Tuesday 15 January 2013

OKU Sayang Bab 7


Bab 7
Alhamdulilah. Ain Syuhada menarik nafas lega. Hutang PTPTN yang sudah setahun tertunggak itu dibayar separuh dengan gajinya yang pertama. Ada berbaki lagi sebanyak RM600 untuk tahun pertama hutangnya itu. Hem…Dia melempaskan keluhan, ada lebih kurang RM25 ribu lagi hutang PTPTN. Agaknya sampai pencen kot baru hutangnya habis bayar. Cepat-cepat dia menyimpan resit bayaran apabila mendengar derap kaki Mr.Blind menuju ke arahnya.
“Bos, apa yang boleh saya tolong?”. Soal Ain Syuhada. Aidil Zafran berhenti melangkah apabila mendengar suara lemak merdu itu memanggilnya. Kadangkala apabila suara itu bercakap dengan lembut terasa seakan menggoda naluri lelakinya. Agaknya orangnya bagaimana. Tentu orangnya cantik. Aidil Zafran meneka sendiri.
“Saya dah baca dokumen yang awak scan tu tapi saya nak awak terangkan secara teliti angka-angka yang terdapat dalam dokumen itu. Maklumlah JAWS tu hanya bercakap saja tapi tak terang secara terperinci”. Jawab Aidil Zafran tersenyum. Bola matanya terarah ke hadapan. Harapannya agar bola matanya memang memandang tepat ke arah Ain Syuhada.
Ain Syuhada pantas memegang dadanya. Terasa denyut jantungnya bergerak laju. Dia melayangkan tangannya di hadapan muka Mr.Blind. Oh…memang dia tak nampak. Lega… kerana cara renungan mata Aidil Zafran itu betul-betul seperti manusia yang normal. Hampir hendak gugur jantungnya dirasakan kerana terpukau dengan renungan Mr.Blind ini.
“Ok bos.” Ain Syuhada berdiri lalu memimpin tangan Mr.Blind menuju ke mejanya.
“Ain, tak perlu memanjakan saya. Dalam bilik ni saya dah tahu mobility. Tak perlu pimpin saya bagai.” Tegur Aidil Zafran. Sikap prihatin Ain Syuhada itu kadangkala membuatkan dia rimas. Rasa terlebih OKU pula dengan cara layanan Ain Syuhada.
“Sorry bos. Dah terbiasa”. Balas Ain Syuhada.
“Dah terbiasa ke saja nak ambik kesempatan?”. Ain Syuhada menelan liur. Bergurau ke sungguh-sungguh bos ni. Dia melihat airmuka Aidil Zafran yang bersahaja. Tiba-tiba terletus tawa dibibir Mr.Blind itu.
“Gurau saja. Jangan ambil hati. Saya lagi suka kalau awak ambik kesempatan”. Sambungnya lagi.
 Ain Syuhada berdecit. ‘Nasib baik handsome, tak jadi nak marah. Miang juga Mr.Blind ni ye?’. Monolognya lagi. 
“Lunch nanti kita makan kat luar. Bosanlah pulak asyik makan kat kafe je”.
“No problem bos. Asal bos belanja kat mana saja saya bawa”.
“Betul, walau ke Ethopia pun?”.
“Ada ke Ethopia?. Orang kat sana pun tak cukup makan. Ada pula orang nak lunch kat sana.” Balas Ain Syuhada. Aidil Zafran senyum lagi. Boleh tahan P.A nya ini bergurau. Ada saja idea nak berbalas kata. Sama seperti seseorang yang dirinduinya di UK dulu.
------------------------
Mahu tersedak Ain Syuhada apabila memimpin Aidil Zafran melangkah masuk ke Hotel Grand Continental itu. Kelas bos sampai lunch pun kat hotel. Almaklumlah dia sepanjang hidup di muka bumi ini barulah pertama kali ini melangkah masuk hanya untuk lunch di hotel taraf lima bintang ini. Setelah berpamitan dengan Pak Deris drebar yang setia mengambil dan menghantar bosnya itu, dia dengan berhati-hati memimpin tangan bosnya itu dengan debar.
Setelah duduk di tempat yang telah disediakan itu, beberapa pelayan menghidangkan makanan yang sedia dipesan itu.
“Harap Ain tak kisah. Saya pesan makan ikut selera saya je.”
“Eh…ini pun dah syukur. Bukan senang nak makan kat hotel ni. Bos belanja lagi tu”.
“Dulu, kalau saya balik ke Malaysia, saya mesti makan kat sini. Peneman setia saya arwah tok wan”. Ain Syuhada terus tersedak. Pantas dia meneguk air kosong yang sedia terhidang.
“Kenapa?”. Soal Aidil Zafran terkejut mendengar Ain Syuhada terbatuk-batuk.
“Tak ada apa. Gelojoh sangat makan”. Ain Syuhada tersenyum kelat. Sebenarnya dia begitu terkejut apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Aidil Zafran. Tak sangka yang Tok Penghulu Darus sudah pulang ke Rahmahtullah. Kali terakhir dia mendengar khabar, Tok Penghulu Darus mengikut Aidil Zafran ke UK. Jawatan tok penghulu dilepaskan dan kini jawatan itu menjadi milik ayahnya.
“Arwah tok wan banyak membantu saya masa di UK dulu. Penguat semangat dan kawan setia yang terbaik pernah saya ada dalam dunia ini. Hemm…kalaulah dia jemu menjaga dan memberi semangat buat saya…”. Aidil Zafran berjeda sebentar.
“Tentu hidup bos tak secemerlang ini”. Ain Syuhada menyambung. Memang dia cukup kagum dengan Aidil Zafran. Dalam usia 27 tahun dia sudah menjadi orang penting dalam Insaniah Holding. Tambahan pula OKU, terpaksa bersaing dengan orang normal yang lain.
“Dan juga rezeki saya kerana dilahirkan dalam keluarga yang cemerlang”. Aidil Zafran tidak menafikan itu. Kalau dia tidak punya latarbelakang keluarga yang mempunyai empayar perniagaan yang tersohor, mungkin dia tidak mampu menjawat jawatan sebegini. OKU sepertinya kurang mendapat perhatian dan tempat tertinggi  di mata masyarakat. Berapa kerat sangat yang berjaya sepertinya,hemmm… boleh dibilang dengan jari.
“Sedap makan kat sini?”. Soal Aidil Zafran setelah selesai makan. Dia mengambil napkin yang diletakkan di ribanya lalu mengelap mulut.
“Emm…mestilah sedap. Makan free”. Gurau Ain Syuhada turut mengelap bibir. Dia melihat sebutir nasi terlekat di bawah bibir Aidil Zafran. Spontan dia mengambil butir nasi itu
“Oppstt..sorry bos. Tindakan reflek. Ada nasi kat bibir”. Cepat Ain Syuhada beralasan apabila tersedar tindakannya itu mungkin tidak disenangi bosnya itu. Dia menonyoh dahinya kerana ketelanjuran perbuatan dan kata-katanya itu.
Aidil Zafran sedikit terkejut. Tindakan spontan Ain Syuhada itu seperti ulang tayang adegan semasa dia di US dulu. Sesekali ingatan pada gadis itu menyapa benaknya.
“It’s okay. Tapi jangan buat selalu. Saya takut jatuh hati nanti”. Mendatar sekali suara Aidil Zafran. Dia  takut kalau selalu begini cara layanan Ain Syuhada pasti hatinya akan terpaut nanti sama seperti hatinya terpaut pada gadis Cindia semasa menuntut di US dulu. Dan paling ditakuti dia bakal kecewa jika hanya dia yang bertepuk sebelah tangan.   
Ain Syuhada terkesima apabila mendengar kata-kata Aidil Zafran. Kalaulah Aidil Zafran tahu siapa dia sebenarnya, tentu kata-kata yang diucapkan itu hanya satu mimpi di siang hari. Bukan benar tapi omongan semata-mata.

Di satu sudut yang agak tersorok, Rayyan Aziz agak bengang melihat adegan mengelap bibir yang dilakukan oleh Ain Syuhada. Agaknya itu boyfriendnya kot. Not bad!. Misinya untuk menjadikan Ain Syuhada bakal menantu ibunya tentu menjadi sukar kerana pesaingnya bukan calang-calang orang. Segak bergaya dan paling penting berduit.
Mujur pertemuannya dengan wakil Toyota di Jepun yang diadakan di Hotel Grand Continental ini telah menemukan dia dengan pesaingnya. Rayyan Aziz berasa tercabar. Dia tidak boleh menyerah kalah sebelum bertanding. Selesai urusannya dengan wakil dari Jepun itu dia mula hendak bergerak meninggalkan hotel itu. Tapi langkahnya terbantut apabila melihat Ain Syuhada memimpin tangan lelaki itu. Matanya asyik melihat cara Ain Syuhada memimpin tangan lelaki itu dan di sebelah tangan kanan lelaki itu memegang tongkat putih.
“What? Blind? Boyfriend dia buta ke?”. Rayyan Aziz mula menguntum senyum. Pasti dia menang. Takkan Ain Syuhada hendak bersuamikan OKU sedangkan dia lebih baik dari lelaki itu. Yes! Dia perlu cepat bertindak. Hatinya gembira. Pantas dikeluarkan telefon bimbitnya dan dicari nombor dalam senarai contact lalu didail.
“Hello Mike. Malam ni tidur rumah I”.

----------------
Ain Syuhada menghidu sejambak mawar merah yang diterimanya. Benar-benar dia terkejut. Selepas saja pulang dari musolla menunaikan solat Zuhur, terlihat jambangan mawar merah di atas mejanya. Dia membaca kad ucapan yang disertakan bersama. Terkejut…memang betul-betul terkejut. Mawar merah itu kiriman jejaka terhot di UMKL dulu. Dia tersengih, kembang rasa hatinya sekembang mawar merah yang menghiasi vase di atas mejanya kini. Dia mula memasang angan-angan jika digadingkan dengan jejaka hot itu.
“Hem…I smell something. Very nice like a rose”. Tiba-tiba muncul Mr.Blind dibelakangnya. Ain Syuhada mengurut dada. Terlalu asyik berangan sampai tak sedar bos masuk.
“Ye ke bos?”. Ain Syuhada pura-pura bertanya. Tak kan nak diberitahu dia menerima sejambak mawar merah dari jejaka terhangat dipasaran. Tak kuasa nak menjaja cerita peribadi sendiri.
“Yup. Kuatla baunya bila saya dekat awak”. Aidil Zafran mengembangkan hidungnya mencari-cari bau rose itu.
“Maybe bau parfume saya kot. Enchanture rose.” Ah…bohong lagi. Ain Syuhada mengeluh.
“Nice baunya”. Aidil Zafran mendekatkan badannya cuba menghidu bauan itu hingga tanpa sedar  terlanggar tubuh Ain Syuhada. Dia terasa lekuk dan hangatnya tubuh Ain Syuhada tatkala mereka bersentuhan itu.
“Sorry Ain. Saya tak sengaja. Bau rose tu sedap sampai tak sedar terlanggar awak”. Aidil Zafran cepat-cepat minta maaf. Tapi dalam hatinya seronok. Terasa seperti tersentuh sesuatu yang lembut tetapi padat. Dia pun tak pasti apa yang disentuhnya itu.
 Ain Syuhada memegang dadanya. Cis…asset berharganya telah disentuh Mr.Blind walau secara tak sengaja. Mahu saja dia menjerit kuat-kuat. ‘Too much. U touch my ‘adik-adik’. See U in court’. Kalau bawa kes ini ke mahkamah pun tentu dia kalah. Akhirnya dia berdiam diri saja. Mungkin balasan Allah kerana dengan sengaja berbohong tadi. Sekarang ni balasan semua cash, tak ada hutang-hutang lagi.
“Ain marah ke? Saya tersentuh tempat larangan ke? Jangan saman saya pula. Takut Ain kalah. Tak pasal kena kawin dengan saya”. Ain Syuhada menjelir lidah. Macam tau-tau saja apa yang difikirnya. Agaknya Mr.Blind ni ahli nujum kot boleh baca apa yang dirasanya.
“Sebab bos Mr.Blind, I forgive U. But last chance tau. Kalau buat lagi saya repot polis”. Ugut Ain Syuhada dengan nada manja. Aidil Zafran ketawa, rasa bahagia walau diugut begitu oleh Ain Syuhada. Terasa harinya terisi dengan gurauan dan tingkah manja Ain Syuhada yang memikat hati.
“Repot je kat tok kadi. Boleh nikah terus”. Ain Syuhada menjengilkan matanya walau dia tahu Aidil Zafran tidak dapat melihat reaksinya itu.
“BOS….!”. Ain Syuhada menaikkan volume suaranya.
“Opps…sorry.” Aidil Zafran mengangkat kedua tangannya tanda betul-betul minta maaf. Kalau suara Ain Syuhada sudah meninggi volumenya dia sudah mendapat isyarat yang Ain Syuhada betul-betul sedang marah.
“Ok bos. Back to the work. 15 minit lagi ada mesyuarat. Bos wajib attend.” Ain Syuhada sudah membelek catatannya.
“Semua dokumen saya dah sediakan. Shall we?”.  Ain Syuhada mengilek dokumen dalam tangannya sementara menanti Aidil Zafran membetulkan tie dan memperkemaskan diri.
“Dah handsome pun. Tak payah touch up dah”. Sempat lagi Ain Syuhada mengusik. Aidil Zafran memegang lengan Ain Syuhada lalu bergerak menuju ke bilik mesyuarat. Sengaja dia tidak membawa tongkat. Bolehlah dia berkepit dengan Ain Syuhada.
“Ini kena saman tak?”. Aidil Zafran bertanya dengan nada bergurau sambil tangannya memaut lengan Ain Syuhada.
“Bos ni sempat lagi bergurau.Dah tugas saya kena pimpin bos. Ini tak termasuk dalam kod larangan. Berlapik dengan kain”. Ain Syuhada menjawab. Namun dia  mengerutkan dahinya, betul ke apa yang dikatakannya itu. Hem..lantaklah asalkan dia tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruahnya.

No comments:

Post a Comment