Friday, 26 April 2013

Mr.Hotter Guy Bab 11


Bab 11
“Sayang apa khabar denganmu. Ku tunggu panggilan telefon darimu. Ku rindu pada suara indahmu…sayang dengarlah permintaanku…jangan ragukan cintaku”.

            “Nurin…sudah-sudahlah melalak tu. Tak ada sedapnya suara hang. Macam katak panggil hujan adalah”. Shira sudah mengetuk berkali-kali pintu bilik mandi. Aku yang sedang menyabun badan terhenti sekejap mendengar bebelannya itu.

            “Biar pilah…sedap ka buruk macam suara katak ka…hang peduli apa?”. Aku teruskan juga impian menjadi penyanyi bersuara katak. Shira masih lagi ligat mengetuk pintu bilik air.

            “Ish…cik Shira oii…tak boleh ka bagi aku mandi dengan aman sekali?”. Aku kalut menyoal pula. Rasanya hilang keseronokan mandi sambil menyanyi kerana diganggu Shira berkali-kali.

            “Ada orang telefon. Katanya urgent”. Shira sudah terjerit-jerit di balik pintu bilik mandi.

            “Tak boleh ka hang kata aku tengah mandi. Awat? Payah sangat ka nak habaq kat orang tu…tak akan tak faham kot”. Aku sudah bersuara tinggi. Walau bilik air ini sejuk dan badan aku pun sejuk…tapi dek diganggu panggilan telefon dari siapa entah…cepat benar buat mood seronok aku bertukar menjadi mood nak keronyok muka si entah berantah tu. Aku membuka sedikit pintu bilik mandi. Shira sudah tersengih sambil memegang telefon Nokia murah aku.

            “Aku dah cakap kau mandi. Dia nak juga cakap dengan kau”. Segera aku rampas telefon dari genggaman Shira. Nak je aku sumpah seranah orang yang tak faham bahasa ini. Menganggu saja aku nak bersenang lenang di pagi minggu yang ceria ini.

            “Assalammualaikum”. Aku sapa dengan suara yang nyaring. Harapnya orang di sebelah sana tahu yang aku tengah marah.

            “Hai…baru mandi ke? Dah tengahari ni”.

            “Siapa ni?” Aku soal lagi. Mamat malaun mana pula yang menganggu ketenteramanku untuk mandi walau matahari sudah menginjak di atas kepala.

“Ishy…anak dara apa…tengahari baru nak mandi. Cancel nak buat isteri.” Ish…aku sudah panas satu badan. Dahlah mamat malaun ini tak kenalkan diri. Sempat lagi nak bagi ceramah tak laku pada aku. Bikin berasap satu badan rasanya.

“Hoi…biaq pi kat akulah nak mandi tengahari ka, esok malam ka?..Hang sapa nak kacau aku. Tek reti bahasa ka?”. Hmmm…akhirnya keluar sudah bahasa yang tak sedap didengar aku bebelkan. Semuanya gara-gara marahkan mamat malaun ini.

“Cik adik…boleh abang mandi sekali?”…Suara malaun itu bernada romantik di perdengaranku. Segera aku menelan liur.

“Aiyarkkkk…..!”. Aku sudah menjerit separuh hysteria mendengar suara lelaki di hujung sana. Kenapalah mamat kaya bajet hensem a.k.a bos aku boleh telefon di saat-saat ini. Aku terdengar lagi suaranya yang sudah separuh ketawa itu. Mesti dalam kepala otaknya sekarang sedang memikirkan aku yang tengah mandi. Segera aku matikan terus telefon Nokia 200 itu. Lalu aku serahkan kembali pada Shira yang masih menanti aku di balik pintu sudah terjegil biji matanya.

            “Apa hal pula yang terjerit macam kena sampuk?”.

            “Bos giler telefon..” Balas aku seraya menutup pintu bilik mandi. Mood nak mandi segera berterbangan entah ke mana. Semuanya gara-gara panggilan telefon dari mamat kaya bajet hensem tu.

            
LUQMAN Hakimi ketawa berdekah-dekah setelah menekan butang merah pada Galaxy Note II itu. Tak sangka begitu sekali marahnya cik adik di sana. Sebenarnya tak ada sedikit niat pun hendak menganggu secretarynya di hujung minggu ini. Entah kenapa tangannya gatal saja menekan nombor milik Nurin Kamila tatkala  telefon pintar itu berada di dalam genggamannya. Dia senyum puas selepas berhenti ketawa sebentar tadi. Rupanya cik adik bajet angel tu pun kategori anak dara malas juga. Matahari sudah terpacak di kepala, baru hendak mandi.

            Dia senyum lagi. Kelibat Mokhtar masih lagi belum kelihatan. Nampaknya dia terlebih awal sampai di First Target Gymnasium ini. Ada agenda yang perlu dibincang dengan Mokhtar mengenai  majlis kesyukuran yang hendak dilaksanakan Berjaya Corporation nanti. Almaklumlah Mokhtar amat peka dalam urusan sebegini. Kalau tidak, tak adalah syarikat milik Mokhtar antara syarikat perancang majlis tersohor di ibu kota ini.

            Dia mengangkat dumbbell menggunakan sebelah tangan. Mulut masih lagi tersengih kerana otak masih teringat-ingat suara nyaring cik adik sayang tengah marah.

            “Hai…dari jauh sengih je. Ada yang menarik ke?”. Entah dari mana Mokhtar sudah menyergah dia dari belakang. Dumbbell yang dipegang hampir saja terlepas dari tangan. Segera dia berpaling. Terlihat Mokhtar sedang tersengih.

            “Kau ni pun. Kalau nak tegur tu bagi salamlah dulu. Ni main sergah je”.

            “Asalammualaikum!”. Mokhtar membalas dengan sengihannya.

            “Dah lama sampai. Janji pukul 11 pagi. Awal pulak kau datang?” Mokhtar sambung kata lagi.

            “Saja aku datang awal.” Balasnya ringkas.

            “So…apa hajat kau nak jumpa aku?”. Mokhtar terus bertanya kepada perkara yang hendak dibincangkan. Semalam lagi Luqman Hakimi sudah memberitahu seba sedikit mengenai tujuan mereka hendak berjumpa pagi ini.

            “Pasal jamuan kesyukuran untuk anak-anak yatim”. Mokhtar sudah mengangkat kening sebelah. Hairan pula bila mendengar hajat Luqman Hakimi. Memang lain benar dari kebiasaan.

            “Hai…mr.hotter guy mimpi apa semalam?. Tak pernah sepanjang aku kenal kau  berminat pulak nak involve dalam majlis-majlis mengutip pahala macam ni”. Mokhtar sudah menyoal pelik. Luqman Hakimi sekadar tersengih. Gaya cakap Mokhtar terasa menyindir pun ada.

            “Ooo…semalam aku mimpi bulan jatuh ke riba.” Dia membalas sinis. Giliran Mokhtar pula   tersengih-sengih kerana diperli begitu.

            “Isy…kau ni pun. Janganlah perli aku pula. Patutnya kau bangga apa…aku si hotter guy bff kau ni dah mula nak involve dalam majlis mengutip pahala ni”. Mokhtar yang tadinya cuma tersengih sudah bantai ketawa pula. Terasa lucu melihat roman wajah si hotter guy yang bersungguh-sungguh mempertahankan niatnya. Mokhtar hanya mengangkat kening dua belah. Rasa nak percaya dengan tak percaya sama banyak saja bermain di benaknya.

            “Aku ni macam tak berapa nak yakin dengan niat kau. Bukan aku kenal kau sehari dua tahu. Sejak dari kolej sampai ke UK aku kenal kau. Macam tak percaya je. Kau ni bukan saja-sajakan berminat dalam hal-hal macam ini. Mesti ada something?”. Mokhtar sudah melurut kening pula. Luqman Hakimi sudah tersenyum kelat. Nampak sangat dia tak pandai nak berbohong. Mokhtar saja yang pandai membaca isi hatinya. Membaca sama ada niatnya telus atau tidak.

            Akhirnya Luqman Hakimi cuma ketawa. Mokhtar hanya menggeleng. Faham benar Luqman Hakimi mempunyai niat tersembunyi.

            “Cuba kau cakap…kali ni nak tackle siapa pula yang tetiba nak anjur majlis kesyukuran untuk anak-anak yatim ni?”. Mokhtar sudah menyoal. Kalau bab-bab nak mengorat, Luqman Hakimi si hotter guy yang sah-sah gila sosial sanggup menukar status menjadi ala-ala ustaz asalkan targetnya tercapai.

            “Nurin Kamila”.

            “Siapa pula Nurin ni?”. Mokhtar mencemik. Tak pernah pula dia mendengar nama Nurin Kamila. Hmm…awek baru si hotter guy ke?

            “My secretary. Aku dah terjebak sebenarnya.” Luqman Hakimi membalas malas. Bila wajah Andrea muncul di matanya. Segera dia menarik nafas panjang.

            “Wooo…terjebak?. Macam best je. Cer cite?”. Mokhtar pula yang tidak sabar hendak mendengar si Luqman Hakimi berkisah bagai.

            “Andrea!...she want me to play the games.”

            “Games?”. Mokhtar sudah kerut dahi. Hai…permainan apa pulak.

            “Kalau aku tak dapat tackle si Nurin tu dalam tempoh 6 bulan, maka Andrea akan jadi tunang aku dan my future wife”. Luqman Hakimi mengeluh lagi.  

            “Habis tu? Teruskan ajelah. Apsal? Si hotter guy tak yakin ke?”. Mokhtar pandang dengan wajah selamba. Jarang benar dia mendengar Luqman Hakimi mengeluh sebegini. Seingatnya, bagilah apa jenis dan bagaimana orangnya gadis itu. Cepat saja Luqman Hakimi sahut cabaran tanpa berfikir lagi. Dia ingat sangat sejak zaman mereka di kolej lagi, playboy dan miangnya si Luqman Hakimi itu tak pernah surut sehingga membawa  ke UK.

            “Yang ni susah sikit…gadis kampung lain sungguh gayanya”.

            “Hmm…tak susah manapun. Suraya dulu pun gadis kampung jugak. Anak Pak Imam lagi. senang je jatuh melutut kat aku”. Bangga pula Mokhtar menuturkan ayat itu. Giliran Luqman Hakimi pula mencemik. Bukan dia hendak menyerah kalah sebelum berjuang. Namun kali ini yang hendak dipikat bukan calang-calang gadis. Malah dia belum pernah pun ada pengalaman mengorat gadis kampung.

            “Kalau tak susah sangat, cer cite kat aku…apa kaedah kau guna yang dapat buat Suraya melutut di kaki kau”.

            “Kacang je…aku praktik 3 kaedah. Pertama gold and diamond. Kedua hug and kiss. Ketiga sleep tight”. Luqman Hakimi sudah terkerut-kerut dahi. Apa kaedah yang dipraktik Mokhtar. Pelik benar bunyinya. Namun walau kedengaran pelik, hati tak sabar hendak mengetahuinya.

            “Kaedah pertama…”Mokhtar sudah melurut dagunya pula. Mata asyik merenung Luqman Hakimi yang seakan tidak perpijak di bumi yang nyata lagi.

            “Woit…kau nak berangan ke nak dengar kaedah yang aku nak cerita ni”.

            “Isy…boleh percaya ke dengan kaedah kau ni. Macam mengarut je. Bodoh pun ada jugak”. Ulas Luqman Hakimi seperti tidak yakin. Mokhtar sudah menjegil matanya. Marah mendengar ulasan yang dituturkan kawan baiknya itu.

            “Kau dengar dulu dan praktik. Jangan cakap idea aku ni bodoh kalau kau tak cuba dulu”. Balas Mokhtar tegas.

            “Aisyeh…jangan marah kawan. Aku gurau je”. Luqman Hakimi cepat pula mengendurkan suaranya bila nada suara Mokhtar sudah lain macam.

            “Kau praktik kaedah pertama dan kedua dulu”.

            “Kaedah ketiga?. Kenapa tak boleh praktik semua sekali?”. Luqman Hakimi soal bersahaja.

            “Kaedah ketiga kalau kau nak buat dia bini. Kalau nak main-main kaedah ketiga tak sesuai.”

            “Boleh pulak macam itu?”.

            “Tentulah…aku praktik kaedah ketiga itu bila aku betul-betul nak buat Suraya bini aku.”

            “Jadinya…Suraya tu kau nak buat bini ler?”

            “Yup…Hujung tahun ni kalau tak ada aral. Suraya tu bakal jadi bini aku”. Mokhtar balas yakin. Luqman Hakimi sudah mengangkat kening. Dahsyat juga kaedah yang diberikan Mokhtar. Walau kedengaran mengarut, dalam hati terdetik juga hendak mencuba. Mana tahu alang-alang mencuba tak sampai 6 bulan, cik adik sayang Nurin Kamila bakal melutut dikakinya. Hati sudah tidak sabar untuk menunggu detik itu.


7 comments:

  1. aiyakkk......
    apa daa....rancangan jahat tu....
    agak2 nya hotter guy tu bukan ank tan sri kot,
    mesti ank luar nikah puan sri tu...kn kn kn....

    ya cik writer sila sambung.....sila sila.....

    x sabo nk tahu next ni.....

    ReplyDelete
  2. Next entry please..tak sabar tak sabar

    ReplyDelete
  3. Awww..xrela kalau luke dgn nurin adik beradik..please jangan..sobsob..

    ReplyDelete
  4. Fuhhh..lamanya nk tunggu entry baru...jalan cite smakin best n mendebarkan...tak sabar utk next chapter....

    ReplyDelete
  5. bila nak continue ni...lamanya nk tunggu...mhg ni bukan anak tan sri kot n nurin ni yg anak tan sri agaknya...ngeee...

    ReplyDelete