Friday 15 February 2013

Mr. Hotter Guy Bab 6


Bab 6
            “Abah tak apa-apa?”. Soal Luqman Hakimi  melihat kaki abahnya yang berbalut itu. Tan Sri Hisyam menggeleng.
            “Kenapa tak pergi kerja?”. Soal Tan Sri Hisyam pula. Pelik, bila melihat Luqman berada di rumah.
            “Lepas dapat tahu abah jatuh, terus saya balik rumah. Macamana boleh jatuh?”.
            “Tergelincir masa nak ambik wuduk tadi”.
            “Abah solat kat tempat stafkan?. Bilik solat abah dah begitu luas dan selesa, kenapa nak pergi ke tempat staf pula?”. Luqman Hakimi sudah bercekak pinggang. Sebenarnya radang dengan sikap terlebih prihatin abahnya. Dah ada tempat yang selesa mahu juga berkongsi dengan staf.
            “Abah kalau boleh nak solat berjemaah. Barulah dapat eratkan ukhuwah dengan staf yang ada”. Begitu humble jawapan yang diberikan Tan Sri Hisyam. Dia memang begitu, kalau boleh sentiasa mahu dekat dengan pekerjanya sendiri. Barulah kemesraan itu terjalin dan kerja pun menjadi mudah. Luqman Hakimi hanya terdiam. Dah tak tahu hendak cakap apa lagi.
            “U ni kenapa? Dah tua-tua tak reti nak berhati-hati?”. Tiba-tiba muncul Puan Sri Khalida dengan wajah cemberutnya. Tan Sri Hisyam hanya mengeluh. Kalau dah begitu cara isterinya berbicara. Mesti ada urusannya yang tergendala barangkali.
            “Benda nak jadi Ida. I pun tak minta?”. Balas Tan Sri Hisyam.
            “I ni tengah meeting dengan kawan-kawan I kat kelab. Kalau tahu tak adalah teruk mana. Tak payah I  terkocoh-kocoh balik”. Selamba Puan Sri Khalida mengherdik. Tan Sri Hisyam hanya memejam mata. Sakit kakinya tak seberapa jika nak dibanding apa yang diucap isterinya itu begitu menyakitkan jiwa. Semenjak berkahwin sehingga sekarang, layanan isterinya amat buruk sekali. Tiba-tiba bayangan Zaimah muncul diruang ingatannya. Kalau Zaimah, tentu indah sekali layanannya. Timbul penyesalan dalam hati.
            “Kenapa mama tak pernah layan abah dengan baik. What happen mom?”
            “Abah kau ni memang tak harus layan dengan baik. Biar dia rasa!”. Puan Sri Khalida sudah melangkah keluar dari bilik utama mereka. Lebih baik dia ke kelab semula. Sambung kembali agenda yang tergendala dari layan suami yang memang menyakitkan hatinya sejak dulu lagi. Bila ingat perkara silam cepat saja hatinya membara. Luqman Hakimi pula yang pening dengan tingkah kedua ibu bapanya. Sejak dia kecil lagi,  memang kedua orang tuanya tak boleh berbaik.
            Luqman Hakimi beredar dari bilik abahnya bila dia pasti keadaan Tan Sri Hisyam sudah semakin pulih. Dia merebahkan badannya diatas katil bersaiz kingnya itu. Kedua-dua tangan sudah menampung kepalanya. Mata merenung syiling. Tapi fikiran sudah melayang entah ke mana. Sedetik dia teringat wajah menyinga secretary barunya. Memang comel bila dia marah. Dengan alis tebalnya, bulu mata lentiknya, hidung mancung, kulit mulus. Cukup sempurna kecantikannya sebagai seorang yang diciptakan untuk lelaki sepertinya.
Dia senyum pula andai wanita itu menjadi mainannya. Mengisi masa lapang kekosongan hatinya. Juga menjadi teman penghiburnya. Tapi dia tahu itu semua sangatlah mustahil. Gadis ini berbeza personalitinya dengan kebanyakan gadis yang pernah mendampinginya. Bila fikirkan cabaran Andrea, cepat saja dia berasa panas. Dia tak boleh berputus asa. Dia kena mendapatkan gadis itu walau menggunakan taktik kotor. Dia tidak boleh kalah pada Andrea.
Segera dia bangun dari perbaringan, mula melaksanakan misi pertama. Mengintip pergerakan secretary barunya itu.


Aku mengucap syukur sangat-sangat. Si mamat kaya bajet hensem tu tak masuk ofis semula lepas keluar rehat tadi. Urgent katanya. Lapang dada aku. Tak adalah nak panas hati  ingat apa yang dia buat tengahari tadi.
            Kalau dah tak ada kerja ni, kena cari kerja jugak. Tak boleh duduk saja. Nampak sangat hari pertama malas. Hmm…nak buat apa ye?. Meja aku dah siap kemas. Lengkap dengan  dekorasi ikut mood aku. Baik pergi bilik fail, baca apa saja maklumat berkaitan syarikat. Tak la nanti jadi ayam berak kapur, apapun tak tahu. Baru berkira-kira nak melangkah pergi dah kena panggil dengan Puan Liza.
            “Ada apa Puan Liza?”.
            “Nurin tak busykan?”. Pantas aku menggeleng.
            “Boleh taipkan iklan perjawatan untuk kerani fail?. Lepas ni tolong hantar ke HR!”. Peluang kerjaya untuk Shira ni. Aku senyum pula. Kalau offer terus kat Shira tak payah bazir masa dan tenaga untuk iklankan jawatan ini.
            “Hmm…er…Puan Liza?” Kenalah berformal dah urusan kerja.
            “Kalau saya bagi pendapat sikit boleh?”. Ewah hari pertama kerja dah pandai nak beri pendapat. Sebenarnya lebih kepada nak tolong kroni. Puan Liza sudah serius tatap muka aku. Tak sabar barangkali nak dengar pendapat aku.
            “Kalaulah jawatan kerani ni dah ada calon, nak kena iklan juga ke?”
            “Oh…ingat apa tadi. Kenapa?. Nurin ada kawan yang layak ke?”. Laju aku angguk untuk soalan Puan Liza itu.
            “Senang macam tu. Memang kita perlu sangat kerani fail, kerani fail yang ada dah berhentilah pulak. Akak pun tak faham?. Sekarang musim orang berhenti kerja kat syarikat ni ke?”. Tetiba Puan Liza boleh keluar statement itu. Aku juga yang garu kepala. Tak tahu nak jawab apa.
            “Esok boleh bawa dia masuk kerja. Nanti pergi ke HR minta dia orang taipkan surat lantikan. Katakan arahan Puan Liza”. Nak je aku peluk Puan Liza masa tu juga. Mesti Shira seronok dapat kerja kat sini. Tak adalah penat di Kedai Cenderamata Heart lagi. Dahla gaji ciput kerja serupa lipas kudung. Kalau rehat sekejap, mesti kena jeling dengan Madam Chia.


            Luqman Hakimi menunggang Kawasaki Ninja 250 R melewati bangunan Berjaya Corporation. Kemudian dia memarkirkan superbike di sisi jalanraya sambil mata tak habis mengerling setiap manusia yang keluar dari perut bangunan itu. Dia masih tercari-cari kelibat secretary barunya yang genit dan comel itu. Puas mata menilik satu persatu manusia di situ. Akhirnya dia terpaku melihat seorang gadis genit berbaju kurung bunga kecil sedang tertunduk-tunduk menghulur tangan mencari sesuatu di dalam longkang yang berair itu.
            Dia ralit memerhati sehingga tangan gadis itu mencempung haiwan kecil yang berbulu tebal itu. Kemudian gadis itu menggosok beberapa kali tubuh itu yang mengiow kelaparan. Dia letakkan haiwan itu ditepi jalan. Dia seluk pula beg sandangnya mencari sesuatu. Dikeluarkan tuala kecil lalu dilap haiwan itu sehingga kering. Dihulurkan pula beberapa keping biskut yang sedia ada didalam beg sandangnya. Setelah pasti haiwan kecil itu tidak mengiow lagi. Gadis genit itu sudah senyum. Tangannya yang basah dan kotor disimbah dengan air mineral yang ada sedia ada dalam botol minumannya itu. Kemudian dilap pula dengan tuala tadi.  
            Luqman Hakimi tidak terkata. Kagum seketika. Personaliti gadis genit itu memikat hatinya. Masih ada insan yang begitu baik sekali. Begitu prihatin dengan sekeliling. Personaliti itu sama seperti abahnya. Prihatin pada semua orang. Dia mengulum  senyum. Teringat pada kata-kata gadis itu tengahari tadi.
            “Saya ni tak kaya macam encik nak hulur wang untuk bersedekah. Cukuplah saya mencari pahala dengan senyum pada orang”.
            Sekarang dia yakin lagi yang gadis itu sedang mengumpul pahala dengan membuat amal kebajikan. Dia termalu sendiri. Walau punya kemewahan dia begitu lokek untuk bersedekah. Gadis itu sudah memberi satu pengajaran buatnya hari ini.
            “Nurin Kamila”. Dia sebut nama itu. Memang istimewa betul gadis yang merangkap setiausahanya itu. Hatinya bagai digaru untuk terus mengenali gadis genit yang comel ini. Dia melihat langkah Nurin Kamila sehingga kelibatnya masuk ke dalam sebuah teksi. Dia hidupkan pula enjin motosikalnya. Perlu mengekori gadis itu. Dia juga perlu membuat amal kebajikan hari ini. Pastikan yang Nurin Kamila betul-betul selamat sampai dirumahnya. Dia ketawa sinis. Agaknya amal kebajikannya ini diterima ALLAHkah?. Dia tertanya sendiri.

  
           

10 comments:

  1. Uish..lama tul xde entry citer ni..best kak.. ^_^

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. mcm mana nak dptkan novel ni? Suke sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. novel mana satu? hotter guys tak ada lagi...baru proses tulis...IM MRS KERTU dah launch...kalu nak fcb akak kat danisyarahmat Ismail...

      Delete
    2. ohhh.. igtkan yg Mr. Hotter Guy dah ada buku.. xsaba nak tunggu yg tu =)

      Delete
  4. Salam, so sweet Mr. Hotter Guy buat amal kebajikan untuk pastikan keselamatan Nurin atau mengendap di mana Nurin tinggal hehehe...

    ReplyDelete
  5. Wahhh...nampaknya hati hotter guy dah berputik bunga2 indah disebabkan nurin tp takut juga sbb nama bapa Nurin sama dgn bapa Luke......

    ReplyDelete