Bab 12
Semua tetamu sudah memenuhi meja
makan yang disediakan. Anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Tengku Budriah
sudah lama menunggu di meja makan. Tuan
empunya pemilik Empayar Berjaya Corporations saja yang masih berdiri mencacak
di rostrum sambil memberi ucapan berjela. Aku yang duduk di meja makan staf
hanya memerhati si kacak hotter guy sedang berucap.
Dalam
hati siap aku mengutuk ucapan panjang berjelanya itu. Ini majlis menjamu anak
yatim tak sesuai benar ucapan yang
panjang sebegitu. Kesian aku tengok muka anak-anak kecil itu. Ada yang
meleleh air liur melihat hidangan ayam seekor tergolek di depan mata. Aku pun
sudah ikut terliur. Apalah bos ni. Mendera orang namanya. Nampaknya terpaksa
ikut protocol. Selagi bos tak habis berucap. Maka, terpaksalah merenung saja
sampai terjojol biji mata hidangan yang menyelerakan.
Selesai
saja dia mengucap terima kasih, bergema Grand Ballroom di Hotel Seri Pasific
ini orang bertepuk tangan. Mungkin para hadirin nak menyampaikan rasa hati yang
leganya dapat makan lepas ini. Si Hotter Guy sudah tersengih sampai ke telinga.
Bangga agaknya menerima tepukan gemuruh itu. Perasan betul yang ucapannya itu
membuat semua orang kagum dan terpukau. Kagumlah sangat!. Aku tambah lagi ayat
mengutuk si hotter guy itu.
Acara
makan dimulakan dengan telinga kami didendangkan dengan lagu dari tetamu
jemputan. Kebanyakan artis yang dijemput adalah dari Kumpulan Nasyid. Hmm…bagus!.
Kena dengan tema majlis kesyukuran. Hiburan yang tidak lagho. Pujiku dalam
hati.
“Sedapkan
sambil makan dapat dengar lagu nasyid ni?”. Shira sudah menuturkan ayat pertama
setelah kami semua diam kerana kusyuk menghayati makanan. Aku hanya mengangguk
sambil meneguk air mineral.
“Mestilah
sedap. Semua free”. Tambah aku lagi. Shira hanya mencebik.
“Kau
nikan! Tak faham betullah. Kerja dengan bos. Tapi mengutuk bos”.
“Siapa
cakap aku kutuk. Aku cakap benda betoilah Cik Shira oii…Ni majlis anak yatim.
Yang dibantai ucap panjang-panjang buat apa. Bukannya bebudak tu faham. Lainlah
kalau audien nya rakan bisnes.” Aku masih lagi tegakkan kebenaran. Shira hanya
menggeleng. Sebenarnya kesian pula aku tengok Shira. Dialah mangsa aku membebel
mengutuk bos tatkala bos sedang berucap panjang tadi.
“Cakap
dengan kau memang aku tak akan menang. Kau ni patut jadi lawyer bukan secretary,
baru betul. Asyik loyar buruk je”. Shira pula kutuk aku. Terjegil mata aku
memandangnya. Aku lap mulut dengan napkin. Kemudian segera aku bangun dari
kerusi yang aku duduki itu.
“Eh…kau
nak kemana?”. Kalut Shira menyoal.
“Chek
nak pi layan anak-anak yatim tu. Dapat jugak chek kutip pahala dari dengaq hang
duk mengata chek”. Balasku sambil menjeling manja Shira sekilas. Minah itu hanya mengangkat bahu.
“Baguih
Cik Nurin oii…anak sapalah yang baik budi ni. Teringin chek nak buat menantu”.
Shira perli aku lagi. Aku jelir lidah panjang-panjang pada Shira sambil kaki
melangkah menuju ke kelompok anak-anak yatim yang sedang menjamu selera. Hati
tak sabar hendak membantu mana patut. Lagipun anak-anak yatim itu kiut miut
saja aku tengok. Nasiblah Cik Nurin sebab tak ada adik beradik. Almaklumlah
dilahirkan sebagai anak tunggal.
LUQMAN
Hakimi menghabiskan hidangan dipinggannya itu. Duduk semeja dengan Andrea cepat
saja membuatkan seleranya putus. Puan Sri Khalida pula tak habis dengan
senyumnya. Sakit hati Luqman Hakimi memikirkan apa agenda yang bermain
difikiran ibunya itu. Tan Sri Hisyam pula tidak nampak batang hidungnya
sedangkan lelaki itulah yang paling gembira sekali ketika dia menyampaikan
hajat hendak membuat majlis kesyukuran ini.
“Ma…abah
mana?”
“Entah”.
Balas Puan Sri Khalida ringkas.
“Patutnya
ma datang dengan abahkan?”
“Ish…tak
kuasa nak datang dengan orang tua tu?”.Puan Sri Khalida buat muka jengkel.
Luqman Hakimi segera bangun dari duduknya. Dengan wajah opera cina Andrea dan sikap
ibunya yang jengkel itu membuatkan dia ingin segera beredar dari meja VIP itu.
“Eh..Luke
nak kemana? Tak elok buat Andrea macam tu?”
“Buat
apa? Luke nak keluar sekejap. Nak call abah. Sesaklah kat sini!”. Segera dia
berlalu walau ditegah Puan Sri Khalida. Mencuka wajah Puan Sri Khalida kerana
dimalukan anak sendiri. Dalam hati sudah mendongkol rasa geram. Terikut
perangai orang tua tak sedar dek untunglah tu!. Dia pula menjerit dalam hati.
Berkali-kali
dia mendail nombor telefon milik Tan Sri Hisyam namun hanya peti suara yang
menjawab. Kemudian dia telefon ke rumah. Jawapan yang diterima dari pembantu
rumah Tan Sri dah lama keluar. Kusut Luqman Hakimi memikirkan kemana pula
abahnya menghilang.
Dia
masuk semula ke dewan. Matanya tertancap kepada tubuh kecil molek yang sibuk
melayan kumpulan anak-anak yatim sedang makan. Lincah tangan itu mencedok
makanan ke dalam pinggan anak-anak yatim itu. Kemudian dia sendiri menyuap
makanan ke mulut seorang anak yatim yang agak lambat makan dari rakannya yang
lain. Ralit Luqman Hakimi memerhati. Terasa asyik melihat layanan mesra
setiausaha comelnya itu. Setiap gerak geri Nurin Kamila diperhati dengan penuh
minat. Seolah sedang melihat sesuatu yang mengujakan.
“Ehem…ehem…perhati
apa dari tadi? Aku yang kat depan mata pun kau tak nampak?”. Terganggu sebentar
penumpuannya apabila mendengar suara Mokhtar menegurnya. Cepat-cepat dia
mengalih perhatian pada Mokhtar.
“Itu…nampak
gadis kecil molek sedang menyuap anak-anak tu makan?”. Mokhtar mengalihkan
pandangan matanya pada arah yang ditunjuk Luqman Hakimi.
“Siapa
awek comel tu?”.
“Itulah…target
yang aku cakap. Cik Nurin Kamila”. Melopong sekejap Mokhtar. Dia juga ikut
tertarik melihat gerak geri gadis comel itu sedang melayan anak-anak yatim.
“Kecil
molek…comel. Ciri-ciri isteri mithali dan ibu penyayang pun dah nampak tu”.
Panjang lebar pula Mokhtar menambah pujian. Luqman Hakimi sudah senyum meleret.
Terasa Mokhtar memuji bakal isterinya pula.
“See
the leg eh. Okey tak pilihan aku?”
“Kalau
kau nak buat bini. Memang okey sesangat. Tapi kalau nak buat stok main-main.
Itu aku tak setuju. Suci murni tu…sampai hati ke kau nak main-main?” Mokhtar
sudah menitipkan nasihat pula. Luqman Hakimi masih senyum meleret. Tak percaya
kawan baiknya Mokhtar yang tak kurang hebat gatal dan miangnya boleh memberikan
nasihat sebegitu.
“Woo…bila
masa Mokhtar dah bertukar mr.Ustaz ni?”. Mokhtar tarik sengih bila mendengar
ayat perlian dari Luqman Hakimi.
“Aku
cakap aje. Terpulanglah. Cumanya aku takut nanti niat kau nak main-main jadi
serius pulak. Tengok gaya cik adik comel tu bukan kau yang bakal menang taruhan
tu. Aku rasa dia yang bakal menang buat kau tergila-gilakan dia”. Mati
sengihannya. Tak sangka Mokhtar boleh menuturkan ayat sebegitu. Dia pandang
wajah Mokhtar. Serius.
“Ah…tak
mungkinlah! Tak mungkin sama sekali”. Dia menidakkan kata-kata Mokhtar.
Kemudian pandangan mata kembali merenung cik adik manis. Tanpa sedar kaki sudah
melangkah ke arah cik adik manis di sana.
“EHEM…ehem…”.
Telingaku seakan menangkap bunyi suara orang yang sedang mengalami sakit
kerongkong. Namun aku buat-buat tak peduli. Ditambah pula dengan lagu nasyid
yang berkumandang kuat membuatkan aku
tak pasti suara yang kedengaran tadi.
“Got
U”. Ada suara mendesah yang kedengaran
di telingaku. Segera aku kalih tubuh. Hampir saja hidungku bersentuhan
dengan hidungnya. Jantung sudah berdetak dengan laju. Tubuh hampir hilang
imbangan. Alamak…kejang tubuh kurasakan kerana tubuh kami yang begitu mendekat. Terasa masa seakan
terhenti. Bunga-bunga cinta sudah melayang-layang di udara. Memenuhi ruang di
atas kepala kami.
“Kakak…nak
lagi!”. Tiba-tiba ada suara kanak-kanak mencelah. Seperti mendengar cd rosak
yang cuba diputar kembali membuatkan aku tersedar. Bunga-bunga cinta yang
melayang-layang sudah bertaburan di lantai. Masa kembali bergerak seperti
biasa. Aku kembali ke alam nyata tersedar dari mimpi yang karut. Dia masih
tersengih dengan senyum semanis gula.
‘Poyo…cik
Nurin poyo!!!’. Segera aku memarahi diri kerana sempat lagi berimaginasi tahap
tujuh petala. Aku senyum pada kanak-kanak yang menarik dress labuhku. Mulutnya sememeh
dengan ais cream yang ku suap. Segera aku suap baki ais cream yang berada dalam
gelas yang ku pegang tadi. Dalam hati mengucap syukur. Nasib baik aku
disedarkan dari mimpi poyo oleh kanak-kanak ini.
“Cantik
awak malam ni”. Satu pujian diberikan untuk aku. Terkedu sekejap. Ikhlas ke
pujian itu. Senyuman masih lagi menghiasi bibirnya.
“Err…terima
kasih”. Mulut pula galak menjawab. Cik Nurin kawal diri!.
“Hmm…seronokkan
jadi budak-budak ni?”. Aku sudah mengangkat kening. Apa yang menariknya menjadi
anak-anak kecil yang kehilangan ibu dan ayah ini. Aku pandang dia dengan seribu
persoalan.
“Seronok
dapat makan disuap cik adik manis. Rela saya jadi budak-budak”. Dia sambung
ayat yang menjawab segala persoalan yang bermain difikiranku. Aku kerut dahi. Mula-mula
tak faham. Bila dia senyum sambil kenyit mata. Automatik otak aku cepat
berfikir.
“Oh…err…”.
Dari kerut dahi tanda tak faham cepat saja aku jadi faham. Ngee…gatalnya. Rela jadi
budak-budak kerana nak disuap makan oleh aku. Nak je aku piat telinga si hotter
guy yang gatal. Cik Nurin…jangan dipiat telinga lelaki bukan muhrim. Nanti
penyakit gatalnya berpindah pada Cik Nurin. Aku tarik nafas. Nasib baik
disedarkan oleh kata hati. Jari jemari yang tadinya sudah terangkat hendak
mencubit kembali ke posisi asal. Fuh!!!. Cik Nurin…sikit lagi bakal tersasar
ni!. Monologku mengingatkan lagi.
“Luke…oh
di sini rupanya!”. Spontan pandangan mataku beralih pada suara menggoda yang
memanggil si hotter guy itu. Gadis tepung gomak itu tanpa malu terus merangkul
lengan si hotter guy. Berbulu saja mataku melihat si tepung gomak itu
menggedik. Si hotter guy apalagi. Makin panjang senyumnya kerana dihimpit
sebegitu. Panas dadaku melihat aksi mereka.
“Hey…you?”.
Si tepung gomak menegur dengan senyum palsunya. Aku hanya membalas dengan
senyum tawar. Senyum tak sepenuh hati.
“Buat
apa kat sini?”. Dia menyambung soalan lagi.
“Kan
I dah cakap. Dia secretary I. So…kat mana I berada atas urusan kerja. Dia wajib
ada. Faham dear”. Si hotter guy balas
lembut. Alahai…bukan buat aku lebur. Tapi buat aku rasa nak muntah melihat
adegan merpati dua sejoli ini.
“Sorry
I lupa. Jomlah kita pergi ambil angin kat luar. Sini panaslah”. Selamba saja si
tepung gomak menarik lengan si hotter guy pergi. Lelaki itu pula menonong
mengikut langkah gadis gedik itu. Aku terasa nak menjerit marah. Cik Nurin…tak
akan marah kot. Tak takut kena mandi bawah jambatan. Err…sekali lagi aku
disedarkan oleh kata hati.
Ya…aku
kena berpegang pada janji. Aku kena berpijak pada bumi yang nyata. Aku kena
mengambil iktibar apa yang berlaku pada mak. Aku tak mahu apa yang berlaku pada
mak terulang pada aku. Kerana orang-orang kaya inilah hidup kami anak beranak
merana. Sampai sekarang aku sendiri tidak pernah mengenali siapa ayahku. Hanya kerana
status darjat yang dibezakan manusia membuatkan aku terpisah jauh dari kasih
seorang ayah.