Bab 11
“Sayang
apa khabar denganmu. Ku tunggu panggilan telefon darimu. Ku rindu pada suara
indahmu…sayang dengarlah permintaanku…jangan ragukan cintaku”.
“Nurin…sudah-sudahlah melalak tu.
Tak ada sedapnya suara hang. Macam katak panggil hujan adalah”. Shira sudah
mengetuk berkali-kali pintu bilik mandi. Aku yang sedang menyabun badan
terhenti sekejap mendengar bebelannya itu.
“Biar pilah…sedap ka buruk macam
suara katak ka…hang peduli apa?”. Aku teruskan juga impian menjadi penyanyi
bersuara katak. Shira masih lagi ligat mengetuk pintu bilik air.
“Ish…cik Shira oii…tak boleh ka bagi
aku mandi dengan aman sekali?”. Aku kalut menyoal pula. Rasanya hilang
keseronokan mandi sambil menyanyi kerana diganggu Shira berkali-kali.
“Ada orang telefon. Katanya urgent”.
Shira sudah terjerit-jerit di balik pintu bilik mandi.
“Tak boleh ka hang kata aku tengah
mandi. Awat? Payah sangat ka nak habaq kat orang tu…tak akan tak faham kot”.
Aku sudah bersuara tinggi. Walau bilik air ini sejuk dan badan aku pun sejuk…tapi
dek diganggu panggilan telefon dari siapa entah…cepat benar buat mood seronok
aku bertukar menjadi mood nak keronyok muka si entah berantah tu. Aku membuka
sedikit pintu bilik mandi. Shira sudah tersengih sambil memegang telefon Nokia
murah aku.
“Aku dah cakap kau mandi. Dia nak
juga cakap dengan kau”. Segera aku rampas telefon dari genggaman Shira. Nak je
aku sumpah seranah orang yang tak faham bahasa ini. Menganggu saja aku nak
bersenang lenang di pagi minggu yang ceria ini.
“Assalammualaikum”. Aku sapa dengan
suara yang nyaring. Harapnya orang di sebelah sana tahu yang aku tengah marah.
“Hai…baru mandi ke? Dah tengahari
ni”.
“Siapa ni?” Aku soal lagi. Mamat
malaun mana pula yang menganggu ketenteramanku untuk mandi walau matahari sudah
menginjak di atas kepala.
“Ishy…anak
dara apa…tengahari baru nak mandi. Cancel nak buat isteri.” Ish…aku sudah panas
satu badan. Dahlah mamat malaun ini tak kenalkan diri. Sempat lagi nak bagi
ceramah tak laku pada aku. Bikin berasap satu badan rasanya.
“Hoi…biaq
pi kat akulah nak mandi tengahari ka, esok malam ka?..Hang sapa nak kacau aku.
Tek reti bahasa ka?”. Hmmm…akhirnya keluar sudah bahasa yang tak sedap didengar
aku bebelkan. Semuanya gara-gara marahkan mamat malaun ini.
“Cik
adik…boleh abang mandi sekali?”…Suara malaun itu bernada romantik di
perdengaranku. Segera aku menelan liur.
“Aiyarkkkk…..!”.
Aku sudah menjerit separuh hysteria mendengar suara lelaki di hujung sana.
Kenapalah mamat kaya bajet hensem a.k.a bos aku boleh telefon di saat-saat ini.
Aku terdengar lagi suaranya yang sudah separuh ketawa itu. Mesti dalam kepala
otaknya sekarang sedang memikirkan aku yang tengah mandi. Segera aku matikan
terus telefon Nokia 200 itu. Lalu aku serahkan kembali pada Shira yang masih
menanti aku di balik pintu sudah terjegil biji matanya.
“Apa hal pula yang terjerit macam
kena sampuk?”.
“Bos giler telefon..” Balas aku
seraya menutup pintu bilik mandi. Mood nak mandi segera berterbangan entah ke
mana. Semuanya gara-gara panggilan telefon dari mamat kaya bajet hensem tu.
LUQMAN Hakimi ketawa berdekah-dekah
setelah menekan butang merah pada Galaxy Note II itu. Tak sangka begitu sekali
marahnya cik adik di sana. Sebenarnya tak ada sedikit niat pun hendak menganggu
secretarynya di hujung minggu ini. Entah kenapa tangannya gatal saja menekan
nombor milik Nurin Kamila tatkala
telefon pintar itu berada di dalam genggamannya. Dia senyum puas selepas
berhenti ketawa sebentar tadi. Rupanya cik adik bajet angel tu pun kategori
anak dara malas juga. Matahari sudah terpacak di kepala, baru hendak mandi.
Dia senyum lagi. Kelibat Mokhtar
masih lagi belum kelihatan. Nampaknya dia terlebih awal sampai di First Target Gymnasium
ini. Ada agenda yang perlu dibincang dengan Mokhtar mengenai majlis kesyukuran yang hendak dilaksanakan
Berjaya Corporation nanti. Almaklumlah Mokhtar amat peka dalam urusan sebegini.
Kalau tidak, tak adalah syarikat milik Mokhtar antara syarikat perancang majlis
tersohor di ibu kota ini.
Dia mengangkat dumbbell menggunakan
sebelah tangan. Mulut masih lagi tersengih kerana otak masih teringat-ingat
suara nyaring cik adik sayang tengah marah.
“Hai…dari jauh sengih je. Ada yang
menarik ke?”. Entah dari mana Mokhtar sudah menyergah dia dari belakang. Dumbbell
yang dipegang hampir saja terlepas dari tangan. Segera dia berpaling. Terlihat
Mokhtar sedang tersengih.
“Kau ni pun. Kalau nak tegur tu bagi
salamlah dulu. Ni main sergah je”.
“Asalammualaikum!”. Mokhtar membalas
dengan sengihannya.
“Dah lama sampai. Janji pukul 11
pagi. Awal pulak kau datang?” Mokhtar sambung kata lagi.
“Saja aku datang awal.” Balasnya
ringkas.
“So…apa hajat kau nak jumpa aku?”.
Mokhtar terus bertanya kepada perkara yang hendak dibincangkan. Semalam lagi
Luqman Hakimi sudah memberitahu seba sedikit mengenai tujuan mereka hendak
berjumpa pagi ini.
“Pasal jamuan kesyukuran untuk
anak-anak yatim”. Mokhtar sudah mengangkat kening sebelah. Hairan pula bila
mendengar hajat Luqman Hakimi. Memang lain benar dari kebiasaan.
“Hai…mr.hotter guy mimpi apa
semalam?. Tak pernah sepanjang aku kenal kau
berminat pulak nak involve dalam majlis-majlis mengutip pahala macam
ni”. Mokhtar sudah menyoal pelik. Luqman Hakimi sekadar tersengih. Gaya cakap
Mokhtar terasa menyindir pun ada.
“Ooo…semalam aku mimpi bulan jatuh
ke riba.” Dia membalas sinis. Giliran Mokhtar pula tersengih-sengih kerana diperli begitu.
“Isy…kau ni pun. Janganlah perli aku
pula. Patutnya kau bangga apa…aku si hotter guy bff kau ni dah mula nak involve
dalam majlis mengutip pahala ni”. Mokhtar yang tadinya cuma tersengih sudah
bantai ketawa pula. Terasa lucu melihat roman wajah si hotter guy yang
bersungguh-sungguh mempertahankan niatnya. Mokhtar hanya mengangkat kening dua
belah. Rasa nak percaya dengan tak percaya sama banyak saja bermain di
benaknya.
“Aku ni macam tak berapa nak yakin
dengan niat kau. Bukan aku kenal kau sehari dua tahu. Sejak dari kolej sampai
ke UK aku kenal kau. Macam tak percaya je. Kau ni bukan saja-sajakan berminat
dalam hal-hal macam ini. Mesti ada something?”. Mokhtar sudah melurut kening
pula. Luqman Hakimi sudah tersenyum kelat. Nampak sangat dia tak pandai nak
berbohong. Mokhtar saja yang pandai membaca isi hatinya. Membaca sama ada
niatnya telus atau tidak.
Akhirnya Luqman Hakimi cuma ketawa.
Mokhtar hanya menggeleng. Faham benar Luqman Hakimi mempunyai niat tersembunyi.
“Cuba kau cakap…kali ni nak tackle
siapa pula yang tetiba nak anjur majlis kesyukuran untuk anak-anak yatim ni?”.
Mokhtar sudah menyoal. Kalau bab-bab nak mengorat, Luqman Hakimi si hotter guy
yang sah-sah gila sosial sanggup menukar status menjadi ala-ala ustaz asalkan
targetnya tercapai.
“Nurin Kamila”.
“Siapa pula Nurin ni?”. Mokhtar
mencemik. Tak pernah pula dia mendengar nama Nurin Kamila. Hmm…awek baru si
hotter guy ke?
“My secretary. Aku dah terjebak
sebenarnya.” Luqman Hakimi membalas malas. Bila wajah Andrea muncul di matanya.
Segera dia menarik nafas panjang.
“Wooo…terjebak?. Macam best je. Cer
cite?”. Mokhtar pula yang tidak sabar hendak mendengar si Luqman Hakimi
berkisah bagai.
“Andrea!...she want me to play the
games.”
“Games?”. Mokhtar sudah kerut dahi.
Hai…permainan apa pulak.
“Kalau aku tak dapat tackle si Nurin
tu dalam tempoh 6 bulan, maka Andrea akan jadi tunang aku dan my future wife”.
Luqman Hakimi mengeluh lagi.
“Habis tu? Teruskan ajelah. Apsal?
Si hotter guy tak yakin ke?”. Mokhtar pandang dengan wajah selamba. Jarang
benar dia mendengar Luqman Hakimi mengeluh sebegini. Seingatnya, bagilah apa
jenis dan bagaimana orangnya gadis itu. Cepat saja Luqman Hakimi sahut cabaran
tanpa berfikir lagi. Dia ingat sangat sejak zaman mereka di kolej lagi, playboy
dan miangnya si Luqman Hakimi itu tak pernah surut sehingga membawa ke UK.
“Yang ni susah sikit…gadis kampung
lain sungguh gayanya”.
“Hmm…tak susah manapun. Suraya dulu
pun gadis kampung jugak. Anak Pak Imam lagi. senang je jatuh melutut kat aku”.
Bangga pula Mokhtar menuturkan ayat itu. Giliran Luqman Hakimi pula mencemik.
Bukan dia hendak menyerah kalah sebelum berjuang. Namun kali ini yang hendak
dipikat bukan calang-calang gadis. Malah dia belum pernah pun ada pengalaman
mengorat gadis kampung.
“Kalau tak susah sangat, cer cite
kat aku…apa kaedah kau guna yang dapat buat Suraya melutut di kaki kau”.
“Kacang je…aku praktik 3 kaedah.
Pertama gold and diamond. Kedua hug and kiss. Ketiga sleep tight”. Luqman
Hakimi sudah terkerut-kerut dahi. Apa kaedah yang dipraktik Mokhtar. Pelik
benar bunyinya. Namun walau kedengaran pelik, hati tak sabar hendak
mengetahuinya.
“Kaedah pertama…”Mokhtar sudah
melurut dagunya pula. Mata asyik merenung Luqman Hakimi yang seakan tidak
perpijak di bumi yang nyata lagi.
“Woit…kau nak berangan ke nak dengar
kaedah yang aku nak cerita ni”.
“Isy…boleh percaya ke dengan kaedah
kau ni. Macam mengarut je. Bodoh pun ada jugak”. Ulas Luqman Hakimi seperti
tidak yakin. Mokhtar sudah menjegil matanya. Marah mendengar ulasan yang
dituturkan kawan baiknya itu.
“Kau dengar dulu dan praktik. Jangan
cakap idea aku ni bodoh kalau kau tak cuba dulu”. Balas Mokhtar tegas.
“Aisyeh…jangan marah kawan. Aku gurau
je”. Luqman Hakimi cepat pula mengendurkan suaranya bila nada suara Mokhtar
sudah lain macam.
“Kau praktik kaedah pertama dan
kedua dulu”.
“Kaedah ketiga?. Kenapa tak boleh
praktik semua sekali?”. Luqman Hakimi soal bersahaja.
“Kaedah ketiga kalau kau nak buat
dia bini. Kalau nak main-main kaedah ketiga tak sesuai.”
“Boleh pulak macam itu?”.
“Tentulah…aku praktik kaedah ketiga itu
bila aku betul-betul nak buat Suraya bini aku.”
“Jadinya…Suraya tu kau nak buat bini
ler?”
“Yup…Hujung tahun ni kalau tak ada
aral. Suraya tu bakal jadi bini aku”. Mokhtar balas yakin. Luqman Hakimi sudah
mengangkat kening. Dahsyat juga kaedah yang diberikan Mokhtar. Walau kedengaran
mengarut, dalam hati terdetik juga hendak mencuba. Mana tahu alang-alang
mencuba tak sampai 6 bulan, cik adik sayang Nurin Kamila bakal melutut
dikakinya. Hati sudah tidak sabar untuk menunggu detik itu.