Saturday, 28 September 2019

SAYANGKU MRS. CELIK (sequel suamiku mr blind)





Prolog

Engkau kekasihku
Kekasih hingga ke syurga
Tiada lain sebaik, hatimu kumiliki

Cintai aku, mencintai sepenuh jiwa dan raga
Walau pun teruji kesetiaan, kau selalu ada di hati

Biar pun seribu tahun, cintaku hanya untukmu
Tidak sekali ingkari, perjanjian hidup kita berdua
Dan sampai saatnya nanti, kita terpisah dunia
Moga kita kan bertemu dari keizinan dia







Kampung Tawar, Kuala Ketil, Kedah

            “Lah, hang pasai apa pulak, Muaz. Semalam kak hang jatuh keleboq, hari ni hang pulak”. Puan Ainon sudah menggeleng kepala. Tak faham betul dengan situasi yang berlaku pada anak-anaknya.
            “Awat mak?”. Ain Syuhada datang menjenguk selepas mendengar suara ibunya bising-bising.
            “Mak tak taulah dengan hangpa ni. Keturunan suka jatuh keleboq kut”. Puan Ainon sudah berlalu masuk ke rumah. Malas nak ambil pusing dengan kerenah anak-anaknya lagi.
            “Mujuq abang long hangpa duk asrama. Kalau tidak dengan dia sekali jatuh keleboq jugak”. Terdengar suara Puan Ainon mengomel sehingga ke dapur.
            “Hang pasai apa, Muaz?”. Ain Syuhada sudah ketawa. Lucu melihat wajah Muaz yang berlumur dengan lumpur sawah itu. Habis baju sekolah yang berwarna putih itu sudah bertukar warna menjadi kelabu.
            “Pasai apa lagi, serupa kak ngah lah. Banyak musuh”. Balas Muaz mencuka.
            “Haip…aku yang baik ni, mana ada musuh?”. Ain Syuhada memuji diri sendiri. Tugasnya sebagai pengawas yang berdedikasi di sekolah amatlah disenangi oleh guru-guru dan rakan-rakan sekelas. Jarang yang hendak bermusuh kerana sikapnya yang ringan tulang itu.
            “Ala, kak ngah, tak payah mohong. Muaz ni walau sekolah rendah, tapi sekolah kita sebelah menyebelah ja, kak. Apa saja berita pasai kak, semua masuk dalam kocek baju Muaz tau”. Muaz senyum bangga. Macamlah dia tak tahu kes semalam, Ain Syuhada balik berlumuran lumpur. Tak lain tak bukan kerana ditolak oleh Aidil Zafran, musuh nombor satu kak ngah itu merangkap cucu ketua kampung, Tok Haji Darus.
            “Syuh, syuh syuh!”. Ain Syuhada sudah menekup mulut Muaz supaya tidak bising lagi.
            “Hang diam. Nanti mak dengar, mampuih kak!”.
            “Kalau nak suruh diam, kena ada upah”. Ain Syuhada mencebik. Maklum sangat dengan perangai Muaz yang suka minta upah.
            “Okey, satgi nasi goreng hitam siap”. Balasnya memuncung.
            “Orait, sayang kak ngah”. Muaz calit pulak kesan lumpur ke pipi Ain Syuhada.
            “Isy, rosak muka kak ngah”. Ain Syuhada cemberut. Lumpur hitam yang memenuhi pipinya itu disapu.
            “Ha…hang jatuh keleboq jugak ka?”. Ain Syuhada cuba mengorek rahsia.
“Hish…tak mainlah jatuh keleboq. Orang berenang dalam keleboq nak tangkap ikan” Balas Muaz terus menonong ke bilik air. Malas nak memanjang cerita. Buat malu kaum saja kalau Ain Syuhada tahu puncanya dia berlumuran selut itu.
            Muaz masuk ke dalam bilik air. Baju sekolah yang berselut itu sudah diganti dengan kain basahan. Kemudian direndam di dalam baldi. Sambil membilas, mulutnya turut mengomel.
“Hish, sakit pulak hati aku pikiaq pasai anak Siam tu. Kalau kak ngah tahu, Si Prija Jane punya kerja mesti dia gelak sampai terguling. Kak ngah tu bukan kira, dia sukalah tengok aku kalah dengan anak Siam hat serupa jantan tu.” Herot-herot mulut Muaz menggumam tak puas hati.

“Ainon, Ooo, Ainon”. Terdengar suara Encik Ismail di tengah laman. Motosikal yang dimatikan enjin itu segera ditongkat. Encik Ismail sudah menapak masuk ke dalam rumah.
“Awat abahnya pun?”. Puan Ainon yang sedang menggoreng ikan di dapur bersuara tinggi.
“Saya kat dapur ni!”. Sambungnya lagi seraya mengalih ikan kembung di dalam kuali.
“Ni, saya nak habaq…Wirat hat duk hujung kampung kita tu…”. Encik Ismail jeda. Kemudian menarik nafas panjang untuk bertenang.
“Pasai apa?”
“Dia masuk hospital. Jatuh sungai sebab mabuk”. Encik Ismail duduk di meja dapur. Puan Ainon memindahkan ikan yang siap digoreng ke dalam pinggan. Kemudian dia membawa segelas air masak buat Encik Ismail menghilangkan dahaga.
“Hmm…Wirat ni lah. Namanya ja Islam, tapi perangai tak serupa Islam”. Puan Ainon menggeleng kepala.
“Kesian kat Jane. Kecik-kecik lagi kena jaga diri sendiri. Kalau maknya ada tak adalah budak tu kurang kasih sayang”. Puan Ainon bersuara simpati.
“Nak buat macam mana, Si Wirat tu dah hilang pedoman hidup gamaknya. Sayang bini sampai tak boleh terima Qada dan Qadar Allah”. Encik Ismail menggeleng kepala. Kesal memikirkan sikap Wirat kerana terbawa dengan emosi sampai mengabaikan hidup anak perempuan tunggalnya itu.
“Habis tu, abang bercerita pasai si Wirat tu pasai apa?”. Puan Ainon hulurkan segelas air buat Encik Ismail. Setelah meneguk sehingga separuh gelas, Encik Ismail menyambung cerita lagi.
“Tok penghulu Darus, minta kita jaga Jane sekejap sementara si Wirat kat hospital. Dah saya ni penolong penghulu, elokla kita tengok-tengokkan budak tu sampai si Wirat keluar hospital”.
“Pasai apa Tok Darus tak mau jaga?”.
“Tok Darus tu hidup dengan Aidil. Dua-dua lelaki dalam rumah tu, tak elokla. Takut timbul fitnah. Kita ni tak apalah, hang ada. Ain pun ada. Tak adalah nampak pelik sangat”. Puan Ainon menggangguk setuju mendengar pendapat suaminya itu.
“Bila nak bawa si Jane tu datang sini?”.
“Petang nanti, Tok Darus nak bawa dia mai sini”.
“Hmm, eloklah saya suruh Ain kemas bilik dia tu. Biaq depa duk sebilik”.
“Alhamdulilah…baguslah kalau macam tu”. Encik Ismail mengucap syukur seraya senyum pada Puan Ainon. Gembira kerana mempunyai isteri yang memahami walau Puan Ainon itu kuat membebel dan merajuk.



No comments:

Post a Comment