Bab 14
“Mak!”.
Terjerit aku dibalik pintu tatkala wajah emak di depan mata. Seeratnya aku
peluk kejap tubuh kurus langsing itu di depan mata.
“Kalau
ye pun, bagilah mak masuk dulu. Ishkk…buat malu kat orang duk peqati ni”.
Zaimah menepuk manja belakang tubuh anak kesayangannya itu.
“Eh…masuklah
mak”. Terus aku mempelawa emak masuk ke rumah. Sebenarnya riak terkejut dan tak
percaya masih berlegar dalam kepala otakku ini. Macam mimpi pun ada bila lihat
tubuh mak terjengul di balik pintu rumah sewaku ini.
“Shira!”.
Terjerit aku memanggil Shira yang baru membersihkan diri selepas balik dari
majlis kesyukuran tadi.
“Ishkkk…anak
dara ni. Suara tu perlahanlah sikit dah serupa tarzan. Terjerit-jerit”. Pantas
aku menutup mulut kerana tersedar ketelanjuran diri. Depan emak memang aku kena
jaga kesopanan dan kesusilaan. Kalau tidak pasti berbulu telinga menahan
omelan. Emak!...kalau bab-bab kesopanan memanglah amat dititiberatkan. Hanya
aku saja yang tak berapa nak praktik amalan emak ini.
“Sihat
makcik?”. Shira keluar dengan bertshirt dan berseluar panjang dari arah bilik.
Kemudian dia menyalam emak.
“Sihat”.
Balas emak sambil tersenyum.
“Mak..duduklah
dulu. Nanti Nurin buat air”. Pantas aku mengambil beg yang dijinjit emak lalu mahu
dibawa masuk ke bilik.
“Biarlah
aku buat. Kau berbuallah. Mesti ada banyak benda nak cerita”. Shira mengambil
beg dalam pegangan aku. Lantas aku tersenyum. Syukurnya dapat kawan baik yang
begitu prihatin.
“Hmm…rindunya.
Tok wan sihat mak?”
“Sihat..tok
wan kirim salam”. Balas emak.
“Lawa-lawa
ni balik dari mana?”. Soal emak bila lihat aku yang masih berdress labuh itu.
Oh…baru terperasan. Aku belum mandi lagi sejak balik dari majlis tadi.
“Tempat
Nurin kerja buat majlis kesyukuran. Ni pun Nurin baru balik. Tak sempat nak
mandi lagi”.
“Macamana
kerja? Okey?” Soal emak lagi.
“Alhamdulilah
mak. Okey. Nurin kerja kat Berjaya Corporations. Jadi secretary”. Jawabku
bersahaja. Emak kerut dahi bila dengar aku sebut Berjaya Corporations.
“Kenapa
mak?”. Aku pula yang soal penuh
tandatanya bila tengok airmuka emak yang berubah riak itu.
“Tak
ada apa aih”.
“Bila
Nurin nak balik Kedah. Dah dapat kerjakan?Dulu kata tak nak balik sebab tak
dapat kerja yang sesuai.”
“Nantilah
mak. Nurin baru kerja 2 bulan. Seganlah nak minta cuti”.
“Nurin
dah ada yang istimewa?”. Aku kerut kening bila dengar soalan cepumas dari emak.
Ish…kenapa tetiba pulak ni?.
“Hai…mak…tetiba keluar soalan cepumas ni?”
“Kalau
tak ada... Inilah sebab yang mak datang jumpa Nurin. Kalau nak harap Nurin
balik kampung. Alamat tertunggu-tunggu orang kat sana jawapan dari Nurin”. Aku
tenung emak dengan liur yang pahit untukku telan. Tak akan ada orang masuk
meminang kot.
“Kalau
ikutkan buat masa sekarang. Nurin kosong lagi makcik. Tapi adalah kat pejabat
sana orang dah mula mengayat anak makcik ni”. Shira sudah menyampuk dengan
sengihnya sambil menatang air buat emak. Nak saja aku ketuk kepala makcik ini
yang tetiba mencelah tanpa sempat aku menjawab soalan dari emak.
“Siapa
Shira?”
“Mak
ni..jangan dengarlah cakap Shira tu…semua tak boleh pakai”. Cepat-cepat aku
menyangkal.
“Ada
makcik. Bos Nurin”. Balas Shira. Serentak itu ketam aku sudah melekat
dipinggangnya. Terjerit Shira dibuat aku.
“Betul
Nurin?”.
“Tak
adalah mak. Shira buat cerita je tu”.
“Mak
ni bukan apa Nurin. Mak tak nak anak mak ada hubungan dengan orang kaya. Mak
tak suka”. Tegas sekali suara emak dipendengaranku. Shira dan aku terdiam. Tak
sangka emak masih lagi terbawa dengan kisah hidupnya yang penuh derita itu.
LUQMAN
HAKIMI baring menelentang di atas katil bersaiz king itu. Mata masih melekat
merenung syiling. Kata-kata Andrea berlegar-legar dibenaknya. Tak mungkin dia
mahu meleburkan terus misi mengorat cik adik sayang itu. Gadis itu terlalu
istimewa di matanya. Teringat renungan manja gadis itu tatkala mata mereka
bertentangan tadi. Hailah…cair aku macam ni!. Dia memegang dada yang kuat
berdendang.
Apa
kaedah yang perlu dibuat supaya gadis itu melutut dikakinya?. Kalau setakat
praktik kaedah pertama dan kedua yang dibincang dengan Mokhtar tempohari
rasanya terlalu lambat untuknya merealisasikan misinya itu. Hmm..apakata terus
ke kaedah yang ketiga…tiba-tiba dia mengukir senyum. Dalam kepala sudah melakar
beberapa agenda untuk menjayakan misi mengorat cik adik sayang sebelum dateline
tamat. Dia ketawa pula.
“Andrea…jangan
mimpilah kau akan menang”. Dia bingkas bangun dari katil. Tangan terus
mengambil lappy lalu mengakses maklumat hotel yang diperlukan.
‘Lepas
ni Cik Nurin…tak ada alasan dah nak lari dari aku’. Dia bermonolog pula sambil
mulut tersenyum herot. Dalam kepala mula membayangkan adegan-adegan yang tak
pernah diimpikan. Hmm….mr.hotter guy…langgar pantang nampak. Bukan setakat stok
pandang-pandang dan pegang-pegang lagi. Tapi dah melanggar batas sempadan ni. Hati
memberi amaran, namun dia buat bodoh. Janji cik adik sayang tak akan lari dari
genggamannya lagi.
“HENSEMLAH mamat ni?”. Shira menilik foto bersaiz poskad itu di telapak tangannya. Aku
sekadar menjeling. Emak pula sudah pulang semalam. Datang mengejut balik pun
mengejut. Tak nak berlama-lama di sini walaupun puas aku tegah. Macamlah ayam
itik di kampung mati kebuluran kalau setakat 2, 3 hari emak melepak di rumah
aku.
Katanya
kesian tok wan tak ada orang nak jaga makan minum. Ala…kedai MJ Makcik Bedah tu
kan boleh sponsor tok wan makan setakat 2, 3 hari. Tapi emak…macam-macam aku
bagi alasan ada saja jawapan untuk mengelak berlama-lama dirumah sewaku ini. Kekadang aku rasa emak
macam nak lari dari seseorang yang dia kenal di KL ini. Aku pula yang binggung
memikirkan masalah emak.
“Kau
nikan Shira…tak habis-habis dengan hensem. Macamlah kenyang”. Aku mengulas.
Shira tak habis dengan menilik gambar mamat yang berada dalam genggamannya itu.
“Kalau
akulah…hmm..tak payah fikir. Terus terima. Pilot airforce ni…Kapten Shahril
Aiman bin Saidin…Aiman tak kisah!” Shira sempat pulak buat lawak dengan
menyebut tagline ‘Aiman tak kisah’.
Aku merebut foto dalam genggaman Shira. Nak
juga aku tilik betul-betul wajah lelaki itu. Bakal tunangan aku. Itupun kalau
aku terima dengan sebulat hati. Namun hatiku masih berdolak dalik. Bayangan bos
terlayar di mataku. Adegan di majlis tempohari terlayar diruangan mata.
‘Poyo
Nurin…poyo!’. Aku disedarkan dengan kata hati. Mata merenung gambar di dalam
peganganku.
‘Hensem
lagi si hotter guy’. Tanpa sedar aku sudah membandingkan lelaki ini dengan
Luqman Hakimi. Nurin Kamila…jangan cari penyakit. Ingat!...Puan Zaimah tak suka
dengan orang kaya-kaya ini. Kata-kata emak terdengar-dengar di cuping
telingaku. Akhirnya aku bangun lalu masuk ke bilik. Gambar Kapten Shahril Aiman
atau ‘Aiman tak kisah’ aku letak di dalam laci almari. Hati dah membulat dengan
tekad.
“Maaflah
Kapten Shahril Aiman. Nampaknya kita tak ada jodoh”. Aku putus begitu. Rasanya
masih terlalu awal untuk aku berumah tangga. Kerjaya aku baru bermula. Jasa dan
pengorbanan emak dan tok wan masih belum puas aku balas. Soal jodoh masih
terlalu jauh untuk aku fikirkan lagi.
No comments:
Post a Comment