Tuesday, 15 January 2013

OKU Sayang Bab 7


Bab 7
Alhamdulilah. Ain Syuhada menarik nafas lega. Hutang PTPTN yang sudah setahun tertunggak itu dibayar separuh dengan gajinya yang pertama. Ada berbaki lagi sebanyak RM600 untuk tahun pertama hutangnya itu. Hem…Dia melempaskan keluhan, ada lebih kurang RM25 ribu lagi hutang PTPTN. Agaknya sampai pencen kot baru hutangnya habis bayar. Cepat-cepat dia menyimpan resit bayaran apabila mendengar derap kaki Mr.Blind menuju ke arahnya.
“Bos, apa yang boleh saya tolong?”. Soal Ain Syuhada. Aidil Zafran berhenti melangkah apabila mendengar suara lemak merdu itu memanggilnya. Kadangkala apabila suara itu bercakap dengan lembut terasa seakan menggoda naluri lelakinya. Agaknya orangnya bagaimana. Tentu orangnya cantik. Aidil Zafran meneka sendiri.
“Saya dah baca dokumen yang awak scan tu tapi saya nak awak terangkan secara teliti angka-angka yang terdapat dalam dokumen itu. Maklumlah JAWS tu hanya bercakap saja tapi tak terang secara terperinci”. Jawab Aidil Zafran tersenyum. Bola matanya terarah ke hadapan. Harapannya agar bola matanya memang memandang tepat ke arah Ain Syuhada.
Ain Syuhada pantas memegang dadanya. Terasa denyut jantungnya bergerak laju. Dia melayangkan tangannya di hadapan muka Mr.Blind. Oh…memang dia tak nampak. Lega… kerana cara renungan mata Aidil Zafran itu betul-betul seperti manusia yang normal. Hampir hendak gugur jantungnya dirasakan kerana terpukau dengan renungan Mr.Blind ini.
“Ok bos.” Ain Syuhada berdiri lalu memimpin tangan Mr.Blind menuju ke mejanya.
“Ain, tak perlu memanjakan saya. Dalam bilik ni saya dah tahu mobility. Tak perlu pimpin saya bagai.” Tegur Aidil Zafran. Sikap prihatin Ain Syuhada itu kadangkala membuatkan dia rimas. Rasa terlebih OKU pula dengan cara layanan Ain Syuhada.
“Sorry bos. Dah terbiasa”. Balas Ain Syuhada.
“Dah terbiasa ke saja nak ambik kesempatan?”. Ain Syuhada menelan liur. Bergurau ke sungguh-sungguh bos ni. Dia melihat airmuka Aidil Zafran yang bersahaja. Tiba-tiba terletus tawa dibibir Mr.Blind itu.
“Gurau saja. Jangan ambil hati. Saya lagi suka kalau awak ambik kesempatan”. Sambungnya lagi.
 Ain Syuhada berdecit. ‘Nasib baik handsome, tak jadi nak marah. Miang juga Mr.Blind ni ye?’. Monolognya lagi. 
“Lunch nanti kita makan kat luar. Bosanlah pulak asyik makan kat kafe je”.
“No problem bos. Asal bos belanja kat mana saja saya bawa”.
“Betul, walau ke Ethopia pun?”.
“Ada ke Ethopia?. Orang kat sana pun tak cukup makan. Ada pula orang nak lunch kat sana.” Balas Ain Syuhada. Aidil Zafran senyum lagi. Boleh tahan P.A nya ini bergurau. Ada saja idea nak berbalas kata. Sama seperti seseorang yang dirinduinya di UK dulu.
------------------------
Mahu tersedak Ain Syuhada apabila memimpin Aidil Zafran melangkah masuk ke Hotel Grand Continental itu. Kelas bos sampai lunch pun kat hotel. Almaklumlah dia sepanjang hidup di muka bumi ini barulah pertama kali ini melangkah masuk hanya untuk lunch di hotel taraf lima bintang ini. Setelah berpamitan dengan Pak Deris drebar yang setia mengambil dan menghantar bosnya itu, dia dengan berhati-hati memimpin tangan bosnya itu dengan debar.
Setelah duduk di tempat yang telah disediakan itu, beberapa pelayan menghidangkan makanan yang sedia dipesan itu.
“Harap Ain tak kisah. Saya pesan makan ikut selera saya je.”
“Eh…ini pun dah syukur. Bukan senang nak makan kat hotel ni. Bos belanja lagi tu”.
“Dulu, kalau saya balik ke Malaysia, saya mesti makan kat sini. Peneman setia saya arwah tok wan”. Ain Syuhada terus tersedak. Pantas dia meneguk air kosong yang sedia terhidang.
“Kenapa?”. Soal Aidil Zafran terkejut mendengar Ain Syuhada terbatuk-batuk.
“Tak ada apa. Gelojoh sangat makan”. Ain Syuhada tersenyum kelat. Sebenarnya dia begitu terkejut apabila mendengar berita yang disampaikan oleh Aidil Zafran. Tak sangka yang Tok Penghulu Darus sudah pulang ke Rahmahtullah. Kali terakhir dia mendengar khabar, Tok Penghulu Darus mengikut Aidil Zafran ke UK. Jawatan tok penghulu dilepaskan dan kini jawatan itu menjadi milik ayahnya.
“Arwah tok wan banyak membantu saya masa di UK dulu. Penguat semangat dan kawan setia yang terbaik pernah saya ada dalam dunia ini. Hemm…kalaulah dia jemu menjaga dan memberi semangat buat saya…”. Aidil Zafran berjeda sebentar.
“Tentu hidup bos tak secemerlang ini”. Ain Syuhada menyambung. Memang dia cukup kagum dengan Aidil Zafran. Dalam usia 27 tahun dia sudah menjadi orang penting dalam Insaniah Holding. Tambahan pula OKU, terpaksa bersaing dengan orang normal yang lain.
“Dan juga rezeki saya kerana dilahirkan dalam keluarga yang cemerlang”. Aidil Zafran tidak menafikan itu. Kalau dia tidak punya latarbelakang keluarga yang mempunyai empayar perniagaan yang tersohor, mungkin dia tidak mampu menjawat jawatan sebegini. OKU sepertinya kurang mendapat perhatian dan tempat tertinggi  di mata masyarakat. Berapa kerat sangat yang berjaya sepertinya,hemmm… boleh dibilang dengan jari.
“Sedap makan kat sini?”. Soal Aidil Zafran setelah selesai makan. Dia mengambil napkin yang diletakkan di ribanya lalu mengelap mulut.
“Emm…mestilah sedap. Makan free”. Gurau Ain Syuhada turut mengelap bibir. Dia melihat sebutir nasi terlekat di bawah bibir Aidil Zafran. Spontan dia mengambil butir nasi itu
“Oppstt..sorry bos. Tindakan reflek. Ada nasi kat bibir”. Cepat Ain Syuhada beralasan apabila tersedar tindakannya itu mungkin tidak disenangi bosnya itu. Dia menonyoh dahinya kerana ketelanjuran perbuatan dan kata-katanya itu.
Aidil Zafran sedikit terkejut. Tindakan spontan Ain Syuhada itu seperti ulang tayang adegan semasa dia di US dulu. Sesekali ingatan pada gadis itu menyapa benaknya.
“It’s okay. Tapi jangan buat selalu. Saya takut jatuh hati nanti”. Mendatar sekali suara Aidil Zafran. Dia  takut kalau selalu begini cara layanan Ain Syuhada pasti hatinya akan terpaut nanti sama seperti hatinya terpaut pada gadis Cindia semasa menuntut di US dulu. Dan paling ditakuti dia bakal kecewa jika hanya dia yang bertepuk sebelah tangan.   
Ain Syuhada terkesima apabila mendengar kata-kata Aidil Zafran. Kalaulah Aidil Zafran tahu siapa dia sebenarnya, tentu kata-kata yang diucapkan itu hanya satu mimpi di siang hari. Bukan benar tapi omongan semata-mata.

Di satu sudut yang agak tersorok, Rayyan Aziz agak bengang melihat adegan mengelap bibir yang dilakukan oleh Ain Syuhada. Agaknya itu boyfriendnya kot. Not bad!. Misinya untuk menjadikan Ain Syuhada bakal menantu ibunya tentu menjadi sukar kerana pesaingnya bukan calang-calang orang. Segak bergaya dan paling penting berduit.
Mujur pertemuannya dengan wakil Toyota di Jepun yang diadakan di Hotel Grand Continental ini telah menemukan dia dengan pesaingnya. Rayyan Aziz berasa tercabar. Dia tidak boleh menyerah kalah sebelum bertanding. Selesai urusannya dengan wakil dari Jepun itu dia mula hendak bergerak meninggalkan hotel itu. Tapi langkahnya terbantut apabila melihat Ain Syuhada memimpin tangan lelaki itu. Matanya asyik melihat cara Ain Syuhada memimpin tangan lelaki itu dan di sebelah tangan kanan lelaki itu memegang tongkat putih.
“What? Blind? Boyfriend dia buta ke?”. Rayyan Aziz mula menguntum senyum. Pasti dia menang. Takkan Ain Syuhada hendak bersuamikan OKU sedangkan dia lebih baik dari lelaki itu. Yes! Dia perlu cepat bertindak. Hatinya gembira. Pantas dikeluarkan telefon bimbitnya dan dicari nombor dalam senarai contact lalu didail.
“Hello Mike. Malam ni tidur rumah I”.

----------------
Ain Syuhada menghidu sejambak mawar merah yang diterimanya. Benar-benar dia terkejut. Selepas saja pulang dari musolla menunaikan solat Zuhur, terlihat jambangan mawar merah di atas mejanya. Dia membaca kad ucapan yang disertakan bersama. Terkejut…memang betul-betul terkejut. Mawar merah itu kiriman jejaka terhot di UMKL dulu. Dia tersengih, kembang rasa hatinya sekembang mawar merah yang menghiasi vase di atas mejanya kini. Dia mula memasang angan-angan jika digadingkan dengan jejaka hot itu.
“Hem…I smell something. Very nice like a rose”. Tiba-tiba muncul Mr.Blind dibelakangnya. Ain Syuhada mengurut dada. Terlalu asyik berangan sampai tak sedar bos masuk.
“Ye ke bos?”. Ain Syuhada pura-pura bertanya. Tak kan nak diberitahu dia menerima sejambak mawar merah dari jejaka terhangat dipasaran. Tak kuasa nak menjaja cerita peribadi sendiri.
“Yup. Kuatla baunya bila saya dekat awak”. Aidil Zafran mengembangkan hidungnya mencari-cari bau rose itu.
“Maybe bau parfume saya kot. Enchanture rose.” Ah…bohong lagi. Ain Syuhada mengeluh.
“Nice baunya”. Aidil Zafran mendekatkan badannya cuba menghidu bauan itu hingga tanpa sedar  terlanggar tubuh Ain Syuhada. Dia terasa lekuk dan hangatnya tubuh Ain Syuhada tatkala mereka bersentuhan itu.
“Sorry Ain. Saya tak sengaja. Bau rose tu sedap sampai tak sedar terlanggar awak”. Aidil Zafran cepat-cepat minta maaf. Tapi dalam hatinya seronok. Terasa seperti tersentuh sesuatu yang lembut tetapi padat. Dia pun tak pasti apa yang disentuhnya itu.
 Ain Syuhada memegang dadanya. Cis…asset berharganya telah disentuh Mr.Blind walau secara tak sengaja. Mahu saja dia menjerit kuat-kuat. ‘Too much. U touch my ‘adik-adik’. See U in court’. Kalau bawa kes ini ke mahkamah pun tentu dia kalah. Akhirnya dia berdiam diri saja. Mungkin balasan Allah kerana dengan sengaja berbohong tadi. Sekarang ni balasan semua cash, tak ada hutang-hutang lagi.
“Ain marah ke? Saya tersentuh tempat larangan ke? Jangan saman saya pula. Takut Ain kalah. Tak pasal kena kawin dengan saya”. Ain Syuhada menjelir lidah. Macam tau-tau saja apa yang difikirnya. Agaknya Mr.Blind ni ahli nujum kot boleh baca apa yang dirasanya.
“Sebab bos Mr.Blind, I forgive U. But last chance tau. Kalau buat lagi saya repot polis”. Ugut Ain Syuhada dengan nada manja. Aidil Zafran ketawa, rasa bahagia walau diugut begitu oleh Ain Syuhada. Terasa harinya terisi dengan gurauan dan tingkah manja Ain Syuhada yang memikat hati.
“Repot je kat tok kadi. Boleh nikah terus”. Ain Syuhada menjengilkan matanya walau dia tahu Aidil Zafran tidak dapat melihat reaksinya itu.
“BOS….!”. Ain Syuhada menaikkan volume suaranya.
“Opps…sorry.” Aidil Zafran mengangkat kedua tangannya tanda betul-betul minta maaf. Kalau suara Ain Syuhada sudah meninggi volumenya dia sudah mendapat isyarat yang Ain Syuhada betul-betul sedang marah.
“Ok bos. Back to the work. 15 minit lagi ada mesyuarat. Bos wajib attend.” Ain Syuhada sudah membelek catatannya.
“Semua dokumen saya dah sediakan. Shall we?”.  Ain Syuhada mengilek dokumen dalam tangannya sementara menanti Aidil Zafran membetulkan tie dan memperkemaskan diri.
“Dah handsome pun. Tak payah touch up dah”. Sempat lagi Ain Syuhada mengusik. Aidil Zafran memegang lengan Ain Syuhada lalu bergerak menuju ke bilik mesyuarat. Sengaja dia tidak membawa tongkat. Bolehlah dia berkepit dengan Ain Syuhada.
“Ini kena saman tak?”. Aidil Zafran bertanya dengan nada bergurau sambil tangannya memaut lengan Ain Syuhada.
“Bos ni sempat lagi bergurau.Dah tugas saya kena pimpin bos. Ini tak termasuk dalam kod larangan. Berlapik dengan kain”. Ain Syuhada menjawab. Namun dia  mengerutkan dahinya, betul ke apa yang dikatakannya itu. Hem..lantaklah asalkan dia tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruahnya.

OKU sayang Bab 6


Bab 6
            Ain Syuhada masuk ke bilik bosnya. Dia duduk menopang dagu. Tidak tahu hendak buat apa. Semalam puas dia menunggu, hatinya benar-benar tidak sabar hendak berkenalan dengan bosnya itu. Tetapi hampa kerana bosnya ada urusan luar. Semua bahagian termasuk pegawai-pegawai atasan sudah dikenalinya. Hatta CEO dan Ketua R&D Insaniah Holding juga turut dikenalkan semalam oleh kakak iparnya itu. Hanya bosnya itu sahaja belum dikenalinya. Dia mengamati setiap inci wajah yang terdapat di dalam bingkai kaca itu. Dia cuba mengingati adakah wajah ini biasa dilihatnya dan pernahkah dikenalinya. Tetapi dia buntu, sudah puas dikerah otaknya untuk mengingati siapa gerangan bosnya itu melalui gambar yang dipegangnya itu.
“Handsome”. Getusnya perlahan melihat lelaki di dalam bingkai gambar itu. Wajah lelaki itu yang berkaca mata hitam, memiliki bibir yang seksi dan dagu yang terbelah cukup membuatkan naluri kewanitaannya bergetar. Kalaulah lelaki itu berada di depan mata. Mahu mulutnya ternganga luas kerana mengagumi makhluk ciptaan Allah SWT.
“Ohhh…mak kau!”. Ain Syuhada melatah apabila pintu bilik air yang terdapat dibelakang  biliknya ditolak orang. Nasib baik bingkai gambar yang dipegangnya tidak terlepas. Kalau tidak masaklah pula hendak menjawab pada bosnya itu.
“Siapa tu?” Soal lelaki itu sambil tangannya meniti setiap inci dinding. Dia melangkah perlahan-lahan sambil tangannya meniti dinding bilik itu.
“Bos belok kanan, nanti langgar pulak sofa kat situ”. Pantas Ain Syuhada memaut lengan lelaki itu lalu dibawanya duduk di kerusi bos. Dia teringat kepada bekas pelajarnya dulu. Begitulah bagi golongan OKU penglihatan berjalan jika mereka tiada tongkat putih  yang digunakan sebagai alat bantu.
“Siapa?”. Ulang  Aidil Zafran. Terkejut dia apabila mendengar suara wanita melatah dibiliknya. Bertambah terkejut lagi apabila tangannya dipaut oleh tangan lembut lalu dibawa duduk di kerusi.
“Err…saya Ain…Ain Syuhada Ismail. P.A  bos”. Jawab Ain Syuhada teragak-agak. Terkejutnya tadi belum hilang lagi. Dia mengamati wajah lelaki dihadapannya itu. Kacak. Anak matanya yang hitam sempurna itu langsung tidak menunjukkan yang dia buta sebenarnya.
“Ain Syuhada!”. Aidil Zafran terkejut. Adakah dia orang yang sama menjadikan dia sebegini. Tak mungkin. Gadis itu tak mungkin berada di Kuala Lumpur ini.
Ain Syuhada agak gementar apabila mendengar bosnya itu menyebut namanya dengan lantang. Dia mengamati lagi wajah lelaki di hadapannya ini. Tiba-tiba dia terasa hendak pengsan. Badannya sudah berpeluh-peluh. Dia baru teringat. Otaknya sudah menghantar imej lelaki yang dianayainya sepuluh tahun lepas. Memang dia orangnya. Bezanya sekarang  dia lebih sasa dan kacak dan sudah menjadi lelaki matang. Ain Syuhada menelan liur. Kakinya terasa lemah.
“Ain Syuhada Ismail! U asal mana ye?”. Aidil Zafran menyoal. Harapannya biarlah namanya sama tapi bukan orangnya. Dia sudah berjanji tidak mahu bertemu lagi dengan gadis yang menjadikannya buta untuk selamanya.
“Er…er..”. Ain Syuhada teragak-agak. Otaknya lambat pikap. Hendak dibohongnya apa. Kalaulah dia tahu Aidil Zafran ini lelaki yang dianayainya itu. Sumpah dia tak akan menjejakkan kaki di sini. Tapi sekarang semuanya sudah terlambat. Lakonan harus diteruskan.
Ketukan di pintu menyelamatkannya. Fuh!!! Save by the knock. Terjengul Melissa sambil tersengih.
“Sihat bos?”. Tanya Melissa berbasi-basa.
“Sihat”. Jawab Aidil Zafran pendek.
“Bos, ni dokumen laporan  dan charge kerosakan enjin T20 dari Ketsu  Corporation. Saya serah pada P.A bos ye?”. Dokumen setebal 2 inci itu bertukar tangan. Ain Syuhada mengambilnya dengan pandangan lega. Mujur Melissa masuk, selamatlah dia dari menjawab soalan tadi. Tiba-tiba dia mendapat idea.
“Ohh…bos…pasal soalan tadi saya asal dari Bagan Serai Perak. Melissa ni kakak saya”. Cepat saja Ain Syuhada mengangkat tangannya dan mengisyaratkan agar Melissa mengakuinya. Terpaksa berbohong. Bohong sunat. Idea  datang mencurah-curah pulak untuk menyelamatkan keadaan. Aidil Zafran mengerutkan dahi. Setahunya setiausaha abang longnya ini anak tunggal.
“Bukan Melissa anak tunggal ke?”. Ah, Sudah! Terperangkap pulak. Lupa yang kakak iparnya ini anak tunggal.
 “Saya anak isteri muda?”. Pantas saja Ain Syuhada menjawab. Melissa sudah menjengilkan mata. Pandai-pandai mereka cerita. Bapanya tak pernah curang apatah lagi hendak pasang bini dua. Ain Syuhada sudah mengangkat tangan seperti menyembah Sultan lagaknya.
“Betullah tu, bos. Saya yang rekomen jawatan P.A ni”. Nak tak hendak saja Melissa mengiyakan kata-kata Ain Syuhada. Tak apa. Lepas ni siaplah Ain Syuhada, akan dikorek cerita dari A sampai Z.  Getusnya  dalam hati.
“Sorry!”. Dia berbisik. Melissa sudah menarik muka masam. Minta dijauhkan jika dia punya mak tiri.
“Ok bos. Minta diri dulu”. Melissa sudah hendak keluar dari bilik Ketua Kewangan itu. Belum pun pintu itu ditutup dari luar dia sudah memberikan isyarat jaga-jaga dengan jari telunjuknya. Ain Syuhada hanya menikus sambil tangannya menabik tanda baik bos. Wah!..Nampaknya terlepas dari mulut harimau sudah masuk mulut buaya pulak. Perlukah dia menerangkan perkara yang sebenarnya. Jika tidak diterangkan pada Melissa, dia takut hubungan mereka menjadi keruh. Kepalanya benar-benar  kusut.
“So. Awak ni anak isteri kedua ye?Baik ye dengan Melissa. Selalu isteri kedua ni akan dipinggirkan. Payah betul anak-anak nak berbaik”. Aidil Zafran memberikan komen. Berdasarkan pengalamannya sendiri. Sampai sekarang dia terasa dirinya dipinggirkan walaupun hakikatnya tidak begitu. Tambahan pula dia OKU, lagilah dia terasa tidak diperlukan di Insaniah Holdings ini.
“Kami ni lain. Memang baik sejak kecil lagi.” Ain Syuhada menipu lagi. Nasiblah. Selagi boleh menipu dia akan goreng kaw-kaw punya. Matanya tidak lepas menilik wajah bosnya itu. Makin kacak berbeza dari 10 tahun lepas. Iyolah masa 10 tahun itukan panjang. Dia yang budak hingusan sebesar anak gajah  dulu pun  dah bertukar jadi gadis jelitawan secantik ikan duyung.. Pergh! Hiperbola sungguh...Puji diri sendiri sampai tak ingat.
“Ain Syuhada, U dengar tak apa yang I cakap?”. Aidil Zafran menaikkan volume suaranya. Apahal minah ni?. Berangan ke?. Dia meneka sendiri kerana dia tidak tahu apa yang dibuat oleh Ain Syuhada. Maklumlah Mr. Blind. Kalau nak guna deria bau pun tak ada benda yang boleh dihidunya. Cuma wangian Nina Ricci sahaja yang menghuni deria baunya sekarang ini.
Pecah lamunan Ain Syuhada. Nasib baik bosnya ini Mr. Blind. Kalau tidak mana nak disorok mukanya kerana asyik merenung wajah kacak dihadapannya ini.
“Sorry bos. Saya kat toilet tadi?”. Ah…Bohong lagi. Agaknya selagi dia bekerja dengan Mr. Blind ini dosanya tentu berkoyan-koyan.
“Kalau nak kemana-mana. Inform la saya dulu. Nanti serupa orang bodoh pulak. Cakap sorang-sorang.” Aidil Zafran memberi arahan. Sudah banyak kali dia menghadapi situasi begini jika berurusan dengan pekerja bawahannya. Maklumlah mereka tidak peka dengan OKU blind sepertinya.

“Sorry bos. Lain kali saya tak buat lagi”. Ain Syuhada menonyoh dahinya sendiri. Macamana dia boleh lupa cara untuk berinteraksi dengan OKU blind ini. Dah lupalah praktik masa mengajar dulu.
“Dokumen tu saya nak awak rakamkan bacaannya untuk saya. Kalau awak malas, scan aje. Nanti saya boleh baca sendiri. As soon as possible”. Ain Syuhada mengangguk laju.
“Baik bos”. Dia menelek dokumen setebal 2 inci tu.
Mahunya kering tekak kalau nak dibaca satu persatu. Akhirnya dia memutuskan untuk scan sahaja kerana dokumen ini dalam bentuk tulisan. Tidak ada sebarang graf, kalau ada pun tak penting untuk Mr. Blind seperti bosnya itu. Yang penting-penting akan diterangkan sahaja kepada bosnya. Kerja akan jadi mudah dan pantas. Ain Syuhada tersenyum lagi.
Bab membaca dokumen yang telah discan itu adalah tugas JAWS satu perisian yang digunakan oleh komputer untuk membaca maklumat. Dia pernah lihat bekas pelajarnya menggunakan perisian ini untuk membaca nota. Tapi orang normal sepertinya payah betul untuk memahami cakap Mat Salleh slang Melayu ini membaca nota satu persatu.
“Nanti waktu lunch tolong tapaukan untuk saya?”. Arahan dari bosnya didengar dengan teliti.
“Kenapa bos tak pergi makan sekali?”. Soal Ain Syuhada ingin tahu. Kalau dah blind, walau  tak nampak apa pun tapi bersosial itu penting supaya tak jadi kera sumbang. Dia kerap juga menasihati bekas pelajarnya supaya bergaul dengan orang normal. Jangan asyik dengan kelompok sendiri sahaja supaya minda itu terbuka dan pergaulan menjadi mudah.
“Malaslah. Orang Malaysia ni tak sama macam kat UK tu. Kat sana semua tak kisah dengan orang OKU macam saya. Tapi kat sini macam tengok Alien”.
“Ish…taklah. Kalau  10 tahun lepas mungkin betul. Tapi sekarang semua dah berubah bos. Mereka prihatin nak membantu. Kalau saya pun suka, pasal rasa glamour berkawan dengan OKU ni. Semua orang pandang.”. Ain Syuhada cepat-cepat menyangkal pendapat dari bosnya itu. Semasa jadi guru ganti dulu, dia kerap membawa pelajarnya membuat aktiviti outdoor seperti shoping dan tengok wayang. Ramai orang akan perhati tingkahnya melayan pelajarnya dan ramai juga yang membantu. Rasa glamour sekejap dilayan begitu walaupun menumpang tuah orang.
“Betul ke?”. Soal Aidil Zafran tidak percaya. Tapi mungkin juga betul kerana dia baru sahaja menjejakkan kaki di bumi Malaysia ini  6 bulan yang lepas setelah 10 tahun di negara orang. Jadi, dia agak ketinggalan tentang  perkembangan terkini bumi Malaysia ini.
“Kalau macam tu, lunch nanti teman saya makan?”. Aidil Zafran mengeluarkan arahan. Sudah ada P.A mestilah digunakan sungguh-sunggguh kalau tidak rugi saja membayar gaji.
“Baik bos”. Ain Syuhada pantas menjawab.

Terlopong Melissa apabila melihat Ain Syuhada membuka cerita bersama linangan airmata.
“Ain menyesal kak. Ain betul-betul menyesal”. Airmata yang berlinangan diseka dengan telapak tangan. Melissa berasa simpati mendengar cerita Ain Syuhada. Tapi simpatinya lebih kepada Aidil Zafran.
“Ain taktahu kesan semburan Redinsert tu buat dia jadi buta, kak. Kalau Ain tahu sumpah Ain tak buat”. Sambungnya lagi dengan esak tangis yang makin menjadi. Melissa segera memeluk adik iparnya. Digosok-gosok belakang badan Ain Syuhada dengan lembut. Moga-moga dapat mententeramkan gundah gulana yang melanda Ain Syuhada.
“Ain minta maaf kak sebab menjual nama kak. Ain dah takda idea nak menipu apa lagi kak. Itu je yang muncul dalam benak Ain”. Pantas dia memohon maaf dari Melissa kerana berbohong mengatakan dia adik Melissa.
“It’s okay. Memang Ain adik akak pun. Walau adik ipar tapi tetap macam adik sendiri”. Lega hati Ain Syuhada apabila mendengar tutur kata dari Melissa.
“So, sekarang ni Ain nak buat apa? Teruskan lakonan?”. Soal Melissa.
“Entahlah…rasanya lakonan perlu diteruskan. Ain benar-benar nak bantu dia. Dengan cara itu, sekurang-kurangnya Ain akan rasa lega.” Melissa hanya terangguk-angguk mendengar kata adik iparnya itu. Rumit juga masalah yang menimpa Ain Syuhada. Tapi sebagai kakak dia akan memberikan sepenuh sokongan buat adik iparnya itu.
“Apapun akak akan terus menyokong.” Ain Syuhada berasa syukur yang amat kerana Melissa tidak marah, malah memahami masalahnya. Dan paling penting menyokongnya. Walaupun  support moral, itu sudah memadai.
“Sudah,sudahlah menangis. Kesat airmata tu. Akak turun dulu. Nak masak apa yang patut. Abang long kau balik nanti mesti nak makan. Kita ni walau dah ada maid, bab memasak kena buat sendiri untuk suami. Air tangan isteri tu penting. Opps!…terceramahla pulak. Terlebih sudah”. Melissa sudah tersengih apabila tersedar dia terlebih  menasihat adik iparnya.
Ain Syuhada kembali senyum. “Takpa nasihat akak bagus untuk Ain”. Melissa sudah berdiri. Dia menapak keluar dari bilik Ain Syuhada yang terletak di tingkat atas.
Ain Syuhada kembali menyambung kerjanya yang tertangguh tadi. Dia menyemak dokumen yang selesai di scan di pejabat semalam. Cuti hujung minggu ini dihabiskan dengan mengedit dokumen itu kerana untuk memudahkan Mr. Blind membacanya. Mujur juga laptop yang diberikan oleh Mr. Blind lengkap dengan perisian openbook. Pendek kata laptop yang diberikan itu lengkap dengan segala macam perisian untuk memudahkan pengguna OKU blind ini. Dia sudah beberapa kali menguap kerana matanya sudah pedih dan berpinar  akibat  terlalu lama mengadap laptop. Akhirnya dia berhenti mengedit dokumen itu. Malam nanti dia berkira untuk menyudahkan tugasan yang diberikan oleh Mr. Blind ini.
Pantas dia menutup laptop lalu berlari turun ke bawah. Cuti-cuti begini baik juga membantu Kak Melissa mana yang patut. Kesian pulak pada Kak  Melissa kerana cuti minggu begini patutnya dihabiskan bersama abang long. Tapi dah nasib bersuamikan doktor, kenalah faham tugas tanpa mengira waktu ini. Fikir  Ain Syuhada dalam hati.
Malam itu  Ain Syuhada bersama  Azman sekeluarga keluar makan angin ke KLCC. Mujurlah abang longnya itu tidak bertugas  petang itu. Dapatlah mereka sekeluarga keluar  bersiar-siar .  Lama juga dia tidak merasa menaiki PUTRA  LRT. Akhir sekali dia menaiki Transit aliran ini semasa menuntut di UMKL dulu. Nostalgia bersama kawan-kawan  sekuliah dulu amat dirindui.
Keluar sahaja dari perut PUTRA LRT mereka berjalan berkumpulan untuk window shopping. Abang long mengendong Auni Syahira, manakala Melissa memimpin tangan Muhammad Dani Ammar. Ain Syuhada saja yang berjalan kosong.
“Kita nak kemana ni, papa?”. Terpancul pertanyaan dari Dani Ammar. Azman hanya memandang kosong  wajah anak sulungnya itu.
“Entah, papa takda idea la. Kita nak kemana ni  Lisa?”. Soalan itu pula ditanya pada isterinya.
“Kita tengok wayang je lah. Tengok cerita kartun nak?”. Melissa bertanya pula  pada Dani Ammar. Anak lelakinya meloncat keriangan. Melissa tersenyum memandang wajah suaminya.
“So, dah ada idea?”. Kedua-dua keningnya dijongketkan kepada suaminya. Azman tersenyum sambil mencubit pipi gebu isterinya.
“Siaplah balik nanti”.
“Apa saja untukmu”. Balas Melissa. Ain Syuhada memandang sepi melihat drama sebabak itu. Boring sebenarnya. Cemburu pun ada melihat kemesraan abang dan kakak iparnya. Kalaulah dia juga dapat memiliki kebahagian seperti itu. Hmm…Agak-agak bilalah akan ketemu Prince  Charming?...Bluek…Ain Syuhada rasa nak muntah. Berangan saja. Agaknya Prince Charmingnya tersangkut  dicelah awan sebab itu sampai sekarang dia masih belum punya siapa-siapa.
“Jomlah kita ke TGV . Tengok cerita Madagascar”. Melissa sudah menarik tangan Dani Ammar diikuti Azman yang mengendong Auni Syahira. Ain Syuhada hanya menurut.
Sampai sahaja di depan panggung TGV mereka semua melihat paparan skrin untuk tayangan cerita Madagascar. Ada sejam lagi sebelum tayangan bermula. Azman sudah beratur membeli tiket. Tugas mengendong Auni Syahirah sudah bertukar tangan  pada Ain Syuhada.
“Kak saya ke Kinokunya. Nak survey novellah?”. Ain Syuhada meminta izin pada Melissa.
“Lepas ni nak jumpa kat mana?”. Sambungnya lagi.
“Ain datang sini balik. Kalau tak jumpa akak. Cari je kat Pizza Hut”. Terang Melissa. Auni Syahira yang berada  dalam dukungan Ain Syuhada diambil.
“Okey.” Balas Ain Syuhada pendek. Dia meneruskan langkah ke Konikunya dengan perasaan teruja. Sudah lama rasanya dia tidak membeli novel baru. Hari ini dia akan beli seberapa banyak yang boleh. Mujurlah Mr.Blind memberikannya tip kerana melayannya makan tengahari di kafetaria syarikat semalam.
Banyaknya juga tip aku dapat. Lepas jugak kalau nak beli 4 buah novel. Lepas ni kena  banyak lagi tolong Mr.Blind. Untung-untung dapat banyak tip lepaslah nak bayar duit muka VIVA. Ha..ha..ha…Ain Syuhada sudah ketawa dalam hati. Banyak betul perancangannya untuk mendapatkan sebuah VIVA. Biar terkejut Puan Ainon kat kampung tengok anak daranya dah maju dalam hidup dapat beli sebuah VIVA. Bukan penganggur  kehormat lagi yang kerjanya pagi petang, siang malam masuk angin keluar asap.
Ain Syuhada berjalan pantas ke bahagian novel Melayu yang tersusun cantik di rak buku. Rambang matanya melihat novel-novel baru yang terdapat disitu. Dia mencari novel keluaran terbaru dari Karya Seni yang dibacanya dilaman web penulisan2U. Novel bertajuk  ‘Projek Memikat Suami’ , ‘Teduhan kasih’  dan ‘Suamiku Mr.Perfect 10’ dicapai. Kemudian dia   beralih ke rak sebelah mencari novel Seindah Sakura yang diadaptasi ke drama. Menarik juga menonton drama itu. Jadi dia ingin menghayati novelnya pula.
Sedang asyik membaca sinopsis di belakang novel yang diambilnya. Dia terasa bahunya dicuit seseorang. Pantas Ain Syuhada menoleh. Mukanya merah kerana marah melihat seorang lelaki tersengih memandangnya. Apa dia ingat aku suka-suka disentuh oleh lelaki. Pantang betul. Rasa marahnya itu disalurkan ke wajah dengan memasamkan muka semasam asam kedut.
“Ain Syuhada kan?”. Soal lelaki itu masih lagi tersengih.
“Ya, awak siapa?”. Ain Syuhada menaikkan volume suaranya.
“Sorry pasal cuit bahu awak tanpa izin. Dah puas panggil, tapi awak asyik dengan novel”. Terang lelaki itu apabila melihat wajah Ain Syuhada yang masam mencuka.
“Tak kenal?. Cuba tengok wajah saya betul-betul”. Arah lelaki kacak itu pula.
Ewah…ewah siap arah aku teka-teka pulak.Namun Ain Syuhada tetap akur. Dia mengamati wajah lelaki kacak dihadapannya ini. Ala-ala wajah Mexico pun ada. Akhirnya Ain Syuhada tersenyum.
“ Abang Ray. Rayyan Aziz?”. Makin lebar senyum Ain Syuhada. Tak sangka akan bertemu lelaki idaman Malaya semasa belajar di UMKL dulu.
“Yup”.  Jawab lelaki itu bangga. Diakan lelaki idaman UMKL. Tak mungkin bekas juniornya ini akan melupakan wajahnya kerana dia yakin benar gadis di hadapannya ini juga termasuk dalam senarai gadis yang mengilainya.
“Abang Ray buat apa kat sini?”. Soal Ain Syuhada berbasa-basi.
“Saja, jalan-jalan. Tak sangka pulak boleh jumpa sicantik manis kat sini”. Ain Syuhada menunduk malu. Kembang hatinya apabila dipuji begitu oleh lelaki idaman Malaya ini.
“So, abis belajar buat apa?dah kerja?”. Soal Rayyan. Ain Syuhada pantas menggangguk.
“Kerja dengan Insaniah Holding”.
“Wow…great…Syarikat multinasional tu. Susah betul abang nak dapat kerja kat situ”. Terang Rayyan kagum.
“Abang Ray pula?”.
“Jurutera kat UMW”. Jawab Rayyan.
“Wah! UMW pun gah jugak”. Balas Ain Syuhada bersahaja. Dia melihat jam dipergelangan tangannya. Hampir sejam jugak dia di situ. Alamak cerita Madagascar!. Tiba-tiba dia teringat pada Azman sekeluarga.
“Alamak. Got to go. Dah lewat ni.” Ain Syuhada meminta diri.
“Nantilah dulu. Kasi no phone boleh?”. Rayyan Aziz cuba memancing. Pantas Ain Syuhada mengeluarkan sehelai tisu lalu ditulis nombor telefon bimbitnya di situ.
“Sorry. Tak dapat sembang lama-lama. Ada date”. Ain Syuhada pantas berjalan meninggalkan Rayyan Aziz selepas sehelai tisu  bertukar tangan.
“Date? Boyfriend?”. Rayyan berteka-teki sendiri sambil merenung tisu digenggamannya. Ahh…Best man win. Sapa cepat dia dapat. Dia menarik senyum.
“Siapa pompuan tu”. Tiba-tiba muncul seorang lelaki menyoalnya.
“Calon menantu ibu”. Jawab Rayyan yakin.
“What? U dah abis fikir ke?”.
“Yup. I nak tutup mulut ibu I. Penatlah nak jawab bila nak kawin. Kalau I kawin,so senyaplah sikit”.
“Lepas kawin, dia sibuk pulak tanya bila U nak ada anak?”.
“Sebelum dia tanya pasal anak, I cerailah. I bagilah apa-apa alasan. Mesti dia tak tanya dah. Janji I kawin dulu. Tutup mulut ibu I dulu.” Rayyan sudah merencana sesuatu. Dia perlu memenangi hati Ain Syuhada sehingga gadis itu melutut di kakinya. Cekup saja mana yang sudi asal dia kawin sebelum tahun ini berakhir.
“Hemm…I pun tak dapat bayangkan kalau U ada anak.” Lelaki itu ketawa mengejek. Rayyan pantas menyiku lelaki di sebelahnya.
“Mike, U cakap baik-baik sikit. Jangan cabar I”. Rayyan sudah membulatkan matanya. Namun dalam hati dia berdebar juga. Ada hatikah dia dengan seorang gadis?.
Ain Syuhada senyum lagi melihat adegan cerita kartun itu. Begitu mencuit hati melihat aksi Alex dan kawan-kawannya bermain  sarkas. Tapi hatinya lagi tersenyum bahagia kerana berjumpa semula dengan Rayyan Aziz jejaka yang pernah digilainya secara diam semasa menuntut di UMKL. Agaknya Prince Charming dah turun dari langit. Ain Syuhada senyum lagi dan lagi…


OKU Sayang Bab 5


Bab 5

“ Ni, nak pi kerja ni wang saku ada dak?”. Azman sudah bertanyakan wang saku pada adiknya yang akan memulakan kerja pada hari ini. Ain Syuhada hanya tersengih. Wang sakunya hanya ada RM100 sahaja. Cukuplan buat belanja makan tengahari selama seminggu. Tak  cukup duit nanti pandai-pandailah dia minta pada Bank Negara di kampung tak lain tak bukan Puan Ainon, ibu kesayangannya itu.  Pergi kerja pun berhantar bagai dengan Kak Melissa, maklumlah satu ofis.
“Nah duit buat belanja. Tapi jangan boros”. Duit berjumlah RM50 sebanyak 4 keping itu bertukar tangan. Ain Syuhada hanya tersenyum sambil ekor matanya melihat pada kakak iparnya. Risau jugak jika wang pemberian Abang longnya itu membuatkan kakak iparnya berkecil hati. Maklumlah hidupnya pun menumpang. Walau rambut sama hitam tapi hati lain-lain.
“Nah, yang ni Kak Lisa bagi.” Melissa menghulurkan pula sekeping wang kertas bernilai RM100 kepada Ain Syuhada. Teragak-agak dia hendak mengambilnya.
“Ala, jangan segan-segan. Ain pun adik Kak Lisa jugak. Yang tadi tu duit Abang Man. Yang ni duit Kak Lisa sendiri. Ambillah. Nanti kalau Kak Lisa kecil hati, Ain pergi kerja sendiri”. Melissa sudah memuncungkan mulutnya pura-pura merajuk. Ain Syuhada segera mengambil duit yang dihulur kakak iparnya itu. Sungguh dia mengucap syukur dalam hati kerana mempunyai saudara yang begitu prihatin.
“Jomlah kita dah lambat ni. Nanti jalan jammed kan susah”. Melissa sudah bangun dari kerusi makannya. Kemudian dia menelek wajahnya di cermin muka yang tergantung di laluan pintu keluar. Dia membetulkan keronsang tudung di kedua-dua belah bahunya. Bibirnya itu dicalitkan sedikit pelembab. Azman sudah berada dibelakang isterinya itu.
“Dah cantik”. Pujinya pada Melissa. Sekilas dia berpaling pada suaminya. Dibetulkan tali leher yang tergantung di leher suaminya. Kemudian dia bersalam dan menghadiahkan ciuman di kedua-dua belah pipinya.
“Love you”. Di ucapkan kalimah itu di cuping telinga suaminya dengan suara yang menggoda.
“ I love you too”. Balas Azman. Satu kucupan kasih diberikan di ubun-ubun isterinya. Ain Syuhada berdehem. Amboi romantik sungguh. Kena praktik ni bila dah kawin nanti. Ain Syuhada tersenyum sendiri. Ish..boyfren pun takda lagi sibuk nak kawin. Gatai bebenor. Dia bermonolog lagi.
“Mama, papa tepila sikit. Dani nak pakai kasut ni. Nanti Pak Abu datang. Dani tak siap lagi”. Muncul Muhammad Dani Ammar  anak sulung Abang Longnya di muka pintu. Dia menyorong beg sekolah dan menjinjit botol air mineral di sebelah tangannya lalu diletakkan di sebelah rak kasut. Dia   mengambil kasut sekolahnya  dan menyarungkan dengan pantas sekali. Setelah selesai dia menyalami kedua ibu bapanya.
“Dah abis sekolah nanti. Jangan kemana-mana tunggu sampai Pak Abu datang ambik”. Pesan Melissa. Satu ciuman diberikan kepada  anaknya.
“Iya. Dani ingat. Hari-hari mama pesan. Dah rakam dalam otak”. Terang anaknya itu. Melissa hanya tersenyum. Dia bimbang kerana banyak sekali kes budak hilang diculik. Sebab itu dia selalu menitipkan pesan yang serupa pada anak sulungnya itu. Pak Abu jiran sebelah yang pencen askar ditugaskan mengambil dan menghantar anaknya. Lagipun Pak Abu sendiri yang rela hati kerana bosan tiada benda hendak dibuat.
“Bibik, nanti Auni Syahira bangun tidur. Buatkan susu ya”. Pesan Melissa pada pembantu Indonesia yang berusia awal 40-an itu.
“Baik puan. Hati-hati bawa kereta ya puan.” Kali ini bibik yang sudah 8 tahun berkhidmat itu pula menyampaikan pesan. Melissa hanya tersenyum. Ain Syuhada hanya memerhati sahaja gelagat penghuni rumah 2 tingkat ini pesan-memesan sebelum  ke tempat kerja. Pasti adegan ini yang akan dinikmatinya setiap pagi sebelum ke tempat kerja.
Enjin Kereta Honda City itu dihidupkan. Ain Syuhada membuka pintu kereta lalu melolos masuk duduk di sebelah penumpang.
“Darling!”. Azman menjengulkan kepalanya dari kereta Audinya.
“Kenapa?” Soalnya pada Melissa yang masih berdiri di muka pintu kereta Honda City. Pelik kerana Melissa masih di situ walaupun enjin kereta itu sudah beberapa minit dihidupkan.
“Jangan nakal-nakal ya. Jangan main mata dengan nurse kat tempat kerja”. Pesan Melissa pada Azman yang bertugas sebagai doktor pakar sakit puan di PPUM itu. Azman tersenyum sumbing. Begitulah dia hari-hari sebelum ke tempat kerja. Pasti isteri kesayangannya itu akan berpesan begitu. Bergurau katanya.
“Nakal!. Melissa sajalah buah hati abang. Tiada yang lain sampai jasad terpisah dari nyawa”. Azman berkata dengan lantang.
Melissa sudah tersengih. Seronok mendengar Azman berkata begitu setiap hari. Tidak jemu dia mendengarnya. Buat semangat memulakan kerja. Ain Syuhada sudah tersenyum. Dalam hati seram pun ada melihat adegan romantik abang dan kakak iparnya itu. Sudah 9 tahun berkahwin tapi perasaan sayang itu masih menyubur lagi. Agak-agak aku esok macam ni ka?. Ain Syuhada berteka-teki sendiri.
Kereta Honda City dan Kereta Audi bergerak keluar dari perkarangan rumah 2 tingkat itu menuju ke destinasi yang berlainan. Azman menuju ke PPUM yang terletak di Pantai Dalam, manakala Melissa ke Setiawangsa.   

Mereka masuk ke perut lif di bangunan setinggi 16 tingkat itu. Sampai ke tingkat 10 lif berhenti dan mereka keluar dari situ. Tertulis dengan besar perkataan  Insaniah Holdings di pintu masuk ke pejabat itu.
“ Tingkat 10 ni milik Insaniah Holdings. Tingkat 10 ni besar sebenarnya. Ada 4 wings iaitu east, west, south and north. So disebelah  east tu  menempatkan bilik mesyuarat,  bilik bos kecil dan bos besar . Bahagian west and south  pula bilik ketua bahagian dan kakitangan pejabat. Jadi ada bahagian operasi, sumber manusia, pemasaran, kewangan dan sebagainya. Bahagian North pula ada kafetaria, surau dan gymnasium”. Terang Melissa bersunguh-sungguh.
“Saya kerja kat bahagian mana?”. Soal Ain Syuhada pendek.
“ Tentulah east.  Sama tempat  dengan akak. Bezanya akak duduk meja setiausaha kat bilik bos besar, Ain pula kat bilik bos kecil”. Ain Syuhada sudah terangguk-angguk seperti burung belatuk.
“Marila            h akak tunjukkan bilik”. Ain Syuhada pantas mengekori langkah Melissa menuju ke bilik bos kecil. Sampai di muka pintu bilik bos kecil, Ain Syuhada melihat sekilas nama yang bertinta emas terhias di situ. Ain Syuhada mengerutkan dahinya apabila terlihat nama Aidil Zafran bin Tan Sri Mustafa di situ. Mungkinkah dia?. Ah…tak mungkin. Dalam dunia ni kan ramai namanya sama.
“Marilah masuk”. Melissa pantas menarik tangan Ain Syuhada yang dilihat terpaku di muka pintu bilik bos kecil ini.
Ain Syuhada tersedar dari lamunannya. Tergamam sebentar kerana melihat suasana ruang bilik ini yang begitu luas. Namun perabotnya tidak banyak. Ada satu meja besar yang disediakan untuk kegunaan bos kecil. Di situ juga terdapat ruang pemisah yang berbentuk empat segi lebar. Terdapat satu meja sederhana besarnya dan satu rak fail yang sederhana tinggi terletak di belakang meja itu.
“Ha!...Ni tempat kerja Ain”. Melissa menunjukkan ruang pemisah itu pada Ain Syuhada. Lantas dia menolak perlahan bahu Ain dan menyuruhnya duduk di kerusi yang disediakan.
“Selesa tak? Senang duduk satu bilik pasal bos kecil ni OKU. Mr..Blind susah kalau nak bergerak ke sana sini kalau nak apa-apa. So P.A kena duduk sekali baru senang kerja.”
“Err…tak pelik ke?”. Ain Syuhada menyoal Melissa.
“Pelik?”. Melissa mengerutkan keningnya dengan pertanyaan Ain Syuhada itu.
“Berdua-duaan…Takut kena tangkap basah”. Ain Syuhada mengeluarkan kenyataan yang agak tidak logik dipendengaran Melissa. Puas dia menahan diri dari ketawa. Namun terburai juga ketawanya itu apabila melihat wajah adik iparnya yang cemberut itu.
“Tak sempat basah pun. Nampak cermin bilik ini. Semua transparent. Apa yang Ain buat semua orang nampak kat luar sana. Lainlah kalau Ain dengan bos kecik buat projek kat bilik air”. Melissa sudah mengangkat kening tanda mengusik Ain Syuhada.
“Haiya…choi..choi…Akak ni cakap sesedap mulut je”. Ain Syuhada cepat-cepat menafikan apa yang diperkatakan oleh Kakak  iparnya itu.
“Syarikat ni besar. Ada lebih dari 100 orang pekerja di sini. Ini tak termasuk cawangan di Sarawak dan Terengganu lagi. CEO syarikat ni anak sulung  Tan Sri Mustafa lepas beliau meninggal dunia  kira-kira 2 tahun lalu. Datuk Adam Malik. Ketua Bahagian R&D pula anak kedua, Datuk Adila. Ketua Bahagian Kewangan  Encik Aidil Zafran  tu anak bongsu tapi dari  isteri kedua beliau.” Ain Syuhada sudah terangguk-angguk tanda faham apa yang dijelaskan oleh Melissa setiausaha kanan Insaniah Holdings ini.
“Marilah akak kenalkan pada ketua bahagian kat sebelah west and south. Senang nanti kalau ada apa-apa urusan dengan mereka. Sambil-sambil tu kita ronda sekejap bahagian north. Akak ni bukan selalu dapat temankan Ain makan. Nanti busy mesyuaratla…pergi site la…urusan bank la…Busy tau!” Melissa mengomel sebentar mengenai kesibukan kerjanya.
“Akak, kat tempat kerja ni Ain nak panggil apa kat akak? Mestilah kena formal kan?”
“Oh..terlupa pulak. Panggil je Puan Melissa. Tapi  kat tempat kerja je tau. Jangan melarat sampai rumah. Tak pasal nanti Abang Man ingat akak buli adik kesayangannya ni.” Melissa mengenyitkan matanya.
“Hem…Puan Melissa, bos kecil masuk pejabat pukul berapa?” Tanya Ain Syuhada tidak sabar. Teruja pun ada kerana akan memulakan tugasnya hari ini kepada Mr. Blind.
“Sekejap lagi kot. Sempatlah kita pergi berkenal-kenalan dulu”. Melissa sudah menarik tangan Ain Syuhada agar mengikut langkahnya ke tempat yang hendak dituju. 

Ain Syuhada kagum apabila kakinya melangkah ke bilik CEO Insaniah Holdings. Terpampang gambar famili Tan Sri Mustafa di dinding apabila pintu bilik  bigbos di buka. Datuk Adam Malik dilihat sedang membelek dokumen setebal 2 inci itu. Kemudian dia mengangkat muka memandang wajah jelita Melissa di samping seorang gadis yang amat manis pada pandangan matanya.
“Yes Melissa, anything what can I do?” Pertanyaan itu disulami dengan segaris senyuman dibibir. Ain Syuhada memerhati lelaki berusia awal 40-an itu. Wajahnya bersih dan dihiasi dengan kumis yang nipis. ‘Hem…sedap mata memandang.’ Omel  Ain Syuhada dalam hati.
Melissa hanya tersenyum. Bigbos yang paling dikagumi. Walau punya rupa, harta dan pangkat, dia tidak berhidung tinggi.  Juga  tidak pernah mengambil kesempatan pada pekerja bawahannya.
            “Kenalkan, P.A baru for your younger brother”.  Melissa memperkenalkan Ain Syuhada pada CEO Insaniah Holdings. Seraya itu Datuk Adam Malik segera berdiri tanda mengalu-alukan pekerja barunya.
“Welcome to Insaniah Holdings.” Ramah Datuk Adam Malik menyapa.
“Terima Kasih Datuk”. Jawab  Ain Syuhada sambil mengangguk tanda menghormati bigbosnya itu.
“Where Ur get her?”.
“She’s my sister in law. Sorry bos. Cari kroni untuk jawatan ni. Terdesak.” Balas Melissa senyum sumbing.
“Don’t mind. But make sure, she’s excellent in that’s job”. Wah! sudah berbaur amaran kata-kata yang diucapkan oleh Mr. CEO dipendengaran Ain Syuhada. Malaysia Boleh! Chaiyok.chaiyok…! Ain Syuhada. Buktikan kau boleh. Kata-kata semangat itu diseru-seru dalam hatinya.
“Saya gerenti bos”. Jawab Melissa yakin. Mestilah dia yakin Ain Syuhada boleh melakukan tugasan itu. kalau  tidak sia-sia saja dia bersusah payah mendapatkan jawatan ini untuk adik iparnya itu.
“Saya harap awak dapat bekerjasama dengan Ketua Kewangan Insaniah Holdings ye? He’s very special person.” Kata-kata itu ditujukan buat Ain Syuhada pula.
Ain Syuhada merenung wajah Mr. CEO dihadapannya dan menjawab penuh yakin. “Yes bos. I  do my best”. Ain Syuhada berjanji. First impression mestilah kena tunjuk keyakinan yang tinggi. Tugasan? Second impression kot. Ha..ha..ha..
“Ok bos. Got to go. Nak introduce pada Datuk Adila pula.” Melissa meminta diri. Datuk Adam Malik hanya menggangguk kemudian mengiringi langkah Melissa dan Ain Syuhada hingga ke muka pintu. Kembang rasa hati Ain Syuhada kerana menerima layanan dari bigbos. Begitu humble…

Ain Syuhada mengikut langkah Melissa menuju ke bilik di sebelah bilik bigbos tadi. Tertera nama ‘Datuk Adila binti Tan Sri Mustafa’ di muka pintu. Kagum sejenak kerana muda-muda lagi sudah mendapat title ‘Datuk’.
“Datuk Adila ini memang pakar. Muda-muda lagi dah banyak R&D dalam bidang petroleum yang gah sampai omputih pun ambik paten orang Malaysia ni.” Melissa memulakan bicara. Bangga sebenarnya kerana orang perempuan juga boleh seiring dengan lelaki. Macam Gabenor Bank Negara, perempuan juga yang berkuasa.
“Humble  jugak ke macam our bigbos?” Soal Ain Syuhada. Melissa pantas mengangguk.
“But she’s very fussy. Perempuan katakan ”. Tokok Melissa pula dengan memek muka dan mata yang dijulingkan ke atas tanda not’s good.
            “Ala..kak. Semua perempuan fussy kan? Akak pun fussy jugakkan?” Melissa sudah tersengih. Hem..sedap mengata orang, tidak sedar diri sendiri pun sama juga.

Mereka melangkah masuk apabila suara wanita di dalam memberi keizinan untuk masuk.
“Ooo..inilah P.A for Aidil Zafran ye?”. Belum sempat Melissa introduce, Datuk Adila terus menerjah.
“Ya, Datuk. Saya Ain Syuhada Ismail”. Tangan dihulur untuk bersalam dengan Datuk Adila. Seraya salam itu disambut dengan senyuman yang ikhlas.
“Hem…cantik. Manis. Kalau Aidil boleh lihat, mesti jatuh hati”. Ain Syuhada sudah menelan liur. Cepat betul spekulasi yang dibuat oleh Datuk Adila pada pertemuan pertama ini. Namun dia cuma tersengih, bangga dipuji cantik.
“Hopefully you will enjoy to work here”. Datuk Adila memberi perangsang. Ain Syuhada terasa bahagia. Baru hari pertama di sini dia sudah diterima tanpa prejudis oleh pihak atasan. Harapannya biarlah semuanya dipermudahkan oleh Allah S.W.T


OKU Sayang Bab 4


 Bab 4
10 tahun berlalu
“Oooo...aku penganggur…Janganku dipandang hina hanya kerana aku pengganggur…ooo..nasibku…aku penganggur”. Ain Syuhada galak menyanyi mengikut  lagu Penganggur nyanyian Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad. Sikat rambut dijadikan mikrofon olok-olok sambil menyanyi dengan sekuat hati. Biarlah sumbang mambang asal dapat melegakan ketegangan yang melanda dihati. Satu tamparan pedih hinggap di punggungnya.
Ain Syuhada berhenti menyanyi, dia pantas menoleh melihat siapa yang berani-berani menampar punggungnya yang berisi itu. Nanti penyet pulak asetnya yang mahal itu. Terkejut beruk Ain Syuhada melihat Puan Ainon sudah bercekak pinggang. Sudah nampak sisa-sisa kedut dimuka ibunya dan rambut yang dulunya hitam sudah memutih dengan uban.
“Hang ni nak jadi apa Ain, oii…Terpekik terlolong macam kena sampuk polong?” Jerkah Puan Ainon seperti guruh di langit.
Ain Syuhada tersengih seperti kerang busuk. Takut melihat wajah serius ibunya yang seperti Mak Lampir itu.
“Chek  tension mak. Esok chek dah jadi penganggur balik. Kontrak guru ganti tu dah habis. Cikgu yang chek ganti beranak tu dah start keje dah.” Ain Syuhada melongo seperti ayam berak kapur.
Esok dia akan bergelar penganggur kehormat semula. Sudah setahun dia tidak bekerja. Sudah banyak kerja yang dimohonnya semenjak menggenggam sekeping Ijazah Sarjana Muda Perakaunan. Tetapi tiada satu pun yang hendak mengambilnya bekerja kerana tiada pengalaman. Kadang-kadang terasa seperti hendak berputus asa. Pinjaman PTPN sudah mula menagih hutang. Tapi satu sen pun tidak dibayarnya kerana tidak bekerja. Kusut kepala bila memikirkan masalah kerja ni.
“Itulah dulu mak suruh hang jadi cikgu hang takmau. Tak minatla, takda jiwala.Kalau hang ambik pendidikan dulukan dah jadi cikgu la ni”. Puan Ainon mula bersyarah. Hajat hatinya ingin sangat satu-satunya anak perempuannya ini menjadi pendidik seperti arwah ibunya dulu.
            Ain Syuhada sudah menarik muncung. Kalau dia tahu nasibnya begini memang dah lama dia mohon masuk maktab perguruan yang dah bertukar status menjadi institut  itu. Tapi sungguh dia tidak minat. Namun setelah 3 bulan menjadi guru ganti mengajar pelajar buta di SMK Hosba,minatnya tiba-tiba menggunung. Dia tidak tahu rupanya dia memang ada jiwa sebagai pendidik.
“Takpalah mak. Hujung tahun ni borang DPLI keluaq, chek isi. Manatau hajat mak nak tengok chek jadi cikgu tercapai”. Ain Syuhada sudah mula merencana masa depannya sendiri. Dia mahu memohon jurusan pendidikan khas ini. Dia jadi minat pula walau baru 3 bulan menjadi guru ganti.
“DPLI itu menatang apa?”. Puan Ainon sedikit kusut. Dia memang tidak tahu. Dulu masa mudanya dia tidak minat belajar sebab itu dalam usia 18 tahun dia sudah berkahwin dengan pujaan hatinya Encik Ismail. Ayah kepada 3 orang anaknya itu.
“Diploma Perguruan Lepasan Ijazah mak”. Terang Ain Syuhada. Puan Ainon hanya mengeluh.
“Kalau hang kawin kan senang. Umo tu bukan muda lagi dah. 24 tahun dah pun.” Tiba-tiba sahaja Puan Ainon membangkitkan isu kahwin. Dia risau melihatkan Ain Syuhada yang masih kosong ini. Dulu masa umurnya belasan tahun, ramai betul yang tergila-gilakannya hendak dibuat isteri. Tapi hatinya sudah berkenan dengan Encik Ismail. Masuk saja 18 tahun dia sudah bergelar isteri kepada Encik Ismail. Puan Ainon tersenyum sendiri.
“Hai mak…Senyum sorang-sorang nampak. Ingat mata ayaq ka?. Amboi…ayah bukan pi manapun. Pi pekan Kuala Ketil ja.  Satgi balikla. Rinduka?”. Ain Syuhada mengusik ibunya. Puan Ainon sudah mula mengecilkan matanya tanda marah mendengar usikan anaknya itu.
“Selama hang belajaq kat Kolumpo nun…takda ka boyfren?”. Soalan itu pula yang ditanya Puan Ainon. Ain Syuhada menelan liur. ‘Hai, apa kena mengena belajar kat UMKL dengan boyfren ni’. Ain Syuhada bermonolog sendiri.
“Chek ni bukan segak mana pun. Sapalah mau nak buat gefren mak oii?”. Ain Syuhada merendah diri. Memang seingatnya pun semasa bergelar mahasiswi jarang kumbang yang mahu menghimpit. Entahlah, dia pun taktahu apa badi yang melekat pada dirinya. Akhirnya dia membuat kesimpulan sendiri bahawa mungkin jodohnya ada di luar sana bukan di tempat dia menuntut ilmu.
“Ishy…pantang betui orang kata keturunan aku tak segak. Hang taudak?. Aku ni orang kampung panggil Latifah Omar tau. Bintang felem popular. Hang tengok ni tahi lalat manis yang duk menempek kat bawah mulut aku ni. Tahi lalat ni lah yang buat ayah hang tergila-gila kat aku.” Bersungguh betul Puan Ainon bercerita sambil menonyoh tahi lalat yang menempek di bawah bibirnya. Ain Syuhada sudah tergelak melihat aksi ibunya yang begitu bersemangat membuka cerita zaman kegemilangannya.
“Itu mak. Chek ni sapa?. Zaman la ni orang nak yang putih gebu ja. Badan mesti montok. Bukan papan lapis macam chek. Kulit pun ala hangit ja.”
“Itulah. Dulu badan dah montok yang pi diet teruk-teruk buat pa?Kan dah jadi papan lapis”. Perli Puan Ainon. Seingatnya semenjak Ain Syuhada masuk ke MRSM, tubuhnya yang sebesar anak gajah  dulu bertukar menjadi kurus  macam papan lapis. Dia risau benar jika anaknya itu tidak cukup makan. Tapi jawapan standard dari Ain Syuhada seperti selalu , ‘diet’.
“Adaka pi kata badan chek montok?. Anak gajah adalah. Mak, chek diet pasai tak mau jadi anak gajah. Baik lagi jadi papan lapis. Tapikan papan lapis pun orang tak nak?”. Suara  Ain Syuhada yang meningkah kata-kata ibunya mengendur tiba-tiba. Mungkin sedih kekurangan diri menyebabkan dirinya rasa  ‘ tak laku.’
“Hang mai sini!”. Puan Ainon sudah menarik tubuh anaknya itu menghadap cermin muka yang berbentuk empat segi panjang itu. Ain Syuhada mengikut saja kehendak ibunya itu.
“Hang tengok sini. Hidung mancung ni ala anak mami tau. Ikut tok abah hang mamu Penang. Ini kurus bukan papan lapis. Kurus ni mahai tang sini, tang sini.” Puan Ainon sudah menunjuk ke arah dada dan punggung Ain Syuhada yang berisi itu.
Ain Syuhada cepat-cepat menepis tangan ibunya yang menunjuk ke dadanya. Segan pula dibuat begitu walaupun niat ibunya itu mahu menunjukkan keistimewaan yang ada pada dirinya.
“Iyolah…Puan Ainon. Anak Puan Ainon ni cantik, molek. Anak mami Penang katakan”. Akhirnya Ain Syuhada terpaksa akur dengan kehendak ibunya. Puan Ainon sudah tersenyum puas kerana anaknya itu tidak lagi menjadikan kekurangan diri sebagai satu isu lambat bertemu jodoh.
“Mak hang oii. Awatnya hingar sangat sampai ke jalan dengaq suara macam guruh ni.” Terdengar suara ayahnya di ruang tamu menegur ibunya.
“Ha…mak. Tu Nordin Ahmad dah balik. Mata ayaq mak.” Ain Syuhada mengusik ibunya dengan menggelar ayahnya Nordin Ahmad kerana merupakan pasangan yang serasi untuk Latifah Omar dalam setiap filem lama keluaran Cathay Keris itu.
Puan Ainon cepat-cepat keluar ke ruang tamu. Ain Syuhada juga mengekori ibunya dari belakang. Terlihat ayahnya menjinjit beg plastik penuh dengan barangan basah untuk di masak tengahari ini.
“Banyaknya ayah beli. Nak buat kenduri ka?” Ain Syuhada mengusik pula ayahnya kerana melihat barang basah yang dibeli ayahnya luar biasa banyaknya.
“La…hang taktau ka? Abang hang sekeluarga nak mai sini. Dari pagi tadi lagi depa bertolak dari Kolumpo tu. Agaknya pukul 1 petang satgi sampai la kot. Ish…tak sabar la nak jumpa cucu.” Terang Encik Ismail. Ain Syuhada bersorak riang kerana dia juga merindukan anak saudaranya yang berusia  5 tahun dan 2 tahun itu.
“Emm..kalau nak harap anak hang..taktau bila ayah nak dapat menantu lagi?”
“Ish…ayah ni. Kalau tak sabar sangat suruhla Muaz kawin dulu. Chek ni nak kena tunggu orang meminang. Kalau Muaz tu, dia pi minang orang.” Ain Syuhada sudah memuncungkan mulutnya kerana terasa dengan kata bapanya.
“Tak boleh langkah bendul na. Muaz tu belajar pun tak habis lagi. Kerja pun ntah mana hala lagi. Nak bagi anak orang makan pasir?”. Encik Ismail sudah mengeluarkan fatwanya. Ain Syuhada hanya mengangguk sahaja kerana kalau ayahnya sudah mengatakan A jangan sesekali mengubah menjadi Z.

Petang itu terasa begitu meriahnya rumah mereka kerana menerima kedatangan anak sulung pasangan Puan Ainon dan Encik Ismail. Paling gembira sekali buat Ain Syuhada kerana kakak iparnya telah merekomen kerja buatnya di Kuala Lumpur itu.
“Personal Asistant? Apa kebendanya kerja tu?”. Puan Ainon lorat bertanya pada menantunya Melissa. Risau juga kerana dia tidak memahami makna kerja itu dalam bahasa omputih. Dan paling risau kerana satu-satu anak daranya itu akan bekerja di Kuala Lumpur ibukota yang mempunyai pelbagai cerita itu.
“Pembantu peribadi mak. Saya ni setiausaha bos besar kat tempat kerja saya tu. Dia minta saya cari P.A untuk adiknya yang baru balik dari luar negeri. Adik dia ni special sikit mak. OKU.” Terang Melisa isteri kepada Azman anak sulungnya yang menetap di Kuala Lumpur.
“OKU? Apa tu. Ish…tak pahamla mak”. Puan Ainon mula mengerutkan dahinya mendengar istilah-istilah yang pelik itu.
“Orang kelainan Upaya”. Ujar Encik Ismail menghuraikan maksud OKU itu pada isterinya.
“Betullah tu. Adik bos saya ni buta. Kebetulan saya teringat kat Ain yang menganggur ni. Abang Man pula kata dia baru habis kontrak jadi guru ganti pelajar buta. Elok sangatlah kalau saya bagi kerja tu kat dia.” Puan Ainon sudah terangguk-angguk. Lapang dadanya apabila Ain Syuhada dapat kerja. Tidak perlu lagi digelar penganggur kehormat.
“Ain, kalau dah duduk di rumah abang long tu, buat perangai elok-elok. Jangan menyusahkan Kak Melissa kamu ni”. Pesan Puan Ainon pada anak perempuan kesayangannya itu. Ain Syuhada pantas menggangguk. Hatinya melonjak keriangan kerana dapat kerja. Berdebar pun ada kerana dia bakal berkerja dengan orang OKU ini. Tidak sabar rasanya menunggu minggu depan untuk memulakan kerjanya sebagai pembantu peribadi atau dalam bahasa omputihnya Personal Asistant.