Bab 17
“Kau nak ambillah”. Aku sudah
meletakkan kotak baldu biru itu di depan mata Shira. Terbelalak biji mata minah itu tatkala dia
melihat isi dalamnya.
“Wei…cantik ni. Gilalah kalau kau
tak nak”. Shira tengok aku dengan wajah yang tak percaya. Aku buat muka selamba
sambil sedut sirap limau itu berkali-kali.
“Memang aku gila. Sebab tu aku bagi
hadiah mahal ni kat kau”. Balasku serius.
“Ish…seram aku. Baru aku tahu
rupanya bff aku ni gila orangnya”. Shira sudah ketawa. Ishy…aku ni yang tengah
marah berapi pasal kes pagi tadi belum lagi hilang marahnya. Makcik depan mata
ini buat lawak seposen pulak.
“Wei..makcik…ada tak orang gila
mengaku yang dia tu gila?”. Marahku pada Shira yang tersengih-sengih menahan
tawa.
“Ada…kaulah!”. Dia menjawab. Seraya itu
ketamku sudah mencubit pinggangnya. Terjerit kecil makcik itu menahan sakit.
Tak adalah sakit mana pun. Sengaja makcik tu suka buat sound effect melebih.
Semua mata yang berada di Restoran Umi ini mengalih pandang pada kami. Aku pula
buat muka selamba seolah-olah tiada apa yang berlaku. Shira pula sudah
tersenyum-senyum sambil terangguk-angguk melihat semua orang kononnya cuba
menutup rasa malu. Memanglah dia patut malu pasal tetiba saja dia menjerit
seperti orang gila. Sekarang siapa yang gila?.
“Apasal yang kau tak nak ni?. Benda
mahal tu. Kalau akulah, hmm…kecik tapak tangan nyiru aku tadahkan”. Shira masih
lagi dengan senyumnya.
“Sebab dia paksa aku suruh terima.
Ada ke suka-suka hati mak bapak dia pegang tangan aku. Isy…sakit hati tahu
tak?”. Aku sudah terjegil biji mata kerana menahan marah. Shira hanya berwajah
selamba. Tiada reaksi terkejut atau marah pada riak mukanya. Aku yang
melebih-lebih tidak dapat menahan emosi.
“Ala…kau sendiri yang cari pasal.
Kau kau terima awal-awal tak adalah bos kita nak ambil kesempatan. Kau tu yang
sebenarnya suka sangat dia ambil kesempatankan?. Cakap jelah kau dah mula syok
kat dia. Kalau tidak tak adalah kau tolak lamaran ‘Aiman tak kisah’ tu kan?
Betul tak aku teka?”. Shira selamba saja perli aku dengan ayat pedasnya.
“Err…er…”Tergagap-gagap aku hendak
membalas kata-kata Shira.
“Apasal tak jawab. Selalu loyar
buruk ni ada je idea nak berbalas kata dengan aku. Betulkan apa yang aku
cakap”. Akhirnya aku pejam mata. Tak tahu nak balas apa. Rasa nak marah saja pada
diri sendiri kerana terkulat-kulat mencari idea hendak menjawab tekaan Shira
itu.
“Sudahlah Nurin. Jomlah kita masuk
pejabat. Masa rehat pun dah tinggal hujung-hujung dah ni. Nanti tercari-cari
pula si hotter guy tu. Aku tahulah Nurin. Tak payah kau nak berdrama dengan
aku. Konon tak suka, tapi dalam hati hanya ALLAH saja yang tahu. Tak payah
poyolah sangat. Nak ambik balik hadiah kau ni. Aku tak nak!”. Shira letak
kembali kotak baldu biru itu dalam telapak tanganku. Nak kata apa lagi. Memang
aku dah mati kutu sekarang ni. Penat dah otak kerah idea nak berbalas kata
dengan Shira. Akhirnya aku sendiri yang kalah. Nak tak hendak aku mengekor saja
langkah Shira. Hmm…dalam sejarah hari ini. Boleh pula Cik Nurin Kamila Hisyam
kelu lidah nak berdebat dengan minah sengal macam Shira tu.
“NURIN…masuk bilik saya sekejap”.
Baru saja aku nak melabuhkan punggung di kerusi, suara di intercom sudah
berbunyi. Segera aku capai diari hendak mencatat apa yang perlu. Dalam hati
macam-macam doa aku baca, minta diri dilindungi dari mamat kerek yang suka
ambil kesempatan itu.
“Ada apa bos?”. Soal aku. Dia angkat
muka renung aku dalam-dalam. Berdebar-debar pula rasa hati bila dia tidak
bersuara hanya panahan matanya saja merenung aku. Isy..ni yang mak tak
suka…main tenung-tenung, renung-renung ni!. Hati sempat lagi bermelodrama.
“Pasal pagi tadi. Saya minta maaf.
Entahlah saya pun tak tahu apa yang mengganggu fikiran saya”.
Ceh…rasa
nak marah pun ada!. Tak habis-habis minta maaf. Lepas tu buat lagi. Kata maaf
dia ni murah sangat. Aku cebik mulut. Kata-kata itu hanya kukulum dalam mulut.
Malas nak luahkan. Tak pasal nanti berangin satu opis ini pulak aku meletup
kerana tak terkawal rasa marah.
“Saya
tahu. Memang saya tak patut buat macam tu. Dah serupa gangguan seksual saya
buat pada awak”. Dia cakap sambil muka sudah menunduk. Kemudian dia meraup
mukanya dengan telapak tangan. Aku lihat mukanya sudah berubah keruh. Mata
sudah berkaca-kaca. Aku rasa sesak nafas. Tak akan bos menangis kut!. Dashyat
tu kalau Cik Nurin Kamila Hisyam boleh buat bos menangis.
“Err…err…tak
apa bos. Saya dah maafkan bos.” Aku pula yang tergabra. Niat hati tadi nak buat
kerek. Nak buat kering masa bos minta maaf. Tapi bila tengok wajahnya yang keruh itu, cik hati aku sudah jadi
lemau. Cepat saja aku terima kata maafnya.
“Betul
awak dah maafkan saya. Ikhlas?” Dia tanya aku lagi sambil matanya
dipejam-pejam. Cuba nak mengelakkan dari airmatanya melurut keluar.
“Betul
bos. Saya Ikhlas”. Balasku sungguh-sungguh. Dia raup mukanya. Kemudian dia
tarik nafas dalam-dalam.
“Terima
kasih Nurin. Terima kasih kerana sudi maafkan saya”. Ulangnya lagi. Wajah yang
tadinya keruh sudah berubah menjadi manis. Lega aku rasa.
“Err…ada
apalagi bos. Kalau tak ada yang penting, saya keluar dulu”. Dia mengangguk
mengiakan apabila aku minta diri untuk sambung kerja yang terbengkalai.
Keluar
saja dari biliknya. Aku rasa lapang dada. Tak pernah aku rasa segembira ini.
Tak sangka bos betul-betul menyesal dengan apa yang dia buat tadi. Kalau tidak
kenapa dia nak bazirkan air mata hanya untuk pekerja seperti aku?. Aku tarik
laci meja kerja. Aku capai kotak baldu biru itu. Jari jemari sudah membuka
kotak itu tanpa paksaan. Aku ambil kerongsang mutiara itu lalu aku semat di
tudung bawalku. Dalam hati aku mengucap syukur. Nasib baik Shira tak nak
kerongsang ini. Kalau tidak tak pasal aku jadi buruk siku. Aku tersenyum-senyum
pula.
“BAGUS
juga ada eyemo ni eh. Kalau tidak teruk juga aku nak keluarkan air mata”.
Luqman Hakimi mengelap matanya sambil tersenyum-senyum. Dalam hati terasa puas.
Pandai juga dia berlakon sedih hanya untuk mengambil hati cik adik sayang.
Senang saja nak melembutkan hati si kucing Siam itu. Tiba-tiba dia sudah
menggelar setiausahanya dengan haiwan manja itu.
Idea
hendak mengambil hati atau membodohkan cik adik sayang itu tetiba saja muncul
dalam benaknya. Terpaksa dia berlakon begitu. Kalau tidak susah juga dia nak
menjalankan kaedah ketiga iaitu ‘sleep tight’. Silap haribulan tak adanya cik
adik sayang itu nak ikut dia ke hotel nanti. Terpaksa dia pura-pura menangis.
Beli jiwa cik adik sayang dengan lakonannya yang mantap. Kalau tidak tak ada
gunanya dia digelar ‘hotter guy’ kalau lakonan enteng sebegini pun dia tak
boleh lakukan. Bangga betul rasanya kerana dapat mempermainkan perasaan Cik Nurin Kamila.
“Lepas
ni Andrea, menangislah kau kerana aku menang pertaruhan ini”. Dia bersiul
keriangan.
jahat.
ReplyDeletebest2... suka cter nie.... trus kan usha yee
ReplyDeletenaik benci pulak dgn Luke ni. Jgnlah dia buat "mcm tu" kat Nurin.
ReplyDelete