Bab 22
“Assalammualaikum…Aiman!”
“Waalaikumusalam
mak!. Sihat?”
“Mak sihat. Aiman kat
mana ni?. Bila nak balik Sungai Petani?”.
“Aiman kat Penang
mak. Ada seminar. Ada hal penting ke mak…yang mak nak Aiman balik sana?”.
“Nak kata tidak
tu…tapi penting jugaklah. Mak dah merisik bakal isteri Aiman”.
“Mak!... Aiman belum
lagi nak kahwin mak. Awat yang mak dah pi merisik?”.
“Nak tunggu apa lagi
Man. Adik beradik kamu semua dah kahwin. Kamu yang sulung belum lagi ada
pasangan. Kamu bukan muda lagi Man. Mak tak kira. Esok kamu balik Sungai Petani
jugak.”
“Hai..mak…mak…selalu
buat keputusan tak nak tanya Aiman”.
“Kalau tanya
kamu…alamat tak sampai seru saja jawabnya. Ingat Aiman!. Esok balik Sungai
Petani”.
“Yalah mak. Aiman
balik”.
AKU membaringkan tubuh di tilam
empuk. Mata sudah terasa memberat. Esok perlu bangun awal untuk berjumpa dengan
klien. Selimut sudah kutarik hampir menutupi seluruh tubuhku ini. Baru saja
mata hendak terpejam. Nokia murahku sudah menjerit minta diangkat. Bikin
berasap saja hatiku ini kerana baru nak membuta ada saja yang menganggu. Dengan
malasnya aku capai Nokia murah yang terletak di hujung kepalaku.
“Apa bos?. Esok tak boleh ke? Dah
lewat sangat ni!”. Aku beralasan. Gila apa dia nak aku bawa fail untuk
mesyuarat esok ke biliknya. Dah lewat sangat ni. Tak pasal nanti bala lain pula
yang aku dapat.
Akhirnya
aku bangun juga dari tilam empuk yang aku baring ini. Memang kalau aku berdegil
tak nak menghantar fail itu ke biliknya, jawabnya sampai pagi aku tak akan
boleh tidur. Mesti dia akan mengganggu sampai aku turuti perintahnya. Siapalah
aku hendak membantah. Aku hanya menurut perintah. Setelah memakai tudung ala
kadar, aku menilik sebentar pakaian yang membalut tubuh. Tshirt berlengan
panjang dan tracksuit rona hitam. Hmm…sudah menutup aurat. Dengan malasnya aku
membuka pintu bilik dan menapak ke bilik bos kerek yang setentang dengan
bilikku. Walau mata sudah memberat, perintah harus aku turuti.
“Assalammualaikum
bos”. Ucapku sambil tanganku mengetuk pintu biliknya. Lenguh tanganku mengetuk,
namun tidak juga pintu itu terbuka. Panas sudah rasanya hati aku. Tadi beria-ia
benar dia menyuruh aku menghantar fail ke biliknya. Siap bertengkar lagi.
Sekarang ni aku dah jadi tunggul reput di depan biliknya. Kerana malas nak
mengetuk pintu lagi aku pulas tombol pintunya. Kalau tak terbuka juga, aku akan
angkat kaki balik ke bilikku semula.
Sekali
aku pulas, pintu terbuka sedikit. Terus aku buka pintu seluas mungkin. Dalam
kepala otakku ini hendak letakkan saja fail itu di atas meja yang berada di
depan mataku ini. Laju aku menapak ke arah meja tersebut. Aku letakkan fail
lalu aku pusing semula tubuh untuk menapak ke pintu semula. Mataku terus
terpaku pada muka pintu. Terkejut. Dada mula terasa berdebar-debar. Aku sudah
menelan liur. Namun aku cuba mengawal rasa debar.
“Saya
dah letakkan fail kat meja tu bos”. Kataku seraya jari kutundingkan ke arah
fail yang terletak di atas meja. Dia diam saja. Berdiri kaku di muka pintu. Namun
tunak matanya merenung aku seperti hendak ditelannya aku hidup-hidup.
“Err…saya
minta diri dulu bos”. Kataku lagi setelah lihat dia diam saja tidak membalas
kata-kataku. Angguk pun tidak tanda dia faham dengan apa yang ku kata. Aku
terus melangkah ke arah pintu. Namun dia masih berdiri kaku di situ. Aku pula
yang teragak-agak hendak terus melangkah.
“Bos…saya
minta diri dulu”. Ulangku lagi. Kali ini nada suaraku tinggikan sedikit. Dia
langsung tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Sebaliknya tangannya sudah
menutup pintu bilik. Malah dia terus mengunci dari dalam. Mataku membulat.
Bertambah terkejut dengan tindakan yang tidak dijangka dari bosku ini. Aku
telan liur berkali-kali. Peluh renik sudah mula muncul di dahi.
“Bos…err…saya
nak balik”. Kali ini suaraku sudah naik beberapa oktaf. Dia diam lagi.
Kebisuannya buat aku makin tidak keruan. Buat aku jadi tidak tentu arah.
Sebaliknya dia makin dekat menapak ke arah aku. Senyuman terukir di bibirnya.
Matanya menikam tajam kepadaku. Sekali dia melangkah, satu butang baju
pijamanya dibuka. Aku yang terkedu di situ.
“Bos
nak buat apa ni?”. Aku separuh menjerit. Dia semakin mendekat. Baju yang
menghiasi badannya sudah dihumbankan ke lantai.
“Jangan
dekat…saya menjerit nanti”. Aku memberi amaran. Tubuhku undurkan ke belakang.
Malangnya kakiku terhenti dibirai katil. Dengan mudahnya dia menolak tubuhku
kasar sehingga aku terbaring di katil empuk miliknya itu.
“Syyy…diam.
Jangan menjerit. Kalau cik adik sayang menjerit pun tak ada yang dengar. Tolong
bekerjasama. Saya pasti bahagiakan cik adik”. Dia himpit tubuhku. Lalu
dibisikkan kata-kata itu di cuping telingaku.
“Bos
dah gila…lepaskan saya”. Aku cuba melawan. Esak tangis sudah mula berkumandang
di dadaku ini. Tubuhnya yang menghimpit aku tolak dengan sedaya upaya kudratku.
Malangnya tubuh kecilku tak dapat sedikit pun menolak tubuhnya yang berada
diatasku.
“Ya
ALLAH…selamatkan hambamu ini”. Ucapku bersama esak tangis yang semakin
menggila. Aku cuba angkat kaki yang ditindih oleh kakinya. Aku cuba lagi
sehingga aku rasa lututku betul-betul terarah di tempat lemahnya seorang lelaki.
Dengan sekuat hati aku terajang dengan lututku ini. Spontan dia bangun dari
menghimpit tubuhku. Dia mengaduh sambil menyeringai menahan sakit. Terduduk
melutut dia di atas katil. Segera aku bangun lalu aku capai fail yang berada di
atas meja. Aku ketuk di kepalanya.
“Rasakan…bos
jahat. Bos gatal. Bos gila….rasakan…”. Aku menjerit-jerit sambil fail mesyuarat
setebal 4 inci itu aku hentakkan di kepalanya. Setelah puas hatiku ini melihat
dia tidak bergerak lagi di atas katil. Segera aku tinggalkan bilik yang serupa
neraka itu. Geram dan sakit hati bermain diminda. Dia betul-betul melampau.
Lelaki kaya ini memang semuanya sama. Jahat dan suka mengambil kesempatan pada
orang miskin seperti aku.
AIMAN
melipat baju dan memasukkan ke dalam beg sandangnya itu. Uniform biru yang
lengkap dengan aksesori diletakkan kembali ke dalam plastik hitam yang
tergantung kemas di dalam almari. Kemudian dia masuk ke bilik air pula
mengambil toiletries lalu dimasukkan ke dalam beg kecil. Beg itu pula disumbat
ke dalam beg sandangnya itu. Setelah pasti tiada yang tertinggal dia mula
mengambil beg lalu disandang ke bahunya. Uniform biru yang tergantung di dalam
beg plastik diambil dan dijinjit dengan sebelah tangan. Dia melihat lagi buat
kali kedua di dalam bilik yang dihuninya sebelum melangkah keluar. Panggilan ibunya
yang tiba-tiba membuatkan dia jadi tidak keruan. Hajat asal hendak balik esok dibatalkan kerana hati sudah
tidak sabar hendak mengetahui calon isteri yang dirisik oleh ibu. Dia tersenyum
lagi sambil menggeleng kepala. Nampaknya Puan Munirah memang sudah tidak sabar
lagi hendak menerima menantu sulung, sampaikan dia sendiri tidak diajak
berbincang.
Dia
berjalan dengan langkah yang tenang sehingga melewati bilik gadis comel yang
baru dikenalinya itu. Hajat hati ingin diketuk pintu itu untuk bertemu dengan
gadis yang mencuri hatinya. Sekadar ingin mengucap selamat tinggal. Rasanya lepas
ini mungkin dia tidak akan ketemu lagi gadis comel itu. Namun dibatalkan niat. Hari
sudah lewat benar. Tak manis rasanya mengganggu anak gadis orang di kala malam
hampir melabuhkan tirainya.
“Biarlah…kalau
ada jodoh mesti jumpa lagi”. Dia menuturkan kata pada dirinya sendiri. Cuba menyedapkan
hati kerana sedikit kecewa tak bersungguh untuk mengenali gadis comel itu
semasa peluang masih terbuka tadi. Dia menapak terus ke pintu lif yang
tertutup. Di tekan butang lif dan terus sabar menunggu sehingga pintu lif
terbuka dengan sendirinya. Usai pintu lif terbuka dia melangkah masuk. Baru saja
jari menekan butang tanda lobby, pintu lif dihadang dengan sepasang tangan yang
berbalut tshirt lengan panjang. Dia menekan butang terbuka pada tepi pintu lif.
“Terima
kasih”. Ucap suara itu sedikit serak. Dia mengalih pandang pada pemilik suara
itu.
“Eh…awak?.
Nak balik dah ke dengan beg besar ni?”. Terus dia menyapa gadis comel itu yang
masih menunduk. Pelik juga melihat gadis comel itu yang hanya bert’shirt dan
berseluar track saja.
‘Pakaian
ala nak bersantai je, tapi berbeg besar macam nak lari. Elok benar. Macam nak
lari tengah malam je’. Dia bermonolog pula. Terasa lucu dan pelik melihat
gelagat gadis comel ini.
best.....nak lagi.
ReplyDeleteBest.. jahat punya bos...
ReplyDeletecepat ler update next entry.hehehe..
ReplyDeleteklu lah die pilih aiman, kan senang.
wahhh tak sabar nk tahu sambungan lagi....best la lari dgn aiman...bukan ke si aiman ni calon menantu pilihan mak nurin ekk...padan muka mr hotter guy..tu la niat tak baik...nanti tak pasal2 si nurin letak jawatan....takut ooo dpt bos mcm ni...gangguan seksual ni...
ReplyDeletebest ! I can't wait for the next story :)
ReplyDelete