Bab 13
“Sudah-sudahlah
Andrea. Lemas I dengan rangkulan you. Luqman Hakimi sudah merenggangkan pautan
tangan Andrea dilengannya itu. Andrea menghentak stiletto rona pink kerana
marah dengan tindakan Luqman Hakimi.
“Tadi bukan main you suka I pegang
dan himpit you. Kenapa dah kat luar ni you buat I macam kucing kurap pulak?”.
Andrea meninggi suara. Sakit hati kerana dilayan serendah itu oleh Luqman
Hakimi.
“Tadi I berlakon je. I nak dia
cemburu”. Balas Luqman Hakimi. Andrea sudah tergelak. Rasa lucu pula mendengar
kata-kata lelaki di depannya itu.
“I rasa you akan kalah tak lama lagi
Luke. Terima hakikat. you tak akan boleh lari dari I. you akan jadi milik I
jugak”. Andrea bernada angkuh.
“Masih ada 4 bulan lagi. Masa masih
panjang. I tak akan menyerah sebelum mencuba”. Luqman Hakimi membalas yakin.
Andrea memeluk tubuh. Kemudian dia mencebik. Benci mendengar kata-kata yakin
dari mulut Luqman Hakimi.
“ I tak nampak pun dia cemburu. Dia
tak ada perasan pada you. I pasti, you bakal kalah Luke”.
“No..never”.
“Kalau you menang pertaruhan ini
pun. You fikir mama you akan dengar cakap you. Mama you nak I jadi menantu dia.
Jadi isteri you. Come on Luke. Kita hentikan saja permainan ni”.
“Never. You yang mulakan. Biar I
yang tamatkan. Soal mama I..biar I yang tentukan. You fikir?. I satu-satunya
anak yang dia ada. Dia nak ikut kehendak you ke atau I…anak kesayangan dia?”.
Luqman Hakimi juga tidak mahu kalah berdebat dengan Andrea. Sakit hatinya
kerana Andrea mahu tamatkan permainan ini sedangkan dia berkobar-kobar hendak
menyudahkan misi mengorat cik adik sayang.
“Dengar cakap I. You bakal kalah
Luke”. Andrea masih tidak berputus asa. Dia cuba memujuk lelaki itu untuk
menamatkan permainan yang dimulakannya itu.
“Shut up. I rimaslah. I nak masuk
dulu. Rimas dengar you membebel”. Balasnya lalu mengorak langkah masuk ke dewan
semula. Andrea menarik muncung. Nampaknya dia gagal memujuk lelaki itu. Dia
pejam mata. Cuba mengusir rasa sakit hati. Tiba-tiba dia senyum.
“Hmm…kalau dia aku gagal pujuk.
Yes…si salesgirl kampung tu tentu termakan hasutan aku”. Dia petik jari. Seolah
mendapat idea yang bernas. Dia senyum lalu ketawa. Kemudian langkah diatur
masuk semula ke dalam dewan.
SAAT kereta Merc itu berhenti di
persimpangan lampu isyarat, Tan Sri Hisyam menjengah keluar cermin kereta. Mata
seakan terpaku melihat kelibat seorang wanita sedang menjinjit sebuah beg
berisi pakaian menghala ke perhentian teksi yang berada di seberang jalan.
Lenggok gaya dan bentuk tubuh seakan seperti wanita yang pernah dikenalinya
dulu. Serentak itu bebayang Zaimah muncul di ruangan matanya. Spontan dia
membuka pintu kereta. Kaki sudah melangkah keluar dari perut Merc itu. Dalam
benaknya dia perlu mendapatkan wanita itu. Dia perlu pastikan adakah wanita itu
benar-benar Zaimah. Wanita yang pernah dicintai 25 tahun lepas. Walau dia tahu
Zaimah sudah lama ditelan bumi, namun kata hatinya kuat menyatakan yang isteri
mudanya itu masih lagi bernafas di muka bumi ini.
“Tuan…nak kemana?”. Terkejut Pak
Sahak drebar setia Tan Sri Hisyam apabila melihat lelaki tua itu sudah
melangkah keluar tanpa dapat ditahan lagi. Segera dia keluar dari tempat
pemandu. Ingin menegah Tan Sri Hisyam dari meneruskan langkahnya.
“Tuan nak kemana?. Kita ada majlis
ni. Nanti Encik Luqman dan Puan Sri tertunggu-tunggu pulak”. Pak Sahak
mengingatkan pula tujuan mereka keluar hari ini. Namun kata-kata Sahak tidak kedengaran langsung di telinga.
Apa yang menarik perhatiannya adalah wanita di seberang sana. Segera dia
memanjangkan langkah untuk ke seberang
dengan tergopoh gapah. Dia tak mahu jika terlambat langkah, wanita itu
juga bakal hilang ditelan perut teksi.
“Tuan!!!” Sahak sudah menjerit.
Serentak itu satu cahaya menyuluh matanya. Dia terasa tubuhnya melayang di
udara lalu tanpa sedar dia sudah terbaring di atas jalan raya. Matanya kelam
dan dia sudah tidak ingat apa-apa lagi.
“Zaimah”. Dia seru nama itu dalam
hatinya.
TEKSI berwarna merah putih itu
menurunkan penumpang di perhentian teksi yang terdapat di kawasan perumahan Taman
Bukit Angkasa itu. Mencanak tubuh kurus
tinggi itu melangkah keluar dari perut teksi. Mata meliar mencari arah flat
Seri Cempaka yang dihuni anaknya. Walau hari sudah semakin gelap, namun
persekitaran perumahan flat yang disimbahi cahaya lampu jalan menyebabkan kawasan itu terang
benderang.
Perlahan-lahan
wanita itu menapak ke arah rumah dihuni anaknya. Dalam hati mengucap syukur
walau sudah 2 tahun dia tidak datang menjengah, keadaan persekitaran langsung
tidak berubah. Dia menghayun langkah selaju mungkin. Tak sabar hendak melihat
wajah anak kesayangan yang sudah lama tidak pulang ke kampung. Apa agaknya yang
dicari anak gadisnya di kota metropolitan ini walau ijazah sudah lama berada
digenggaman. Entah apalah sumpah yang dibuat. Selagi belum dapat kerja yang
bersesuaian, memang anak gadisnya itu tidak mahu pulang ke kampung.
Kalau tak disebabkan kerana hal
penting yang bersangkut paut dengan anak gadisnya itu, tak ingin dia datang ke
kota metropolitan ini. Kota Kuala Lumpur yang mencatat kisah hitam dalam
hatinya. Namun kerana rindu yang menggunung, dia redah juga menemui anaknya
ini, walau hati masih terasa sakit dengan peristiwa yang berlaku 25 tahun
dahulu.
LUQMAN
Hakimi kalut meneruskan langkah ke bilik ICU di Ampang Medical Center itu. Pak
Sahak drebar abahnya masih menunggu di luar bilik. Segera dia mendapatkan
lelaki tua itu.
“Apa dah jadi?”. Tanpa sabar dia
menyoal.
“Tan Sri dilanggar kereta”. Balas
Sahak berdebar-debar. Takut hendak bertentang mata dengan Luqman Hakimi. Takut jika
dia dipersalahkan atas insiden yang berlaku.
“Macamana boleh kena langgar?”
“Masa saya nak hantar Tan Sri ke
hotel. Kami berhenti sekejap di persimpangan jalan kerana lampu merah. Masa tu
lah Tan Sri keluar dari kereta tergesa-gesa menyeberang jalan. Tak sempat saya nak halang”. Balas
Sahak tergagap-gagap. Luqman Hakimi sudah merah mukanya kerana menahan marah.
Ada drebar pun tak boleh diharap. Dia mengomel dalam hati. Baru nak memberi
sepatah dua kata berbentuk amaran pada Pak Sahak. Doktor dan jururawat yang
berada di bilik ICU itu keluar dari bilik. Segera dia mendapatkan doktor
tersebut. Dia perlu tahu keadaan abahnya itu.
“Macamana abah saya?”
“ALHAMDULILAH. Tan Sri dah sedar.
Dia sudah melepasi tahap kritikal. Kami akan pindahkan dia ke wad biasa. Encik
boleh melawatnya nanti”. Doktor muda itu senyum. Luqman Hakimi menarik nafas
lega. Tak jadi dia hendak marah Sahak apabila mendengar perkhabaran dari doktor
muda itu. Menonong dia mengikut abahnya
yang disorong keluar dari bilik ICU itu untuk dipindahkan ke wad biasa. Lega
kerana abahnya sudah sedar.
“Abah
okay?”. Tan Sri Hisyam mengangguk lemah.
“Mama
kamu mana?”. Mata Tan Sri Hisyam meliar mencari wajah Puan Sri Khalida. Namun
dia sedikit hampa kerana tiada pun bebayang isterinya itu saat dia terlantar
sakit sebegini. Luqman Hakimi tidak terkata. Hendak dibohong apa lagi dia pun tidak
tahu. Yang pasti memang mamanya tahu abahnya berada di hospital kerana
kemalangan. Cuma sehingga saat ini dia tidak tahu kenapa mamanya belum
sampai-sampai lagi.
“Mama
on the way”. Cekap saja dia mencipta alasan untuk menyedapkan hati abahnya. Tan Sri Hisyam hanya memejamkan mata. Wajah
Zaimah kembali bermain di ruangan matanya. Tanpa sedar ada air mata yang
menitis.
“Luqman
baliklah dulu. Abah tak apa-apa. Abah nak berehat. Abah nak tidur”. Ucapnya
sambil mata masih terpejam. Luqman Hakimi mengeluh. Terbit rasa sedih melihat
wajah kehampaan abahnya. Dia tidak dapat meneka apa yang bermain di fikiran
abahnya itu sehingga menitiskan air mata sebegitu.
“Luke
balik dulu ye…esok Luke datang lagi”. Balasnya. Dia menarik kain selimut lalu
menutup tubuh abahnya. Dalam hati dia mengucap syukur kerana abahnya tidak
apa-apa.
best kenapa lama x update kak .
ReplyDeleteYup2, mmg sgt2 lma. Huhu
ReplyDelete