Bab 3
Ahmad Soleh
bin Zaki membasuh pinggan mangkuk
dan periuk belanga di rumah Paksu Mid. Sesekali diseka peluh yang merenik di
dahi dengan tuala ‘good morning’ rona putih itu. Tan Sri Ismail tekun melihat
kerja-kerja yang dilakukan pemuda itu. Memang cekap dan rajin. Orangnya pun
berbudi bahasa. Sempat juga dia merisik dengan orang tua-tua di kampung ini.
Semua memuji Mat Yeh seorang pemuda yang berbudi bahasa dan hormat orang tua.
Kerjanya juga rajin dan jujur. Cumanya Mat Yeh ini miskin sebab tu kerja kuli
je. Bukan sebab tak pandai, tapi tak berpeluang nak belajar tinggi-tinggi
kerana ibunya uzur dan miskin. Jadi dia terpaksa lupakan persekolahannya. Sebab
kemiskinan yang diwarisi juga menyebabkan dia berputus asa. Belajar pun asal
lepas je kerana dah patah semangat.
“Rajin betul Mat Yeh
ye?”. Tan Sri Ismail sudah memuji. Mat Yeh yang begitu tekun membasuh periuk
sebesar pemeluk itu hanya senyum sekilas mendengar pujian dari lelaki tua itu.
“Biasa je Tan Sri”.
Balasnya. Apalah sangat setakat membasuh periuk belanga ini. Biasa je. Selagi
dapat membantu dalam majlis kenduri kendara, dia dah rasa menghulur budi. Ibu
pun pesan, jangan berkira sangat dengan tenaga. Selagi dapat menabur bakti,
taburlah walau setakat mengerah kudrat yang tak seberapa ini.
“Mat Yeh kerja apa
kat kampung ni?”. Tan Sri Ismail masih bersoal. Minat untuk mengetahui mengenai
anak muda ini. Tambah-tambah pemuda ini ada dalam list suami idaman si anak
dara tuanya itu.
“Kerja kuli je.
Gembala lembu Penghulu Jali”. Balasnya tulus. Tangan masih lagi ligat mencucur
air ke periuk yang sudah disabun itu.
Selesai dibilas, ditunggingkan pula periuk besar itu di banir pokok.
Kemudian di lap tangannya dengan tuala good morning yang disangkut di leher.
“Tak berminat nak
jadi tauke?”. Giat Tan Sri Ismail lagi. Ingin juga diketahui apa yang ada dalam
jiwa anak muda ini. Tak bercita-citakah. Ahmad Soleh hanya ketawa mendengar
soalan cepu mas dari Tan Sri Ismail. Bodohlah kalau orang yang kerja kuli tak
nak menjadi tauke. Tolak tuah namanya tu.
“Saya memang nak Tan
Sri. Tapinya saya ni miskin. Tak ada modal. Mahunya kerja sampai mati pun tak
dapat nak kumpul modal. Dah tu pelajaran pun tak tinggi mana. Macamana nak jadi
tauke”.Mat Yeh sudah senyum simpul. Masih merendah diri.
Tan Sri Ismail hanya
memerhati. Memang pemuda ini manis sekali dengan senyumannya itu. Badan pun
boleh tahan. Tegap dan sasa. Almaklumlah kerja kampung. Iras-iras pun dah macam
pelakon yang digilai anak dara tuanya itu.
“Kalaulah ada orang
sudi beri modal dan biayai Mat Yeh sampai cita-cita tercapai. Mat Yeh nak?”.
Dia sudah angkat kening. Sesekali menggaru kepala tidak gatal. Hmm…ada lagi ke
manusia yang baik dalam dunia ni. Jarang orang nak hulur budi tanpa
mengharapkan balasan. Tambahan pula budi yang nak diberi melibatkan wang
beribu-ribu. Walau dia tidak pandai, namun dia tahu modal untuk menguruskan
ternakan lembu ni bukan sedikit.
“Ishhh…Tan Sri ni
bergurau ye. Mana ada orang yang percaya nak labur modal kat saya ni?”. Dia
soal pula tidak yakin.
“Eh…ada”. Balas Tan
Sri Ismail yakin.
“Kalau ada pun mesti
nak balasankan?”. Dia tanya lagi. Masih tak yakin.
“Hmm…balasannya mudah
je. Nikah dengan anak orang yang nak bagi modal tu”. Mat Yeh melopong. Mata
sudah terbeliak. Biar betik?. Tak pernah didengar orang, dahla diberi modal,
pastu dapat nikah free pula. Pelik sungguh!. Dia angkat kening lagi.
Entah-entah kena jadi pak sanggup?. Mana tahu labur duit ribu-ribu, bodynya
pula yang tergadai. Dipaksa jadi pak sanggup pula pada anak tuan empunya beri
modal kerana dah bunting.
“Ishkk…tak naklah.
Mana ada orang yang macam gitu. Mesti ada benda yang disembunyikan?.”
“Mat Yeh pernah tak
dengar satu terjemahan ayat dari Surah Al-A’raf ayat 144. Dalam ayat tu ALLAH
berfirman iaitu ‘Terimalah semua yang telah ALLAH berikan kepadamu dan jadilah kamu termasuk
orang-orang yang bersyukur’. Mat Yeh
masih diam. Tan Sri Ismail menyambung lagi hujahnya.
“Anggaplah ALLAH
memberikan rezeki buat Mat Yeh dalam bentuk macam ni. Sepatutnya Mat Yeh
bersyukur. Anggap ALLAH kirimkan pakcik
untuk menyampaikan rezeki buat Mat Yeh”. Mat Yeh diam lagi. Masih tidak
menjawab. Dia buntu sebenarnya. Bukan mudah untuk membuat keputusan. Kalau
diberitahu pada ibunya pasti dibuat bahan lawak je. Habis tu, buah hati cinta
sayangku si Mariam, nak letak mana? Dah
lama dia pendam perasaan pada anak dara Penghulu Jali. Tak akan nak dibuang
perasaan sayang yang dah menjadi pokok dalam hatinya itu. Akhirnya dia geleng
kepala pula. Tak sanggup menerima tawaran dari Tan Sri Ismail itu.
“Macam ginilah Mat
Yeh. Ni kad pakcik. Bila Mat Yeh ubah fikiran, telefon pakcik. Tak pun datang
Kuala Lumpur, rumah pakcik. Asal Mat Yeh setuju je, yang lain biar pakcik
uruskan”. Tan Sri Ismail tidak mengalah. Dia tahu mungkin pemuda itu masih
terkejut mendengar tawarannya itu. Dia harap sangat Mat Yeh menerima tawaran
ini. Soal anak dara tuanya itu, pandailah dia gunakan taktik. Si andartu itu
mesti akan patuh cakapnya. Dia bukan asal sebat je nak buat Mat Yeh sebagai
menantunya. Namun hanya dia je yang tahu rahsia yang disimpan 20 tahun dulu.
Rahsia dia dan Zaki, bapaknya si Mat Yeh.
Aku sudah mengerut
dahi melihat abah begitu akrab dengan si
beruk Mat Yeh tu. Opstt…I did it again!. Nope. Si Mat Yeh…tak ada beruknya.
Apalah yang dibualnya. Nampak serius sangat. Serupa bincang projek juta-juta
pulak. Pelik!. Mat Yeh itu apa yang ada?. Setakat kuli gembala lembu je. Bukan
taikun juta-juta yang boleh bagi bisness pada abah. Aku lurut kening pula.
Kerah lagi buah fikiran. Hmm…jangan abah dah berkenan nak buat si Remy Ishak
celup tu sebagai calon menantu. Aku telan liur pula. Jangan-jangan apa yang aku
bincangkan dengan abah dan mama dah diambil serius. Oh…papa...jahat!...Tak akan
dia sanggup nak bagi aku satu-satunya anak dara yang dia ada, walau dah andartu
nikah dengan si Mat Yeh kut. Aggrhh…tersangatlah tak sekufu. Tak sesuai!...
Bila si Mat Yeh tu
balik, aku sudah angkat kaki menuju ke arah abah yang duduk bersembang dengan
biras-birasnya. Aku tak peduli, walau aku sorang je perempuan dalam kelompok
itu. Hati dah tak sabar nak tahu apa yang dibualkan tadi.
“Oh..ini sajalah anak
Mail ye?”. Tiba-tiba seorang lelaki baya-baya abah mencelah. Tak pula aku kenal
gerangannya.
“Hmm…itulah sorang.
Saya ni nikah lambat. Dapat sorang tu je”. Abah sudah sengih. Aku pun sengih
juga. Mata sudah juling-juling minta abah cepat-cepat tinggalkan kelompok tu.
Aku ada perkara lagi penting nak bincang dengan abah dari duduk bersembang
buang air liur tak ada faedah ni. Tapi itulah, penat aku juling, abah buat tak
faham pula. Malah makin melalut pula giat aku.
“Saya ni penat nak
cari jodoh buat dia. Memilih pulak tu. Tak nak berbulu lah, nak serupa Remy
Ishak lah”. Aku sudah mengeluh. Abah pun sama macam mama. Suka nak malukan aku
depan orang tua-tua. Pecah ketawa mereka bila dengar abah kata gitu.
“Hmm…dia tak tau
tu..yang banyak bulu la syok”. Ah..pakcik baya-baya abah tadi galak ketawa. Aku
sudah tarik muka. Sakit hati tengok pakcik gigi sebatang, itupun dah kuning
giat ketawakan aku. Menganga lagi. Kalau lalat masuk pun tak sedar.
“Kalau nak serupa
Remy Ishak, Mat Yeh tu sesuailah. Semua orang kampung gelar dia Remy Ishak.
Bolehlah tu dari tak ada langsung”. Pakcik mana pula yang menyampuk. Aku tarik
nafas, angkat kaki semula masuk ke rumah Paksu Mid. Hilang dah perasaan nak
tahu pasal tadi. Sebaliknya timbul pula rasa menyampah. Ada pula si Mat Yeh tu
nak dikenenkan dengan aku. Hish…jauh panggang dari api…dia tu budak lagi..muda
7 tahun dari aku. Kemudian aku gigit jari pulak. Sesuai ke si Mat Yeh tu aku
panggil budak. Ah…malas fikir. Serabut!!!
Enjoy it novel terbaru dr akak...utk kekawan harap teruslah bagi komen di penulisan 2U...kalau boleh siapa baca beri komen k...akak duk pening cari resepi nape...cerita akak tak da sampai ribu-ribu yang baca...boleh bagi petua skit...ahaks..
ReplyDeleteT.kasih nak lg boleh.
ReplyDeleteBest ape cite u sis...sume cite u ai follow..hehe...mob diaorg silent readers kot...nyway terus kan berkarya ye sis:))
ReplyDeletetima kasih...teruskan menyokong akak ye...
ReplyDeleteSalam, cerita menarik buatlah entri baru.
ReplyDeleteBest
ReplyDelete