Bab 3
Bangunan Baktisiswa penuh sesak dengan
pelajar-pelajar yang singgah makan di situ. Tambahan pula pada waktu rehat
pejabat. Lagi bertambah sesak jadinya.Nur Jannah dan Alice Suraya tercari-cari
tempat kosong.Di satu sudut terlihat tangan Azmil melambai-lambai ke arah
mereka.Nur Jannah tersenyum.Alice pula menarik muka.
Sebenarnya malas untuk bertemu Azmil
yang digelarnya ‘teddy bear’ itu. Memang fizikal Azmil agak besar tapi wajahnya
cute dan keanak-anakan membuatkan Azmil nampak comel seperti teddy bear.Nur
Jannah menarik lengan Alice menuju ke arah Azmil.Kebetulan ada dua tempat
kosong di sisi Azmil. Beg yang disandang diletakkan di atas meja. Kemudian Nur
Jannah dan Alice beratur untuk membeli nasi campur.Setelah selesai membayar di
kaunter, mereka menapak semula ke arah Azmil.
Azmil tersengih menampakkan baris-baris
gigi yang tersusun cantik dan putih itu. Kalau buat iklan Colgate, boleh jual
ni. Fikir Nur Jannah.
“Amboi…kau orang ni!.Macam selebriti.
Nak cari pun susah. Tambah-tambah Si Alice ni, asyik berdating 24jam”. Bebel
Azmil.
Nur Jannah senyum, Alice pula menarik
muncung.
“Kau ni pun, kalu nak berletiaq, tunggu
sat lagi la. Bagilah kami makan dulu”.Terang Nur Jannah dalam loghat
Kedah.Kebetulan Nur Jannah dan Azmil senegeri.
Selesai makan dan membasuh tangan,
mereka kembali semula ke tempat duduk. Nur Jannah membetulkan tudungnya yang
melorot hampir menutup separuh dahinya.Manakala Alice pula mengelap sisa-sisa
makanan yang terlekat di tudungnya yang berwarna biru.
“Kau ni…makan macam budak-budak. Mulut
bocor ke?”. Usik Azmil.
Alice menjeling tajam.Geram dengan
usikan Azmil.
“Malam ni, kau jangan merayap.Asyik nak
berdating dengan Syahir je. Hari-hari jumpa kat Fakulti Law, tak jemu
ke?”.Bebel Azmil lagi.
Alice hanya memekakkan telinga.Dia
faham benar dengan sikap Azmil.Kalau membebel, kalah nenek tua.Kalah bertih
yang digoreng.
Nur Jannah cuma jadi pemerhati yang
tidak bertauliah.Faham benar dengan gelagat dua orang makhluk di depannya
ini.Nampak macam benar-benar bergaduh.Tapi sebenarnya gaduh-gaduh sayang.Bukan
dia tak tahu sikap Azmil.Memang sengaja suka sakitkan hati Alice, tapi kerana
Alice juga dia rela bersusah payah menyiapkan assignment kalau Alice buka mulut
minta tolong.
“Apa hal nak jumpa malam ni. Siang hari
tak boleh ke?”
“Ooo…kalau aku nak jumpa, malam tak
boleh. Kalau syahir pagi, petang, siang malam, tak apa?”.Sungut Azmil tak puas
hati.
“Syahir tu pakwe aku. Kau tu
siapa?”.Soal Alice geram.
“Aku ni hamba abdi kau”.Balas Azmil
tinggi.
“Hey…sudah-sudahlah bertekak tu!.
Malulah orang tengok.Macam budak-budak”. Nur Jannah ikut campur apabila melihat
reaksi dua orang sahabatnya ini sudah lain macam.
“Kau kena ingat Alice. Esok dah nak
kena bentang assignment …silap buat nanti, kantoi. Paper wajib lulus ni. Nanti
tak pasal-pasal sangkut degree pulak”.
“La…kan kata dah settle?”.Soal Alice
lagi.
“Memanglah assignment dah settle. Itu
pun aku yang buat. Kau kena ingat!.Ini kerja kumpulan.Markahnya dikongsi dua.
Tahu tak?”. Azmil meninggikan suara.Kiri kanan orang memerhatikan mereka, namun
Azmil tetap bersikap selamba.
“Aku tahu…assignment dah settle. Apa
lagi yang tak kena?”. Giliran Alice pula meninggikan suara.Dia tak mahu kalah
bertekak dengan Azmil.
“Tapi kena juga buat preparation. Kena
soal nanti, kau nak jawab apa. Mentang-mentang budak Law. Kau ingat paper TITAS
ni, kacang?”.Azmil membeliakkan matanya tanda marah.
“Yalah…yalah. Tapi kenapa malam?.
Petang ni tak boleh ke?”. Kali ini suara Alice sudah sedikit mengendur.Cuba
menyejukkan perasaan Azmil yang panas tadi.
“Masalahnya, petang nanti aku ada kelas
sampai pukul 6. Aku nak mandi, nak solat. Nak makan dan nak rehat. Jadi pukul
8.30 malam tu kira oraitlah”.
Alice menggaru kepalanya yang tidak
gatal lalu memandang wajah Nur Jannah yang leka membaca buku di sebelah.
“Habis tu macamana Jannah, pelan kita
malam ni?”. Soal Alice.
Nur Jannah mengangkat bahu tanda tidak
tahu. Dia ikut saja apa keputusan Alice.
“Pelan apa?”Soal Azmil ingin tahu.
“Malam ni kita orang nak pergi rumah
abang aku kat Hillpark”.
“Nak ikut!”.Selamba saja Azmil
menawarkan diri untuk ikut serta.
“Hish…tak malu…nak ikut kita orang.Kau
tu lelaki bukan perempuan.Lelaki haram okey”.Marah Alice jegil biji mata.
“Batal ajelah!.”Saran Nur Jannah.Ditutupnya
buku yang dibacanya tadi.Tunak matanya menghala ke wajah Alice.Masih menanti
kata putus dari sahabatnya itu.
“Tak boleh.Abang aku outstation. Masa
nilah sesuai nak buat spot check”. Bantah Alice.
Azmil hanya melihat dengan mata
terkebil-kebil.Tidak faham dengan pelan yang dibincangkan dua gadis di depannya
ini.
“Okeylah.Malam ni pukul 8.30 malam aku
tunggu kau kat dewan”. Cadang Alice.
“Dewan Tun Perak ke Dayasari. Kita bukan
satu kolej?”. Tanya Azmil inginkan kepastian.
Dahulu, Azmil memang satu kolej
kediaman dengan mereka. Tetapi setelah Azmil menyertai ROTU, dia telah
dipindahkan ke Kolej Kediaman Dayasari.
“Dayasari lah. Aku tahulah kau tu
sibuk. Lagipun, cepat sikit habis perbincangan kita kalau aku ke sana. Nak
harap kau datang Astar, mampu ke kapcai buruk kau tu?”. Perli Alice, apabila teringatkan
kapcai Honda 70 milik Azmil yang sudah uzur benar itu.
“Kau jangan hina kapcai aku. Astar
dengan Dayasari bukan jauh. Aku kentut pun dengar”.
Nur Jannah hanya menggeleng kepala.
Nampaknya pertengkaran antara Alice dan Azmil tak akan berakhir selagi mereka
tidak beredar dari situ.
Great to see that someone still understand how to create an awesome blog.
ReplyDeleteThe blog is genuinely impressive in all aspects.
This a Good blog.
mgmdomino