Sunday, 23 December 2012

Jodoh Si Andartu Bab 3


Bab 3
Ahmad  Soleh  bin Zaki membasuh pinggan  mangkuk dan periuk belanga di rumah Paksu Mid. Sesekali diseka peluh yang merenik di dahi dengan tuala ‘good morning’ rona putih itu. Tan Sri Ismail tekun melihat kerja-kerja yang dilakukan pemuda itu. Memang cekap dan rajin. Orangnya pun berbudi bahasa. Sempat juga dia merisik dengan orang tua-tua di kampung ini. Semua memuji Mat Yeh seorang pemuda yang berbudi bahasa dan hormat orang tua. Kerjanya juga rajin dan jujur. Cumanya Mat Yeh ini miskin sebab tu kerja kuli je. Bukan sebab tak pandai, tapi tak berpeluang nak belajar tinggi-tinggi kerana ibunya uzur dan miskin. Jadi dia terpaksa lupakan persekolahannya. Sebab kemiskinan yang diwarisi juga menyebabkan dia berputus asa. Belajar pun asal lepas je kerana dah patah semangat.
“Rajin betul Mat Yeh ye?”. Tan Sri Ismail sudah memuji. Mat Yeh yang begitu tekun membasuh periuk sebesar pemeluk itu hanya senyum sekilas mendengar pujian dari lelaki tua itu.
“Biasa je Tan Sri”. Balasnya. Apalah sangat setakat membasuh periuk belanga ini. Biasa je. Selagi dapat membantu dalam majlis kenduri kendara, dia dah rasa menghulur budi. Ibu pun pesan, jangan berkira sangat dengan tenaga. Selagi dapat menabur bakti, taburlah walau setakat mengerah kudrat yang tak seberapa ini.
“Mat Yeh kerja apa kat kampung ni?”. Tan Sri Ismail masih bersoal. Minat untuk mengetahui mengenai anak muda ini. Tambah-tambah pemuda ini ada dalam list suami idaman si anak dara tuanya itu.
“Kerja kuli je. Gembala lembu Penghulu Jali”. Balasnya tulus. Tangan masih lagi ligat mencucur air ke periuk yang sudah disabun itu.  Selesai dibilas, ditunggingkan pula periuk besar itu di banir pokok. Kemudian di lap tangannya dengan tuala good morning yang disangkut di leher.
“Tak berminat nak jadi tauke?”. Giat Tan Sri Ismail lagi. Ingin juga diketahui apa yang ada dalam jiwa anak muda ini. Tak bercita-citakah. Ahmad Soleh hanya ketawa mendengar soalan cepu mas dari Tan Sri Ismail. Bodohlah kalau orang yang kerja kuli tak nak menjadi tauke. Tolak tuah namanya tu.
“Saya memang nak Tan Sri. Tapinya saya ni miskin. Tak ada modal. Mahunya kerja sampai mati pun tak dapat nak kumpul modal. Dah tu pelajaran pun tak tinggi mana. Macamana nak jadi tauke”.Mat Yeh sudah senyum simpul. Masih merendah diri.
Tan Sri Ismail hanya memerhati. Memang pemuda ini manis sekali dengan senyumannya itu. Badan pun boleh tahan. Tegap dan sasa. Almaklumlah kerja kampung. Iras-iras pun dah macam pelakon yang digilai anak dara tuanya itu.    
“Kalaulah ada orang sudi beri modal dan biayai Mat Yeh sampai cita-cita tercapai. Mat Yeh nak?”. Dia sudah angkat kening. Sesekali menggaru kepala tidak gatal. Hmm…ada lagi ke manusia yang baik dalam dunia ni. Jarang orang nak hulur budi tanpa mengharapkan balasan. Tambahan pula budi yang nak diberi melibatkan wang beribu-ribu. Walau dia tidak pandai, namun dia tahu modal untuk menguruskan ternakan lembu ni bukan sedikit. 
“Ishhh…Tan Sri ni bergurau ye. Mana ada orang yang percaya nak labur modal kat saya ni?”. Dia soal pula tidak yakin.
“Eh…ada”. Balas Tan Sri Ismail yakin.
“Kalau ada pun mesti nak balasankan?”. Dia tanya lagi. Masih tak yakin.
“Hmm…balasannya mudah je. Nikah dengan anak orang yang nak bagi modal tu”. Mat Yeh melopong. Mata sudah terbeliak. Biar betik?. Tak pernah didengar orang, dahla diberi modal, pastu dapat nikah free pula. Pelik sungguh!. Dia angkat kening lagi. Entah-entah kena jadi pak sanggup?. Mana tahu labur duit ribu-ribu, bodynya pula yang tergadai. Dipaksa jadi pak sanggup pula pada anak tuan empunya beri modal kerana dah bunting.      
“Ishkk…tak naklah. Mana ada orang yang macam gitu. Mesti ada benda yang disembunyikan?.”
“Mat Yeh pernah tak dengar satu terjemahan ayat dari Surah Al-A’raf ayat 144. Dalam ayat tu ALLAH berfirman iaitu ‘Terimalah semua yang telah ALLAH  berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur’.  Mat Yeh masih diam. Tan Sri Ismail menyambung lagi hujahnya.
“Anggaplah ALLAH memberikan rezeki buat Mat Yeh dalam bentuk macam ni. Sepatutnya Mat Yeh bersyukur. Anggap  ALLAH kirimkan pakcik untuk menyampaikan rezeki buat Mat Yeh”. Mat Yeh diam lagi. Masih tidak menjawab. Dia buntu sebenarnya. Bukan mudah untuk membuat keputusan. Kalau diberitahu pada ibunya pasti dibuat bahan lawak je. Habis tu, buah hati cinta sayangku si Mariam,  nak letak mana? Dah lama dia pendam perasaan pada anak dara Penghulu Jali. Tak akan nak dibuang perasaan sayang yang dah menjadi pokok dalam hatinya itu. Akhirnya dia geleng kepala pula. Tak sanggup menerima tawaran dari Tan Sri Ismail itu.
“Macam ginilah Mat Yeh. Ni kad pakcik. Bila Mat Yeh ubah fikiran, telefon pakcik. Tak pun datang Kuala Lumpur, rumah pakcik. Asal Mat Yeh setuju je, yang lain biar pakcik uruskan”. Tan Sri Ismail tidak mengalah. Dia tahu mungkin pemuda itu masih terkejut mendengar tawarannya itu. Dia harap sangat Mat Yeh menerima tawaran ini. Soal anak dara tuanya itu, pandailah dia gunakan taktik. Si andartu itu mesti akan patuh cakapnya. Dia bukan asal sebat je nak buat Mat Yeh sebagai menantunya. Namun hanya dia je yang tahu rahsia yang disimpan 20 tahun dulu. Rahsia dia dan Zaki, bapaknya si Mat Yeh.

Aku sudah mengerut dahi melihat  abah begitu akrab dengan si beruk Mat Yeh tu. Opstt…I did it again!. Nope. Si Mat Yeh…tak ada beruknya. Apalah yang dibualnya. Nampak serius sangat. Serupa bincang projek juta-juta pulak. Pelik!. Mat Yeh itu apa yang ada?. Setakat kuli gembala lembu je. Bukan taikun juta-juta yang boleh bagi bisness pada abah. Aku lurut kening pula. Kerah lagi buah fikiran. Hmm…jangan abah dah berkenan nak buat si Remy Ishak celup tu sebagai calon menantu. Aku telan liur pula. Jangan-jangan apa yang aku bincangkan dengan abah dan mama dah diambil serius. Oh…papa...jahat!...Tak akan dia sanggup nak bagi aku satu-satunya anak dara yang dia ada, walau dah andartu nikah dengan si Mat Yeh kut. Aggrhh…tersangatlah tak sekufu. Tak sesuai!...
Bila si Mat Yeh tu balik, aku sudah angkat kaki menuju ke arah abah yang duduk bersembang dengan biras-birasnya. Aku tak peduli, walau aku sorang je perempuan dalam kelompok itu. Hati dah tak sabar nak tahu apa yang dibualkan tadi.
“Oh..ini sajalah anak Mail ye?”. Tiba-tiba seorang lelaki baya-baya abah mencelah. Tak pula aku kenal gerangannya.
“Hmm…itulah sorang. Saya ni nikah lambat. Dapat sorang tu je”. Abah sudah sengih. Aku pun sengih juga. Mata sudah juling-juling minta abah cepat-cepat tinggalkan kelompok tu. Aku ada perkara lagi penting nak bincang dengan abah dari duduk bersembang buang air liur tak ada faedah ni. Tapi itulah, penat aku juling, abah buat tak faham pula. Malah makin melalut pula giat aku.
“Saya ni penat nak cari jodoh buat dia. Memilih pulak tu. Tak nak berbulu lah, nak serupa Remy Ishak lah”. Aku sudah mengeluh. Abah pun sama macam mama. Suka nak malukan aku depan orang tua-tua. Pecah ketawa mereka bila dengar abah kata gitu.
“Hmm…dia tak tau tu..yang banyak bulu la syok”. Ah..pakcik baya-baya abah tadi galak ketawa. Aku sudah tarik muka. Sakit hati tengok pakcik gigi sebatang, itupun dah kuning giat ketawakan aku. Menganga lagi. Kalau lalat masuk pun tak sedar.
“Kalau nak serupa Remy Ishak, Mat Yeh tu sesuailah. Semua orang kampung gelar dia Remy Ishak. Bolehlah tu dari tak ada langsung”. Pakcik mana pula yang menyampuk. Aku tarik nafas, angkat kaki semula masuk ke rumah Paksu Mid. Hilang dah perasaan nak tahu pasal tadi. Sebaliknya timbul pula rasa menyampah. Ada pula si Mat Yeh tu nak dikenenkan dengan aku. Hish…jauh panggang dari api…dia tu budak lagi..muda 7 tahun dari aku. Kemudian aku gigit jari pulak. Sesuai ke si Mat Yeh tu aku panggil budak. Ah…malas fikir. Serabut!!!
                                                                                                                                                         

6 comments:

  1. Enjoy it novel terbaru dr akak...utk kekawan harap teruslah bagi komen di penulisan 2U...kalau boleh siapa baca beri komen k...akak duk pening cari resepi nape...cerita akak tak da sampai ribu-ribu yang baca...boleh bagi petua skit...ahaks..

    ReplyDelete
  2. Best ape cite u sis...sume cite u ai follow..hehe...mob diaorg silent readers kot...nyway terus kan berkarya ye sis:))

    ReplyDelete
  3. tima kasih...teruskan menyokong akak ye...

    ReplyDelete
  4. Salam, cerita menarik buatlah entri baru.

    ReplyDelete