Bab
1
Shaik
melangkah masuk ke perut bangunan yang tertera perkataan British Technology
itu. Buat pertama kali, dia akan bertemu dengan COO syarikat itu untuk berdiskusi
mengenai usahasama yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Punat
lif ditekan untuk naik ke tingkat 7 yang menempatkan bilik COO itu. Dia sudah
dimaklumkan oleh setiausaha COO syarikat British Technology mengenai pertemuan
ini yang akan berlangsung di bilik COO yang berada di tingkat 7. Setelah keluar
dari perut lif segera Shaik menapak mendapatkan setiausaha COO yang berada di
bilik khas itu. Itupun terpaksa melalui saringan di meja penyambut tetamu
sebelum Shaik dapat berjumpa dengan orang penting dalam syarikat ini.
“Encik
Shaik?”. Aida yang merupakan setiausaha COO menyambut ramah.
Shaik sekadar mengangguk memperakui
namanya itu. Mujur juga Aida tidak jadi menghulurkan salaman apabila melihat
janggut sejemput yang tumbuh tersusun di dagu Shaik. Mungkin roman wajah Shaik
seperti pak-pak ustaz itu membuatkan Aida menghormati batas pergaulan antara
mereka.
“COO dah tunggu Encik Shaik di
biliknya. Sila ikut saya”. Aida mempelawa Shaik mengekorinya untuk ke bilik COO
yang berada di hujung tingkat ini.
Shaik tanpa banyak soal terus mengikuti
langkah Aida. Selang beberapa langkah, mereka sudah berdiri di depan pintu
bilik yang agak besar dan transparent itu. Mujur bidai yang menutupi dinding
bilik itu melindungi isi dalam bilik COO itu dari pandangan luar.
Setelah mengetuk pintu, terdengar suara
garau di dalam mempelawa masuk. Aida membuka pintu bilik COO lalu menjemput
Shaik masuk. Kemudian mengekori dari belakang.
“Mr. Rais…Ini Encik Shaik dari Cyber
Technology”. Aida memperkenalkan lelaki yang berada di sisinya itu.
Rais Firdausi bangun dari kerusinya dan
menghulurkan salam pada lelaki itu. Kemudian menjemput lelaki itu duduk di sofa
kulit yang terdapat dibiliknya itu.
“Aida…nanti bawa masuk dua cawan kopi,
okey?”. Rais Firdausi mengarahkan Aida setiausahanya itu untuk membawa minuman
kepada tetamu yang datang ini. Tanpa banyak bicara, Aida sudah melangkah keluar
untuk mengikuti arahan yang diberikan itu.
“Jika tak salah sayalah…ini Rais
Firdausi Zainal kan?. Kita sama-sama pernah belajar satu kolej masa di London
kan?”. Shaik yang lama memerhati raut wajah di depannya ini sudah mengemukakan
soalan. Dari tadi lagi diamati wajah COO di depannya ini. Terasa seakan
dikenali lama dulu.
“Yup…kita kenal ke?”. Rais Firdausi
mengerut kening. Cuba menganalisa wajah lelaki didepannya itu pula. Dari suara
seolah pernah dia bertemu muka dengan lelaki ini.
“Shaik kan?. Shaik roommate aku masa
kat London tu?”. Masing-masing sudah ketawa kelucuan. Sudah lama tak bersua,
wajah masing-masing sudah beza benar.
“Anak dah berapa?”. Shaik terus menyoal
tanpa sempat mereka duduk di sofa yang disediakan.
Rais Firdausi terus ketawa tanpa
selindung lagi. Punggung terus dilabuhkan di sofa kulit itu dengan badan
terhinggut-hinggut kerana ketawa lepas. Lucu pulak mendengar pertanyaan Shaik
itu. Kahwin pun belum lagi, macamana nak ada anak pula. Perkataan kahwin itu
buat Rais Firdausi rasa fobia.
Perkahwinan yang bagaimana?. Bagaimana
untuk mendidik Marcela jika dirinya sekadar tahu mengucap dua kalimah syahadah
sahaja.Lamunannya terganggu apabila Shaik mengetuk meja dengan hujung jarinya.
“Hey…sampai mana dah kau berangan ni?”.
Rais Firdausi tersenyum.
“Kau tau tak, senyuman kau ni berbisa
benar tau. Aku cam kau tadi pun sebab senyuman ni. Marcela tak marah kau balik
Malaysia?”.Soal Shaik semula.
“We all dah split up. Marcela dah
kahwin dengan orang lain”.
“Kau tinggalkan dia atau dia yang
tinggalkan kau?”.Soal Shaik lagi. Kali ini
agak terkejut mendengar jawapan mendatar dari Rais Firdausi.
Belum pun soalan dari Shaik itu
dijawab, ketukan di muka pintu membuatkan sepasang sahabat ini menghentikan
perbualan mereka. Masuk Aida menatang dulang berisi dua cawan kopi untuk
majikan dan tetamunya itu. Setelah meletakkan dulang di atas meja berdekatan
sofa yang diduduki mereka, Aida meminta diri untuk keluar semula.
“Aku!”.Balasnya pendek memulakan
perbualan yang terhenti tadi.
“Alasannya…kahwin.Marcela ajak aku
kahwin. Tapi…kau tahukan aku….” Rais Firdausi mengambil sesudu kecil gula lalu
dimasukkan ke dalam cawan kopi miliknya dan milik Shaik.
“Kau dah 30 tahun. Apa yang menakutkan
sangat tentang kahwin?.Aku dah ada 2 orang anak pun. Kahwinlah Rais.
Perkahwinan akan membuatkan hidup kau sempurna. Perkahwinan akan membetulkan
apa yang telah kita kucar kacirkan selama ini.” Shaik mengeluh mengingatkan
kehidupan zaman bujangnya dulu.
“Rais…sesungguhnya aku bersyukur kerana
kahwin.Perkahwinan yang membawa aku ke pangkal jalan.Kahwinlah dengan perempuan
yang baik-baik.Sebaik-baik perempuan adalah yang beragama”.Sambung Shaik lagi.
Rais Firdausi mengacau air kopi untuk
melarutkan gula yang dimasukkan tadi. Minum seteguk dua. Kemudian dia bangun
berdiri lalu melangkah menuju ke dinding biliknya yang menampakkan panorama
Kuala Lumpur dari tingkat atas ini.
Dia membuang pandang ke luar tingkap menyaksikan
panorama Kuala Lumpur.Dari kejauhan dia melihat menara berkembar KLCC.Banyak
bangunan pencakar langit yang terdiri di Kuala Lumpur ini tidak seperti 12
tahun yang lalu.
“Please…tutup pasal topik ini. Kita
kembali ke topik utama.Ada apa-apa yang aku boleh tolong untuk Cyber
technology?.“ Akur dengan permintaan sahabatnya itu, Shaik membuka fail yang
dibawanya bersama-sama tadi.
Teruskan tulis cerita ni..best♥
ReplyDelete