Monday, 8 April 2013

Mr.Hotter Guy Bab 9


hBab 9
            Tan Sri Hisyam masih memerhati gambar bersaiz pasport itu pada cv gadis yang tertera nama Nurin Kamila Hisyam. Entah kenapa ralit dia memerhati. Seakan ada satu rasa yang menyelinap  dalam hati sanubarinya. Berahim yang setia berdiri hanya memerhati tingkah Tan Sri Hisyam yang tak habis merenung fail setiausaha anaknya itu. Dalam hati dia hanya berdoa. Janganlah Tan Sri Hisyam mencari fasal. Dulupun kerana mencari fasal dengan Zaimah bekas setiausahanya itu, menyebabkan rumahtangga Tan Sri Hisyam berantakan. Mujurlah tak sampai bercerai berai.

            “Tan Sri…lama benar ditilik fail setiausaha tu…ada yang tak kena?”. Soal Berahim. Memang terkejut juga bila bersua je muka dengan Tan Sri Hisyam semasa di pintu lif tadi. Terus dia minta Berahim ambilkan fail peribadi setiausaha anaknya itu. Sebagai peon dia hanya menurut perintah walau dalam hati terdetik rasa curiga.

            Tan Sri Hisyam tersenyum. Faham benar dengan soalan Berahim itu. Walau dalam maksudnya dia mengerti apa yang bergelodak dalam hati peon merangkap teman baiknya itu. Berahimlah yang banyak menyimpan rahsia cinta sulitnya dengan Zaimah dulu.

            “Boleh kamu selidik Nurin Kamila ini anak siapa?. Entah kenapa?. Bila saya perhati betul-betul mukanya, seakan iras Zaimah ada di situ”. Berahim sekadar menelan liur. Nampaknya Tan Sri Hisyam masih belum melupakan  Zaimah sepenuhnya. Walau Zaimah sudah hilang ditelan bumi pun dia masih tidak mahu mempercayainya. Kuat betul penangan cinta Zaimah pada majikannya itu. Kalaulah Puan Sri Khalida dapat tahu yang suaminya ini masih teringatkan bekas madunya. Alamat bakal meletuplah perang dunia ketiga. Berahim beristigfar pula dalam hati. Dia sekadar mengangguk. Menurut perintah dari big bosnya itu.

            “Hmm…lagi satu..kalaulah si Nurin tu bertanya pasal saya. Jangan pula kamu kata saya ni chairman di sini. Biarlah dia terus fikir saya ni kuli saja”. Berahim hanya menggaru kepala yang tidak gatal. Pelik pula permintaan big bosnya ini. Kalau orang lain, mahu dikhabarkan dialah yang paling berkuasa di Berjaya Corporations ini. Tapi lain pula gelagat Tan Sri Hisyam. Memang big bosnya ini merendah diri orangnya. Apakata orang… Mr.Humble. Berahim tersengih sendiri bila mengingatkan beberapa staf di sini memanggil Tan Sri Hisyam dengan gelaran Mr. Humble.


            Luqman Hakimi masuk ke Bangunan Berjaya Corporations dengan muka masam serupa asam kedut. Hari ini benar-benar menguji kesabarannya. Dengan karenah Andrea si muka opera dan karenah cik adik secretary yang bajet angel itu. Kalau tak difikirkan cabaran Andrea, memang hari ini Cik Nurin Kamila Hisyam itu bakal dipecat 24 jam. Namun disabarkan hati. Dia…si hotter guy mana boleh menyerah kalah. Tak mungkin muka hensem dengan duit berkepuk-kepuk tak dapat memikat hati setiausaha alias mantan salesgirl kampung itu. Jatuhlah standard sebagai anak hartawan…jutawan…usahawan serta keturunan pedagang terkenal sejak Zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Akhirnya dia menepuk dahi. Sedar diri sudah jauh tersasar. Habis diungkit segala keturunan. Semuanya  gara-gara cik adik yang mencabar kesabarannya itu.

            Dia menarik nafas beberapa kali. Wajah dimaniskan. Mood sakit hati segera ditukar kepada mood suka hati. Hendak mengadap muka Cik Nurin Kamila, kenalah buat muka sehensem mungkin.  Kaki baru hendak melangkah ke dalam perut lif dia di sapa peon Berahim, antara staf paling lama yang bekerja di syarikat ini.

            “Ada apa?”. Soalnya tidak beriak. Dia memang begitu. Depan staf yang dirasa tak setaraf memang dia bersikap dingin. Berahim yang memerhati hanya tersenyum di dalam hati. Memang anak chairman ini mengikut jejak ibunya. Sombong dan berlagak. Langsung tak seperti Tan Sri Hisyam. Jauh panggang dari api walau asalnya dari acuan yang sama.

            “Tan Sri dah masuk pejabat”. Jawab Berahim sekadar memberi informasi. Asalnya tak terlintas hendak menyampaikan khabar itu. Tapi memikirkan muka Tan Sri Hisyam yang keruh, Berahim sedar yang big bosnya itu kurang kasih sayang walau dikelilingi harta yang berkoyan-koyan.

Luqman Hakimi sekadar mengangguk tanda dia mendengar informasi dari peon syarikatnya itu. Langkah diteruskan masuk ke dalam perut lif. Langsung tidak diucapkan terima kasih pada Berahim. Senyum pun tidak. Berahim hanya mengangkat bahu bila anak big bosnya itu hilang ditelan perut lif. Memang serupa dengan perangai Puan Sri Khalida. Dia menggeleng pula.

Asalnya hendak masuk ke pejabatnya di tingkat 7 segera ditunda. Sebaliknya nombor 6 ditekan pada butang lif. Dia mahu bertemu dengan Tan Sri Hisyam.

“Memang degil betul orang tua ni. Suruh berehat sampai betul-betul sembuh. Nak juga datang pejabat”. Desisnya pula. Kaki dihayun ke arah bilik yang tertera nama chairman itu. Pintu diketuk sebelum tombol pintu dipulas.

“Ha…Luqman…” Sapa Tan Sri Hisyam bila terpandang wajah anak tunggal kesayangannya itu.
“Abah ni…kenapa masuk ofis. Abahkan tak sihat lagi. Patutnya rehat je kat rumah”. Luqman Hakimi sudah merungut. Sebenarnya tak mahu staf pejabat mengumpat dan mengeji yang mereka anak beranak tak prihatin dengan keadaan abah sendiri. Walau sakit-sakit masih ke pejabat.

“Abah dah sihat. Kaki pun dah tak bengkak. Lagipun abah bosan kat rumah. Datang pejabat boleh juga buat mana patut”. Balas Tan Sri Hisyam lembut. Luqman Hakimi hanya mengeluh. Memang abahnya degil tak boleh dilentur.

“Macamana deal dengan Nusantara?. Berjaya?”. Tan Sri Hisyam cepat-cepat mengubah topik. Tak mahu perihal dirinya diperbesarkan. Sengaja menukar tajuk perbualan. Luqman Hakimi sudah tersenyum. Terus dia menarik kerusi yang berada di depannya. Punggung dilabuhkan di situ. Serta-merta dia jadi bersemangat bila urusniaga dengan Nusantara Holding itu disoal abahnya.

“See the leg eh…Luke berjaya abah. 20 juta jadi milik kita”. Balasnya bersemangat. Tan Sri Hisyam sudah menadah tangan mengucap syukur pada rezeki yang dilimpahkan oleh ALLAH.

“Luke ingat nak buat majlis kesyukuranlah. Kita buat majlis tu kat rumah anak-anak yatim. Apa pendapat abah?”. Luqman Hakimi sambung kata lagi. Sebenarnya ini adalah salah satu strategi hendak mengambil hati cik adik Nurin Kamila. Ini juga idea dari setiausaha bajet angelnya itu.

“Err…betul?”. Tan Sri Hisyam menyoal seakan tidak percaya. Selalunya Luqman Hakimi punya otak sealiran dengan isterinya. Asal gembira mesti nak diraikan di kelab…parti-parti sampai lupa diri. Dia sudah mengucap syukur dalam hati. Nampaknya hidayah sudah menjenguk pintu hati anaknya. Dia gembira tidak terkata.

“Ish…abah ni. Luke sungguh-sungguh ni”.

“ALHAMDULILAH. Abah setuju sangat-sangat”. Tan Sri Hisyam sudah senyum sampai ke telinga. Hati tak terkira gembira dengar ayat yang keluar dari mulut anak tunggalnya itu.


Aku memerhati bingkai gambar yang terletak di atas meja kerjanya itu. Entah kenapa tangan aku gatal je hendak mengambil bingkai gambar yang tertera wajah bajet hensemnya yang tersenyum macam coklat Cudbury itu. Aku tenung dalam-dalam. Aku perhati setiap inci wajah lelaki ini. Sedang mencari di mana tarikannya yang kadangkala bisa buat hatiku luruh tatkala memerhati wajahnya dalam diam. Aku senyum sendiri. Gatal tahap gaban. Dalam marah-marah aku pada sikapnya, ada juga rasa suka. Hai Nurin…tak akan dah jatuh hati kut. Tak takut kena mandi bawah jambatan.

“Ehem…ehem…” Kus semangat aku apabila terdengar suara garau lelaki sedang berdeham di belakangku.

“Opocot mak hang!”. Serentak itu aku melatah. Terkejut. Hilang terus kecomelan aku. Nasib baik tak sampai bingkai gambar itu terjatuh dari peganganku. Secepat kilat aku letak semula bingkai gambar itu di meja kerjanya. Kemudian aku kalih tubuh untuk melihat siapa gerangannya yang berani-berani terjah ke bilik bos tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

“Hai!”. Dia sudah sengih sambil angkat kening. Nak je aku jeling sampai terkeluar biji mata. Tapi memikirkan yang sedang tersengih itu adalah tuan punya pemilik bingkai gambar yang aku pegang tadi. Hilang terus rasa marah. Sebaliknya aku pula yang terkebil-kebil. Takut dia perasan apa yang aku buat semasa sibuk men’scan’ bingkai gambar tadi.

“Bos!”. Aku sebut panggilan itu dengan tenang. Walau pura-pura tenang, tapi ada kegugupan dalam suara aku. Dia tayang sengih. Hmm…manis macam coklat Cudbury. Sempat lagi otak membuat analisis.

“Cik adik buat apa dalam bilik saya?”. Dia menyoal. Lega aku rasa bila dia tanya begitu. Maksudnya dia tak tahulah yang tadi aku sibuk merenung gambarnya.

“Err…tak buat apa bos. Kemas meja bos. Lap apa yang patut”. Balas aku bersahaja. Dia angkat  kening lagi. Cara angkat kening macam tak percaya je alasan yang kuberi.

Dia terus melangkah lalu duduk di tempatnya. Aku terus ke posisi biasa. Berdiri tegak di hadapannya sambil menanti arahan dari dia. Walau hati masih ada rasa marah mengingatkan apa yang berlaku pagi tadi. Namun memikirkan kata-kata Shira, aku leburkan rasa marah itu. Yalah…siapa aku hendak marah pada bos. Lagipun itukan duit dia. Lantak dialah nak buat apa, walau apa yang aku sarankan, sah-sah dia dapat mengutip pahala.

Dia angkat muka. Pandang aku macam nak telan. Cara pandang macam scan tubuhku pun ada juga. Hati dah mula rasa tak sedap. Hish…bos ni gatal juga. Lepas ni tak nak dah pakai baju kebaya nyonya. Nanti banyak lagi 18 sx yang keluar dari otaknya. Cik Nurin sayang!...Jangan fikir bukan-bukan. Be positive okay?. Bos tak adanya nak scan sambil keluar 18sx dari otaknya. Hang tu sapa yang dapat gegarkan imannya? Perasan tul. Bukan tadi hang ka yang scan gambar dia sampai keluar 18sx dari otak?...Hisy…

“Cik Nurin…saya minta maaf pasal pagi tadi!”.

“Hah?”. Serasa tak percaya. Dah dua kali dia minta maaf. Sekali masa kes di tempat parking. Kali ini pula pasal kes pagi tadi.

“Saya minta maaf”. Dia ulang lagi. Sambil mata tenung aku. Gementar kepala lutut. Tengok riak mukanya. Alahai…bisa buat aku cair.

“Err…saya pun minta maaf bos”. Balas aku.

“Patutnya saya tak boleh memandai keluarkan idea tu. Duit bos..hak bos untuk buat macam mana?”.

“Tak apa…Nurin. Idea awak baik sebenarnya. Idea untuk saya mencari pahala. Betul kata awak, saya yang banyak duit ni patutnya bersedekah. Hulur bantuan pada yang memerlukan”. Mak aih!...Sikit lagi bukan je cair. Rasanya lebur terus dengar ayat yang keluar dari mulutnya.

3 comments:

  1. wow ! Jeng jeng jeng..
    Nurin n lukman sdra se bpk kew?
    OH MY GOD !
    Cpt smbung ek. Hihihii

    ReplyDelete