Pemberitahuan!!!!
Kepada semua pembaca blog saya...
Novel kedua saya 'Suamiku Mr.Blind' (tajuk asal OKU sayang) dijangka keluar pada bulan November ini di bawah penerbitan Penulisan2U...
Silalah dapatkan yer...
Tq,
Danisyarahmat
Tuesday, 10 September 2013
Thursday, 29 August 2013
Mr.Hotter Guy Bab 24
Bab 24
“SAYA
dah siasat seperti yang diarahkan Tan Sri. Malah kubur tempat Puan Zaimah
disemadikan pun saya lawati. Malangnya Tan Sri…selama ini Tan Sri tertipu
sebenarnya”. Ayat yang keluar dari Encik Bakri penyiasat upahan yang
diperkenalkan oleh Berahim buat Tan Sri Hisyam terkedu. Selama 25 tahun dia
disogokkan berita yang Zaimah sudah mati dalam kebakaran rumahnya di kampung
dahulu. Sahlah selama ini dia dipermainkan oleh Puan Sri Khalida. Ketika kejadian ini berlaku dia berada di luar negara
kerana urusan perniagaan, mudah benar Puan Sri Khalida menyusun strategi.
“Tapi
kebakaran tu memang berlakukan?. Saya sendiri pergi melihat tapak rumah arwah
isteri saya. Malah kuburnya juga saya lawati”. Tan Sri Hisyam masih kurang
percaya.
“Itu
betul Tan Sri. Memang rumah Puan Zaimah terbakar teruk. Tapi Puan Zaimah dan
ahli keluarganya selamat. Kubur yang Tan Sri lawati itu adalah milik pembantu
rumah Puan Zaimah. Kebetulan namanya pun Zaimah juga. Saya rasa Tan Sri keliru
kerana nama mereka sama”. Penjelasan dari Bakri itu buat Tan Sri Hisyam
terlopong. Dia meramas geram pemegang kerusi yang didudukinya itu. Kenapa
selama ini dia terlalu bodoh? Terlalu percayakan segala kata Puan Sri Khalida.
Rupanya Puan Sri Khalida menangguk di air yang keruh. Sengaja mengambil
kesempatan di atas apa yang berlaku.
Jadi
betullah dengan apa yang dilihat. Matanya tak pernah menipu. Memang perempuan
yang dilihat tempohari adalah Zaimah. Kenapa Zaimah menghilangkan diri? Apa
yang terjadi?. Tan Sri Hisyam menopang kepalanya. Kusut memikirkan masalah yang
datang tiba-tiba. Segera dia bangun dari kerusi yang didudukinya. Hilang mood
untuk meneruskan kerja.
“Terima
kasih atas maklumat awak. Saya nak awak teruskan siasatan. Kali ini saya nak
awak cari kemana Puan Zaimah sekeluarga menghilang. Saya nak butirannya segera.
Kalau boleh saya nak jawapannya dalam seminggu ini. Kalau awak dapat cari, saya
akan gandakan bayaran buat awak”. Tersenyum Bakri mendengar apa yang dituturkan
oleh Tan Sri Hisyam. Memang lumayan bayaran yang akan diterima andai dia dapat
menjejak dimana Puan Zaimah berada sekarang ini.
“Baik
Tan Sri. Saya akan usahakan seberapa segera”. Janji Bakri sebelum melangkah
keluar dari bilik pejabat Tan Sri Hisyam.
“Saya
tak sangka Berahim. Selama ini saya tertipu…dibodohkan isteri sendiri. Ya
ALLAH…kenapa aku terlalu bodoh. Kesian Zaimah. Macamana dengan anakku?. Anak
yang dikandung Zaimah”. Dia meraup mukanya. Badannya sudah terhinggut-hinggut
menahan tangis.
“Sabar…Tan
Sri. Ini ujian dari ALLAH. Banyak-banyak bersabar”. Berahim yang masih setia
disisi mengusap belakang badan Tan Sri Hisyam. Kasihan pula melihat rakan
sendiri yang tertipu selama ini. Hanya kerana cemburu dan iri hati banyak jiwa
yang menjadi mangsa. Kasihan Zaimah, gadis kampung yang mendapat tempat di hati
Tan Sri Hisyam. Dia yang menjadi mangsa kerana sifat cemburu dan iri hati Puan
Sri Khalida.
“Saya
nak balik Berahim. Hati saya tak tenang. Luqman Hakimi dah balik dari Penang?”.
Soalnya pula.
“Kalau
ikut kata Puan Liza…petang ni dia dah balik”. Balas Berahim. Tan Sri Hisyam
hanya mengangguk lemah. Anak bertuahnya itu ke Penang pun tanpa memberitahunya
terlebih dahulu. Khabar perginya ke sana pun dia tahu dari mulut Puan Liza
sendiri. Atas urusan apa dia pun kurang pasti. Hendak kata ada perjumpaan
dengan klien. Yakin sangat yang Berjaya Corporation memang tidak ada
sebarang usahasama perniagaan dengan
mana-mana syarikat di Penang itu. Dia
menarik nafas panjang. Kemudian melangkah keluar dari biliknya. Dalam hati
sudah tidak sabar hendak bertemu dengan Puan Sri KHalida, diktator yang
mengawal hidupnya selama ini. Kali ini dia tak akan menurut telunjuk diktator
itu lagi. Biar apapun yang berlaku dia tak akan menyerah kalah.
PUAS
Luqman Hakimi mengetuk pintu bilik hotel yang dihuni setiausahanya itu. Namun
sedikit pun tak dibuka dari dalam. Dia mendail pula nombor telefon, namun tidak
juga dijawab. Geram rasa hati memikirkan setiausaha yang degil ini.
‘Fikirnya
dengan bersikap keras kepala ini boleh buat aku menyembah dia pula.’ Dia
mengomel dalam hati.
‘Tapi
Luke… kau memang kena pujuk dia. Pujuk rayu sampai dia lemah. Kalau tidak kau
terpaksa menyerah kalah pada Andrea. Kau nak si tepung gomak tu jadi isteri
kau. Biar betul’. Kata hati giat menasihat pula. Hendak tak hendak, Luqman
Hakimi terpaksa mengetuk pintu bilik itu. Memujuk, merayu cik adik sayang
sehingga hatinya menjadi lemah.
“Nurin…please.
Buka pintu ni. Saya tahu…apa yang berlaku semalam adalah keterlaluan. Saya tak
ada niat pun. Tak tahulah apa yang merasuk saya semalam. Maafkan saya…please”.
Dia masih memujuk dengan suara lembut. Ego yang menggunung selama ini, merudum
jatuh dengan teruk sekali hanya kerana
hendak memujuk cik setiausaha yang degil ini. Dia setia di depan pintu,
mengetuk dan memujuk rayu dengan ayat-ayat cinta. Malangnya air liur terbazir
begitu sahaja. Pintu bilik langsung tidak dibuka sedikit pun.
“Encik”.
Dia mengalih pandang pada suara yang terdengar di belakangnya. Seorang wanita
berdiri di sisi troli yang sarat dengan tuala dan alat pembersihan. Dia angkat
kening apabila melihat wanita separuh umur itu senyum padanya.
“Setahu
saya, penghuni bilik ni dah keluar semalam. Sebab tu saya diarahkan mengemas
bilik ini sekarang”. Terang wanita itu.
“Ya?”.
Dia seakan tidak percaya. Kemana cik adik sayang hendak pergi?. Bukan dia kenal
sesiapa pun di sini. Tak akan seberani itu dia hendak keluar dari hotel ini. Malam
pulak tu. Dia bersoal jawab sendiri.
“Kalau
encik tak percaya, encik boleh tanya di kaunter pertanyaan”. Tambah wanita itu
lagi. Akhirnya dia menjarakkan tubuhnya dari pintu bilik yang dihuni
setiausahanya itu. Cuba memberi laluan pada wanita itu untuk membuka pintu
bilik dan menjalankan tanggungjawabnya membersihkan bilik itu. Setelah pintu
bilik di buka, dia mengamati bilik itu. Memang betul seperti yang dikata, bilik
itu sudah tidak berpenghuni. Pakaian cik adik sayang pun tiada. Nyatalah semalam,
cik adik sayang telah meninggalkan hotel ini. Dia menggeleng kepala. Menyesal dengan
apa yang dilakukan semalam. Tindakan yang terburu-buru untuk melaksanakan misi mengikat
cik adik sayang bukan sahaja gagal. Malahan dia mungkin akan gagal untuk
selama-lamanya memikat hati cik adik sayang. Dia meraup muka. Dia ramas
rambutnya. Kusut. Bukan sahaja rancangannya
gagal. Sekarang dia bertambah kusut
memikirkan kemana cik adik sayang menghilang?.
“TERKEJUT
mak. Ingatkan siapa yang datang pepagi
buta tadi?. Rupanya anak kesayangan mak dah balik”. Tersenyum mak melihat aku, anak daranya di depan mata sedang
menjamah nasi goreng buat sarapan pagi
ini.
“Itulah..tok
wan pun pelik. Tak ada ribut apa…tup…tup dah depan pintu. Macam lari dari rumah.
Pakai serupa nak pi bersenam kat taman pun ada”. Tersedak aku bila mendengar
tok wan membuat serkap jarang. Kalaulah tok wan tahu apa yang dah aku buat
semalam. Yang aku ini seorang pembunuh. Pekerja yang membunuh majikannya
sendiri. Barangkali terbalik dunia ini untuk mereka menerima hakikat. Aku telan
liur yang terasa kelat.
“Betul
ka yang kamu ni baru habis kursus kat Penang nun…tak sabar nak balik sampai
baju pun ikut sempat je kamu sarung?”. Soal mak seolah tak percaya.
“Ishk…mak
ni. Nurin dah balik ni kira syukurlah. Nanti Nurin bungkus balik KL semula baru
mak nak melopong kot. Dulu mak kalut suruh Nurin balik. Hari ni Nurin dah balik
mak macam tak percaya pulak”. Aku buat nada merajuk. Sebenarnya lebih dari nak
melepas diri. Nak mengelak dari menjawab soalan pelik-pelik dari mak dan tok
wan.
“Sudahlah
Mah oii…toksah duk tanya apa-apa lagi. Satgi buatnya dia balik ke KL semula.
Lambat pula hajat orang kat sana nak mai tengok dia. Terbantut lagi rancangan
tu”. Balas tok wan sambil menghirup kopi suam yang berasap nipis itu. Aku
tenung muka tok wan. Hajat apa pula? Rancangan apa pula? Ish…macam-macamlah. Balik
kampung je mesti ada saja agenda mak dan tok wan ni.
“Ha…dah
alang-alang kamu ada ni. Bolehlah kawan mak dan anaknya datang tengok kamu?”.
“Tengok
apa pula mak?. Nurin bukan sakit. Sihat walafiat ni. Nak mai tengok apa?”. Aku
tanya soalan bodoh pada mak. Siapalah yang baik hati hendak datang melawat aku?.
Bukan orang terkenal pun.
“Itu…jodoh
yang mak bagitahu tu. Tak akan dah lupa kot. Tadi mak dah telefon kawan mak. Kata
kamu balik sini. Kebetulan anak terunanya pun balik semalam. Bolehlah datang
tengok kamu…kalau berkenan tu, tak lama bolehlah mak dapat menantu”. Mak dah
senyum senget pandang aku. Serta merta terbayang wajah Kapten Shahril Aiman
diruang mataku. Kenapalah aku boleh tak perasankan dialah si mamat rambut askar
yang baik budi menghantar aku semalam.
“Err...”.
Kelu lidahku. Tak tahu nak buat keputusan apa. Nak tolak atau terima?. Aku tarik
nafas panjang. Lalu aku hembus perlahan.
“Boleh
tak mak bagi masa Nurin fikir...”.
“Biarlah
depa datang dulu. Tengok kamu. Mak dengan kawan mak yang buat keputusan. Tapi kami
kena ikut kehendak anak juga. Kalau anak dia dan kamu saling tak berkenan, mak
tak paksa. Bolehlah Nurin, biar depa datang berkenalan dulu?”. Akhirnya aku menggangguk
lemah. Kasihan pula mendengar permintaan mak.
Aku
masuk ke dalam bilik yang telah lama aku tinggalkan. Aku menapak ke arah meja
solek. Aku tarik kerusi kecil lalu aku labuhkan punggung di situ. Kad kerja
Kapten Shahril Aiman itu aku ambil, lalu aku tenung seraut wajah itu. Manis dan
tenang saja pada pandangan mataku. Bahagiakah aku kalau aku terima dia sebagai
imamku?. Bagaimana pula penerimaannya, mahukah dia terima aku sebagai
makmumnya?.
Deringan
telefon yang bertalu-talu itu membuatkan anganku melayang. Segera aku dapatkan
Nokia murah aku dan tilik nombor telefon itu. Sejak semalam aku senyapkan mode
panggilan kerana kusut memikirkan apa yang telah aku lalui. Membuntang mataku
melihat paparan nombor di situ.
“Bos!”.
Aku telan liur. Aku tarik nafas panjang. Takut dan berani sama banyak bermain
dibenakku. Siapa agaknya yang menelefon aku? Diakah?. Tapi bukan semalam teruk
aku kerjakan dia. Tak matikah?. Segera aku tekan butang hijau. Aku lekapkan
telefon di telinga.
“Kamu
kat mana hah?. Jangan ingat kamu boleh lari Nurin?”. Terdengar suara lembut
lagi sinis di hujung talian. Memang tak syak lagi. Itu suara bos. Syukur dia
tak mati lagi.
“Saya
nak berhenti. Saya tak nak kerja dengan bos gatal, gila dan jahat macam awak”.
Balasku garang. Terdengar dia ketawa di sana. Bukannya dia nak insaf dengan apa
yang cuba dilakukan padaku semalam. Malah makin galak pula dia ketawa. Memang sungguh
menduga kemarahan aku!.
“Apa
yang saya dah buat?”.
“Bos..jangan
buat tak tahu?. Saya hampir hilang maruah semalam”.
“Ada
bukti?. Siapa yang masuk ke bilik saya? Siapa yang cari saya?. Kamu tak akan
menang kalau kita bawa perkara ini ke mahkamah. Silap-silap kamu yang malu
nanti?”. Aku pejam mata. Sakitnya hati mendengar dia berkata begitu. Ya…baru
aku sedar. Aku miskin sedangkan dia kaya. Kemiskinan payah untuk memenangi
keadilan sedangkan kekayaan boleh membeli apa sahaja termasuk keadilan. Akhirnya
aku diam. Pasrah dengan apa yang menimpaku.
“Saya
nak berhenti”. Jeritku. Biar dia pekak di hujung sana. Tapi aku yang bertambah
sakit hati bila dia tak habis-habis dengan ketawa.
“Awak
lupa sesuatu Nurin. Masa awak terima lantikan sebagai staf di Berjaya
Corporation, awak baca betul-betul tak perjanjian dalam surat tawaran tu?”. Aku
telan liur pula bila mendengar dia mengungkit tentang tawaran lantikan sebagai
staf di Berjaya Corporation.
“Arghhh!”.
Aku matikan talian telefon. Aku campak Nokia murahku di atas katil. Rasa hendak
menjerit dan menangis sama banyak bermain dibenakku. Kenapa aku boleh lupa pada
perjanjian yang aku tandatangani. Bukan mudah untuk aku berhenti selagi belum
disahkan jawatanku. Mana nak aku cekau RM30k kalau aku nak berhenti begitu
saja. Aku raup mukaku. Rasa hendak meletup dadaku ini kerana menahan marah. Segera
aku bangun dari kerusi yang aku duduki ini. Kemudian berjalan menuju ke bilik
air. Kemarahan yang bertandang perlu aku siramkan dengan wuduk. Itu pesan tok wan kalau kita nak
meredakan kemarahan. Dan aku tak mahu mensia-siakan pesanan tok wan itu.
Mr.Hotter Guy Bab 23
Bab 23
Aku terduduk di lantai lif sambil
mengesat air mata yang tak henti mengalir. Sudah puas kutahan dari ia melurut
turun. Hilang rasa malu pada lelaki yang berada di sebelahku ini. Dalam kepala
otakku ini serabut memikirkan apa yang telah berlaku tadi. Hampir saja aku
hilang maruah kerana bos jahat, gatal dan gila itu. Namun rasa takut lebih
banyak menguasai hati dari rasa marah
yang bertandang. Aku tak pasti adakah dia pengsan atau dia memang sudah
mati kerana hentakan fail setebal 4 inci itu di kepalanya tadi. Bagaimana kalau
dia mati?. Pasti aku akan dituduh sebagai pembunuh. Ah…rumitnya masalah aku
ini. Kemana hendakku lari?. Bagaimana reaksi mak dan tok wan kalau dia tahu aku
ni seorang pembunuh.
“Mak…Nurin takut mak!”. Aku
mengonggoi di balik tangan yang kuletakkan di atas lututku ini. Di kala ini aku
benar-benar perlukan mak untuk redakan perasaan takut yang menyinggah di hati.
“Awak…awak okay?”. Suara lelaki di
sebelahku terasa begitu dekat dengan cuping telingaku. Lantas aku angkat
kepala. Mamat rambut ala askar itu tenang melihatku.
“Saya tak apa-apa”. Terus aku lap
air mata yang membasahi pipi. Kemudian aku segera bangun dari duduk di lantai
lif ini. Baru perasaan hanya aku dan dia saja di dalam perut lif ini. Bagaimana
kalau dia juga cuba untuk buat perkara yang tak senonoh pada aku. Segera aku
menjauh. Malangnya lif berbentuk segi empat ini tak adalah sebesar mana. Aku
dan dia masih lagi berada di dalam lif ini.
“Jangan takut. Percayalah. Saya tak
ada niat buruk pada awak”. Segera dia menuturkan begitu apabila melihat reaksi
aku yang cuba menjauh dari dia. Aku
pandang wajah mamat itu lama. Tampak sinar
keikhlasan dalam anak matanya yang bening itu.
“Awak nak kemana ni? Dengan beg
besar macam ni”. Dia menyoal. Aku terus
menilik diriku. Baru sedar aku sedang mengheret sebuah beg besar dengan hanya
berbaju t’shirt dan berseluar track sahaja. Dengan apa yang kulalui tadi, tanpa sedar aku
sedang mengambil keputusan untuk segera keluar dari hotel jahanam ini.
“Err…saya nak balik kampung. Mak
saya…err…mak saya…”. Kelu lidahku untuk mencipta alasan lagi. Tak akan hendakku
beritahu bahawa aku sedang melarikan diri dari bos jahat itu.
“Kalau awak percayakan saya..biar
saya hantarkan”. Senangnya dia menghulurkan bantuan buat aku. Bertambah keliru
jadinya. Tak akan dia sebaik ini hendak menolong aku yang baru saja dikenalinya
beberapa jam yang lepas tadi.
“Err…kampung saya bukan kat Penang
ni. Kampung saya kat Sungai Petani”. Aku beralasan lagi.
“Syukurlah… saya pun nak balik
kampung jugak. Sama destinasi dengan awak”. Dia senyum pada aku. Bulat mataku.
Terkejut. Tak pasti sama ada ini kebetulan atau dia sengaja nak berbohong
denganku. Otak masih ligat berfikir. Bolehkah aku percaya? Sedangkan bos yang
dah berbulan aku kenal boleh buat benda tak senonoh pada aku. Inikan pula dia
yang baru aku kenali tak sampai sehari.
“Err…”. Tak tahu hendak berdalih apa
lagi. Akhirnya aku diam. Dalam hati aku berdoa pada ALLAH agar dipelihara
diriku ini dari kejahatan manusia.
“Macam nilah. Awak simpan kad kerja
saya. Kad kerja ni sama macam IC saya. Kalau saya buat benda yang tak senonoh.
Awak repot terus pada polis. Saya ni penjawat awam. Kalau saya sengaja cari
pasal, memang saya cari nahas bakal hilang kerja dan masuk penjara”. Dia
hulurkan kad bersaiz IC itu. Ada lambang TUDM di situ. Terus aku ambil dan
masukkan dalam kocek seluar track tanpa lihat dengan lebih mendalam lagi. Dalam
kepala otak sekarang, hanya nak lari saja dari hotel jahanam ini.
LUQMAN HAKIMI memegang kepalanya
yang terasa sakit. Berpinar matanya kerana kesan hentakan fail oleh
setiausahanya itu. Dia cuba bangun dari katil, namun kesan hentakan itu makin
kuat terasa di kepalanya itu. Akhirnya dia terbaring lemah di atas katil.
Hendak bangun sudah tidak terdaya. Dia memejam mata. Cuba mengimbas kembali apa
yang telah dilakukan kepada cik adik sayang tadi. Dia merengus marah. Lain yang
dicita lain pula yang dia dapat. Memang tak boleh dipakai langsung kaedah yang
dicadangkan Mokhtar itu.
Akhirnya dia mengambil keputusan
untuk memujuk saja cik adik sayang. Walau dia tidak berdaya untuk bangun dia
harus mencuba. Kalau tidak sah-sahlah dia akan kalah pada cabaran Andrea. Dia
capai telefon Galaxy Note di hujung katil lalu mendail nombor telefon cik adik
sayang. Namun sampai ke deringan yang terakhir, panggilan itu tidak dijawab.
Dia cuba lagi sehingga lenguh jarinya menekan nombor milik cik adik sayang.
Ternyata hampa.
‘Luke kau fikir dengan apa yang kau
dah buat, cik adik sayang tu nak jawab panggilan kau. Mimpilah’. Akhirnya dia
picit dahinya. Memang dia bodoh kerana memikirkan semudah itu dapat memujuk cik adik sayang. Dia cuba
bangun dari perbaringan. Tapi kepala yang sakit membantutkan keinginannya.
‘Sabar Luke…esok masih ada. Tak
kemana cik adik sayang tu nak pergi. Dia bukan ada sesiapa di sini. Tak akan
beraninya dia nak tinggalkan hotel ini. Nak cari nahas. Dah lewat malam ni. Dia
tak akan seberani itu. Di luar sana, lagi ramai manusia yang gila. Esok saja
kau pujuk dia. Kau kan si hotter guy…”. Ada suara hati yang memujuk. Cuba
memberikan dia sokongan untuk menjalankan misi memujuk cik adik sayang pula.
Dia perlu membuang ego dan malu dengan apa yang dilakukan tadi. Jika tidak
tentu misinya akan gagal. Tak mungkin dia hendak menyerah kalah pada Andrea
semudah itu. Masa masih berbaki 3 bulan lagi. Dalam waktu itu, macam-macam
perkara yang boleh berlaku. Dia perlu berjuang.
AKHIRNYA Kereta Vios rona kelabu itu
sudah menyusuri jalan ke kampung yang telah lama ditinggalkan semenjak belajar
di UMKL dulu. Dalam kegelapan malam, tiada apa yang dapat dilihat hanya jalan
mini tar yang disimbahi lampu berwarna oren sahaja. Rumah-rumah kampung yang
menghiasi sepanjang jalan itu tampak berbalam-balam di pandangan matanya.
“Err…rumah
saya yang itu. Awak boleh berhenti di sini je”. Ujarku tatkala mata tertancap
pada rumah kampung separuh batu itu.
“Tak
apalah. Biar saya hantar sampai depan rumah”.
“Err…dah
pagi benar ni. Saya harap awak faham. Bukan saya tak sudi. Nanti apa pula kata
mak dan tok wan saja kalau anak gadisnya pulang dinihari dengan anak teruna
orang. Tak maniskan?” Aku beralasan lagi. Aku harap dia memahami keadaan. Aku
perlu menjaga nama keluargaku. Mahu terkejut mak dan tok wan nanti kalau mereka
tahu aku balik pagi-pagi buta dengan anak teruna orang.
“Hmm…tak
apa. Saya faham”. Dia menekan brek. Lalu menolak gear ke tanda P. Aku segera
keluar dari perut keretanya. Dia juga turut berbuat perkara yang sama. Dia
melangkah ke arah bonet kereta lalu dikeluarkan beg pakaian aku.
“Terima
kasih kerana hantar saya. Budi baik awak tak akan saya lupa”. Ucapku ikhlas.
Dia senyum saja.
“Sama-sama.”
Balasnya. Segera aku mengatur langkah menuju ke arah rumahku yang berada tidak
sampai dua rantai dari tempat dia meletak keretanya.
“Awak…!”.
Panggilannya itu membuatkan langkahku terhenti. Segera aku berpaling melihatnya
yang berdiri di tepi pintu pemandu.
“Siapa
nama awak?”. Aku mengangkat kening. Perlukah aku beritahu namaku?. Tapi
memikirkan budi yang telah ditabur, apalah sangat jika dia hendak tahu namaku.
Selepas ini tak mungkin aku akan bertemu dengannya lagi.
“Nurin
Kamila Hisyam”. Balasku lembut. Jelas terlihat senyuman dibibirnya. Lampu jalan
yang menerangi tempat dia berdiri itu membuatkan aku terkesima sekejap. Kenapa
aku nampak dia lebih manis dan kacak dari si hotter guy?. Segera aku memusingkan badan dan mengatur langkah semula
masuk ke halaman rumah. Kenapa dalam keadaan sakit hati begini pun, si hotter
guy juga yang aku ingat.
Aku
menarik beg pakaian berodaku lalu berhenti betul-betul di hadapan pintu rumah.
Kemudian aku menilik semula pakaian yang kupakai. Kalau mak tanya kenapa aku
berpakaian santai begini, apa yang hendakku jawab?. Kemudian baru aku teringat
sesuatu. Aku raba poket seluar, aku keluarkan kad kerja mamat berambut ala
askar itu. Aku tinggalkan beg pakaianku, lalu berkejar semula ke halaman rumah.
Malangnya keretanya sudah tiada di situ. Aku genggam kad kerja yang berlambang
TUDM itu lalu aku tilik dan mencari namanya di situ. Tapi tiada. Aku balikkan kad kerja itu lalu ada gambar dia dan tertera
namanya jelas dipandangan mataku kerana lampu jalan ini betul-betul berada di
bawahku. Membulat mataku apabila membaca namanya, malah ku eja satu persatu.
Adakah dia orang yang sama?. Kenapa aku tak cam langsung wajahnya?. Aku
keliru.
Monday, 19 August 2013
Mr.Hotter Guy Bab 22
Bab 22
“Assalammualaikum…Aiman!”
“Waalaikumusalam
mak!. Sihat?”
“Mak sihat. Aiman kat
mana ni?. Bila nak balik Sungai Petani?”.
“Aiman kat Penang
mak. Ada seminar. Ada hal penting ke mak…yang mak nak Aiman balik sana?”.
“Nak kata tidak
tu…tapi penting jugaklah. Mak dah merisik bakal isteri Aiman”.
“Mak!... Aiman belum
lagi nak kahwin mak. Awat yang mak dah pi merisik?”.
“Nak tunggu apa lagi
Man. Adik beradik kamu semua dah kahwin. Kamu yang sulung belum lagi ada
pasangan. Kamu bukan muda lagi Man. Mak tak kira. Esok kamu balik Sungai Petani
jugak.”
“Hai..mak…mak…selalu
buat keputusan tak nak tanya Aiman”.
“Kalau tanya
kamu…alamat tak sampai seru saja jawabnya. Ingat Aiman!. Esok balik Sungai
Petani”.
“Yalah mak. Aiman
balik”.
AKU membaringkan tubuh di tilam
empuk. Mata sudah terasa memberat. Esok perlu bangun awal untuk berjumpa dengan
klien. Selimut sudah kutarik hampir menutupi seluruh tubuhku ini. Baru saja
mata hendak terpejam. Nokia murahku sudah menjerit minta diangkat. Bikin
berasap saja hatiku ini kerana baru nak membuta ada saja yang menganggu. Dengan
malasnya aku capai Nokia murah yang terletak di hujung kepalaku.
“Apa bos?. Esok tak boleh ke? Dah
lewat sangat ni!”. Aku beralasan. Gila apa dia nak aku bawa fail untuk
mesyuarat esok ke biliknya. Dah lewat sangat ni. Tak pasal nanti bala lain pula
yang aku dapat.
Akhirnya
aku bangun juga dari tilam empuk yang aku baring ini. Memang kalau aku berdegil
tak nak menghantar fail itu ke biliknya, jawabnya sampai pagi aku tak akan
boleh tidur. Mesti dia akan mengganggu sampai aku turuti perintahnya. Siapalah
aku hendak membantah. Aku hanya menurut perintah. Setelah memakai tudung ala
kadar, aku menilik sebentar pakaian yang membalut tubuh. Tshirt berlengan
panjang dan tracksuit rona hitam. Hmm…sudah menutup aurat. Dengan malasnya aku
membuka pintu bilik dan menapak ke bilik bos kerek yang setentang dengan
bilikku. Walau mata sudah memberat, perintah harus aku turuti.
“Assalammualaikum
bos”. Ucapku sambil tanganku mengetuk pintu biliknya. Lenguh tanganku mengetuk,
namun tidak juga pintu itu terbuka. Panas sudah rasanya hati aku. Tadi beria-ia
benar dia menyuruh aku menghantar fail ke biliknya. Siap bertengkar lagi.
Sekarang ni aku dah jadi tunggul reput di depan biliknya. Kerana malas nak
mengetuk pintu lagi aku pulas tombol pintunya. Kalau tak terbuka juga, aku akan
angkat kaki balik ke bilikku semula.
Sekali
aku pulas, pintu terbuka sedikit. Terus aku buka pintu seluas mungkin. Dalam
kepala otakku ini hendak letakkan saja fail itu di atas meja yang berada di
depan mataku ini. Laju aku menapak ke arah meja tersebut. Aku letakkan fail
lalu aku pusing semula tubuh untuk menapak ke pintu semula. Mataku terus
terpaku pada muka pintu. Terkejut. Dada mula terasa berdebar-debar. Aku sudah
menelan liur. Namun aku cuba mengawal rasa debar.
“Saya
dah letakkan fail kat meja tu bos”. Kataku seraya jari kutundingkan ke arah
fail yang terletak di atas meja. Dia diam saja. Berdiri kaku di muka pintu. Namun
tunak matanya merenung aku seperti hendak ditelannya aku hidup-hidup.
“Err…saya
minta diri dulu bos”. Kataku lagi setelah lihat dia diam saja tidak membalas
kata-kataku. Angguk pun tidak tanda dia faham dengan apa yang ku kata. Aku
terus melangkah ke arah pintu. Namun dia masih berdiri kaku di situ. Aku pula
yang teragak-agak hendak terus melangkah.
“Bos…saya
minta diri dulu”. Ulangku lagi. Kali ini nada suaraku tinggikan sedikit. Dia
langsung tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Sebaliknya tangannya sudah
menutup pintu bilik. Malah dia terus mengunci dari dalam. Mataku membulat.
Bertambah terkejut dengan tindakan yang tidak dijangka dari bosku ini. Aku
telan liur berkali-kali. Peluh renik sudah mula muncul di dahi.
“Bos…err…saya
nak balik”. Kali ini suaraku sudah naik beberapa oktaf. Dia diam lagi.
Kebisuannya buat aku makin tidak keruan. Buat aku jadi tidak tentu arah.
Sebaliknya dia makin dekat menapak ke arah aku. Senyuman terukir di bibirnya.
Matanya menikam tajam kepadaku. Sekali dia melangkah, satu butang baju
pijamanya dibuka. Aku yang terkedu di situ.
“Bos
nak buat apa ni?”. Aku separuh menjerit. Dia semakin mendekat. Baju yang
menghiasi badannya sudah dihumbankan ke lantai.
“Jangan
dekat…saya menjerit nanti”. Aku memberi amaran. Tubuhku undurkan ke belakang.
Malangnya kakiku terhenti dibirai katil. Dengan mudahnya dia menolak tubuhku
kasar sehingga aku terbaring di katil empuk miliknya itu.
“Syyy…diam.
Jangan menjerit. Kalau cik adik sayang menjerit pun tak ada yang dengar. Tolong
bekerjasama. Saya pasti bahagiakan cik adik”. Dia himpit tubuhku. Lalu
dibisikkan kata-kata itu di cuping telingaku.
“Bos
dah gila…lepaskan saya”. Aku cuba melawan. Esak tangis sudah mula berkumandang
di dadaku ini. Tubuhnya yang menghimpit aku tolak dengan sedaya upaya kudratku.
Malangnya tubuh kecilku tak dapat sedikit pun menolak tubuhnya yang berada
diatasku.
“Ya
ALLAH…selamatkan hambamu ini”. Ucapku bersama esak tangis yang semakin
menggila. Aku cuba angkat kaki yang ditindih oleh kakinya. Aku cuba lagi
sehingga aku rasa lututku betul-betul terarah di tempat lemahnya seorang lelaki.
Dengan sekuat hati aku terajang dengan lututku ini. Spontan dia bangun dari
menghimpit tubuhku. Dia mengaduh sambil menyeringai menahan sakit. Terduduk
melutut dia di atas katil. Segera aku bangun lalu aku capai fail yang berada di
atas meja. Aku ketuk di kepalanya.
“Rasakan…bos
jahat. Bos gatal. Bos gila….rasakan…”. Aku menjerit-jerit sambil fail mesyuarat
setebal 4 inci itu aku hentakkan di kepalanya. Setelah puas hatiku ini melihat
dia tidak bergerak lagi di atas katil. Segera aku tinggalkan bilik yang serupa
neraka itu. Geram dan sakit hati bermain diminda. Dia betul-betul melampau.
Lelaki kaya ini memang semuanya sama. Jahat dan suka mengambil kesempatan pada
orang miskin seperti aku.
AIMAN
melipat baju dan memasukkan ke dalam beg sandangnya itu. Uniform biru yang
lengkap dengan aksesori diletakkan kembali ke dalam plastik hitam yang
tergantung kemas di dalam almari. Kemudian dia masuk ke bilik air pula
mengambil toiletries lalu dimasukkan ke dalam beg kecil. Beg itu pula disumbat
ke dalam beg sandangnya itu. Setelah pasti tiada yang tertinggal dia mula
mengambil beg lalu disandang ke bahunya. Uniform biru yang tergantung di dalam
beg plastik diambil dan dijinjit dengan sebelah tangan. Dia melihat lagi buat
kali kedua di dalam bilik yang dihuninya sebelum melangkah keluar. Panggilan ibunya
yang tiba-tiba membuatkan dia jadi tidak keruan. Hajat asal hendak balik esok dibatalkan kerana hati sudah
tidak sabar hendak mengetahui calon isteri yang dirisik oleh ibu. Dia tersenyum
lagi sambil menggeleng kepala. Nampaknya Puan Munirah memang sudah tidak sabar
lagi hendak menerima menantu sulung, sampaikan dia sendiri tidak diajak
berbincang.
Dia
berjalan dengan langkah yang tenang sehingga melewati bilik gadis comel yang
baru dikenalinya itu. Hajat hati ingin diketuk pintu itu untuk bertemu dengan
gadis yang mencuri hatinya. Sekadar ingin mengucap selamat tinggal. Rasanya lepas
ini mungkin dia tidak akan ketemu lagi gadis comel itu. Namun dibatalkan niat. Hari
sudah lewat benar. Tak manis rasanya mengganggu anak gadis orang di kala malam
hampir melabuhkan tirainya.
“Biarlah…kalau
ada jodoh mesti jumpa lagi”. Dia menuturkan kata pada dirinya sendiri. Cuba menyedapkan
hati kerana sedikit kecewa tak bersungguh untuk mengenali gadis comel itu
semasa peluang masih terbuka tadi. Dia menapak terus ke pintu lif yang
tertutup. Di tekan butang lif dan terus sabar menunggu sehingga pintu lif
terbuka dengan sendirinya. Usai pintu lif terbuka dia melangkah masuk. Baru saja
jari menekan butang tanda lobby, pintu lif dihadang dengan sepasang tangan yang
berbalut tshirt lengan panjang. Dia menekan butang terbuka pada tepi pintu lif.
“Terima
kasih”. Ucap suara itu sedikit serak. Dia mengalih pandang pada pemilik suara
itu.
“Eh…awak?.
Nak balik dah ke dengan beg besar ni?”. Terus dia menyapa gadis comel itu yang
masih menunduk. Pelik juga melihat gadis comel itu yang hanya bert’shirt dan
berseluar track saja.
‘Pakaian
ala nak bersantai je, tapi berbeg besar macam nak lari. Elok benar. Macam nak
lari tengah malam je’. Dia bermonolog pula. Terasa lucu dan pelik melihat
gelagat gadis comel ini.
Mr.Hotter Guy Bab 21
Bab 21
Aku humbankan badan ke katil empuk
bersaiz queen itu. Kalau macam ini punya lembut tilamnya alamat tidur matilah
aku jawabnya. Hmm…selesa sungguh. Bukan senang nak merasa duduk di hotel
bertaraf 5 bintang ini. Baru nak melayan perasan dan tidur sambil
tergolek-golek di tilam empuk ini suara deringan telefon menganggu anganku.
Dengan malasnya aku capai telefon Nokia murah aku ini.
“Buat apa?. Jangan nak bergolek
sakan. Saya dah kat bawah. Tunggu awak untuk makan”. Terus badan aku tegak dari
katil. Suara garau itu dah mula bising. Macam tahu saja aku sedang tergolek di
tilam empuk ini.
“Baik bos. 5 minit lagi saya
sampai’. Terus aku matikan telefon. Automatik badan aku turun dari katil.
Seminit saja aku tilik badan di cermin. Make up ala kadar, betulkan tudung
bawal yang sudah kelepet. Ambil beg tangan. Terus menapak keluar dari bilik
tidurku. Berat hati nak tinggalkan tilam empuk itu, tapi memikirkan aku datang
sini atas urusan kerja bukan nak makan angin. Terpaksa aku melangkah turun ke
lobi.
Dari jauh aku sudah nampak
kelibatnya yang sedang berdiri berdekatan kaunter receptionist. Kacak saja dia
dari pandangannya mataku walau dia berpakaian santai saja.
“Sorry bos. Terlupa pasal dinner
malam ni.” Aku dah mengangkat sepuluh jari minta maaf. Terlupa sungguh yang dia
ada minta aku turun lepas maghrib kerana hendak dinner sama-sama. Sedap punya
pasal tergolek atas tilam empuk itu buat aku lupa pada temujanji yang telah
dipersetujui petang tadi.
“Hmm…jomlah!. Cuma satu saya nak
pesan. Jangan bertengkar dengan saya masa makan nanti tau.” Aku sudah kerut
dahi tak faham dengan pesanan bos.
Kenapa
pulak aku nak bertengkar tak tentu pasal?. Tolak rezeki namanya. Dia senyum
tengok aku yang berkerut dahi itu.
“Tak akan dah lupa kut?. Dulukan
awak bertengkar dengan saya. Tak ingat pada Bolognese Carbonara yang awak
tinggal macam tu je tanpa jamah sikit pun. Malu saya tahu?. Ditinggalkan
terkulat-kulat macam tu!”. Suaranya kedengaran dah meninggi sedikit. Aku pula
menggaru kepala yang tidak gatal. Cuba nak tutup kenangan masam itu. Memang
masam pun sebab dia yang mula dulu.
“Kalau bos tak buat pasal macam hari
tu. Tak akan saya nak bertengkar tak tentu pasal”. Mulut pula tak reti nak
diam. Ada saja dia nak membalas. Spontan aku tutup mulut. Sedar dah terlepas
kata. Mulanya muka dia serius. Takut juga kalau dia marah. Tapi lain pula
sebaliknya. Tiba-tiba dah bertukar jadi senyum pula.
“Nurin…Nurin…ada saja nak menjawab.”
Balasnya menutup bicara saat kami sudah sampai di tempat makan.
Rambang mata aku hendak memilih
makanan yang dihidangkan secara buffet itu. Boleh kata semua jenis makanan
orang Malaysia terhidang di situ. Ada masakan Melayu, Cina, India dan Barat pun
ada. Memang class hotel ini. Nama pun hotel 5 bintang.
Setelah mencedok makanan serba sedikit
dan serba satu, terus aku menapak duduk di meja kosong yang menempatkan dua
kerusi itu. Encik Luqman Hakimi masih lagi memilih menu yang hendak dijamahnya
itu.
“Sorry…sorang je. May I?”. Tiba-tiba
ada suara yang mencelah dari arah belakangku. Terus saja aku memusingkan badan
melihat ke wajah pemilik suara itu. Seorang lelaki tegap dan berambut ala askar itu senyum
pandang aku. Smart dan manis saja wajahnya.
Aku kerling pandang sekeliling restoran ini. Banyak lagi meja yang
kosong. Kenapalah si mamat smart ni nak mengendeng sebelah aku?.
“Err…sorry. Bukan tak sudi?. Banyak
lagi meja yang kosong. Lagipun saya berteman”. Jawabku lembut. Sekadar hendak
mengambil hati. Tak akan aku nak menengking pula dah si mamat smart tu cakap
elok-elok dengan aku.
“Ye ke? Opsst…sorry. Ingatkan sorang
tadi. Ingatkan boleh temankan saya?”. Balasnya masih lagi senyum. Hmm…kalau nak
banding senyuman si mamat smart ini, manis lagi senyuman si hotter guy. Sempat
pula hati membuat perbandingan.
“Ehem…ehem…”. Ada suara orang sakit
kerongkong membuatkan perbualan aku dengan si mamat smart itu terganggu. Pantas
mata kami menala ke arah empunya suara. Si Hotter Guy rupanya.
“Apahal ye?”. Dia sergah dengan nada
yang serius. Si mamat smart tu dah terkulat-kulat cuba nak kawal malu.
“Sorry bro. Ingatkan tadi awek ni
sorang. Nak minta dia temankan saya makan”.
“Lain kali jangan main ingat-ingat.
Kalau nak ushar pun, pandang-pandanglah dulu. Awek solo ke awek dah berpunya”.
Hailah…garang juga si hotter guy ni. Main sembur ikut sedap mulut je. Bila masa
pula aku jadi awek dia?. Aku pula yang terkulat-kulat. Mamat smart tu sudah
angkat tangan mohon maaf. Kemudian dia menapak ke arah meja kosong yang
setentang dengan kami. Aku terangguk-angguk dan senyum pada mamat smart itu
sekadar ambil hati kerana kesian pula dia kena sound percuma dari bos aku yang
kaya dan kerek ini.
“Awak jangan memandai nak tayang
sengih pada mamat tu”. Tiba-tiba aku pula yang diberi amaran tatkala
punggungnya sudah terhenyak di kerusi berdepan dengan aku. Mati sengih aku pada
mamat yang berada di meja depan.
“Bos….tadi bos juga yang pesan
jangan bertengkar semasa makan. Sekarang ni siapa yang provok siapa?”. Si
hotter guy terdiam dengar ayat yang keluar dari mulut aku. Dulu pun kami
bertengkar kerana dia yang mulakan dulu. Dia serius saja sambil menyuap nasi
beriani ke dalam mulut. Aku pula sudah menarik muka. Terasa dengan sikapnya.
Akhirnya kami menikmati hidangan dengan diam seribu bahasa.
“Bos…kalau tak ada apa-apa lagi saya
nak naik ke bilik dulu. Nak tidur.” Kataku setelah kami selesai makan. Dia
masih lagi menikmati pencuci mulut sebagai hidangan terakhir yang dinikmatinya
itu. Melihat dirinya yang tiada reaksi. Aku sudah menolak kerusi untuk bangun.
“Duduk dulu!”. Arahnya. Tindakanku
jadi terbantut. Tak jadi aku hendak bangun dari kerusi. Akhirnya aku
perkemaskan dudukku dan mataku mencerlung memandangnya yang selamba saja makan
tanpa mengangkat muka melihatku. Hish…rimas dan naik bosan jadinya meneman
manusia yang kerek sentiasa ini!.
“Nurin memang anak tunggal?”.
Tiba-tiba soalan itu terpacul dari bibirnya. Dia mengambil dan mengelap
bibirnya dengan napkin yang terletak di sisi meja sambil tunak matanya merenung
aku.
“Ya”.
“Mak dan ayah masih ada?”. Aku sudah
berkerut dahi. Sesi temuduga lagikah?. Bukankah aku sudah melaluinya semasa
memohon kerja di Berjaya Corporation. Kenapa nak disoal lagi?.
“Kenapa bos nak tahu?. Saya rasa
dalam cv saya semuanya dah jelas”. Balasku jengkel.
“Saya nak tahu dari mulut Nurin
sendiri”.
“Mak masih ada, ayah saya tak tahu”.
Jawabku malas. Dia kerut dahi tanda keliru.
“Maksud Nurin?”.
“Itu hal peribadi saya. Tak perlu
bos nak tahu”. Akhirnya aku sudah berdiri. Malas nak bersoal jawab dengan bos
mengenai hal peribadi aku. Lantas aku tinggalkan dia di meja makan dan berlalu
pergi tanpa menoleh lagi. Biarlah kalau dia kata aku kurang ajar pada majikan.
Memang aku tak ada hati nak bercerita hal peribadi aku pada orang kaya
sepertinya. Aku tak mahu mereka bersimpati denganku. Lagipun orang kaya
semuanya sama saja. Suka nak mengambil kesempatan pada orang miskin macam
aku.
Menonong aku menapak ke arah pintu
lif yang sedia terbuka itu. Tanpa melihat siapa lagi yang berada di dalam perut
lif itu terus jariku menekan ke butang bernombor 7. Serentak itu ada tangan di
belakangku yang menekan nombor yang sama.
“Sorry!”.
Spontan pemilik suara itu meminta maaf padaku kerana tidak sengaja menyentuh
jariku tadi. Aku angkat muka lihat pada gerangannya si pemilik suara garau itu.
Macam pernah aku dengar sebelum ini.
“Eh…awak?”.
Aku senyum pada mamat smart berambut ala askar itu. Dia balas senyumanku. Tak
sangka boleh bertembung pula di dalam perut lif ini.
“Bilik
kita sama level rupanya”. Dia menyambung kata-kata. Pintu lif terbuka, dan kami
melangkah keluar bersama-sama.
“Mana
pakwe awak?. Nanti tak pasal saya kena sembur lagi berjalan berdua dengan awek
dia ni”. Katanya sambil mata tertinjau-tinjau mencari kelibat bos kerek aku.
“Ishkk…dia
tu bukan pakwe saya. Tapi bos saya. Kami datang sini atas urusan kerja”. Balasku
membetulkan tanggapan mamat smart ini. Tak kuasa aku nak jadi makwe bos kaya
dan kerek itu.
“Oh…maknanya
bolehlah saya tackle awek comel ni?”. Dia tutur begitu sambil ketawa. Aku hanya
senyum. Seronok pula dipuji orang kerana comel. Perasan sekejap.
“Okeylah…awak.
Saya dah sampai ni”. Aku mohon diri tatkala kaki sudah sampai di depan bilik
hotel yang aku duduki ini.
“Seronok
jumpa awak. Harap boleh jumpa lagi. Bilik saya kat hujung sekali”. Ucapnya
sambil tangan menunjuk ke arah bilik yang berada di penghujung tingkat 7 ini.
“Minta
diri eh…Asalammualaikum!”. Ucapku berdiri di depan muka pintu bilik.
“Waalaikumusalam”.
Jawabnya. Kemudian dia melangkah pergi menuju ke biliknya. Aku memasukkan kad
kunci lalu memulas tombol pintu. Lega rasanya bila ternampak tilam empuk di
depan mata. Mata serta merta rasa berat. Namun memikirkan aku belum lagi
menunaikan solat Isyak. Segera aku tanggalkan tudung yang menghiasi kepala lalu
menuju ke bilik air.
Aku
cuci muka dan gosok gigi. Wajah comelku terbias dicermin bilik air ini. Perasan
sekejap bila aku lihat wajahku.
“Comel
ke?.” Aku bersoal pada cermin.
“Perasan
sungguhla Cik Nurin ni. Abang smart puji sikit dah lupa diri”. Aku menasihatkan
diri pula.
“La…lupa
pulak nak tanya apa nama abang smart tadi?”. Aku garu kepala yang tidak gatal.
“Sudah-sudahlah
Cik Nurin oii…solat cepat jangan duk berangan ja”. Hati makin galak
mengingatkan perintah yang belum aku tunaikan lagi. Segera aku mengambil wuduk
untuk menunaikan solat pada Yang Esa.
Subscribe to:
Posts (Atom)