Tuesday, 15 January 2013

OKu Sayang Bab 11


Bab  11
            Ain Syuhada lebih banyak mendiamkan diri. Dia tiada mood untuk berbual dengan Aidil Zafran. Dia terasa kekok untuk bersikap seperti biasa selepas kejadian tempohari. Walaupun Aidil Zafran kadangkala cuba berlagak biasa namun nampak seperti dibuat-buat. Kedua-kedua mereka seperti menyimpan sesuatu di dalam hati. Segala perbuatan dan perbualan terasa canggung.
“What wrong with U, Ain?”. Ain Syuhada terkapa-kapa apabila mendengar sergahan dari Melissa. Entah bila setiausaha kanan CEO ini masuk ke biliknya pun dia tidak tahu.
“Hah…!”. Ain Syuhada mengurut dadanya kerana terkejut.
“Dah lama saya berdiri di sebelah  meja awak. Tapi kenapa buat tak tahu. Saya cakap dengan tunggul ke?”. Soal Melissa formal.
“Maaf puan, ada apa yang boleh saya tolong?”. Balas  Ain Syuhada, juga formal.
“Hemm…susahnya bercakap ala formal ni. Back to normal eh”. Melissa senyum. Rasa marah tadi telah surut melihat raut wajah  Ain Syuhada yang masih binggung.
“Where Ur bos?” Ain Syuhada melihat ke meja Aidil Zafran. Kosong. Dia mengangkat bahu. Entah!
“Hai…jadi P.A apa macam ni?Bos pergi mana pun taktahu”. Sedas Melissa perli.
Ain Syuhada diam. Memang dia tiada mood untuk bergurau hari ini. Sebaliknya dia meneruskan kerja-kerjanya yang terbengkalai. Melissa hanya melihat setiap tingkah Ain Syuhada menaip maklumat ke laptop.
“Dari pagi tadi, akak tengok Ain muram je. Kenapa ye?”. Soal Melissa lembut. Ain Syuhada cuma diam seribu bahasa. Dia masih lagi leka menaip sesuatu tanpa melihat wajah Melissa.
“Ain ada masalah dengan Rayyan ke?”. Melissa  masih menyoal dengan sabar. Ain Syuhada berhenti menaip. Dia memandang wajah Melissa lalu menggeleng. Matanya sudah berkaca.
“Kenapa?” Melissa panik melihat Ain Syuhada yang berwajah sugul. Airmata sudah bergenang di tubir matanya.
“Ain tensen kak. Ain malu”. Ain Syuhada menekup mukanya. Bahunya terhinggut-hinggut  kerana menangis. Melissa bertambah panik. Dia memeluk bahu Ain Syuhada. Berbagai persoalan bermain dibenaknya. Kenapa sampai begitu sekali Ain Syuhada menangis.
“Kenapa Ain?. Ceritalah pada akak. Luahkan apa yang Ain rasa. Akak sentiasa ada Ain”. Lembut Melissa memujuk. Asalnya dia berada di situ untuk berjumpa dengan Aidil Zafran . Ada  dokumen penting yang CEO minta Aidil Zafran semak sebelum mesyuarat di Terengganu. Akhirnya dia tersadai di sini kerana risau melihat keadaan Ain Syuhada yang kusut.
Ain Syuhada mengesat airmatanya. Mula menarik nafas dalam-dalam. Dia mula bercerita satu-persatu dari sampai ke Kondo milik Aidil Zafran sehinggalah perkara yang memalukan itu. Melissa mendengar dengan teliti, dari reaksi yang tenang wajahnya bertukar menjadi terkejut. Mulutnya menganga luas.
“Hah…dia sentuh di mana?”. Suara Melissa naik beberapa oktaf. Ain Syuhada menekup mulut Melissa. Matanya memandang keluar. Mujur cermin transparent itu memudahkan dia melihat keadaan di luar. Semuanya sibuk dengan hal masing-masing.
Ain Syuhada yang sedikit kusut tadi tiba-tiba terasa hendak ketawa melihat reaksi Melissa yang kalut semacam. Rasa gundah yang terbit dihatinya tadi terasa lega sedikit melihat reaksi kalut Melissa.
“Dia pegang kat mana?” Ulang Melissa lagi. Ain Syuhada menelan liur. Rasa malu mula menyerbu dimukanya. Namun dia gagahkan juga mengangkat jari menunjuk ke dadanya. Melissa melopong. Terkejut. Tapi tidak lama kerana tiba-tiba dia tersenyum malu. See! Melissa sendiri sudah malu. Apatah lagi dia yang mengalaminya.
Melissa menarik nafas lalu menghelanya perlahan. “Akak rasa better ur forget it”.
“Yes, I try. But…”Ain Syuhada berjeda. Dia melepaskan keluhan.
“Setiap kali saya tengok wajah dia, saya mesti teringat kak. Macamana saya nak kerja dengan dia. Saya rasa malu sangat-sangat”.
“Habis tu  Ain nak buat apa?Berhenti kerja? Ain kena fikir masak-masak. Sekarang ni bukan senang nak dapat kerja”.
“Kalau ikutkan perasaan malu, memang saya nak berhenti je. Tapi bila fikir pasal payah cari kerja tu yang saya diamkan je”.
“Ain, fikir dulu. Lagipun Aidil tu kan buta. Dia bukan tahupun apa yang dibuatnya. Lagipun dia bukan sengaja. Baik Ain lupakan saja”. Nasihat Melissa bersungguh. Baginya isu  ini mudah jika tiada siapa yang memperbesarkannya. Buat tak tahu. Lagipun tak sengaja.
“Ain ambil masa jugak nak lupakan”. Ain Syuhada mengeluh.
“Chill up, Ain. Bulan depan je nak jadi tunang Mr.Rayyan. After that MRS Rayyan Aziz. Lama-lama Ain lupalah. Percayalah kata akak ni”. Pujuk Melissa pula.
Namun reaksi dari Ain Syuhada hanya kaku diam tidak berkutik. Matanya dihala ke pintu. Kedua-dua mereka terdiam kerana melihat Aidil Zafran tercegat di situ. Agaknya sudah berapa lama dia berdiri di muka pintu. Melissa cepat-cepat mengawal kegugupannya. Ain Syuhada pula meneruskan kerjanya yang terbengkalai. Hah!. Lupa pulak yang Mr.Blind ni bukan tahu apa yang dibuat mereka. Memang dia buta. Tapi dia bukan pekak. Agaknya sampai mana dia dengar apa yang dibualkan mereka. Ain Syuhada sudah cemas. Kepalanya terasa berdenyut. Tambah  kusut. Tambah masalah lagi.
“Bos, ini dokumen Datuk Adam Malik minta bos semak sebelum bawa ke mesyuarat di Terengganu”. Dokumen itu diletakkan di atas meja. Aidil Zafran meraba dokumen itu, sambil mengangguk-angguk. Melissa menoleh pandang pada Ain Syuhada sambil mengisyaratkan tanda tarik nafas hembus nafas sebagai semangat supaya Ain Syuhada bertenang.
“Saya keluar dulu bos”. Melissa minta diri. Ain Syuhada memandang langkah Melissa sehingga hilang di balik pintu.
“Ain Syuhada!” Panggil Aidil Zafran tegas. Ain Syuhada berhenti menaip. Dia telan liur lagi. Nada suara Aidil Zafran yang sedikit berbeza itu mengusutkan lagi kepalanya. Dia dengar ke?...Ain Syuhada berteka-teki. Ain Syuhada pantas berdiri di sebelah meja Aidil Zafran.
“Yes, bos”. Suaranya dilunakkan. Terasa merdu pulak suara itu di gegendang Aidil Zafran. Agak-agaknya gadis di hadapannya ini tentu manja orangnya.
“Minta scan segera dokumen ini. Hari ni jugak. Saya nak baca?’”. Arah Aidil Zafran lembut. Aiks lembut pula suaranya, dah tak marah kot. Tapi pasal apa dia nak marah?Dia dengar kot apa yang aku cakap dengan Kak Melissa tadi.  Hatinya terus berteka teki lagi.
Ain Syuhada berpaling lalu hendak kembali ke mejanya. Baru beberapa langkah, namanya dipanggil semula oleh Aidil Zafran.
“Ada apa bos?”. Soal Ain Syuhada dari mejanya yang hanya selang serantai dari meja bosnya itu. Aidil Zafran hanya diam membisu. Dia teragak-agak untuk bertanya tentang perkara yang baru didengarinya tadi. Ain Syuhada masih setia menanti apa yang hendak ditanyakan oleh bosnya itu. Dia memerhati raut wajah Aidil Zafran yang sentiasa tenang itu.
“Hmm…handsome!”. Sempat lagi dia mengulas. Aidil Zafran meraup mukanya lalu menghela nafas sedalamnya. Ain Syuhada hanya memerhati. Rasa gusar bermain dibenaknya apabila melihat reaksi Aidil Zafran seperti orang susah hati.
“Ain!”. Serunya lagi. Ain Syuhada masih setia menanti butir bicara dari Aidil Zafran.
“Kenapa bos? Saya ada buat salah ke?”. Aidil Zafran pantas menggeleng. Mana mungkin P.A yang mula mendapat tempat dihatinya itu melakukan kesalahan. Sebaliknya, dia yang membuat kesalahan sehinggakan Ain Syuhada mula kekok untuk berinteraksi dengannya seperti biasa. Sungguh, dia bukan sengaja untuk mencabul kehormatan Ain Syuhada, kalau layak pernyataan itu digunakan.
“Betul bulan depan Ain nak bertunang?”. Ain Syuhada membuat reaksi terkejut.
“Hah…!”. Nampaknya setakat mana perbualannya dengan Melissa didengar oleh Aidil Zafran sehingga isu pertunangannya ini disoal pula.
“Tahniah Ain, kalau betul nampaknya terpaksalah saya kena cari P.A baru. Kali ini kena cari lelakilah supaya boleh kekal terus bekerja dengan saya”. Ain Syuhada hanya tersenyum kelat. Kata-katanya Aidil Zafran itu seolah memerlinya pula.
“Saya ikhlas Ain. Bukan niat nak persendakan awak”. Nah!...seperti ahli nujum saja Aidil Zafran dapat mengagak apa yang difikirkannya sesaat lepas.
“Bila majlisnya?”.
“Bulan depan, lepas balik dari mesyuarat di Terengganu”. Balas Ain Syuhada tenang.
“Hmm,kalau macam tu Ain tak payah temankan saya ke sana. Ain uruskan saja majlis Ain. Tentu banyak benda nak kena buat. Saya bagi Ain cuti awal seminggu.” Ain Syuhada hanya melopong mendengar arahan dari bosnya itu. Dia bukan hendak mengelat dari ke Terengganu. Memang dia sudah bersedia untuk menolong Aidil Zafran. Jika tidak apa guna dia menjadi P.A.
“Tapi bos…”
“It’s okay. Pak Deris boleh temankan saya. Lagipun Ain, saya kena biasakan diri tanpa Ain.Tak kan selamanya Ain nak kerja dengan saya. Tentu Ain nak cari kerja lain yang sesuai dengan Ain  lepas bergelar isteri nantikan?”. Ain Syuhada menelan liur.  Kenapa Aidil Zafran seperti tahu-tahu saja apa yang dirancangkan setelah dia bergelar MRS.Rayyan Aziz. Betul-betul bosnya ini ahli nujum tahap petala.
“Cuma Ain sediakan maklumat yang saya perlu bawa masa mesyuarat nanti. Lagi mudah dalam bentuk power point dan hard copy yang dibraillekan.”.
“Hah…”. Ain Syuhada terkejut lagi. Mana nak dibraillekan. Mesin brailler pun tidak ada. Apatah lagi mesin embosser.
“Pergi je ke MAB. Kat sana semua ada…hatta mesin embosser pun”. Cepat saja Aidil Zafran memberi idea. Dia memang kerap menggunakan perkhidmatan untuk orang buta di situ. Malah dia juga menjadi jurulatih goalball satu permainan tradisi untuk pelajar buta.
“Saya tak tahu kat mana MAB tu?”. Balas Ain Syuhada. Memang dia tidak tahu di mana MAB atau Persatuan Orang Buta Malaysia. Dia pun bukan tahu sangat selok belok KL ini. Maklumlah dia cuma keluar ke tempat kerja saja. Itupun berhantar bagai dengan Melissa. Kalau keluar ke KL pun dengan Rayyan Aziz. Lebih pada itu dia tidak tahu.
“Beginilah, apa kata lepas balik nanti. Kita ke sana. Saya boleh suruh Pak Deris hantarkan.” Ain Syuhada hanya mengangguk laju. Janji kerjanya beres. Yang penting boleh claim kerja lebih masa.
“Macamana Ain?”. Soal Aidil Zafran semula setelah tiada jawapan dari Ain Syuhada.
“Yes, bos”. Jawab Ain Syuhada kuat. Terlupa yang bosnya tidak nampak walau dia mengangguk seribu kali sekalipun.
Aidil Zafran ketawa lucu. Nampaknya semangat ceria Ain Syuhada sudah kembali. Tapi dia terasa sedih kerana keceriaan Ain Syuhada itu tidak akan lama dirasainya  kerana gadis yang mula bertakhta dihatinya ini akan menjadi milik orang lain.
--------
Ain Syuhada sudah setia menanti di depan pintu utama MAB di Jalan Tun Sambathan, Brickfield dengan dihantar oleh Pak Deris. Turut bersamanya adalah Aidil Zafran pengguna setia kemudahan yang terdapat di sini. Setelah menurunkan mereka, Pak Deris terus pergi kerana di sini tiada kemudahan parking untuk  pengunjung. Kawasan parkingnya terhad untuk pekerja di situ sahaja. Kalau nak kena saman dengan polis trafik beranikan diri parking di luar sahaja. Sebentar sahaja surat saman akan singgah ke tangan anda. Itulah maklumat yang diberikan oleh Pak Guard yang setia menjaga di pintu masuk. Kebanyakan pengunjung yang datang ke situ lebih senang naik monorel. Kalau lawatan pelajar dari luar Kuala Lumpur samalah caranya seperti mereka tadi. Diturunkan dan pandai-pandailah drebar bas untuk mencari parking yang selamat dari polis trafik atau polis DBKL.
Ain Syuhada kagum sekejap melihat kemudahan yang terdapat di situ, ada makmal computer yang lengkap dengan perisian untuk memudahkan kerja-kerja OKU penglihatan ini. Mereka juga diberi kursus untuk membaiki computer atau cara untuk mengendalikan telefon. Kebanyakan pelajar lepasan SPM dan STPM akan ke sini untuk mengambil kursus jangka pendek dalam mengendalikan computer atau menjadi telefonis. Habis seluruh kawasan ini diterokai oleh Ain Syuhada setelah selesai mengembos dokumen untuk Aidil Zafran yang sudah hilang entah ke mana.
Dia berjalan perlahan sehingga sampai dikawasan dewan yang luas. Di situ dia terlihat Aidil Zafran yang sudah lengkap berpakaian sukan sedang bermain sejenis permainan yang hendak dikatakan bola sepak bukan, futsal pun bukan. Entah dia tidak tahu permainan apa itu. Dia berjalan selamba menuju ke kelompok mereka yang sedang tergolek terlentang menepis bola sebesar bola keranjang yang mengeluarkan bunyi loceng dari masuk ke pintu goal.
Ain Syuhada hanya memerhati berminat untuk melihat permainan itu. Agaknya inilah permainan goalball yang dicakapkan oleh Aidil Zafran dulu. Wisel berbunyi tanda sesi separuh masa  permainan tamat.
Aidil Zafran ketawa lepas sambil menanggalkan blindfoal sejenis kain berwarna gelap yang menutupi matanya. Rasanya dia tercium bau Nina Ricci disebelahnya. Dia memanggil Ain Syuhada kerana dia pasti bauan itu milik P.A yang disayanginya itu. Ain Syuhada hanya menjadi pemerhati melihat wajah bosnya yang dirasakan begitu sweet sekali. Dengan ketinggian persis model, andaikata Aidil Zafran normal tentu dia menjadi playboy besar dengan kekacakannya itu. Huh! Ain Syuhada mendengus. Cemburu barangkali atau marah pada dirinya kerana memikirkan yang negatif mengenai Aidil Zafran.
“Yes bos!’. Balas Ain Syuhada mendekati Aidil Zafran.
“Dah settle kerja?”.
“Yup!”. Balas Ain Syuhada pendek.
“Tunggu saya eh. Ada 10 minit lagi baru permainan tamat”. Ain Syuhada hanya mengangguk. Ah…Lupa lagi.
“Baik bos.” Aidil Zafran tersenyum. Ain Syuhada terasa terbuai dengan senyuman yang manis itu ditambah dengan peluh yang membasahi tubuh Aidil Zafran. Entah kenapa, dia nampak Aidil Zafran begitu seksi berkeadaan begitu.
“Nak join?”. Pelawa Aidil Zafran. Ain Syuhada membulatkan matanya.
“Saya tak tahu?”. Gila apa kalau dia nak main. Tergolek terlentang macam tu. Tentu buruk rupanya. Tak pun dibebelkan oleh Puan Ainon kalau dia tengok anak daranya tak jaga kesantunan.
“Tak tahulah kena cuba”. Asak Aidil Zafran lagi.
“Malulah. Tergolek terlentang macam tu”.
“Nak malu apa, semua bertutup mata. Dah tentu tak nampak apa-apa. Come on for fun.”Pujuk Aidil Zafran lagi. Ain Syuhada hanya tersengih. Niat hati memang mahu tapi malu.
“It’s okay. Lagipun ada pelindung keselamatan”. Tiba-tiba seorang wanita menyampuk percakapan mereka. Ain Syuhada hanya memerhati kehairanan pada wanita itu.
“Opss..lupa! Saya Pauline. Just call me Paul. Saya jurulatih goalball untuk pelatih di sini. Wow! Ain Syuhada kagum sebentar kerana jurulatihnya seorang perempuan.
“Tryla. U tak cedera pun. Ni ada pelapik siku dan lutut. Pelapik ehem…ehem pun ada tapi untuk lelaki sajalah.” Tiba-tiba si Pauline buat lawak. Ain Syuhada hanya ketawa mengekek.
“Mestilah,kalau tidak mesti mandul kami seumur hidup. Sapa yang merana. Ur  All jugak”. Aidil Zafran pulak menyampuk. Mahu saja dia mencubit lengan bosnya itu yang cakap tak cover langsung.
“Nak main macamana ye?”. Ain Syuhada berminat. Pauline menarik tangan Ain Syuhada lalu di bawa ke tengah gelanggang permainan itu untuk melihat keluasan 162 meter persegi ‘padang’ permainan itu. Kemudian di bawa memegang penanda yang dibuat dari tali lalu dilekat selotape tebal berwarna merah.
“Ini had pemisah supaya pemain tidak terkeluar dari sempadan gawang gol.” Ain Syuhada mengangguk pantas.
“Permainannya mudah. Ada 3 pemain untuk setiap pasukan. Setiap seorang akan kawal hujung kiri dan kanan tiang gol sepanjang 9 meter dan seorang lagi ditengah. Mainlah macamana pun asal bola yang dileret oleh pihak lawan tidak bolos. Mata ditutup dengan blindfoal walau pemain sedia buta. Bukan apa supaya mata pemain ini benar-benar gelap. Hanya deria telinga sahaja yang perlu peka.” Cukup jelas dan terang sekali Pauline bercerita.
“Ooo…sebab tu, bola tu mengeluarkan bunyi loceng. Dan permainan ini dimainkan dalam dewan tertutup supaya tidak bising”. Tokok Ain Syuhada pula.
“Yup. That good my girl. Cekap betul ye awak fikir”. Pauline kagum dengan kepekaan Ain Syuhada.
“Saya pernah jadi guru ganti untuk pelajar OKU blind ni. Cumanya saya belum sempat belajar permainan goalball ni. Maklumlah ganti pun 3 bulan je”. Ramah Ain Syuhada bercerita. Sekilas dia memandang pada Aidil Zafran yang sedang duduk di tepi gelanggang sambil meneguk sebotol air. Perlahan-lahan menuruni kerongkongnya. Hem…menarik, tertarik, kau memang the cool. Kalaulah dia dapat menyentuh bibir basah itu. Tiba-tiba Ain Syuhada boleh terfikir sekarut itu. Cepat-cepat dia beristigfar  membetulkan kekhilafannya itu.
“Hello!”. Pauline sudah mengawang tangannya ke muka Ain Syuhada. Dia turut memerhati sorotan mata Ain Syuhada ke arah Aidil Zafran.
“Gotcha! U suka dia ke? He’s smart, handsome, rich!”. Pauline sudah tertangkap basah Ain Syuhada. Cepat sahaja Ain Syuhada menggeleng. Malu.
“Eh…mana ada. Okeylah saya main”. Cepat betul Ain Syuhada memotong ayat Pauline dan keluar dari topik berkaitan bosnya itu.
“Ok. U ganti tempat saya. Satu pasukan dengan ur bos. Saya jadi pengadil”. Pauline sudah mengangkat kening seolah memberi peluang pada Ain Syuhada untuk tergolek terlentang bersama bosnya itu.
“Pauline!”. Ain Syuhada sudah menaikkan volumenya beberapa oktaf. Malu weh! . Pauline buat tak endah sebaliknya terus menempel kedua mata Ain Syuhada dengan kapas lalu diselotape. Ain Syuhada terasa kekok. Matanya kelam. Yang nampak hanya gelap pekat. Kemudian Pauline memakaikan dia blindfoal pula. Terasa seperti Zorro  bezanya mata Zorro tidak ditutup, tapi blindfoal ni semuanya ditutup. Kelam, hitam pekat.
Nasib baik hari ini dia memakai seluar panjang dan berblouse lengan panjang. Walaupun tidak sesuai untuk bersukan, namun keinginan untuk bermain goalball lebih penting daripada etika berpakaian itu. Pauline membawa Ain Syuhada yang berkaki ayam itu ke tengah gelanggang semula. Ain Syuhada berjalan dengan amat payah sekali. Dia terasa seperti gayat. Jalannya pun perlahan. Walau dipimpin Pauline, namun Ain Syuhada tetap tidak yakin untuk melangkah. Perasaannya seperti takut-takut. Agaknya beginilah rasanya Aidil Zafran ketika dia disahkan buta dulu. Dan sekarang dia melalui detik itu walaupun sekejap.
Pauline memegang tangan Ain Syuhada lalu didudukkan ditengah gelanggang. Dia meletakkan jari-jemari Ain Syuhada di atas lantai.
“Sekarang U rasa ada timbul tak?Macam garisan yang panjang?”. Pauline menyoal. Ain Syuhada pantas mengangguk.
“Okey. Itu garis pemisah dari pintu gol ke tengah gelanggang. Kalau U rasa dah terlalu jauh ke depan, U kena cari ini garisan sebagai tanda U tidak tersasar.” Terang Pauline dengan jelas sambil jari-jemari Ain Syuhada ditekan beberapa kali di atas garisan itu. Kemudian Pauline menarik tubuh Ain Syuhada untuk berdiri. Langkahnya laju membawa Ain Syuhada ke tiang gol pula. Ain Syuhada berjalan dengan kelam kabut kerana dia tidak dapat mempercepatkan langkahnya mengikut rentak Pauline. Agaknya beginilah yang dirasakan oleh bosnya ketika dia rakus membawa lelaki itu keluar berjalan-jalan. Rentaknya kakinya laju kadangkala sukar untuk diikuti oleh Aidil Zafran. Hmm…! Hari ini banyak benda yang dipelajarinya sebagai orang buta walaupun sekejap. Sumpah dia tidak mahu mengalami nasib begini.
Dia dibawa pula merasa panjangnya tiang gol yang separa leher jika berdiri. Panjang juga tiang gol itu jika dibilang dengan beberapa langkah kaki. Ain Syuhada tidak dapat mengagak berapa panjang tiang gol itu dalam keadaan mata tertutup ini walau dia tahu ukuran panjangnya 9 meter.
‘Susahnya untuk mengukur jarak dengan mata tertutup.’ Dia mengeluh pula.
Setelah selesa dengan posisinya sebagai pemain tengah, Ain Syuhada peka mendengar. Wisel ditiup tanda permainan separuh masa kedua bermula hanya untuk 10 minit. Pihak lawan membuat balingan gol dulu. Ain Syuhada peka mendengar. Bunyi keletong-keletang seperti loceng terasa begitu dekat dengan telinganya. Dia yakin hantaran bola itu laju menuju ke arahnya. Dengan pantas dia menjatuhkan badannya dalam posisi meniarap. Tangannya pantas meraba, dia seperti menangkap sesuatu yang bulat. Riuh orang memekik ‘gol’ disertai dengan tepukan. Sebaliknya dia mendengar orang disebelahnya mengaduh.
“Ain, awak pegang kepala saya. Awak  hempap badan saya”. Luah Aidil Zafran. Ain Syuhada baru tersedar rupanya benda yang ditangkapnya itu kepala Aidil Zafran. Lantai yang sepatutnya rata itu dirasa basah dan berbonggol sedikit. Rupanya sedang elok dia landing diatas badan Aidil Zafran. Ain Syuhada terasa tebal kulit mukanya berbelas inci. Hmm…kali ini bukan Aidil Zafran yang mengambil kesempatan. Tapi dia! Yang untung?. Entahlah?...Dia mahu cepat-cepat habis bermain. 10 minit dirasakan seperti 10 jam. Kenapa masa lambat bergerak. Dia mengeluh lagi.   
Permainan separuh masa kedua menyaksikan mereka kalah teruk dengan pasukan lawan, walaupun pada pusingan pertama tadi mereka mendahului pasukan lawan. Ain Syuhada hanya merebahkan badannya di tepi gelanggang. Rasa bersalah menyelubungi hatinya, kalau tak kerananya tentu pasukan Aidil Zafran menang besar tadi. Sudahlah tebal kulit mukanya menahan malu kerana kuat digelakkan oleh Pauline.
“Hello, kenapa sedih ni?”. Usik Pauline selepas melihat Ain Syuhada hanya diam membisu di tepi gelanggang. Dia masih menelan sisa ketawa kerana teringatkan aksi Ain Syuhada ketika bermain tadi.
“Malulah beb. Dah tu kalah pulak. Dah jadi double triple malu weh!”. Ain Syuhada duduk memeluk lutut.
“Come on sweet girl…ini bukan isu besar pun. Main pun suka-suka je. Jangan ambil hati sangat”. Pujuk Pauline menepuk-nepuk belakang Ain Syuhada. Aidil Zafran berjalan ke arah mereka dengan langkah yang perlahan lalu duduk di sebelah Ain Syuhada. Masih terbau Nina Ricci yang begitu kuat disebelahnya.
“Best lah you. Berapa kali dihempap Ain Syuhada. Ambil kesempatanlah tu”. Pauline bernada sarkastik. Ain Syuhada sudah merah mukanya menahan malu. Duduknya pun sudah mengesot sedikit ke arah Pauline. Segan pula duduk berdekatan dengan Aidil Zafran bila mengingatkan aksinya bermain tadi.
Aidil Zafran hanya ketawa mengekek. Lucu dan seronok juga kerana beberapa kali dihempap Ain Syuhada. Mungkin Ain Syuhada tak pasti yang mana bola, yang mana Aidil Zafran kerana meraba dalam kegelapan. So, dah rasalah macamana jadinya manusia yang buta ini.
“Itulah kan saya dah kata tadi. Mana boleh campur lelaki perempuan. U kata okay. Tak  ada beza lelaki perempuan. Ain pun tak bangkang. Nah! Terimalah dengan rela hati kalau menghempap atau dihempap.” Bidas Aidil Zafran pula. Memang permainan ini mana ada percampuran lelaki perempuan. Tapi Pauline menegaskan sekadar suka-suka. Ain Syuhada pula mengiakan sahaja. Kalau dah perempuan setuju, lelaki lagilah agree!!!
Ain Syuhada hanya diam. Malu kerana diperli  sebegitu oleh Aidil Zafran. Dalam hal ini tak perlu salahkan sesiapa, tapi diri sendiri mahu ingat!!! Kata-kata hatinya itu ditelan sepahit mungkin.

OKu Sayang Bab 10


Bab 10
Hmm…kalaulah dia tidak cuai, tentu tidak jadi begitu. Kalaulah dia tidak ke rumah Mr.Blind tentu kejadian yang memalukan itu tidak berlaku. Kalaulah dia menelefon dulu sebelum datang tentu lain pula ceritanya. Kalaulah bos tidak muntah dibajunya tentu dia tidak akan malu sebegini. Banyak betul keberangkalian kalau yang bermain difikirannya. Esok dia akan masuk kerja semula. Bagaimana hendak menghadapi  wajah Mr.Blind.
 Hmm…buat bodoh, buat tak tahu, buat tak kisah atau jangan sebut langsung. Kalau dia tanya? Ah…dia tak kan tanya. Kalau dia tanya jugak…kau autalah..diakan buta, senang saja kau nak auta. Tak kan kau nak cakap bos dah cabul saya. Bos dah pegang ehem..ehem..saya. Dari tak tahu terus jadi malu. Kau hendak tebal muka setiap kali tengok muka dia. Dia tak akan ada reaksi sebab dia tak nampak. Kau tu yang buat spoil nanti kalau terbagi tahu. Penat betul Ain Syuhada berbalas kata dengan hatinya.
“Hmm..hesy…malas fikir. Apa nak jadi. Jadilah! Esok aku berlakon macam tak da apa-apa”. Akhirnya dia meluahkan kenyataan dengan kuat. Sudah serabut memikirkan peritiwa semalam.
Semua pengunjung di Restoran Nelayan itu berkalih memandangnya dengan rasa hairan. Ain Syuhada terasa seperti hendak terjun sahaja ke dalam tasik yang mengelilingi restoran itu apabila sedar dia terlepas kata. Buka perlahan tapi dengan volume yang dinaikkan beberapa oktaf. Rayyan Aziz yang sedang asyik menjamah nasi tersedak dengan jeritan Ain Syuhada tiba-tiba.
“Are U ok?” Soal Rayyan Aziz terbatuk-batuk lantas dia menyedut sirap laici dengan laju sekali.  Kalau tidak fikirkan dia sedang menjalankan misi mencari menantu buat ibu, tentu mahu saja dia lari meninggalkan gadis ini yang menjerit tiba-tiba. ‘Disampuk polong ke?’. Cebiknya dalam hati.
“Err…fine…fine!”. Laju sahaja Ain Syuhada menjawab. Malu semalam tak hilang lagi bertambah pula dengan malu menghadapi situasi sekarang. Hem…habislah saham aku jatuh didepan Mr Hot ni. Monolognya pula.
“Ain  ada masalah ke?”. Soal Rayyan Aziz lagi. ‘Hem…Minta-minta bukan masalah tak mau tunang dengan aku!’
“Tak…tak da. Cuma Ain serabut sekarang ni. Ain nak tanya pendapat abanglah…”.Kata-katanya terhenti di situ. Rayyan Aziz mendengar dengan penuh minat.
“Abang rasa, patut ke kalau Ain teruskan kerja P.A tu lepas kita kawin nanti? Abang okey tak?”. Sambungnya lagi.
“Hem…Abang tak kisah Ain. Abang sokong je apa kerja yang Ain buat”. Lega mendengar Rayyan Aziz berkata begitu. Selesailah masalah kalau dia terus dengan jawatan P.A itu andai permohonan untuk DPLI ditolak.
“Betul abang tak kisah?. Abang tahukan bos Ain buta. Kemana saja, Ain kena pimpin dia. Ain takut abang…err…abang…”
“Cemburu?” sambung Rayyan Aziz pula. Ain Syuhada hanya menggangguk perlahan. Takut jika Rayyan Aziz marah kerana berprasangka yang dia cemburu. Rayyan Aziz ketawa. Sweet saja dari pandangan mata Ain Syuhada melihat bakal tunangnya itu ketawa.
‘Cemburu. Tak da maknanya aku nak cemburu Ain. Suka lagilah. Kalau lebih pada tu pun aku tak kisah. Kau dengar cara kau, aku dengan cara aku’. Tapi kata-kata itu hanya berlegar dalam kepalanya sahaja.
“Ish..abang faham kerja Ain. InsyaALLAH abang tak akan cemburu”.
‘Phewwit!...Rasa geli tekak pulak bila berkata begitu. Yang penting bulan depan gadis ni jadi tunang aku. Bulan lagi satu jadi isteri aku.’ Monolognya pula.
“Hmm…lepas ni kita nak kemana?” Soal Ain Syuhada pula setelah mereka selesai makan.
“Kita cari cincin tunang. Sambil-sambil tu boleh cari barang untuk persiapan kawin pula”. Ain Syuhada memandang sekilas. Hmm…macam tak sabar je nak kawin dengan aku. Rasa berbunga dihatinya. Telinga pula terasa seperti mendengar lagu ‘Selamat Pengantin Baru’ daripada Anita Sarawak. Dia menarik sengih. Ishh…tak sabar pulak nak jadi MRS. RAYYAN AZIZ. Kalau Puan Ainon tahu apa yang dirasanya sekarang tentu telinganya sakit kena piat sebab gatal nak menikah.
----------------
Rayyan Aziz merenung wajah Mikail atau Mike adik angkatnya itu. Tiada secalit senyum pun dibibirnya. Sebaliknya wajah itu masam mencuka. Sejak akhir-akhir ini Mike kerap merajuk dan tidak mengendahkan dirinya lagi.
“What wrong with U?” Soal Rayyan Aziz  marah.
“Orang dah tak perlukan kita lagi. Buat pa kita nak tersua-sua”. Mike menjawab malas.
“Look. Please!. Be patient ok?. Tak lama. 2 bulan je. Sekarang ni I sibuk. I janji lepas segala-galanya selesai. Kita pergi makan angin k.” Pujuk Rayyan Aziz pula sambil memaut bahu Mike.
“U ada masa ke? I takut lepas kahwin, U sibuk nak pergi honeymoon pulak”. Mike memerli.
Rayyan Aziz terus ketawa. “ Sound like jealous hah? I bawa U sekali. Puas hati?”. Mike menarik muka masam. Geram mendengar Rayyan Aziz ketawa memerlinya pula. Sakit hati!.
“Please jangan macam ni. I minta U bersabar sekejap je. Tak lama 2 bulan je”. Rayyan Aziz terus memujuk. Tangannya melingkar di bahu Mike. Rasa marah yang memuncak tadi mengendur tiba-tiba. Elusan perlahan-lahan dibahunya membawa rasa damai dihati seperti air yang disimbah ke api. Padam terus kemarahan yang menyala tadi.
“Jom…”. Rayyan Aziz menarik tangan Mike dengan pantas, tanpa bantahan Mike mengikut kehendak ‘abang’ tersayang.  

---------------
Adil Zafran terasa segar semula. Selepas semalaman berbungkus dalam selimut kerana demam, dia bingkas bangun untuk mandi. Dia menuju ke bilik mandi dan membasahkan badan. Terasa segar  tubuhnya selepas sehari tidak mandi. Mujurlah ada P.A yang baik hati sudi mengelap tubuhnya. Kuranglah sikit bau badan yang masam ini.
Dia berendam lama di dalam bath tub. Fikirannya masih lagi menerawang memikirkan peristiwa semalam. Kenapa Ain Syuhada menjerit?. Dan apa yang telah disentuhnya itu?. Terasa jari jemarinya menyentuh objek yang kenyal tetapi halus. Dia buntu. Dia cuba membayangkan peristiwa semalam. Dia pasti seperti ada orang di sebelahnya selepas dia bingkas bangun kerana panas dan tidak selesa. Kalau benarlah orang itu adalah Ain Syuhada, jadi apakah objek yang disentuhnya itu dan kenapa Ain Syuhada menjerit. Mungkinkah dia menyentuh tempat yang tidak sepatutnya. Perlukah dia bertanya pada tuan empunya badan. Hmm…macam cari pasal je kalau dia bertanya esok. Kalau betullah dia menyentuh sesuatu ‘itu’, dia cepat-cepat beristigfar. Bukan niat untuk mengambil kesempatan. Dia perlu minta maaf pada Ain Syuhada.
Setelah selesai mandi, dia mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh. Lama dia berwirid panjang di atas sejadah. Memohon keampunan di atas kesilapannya selama ini. Dia memohon supaya diberi kesabaran dan ketabahan untuk mengharungi hidup sebagai OKU.
Usai berdoa, dia membuka laptopnya. Lama dia berteleku di depan laptopnya. Mendengar satu persatu JAWS menyemak kiriman email yang diterimanya. Juga melayari laman facebook.  Dia  membaca kiriman e-mail dari Jennyfer yang menjemputnya ke UK untuk menghadiri majlis resepsinya dengan Raul penghujung Disember ini. Hmm…musim salji di UK. Seronok juga dapat main salji. Rindu pula dengan bumi UK walaupun baru beberapa bulan meninggalkan bumi UK itu.
Bunyi loceng pintu membuatkan dia menutup laptopnya. Dia menuju ke pintu lalu membukanya. Terdengar suara Adilla dan ibunya riuh di muka pintu.
“Asalammualaikum!”. Ucap Puan Azizah dan Datuk Adila serentak. Aidil Zafran menyambut mereka dengan huluran salam dan mencium tangan ibunya.
“Hmm, buat apa?. Kenapa lama tak balik rumah mama?”. Soal Puan Azizah setelah duduk di sofa. Aidil Zafran ikut duduk di sebelah ibunya.
“Aidil sibuk ma. Tadi tengah baca email kiriman kawan kat UK dulu. Ni pun Aidil tak sihat lagi ni. Demam”. Balasnya manja. Puan Azizah meletakkan tangannya di dahi Aidil Zafran. Masih terasa suam di dahinya itu.
“Itulah yang mama dan kakak datang. Pak Deris cakap Aidil tak sihat?”. Sampuk Datuk Adila pula yang tadinya lebih banyak memerhati dari bercakap.
“Mama suruh duduk dengan mama, tak mahu. Nak berdikari konon. Kan susah kalau sakit pening?. Tak da sapa nak tengok-tengokkan”. Bebel Puan Azizah menambah perisa.
“Sapa yang nakkan anak mama ni. Buta katakan”. Balas Aidil Zafran merendah diri.
“Ada mama. Kalau mama berkenan, Adila boleh kenalkan. Aidil pun dah berkenan ma”. Datuk Adila mula memasukkan jarum. Aidil Zafran terasa mukanya panas. Hmm… nasib baik dia buta. Kalau tak, dah lama dia beliakkan mata pada Datuk Adila kerana terlebih cakap.
“Siapa?”. Soal Puan Azizah berminat. Aidil Zafran segera bangun.
“Kakak ni main-main je, ma. Cakap dia jangan percaya sangat. Hmm…kak! Apakata kak buat air”. Cepat-cepat Aidil Zafran mengubah topik. Rasanya terlalu awal untuk dia meluahkan rasa hati. Dia sendiri tidak pasti perasaan Ain Syuhada padanya. Takut hanya dia saja yang lebih-lebih sedangkan  Ain Syuhada sudah mempunyai pilihan hati. Dia perlu pastikan dulu, sebelum memulakan langkah pertama.
“Hmm…tak payahlah Adila. Nanti kita sama-sama masak dan makan kat sini. Mujur banyak juga mama bawa barang dapur, kalau tak dapur tu tak berasaplah.”
“Okeylah mama. Adila nak check bilik dan laundry. Ntah…bertimbun baju tak basuh”. Tambah Datuk  Adila pula.
“Hmm…akak checklah. Buatlah macam rumah sendiri. Budak-budak akak tak bawa ke?”. Soal Aidil Zafran apabila dia sedar suara anak-anak Adila tidak kedengaran.
“Akak bawa, Abang Hakimi pun ikut sekali. Tapi dia orang singgah kat swimming pool dulu. Budak-budak ajak mandi”.
“Hmm…akak buatlah apa yang patut. Tapi Aidil tak nak bayar tau”. Seloroh Aidil Zafran sebelum berlalu ke biliknya.
“Bertuah punya budak. Akak dan mama ikhlas tau buat semua ni”. Mereka sama-sama ketawa. Puan Azizah memulakan tugasnya menyediakan bahan untuk memasak tengahari ini. Datuk Adila pula menghilang ke bilik laundry. Tapi dia pelik kerana melihat baju-baju yang tersidai di ampaian.
“Agaknya, semalam home servise dah buat semua kerja kot”. Ujar Datuk Adila pada Puan Azizah selepas dia melihat pakaian yang tersidai di ampaian. Ruang tamu dan dapur juga kemas.
“Agaknyalah. Dapur pun kemas je. Cumanya tak da makanan je dalam kabinet dan peti sejuk ni”. Balas Puan Azizah.
“Mujurlah kita beli barang dapur, dapatlah mama masak hari ni”.
“Saya nak ke atas jap. Nak kemas bilik anak bujang mama tu. Kalau dia ada isteri takdalah kita nak bersusah macam ni”.
“Itulah. Suruh duduk sekali tak nak. Tak da privacy konon”. Tambah Puan Azizah pula.  Adila sudah menapak ke tangga untuk menuju ke bilik Aidil Zafran. Dia mengetuk pintu beberapa kali. Terdengar suara Aidil Zafran mempelawanya masuk.
“Buat apa”. Soal Datuk Adila.
“Tengah baca dokumen yang akak bagi hari tu.” Jawab Aidil Zafran sambil peka mendengar suara JAWS sedang membacakan satu persatu isi dokumen itu. Mujur dalam Bahasa Inggeris. Jadi bahasanya jelas dan lancar jika hendak dibandingkan JAWS membaca dalam Bahasa Melayu kerana perisian ini dihasilkan di UK.
Adila hanya mendengar sahaja JAWS itu menyebut satu persatu isi dokumen itu. Dia terasa bosan lalu menuju ke bilik air untuk melepaskan hajat. Terasa selesa kerana bilik air yang bersih dan wangi. Dia terpandang blouse lengan panjang yang tergantung elok di galang tempat menyidai tuala. Dia mengambil baju tersebut lalu keluar dari bilik air.
“Aidil, baju siapa ni?!” Soal Datuk Adila sambil meletakkan baju itu diribaan Aidil Zafran.
“Emm…baju?. Aidil Zafran memegang baju itu. Terbau haruman Nina Rici di situ.
“Oh…Ain Syuhada”.
“Dia datang sini?.Dia buat apa?” Soal Datuk  Adila tidak sabar.
“Tolong Aidil kemas rumah”. Jawab Aidil Zafran selamba.
“Kemas rumah apa sampai baju tertinggal ni?” Datuk Adila menyoal dengan curiga. Risau jika Aidil Zafran buat yang bukan-bukan. Maklumlah berdua-duaan. Macam-macam boleh jadi. Aidil Zafran berhenti menyemak dokumen itu. Dia seperti hendak bertanya sesuatu pada Adila. Tapi tidak tahu untuk memulakan bagaimana.
“Sebenarnya macam ni kak…”. Aidil Zafran memulakan bicara dari mula sampailah dia menyentuh objek kenyal itu.
“Akak rasalah kan?”. Datuk Adila berjeda. Datuk  Adila menarik nafas panjang. Nak tersenyum pun ada. Nak marah pun ada. Sedaplah Aidil Zafran menyentuh tempat yang tak sepatutnya.
“Akak rasa Aidil tersentuh tempat yang tak sepatutnya pada seorang wanita”. Aidil Zafran meraup mukanya. Terasa malu dan menyesal kerana berbuat demikian.
“Habis tu Aidil nak buat macamana?”
“Akak rasa, Aidil buat tak tahu kalau Aidil nak tutup aib Ain dan  Aidil sendiri. Buat macam tak ada apa-apa. Aidil bukan sengaja. Ain Syuhada pun tak sangka benda nak jadi begitu. Eloknya buat seperti benda tak pernah berlaku”. Nasihat Datuk Adila seperti menusuk ke telinganya.
Untuk maruah Ain Syuhada, dia akan buat tidak tahu. Seperti tidak pernah berlaku apa-apa semalam. Tekad Aidil Zafran.
“Itulah lain kali jangan jemput perempuan bukan muhrim datang rumah. Biarpun atas alasan kerja. Akak tahu, Aidil fikir kondo ni hak privacy Aidil, tak de orang nak kisah. Tapi ingat, Allah tu maha Melihat. Dan syaitan tidak pernah  memilih untuk menyesatkan anak cucu Adam”. Nasihat Datuk Adila berjela. Aidil Zafran cuma mendengar dengan perasaan yang kesal.


     

OKu Sayang Bab 9


Bab 9
Aidil Zafran hanya mengeluh selepas membaca e-mail kiriman Jennyfer di UK. Hendak rasa apa, dia pun tak pasti. Gembira, sedih, nak ucap tahniah atau buat tak tahu. Apa pilihan yang dia ada. Akhirnya dia mengucapkan tahniah di atas pertunangan Jennyfer dengan Raul. Yang lepas biarkan berlalu. Silap dia juga kerana lambat menyatakan hasrat hati. Tapi kalau diluahkan pun, adakah Jennyfer sudi menerimanya kerana perbezaan agama dan bangsa.
“Aidil, dengar tak apa yang akak cakap ni?”. Aidil Zafran tersedar dari lamunannya apabila mendengar suara Datuk Adila memanggil namanya.
“Hem…adik akak ni kan OKU. So, please knock the door before ur enter. Jangan main redah je?”. Aidil Zafran mengulangi lagi pesanannya itu untuk ke seratus kali. Agaknya lah.
“Hei…akak dah ketuk banyak kali tau. Aidil yang tak dengar”. Datuk Adila membetulkan pernyataan Aidil Zafran itu. Memanglah dulu dia kerap redah je bila masuk ke bilik adiknya itu. Tapi semenjak tertengok tayangan ‘free’ dari Aidil Zafran, dia tidak berani lagi main redah je kerana dia sedar Aidil Zafran juga punya hak privacy untuk dijaga.
“P.A  U mana?”. Soal Datuk Adila.
“Keluar ke musolla. Solat Zohor”.
“Hai, kan time break dah abis?. Curi tulang ke?”. Datuk Adila serkap jarang.
“Hello, Datuk Adila. Dia tu P.A saya. Pandailah saya jaga. Tak perlu nak main tuduh-tuduh”. Aidil Zafran bernada serius.
“Oppss…Sorry. Sayang betul U dengan dia ye? Kalau sayang cepat-cepat pikat. Jangan sampai terlepas ke tangan orang pulak. Jangan pisang berbuah dua kali tahu. Dulu Jennyfer, jangan sekarang Ain pulak.”
“Akak tak kisah ke, siapa pilihan Aidil?”. Aidil Zafran sedikit pelik. Setahunya orang ternama seperti kakak dan abangnya tentu mahu bakal adik ipar yang sama standard. Mesti berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah.
“Hei…kenapa mesti akak nak kisah pulak. Itukan pilihan Aidil.”
“Walau tak sama taraf?. Yelah kan, selalu kalau pilih orang miskin ni dikatakan nak kaut harta pulak”.  Aidil Zafran bernada sarkastik.
Datuk Adila terus ketawa apabila mendengar kata-kata Aidil Zafran. “Helo, U ingat ini cerita Ibu mertuaku ke?. Ini zaman wawasan 2020 tau. Dah tak kisah pasal taraf, darjat bagai. Kalau dia nak kaut harta pun, U kasilah sejuta dua ke?...Orang susah kalau dapat sejuta dua diaorang dah rasa lebih dari cukup. Harta kita ni 7 keturunan pun tak habis makan tau. Apalah kisah sangat nak kongsi dengan orang lain. Ye tak ye pun nak jadi pasangan hidup”. Aidil Zafran kagum mendengar Datuk Adila mengeluarkan hujahnya. Terlalu positif. Walaupun  Datuk Adila berlainan ibu namun hubungannya  lebih mesra dan erat jika hendak dibandingkan dengan Datuk Adam Malik, abangnya itu.
“Jadi, akak tak kisahlah kalau Ain Syuhada tu jadi teman hidup Aidil”.
“Nope. Tak kisah. Akak yakin semua family kita termasuk abang dan mama pun suka. Pada pandangan akakla…Ain tu baik budaknya. Cara dia layan Aidil, dia bawa Aidil ke mana saja, cara dia pimpin Aidil penuh rasa sayang. Itu baru tanggungjawab sebagai pekerja. Kalau dialah yang jadi pasangan Aidil, confirm Aidil bahagia”. Datuk Adila sudah tersengih membayangkan Aidil Zafran bergandingan dengan Ain Syuhada. Memang dia cukup suka dengan sikap Ain Syuhada yang prihatin itu.
“Hem…Aidil jangan risau, akak sendiri akan promote Ain Syuhada tu pada family kita. Mesti jadi punyalah. Sekarang ni terpulang pada Aidil nak pikat dia macamana.” Datuk Adila memberikan semangat buat Aidil Zafran. Kembang rasa hati Aidil Zafran kerana mendapat sokongan dari kakaknya itu.
“Oh…lupa pulak tujuan akak datang sini. Hujung bulan ni  Aidil kena ke Terengganu. Ada perjumpaan dengan wakil Petronas di sana. Bincang pasal  peruntukan untuk projek minyak di Qatar.” Aidil Zafran hanya mengangguk mendengar arahan dari Datuk Adila. Dan ini juga ,merupakan tugasan luar yang pertama diterimanya semenjak bertugas di sini.
“Untuk memudahkan U, bawa Ain Syuhada sekali. Senang nak bantu mana yang patut. Sambil-sambil tu bolehlah U mulakan langkah pertama.” Sempat lagi Datuk Adila mengeluarkan idea sebelum melangkah keluar. Aidil Zafran hanya ketawa mendengar usikan dari Datuk Adila sebelum pintu bilik ditutup.
“Ain Syuhada”. Nama itu diseru-seru dan diulang-ulang agar melekat dijiwanya. Alangkah indahnya hidup kalau Ain Syuhada sudi menjadi ratu hatinya. Dia memang betul-betul suka dengan cara Ain Syuhada melayannya. Entah bila dia jatuh hati, semasa Ain Syuhada melayannya makankah, semasa Ain Syuhada memimpin tangannya ke musollakah?, semasa Ain Syuhada menerangkan tentang setiap dokumen yang diterimanyakah?. Entah. Dia tidak sedar bila dia mula jatuh hati pada gadis itu.
“Ya, bos. Ada apa yang boleh saya bantu?”. Tiba-tiba suara merdu itu memecah lamunannya.
“Bila kamu masuk. Tak dengar bunyi pintu diketuk pun.” Aidil Zafran sedikit terkejut.
“Sejak saya dengar bos seru nama saya kuat-kuat. Dari luar saya dah dengar. Itu yang saya terjah masuk. Takut apa-apa jadi pada bos”. Tulus betul Ain Syuhada menjawab. Risau betul kerana mendengar namanya diseru dengan kuat oleh Mr.Blind.
“Hujung bulan ni ikut saya pergi Terengganu. Ada meeting.” Arahan dikeluarkan dan Ain Syuhada mendengar dengan keluhan di hati. Sempat ke dengan persiapan pertunangannya bulan depan?. Rasanya sempat, dia cuma sediakan badan je, yang lain-lain mesti Puan Ainon dah bereskan. Ain Syuhada menarik nafas lega.
“Kita berdua saja ke bos? Tinggal satu bilik ke?”. Entah kenapa tiba-tiba soalan bodoh itu pula yang ditanya Ain Syuhada. Dia risau jika Rayyan Aziz bakal menjadi tunangnya itu cemburu. Apa yang hendak dikata?. Bagaimana hendak dipujuk. Tugas tetap tugas. Memang tanggungjawabnya sebagai P.A perlu berada di sisi bos.
“Ishh…kamu nak kawin free dengan saya ke? Kalau kamu nak, saya tak kisah. Saya ni mata saja buta. Tapi bukan hati. Tentulah kita duduk bilik asing. Meeting tu kat Primula Beach Hotel. Kita menginap di situ untuk memudahkan urusan.” Ain Syuhada mengetuk kepalanya. Bodohnya kerana bertanya soalan yang mengarut.
“Hujung minggu ni datang kondo saya boleh. Minta kamu pantau home servis yang datang bersihkan rumah saya tu. Maklumlah saya ni kan buta. Banyak barang saya yang hilang selepas dia orang habis kerja. Lepas tu tolong hantar baju saya ke dobi sekali. Selalu saya minta tolong pak guard je. Tapi itulah selalu baju ni tak tersusun dengan elok. Susah saya nak suai padan baju formal ke pejabat. Bolehlah awak tolong suai padankan baju untuk kegunaan saya di Terengganu nanti”. Sengaja dia memberikan Ain Syuhada kerja di luar waktu pejabat. Ini juga merupakan salah satu strategi untuk mendekatkan dirinya dengan Ain Syuhada.
“Boleh Ain?”
“Yes bos. Asal saya dapat tip”. Mulut tanpa insurans itu terus menjawab. Iskh…tak cover langsung. Terus minta  duit. Ain Syuhada menonyoh dahinya pula kerana keceluparan mulutnya.
“Kerja beres, tip awak dapat”. Tegas suara Aidil Zafran kali ini.
---------------
Ain Syuhada keluar dari perut PUTRA LRT di Wangsa Maju. Nasib baiklah rumah kakaknya di Kerinchi itu memudahkan dia mengambil tren PUTRA LRT ke Wangsa Maju ini. Peluh renik sudah membasahi bajunya walaupun PUTRA LRT  berpenghawa dingin. Dia menelek jam dipergelangan tangannya. Sudah lewat 10 minit dari dijanjikan. Dia pantas mengambil teksi dan menuju ke Kondominium Villa Seri Mas di Seksyen 4 Wangsa Maju itu.  Dia sudah mencongak jumlah perbelanjaannya menaiki tren dan teksi ini. Hem…tak apa, nanti dia boleh claim dari bosnya itu. Bukan itu saja, dia akan claim sekali OT kerana bekerja waktu cuti hujung minggu. Ha..ha..ha..tak lambat makcik kayolah. Boleh pakai kereta VIVA. Dia tersengih.

Dia berhenti betul-betul di hadapan pintu masuk kondominium Villa Seri Mas. Kagum sebentar melihat ketinggian kondo tersebut. Agak-agak mana satu rumah Mr Blind ini. Lupa pulak nak tanya Mr. Blind tempohari.
“Hello uncle, saya mahu ke rumah Mr. Aidil Zafran Tan Sri Mustafa. Rumahnya nombor berapa ya?”. Ain Syuhada bertanya pada Pak Guard India yang berada di pondok pengawal itu.
“Adik manis ni, Ain Syuhada ka?”. Kembang pulak hati Ain Syuhada apabila pakcik India itu memanggilnya adik manis.
“Ya, saya”.
“Minta I/C  untuk rekod keluar masuk tetamu ke sini?. Ain Syuhada mengeluarkan i/c  dari dompetnya dan menyerahkan pada pakcik India.
“Terima kasih ya adik manis. Ini kunci rumah Mr. Aidil. Dia punya drebar juga kasi. Dia sudah pesan sama uncle suruh kasi sama adik manis”. Pakcik India itu menghulurkan segugus kunci dan tertera nombor rumah di rantai kunci itu.
“Terima kasih ya uncle. Em..Mr. Aidil ada rumah ka?” Kalut Ain Syuhada bertanya setelah kunci itu disambut. Takut kena marah dengan Mr. Blind kerana dia sudah lambat dari waktu yang dijanjikan.
“Itu uncle tak tahu la, adik manis”. Pakcik India itu menjawab bersama gelengan kepala.
Ain Syuhada membalas dengan senyuman. Sekilas Ain Syuhada melihat tag nama yang tertera pada dada pakcik India itu. “Saya pergi dulu ye uncle Maniam”.

Ain Syuhada menekan punat lif menuju ke tingkat 14. Keluar sahaja dari pintu lif dia menjengah ke bawah. Rasa gayat menyelubungi hatinya. Phew…tingginya. Tak naklah aku duduk rumah tinggi-tinggi ni. Huh…Seriau!. Dia membayangkan pula kalau jatuh dari tingkat 14 ni mahu berkecai badan. Cepat-cepat dia memanjangkan langkah mencari nombor 14/14/14 itu. Fuh…nombor ni cantiklah…senang ingat. Dia membuka pintu rumah itu dengan penuh hati-hati. Sunyi pula sekeliling kondo di tingkat ini. Boringnya…mesti semuanya bersikap jaga hal masing-masing…individualistik…
Ternganga sebentar mulutnya melihat isi perut rumah ini. Rasa kagum menjengah hatinya lagi. Kagum kerana melihat rumah ini yang berselerak. Perabot dalam rumah ini up to date…lebih kepada ciri-ciri kotemporari. Tapi perabotnya begitu limit. Ruang  kosong lebih banyak. Mungkin memudahkan Mr.Blind untuk berjalan di ruang rumahnya ini. Ain Syuhada menjengah pula ke dapur. Hem…serba serbi lengkap. Tinggal suri sahaja yang tiada dalam rumah ini. Di bahagian dapur itu, ada ruangan laundry. Ain Syuhada menjengah sebentar, bertimbun baju yang belum di basuh. Dia mengasingkan baju yang perlu dicuci dengan mesin dan tangan termasuk seluar kecil. Pantas sahaja dia memasukkan baju yang perlu dibasuh ke dalam mesin. Manakala baju yang perlu dibasuh dengan tangan dibawa masuk ke bilik air yang terletak bersebelahan dapur. Di rendam baju itu terlebih dahulu.
“ Hem…tak payah hantar dobi. Sebaliknya aku akan claim bayaran dobi ini untuk tenaga aku hari ini.” Ain Syuhada bercakap pada dirinya.
Kemudian dia ke ruang tamu. “Mana pulak home servise ni.Tak kan aku pula nak buat semua ni.” Ain Syuhada mengomel pula. Namun tangannya ligat mengetuk-ngetuk bantal sofa lalu menyusunnya semula. Kemudian dia mencari bilik stor. Setelah terjumpa bilik kecil di bawah tangga itu, dia membuka pintu dan terlihat kelengkapan membersih rumah terdapat di situ. Dia mengeluarkan vakum lalu mula melaksanakan tugas-tugas pembantu rumah untuk hari ini.
Setelah semuanya bersih, dia ke laundry. Baju yang sudah siap dibasuh dijemur diampaian yang terdapat di situ termasuk seluar kecil. Ain Syuhada senyum lagi apabila melihat seluar kecil itu. Akal jahatnya muncul tiba-tiba mula membayangkan berapa saiz pemilik seluar kecil ini.
“Hachom…”. Mahu terbang rohnya apabila mendengar orang bersih di dapur. Cepat-cepat Ain Syuhada mencapai apa sahaja yang ada di situ buat pelindung dirinya. Namun yang ada hanyalah penyangkut baju.
“Hem…penyangkut baju pun jadilah.” Dia terjengah-jengah sambil memegang penyangkut baju itu dengan memasang kuda-kuda. Apa saja buah silat yang dipelajari di kampung dulu cuba diingatinya walaupun langkahnya sumbang.
Suara orang bersin terdengar lagi. Kali ini lebih dekat seolah-olah orang itu berada di sebelahnya sahaja. Ain Syuhada berpaling sambil tangannya menghayunkan penyangkut baju itu sekuat hati.
“Adoi…adoyai…siapa yang ceroboh rumah aku ni?”. Suara garau lelaki itu mengaduh sambil memegang kepalanya yang dilibas dengan penyangkut baju tadi. Ain Syuhada terpegun sebentar apabila melihat Mr.Blind memegang kepalanya. Seolah tersedar dari tindakannya itu, Ain Syuhada pantas membuang penyangkut baju, lalu terus memicit kepala Mr.Blind yang terduduk di situ.
“Ampun bos. Saya tak tahu bos ada kat rumah. Saya Ain Syuhada”. Namun tangannya masih lagi memicit kepala Aidil Zafran.
“Kenapalah Ain masuk rumah saya tak bagi salam. Saya kat atas tadi ingatkan rumah saya diceroboh orang. Lain kali kalau dah sampai, sms ke telefon ke? Jangan main ceroboh aje”. Sempat lagi Aidil Zafran berpesan. Ain Syuhada hanya terkebil-kebil apabila mendengar ceramah dari Mr.Blind.
“Manalah saya tahu. Saya ingat bos takda kat rumah pasal kunci rumah ni uncle Maniam yang bagi”.
“Lain kali jangan main ingat-ingat…pastikan dulu. Saya tak sihat Ain. Saya demam. Eh…bila masa pulak kunci rumah ni saya kasi uncle Maniam”. Soal Aidil Zafran pula.
“Pak Deris yang kasi kat uncle Maniam.” Jawab Ain Syuhada.
“Oh…ah..saya terlupa. Memang saya pesan pada Pak Deris tadi suruh kasi kat uncle Maniam. Maaf Ain, salah saya sebenarnya”. Cepat-cepat Aidil Zafran memohon maaf apabila dia sedar kesilapannya itu.
“Oklah Ain, saya nak makan ubat sebenarnya. Lepas tu nak sambung tidur. Saya betul-betul tak sihat. Awak buatlah apa yang patut. Nanti saya bagilah tip untuk kerja awak hari ini. Claim OT sekali”. Ain Syuhada menelan liur. Dia baru berkira-kira nak claim OT, tapi bosnya terlebih dulu mengetahui isi hatinya. Hebat!..Dah serupa tukang tilik pulak.
Ain Syuhada pantas memapah Aidil Zafran duduk di kerusi.
“Bos dah makan. Kalau nak makan ubat perut tak boleh kosong”.
“Saya tak da selera Ain. Tekak saya perit.”
“Macam ni lah bos. Saya bawa bos ke bilik dulu. Saya masak apa yang patut. Nanti bos jamah la skit?” Ain Syuhada cuba memujuk. Aidil Zafran hanya mengangguk setuju malas untuk memanjangkan cerita. Perlahan Ain Syuhada memimpin Aidil Zafran ke tingkat atas lalu membawa ke bilik tidur. Terbeliak mata Ain Syuhada melihat bilik tidur yang luas itu. Setelah Aidil Zafran baring, Ain Syuhada menutup penghawa dingin.
“Saya tutup aircond bos. Nanti sejuk pulak. Saya buka sliding door ni ye? Angin dari luar ni lagi bagus dari aircond tu”. Ain Syuhada bercakap sendirian tanpa sahutan dari Aidil Zafran. Dia kemudian menyelimuti tubuh Aidil Zafran yang kesejukan itu.
Ain Syuhada ke dapur mencari bahan makanan yang boleh dimasak untuk Aidil Zafran. Dia membuka peti sejuk, namun kosong yang ada cuma sekotak jus oren. Kemudian dia mencari pula di dalam kabinet dapur. Hanya terdapat bubur segera dalam kotak. Ain Syuhada mengeluarkan bubur segera itu lalu dimasak dengan kadar segera. Setelah siap, dia menatang bubur yang berasap nipis itu bersama segelas jus oren dan segelas air kosong ke bilik Aidil Zafran.
“Bos, bangun. Jamah sikit bubur ni.” Perlahan suara Ain Syuhada menusuk gegendang telinganya. Aidil Zafran masih lagi mengerekot dalam selimut. Dia sudah tidak berdaya untuk bangun. Setelah balik dari klinik dibawa Pak Deris, dia lebih banyak menghabiskan masanya dengan tidur.
“Bangun bos”. Ain Syuhada mengulang lagi ayat yang sama. Kali ini dia menarik selimut yang membaluti tubuh bosya. Dia membangunkan Aidil Zafran dan menyandar tubuhnya di tepi katil.
“Jamah sikit bos. Sikit pun jadilah. Jangan biar perut tu kosong”. Aidil Zafran masih lagi tidak berganjak. Dia memang tiada selera. Hendak menyudu bubur ke mulutnya pun tiada berdaya. Entah kenapa demamnya teruk kali ini. Mungkin perubahan cuaca yang sekejap panas dan sekejap hujan ini membuatkan dia jadi sebegini.
Ain Syuhada mengambil mangkuk bubur itu apabila melihat Aidil Zafran masih lagi diam tidak berkutik. Lantas dia menyudu bubur itu ke mulut Aidil Zafran. Namun Aidil Zafran hanya melongo, mulutnya ditutup kejap.
“Makanlah sikit bos. Nanti nak makan ubat lagi”. Pujuk Ain Syuhada. Aidil Zafran menggeleng. Ain Syuhada menarik nafas panjang. Hem…susah jugak memujuk orang tua ni makan. Pujuk budak kecik lagi senang. Dia mengomel lagi.
“Bos, saya tak kira. Bos kena makan jugak.” Tanpa kompromi dia terus menyudu bubur itu ke mulut Aidil Zafran. Menganga Aidil Zafran menerima suapan demi suapan bubur itu ke mulutnya dengan paksaan setelah terkejut disergah sebegitu oleh Ain Syuhada.
“Mmm…garang jugak P.A aku ni”. Detiknya dalam hati. Setelah selesai makan dan meneguk jus oren. Ain Syuhada menyua pulak beberapa pil ubat untuk ditelan Aidil Zafran. Dia menerima sahaja walaupun perutnya terasa penuh. Terasa perit tekaknya setelah beberapa pil menuruni kerongkongnya. Aidil Zafran menahan rasa sebu diperut. Makin ditahan makin terasa kerongkongnya dijolok-jolok. Tidak semena-mena dia menghambur keluar segala isi perutnya. Habis bertaburan sisa bubur ke badannya dan juga ke baju Ain Syuhada.
Ain Syuhada mengeluh apabila melihat blouse lengan panjang yang membaluti tubuhnya dibasahi dengan muntah Aidil Zafran yang melekit.
“Kalau cuci baju ni aku nak pakai apa pulak.” Dia mengomel lagi. Pijama yang melekat di tubuh Aidil Zafran dilihat semuanya lencun dengan sisa bubur yang dimuntahkan. Dia mencari tuala dan baju tshirt di almari baju Aidil Zafran. Kagum sebentar melihat susunan pakaian yang disusun mengikut kategori itu. Dia menarik sehelai tshirt dan tuala buat membersihkan diri.
“Bos, pinjam baju. Saya tak bawa baju salin ni”. Aidil Zafran hanya menggangguk. Sudah  tiada suara untuk menjawab.
“Bos tukar baju dulu eh?”. Dia merapati Aidil Zafran. Meminta agar Aidil Zafran menanggalkan bajunya untuk ditukar dengan baju yang bersih. Namun tiada reaksi dari Aidil Zafran.
“Hai…tak kan semua aku nak buat kot. Tadi dah jadi orang gaji, sekarang ni dah jadi nurse lah pulak”. Mulutnya masih lagi mengomel. Dia melihat Aidil Zafran pejam mata. Mungkin tidur barangkali.  Hem…mujur dia tak dengar aku membebel. Pantas dia membuka satu persatu butang pijama Aidil Zafran. Terkesima sebentar melihat tubuh sasa Aidil Zafran. Kalau dapat tidur di atas lengannya tentu best ni. Astagfirullahalazim!. Apalah yang kau mengarut ni Ain Syuhada oii…tiba-tiba suara hatinya menyedarkan dirinya dari berfikiran yang bukan-bukan. Cepat sahaja dia menyudahkan kerjanya. Setelah mengelap tubuh Aidil Zafran dengan tuala bersih dia memakaikan dengan t’shirt berlengan panjang pula. Dia menukar selimut yang dicemari dengan muntah lalu menyelimuti semula tubuh Aidil Zafran dengan selimut yang baru.
Kemudian dia masuk ke bilik mandi. “Bos, pinjam bilik air ye?”. Dia bersuara dengan kuat. Sengaja, walaupun dia tahu Aidil Zafran sedang tidur.
Ain Syuhada mandi sambil menyanyi riang. Lantaklah jika suaranya sumbang pun bukan nak jadi peserta Akademi Fantasia. Dia ketawa pula kerana seronok menjadikan bilik air ini seperti hak peribadinya. Selesai mandi, Ain Syuhada membalut tubuhnya dengan tuala. Baju blouse yang kotor itu telah dicuci lalu disangkutnya di bilik air. Dia meraba-raba mencari baju tshirt, namun tiada.
“Alamak, kat mana pula baju ni jatuh. Ishh..tak kan nak keluar bertuala macam ni?” Dia bersoal jawab pula.
“Eh…bos kan tak nampak. Kalau kau bogel pun bukan dia tahu”. Dia menjawab pula. Akhirnya Ain Syuhada keluar dengan berkemban sahaja. Dia mencari baju tshirt yang hendak dipakainya. Matanya tertancap pada tshirt berwarna merah yang diambilnya tadi berada di atas selimut Aidil Zafran.
“Hem…bila masa pula dia terbang ke sana?”. Ain Syuhada mengomel lagi lalu menuju ke katil Aidil Zafran. Baru sahaja tangannya hendak mencapai baju itu, tiba-tiba Aidil Zafran menolak selimut yang membaluti tubuhnya. Dia terasa berpeluh dan panas. Mungkin demamnya telah kebah. Baju lengan panjang ditubuhnya cuba ditanggalkan. Ain Syuhada pula sudah terbaring disebelahnya kerana terkejut dengan tindakan Aidil Zafran yang bangun tiba-tiba. Kain tuala yang membaluti tubuhnya tertanggal pula menampakkan aurat yang tidak sepatutnya. Ain Syuhada cepat-cepat menarik tuala agar menutupi auratnya, tetapi Aidil Zafran pantas mengagau dengan tangannya kerana terasa seperti ada sesuatu disebelahnya.
“Ah…jangan bos!”. Ain Syuhada menjerit dengan semahunya bila tangan yang meraba-raba itu meraba tempat yang tak sepatutnya di batang tubuhnya. Merah padam mukanya kerana marah dan malu. Aidil Zafran pula terkapai-kapai apabila mendengar suara Ain Syuhada menjerit disebelahnya.
“Kenapa Ain?” Dia kalut bertanya apabila mendengar Ain Syuhada menjerit. Tangannya seperti memicit sesuatu yang kenyal.
“BOS….emm..bos…err…bos…”. Kata-kata itu mati di situ. Segera dia bangun mencapai tshirt merah lalu berlari ke bilik air. Dia lengkap berpakaian. Dia perlu beredar dari situ. Dia harus balik. Dia takut jika berlama-lama nanti bukan Aidil Zafran yang mencabulnya tanpa sedar sebaliknya dia pula dengan rela hati dicabul sebegitu. Astagfirullahalazim, dia beristigfar lagi.

“Saya balik dulu bos”. Tanpa menoleh melihat Aidil Zafran dia meletakkan segugus kunci di atas meja kopi. Adil Zafran masih lagi terpinga-pinga. Apa yang telah berlaku?. Apa yang telah dibuat pada Ain Syuhada?. Dia memegang jari jemarinya. Masih terasa objek kenyal yang dipicitnya itu.


OKu Sayang Bab 8


Bab 8-
Ain Syuhada masih setia menanti di stesen PUTRA LRT  Bangsar. Dia sempat menelek jam dipergelangan tangannya. Masih awal 10 minit dari waktu yang dijanjikan. Dia mengeluarkan bedak compact lalu melihat sekilas solekannya di cermin. Puas hati dengan solekannya yang tampak natural. Dia perlu memastikan dia cantik dan manis selalu untuk memancing jiwa lelaki yang akan ditemuinya nanti. Sudah lama dia menyimpan minat pada lelaki itu semenjak di UMKL lagi.  Harapannya kali ini dia ingin memastikan dia mendapat tempat di mata lelaki itu. Seingatnya semasa di UMKL dulu terlalu ramai gadis-gadis yang menggilainya namun satu pun tidak dilayan. Mungkin taste lelaki itu terlalu tinggi atau belum ketemu jodoh yang sesuai. Ain Syuhada membuat spekulasi sendiri.
            Kereta Toyota Vios berhenti dihadapannya. Ain Syuhada memandang sekilas pemandu kereta itu yang menurunkan cermin keretanya. Terjengul wajah Rayyan Aziz yang memakai Rayban. Ain Syuhada melemparkan senyuman paling manis. Syukur pujaan hati tepat sampai pada waktunya. Rayyan Aziz keluar dari kereta lalu membukakan pintu kereta di sebelah pemandu lalu menjemput Ain Syuhada duduk. Kemudian pintu kereta ditutup. Uiks…Terasa segan pulak dilayan sebegini. Hem…gentlemannya…kalau jadi boyfriend ni macamanalah layanannya. Tentu macam puteri kot. Ain Syuhada sudah mula membayangkan yang indah-indah sahaja.
“Emm…kita nak kemana?”. Ain Syuhada memulakan bicara setelah mereka diam seketika.
“Ke Nilai!”. Jawan Rayyan pendek.
“Nilai?, Jauhnya. Rumah siapa tu?”
“Ishk…Tak jauhlah…naik higyway tak sampai sejam dah jumpa Nilai. Kita ke rumah ibu saya”. Ain Syuhada sudah terbatuk. ‘Mak datuk! Ni nak bawa jumpa mak mertua ka?.’Kata-kata itu berlegar dalam otaknya.
“Hai…sampai terbatuk. Takkan gabra kot? Saja bawa Ain berkenalan dengan ibu saya. Mana tahu nanti jadi mak mertua”. Rayyan sudah ketawa kecil. Harapannya agar rancangannya menjadi. Siapa pun pilihannya, ibunya tak kan membantah asalkan dia berkahwin.
Ain Syuhada sudah panik. Dia melihat pemakaiannya hari ini. Syukurlah menepati ciri-ciri disukai bakal mak mertua. Dia membetulkan tudungnya yang dirasakan sedikit senget. Amboi…Ain bersungguh nampak!. Betul-betul nak pikat hati bakal mak mertua ka?. Ain Syuhada senyum dalam hati. Berangan lagi!. 

Mereka sampai di kawasan perumahan Nilai 3 yang agak luas tempatnya. Di tengah-tengah kawasan perumahan itu ada tasik buatan manusia yang sangat cantik dan dijadikan tempat reakrasi. Menghadap tasik buatan itu adalah rumah-rumah banglo yang sangat cantik binaannya. Kereta Vios itu melucur laju mengelilingi tasik buatan itu lalu berhenti di hadapan rumah banglo bernombor 3.
“Home sweet home, kita dah sampai.”  Ucap Rayyan Aziz setelah memakirkan keretanya di porch rumah banglo itu. Ain Syuhada terasa berdebar-debar. Sebolehnya dia cuba mengawal kegugupannya.
‘Jangan menunjuk keterujaan sangat Ain. Nanti takut bakal mak mertua tak suka. Yelah …jangan perasan sangat. Rayyan Aziz belum pun kata apa-apa pasal hubungan ini. Kau jangan lebih sudu dari kuah.’ Kata-kata berupa amaran dari hatinya itu memenuhi kepala otaknya. Dia cuba berlagak biasa.
Muncul seorang wanita separuh abad tersenyum menyambut kedatangan mereka. Rayyan Aziz menyalami wanita itu. Ain Syuhada juga berbuat perkara yang sama.
“Ibu, kenalkan kawan Ray. Ain Syuhada Ismail”. Rayyan memperkenalkan Ain Syuhada kepada ibunya. ‘See! Kan dah kata, jangan teruja sangat. Kau tu kawan dia je’. Suara itu muncul lagi mengingatkan Ain Syuhada.
“Jemputlah masuk. Ray ni tak pernah bawa kawan perempuan datang rumah. Ni mesti special girlfriend ni sampai kenalkan pada ibu”. Ujar Puan Maimun beramah mesra. Ain Syuhada menelan liur. Masinlah mulut makcik no!. untung saya kalau jadi gefren anak makcik’. Ain Syuhada bermonolog pula.
“Hem…Si Mike tak ikut sekali ke?Kalau tidak asal kau balik sini mesti dia mengikut”. Puan Maimon bersoal pula.
“Ishk…tak kan saya nak kenalkan  calon menantu ibu, nak bawa dia. Kacau daun je.”
“Sajala ibu tanya. Kau dengan dia tu dah serupa kembar. Pergi mana pun berdua je”. Ain Syuhada sudah mengerutkan dahi. Siapa pula si Mike ini?.
“Jemputlah duduk Ain. Jangan segan-segan. Buat macam rumah sendiri”. Ramah Puan Maimon menjemput.
“Dahlama kenal Rayyan?”. Sesi soal temuduga sudah bermula. Ain Syuhada sedikit kaget. Ni betul ke interview nak buat calon menantu ni?
“Kenal masa kat UMKL lagi. Dia  senior saya. Dah lama terputus hubungan. Baru-baru ni je jumpa balik”. Jujur Ain Syuhada menjawab. Memang sudah lama dia mengenali Rayyan Aziz ini kerana mereka tinggal di kolej kediaman yang sama. Tapi kenal sebagai junior dan senior sahaja tak lebih dari itu. Ain Syuhada sedikit blur. Apa sebenarnya tujuan Rayyan Aziz membawa dia ke sini. Nak kata mereka ni kekasih, tidak pula. Tak ada angin ribut, tiba-tiba bawa jumpa ibunya pula.
“Ain duduk dulu, makcik nak ke dapur sekejap. Nak tengok bibik dah siap hidang makan ke belum?”. Puan Maimon sudah berdiri.
“Saya bantu makcik”. Datang rumah orang kena tunjuk rajin Ain. Suara dalam hati mengarah pula.
“Eh…tak payahlah. Ain tetamu makcik. Duduklah berbual dengan Rayyan”. Sportingnya bakal mak mertua. Bagi peluang berdua-duaan dengan anak terunanya pula. Ain Syuhada hanya akur dengan permintaan Puan Maimon.
“Maafla, terburu-buru bawa Ain jumpa ibu saya tanpa berbincang dulu”. Rayyan memulakan bicara. Dia perlu mengayat Ain Syuhada habis-habisan sampai Ain Syuhada jatuh ke tangannya. Ain Syuhada hanya diam, kelu lidah untuk menjawab. Dia pun tak pasti apa yang hendak dijawabnya. Sebenarnya dia suka dibawa bertemu dengan ibu Rayyan. Maknanya hubungan dari kenalan tentu akan bertukar menjadi hubungan yang serius.
“Sebenarnya dahlama saya menyimpan hasrat pada Ain”. Lembut suara Rayyan menusuk gegendang telinganya. Apa maknanya? Dia dah lama suka akukah?. Ain Syuhada senyum lagi.
Rayyan mengamati airmuka Ain Syuhada yang sedikit berubah. Yang pasti berubah menjadi lebih manis. Hem…ada peluanglah. Keluarkan ayat kaw-kaw lagi sampai dia melutut. Rayyan tersenyum dalam hati. Senang saja mengayat gadis yang sudah lama menyimpan perasaan padanya. Dia bukan tak tahu, Ain Syuhada  sudah lama meminatinya secara diam-diam kerana dia selalu menerima kad-kad ucapan dari peminat misteri. Dia tahu peminat misteri itu adalah Ain Syuhada sendiri. Macam mana dia tahu, dia kan jejaka idaman Malaya. Banyak mata-mata tak bergaji yang sudi memberi maklumat.
“Cuma saya tak berpeluang untuk meluahkan perasaan saya. Ain berpindah keluar dari kolej kediaman, saya pula di tahun akhir sibuk dengan tesis. Saya frust masa tu. Tapi saya percaya pada jodoh, kalau memang jodoh saya dengan Ain,kita pasti jumpa lagi.” Rayyan berjeda sebentar. Dia memandang wajah mulus Ain Syuhada. Kesian kerana gadis ini terlalu naïf. Senang sahaja kena tipu dengan wajah kacak sepertinya.
“Masa kita jumpa di Kinokunya itu, saya betul-betul bersyukur. Memang jodoh Ain dengan saya. sebab itu Allah ketemukan kita di situ setelah lama terputus hubungan”. Wah…guna nama Allah pulak nak kuatkan hujah ye, Rayyan. Dia sudah ketawa dalam hati. Kalau boleh guling-guling lagi.
“Tapi saya kecewa lagi bila nampak Ain berpimpin tangan dengan seorang lelaki di Hotel Grand Continental tempohari. Nampaknya saya tak berpeluang lagi. Tapi saya cuba jugak. Saya tak mahu mengalah sebelum mencuba. Jadi saya ajak Ain keluar, kalau Ain tolak, saya fahamlah memang saya takda peluang. Tapi Ain terima ajakan saya tu. Saya rasa saya masih ada harapan, sebab tu saya bawa Ain jumpa ibu saya hari ni”. Panjang lebar Rayyan Aziz memancing dengan kata-katanya yang penuh mengharap itu. Dia harap umpannya mengena. Dan Ain Syuhada setuju untuk berkahwin dengannya. Jadi permintaan ibu akan dipenuhi dan hubungannya dengan Mike atau Mikail itu dapat diteruskan.
Ain Syuhada terasa diawang-awangan. Benarlah Prince Charmingnya sudah turun dari langit. Mahu saja dia melompat-lompat seperti kera dapat bunga kerana terlalu gembira. 
 “Sebenarnya lelaki yang abang Ray nampak tu bukan kekasih saya. Tapi bos saya. Saya P.A dia, so kemana saja dia ada, saya kena ada sebab dia OKU”. Terang Ain Syuhada menjelaskan perkara sebenar. Rayyan Aziz terasa lega. Senanglah kerjanya nanti. Kalau Ain Syuhada setuju, bulan depan dia akan menghantar rombongan meminang. Lagi cepat lagi bagus. Lagi senang nak cover hubungannya dengan Mike. Soal meminang serah saja pada ibu dan kakak-kakaknya. Mereka memang teruja nak terima adik ipar, maklumlah dia satu-satunya anak lelaki Puan Maimon.
“Syukur Ain. Lega saya mendengarnya.” Kali ini Rayyan sudah memegang tangan Ain Syuhada lalu diciumnya. Yaks…terasa geli pula!. Tapi lakonan kena teruskan. Ain Syuhada sudah malu-malu kucing. Dia pantas menarik tangannya. Memang suka tapi sabarlah belum ada apa-apa ikatan. Kan bukan muhrim. Hem…habis tu dengan Mr.Blind berpimpin bagai. Eh…berlapik tau…itukan kerja. Tanggungjawab . Sempat lagi Ain Syuhada bersoal jawab dengan kata hatinya.
“Kalau macam tu, sudilah Ain jadi milik saya”. Gelojoh betul pertanyaan Rayyan Aziz. Pedulilah asal dia dapat jawapan segera dari Ain Syuhada.
Ain Syuhada pantas menggangguk.
“Kalau macam tu, bulan depan saya hantar rombongan meminang”. Rayyan Aziz pantas berdiri lalu memanggil ibunya Puan Maimon.
“Ada apa Rayyan? Terjerit-jerit panggil ibu”. Muncul Puan Maimon dengan wajah kehairanan.
“Bulan depan kita masuk meminang Ain.Boleh ibu?”. Puan Maimon sudah tersenyum.
“Alhamdulilah, hajat ibu nak tengok Rayyan berkahwin termakbul juga. Terima kasih Ain kerana berjaya bukakan pintu hati Rayyan”. Pantas tubuh Ain Syuhada dipeluk Puan Maimon. Memang dia betul-betul gembira kerana Rayyan sudi untuk berkahwin. Pilihannya pula memang memenuhi citarasanya.
Ain Syuhada hanya tersenyum sahaja. Cepat betul jodohnya datang. Kerja baru sebulan dah bertemu jodoh. Agaknya apa reaksi Puan Ainon?. Terkejut jugak seperti yang dirasainya sekarang.

----------
  Memang sudah dijangka, reaksi ibunya menjerit di cuping telinganya begitu membingitkan. Dia baru sahaja memberitahu tentang rombongan meminang bulan depan, ibunya sudah merencanakan yang bukan-bukan. Maklumlah bakal menerima menantu seorang jurutera.
Ain Syuhada hanya tersengih apabila telefon dimatikan. Dia baru sahaja sujud syukur sebelum menelefon ibunya tadi. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana jodohnya telah sampai. Tidak sangka Rayyan Aziz jejaka terhot di UMKL itu adalah bakal suaminya. Masih tidak percaya jodoh yang dikirimkan oleh Allah itu.
Ain Syuhada meneliti borang permohonan DPLI, dia berkira-kira sama ada untuk mengisi atau tidak. Bila difikirkan, dia selesa dengan jawatannya sekarang. Dia membaca satu persatu bahagian  maklumat diri yang perlu diisi itu. Ketukan di pintu biliknya membantutkan pembacaanya. Muncul Melissa bersama sengihannya lalu melabuhkan punggungnya di birai katil .
“Macamana dating tadi?”. Dia menyoal. Memang tidak sabar hendak mendengar cerita dari adik iparnya itu. Teringat pula semasa kali pertama dia dating dengan Azman dulu.
Ain Syuhada bangun dari tempat duduknya. Dia beralih  duduk di birai katil bersebelahan dengan Melissa pula. Memang dia sendiri tidak sabar hendak berkongsi cerita dengan kakak iparnya. Maklumlah kerana sedari kecil dia sendiri tiada kakak kandung.
“Dia bawa Ain jumpa ibunya.” Melopong Melissa mendengar cerita dari Ain Syuhada.
“First date bawa jumpa ibu?”. Dia menyoal lagi dengan rasa tidak percaya.
“Bulan depan, dia nak hantar rombongan meminang”. Tokok Ain Syuhada.
“What?!! Are Ur serious?”. Ain Syuhada mengangguk. Melissa melihat dengan pandangan tidak percaya.
“Yes. Ain serius. Ain tak tipu. Bulan depan Rayyan nak hantar rombongan meminang”. Ain Syuhada mengulang lagi ayat yang sama.
“Congratulation my dear. Akak betul-betul terkejut. Ain dah habis fikir? Ni soal kebahagian hidup Ain. Kena fikir masak-masak.” Sempat lagi Melissa menitipkan nasihat.
“Ain kenal dia dahlama. Dia senior Ain masa kat UM dulu. Dia baik kak.”
“Hem…kadang-kadang  kalau kita dah kenal lama tak semestinya kita betul-betul dah mengenalinya Ain. Tapi akak sentiasa menyokong Ain. Dah pilih tema warna  untuk baju bertunang nanti?”.
“Akak ni, excited macam mak jugak”. Ain Syuhada sudah tersenyum.
“Mestilah.” Melissa sudah mengenyitkan mata.
“Sebenarnya kak, Ain confuselah.”
“Kenapa?”.
“Ain  tak tahu sama ada nak isi ke tak borang DPLI ni?”. Ain Syuhada menyuakan borang itu pada Melissa.
“Hem…apa kata Ain isi je…tak semestinya dapat kan? Kalau dapat, kita fikir nanti. Apapun cuba dulu. Lagipun akak rasa kalau Ain dah kawin nanti, jawatan P.A tu dah tak sesuai untuk Ain. Bukan apa, takut ur future husband cemburu. Eloklah  dari sekarang Ain fikir untuk rancangan masa depan. Kalau tak kerja lagi baik. Tak kan dia tak mampu nak tanggung Ain kan?”
“Tapi kak. Ain nak kerja. Tak nak jadi housewife. Bosanlah tak kerja.”
“So, Ain sendiri dah kata macam tu. Buat pa nak confuse lagi?” Melissa menyoal semula. Ain Syuhada mengambil semula borang dalam tangan Melissa. Dia sudah mendapat jawapannya, kalau permohonan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan ini diterima, dia bakal jadi cikgu. Jadi senanglah dia hendak melepaskan jawatan P.A itu setelah bergelar isteri nanti. Cewah Mrs. Rayyan Aziz. Ain Syuhada senyum lagi.