Bab 10
Luqman
Hakimi masih lagi tayang sengih pada wajahnya yang dibias cermin setinggi
tubuhnya itu. Terakam kembali peristiwa semalam dari mindanya. Tak adalah susah
mana untuk mencairkan hati Cik Nurin Kamila Hisyam itu. Minta maaf dan ikut
ideanya, cepat saja wajah cerianya terpamer dimuka. Hmm…Mr. Hotter Guy…sikit
lagi kau kipas dan ambil hati cik adik sayang, tak sampai 6 bulan dia pasti
melutut di kaki kau. Yakin benar dan sangat yakin yang dia akan menang dalam
pertaruhannya dengan Andrea.
“Fuh..lega.
Lepas ni kau dah tak payah tengok muka opera Cina si Andrea tu”. Dia luah
begitu pada dirinya yang terpamer di cermin tinggi setentang dengannya itu.
Selepas membetulkan anak rambut yang berjuntaian di dahi, dia melangkah keluar
dari bilik. Hendak mandi pula di kolam renang yang terdapat di luar rumah agam
milik mereka sekeluarga.
“Hah…Luke…happy
nampak”. Tegur Puan Sri Khalida yang bersidai di bangku panjang sambil meneguk
fresh oren. Badan berbalut bath rub. Mungkin baru lepas berenang agaknya. Hujung
minggu begini, Puan Sri Khalida memang akan lepak sekejap di kolam renang
sebelum agenda untuk memeriahkan kelab dengan kawan-kawannya akan dipenuhi pula.
Hajat
hati hendak berenang terbantut sekejap apabila disapa ibunya. Serentak itu
bayang Andrea muncul dibenaknya. Segera dia duduk dikerusi panjang yang
setentang ibunya. Dia perlu tahu agenda pertunangan dengan Andrea yang
dirancang ibunya itu.
“Ma…kenapa
mama pinang Andrea tanpa bincang dengan Luke?”. Dia sudah tarik muncung. Puan
Sri Khalida tersenyum menatap wajah kacak anaknya yang cemberut itu.
“Bukan
Luke suka dengan Andrea ke?Kemana saja berdua?”. Puan Sri Khalida menyoal
pelik.
“Ma…Andrea tu stok pegang-pagang dan
pandang-pandang bolehlah. Luke bukan suka pun. Sekadar teman isi masa lapang je.”.
Balasnya seraya mencebik. Puan Sri Khalida masih lagi tersenyum.
“Tapi ma berkenan dengan Andrea tu.
Ma rasa memang dia sesuai benar dengan Luke. Cantik dan terkenal. Pandai
berfesyen”. Puji Puan Sri Khalida. Baginya Andrea itu memang sesuai untuk dibuat
menantu. Baru kena dengan taraf mereka yang sentiasa punya stail. Luqman Hakimi
sekadar mengeluh. Nampaknya ibu sendiri tidak memahami selera anaknya dalam
memilih pasangan hidup.
“Ma…boleh tak soal teman hidup biar
Luke pilih sendiri. Biar Luke yang buat keputusan”.
“No way…Luke tu anak mama sorang.
Dah tak ada yang lain. Biar mama saja yang pilih. Nanti entah perempuan mana
yang Luke berkenan”. Puan Sri Khalida sudah menaikkan suaranya. Pantang sekali
orang membantah keputusannya. Putih katanya, maka putihlah yang harus terjadi. Tak mungkin boleh
bertukar menjadi warna lain.
Luqman Hakimi sudah berdiri dari
kerusi yang didudukinya. Hati terasa panas. Dia melontarkan tubuh terus
menjunam ke dasar kolam. Kemudian dia berenang ke hulu dan ke hilir dengan
sepantas mungkin. Hati berdongkol dengan rasa marah. Puan Sri Khalida tak habis
dengan kuasa vetonya. Sudahlah menjadi raja pada si suami, sekarang hendak
menjadi raja pada anaknya pula. Luqman Hakimi sangat tidak berpuas hati. Dia
tiada pilihan lagi. Nampaknya dia mesti menang dalam pertaruhannya dengan
Andrea.
Luqman
Hakimi mengelap tubuhnya. Dia membaringkan tubuh di tepi kolam renang. Wajah
cik adik sayang Nurin Kamila terlayar di matanya. Dia tersenyum sendiri.
Baginya tak ada kurangnya mantan salesgirl itu. Muka cantik. Comel. Bentuk
badan mantap. Habis di’scan’ semalam semasa bertemu mata dengan setiausahanya
itu. Punya otak yang bijak. Kalah Andrea si muka opera itu.
“Hish…Mr.Hotter Guy tak akan dah
jatuh hati kut”. Dia cepat-cepat menyangkal rasa hati. Tak mungkin dia boleh
jatuh hati pada cik adik sayang Nurin Kamila. Tak setaraf. Dia yang sah-sah
anak konglomerat terkenal mana padan nak disesuaikan dengan hanya anak-anak
setaraf kuli di syarikatnya itu. Segera dia bangun dari perbaringan. Tak boleh
terlalu memikir cik adik sayang. Takut nanti tanpa sedar dia tak boleh
menidakkan rasa hati pula.
“Luke…baru
habis berenang?”. Sapa Tan Sri Hisyam sekadar berbasa-basi.
“Yup”.
“Boleh
abah nak bincang sikit pasal majlis kesyukuran yang kita rancang semalam?”.
“Boleh.
Tapi bagi Luke pakai baju dulu.” Pintanya kerana baru lepas berenang tadi. Tan
Sri Hisyam hanya mengangguk. Luqman Hakimi segera berlari anak mendaki tangga
ke biliknya. Puan Sri Khalida yang anggun berpakaian kasual itu bertembung dengan
Luqman Hakimi.
“Tergesa-gesa
nak kemana?”. Soalnya pada Luqman Hakimi yang sudah menghilang di balik pintu
biliknya. Pertanyaan ibunya itu dipandang sepi. Puan Sri Khalida meneruskan
langkahnya. Terbit rasa tidak puas hati dengan tindakan anak kesayangannya itu.
Dia segera menapak ke bawah. Terlihat si suami sedang ralit membaca Berita
Minggu.
“Luke
pun dah serupa perangai awak. Melawan cakap saya?”. Luah Puan Sri Khalida pada
suaminya yang sedang duduk bersantai di ruang tamu. Mencerun pandangan mata Tan
Sri Hisyam pada wajah isterinya yang tiba-tiba naik angin tak tentu fasal.
“Hai…selama
ini bukan si Luqman tu anak kesayangan awak. Apa kata awak dia ikut je. Awak
kan diktator”. Tan Sri Hisyam menjawab jengkel. Puan Sri Khalida melabuhkan punggung
di sofa berangkai dua itu.
“Saya
tak kira. Awak pujuk si Luke tu sampai dia setuju nikah dengan gadis pilihan
saya. Dalam diamnya tu, saya tahu dia protes tindakan saya”.
“Siapa
yang awak pilih?”
“Andrea
anak Datin Shima”. Tan Sri Hisyam sudah menggeleng.
“Benda
paling penting pun, awak nak juga orang ikut telunjuk awak. Kesian si Luqman
tu. Satu-satunya anak kita pun, awak nak juga guna kuasa veto”. Marah Tan Sri
Hisyam. Memang dia tak berkenan dengan siapa pilihan isterinya itu hendak
dibuat menantu.
“Mestilah…nanti
tak pasal dia ikut perangai awak. Kalau tak sebab saya, tak mungkin awak
berjaya sampai sekarang. Kalau tak kerana saya, entah kemana hubungan awak
dengan Zaimah dulu. Saya tak nak apa yang berlaku dulu terulang pada si Luke.
Memang dasar tak sedar dek untung.” Puan Sri Khalida mengutuk suaminya itu. Tan
Sri Hisyam hanya melongo. Sakit hati mendengar kata-kata si isteri yang bernada
angkuh itu.
“Awak
ingat!...jangan berlagak dengan saya. Kalau tak kerana bapak saya kesiankan
awak. Tak ada maknanya awak nak senang lenang macam sekarang.” Puan Sri Khalida
masih lagi dengan sikap angkuhnya. Tan Sri Hisyam sudah meletakkan suratkhabar
Berita Minggu di meja konsul. Segera dia bangun. Malas hendak bertekak dengan
si isteri yang sentiasa angkuh dengan kekayaannya itu. Dia menapak ke tingkat
atas. Segera mahu ke bilik bacaan. Duduk berlama di situ lagi bagus dari
dilayan perangai angkuh Puan Sri Khalida yang tidak berkesudahan itu.
“Huh…cakap
sikit je mula nak protes. Lari dari aku. Luke pun lelama ikut perangai dia
jugak”. Bentak Puan Sri Khalida. Dia angkat punggung dari sofa yang didudukinya
itu.
“Pergi
kelab. Lagi bagus dari tengok muka orang tua yang tak sedar dek untung tu”. Dia
merengus pula. Langkah diatur keluar dari rumah agam keluarga mereka. Dalam
kepala sudah memikirkan beberapa agenda yang perlu dipenuhi bersama
kawan-kawannya itu.
Luqman
Hakimi yang sedari tadi berada di anak tangga paling bawah, hanya memasang
telinga. Sejak balik dari UK lagi, hubungan ibu dan abahnya tak pernah baik.
Ada saja yang tak kena. Telinganya baru saja menangkap beberapa butir bicara
yang keluar dari mulut ibunya. Siapa Zaimah?. Apa hubungannya dengan abahnya
sampai ibunya seradang itu. Dia pula yang kalut memikir. Bertembung dengan
abahnya semasa hendak ke tingkat atas, matanya disapa dengan wajah bening milik
lelaki tua itu. Terbit rasa sedih dalam hati Luqman Hakimi.
Ibunya
sudah makin hilang rasa hormat pada abah. Semua ini juga berpunca dari abah
yang tak pernah mahu menunjukkan kuasa sebagai ketua keluarga. Sudahnya Luqman
Hakimi hanya menggeleng kepala. Kelibat si ibu sudah lama menghilang dari rumah
agam keluarga mereka. Mungkin keluar berlibur dengan kawan-kawan agaknya.
Luqman Hakimi segera menapak ke tingkat atas semula. Mahu menyambung perbincangan
dengan abahnya yang tertangguh tadi. Soal apa yang didengar, dia hanya mahu
mengambil jalan tengah. Tak perlu masuk campur.
“Mummy
tak faham betul dengan Andrea. Kenapa minta tangguhkan pertunangan sampai 6
bulan?. Elok-elok Puan Sri nak hantar peminangan. Minta tangguh pula. Dulu
bukan Andrea yang tak sabar nak disatukan dengan Luke?”. Datin Shima sudah
berkerut kening. Tak faham dengan karenah anak perempuan kesayangannya ini.
“Mummy…Drea tahu apa yang Drea mahu.
6 bulan bukan lama mana pun. Lagipun Drea perlu habiskan kontrak lakonan Drea
baru boleh move on kepada benda lain”.
“Jangan nanti Andrea gigit jari
sudah. Luke tu macam goreng pisang panas. Cepat je laku”. Andrea sudah tergelak
kuat mendengar apa yang keluar dari mulut Datin Shima. Tak sesuai langsung
disamakan Luqman Hakimi the hotter guys dengan goreng pisang panas.
“Mummy…Drea peliklah…kenapa
banyak-banyak gadis hot kat KL ini, Andrea yang dipilih jadi menantu pilihan
Puan Sri Khalida.” Kali ini Andrea pula
yang berkerut kening. Seingatnya Puan Sri Khalida fussy orangnya. Tak akanlah
dia sudah memenuhi kriteria menantu pilihan wanita fussy itu.
“Oh…gosh!”. Datin Shima sudah
menarik nafas. Tak sangka soalan itu pula yang ditanya Andrea. Hmm…siapa yang
tak kenal dengan Puan Sri Khalida. Memang fussy tahap tak boleh diukur.
Mujurlah dia ada menyimpan rahsia besar mengenai Puan Sri Khalida masa mudanya
dulu. Dek kerana rahsia itulah Puan Sri Khalida tiada pilihan. Andrea yang tak
memenuhi kehendak itu juga yang dipilih.
“Anggaplah jodoh Andrea dengan
Luqman Hakimi. Dah tak payah fikir perkara tu lagi. Fikir pasal persiapan
tunang yang akan berlangsung 6 bulan lagi”. Datin Shima cepat-cepat mengubah
tajuk. Andrea sudah mengangkat kening. Pelik pula memikirkan apa rahsia antara
ibunya dengan Puan Sri Khalida hingga semudah itu dia yang jadi menantu
pilihan.
pendeknya.
ReplyDeleteRahsia apa? Luke bukan anak Tan Sri ke? Kalau betul...yessss cerah peluang Luke dgn Nurin.
ReplyDelete