Saturday, 30 March 2013

mR.Hotter Guy Bab 8


Bab 8
            Luqman Hakimi hanya memerhati saja kelibat  setiausaha comelnya itu melangkah pergi tanpa menoleh lagi padanya. Hati memang berasap tahap terbakar skala besar dan bakal rentung dalam 5 minit lagi. Dia mendengus. Tak pernah sepanjang hidupnya, seberani itu seorang perempuan membantah cakapnya. Makanan yang dipesan sedia terhidang elok di meja makan. Hilang selera hendak menjamah dek kerana selesai bertengkar dengan setiausahanya itu. Nak je dia balik ke pejabat dan arahkan Puan Liza Ketua Setiausaha Berjaya Corporation taipkan surat pemecatan jawatan Nurin Kamila Hisyam itu berkuatkuasa serta merta.
            “Hai…sorang je?”. Dia panggung kepala melihat siapa gerangan yang menegurnya itu. Andrea senyum sinis dengan wajah bermekap tebal. Salah satu trademark pelakon filem yang tengah naik itu. Luqman Hakimi terasa rimas. Sudahlah hatinya berasap belum lagi hendak surut asapnya, ditambah pula melihat wajah Andrea yang serupa pelakon opera Cina itu.
            “May I?”. Tanpa sempat dia membalas, Andrea sudah melabuhkan punggung duduk setentang dengannya. Luqman Hakimi hanya senyum kelat. Bolognese Carbonara yang sedia terhidang dikuis sedikit dengan garfu. Patah selera kerana menahan sakit bertengkar tadi. Sekarang hilang selera terus gara-gara menatap wajah opera Cina milik Andrea.
            “Bagus…dah maju setapak!”. Dia pandang wajah Andrea dengan dahi berkerut. Andrea buat wajah selamba lalu menyisip sedikit air sirap laici yang sudah di depan mata. Luqman Hakimi masih memandang dengan seribu persoalan. Apa yang bagus? Apa yang maju?. Dia berteka-teki pula.
            “Maju setapak sebab keluar dengan salesgirl tu?”. Andrea mencebik. Luqman Hakimi menarik nafas. Oh…hal itu rupanya untuk pujian yang Andrea berikan tadi.
            “She not salesgirl anymore. But my secretary right now”. Kali ini Andrea pula yang melopong. Tak sangka, maju betul. Dari salesgirl dah naik pangkat jadi secretary. Merah sedikit telinganya kerana menahan cemburu.
            “So…cabaran I tu macamana? Masih berjalan?”.
            “Yup. Dengan jayanya. U tak nampak yang dia dah sudi keluar makan dengan I”. Luqman Hakimi sudah senyum. Andrea sekadar menjeling. ‘Ingat aku bodoh, tak nampak apa yang berlaku tadi’. Andrea bermonolog pula.
            “Dahlama I perhatikan. Bukan U bertengkar dengan dia ke?”. Luqman Hakimi terkebil-kebil. Agaknya sandiwaranya tadi dengan Nurin sudah sampat tahap mana diperhatikan Andrea. Dia kalut berfikir pula.
            “I nak perbaharui cabaran”. Luah Andrea. Luqman Hakimi sedikit kusut. Bukan senang hendak pikat Nurin Kamila itu. Ajak makan pun dah liat, banyak pantang larang. Inikan pula nak teruskan langkah ke fasa seterusnya. Namun bila mata bertembung dengan wajah opera Cina milik Andrea, cepat benar semangatnya datang. Semangat berjuang sampai dapat!.
            “Apa?”. Dia menyoal tidak sabar.
            “U knows?. U lovely mom dah masuk meminang I”. Andrea sudah menguntum senyum. Luqmah Hakimi pula yang rasa nak pengsan dengar apa yang diluahkan Andrea. OMG!...dia sudah mengeluh dalam hati.
            “But…I minta tangguh sampai hujung tahun ni. That means ada 6 bulan lagi”. Luqman Hakimi menarik nafas lega. Syukur! 6 bulan…macam-macam boleh jadi.
            “So..apa kaitannya?”.
            “I nak U pikat salesgirl kampung tu, bukan setakat dia jadi girlfriend. Malah I nak dia jadi tunang U. 6 bulan I bagi tempoh pada U. Kalau gagal…maksudnya I yang menang cabaran ini. Automatiknya I yang jadi tunang U”.Luqman Hakimi sudah menelan liur. Dalam hati sudah berkira-kira hendak memecat Nurin Kamila. Tak sangka pertaruhan dengan Andrea menjadi sengit. Nampaknya berkubur saja hajatnya itu.
Hmm…nak buat macamana? Nampaknya terpaksalah ikut cakap cik adik sorang tu. Akhirnya dia yang kena mengalah. Mati-matian mereka berdebat alias bertengkar tadi. Akhirnya dia kena akur pada kata-kata cik adik secretarynya itu. OH…what the hell!. Dia sudah menyumpah. Tapi bila mata terpandang wajah opera Cina milik Andrea. Cepat benar dia mengubah hala. Teruskan saja. Mengalah demi untuk melepaskan diri dari si muka opera yang berada didepannya ini. Dia mendengus lagi.
“Ok…done…” Akhirnya dia setuju untuk ke sekian kalinya.  Dia bangun dari kerusi lalu tinggalkan beberapa keping wang di atas meja sebelum berlalu pergi. Dia biarkan saja Andrea menghabiskan makanan yang sudah dipesan. Hati masih sebal. Patutnya, Nurin Kamila yang menemankannya makan bukan Andrea. Dia melangkah pergi tanpa menunggu Andrea lagi. Memang dia ingin cepat pergi dari situ. Tak sanggup nak pandang lama-lama muka opera Cina itu.

             
            Bergegas aku masuk ke dalam perut lif tatkala pintu itu terbuka. Nasib baik masih awal. Sempat lagi untuk aku makan dan solat. Harapnya Shira masih menungguku di bilik fail untukku ajak keluar makan. Muka masih lagi mencuka. Geram dengan apa yang dilalui tadi. Memang mamat hensem tu kerek. Betul kata Kak Liza. Sumpah lepas ni tak nak aku pandang wajahnya lagi. Dalam mimpi pun tak ingin!. Tiba-tiba aku seperti tersedar sesuatu. Nurin…chek dah lupa ka chek tu kerja ngan sapa?!!...Haila macamana boleh lupa akukan secretary mamat kaya bajet hensem tu. Aku tarik nafas dalam-dalam. Kemudian hembuskan perlahan. Aku sedut nafas lagi. Kemudian hembus, kena selalu praktik begini kalau tidak alamat bakal dapat darah tinggi sebelum waktunya…
            Bila dengar ada suara orang terbatuk di belakangku baru aku sedar yang aku bukan keseorangan di dalam perut lif ini. Aku kalih belakang. Lelaki tua baya-baya pakcik tukang sapu itu senyum pada aku. Eh…rasa macam pernah jumpa?. Aku pandang dia lagi, kemudian mata beralih ke kakinya yang berbalut. Ha…tiba-tiba ingatanku kembali normal.
            “Eh…pakcik bilik wudukkan?”. Aku soal. Pantas lelaki itu mengangguk. Hari ini nampak dia berlainan sekali. Dah tak serupa peon dengan baju kot yang tersarung di badan. Dah serupa Chaiman pulak aku tengok.
            “Pakcik sihat?. Macamana kaki tu?”. Ramah betul aku menyoal. Lelaki itu senyum lagi. Kalau tengok cara dia senyum dah ada iras aku pulak. Hailah…apa ke hal aku melalut yang bukan-bukan ni. Nurin…Jangan perasan!
            “ALHAMDULILAH. Dah okey…lepas urut dah tak bengkak. Hari ini dah boleh masuk kerja”. Balasnya ramah.
            “Anak ni baru kerja sini ke? Tak pernah nampak pun sebelum ni”.
            “Aha…pakcik. Baru masuk seminggu. Setiausaha Encik Luqman Hakimi”. Jawabku ramah. Baru nak memanaskan enjin keramahanku lif berdeting tanda aku sampai ke tingkat 7. Terpaksa aku padamkan enjin keramahan. Tak apalah masih banyak waktu. Nanti boleh berborak lagi.
            “Saya minta diri dulu ye”. Pintaku sebelum melangkah keluar. Dia mengangguk pula. Pintu lif tertutup semula. Kesian pula aku tengok. Kaki masih berbalut pun datang kerja. Tentu pakcik tu orang susah. Anak-anak tak ada yang nak jaga. Kalau tidak, kenapa datang kerja jugak walau kaki dah berbalut macam itu. Hmm…banyak betul persoalan yang bermain di otakku ini. Nampaknya lepas ni kena selalu berbaik-baik dengan pakcik tu. Kesian! Sekurang-kurangnya dapat juga aku merasa adanya seorang ayah.
            Kaki terusku hayunkan ke bilik fail. Tentu Shira masih menunggu di situ. Nasib baik Shira belum keluar makan lagi saat aku telefon tadi. Kalau tak, terpaksa aku tapau lagi. Kalau tak disebabkan mamat kerek itu. Tentu sekarang aku sedang melantak dengan lahapnya Bolognese Carbonara yang kupesan saat bersamanya itu.
            “Syukur. Nasib baik kau tunggu. Kalau tak…terpaksa tapau”. Shira hanya tersengih.
            “Pagi tadi yoyo o…keluar makan dengan bos. Apsal tetiba tak jadi?”. Soal Shira semula. Mata tak habis merenungku. Aku pula buat muka selengai. Malas nak cerita. Perut lapar, mood nak berborak lambat benar nak mari…
            “Lepas makan…aku cerita dari A sampai Z. La ni jom kita makan. Dah lapaq”. Kataku dalam loghat Kedah sambil menepuk perut. Shira tidak terkata apa. Sebaliknya kakinya sama rancak melangkah seiring denganku untuk ke Restoran Umi yang terdapat di seberang jalan bangunan Berjaya Corporations ini.

            “Aku sarankan kat bos minta dia buat majlis amal kat rumah anak-anak yatim. Atas kesyukuran sebab tender RM20 juta tu jadi milik Berjaya Corporation”. Aku mula bercerita setelah kami selesai membalun sepinggan nasi campur tadi. Shira hanya mengangkat kening mendengar cerita aku. Mungkin tidak menarik kut.
            “Habis tu..dia tolak?”. Soal Shira. Laju aku mengangguk.
“Biarlah…itukan duit dia. Yang kau nak arah-arah dia tu apsal”. Sambung Shira pula.
Hmm…betul juga kata Shira. Itukan duit dia. Ikut dialah nak buat apa. Tapi aku sarankan benda baik dari ikut kepala otak dia yang asyik nak bermaksiat je. Amboi…bahasa!. Sedar diri dah terlajak kata.
            “Cadangan aku okey apa?…daripada ikut kepala otak dia tu. Ada pulak nak buat party…nyanyi-nyanyi kat kelab malam. Nak raikan kejayaan. Bukan maksiat ke semua tu?”. Aku mula nak tegakkan kebenaran. Shira hanya tergeleng-geleng kepala.
            “Idea kau bagus. Baik. Suci. Murni”. Kembang pula dengar pujian Shira.
            “Tapi kau kena sedar diri. Dia tu bos…kita ni kuli. Kalau nak sampaikan hasrat murni kau sekalipun kena tengok orang. Tak pasal bakal hilang kerja ni”. Shira dah mengingatkan. Aku pula yang tergeleng-geleng kepala. Kenapa eh…susah betul nak minta orang buat kebaikan? Dapat pahala apa?”
            “Lagi satu…kalau nak minta orang buat baik…bukan boleh paksa terus. Kena ambil masa. Bersabar!”. Kali ini Shira sudah berceramah pada aku. Hmm…betul jugak. Kali ini aku pula yang rasa bersalah. Nak suruh orang buat baik... tapi salah caralah pula.
            “Tapi yang buat aku berasap, bukan pasal idea aku dia tolak. Dia ajak aku temankan dia ke kelab malam. Apa dia ingat aku perempuan jenis itu…jenis…” Kata-kataku mati di situ. Dah tak sanggup nak teruskan. Kalaulah aku tahu dari awal niat dia, tak mahu aku temankan dia makan. Nasib baik aku cepat angkat kaki dari situ. Ingatkan dia bakal jadi Mr.Humble. Nampaknya angan aku akan terus jadi angan-angan kosong. Tak ada maknanya mamat kaya bajet hensem plus kerek tu nak jadi Mr.Humble.     

Thursday, 14 March 2013

Mr. Hotter Guy Bab 7


Bab 7
            “Nurin, masuk sekejap!”. Suara diintercom sudah berbunyi. Aku ingat Mr. Hotter Guy sudah hilang suara untuk bercakap. Lepas aku bacakan senarai temujanji dan mesyuarat hari ini dia diam membisu. Ucap terima kasih pun tidak untuk air liur yang aku bazirkan semasa memperincikan schedulenya hari ini. Namun aku rasa lega juga kerana tak perlu berlama menunggu seperti tiang telefon menanti arahan seterusnya dari dia.
            “Hari ini teman saya jumpa client”. Dia sudah keluarkan arahan yang sama seperti semalam. Aku mula rasa tidak sedap hati. Jangan-jangan dia  nak kenakan aku seperti semalam.
            “Kalau berdua saya tak nak!”. Amboi, beraninya aku demand. Macam aku bos kat sini. Dia panggung kepala tenung aku macam nak makan. Aku tertelan liur. Rasa dah over limit.
            “Siapa bos, siapa kuli?’. Nampak…Cik Nurin. Pandai sangat demand. Alamat bakal hilang kerja ni!. Otak ligat berfikir.
            “Saya kuli…bos”. Perlahan aku jawab.
“Tahu tak  apa. Pasal semalam saya minta maaf. Memang salah saya. Hari ini memang betul. Saya tak main-main”. Dia beriak tenang. Aku pula yang terlopong. Tak sangka Mr.Hotter Guy yang kerek boleh minta maaf pada aku?…kuli je. Hmm…bagus!. Ada perubahan nak jadi Mr. humble lepas ni.
“Maaf diterima”. Aku balas suka. Sebenarnya aku bukan seorang pendendam pun. Kalau dah orang minta maaf, kita wajib memaafkan orang itu. Lagipun bukan dia buat dosa besar pun.
“Nanti bawa sekali dokumen mengenai bajet perumahan elit di Rawang eh”. Sekali lagi dia mengarah. Aku sudah mencatat dibuku nota. Penting tu!.
“Kalau tak ada apa lagi, saya minta diri dulu”. Aku sudah mahu melangkah keluar.
“Nurin”. Lembut suaranya membuatkan langkahku terhenti. Alahai…lemah gemalainya. Sampai aku pula yang terbuai.
“Er…ada apa bos?”.
“Temujanjinya pukul 11 pagi ni di Nusantara Holding. Remember that?’. Aku angguk kepala. Aisye…siapa bos siapa secretary ni! Bila dia pula yang ingatkan appointment dengan client itu.
“Saya tahu bos”. Aku jawab lagi. Dia tersengih. Senyum kat aku ke?. Hailah…cair mak macam ni. Cik Nurin…sedar diri. Dia tukan orang kaya-kaya yang kau tak suka. Huh…terus tersedar dari mimpi. Aku angkat kaki pula terus keluar dari bilik bos. Tubuh sudah rasa hendak demam dek serangan senyum dari bos tadi. Cik Nurin…jangan jatuh hati. Nanti kena mandi bawah jambatan!. Aku tersenyum pula.
Luqman Hakimi menyambung semula tugasnya. Hari ini dia ada mesyuarat penting dengan Nusantara Holding itu. Kalau segalanya berjalan lancar. Projek 20 Billion tu akan masuk ke tangannya. Rezeki tu. Barulah terbukti yang dia memang darah keturunan pedagang dari zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Hoila…terlanjak sudah memuji salasilah keturunan  sendiri.
Dia membuka lappynya. Menyemak dokumen buat kali terakhir dan presentation yang akan disampaikan nanti. Kalau semuanya lengkap dan dapat menarik hati Chairman Nusantara Holdings itu, maka secara sahnya, projek itu akan menjadi miliknya. Dia menguntum senyum pula.
“Jom”. Dia sudah mengetuk meja setiausahanya itu. Spontan gadis comel itu mengangkat kepala. Dia sudah membulatkan mata tanda tunggu apa lagi!.
“Err…baik bos. Give me 10 second”. Kalut aku mengemas dokumen yang diminta aku sediakan tadi. Dia hanya memandang aku atas bawah. Aku pula yang rasa tidak selesa.
“Kenapa bos?”. Pantas aku menyoal.
“Cantik awak hari ni. Kiut sungguh dengan kebaya nyonya. Barulah bersemangat sikit nak jumpa client”. Aku rasa pipiku sudah blushing barangkali dengan pujian mendadak dari Mr. Hotter Guy itu.
Seperti biasa aku sudah terkedek-kedek menyaingi langkahnya yang serupa langkah zirafah itu. Sepanjang jalan, aku tidak lokek memberikan senyuman. Dari jauh aku sudah nampak Pak Berahim peon syarikat ini yang membawa beberapa keping surat. Nak je aku tanya apa jadi dengan pakcik yang jatuh di bilik wuduk tempohari. Tapi disebabkan mengejar masa. Aku hanya sempat memberi salam je. Tak  apalah. Masa masih panjang. Nanti balik, boleh tanya lagi.
“Awak kenal Pak Berahim?”. Dia soal aku bila tubuh sudah kuhenyakkan di kusyen tempat duduk di sebelahnya.
“Ha…aaa”. Laju aku menjawab.
“Peramah betul awak ye…baru masuk kerja dua hari semua orang awak kenal”. Dia puji ke perli ni?. Aku pula tak dapat agak. Namun aku buat tak endah. Tapi tangan sudah menadah untuk  membaca doa masuk kenderaan. Mulut pula sudah terkumat-kamit.
“Hmm…baca jampi serapah apa, naik kereta saya ni?. Takut saya sentuh tangan awak macam semalam ke?. Saya janji saya tak buat lagi. Kan dah minta maaf tadi”. Laju je dia menembak tanpa tahu sebab musabab yang sebetulnya. Aku pula yang angkat kening dengar segala tohmahannya itu.
“Bos…bila kita naiki kenderaan kita kena baca doa minta perjalanan kita ini selamat sampai ke destinasinya. Lagipun kita pergi atas urusan kerja. Minta urusan kita ini dipermudahkan ALLAH.”. Dia sudah terdiam bila aku membalas anggapannya yang bukan-bukan itu.
“Hmm…lagi satu…kita nak pergi atas urusan rezeki yang halal. Kenalah berdoa dulu. Minta pada ALLAH agar dimurahkan rezeki itu buat kita”. Aku tambah lagi biar dia sedar yang jangan sesuka hati membuat tanggapan yang bukan-bukan. Apa dia ingat aku ni kaki mandrem ke nak jampi serapah bagai. Hish…mengarut betul.
“Err…”. Dia sudah terkedu. Akhirnya aku dan dia hanya diam membisu je sampailah Merc SLK ini masuk ke perut bangunan Nusantara Holdings.
Dia keluar dari perut kereta. Kot yang tersidai di kerusi belakang diambil lalu dipakaikan ke tubuhnya. Nampak smart sangat. Dia angkat kening pandang aku.
“Okey tak?”. Dia soal.
“Smart and hot bos…err...” Aku terlebih pujilah pulak. Dia sudah menguntum senyum. So sweet. Ingat Nurin…jangan melebih. Nanti kena mandi bawah jambatan. Otak tak habis memberi peringatan. Kami melangkah masuk ke perut lif yang sudah terbuka.
“Nurin…”Aku dongak kepala lihat wajahnya yang kacak itu memanggil namaku. Mak…cair aku macam ni. Kenapa mamat kaya bajet hensem ni… hmm…handsome betul?. Lepas ni kena tukarlah pula ayat panggilan ini. Dah tak sesuai diguna pakai buat dia. Sebab dia memang handsome.
“Yes bos”. Aku pandang sambil bibir mengorak senyum.
“Boleh baca doa mohon rezeki. Saya harap sangat hari ini ALLAH memberikan rezeki ini buat saya”. Pintanya. Aku pula yang rasa nak nangis dengar permintaannya itu. Very Humble!.
“Bos angkat tangan AMINkan apa yang saya baca eh”. Laju je dia angkat tangan patuh pada arahan aku. Nak tergelak je tengok mukanya yang handsome menurut perintah.
“YA ALLAH, Ya Tuhanku. Jika rezekiku berada di atas langit, maka turunkanlah  ia. Dan jika berada diperut bumi, maka keluarkan ia. Dan jika sukar maka mudahkanlah ia, dan jika haram  maka sucikanlah ia, jika masih jauh dekatkanlah ia. Ya ALLAH, Limpahkanlah kami rezeki sepertimana rezeki yang Engkau limpahkan kepada hamba-hambaMU yang soleh. AMIN YA ROBBAL ALAMIN”. 
Dia sudah meraup kedua tangannya ke muka setelah aku selesai membaca doa itu. Kemudian pintu lif berdeting tanda kami sudah sampai ke tingkat yang menempatkan bilik mesyuarat. Aku seperti biasa  terkedek-kedek mengekor langkah kakinya yang panjang macam zirafah itu. Dalam hati aku sudah berdoa. Harapanku mamat kaya memang hensem ini akan berubah menjadi Mr. Hotter Guy a.k.a Mr Humble sedikit masa lagi. AMIN.


“How are wonderful world?”. Dia sudah ucap begitu sambil sengih  sampai ke telinga. Aku hanya melihat dengan pandangan gembira. Akhirnya projek 20 billion itu menjadi miliknya juga.
“ALHAMDULILAH bos…kalau rezeki tu dah ALLAH tetapkan jadi milik bos. Maka jadilah”. Aku sudah mengorak senyum pula. Dia masih tersenyum-senyum.
“Lepas ni teman saya makan?”. Aku sudah menganga. Terkejut!. Ingatkan lepas selesai urusan dengan Nusantara Holdings kami dah nak balik semula ke pejabat. Dah bertukar agenda pula saat-saat akhir.
“Err…”. Aku rasa serba salah. Rasa macam dah langgar etika kerja pun ada. Keluar makan dengan bos sesaja…bukan termaktub dalam perlembagaan jawatan aku. Pergh…perlembagaan tu!...
“Jangan menganga macam tu. Saya tahulah saya hensem.” Aku rasa macam nak termuntah je dengar ayat yang keluar dari mulutnya walau aku tak nafikan dia memang hensem. Segera aku tutup mulut. Asalnya aku menganga bukan sebab dia hensem tapi terkejut dengan ajakannya itu. Mula-mula dia ajak aku makan, lepas ni nak ajak aku pergi mana pula…entah-entah hotel?. Ishy…aku sudah menggeleng kepala. Cuba menghindar prasangka yang bukan-bukan. Nurin…Nurin…kuat betul perasan!...tak ada maknanya dia nak bawa kau ke hotel…
“Tak sudi?”. Dia soal aku pula. Pantas aku menggeleng. Sekejap aku menggangguk. Tak tahu nak jawab mana satu. Dia pula sudah kerut dahi tanda tidak faham.
“Sudi ke tak?”.
“Maaf bos…kalau bukan urusan kerja…saya tak mahu. Langgar perlembagaan jawatan saya bos”. Selamba aku jawab. Dia sudah ketawa. Hish…manis sungguh tawanya. Macam coklat Cudbury.
“Perlembagaan jawatan…”. Dia sambung ketawa lagi. Aku pula yang terkulat-kulat. Salah sebut ke?.
“Keluar makan dengan bos lepas selesai urusan bisnes…salah satu perlembagaan jawatan. Take note okey?”. Dia sudah keluarkan arahan. Aku pula yang tertelan liur. Hmm…nak ikut ke tak?...tak ikut kang…hilang kerja. Tapi bos dah keluarkan arahan, aku kena ikut. Perlembagaan jawatan tu! 

Friday, 1 March 2013

Sinopsis IM MRS KERTU

Sinopsis 

Ainul Mardhiah-Keindahan zaman remajanya telah diragut, kehidupannya telah musnah gara-gara malam durjana. dia hilang segala-galanya termasuk nilai sebuah kesucian. Takdir, telah mengikat jodohnya dengan Adam Yusuf. Egonya tidak dapat menerima cinta seorang lelaki tua meskipun lubuk hatinya ada terdetik sayang.

Adam Yusuf-Cintanya kepada Ainul berputik pada saat pertemuan pertama. Wajah Ainul yang mirip arwah isterinya telah kembali menggocangkan jiwa lelakinya.

Jodoh yang ditetapkan oleh ALLAH sebelum langit dan lautan diciptankanNYA telah terikat. Takdir telah menemukan mereka meskipun usia menjadi bandingan.

"Ain tak nak kahwin. Ain nak capai cita-cita dulu. kalau kahwin pun bukan dengan lelaki itu"
"Tua macam saya"

"belum cuba belum tahu Ainul. Saya ni macam kelapa tua. Makin berlemak dan manis".
"Hmm....Lelaki tua memang miang macam ni ke?"

Menyedari getar jiwanya tidak berbalas. Adam Yusuf pergi membawa diri. Terpisah mereka antar abenua. Namun pernikahan rahsia ini masih disimpan utuh. Lamaran Hafiz menerbitkan keazaman dalam jiwa Ainul untuk menoktahkan akad yang telah terjalin selama empat tahun.

Namun, pertemuan semual di antara Adam Yusuf dan Ainul Mardhiah seakan-akan memudarkan rasa benci itu. Pertunangan Adam Yusuf dan Mariza membuahkan cemburunya. Adakah itu tanda sayang?

"Ainul menyesal kahwin dengan sikertu ini?"
"Abang bukan kertu tapi perfecto"

Kalau sesiapa berminat nak novel ini boleh order dengan akak..Dapat tt dan stiker buatan sendiri yang tak berapa nak cun..dan dibalut plastik.
RM21 termasuk pos daftar.
RM25 termasuk pos laju...

Ada lagi 15 buah tidak bertuan...kalau berminat boleh fcb atas nama danisyarahmat...cepat-cepat coz ini last order...sebelum novel ni masuk kedai buku...