Bab 8
Luqman Hakimi hanya memerhati saja
kelibat setiausaha comelnya itu
melangkah pergi tanpa menoleh lagi padanya. Hati memang berasap tahap terbakar
skala besar dan bakal rentung dalam 5 minit lagi. Dia mendengus. Tak pernah
sepanjang hidupnya, seberani itu seorang perempuan membantah cakapnya. Makanan
yang dipesan sedia terhidang elok di meja makan. Hilang selera hendak menjamah
dek kerana selesai bertengkar dengan setiausahanya itu. Nak je dia balik ke
pejabat dan arahkan Puan Liza Ketua Setiausaha Berjaya Corporation taipkan
surat pemecatan jawatan Nurin Kamila Hisyam itu berkuatkuasa serta merta.
“Hai…sorang je?”. Dia panggung
kepala melihat siapa gerangan yang menegurnya itu. Andrea senyum sinis dengan
wajah bermekap tebal. Salah satu trademark pelakon filem yang tengah naik itu.
Luqman Hakimi terasa rimas. Sudahlah hatinya berasap belum lagi hendak surut
asapnya, ditambah pula melihat wajah Andrea yang serupa pelakon opera Cina itu.
“May I?”. Tanpa sempat dia membalas,
Andrea sudah melabuhkan punggung duduk setentang dengannya. Luqman Hakimi hanya
senyum kelat. Bolognese Carbonara yang sedia terhidang dikuis sedikit dengan
garfu. Patah selera kerana menahan sakit bertengkar tadi. Sekarang hilang
selera terus gara-gara menatap wajah opera Cina milik Andrea.
“Bagus…dah maju setapak!”. Dia
pandang wajah Andrea dengan dahi berkerut. Andrea buat wajah selamba lalu
menyisip sedikit air sirap laici yang sudah di depan mata. Luqman Hakimi masih
memandang dengan seribu persoalan. Apa yang bagus? Apa yang maju?. Dia
berteka-teki pula.
“Maju setapak sebab keluar dengan
salesgirl tu?”. Andrea mencebik. Luqman Hakimi menarik nafas. Oh…hal itu
rupanya untuk pujian yang Andrea berikan tadi.
“She not salesgirl anymore. But my
secretary right now”. Kali ini Andrea pula yang melopong. Tak sangka, maju
betul. Dari salesgirl dah naik pangkat jadi secretary. Merah sedikit telinganya
kerana menahan cemburu.
“So…cabaran I tu macamana? Masih
berjalan?”.
“Yup. Dengan jayanya. U tak nampak
yang dia dah sudi keluar makan dengan I”. Luqman Hakimi sudah senyum. Andrea
sekadar menjeling. ‘Ingat aku bodoh, tak nampak apa yang berlaku tadi’. Andrea
bermonolog pula.
“Dahlama I perhatikan. Bukan U
bertengkar dengan dia ke?”. Luqman Hakimi terkebil-kebil. Agaknya sandiwaranya
tadi dengan Nurin sudah sampat tahap mana diperhatikan Andrea. Dia kalut
berfikir pula.
“I nak perbaharui cabaran”. Luah
Andrea. Luqman Hakimi sedikit kusut. Bukan senang hendak pikat Nurin Kamila
itu. Ajak makan pun dah liat, banyak pantang larang. Inikan pula nak teruskan
langkah ke fasa seterusnya. Namun bila mata bertembung dengan wajah opera Cina
milik Andrea, cepat benar semangatnya datang. Semangat berjuang sampai dapat!.
“Apa?”. Dia menyoal tidak sabar.
“U knows?. U lovely mom dah masuk
meminang I”. Andrea sudah menguntum senyum. Luqmah Hakimi pula yang rasa nak
pengsan dengar apa yang diluahkan Andrea. OMG!...dia sudah mengeluh dalam hati.
“But…I minta tangguh sampai hujung
tahun ni. That means ada 6 bulan lagi”. Luqman Hakimi menarik nafas lega.
Syukur! 6 bulan…macam-macam boleh jadi.
“So..apa kaitannya?”.
“I nak U pikat salesgirl kampung tu,
bukan setakat dia jadi girlfriend. Malah I nak dia jadi tunang U. 6 bulan I
bagi tempoh pada U. Kalau gagal…maksudnya I yang menang cabaran ini. Automatiknya
I yang jadi tunang U”.Luqman Hakimi sudah menelan liur. Dalam hati sudah
berkira-kira hendak memecat Nurin Kamila. Tak sangka pertaruhan dengan Andrea
menjadi sengit. Nampaknya berkubur saja hajatnya itu.
Hmm…nak
buat macamana? Nampaknya terpaksalah ikut cakap cik adik sorang tu. Akhirnya
dia yang kena mengalah. Mati-matian mereka berdebat alias bertengkar tadi.
Akhirnya dia kena akur pada kata-kata cik adik secretarynya itu. OH…what the
hell!. Dia sudah menyumpah. Tapi bila mata terpandang wajah opera Cina milik
Andrea. Cepat benar dia mengubah hala. Teruskan saja. Mengalah demi untuk
melepaskan diri dari si muka opera yang berada didepannya ini. Dia mendengus lagi.
“Ok…done…”
Akhirnya dia setuju untuk ke sekian kalinya.
Dia bangun dari kerusi lalu tinggalkan beberapa keping wang di atas meja
sebelum berlalu pergi. Dia biarkan saja Andrea menghabiskan makanan yang sudah
dipesan. Hati masih sebal. Patutnya, Nurin Kamila yang menemankannya makan
bukan Andrea. Dia melangkah pergi tanpa menunggu Andrea lagi. Memang dia ingin
cepat pergi dari situ. Tak sanggup nak pandang lama-lama muka opera Cina itu.
Bergegas aku masuk ke dalam perut
lif tatkala pintu itu terbuka. Nasib baik masih awal. Sempat lagi untuk aku
makan dan solat. Harapnya Shira masih menungguku di bilik fail untukku ajak
keluar makan. Muka masih lagi mencuka. Geram dengan apa yang dilalui tadi.
Memang mamat hensem tu kerek. Betul kata Kak Liza. Sumpah lepas ni tak nak aku
pandang wajahnya lagi. Dalam mimpi pun tak ingin!. Tiba-tiba aku seperti
tersedar sesuatu. Nurin…chek dah lupa ka chek tu kerja ngan sapa?!!...Haila
macamana boleh lupa akukan secretary mamat kaya bajet hensem tu. Aku tarik
nafas dalam-dalam. Kemudian hembuskan perlahan. Aku sedut nafas lagi. Kemudian
hembus, kena selalu praktik begini kalau tidak alamat bakal dapat darah tinggi
sebelum waktunya…
Bila dengar ada suara orang terbatuk
di belakangku baru aku sedar yang aku bukan keseorangan di dalam perut lif ini.
Aku kalih belakang. Lelaki tua baya-baya pakcik tukang sapu itu senyum pada
aku. Eh…rasa macam pernah jumpa?. Aku pandang dia lagi, kemudian mata beralih
ke kakinya yang berbalut. Ha…tiba-tiba ingatanku kembali normal.
“Eh…pakcik bilik wudukkan?”. Aku
soal. Pantas lelaki itu mengangguk. Hari ini nampak dia berlainan sekali. Dah tak
serupa peon dengan baju kot yang tersarung di badan. Dah serupa Chaiman pulak
aku tengok.
“Pakcik sihat?. Macamana kaki tu?”.
Ramah betul aku menyoal. Lelaki itu senyum lagi. Kalau tengok cara dia senyum
dah ada iras aku pulak. Hailah…apa ke hal aku melalut yang bukan-bukan ni.
Nurin…Jangan perasan!
“ALHAMDULILAH. Dah okey…lepas urut
dah tak bengkak. Hari ini dah boleh masuk kerja”. Balasnya ramah.
“Anak ni baru kerja sini ke? Tak
pernah nampak pun sebelum ni”.
“Aha…pakcik. Baru masuk seminggu.
Setiausaha Encik Luqman Hakimi”. Jawabku ramah. Baru nak memanaskan enjin
keramahanku lif berdeting tanda aku sampai ke tingkat 7. Terpaksa aku padamkan
enjin keramahan. Tak apalah masih banyak waktu. Nanti boleh berborak lagi.
“Saya minta diri dulu ye”. Pintaku
sebelum melangkah keluar. Dia mengangguk pula. Pintu lif tertutup semula.
Kesian pula aku tengok. Kaki masih berbalut pun datang kerja. Tentu pakcik tu
orang susah. Anak-anak tak ada yang nak jaga. Kalau tidak, kenapa datang kerja
jugak walau kaki dah berbalut macam itu. Hmm…banyak betul persoalan yang
bermain di otakku ini. Nampaknya lepas ni kena selalu berbaik-baik dengan
pakcik tu. Kesian! Sekurang-kurangnya dapat juga aku merasa adanya seorang
ayah.
Kaki terusku hayunkan ke bilik fail.
Tentu Shira masih menunggu di situ. Nasib baik Shira belum keluar makan lagi
saat aku telefon tadi. Kalau tak, terpaksa aku tapau lagi. Kalau tak disebabkan
mamat kerek itu. Tentu sekarang aku sedang melantak dengan lahapnya Bolognese
Carbonara yang kupesan saat bersamanya itu.
“Syukur. Nasib baik kau tunggu.
Kalau tak…terpaksa tapau”. Shira hanya tersengih.
“Pagi tadi yoyo o…keluar makan
dengan bos. Apsal tetiba tak jadi?”. Soal Shira semula. Mata tak habis
merenungku. Aku pula buat muka selengai. Malas nak cerita. Perut lapar, mood
nak berborak lambat benar nak mari…
“Lepas makan…aku cerita dari A
sampai Z. La ni jom kita makan. Dah lapaq”. Kataku dalam loghat Kedah sambil
menepuk perut. Shira tidak terkata apa. Sebaliknya kakinya sama rancak
melangkah seiring denganku untuk ke Restoran Umi yang terdapat di seberang
jalan bangunan Berjaya Corporations ini.
“Aku sarankan kat bos minta dia buat
majlis amal kat rumah anak-anak yatim. Atas kesyukuran sebab tender RM20 juta tu
jadi milik Berjaya Corporation”. Aku mula bercerita setelah kami selesai
membalun sepinggan nasi campur tadi. Shira hanya mengangkat kening mendengar
cerita aku. Mungkin tidak menarik kut.
“Habis tu..dia tolak?”. Soal Shira.
Laju aku mengangguk.
“Biarlah…itukan duit
dia. Yang kau nak arah-arah dia tu apsal”. Sambung Shira pula.
Hmm…betul juga kata
Shira. Itukan duit dia. Ikut dialah nak buat apa. Tapi aku sarankan benda baik
dari ikut kepala otak dia yang asyik nak bermaksiat je. Amboi…bahasa!. Sedar
diri dah terlajak kata.
“Cadangan aku okey apa?…daripada
ikut kepala otak dia tu. Ada pulak nak buat party…nyanyi-nyanyi kat kelab
malam. Nak raikan kejayaan. Bukan maksiat ke semua tu?”. Aku mula nak tegakkan
kebenaran. Shira hanya tergeleng-geleng kepala.
“Idea kau bagus. Baik. Suci. Murni”.
Kembang pula dengar pujian Shira.
“Tapi kau kena sedar diri. Dia tu
bos…kita ni kuli. Kalau nak sampaikan hasrat murni kau sekalipun kena tengok
orang. Tak pasal bakal hilang kerja ni”. Shira dah mengingatkan. Aku pula yang
tergeleng-geleng kepala. Kenapa eh…susah betul nak minta orang buat kebaikan?
Dapat pahala apa?”
“Lagi satu…kalau nak minta orang
buat baik…bukan boleh paksa terus. Kena ambil masa. Bersabar!”. Kali ini Shira sudah
berceramah pada aku. Hmm…betul jugak. Kali ini aku pula yang rasa bersalah. Nak
suruh orang buat baik... tapi salah caralah pula.
“Tapi yang buat aku berasap, bukan
pasal idea aku dia tolak. Dia ajak aku temankan dia ke kelab malam. Apa dia
ingat aku perempuan jenis itu…jenis…” Kata-kataku mati di situ. Dah tak sanggup
nak teruskan. Kalaulah aku tahu dari awal niat dia, tak mahu aku temankan dia
makan. Nasib baik aku cepat angkat kaki dari situ. Ingatkan dia bakal jadi
Mr.Humble. Nampaknya angan aku akan terus jadi angan-angan kosong. Tak ada
maknanya mamat kaya bajet hensem plus kerek tu nak jadi Mr.Humble.
Kak lama juga x update.
ReplyDeleteSuka novel ni....lama gak nk tunggu entry baru...
ReplyDeleteklau mr.hotter huy dgn nurin ade ayah yang sama...mana mungkin dia orang nak bercouple? ahh...dah tak sbr2 nak bace lagi. bilek nk luanch nvl ni kak?
ReplyDeletelambat lagi...akak baru nak masuk bab11...maybe lambat lagi nak siap...coz sekarang ni otak akak sedikit tepu...itulah yang suspensnya...adakah Nurin dan mr.hotter mempunyai ayah yang sama...kite tunggu...
ReplyDelete