itu. Perkara pertama yang
dibuatnya adalah menuju ke arah meja milik setiausahanya itu.
“Hai…Cik
Nurin!. Boleh masuk ke bilik saya sekejap?”.
Pintanya sambil menayang sengihan pada cik adik sayang yang sedikit blur
itu. Mungkin setiausahanya itu terkejut
kerana melihat wajahnya yang hensem ini di depan mata.
“Ya…yup…yup…”.
Tergagap-gagap setiausaha comelnya itu membalas. Kemudian dia mengenyitkan mata
pula sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya. Setiausaha comelnya itu sudah
terbeliak biji mata. Mungkin bertambah dos terkejutnya kerana menerima kenyitan
spontan dari bos hensem pagi ini.
AKU
mengurut dada berkali-kali. Entah mimpi apalah mamat kerek bajet hensem tu
tetiba mengenyit mata padaku. Mahu luruh jantung barangkali kerana tak tertahan
menanggung serangan dari makhluk hensem ciptaan ALLAH itu. Tanpa membuang masa,
aku mengambil diari catatan lalu mengorak langkah masuk ke bilik bos. Apalah
yang penting sangat, tanpa menyempat masuk ke biliknya dia sudah memanggil aku.
Mungkin penting agaknya!. Fikirku berteka-teki.
“Assalammualaikum
bos”. Ucapku tatkala pintu biliknya ku buka. Dia tersenyum memandangku.
Haila…mimpi apa bos malam tadi!. Jarang benar dia nak tersenyum pada aku kalau
awal pagi masuk opis.
“Untuk
awak”. Dia suakan padaku kotak kecil berbaldu biru itu. Serta merta aku
tertelan air liur. Kotak apa ni?. Apa isi dalamnya?. Tak akan cincin melamar
kot. Penat aku berteka-teki. Kalaulah tekaanku betul. Pengsan aku barangkali.
Disini juga!. Sudah-sudahlah perasan cik Nurin oii…cer kau buka tengok isi
dalamnya dulu. Jangan nak perasan tak tentu pasal. Otak sudah ligat menasihat
pula.
“Apa
ni bos?”. Aku soal teragak-agak.
“Bukalah.
Saya beli khas untuk awak”. Tuturnya lembut. Alahai…gaya cakap macam nak
melamar aku pun ada. Aku buka. Lalu lihat isi dalamnya. Sebentuk kerongsang
dipenuhi mutiara nampak cantik pada pandangan mataku. Kalau disematkan di
tudung bawalku. Memang amat cantik sekali. Tapi cepat-cepat aku tersedar. Macam
rasuah pun ada. Bos nak sogok aku ke? Atas urusan apa pula?.
“Er…saya
tak boleh terima bos. Rasuah ni”. Spontan, mulut tanpa insurans sudah
berbicara. Serentak itu, dia ketawa berdekah-dekah. Isy…aku salah cakap ke?
“Ini
bukan rasuah. Saya ikhlas. Lagipun sebagai penghargaan untuk idea awak pasal
majlis kesyukuran tu”. Balasnya bersahaja. Namun sisa tawa itu masih terlukis
di wajahnya. Terkulat-kulat aku menahan malu. Cepat sangat buat serkap jarang.
Dah tu serkap jarang yang memalukan pulak.
“Saya
tak boleh terima bos. Mahal ni”.
“Saya
ikhlas Nurin. Awak patut terima hadiah tu”. Tegasnya pula. Aku serba salah. Aku
bukan tak nak terima. Tapi rasanya tak berbaloi dengan idea yang kuberi.
Lagipun aku tak minta apa-apa balasan untuk idea yang tak seberapa itu.
“Maaf
bos”. Aku ulang lagi. Kotak berbaldu biru itu aku letak kembali di atas meja
kerjanya. Serta merta dia ambil kotak itu lalu bergerak ke arahku dengan mata
yang merenung tajam. Aku pula yang terkaku di situ. Dipaku terus dengan panahan
mata helangnya itu.
“Saya
nak awak ambil”. Tanpa dapat kuelak dia telah memegang tanganku. Kotak baldu
itu diletakkan di atas telapak tanganku. Lama dia memegang tanganku. Terkejut
aku tatkala tangan disentuh bos. Terpana sekejap. Rasa adrenalin bergerak laju
mengepam seluruh darah ke tubuhku. Rasanya pipiku sudah blushing kerana seumur
hidup tak pernah aku disentuh seorang
lelaki yang bukan mahram.
“Lepaslah”.
Aku merayu. Tangan yang berada dalam genggamannya ku tarik kuat. Namun sedikit
pun dia tak mahu lepaskan.
“Lepaslah”.
Kali ini suaraku sedikit kuat. Namun dia masih buat tak peduli.
“Saya
akan lepas, kalau awak ambil hadiah ini”. Dia mengugut aku pula. Nak tak hendak
terus aku mengangguk.
“Okey.
Saya ambik”. Jawabku. Namun tanganku masih lagi dalam genggamannya.
“Kan
saya kata nak ambik. Kenapa pegang lagi?. Lepaslah”. Aku dah mula meradang. Dia
cuma tersengih. Spontan tanganku diciumnya. Terkejut aku bukan kepalang. Memang
bos ini dah tahap kurang ajar. Mukaku masam mencuka. Aku berdecit. Tanpa kata
terus aku keluar dari biliknya. Kotak baldu biru itu aku campak dalam laci meja
kerja. Mood sudah bertukar menjadi marah berapi. Hish…mamat kerek ni suka
sangat ambil kesempatan.
Luqman
Hakimi tidak henti tersenyum. Kemudian dia menelek pula wajahnya di cermin besar
yang tergantung di belakang tempat duduknya. Tak habis-habis dia menayang
sengih. Kening sudah terangkat-angkat kerana bangga dengan apa yang berlaku
tadi.
‘Hmm…bukan
setakat gold and diamond, kiss pun sudah. Huh…dua kaedah terus aku praktik. Tak
adalah susah mana. Sekarang fikir macamana nak praktik kaedah ketiga pula’. Dia
sudah terkekeh-kekeh ketawa. Dalam fikiran sudah memikirkan gelagat cik adik
sayang yang tak adalah garang mana. Setakat garang macam kucing siam. Dua tiga
kali kena belai, yang garang akan berubah jadi manja. Siap bergesel di kaki
minta dibelai. Dia sambung ketawa lagi. Yang pasti Andrea bakal kalah dalam
permainan ini.
‘Nasiblah
cik adik sayang. Terpaksa jadi kambing hitam untuk memuaskan hati aku’. Dia bermonolog
lagi.
“WHAT
wrong with you Drea?. Dua tiga hari ni, mama tengok Drea macam orang susah
hati. Cuba cerita pada mama.” Datin Shima renung wajah Andrea yang kusut itu.
Andrea hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Hendak makan pun dia tak
berselera. Makanan yang sedap di depan mata pun tidak dapat menggoda hatinya. Akhirnya
dia bangun dari tempat duduk tanpa menjamah apa-apa.
“Kenapa
Drea?”. Datin Shima sudah mengekor langkah anaknya yang berjalan malas ke arah ruang
tamu. Patah juga seleranya bila melihat wajah anak kesayangan yang kusut
seperti menanggung masalah yang besar.
“Drea
tak yakin yang Luke akan jadi suami Drea dalam masa 6 bulan lagi”. Andrea duduk
memeluk lutut di atas sofa berangkat tiga itu. Datin Shima menghenyakkan
punggungnya duduk di sebelah Andrea. Tubuh anaknya itu dipeluk mesra.
“Kenapa
anak mama cakap macam tu?”. Dia soal dengan lemah lembut.
“Drea
takut Luke akan menang dalam permainan ini”. Datin Shima sudah mengerut dahi. Permainan
apa pula?. Dia sudah menjadi keliru.
“Sebenarnya
Luke tak ada hati dengan Drea. Tapi Drea
nak juga Luke terikat dengan Drea. Maka Drea suruh Luke mengorat salesgirl
kampung. Kebetulan Drea beli cenderamata kat The Curve. Sebarang saja Drea
suruh Luke mengorat awek kat situ. Lagipun Drea sakit hati sebab salesgirl tu
berani-berani nak marahkan Drea”. Datin Shima sudah membulat matanya. Tak sangka
Andrea boleh cipta permainan bodoh ini.
“Drea..Drea…kenapalah
tak fikir dulu sebelum buat yang bukan-bukan? Kalaulah Luke dapat mengorat salesgirl
tu macamana?”.
“Itulah
yang buat Drea kusut sekarang ni. Yang buat Drea bertambah kusut. Salesgirl tu
dah jadi secretary Luke pula. Lagilah Luke ada banyak peluang nak menang dalam
permainan ini”. Andrea sudah menarik nafas pula. Datin Shima hanya menggeleng
kepala. Rasa Andrea sudah jauh tersasar. Asalnya hanya satu permainan sudah menjadi
sungguhan pula.
“Tak
apalah Drea. Nanti mama bincang dengan Puan Sri Khalida. Dia tu diktator. Setakat
nak guna kuasa vetonya. Apalah sangat posisi secretary tu. Tak lambat adalah
yang kena pecat nanti”. Datin Shima sudah tersenyum.
“Thanks
mama”. Andrea terus memeluk tubuh mamanya. Dia juga turut mengukir senyum.
‘Tak
lama mana si salesgirl kampung itu terpaksa balik kampung tanam jagunglah
jawabnya. Bakal hilang kerja. Luke..luke…kau tak akan dapat lari dari aku.’
Buat pembaca yang ternanti sambungan mr.hotter guy...saya letak 3 bab sekaligus...harap terlepaslah rindu eh...In Sha ALLAH bagi saya masa lagi seminggu untuk sambung cerita ni lagi...enjoy okey...kemudian komen ...
ReplyDeletemmg lepas sgt2 rindu nie kak
ReplyDeletesib baik luke anak angkat then chances mmg beso le ngan nurin
but nurin pls jual mahal berbilion kasi luke angau tahap babun
for andrea fadan muke ko ..nyampes ahaksss
Tima kasih cz updated 3 bab sekaligus.. Mmg lepas la rindu kat luke n nurin... Tak sangka rupa2 nya luke tu hanya ank angkat...hehehe...:-D leh la diaorg kawin :-P ....si luke ni nk mainkan Persians nurin ke....
ReplyDeletehaah..dah lama dah tertunggu2. akhirnya dpt juge akak update cerita ini. best3!
ReplyDelete