Bab 19
“Saya
tak buta lagi Berahim. Saya pasti dengan apa yang saya nampak?”. Luah Tan Sri
Hisyam lemah. Dia cuba untuk membangunkan tubuhnya bersandar di tepi katil.
Berahim, pekerja dan teman yang setia cepat-cepat mengambil 2 biji bantal lalu diletakkan
di belakang tubuh Tan Sri Hisyam. Biar sahabat merangkap bos besarnya itu
berasa selesa duduk bersandar sebegitu.
“Tapi…Tan
Sri. Saya musykil. Selama ni bukan kubur Zaimah yang kita lawati tiap-tiap
tahun. Habis tu macamana Tan Sri boleh yakin yang itu Zaimah?”. Balas Berahim
agak kurang percaya.
“Entah…saya
keliru Berahim. Tapi mata saya tak buta. Mana tahu kubur Zaimah tu satu
pembohongan semata-mata”. Berahim sudah tergeleng kepala. Nampaknya Tan Sri
Hisyam ini sudah tahap kronik merapunya. Tak mungkin selama bertahun kubur yang
mereka lawati tiap-tiap hari raya menjelma hanya satu pembohongan. Namun dia
tak sampai hati hendak menuturkan begitu pada majikannya kerana keadaan Tan Sri
Hisyam yang belum sembuh lagi. Walaupun dia tahu Tan Sri Hisyam tak akan
berkecil hati andai dia menuturkan sebegitu. Sudah lama mereka bersahabat,
semenjak Berjaya Corporations ini mula bertatih lagi. Tan Sri Hisyam bukan seorang yang mudah
terasa apatah lagi dengan sahabat baik yang bersusah payah selama ini.
“Awak
dah siasat latar belakang Nurin?”. Tiba-tiba dia menyoal pula mengenai Nurin,
gadis yang menjadi setiausaha anaknya itu.
“Sudah..tan
sri”.
“Apa
hasilnya?”
“Nurin
tu anak yatim. Tinggal di Kedah dengan ibu dan datuknya”.
“Siapa
nama ibu dan datuknya?”. Soalnya lagi tidak sabar.
“Zaimah,
datuknya Yunus”. Mata Tan Sri Hisyam sudah membulat kerana terkejut. Nama yang
begitu serupa. Hatinya teruja.
“Kamu
tahu alamatnya di Kedah?”. Soalnya lagi pada Berahim yang jujur menjawab.
Seolah satu sesi soal siasat sedang diadakan kala ini.
Berahim
tidak menjawab namun dia membalas dengan anggukan.
“Bagus.
Saya tak sabar nak tahu. Biar kita sama-sama pergi menyiasat”. Tan Sri Hisyam
sudah berkobar-kobar semangatnya. Rasa sakit yang menyinggah di badan sudah
tiada terasa lagi. Cepat benar dia ingin bangun dari perbaringannya. Tak sedar
tangan yang masih digrip dengan wayar yang berselirat.
“Tan
Sri…sabar…tan sri tak sihat lagi. Nanti apa pula kata doktor?”. Berahim sudah
menegah. Tangannya memegang bahu Tan Sri Hisyam cuba menghalang lelaki tua itu
dari bangun mendadak.
“Aku
dah sihat, Berahim. Aku tak sabar nak tahu. Dahlama aku berteka-teki sendiri.
Kematian Zaimah satu kesangsian pada aku”. Balas Tan Sri Hisyam yang sudah mula
meninggi suara.
“Kalau
iya pun. Tan Sri kena sabar. Tunggu sampai betul-betul sembuh. Lepas tu kita
sama-sama pergi menyiasat”. Berahim
berlembut. Cuba memujuk Tan Sri Hisyam agar tidak terburu-buru. Niat Tan
Sri Hisyam mati mendadak. Dia beristigfar beberapa kali. Tersedar yang dia
terlalu terburu-buru mengikut kata hati. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Ada
kegusaran di wajahnya. Zaimah!. Diulang-ulang sebut nama itu dalam hatinya.
PUAN Sri Khalida sudah mencerlung matanya memerhati gadis molek yang sedang tekun
menaip sesuatu di komputer pejabat.
Habis ditilik gadis itu dari atas ke bawah. Kemudian dia mengetap bibirnya.
Rasa marah cepat saja bertandang dalam hatinya kala ini. Setakat gadis kampung
ada hati nak menawan anak bujangnya. Dia berjalan pantas ke arah gadis itu.
Mata sudah menyinggah ke batang tubuh gadis itu yang tiba-tiba mengangkat muka
memandang ke arahnya. Gadis itu senyum namun dia membalas dengan jelingan yang
maha tajam. Terkedu sekejap gadis itu. Tergamam dengan tindakannya. Kemudian dia
terus menghayun langkah masuk ke bilik anak bujangnya itu dengan perasaan marah.
Luqman
Hakimi tersentak apabila pintu biliknya ditolak dengan kasar dari luar.
Pandangannya matanya dihala terus kepada pemilik tubuh yang berdiri di depannya
kala ini. Mata sudah membulat terkejut menerima kehadiran tetamu yang tidak
disangka-sangka itu.
“Mama!”.
Dia separuh menjerit apabila melihat Puan Sri Khalida sudah menarik kerusi lalu
duduk di hadapannya. Kedua-dua tangan disilangkan memeluk tubuh. Wajah sudah
masam mencuka. Luqman Hakimi mengerut dahi. Pelik pula melihat tingkah mamanya
yang tiba-tiba datang mendadak tanpa memberitahu terlebih dahulu.
“Ada
apa-apa yang tak kena dengan abah ke?”. Dia pantas menyoal. Puan Sri Khalida
sudah membulat matanya. Marah. Balik-balik orang tua tak sedar dek untung itu
yang ditanya anak kesayangannya ini. Bukan hendak tanya khabarnya yang
tercongok di depan mata. Dia menarik nafas. Kasar .
“Mama
yang kat depan mata tak ditanya sihat ke tak? Sibuk pula soal pasal orang tua
tu.”. Dengusnya. Luqman Hakimi sekadar tersenyum. Kemudian dia menapak memeluk
tubuh mamanya.
“Mama
dah kat depan mata Luke. Sihat lagi. Buat apa Luke nak tanya. Luke agak je mama
datang pasal abah ke?. Mana tahu?. Mama jarang nak datang sini kalau tak ada
hal yang penting”. Balas Luqman Hakimi bersahaja. Kemudian dia beralih duduk di
sisi meja pula.
“Memang
penting. Mama nak Luke pecat secretary Luke tu”. Puan Sri Khalida sudah
mengeluarkan arahan tanpa selindung lagi. Terjongket kening Luqman Hakimi mendengar
arahan mamanya secara tiba-tiba itu.
“Kenapa
pula?. Kerja dia okey. Tip top. Tak pernah buat kesalahan pun. Apasal Luke nak
kena pecat dia”. Luqman Hakimi mula membantah.
“Luke
jangan ingat mama tak tahu pasal agenda bodoh Luke tu. Pasal pertaruhan Luke
dengan Andrea. Mama nak Luke tamatkan je”. Luqman Hakimi sudah tertawa sinis.
‘Andrea!...Andrea…nampaknya
kau takut kalah yang kau gunakan mama aku pula.’ Dia bermonolog pula.
“Deal
is deal, mama. Andrea yang mulakan. Luke nak teruskan permainan. Siapa suruh
dia berani nak mencabar Luke?. Biar dia rasa. Apahal pula sampai mama nak masuk
campur urusan Luke.”
“Mama
dah buat keputusan muktamad. Andrea adalah bakal isteri Luke. Tak ada orang
lain lagi”. Tegas Puan Sri Khalida.
“Mama
ingat Luke budak-budak ke?. Ni soal hidup Luke. Biar Luke yang tentukan”.
“Mama
tak peduli. Luke anak mama sorang. Urusan hidup Luke biar mama yang tentukan”.
Puan Sri Khalida sudah menggunakan kuasa vetonya pula. Luqman Hakimi menarik
nafas. Sesak bila mama terlalu mengongkong kehidupannya. Kalau dibangkang, dia
bakal jadi anak derhaka pula. Oh…sejahat-jahat dia, tak mahu dia digelar anak
derhaka.
“Mama…Luke
anak mama sorang. Luke tahu mama sayangkan Luke sesangat. Luke tak fikir Andrea
tu adalah pilihan terbaik buat Luke. Belum apa-apa, mama dah terikut dengan
kehendaknya. Macamana kalau dia jadi isteri Luke. Kalau dia cuba kongkong hidup
Luke. Kalau dia pula yang hendak memisahkan Luke dengan mama”. Luqman
Hakimi cuba berdiplomasi pula. Dia amat
berharap agar mamanya terkesan dengan apa yang dikatakannya itu.
“Tak
mungkin Luke. Tak ada sesiapa yang boleh mempengaruhi mama termasuk abah Luke
sendiri”. Puan Sri Khalida ucap yakin.
“Habis
tu, kenapa mama nak suruh Luke pecat secretary Luke kalau Andrea tak boleh
pengaruhi mama. Patutnya mama fikir secara rasional. Jangan buat tindakan
melulu”. Luqman Hakimi tutur lembut. Dia memegang tangan Puan Sri Khalida lalu
mengusap lembut. Cuba mententeramkan emosi mamanya. Puan Sri Khalida mengeluh.
Memang Andrea bukan menantu pilihan buat Luqman Hakimi. Namun dia sudah terikat
dengan janji. Sudah terikat dengan budi Datin Shima. Budi harus dibalas.
“Nope…Luke
mesti pecat dia. That my decision”. Luqman Hakimi menggeleng. Puan Sri Khalida
memang diktator. Tiada siapa yang dapat mengubah pendiriannya. Kalau hitam
katanya, maka hitamlah yang harus terjadi.
“Mama…”
Luqman Hakimi bersuara lirih. Sebenarnya dia tak mahu hendak memecat Nurin
Kamila. Hanya itu saja satu-satunya jalan untuk dia lari dari Andrea. Dia
mengetap bibir. Sakit hati bila memikirkan Andrea sudah pandai memanipulasi
mamanya pula.
“Kalau
itulah permintaan mama, Luke akan ikut. Tapi selepas 6 bulan. Itupun kalau
secretary Luke dah disahkan jawatan”. Balas Luqman Hakimi lemah. Puan Sri
Khalida mengerut dahi pula.
“Kenapa
sampai kena tunggu selama 6 bulan. Tidak bolehkan dipecat serta merta?.” Puan
Sri Khalida menyoal tidak puas hati.
“Polisi
syarikat ma…kalau mama nak tahu. Dulu pun memang Luke nak pecat dia. Tapi bila
Puan Liza dah terangkan polisi syarikat. Luke sendiri tak boleh nak buat apa.
Dia hanya boleh dipecat atau dinasihatkan meletak jawatan selepas disahkan
jawatan atau sekurang-kurangnya 6 bulan berkhidmat di syarikat ini. Baru 2
bulan lebih dia kerja ma…sah jawatan pun belum lagi” Balas Luqman Hakimi
kelegaan. Mujurlah polisi syarikat yang ditetapkan oleh Chairman Berjaya
Corporations itu benar-benar menyelamatkan keadaan.
“Ala…semua
tu boleh diubah”. Ucap Puan Sri Khalida yakin.
“Kalau
mama nak ubah polisi. Mama bincang dengan abah dan lembaga syarikat. Boleh?”.
Luqman Hakimi mencabar pula. Dalam hati dia bersorak kegirangan. Tak mungkin
abahnya hendak mengubah polisi. Hal syarikat memang tiada siapa yang berani
hendak masuk campur dan memandai mengubah apa yang telah ditetapkan.
Akhirnya
Puan Sri Khalida menyandar tubuhnya di kerusi tetamu itu. Dia memejam mata.
Susahnya hendak memecat secretary itu kalau dah terikat dengan polisi syarikat.
Kalau soal syarikat dia memang tak berani hendak bertekak dengan Tan Sri
Hisyam. Dia memang tiada hak untuk masuk campur kerana syer Tan Sri Hisyam
lebih 60% berbanding miliknya dan Luqman Hakimi sendiri. Dia mengeluh.
No comments:
Post a Comment