Tuesday, 15 January 2013

Oku Sayang Bab 3


Bab 3
Ain Syuhada termenung di balik jendela. Kata- kata ibunya semalam masih terpahat kemas diingatannya. Rasa menyesal yang amat sangat mencengkam tangkai hatinya. Dia sudah puas menangis. Hendak diluahkan pada ibunya, dia takut. Kesalahan  yang dilakukan pada Aidil Zafran bukan sedikit. Dia takut kesalahan yang dilakukannya itu boleh menyebabkan dia ditangkap polis. Kemudian dia pasti didapati bersalah dan dimasukkan ke sekolah juvana. Dia tidak mahu masa depannya gelap. Dia punya cita-cita yang tinggi. Kalau sudah masuk ke sekolah juvana sudah pasti di cop sebagai budak bermasalah atau budak ‘jahat’.
Bunyi ketukan di pintu mematikan lamunannya. Muncul Puan Ainon di balik pintu. Ain Syuhada cepat-cepat menyeka air mata yang mengalir di pipi.
“Awat Ain?. Dari semalam lagi mak tengok hang ni monyok je. Ni, pasai apa yang hang teriak?”.Soal Puan Ainon risau. Tangannya mengelus lembut rambut ikal Ain Syuhada yang melepasi bahu itu.
“Chek tak sihat mak.” Bohong Ain Syuhada. Dia tidak mahu Puan Ainon tahu apa yang bergelodak di hatinya kala ini.
“Hang segugut ka?”. Ain Syuhada hanya menggangguk. Dia tersenyum kelat kerana membohongi ibunya. Nasib baiklah dia memang keuzuran minggu ini cuma dia  jarang menghidapi segugut.
“Nanti mak pi ambik minyak angin.” Kalut Puan Ainon berlalu hendak mencari minyak angin. Cepat-cepat Ain Syuhada menghalang niat ibunya itu.
“Chek dah sapu minyak dah”. Puan Ainon tidak jadi berlalu. Sebaliknya dia duduk di birai katil setelah Ain Syuhada menarik tangannya memintanya duduk.
“Mak betul ka apa yang mak kata semalam?”. Soal Ain Syuhada lagi. Puan Ainon mengerutkan dahi tanda tidak faham.
“Pasal Aidil Zafran tu?”. Sambungnya lagi.
“Hang ni, pasai apa?. Dari semalam duk tanya banyak kali. Betullah tu. Tok Penghulu kata nak hantar dia pi luar negeri. Mak ayah dia kata putus macam tu. Kalau ikut tok penghulu dia nak cucu dia belajar kat sini ja”.
“Luar negeri tu kat mana mak?”.
“Ishk…hang ni…banyak tanyalah. Mak taktau. Hang pi tanya ayah hang. Pasal semalam dia yang banyak sembang dengan Tok Penghulu dan ayah Aidil tu masa depa pi makan. Mak ngan mak dia duk jaga Aidil ja. Mak   tau takat tu ja. Tu pun ayah hang yang habaq”. Ain Syuhada terdiam apabila melihat reaksi ibunya yang sedikit beremosi. Dia takut jika terlalu menyoal ibunya akan mula syak yang bukan-bukan. Biarlah setakat ini saja dia tahu serba sedikit pasal Aidil Zafran. Nanti dia akan bertanya pada ayahnya pula yang lebih tenang dan sabar melayan karenahnya.
“Ish…mak lupa lak. Ni ha petang ni abang long hang balik dari Kolumpu. Katanya cuti 2 hari. Ada hal nak bincang pasal nak merisik bakal menantu mak tu. Satgi hang tolong mak siang ikan sembilang tu. Buat  asam pedas johor maunya menjilat sehingga ke siku.” Puan Ainon sudah ketawa lucu. Ain Syuhada ikut tersenyum.
“Hai mak… sejak bila pandai buat asam pedas johor ni?”.
“Amboi…amboi…amboi…Ain Syuhada oii…hang lupa ka ayahnya hang tu asal mana?” Soal Puan Ainon bercekak pinggang.
Pantang baginya anak sendiri lupa asal usul. Ain Syuhada ikut ketawa melihat gelagat ibunya yang mencuit hati. Dia memang tidak lupa asal usul ayahnya yang berasal dari Johor itu. Cuma sengaja dia hendak mengusik ibunya.
Selesai menyiang ikan sembilang di dapur, Ain Syuhada ke belakang dapur. Dia memetik pucuk ubi untuk dibuat ulam dan beberapa cili padi yang tumbuh segar di kebun kecil milik ayahnya. Encik Ismail sedang sibuk membuat beberapa batas untuk menanam beberapa jenis sayur yang sudah dibeli benihnya di Pekan Kuala Ketil pagi tadi.
“Ayah tak hangat  ka duk buat batas tengahari buta ni?”. Soal Ain Syuhada memulakan mukadimah untuk berbicara dengan ayahnya. Hendak bertanya terus tentang Aidil Zafran nanti apa pula kata ayahnya. Tak fasal-fasal dikatakan anak dara gatal.
“Ish…hangat apanya. Redup je…angin duk tiup sakan. Tak hangat pun. Nape Ain, ada benda nak tanya ayah ka?”. Serkap Encik Ismail. Walaupun sudah berbelas tahun tinggal di Kedah setelah pencen askar, namun loghat Johornya masih lagi tebal dilidah.
“Ayah nak ayaq dak?Nanti Ain ambik”. Ain Syuhada sudah mula menapak untuk ke dapur.
“Eh…tak payahlah!. Tu ha mak hang dak letak sejag ayaq sirap ais. Nape dengan kamu ni Ain. Ayah tengok macam ada yang tak kena je?”. Encik Ismail berhenti dari mencangkul tanah. Ain Syuhada menayang sengih sambil tangannya mencarik-carik pucuk ubi yang dikutipnya tadi.
“Ishh…kamu ni Ain. Pucuk ubi tu nak dibuat ulam. Yang duk pi carik sampai halus macam tu nape? Ain ada masalah ka?”. Ain Syuhada berhenti dari mencarik pucuk ubi itu apabila tersedar dari tingkahnya itu. Dia sedang menimbang sama ada hendak bertanya atau tidak mengenai Aidil Zafran.
“Bila ayah tengok kamu, teringat pulak kat cucu tok penghulu. Kesian pun ada.” Encik Ismail meletakkan cangkulnya di tepi batas. Dia langsung duduk di atas pangkin yang terletak di bawah pohon mempelam yang sedang berbuah lebat. Ain Syuhada terus menerpa duduk di sebelah ayahnya. Dia menuang sirap ais ke dalam gelas lalu disuakan kepada ayahnya. Rasa berbunga di hatinya kerana dia tidak perlu bertanya sebaliknya ayahnya sendiri memulakan bicara. Kalau ayahnya sudah mula bercakap, maka panjangnya akan menjadi berjela-jela. Tidak perlu bertanya dengan macam-macam soalan sebaliknya ayahnya sendiri akan bercerita tanpa diminta.

----------------------

Aidil Zafran duduk di pangkin kayu yang menghadap sawah padi di tepi rumah datuknya. Suasana petang yang redup dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa memberikan rasa damai di hatinya. Sudah seminggu dia berkeadaan begitu. Semenjak keluar dari hospital, petang-petang begini banyak dihabiskan masanya dengan bermenung. Abahnya sudah kembali ke Kuala Lumpur kerana urusan syarikat sudah banyak tertangguh. Tinggal mamanya sahaja di sini menemaninya dan cuba memujuknya untuk menerima cadangan abahnya yang sudah siap merencana masa depannya.
“Ehem…ehem…”. Dia menoleh mencari pemilik suara yang sedang mengalami sakit kerongkong. Dari nada suara itu dia pasti milik seorang gadis yang seakan dikenalinya.
“Siapa?”. Dia bertanya sambil berkalih duduk.
“Saya…err…saya…”. Suara yang seperti teragak-agak dan bernada takut itu seolah berada dekat dengannya. Dia cuba menggagau dengan tangannya jika benar ada orang disisinya.
“Siapa?...Kenalkan diri tu. Aku kan dah buta. Mana aku tau saya tu siapa”. Nada suaranya sudah sedikit meninggi. Memang geram kerana kedamaian hatinya diusik dengan kehadiran seseorang yang tidak dikenali.
“Saya Ain…Ain Syuhada!”. Ulang suara itu masih lagi takut-takut.
Aidil Zafran pantas berdiri. Mendengar nama itu sahaja dia menjadi amat marah. Nafasnya terasa sesak. Dia cuba berjalan dengan laju seolah seperti manusia yang sempurna. Dia tidak mahu bertemu dengan manusia yang memusnahkan masa depannya. Namun baru beberapa  langkah, dia sudah jatuh tersungkur kerana tersadung akar pokok yang berselirat di situ. Tongkat pemberian datuknya terlepas dari genggamannya.
Ain Syuhada terasa amat bersalah sekali. Bukan niatnya hendak mengejutkan Aidil Zafran. Tetapi rasa bersalah yang menghempap kepalanya perlu diringankan sedikit jika dia dapat memohon maaf dari Aidil Zafran. Dia tahu, tidak mungkin dan amat mustahil sekali Aidil Zafran akan memaafkannya dengan mudah. Mendengar cerita dari ayahnya tengahari tadi membuatkan perasaan bersalahnya semakin menebal. Dia perlu meminta maaf dari Aidil Zafran dengan apa cara sekalipun.
“Sukalah kan? Puaslah hati kau kan? Hajat kau nak tengok aku buta ni dah tercapailah kan? Buat apa kau datang cari aku?. Nak gelakkan aku pula”. Kata-kata Aidil Zafran seperti mesin gun yang memuntahkan peluru itu terasa merobekkan hatinya.
            Ain Syuhada cepat-cepat menyeka air mata yang mengalir.  Dia mendapatkan Aidil Zafran yang jatuh lalu cuba membangunkannya semula.
“Sudah…Tak payah nak buat baik. Aku boleh bangun sendiri”. Aidil Zafran menepis tangan Ain Syuhada yang cuba memegang lengannya. Tangannya sudah mengagau-gagau mencari tongkat kayu pemberian datuknya. Itu saja tongkat yang ada buat sementara ini kerana  tongkat putih yang menjadi simbol untuk orang buta baru sahaja ditempah dari MAB Kuala Lumpur.
Ain Syuhada buat tuli. Badannya yang gempal itu memudahkannya  menarik badan  Aidil Zafran lalu membangunkannya dengan sekali tarikan sahaja. Kemudian dia menolak  Aidil Zafran kembali duduk di pangkin yang ditinggalkan sebentar tadi.
“Kau ni kenapa?Nak berlagak tak tentu pasal. Aku datang sini nak minta maaf”.  Ain Syuhada menyinga. Marah benar dengan tindakan bodoh sombong Aidil Zafran yang menolak hasratnya untuk membantu mana patut. Tubuhnya yang gempal itu dihempaskan ke pangkin lalu duduk di sebelah Aidil Zafran. Berkeriut bunyi pangkin  kerana menampung tubuhnya yang sebesar anak gajah itu.
“Kau ingat mudah aku nak maafkan kau? Aku buta tau tak?Masa depan aku gelap. Kau rampas penglihatan aku Ain. Aku dah tak macam dulu. Aku dah tak boleh buat apa yang aku nak. Semua kena minta tolong orang. Nak masuk toilet pun kena orang pimpin…”. Nada suara yang meninggi tadi semakin mengendur, akhirnya  esak tangis yang bernada sendu pula kedengaran di cuping telinga Ain Syuhada.
Sungguh dia terasa amat bersalah sekali. Tidak pernah seumur hidupnya melihat seorang lelaki menangis seperti ini. Kalau adapun hanya Muaz sahaja yang menangis begitu, itupun ketika usianya masih kanak-kanak kerana protes kemahuannya tidak dituruti. Ain Syuhada turut merasa sebak. Air matanya juga turut meluncur laju melihat Aidil Zafran menangis.
“Aku betul-betul menyesal, Aidil. Aku tak sangka tindakan bodoh aku tu menyebabkan kau jadi macam ni. Aku betul-betul menyesal. Aku minta maaf, Aidil”. Sepenuh hati Ain Syuhada memohon maaf. Dia berteleku di hadapan Aidil Zafran sambil menyusun sepuluh jari memohon maaf. Walaupun perlakuannya itu sudah tidak bermakna lagi buat Aidil Zafran, dia tidak peduli asalkan beban yang terhempap di kepalanya itu dapat diringankan sedikit.
“Sudah tak da maknanya. Penglihatan aku tak dapat dikembalikan lagi walau seribu tahun kau minta maaf pada aku Ain. Dunia aku hancur. Masih ada harapan lagikah buat orang macam aku ni Ain?. Aku dah tak dapat lihat keindahan dunia ni lagi. Aku  dah tak macam dulu. Aku dah tak boleh berdikari. Hidup aku perlu bergantung pada orang lain Ain. Malah wajah mama, abah aku pun dah tak boleh aku lihat lagi Ain.Kau rasa semua ni adilkah untuk aku?”. Aidil Zafran memaut lututnya sambil menggerakkan badan.
Puas rasa hatinya kerana meluahkan apa yang dipendamnya selama seminggu dia di hospital pada Ain Syuhada. Dia benar-benar putus asa. Kalaulah  dia hilang pertimbangan sebagai orang Islam, tentu dia sudah tidak bernafas lagi. Tidak perlu meneruskan hidup yang dirasakan sia-sia sahaja. Namun dia cepat-cepat beristigfar mengingatkan kembali asal dirinya. Siapa Maha Penciptanya?.
“Kau cakaplah apa yang boleh aku buat asal kau maafkan aku”. Ain Syuhada masih lagi belum berputus asa. Dia benar-benar mengharapkan Aidil Zafran memaafkannya.
“Kalau kau jadi hamba tebusan aku seumur hidup pun takkan dapat aku maafkan Ain. Aku minta satu perkara saja Ain.” Aidil Zafran berjeda. Satu keluhan dilepaskan dari bibirnya yang comel itu. Ain Syuhada pantas berdiri dari duduk berteleku di hadapan Aidil Zafran. Wajahnya sedikit ceria apabila mendengar permintaan Aidil Zafran itu.
“Apa saja asal kau sudi maafkan aku.”
“Jangan muncul di hadapanku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu. Aku sakit, jiwaku sakit setiap kali aku ingat apa yang kau buat pada aku Ain”. Aidil Zafran bangun lalu berjalan  dengan teratur meninggalkan Ain Syuhada  yang masih termanggu di pangkin itu. Setiap langkah Aidil Zafran yang berjalan menggunakan tongkat diperhati dengan pandangan kosong oleh Ain Syuhada. Dia duduk di pangkin sambil menangis kesedihan kerana betul-betul menyesal dengan apa yang berlaku.
“Mama…mama…tokwan!”. Laung Aidil Zafran di muka pintu memanggil ibunya dan datuknya setelah dia berjaya menapak sejauh itu dari tempat dia melepak ke rumah datuknya. Muncul Puan Azizah bersama ayahnya Haji Darus.
“Kenapa?”. Soal Puan Azizah.
“Mama, Aidil setuju dengan kehendak abah. Aidil akan ke UK. Tapi dengan syarat, tok wan ikut sama. Boleh tokwan?”. Tanya Aidil Zafran dengan senyuman.
Haji Darus mengucap syukur kerana doanya dimakbulkan Allah. Dia mahukan yang terbaik buat Aidil Zafran cucunya. Puan Azizah terus memeluk anaknya kerana gembira dengan persetujuan Aidil Zafran untuk ke UK. Dia yakin di sana nanti Aidil Zafran akan dapat memahami dunia  orang kelainan upaya penglihatan kerana kemudahan yang terbaik terdapat di sana.










OKU Sayang Bab 2


 Bab 2
“Mengenai masalah yang dihadapi oleh cucu pakcik, kami dah cuba sedaya upaya. Pakcik perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan”. Doktor pakar mata yang bernama Farah itu lembut berbicara.
Haji Darus hanya diam membisu. Tidak tahu bagaimana hendak diterangkan kepada anak dan menantunya kelak. Tak sampai setengah tahun Aidil Zafran bersekolah di sini sudah begini nasibnya. Siapalah yang menganiaya cucunya itu pun dia tidak tahu. Puas ditanya empunya badan siapa punya angkara, jawabnya tidak tahu. Kusut fikirannya. Tambah lagi, doktor itu mengatakan yang cucunya sudah tiada harapan hendak sembuh. Matanya rosak teruk. Hendak tak hendak kena terima kenyataan Aidil Zafran akan kekal buta untuk seumur hidupnya kecuali jika ada insan yang sudi mendermakan mata.
“Doktor, tak dak cara lain ka?. Kesian cucu pakcik.. Dia muda lagi. Sekolahnya macamana?”. Soalan itu pulak yang  diulang-ulang  tanya pada Doktor Farah itu walaupun puas sudah doktor itu menyatakan Aidil Zafran sudah tiada peluang lagi.
“Macam nilah, pakcik. Saya keluarkan surat mengenai laporan mata Aidil Zafran. Lepas tu pakcik bawa ke Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat. Mereka tahu macamana nak tolong. Pasal sekolah, pakcik tak perlu risau. Di Kedah ini pun ada sekolah yang sesuai untuk cucu pakcik. Nanti saya bagi nombor telefon St.Nicholas Home di Penang. Pakcik boleh dapat semua maklumat berkaitan OKU penglihatan ini pada mereka. ” Terang Doktor Farah lembut. Mendengar penerangan doktor pakar itu Haji Darus merasa lega. Tahulah dia macamana untuk selesaikan masalah persekolahan Aidil Zafran.


Adil Zafran masih lagi lemah. Matanya berbalut tebal. Dunianya kelam. Gelap gelita. Dia jadi takut. Bagaimana jika seumur hidupnya dia akan hidup dalam kegelapan. Kata-kata budak skema itu seakan terdengar di pelupuk telinganya. Seperti sedang ketawa mengejek.
“Kalau kau buta lagi bagus. Takdalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi”. Dia menekup telinga dengan kedua belah tapak tangan. Tapi suara itu makin galak didengarinya.
“Aidil… Aidil…ini tokwan Aidil”. Suara garau datuknya lembut menyapa gegendang telinganya. Dia mengagau mencari tubuh tua datuknya. Orang tua itu pantas memegang tangannya.
“Aidil, lagumana?. Sakit lagi?”. Aidil Zafran pantas menggeleng. Kesakitan petang tadi yang seperti membakar biji matanya sudah tiada lagi. Sebaliknya matanya terasa sejuk. Dia merasa lega sekali.
“Tok wan, mama dan abah  dah sampai?” . Soalnya pula.
“Tok wan dah tepon dah. Malam ni kot depa sampai. Kolumpuq nun bukan dekat. Kalau bertolak petang tadi,malam la kot nak sampainya.” Haji Darus bersuara lembut. Tumpah rasa kasih pada cucunya. Mula-mula dulu dia memang cukup bertegas dengan Aidil Zafran. Tujuan cucunya dihantar bersekolah di sini juga atas permintaan anak dan menantunya. Sikap nakal dan tidak berdisiplin cucunya itu sukar dikawal. Jadi Aidil Zafran diletakkan di bawah jagaannya supaya kelakuannya dapat dibentuk. Sekarang begini pula jadinya. Apa yang hendak dijawab jika anak dan menantunya bertanya. 
“Aidil, tokwan nak tanya lagi sekali. Sapa yang buat naya kat Aidil ni? Kita tak boleh biaq dia lagu tu ja?” Desak Haji Darus. Aidil Zafran hanya diam membisu. Perlukah dia terangkan perkara sebenar. Sekarang dunianya sudah gelap. Berita yang disampaikan oleh doktor yang merawatnya tadi pun masih belum dapat diterimanya lagi. Dia masih mengharapkan agar kata-kata doktor itu hanya satu pembohongan. Tapi kalau betul macamana?. Dia buntu memikirkan untuk megharungi dunia ini dalam kegelapan. Dia tidak mahu satu nikmat yang dikurniakan oleh Allah itu ditarik balik.
“Aidil taktau tokwan. Jangan desak Aidil lagi”. Dia mengharapkan agar datuknya tidak mengulangi lagi persoalan itu. Mungkin ini balasan dari Allah kerana dosa-dosanya lalu. Dia lalai dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai Islam. Dia lalai menggunakan nikmat yang diberikan oleh Allah ini untuk membuat kebaikan. Sebaliknya dengan mata ini dia melihat banyak perkara-perkara yang mungkar. Dunianya sudah pasti gelap. Tidak perlu dia menggelapkan masa depan budak skema itu. Biarlah dia merahsiakan siapa punya angkara sehingga akhir nafasnya nanti.
“Asalammualaikum, tok?” Sapa satu suara mencecah gegendang telinga Aidil Zafran. Dia berkalih wajah mencari pemilik suara itu. Yang pasti itu bukan milik abahnya.
“Waalaikumusallam. Eh…Mail, Ainon. Terima kasihla mai tengok Aidil ni”. Balas Haji Darus. Aidil Zafran hanya mendengar suara-suara yang bercakap dengan datuknya. Dia tidak pasti siapa orangnya Ismail dan Ainon itu, kerana selama dia tinggal bersama datuknya dia tidak pernah ambil tahu hal ehwal orang kampung yang berurusan dengan datuknya.
“Aidil sihat ka?” Suara lembut Puan Ainon menyapa telinganya. Aidil Zafran hanya menggangguk. Moodnya benar-benar hilang. Dia sudah hilang rasa hendak berbual. Sebaliknya hanya melayan rasa sedih yang bertandang di hati.
“Aidil, ini Encik Ismail dan Puan Ainon. Depa ni mak ayah Ain Syuhada. Aidil kenai kot?. Anak dia satu sekolah dengan Aidil.” Terang Haji Darus mengenai tetamu yang melawatnya petang itu. Aidil Zafran sedikit terkejut apabila nama Ain Syuhada disebut oleh datuknya.
“Ain Syuhada budak tingkatan 2 ke? Pengawas sekolah tu?” Soal Aidil Zafran inginkan kepastian.
“Ha, betullah tu. Hang kenai ka dengan anak pakcik tu?” Kali ini Encik Ismail pula menyoal Aidil Zafran.
“Kenal gitu-gitu je pakcik. Tau nama dia je. Orangnya saya tak pernah jumpa”. Aidil Zafran berbohong.  Sebenarnya dia cuba menyembunyikan rasa sakit di hati. Nama itu bukan setakat melekat dihatinya, malah tuan empunya badan itu mempunyai hutang yang amat besar buat dirinya. Kalau jadi hamba tebusan seumur hidup pun  tak akan mampu melunaskan hutang yang dibuatnya itu.

“Aidil…!”Suara lembut wanita yang selalu didengari semenjak kecil itu membuatkan dia menjadi rindu. Tangan lembut itu mengusap pipinya. Lalu badannya di rangkul dengan kemas. Tumpah air mata membasahi bahunya.

“Mama…abah..”Aidil Zafran terkejut menerima kedatangan kedua ibubapanya yang tidak disangka-sangka kerana  Aidil Zafran menjangkakan malam nanti baru kedua mereka sampai dari Kuala Lumpur.
“Aidil, siapa yang buat kamu macam ni, nak?”. Soal Datuk Mustafa tidak puas hati.
“Aidil tak tahu abah”. Aidil Zafran masih lagi berbohong. Dia tidak mahu memanjangkan lagi perkara ini. Biar masa dan keadaan yang menentukan balasan buat budak skema itu.
“Cepatnya hampa (kamu)  sampai? Ayah ingat malam nanti kot baru  sampai”. Haji Darus bersuara memecahkan suasana kepiluan yang melanda wad Optalmologi kelas 1 itu.
“Kami naik kapalterbang ayah. Dari airport Alor Setar terus ke sini dengan teksi.” Terang  Datuk Mustafa. Haji Darus menggangguk tanda faham.

####################
 Ain Syuhada masih berdiri di depan pintu rumahnya. Sudah puas dia melihat ke jalan mini tar yang menghadap pintu pagar rumahnya. Kereta Proton Saga merah milik ayahnya masih juga belum muncul. Hatinya sudah tidak sabar hendak mengetahui khabar Aidil Zafran. Dia gelisah. Takut pun ada jika sesuatu yang buruk berlaku pada Aidil Zafran. Paling takut jika Aidil  Zafran benar-benar buta. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan untuk seumur hidup  membayar apa yang telah dilakukan pada Aidil Zafran pun tak akan mampu melunaskan hutangnya itu. Dia meraup kedua-dua tapak tangan ke wajahnya sambil beristigfar. Jauh sangat rasanya dia melalut memikirkan yang bukan-bukan.
“Hai, kak. Menung apanya?”. Sergah Muaz dari belakang membuatkan Ain Syuhada melompat terkejut. 
“Mak hang terkejut…Hesh…nasib baik tak da sakit jantung. Hang ni pun tak reti bagi salam ka?”. Bebel Ain Syuhada sambil mencubit pipi adik bongsunya.
“Kak ni yang kuat berangan. Penat dah adik bagi salam. Naik lenguh mulut. Kak duk ralit buat taktau. Ingat mata ayaq ka?”. Tembak Muaz sambil mengeyitkan mata.
“Banyakla hang punya mata ayaq. Orang, kalau masuk dalam rumah ikut pintu depan, yang hang masuk ikut pintu belakang pasai apa?”.
“Adik memanglah nak masuk pintu depan, tapi kak duk kawat depan pintu serupa bodyguard. Dah bagi salam pun buat derk ja…Adik pi masuk ikut pintu belakangla.” Jawab Muaz panjang lebar sambil menarik muka masam. Ain Syuhada menggaru kepalanya yang tidak gatal. Betul ke asyiknya dia berangan sampai Muaz bagi salam pun dia tidak perasan. Akhirnya dia menjungkitkan bahu tanda malas untuk berfikir lagi. Muaz sudah mula menapak untuk keluar.
“Wei…hang nak pi mana pulak?. Baru balik dari mengaji tau nak keluar pi melewaq (merayau) pulak.” Ain Syuhada menyambung bebelannya lagi.
“Orang  tak pi manalah. Ni nak pi bagi ayam itik mak makan. Kak bukan taktau. Sat gi mak balik, maunya dia memetir siap guruh kilat lagi. Sayang ayam itik lebih pada anak lagi”. Kali ini Muaz pula membebel tidak puas hati.
“Baguih hang no. Kak baru nak sampai pesan mak. Hang dah tau, tak payah suruh. Ada pulak pi kata macam tu kat mak?. Sapa yang suka duk makan ayam itik tu?. Hang jugak…Eloklah keje bagi makan ayam itik ni kat hang”.
“Kak ni pun samala macam mak. Memetir je keje. Macam Cik Ainon jugak”. Balas Muaz sambil menyarung selipar untuk ke reban ayam itik yang terletak di belakang rumah.
“Hang perlilah. Nanti kak repot kat Cik Ainon baru hang tau”. Ugut Ain Syuhada sambil tayang giginya yang tersusun cantik.
“Repotlah, adik tak takut”. Laung Muaz sambil menjinjit besen yang berisi makanan ayam itik.
Di kejauhan Ain Syuhada sudah nampak kelibat Proton Saga Merah bergerak perlahan memasuki perkarangan rumahnya. Senyum Ain Syuhada semakin melebar. Tak sabar rasanya hendak mengetahui khabar Aidil Zafran.


OKU Sayang Bab 1


Bab1

“Kau manusia yang paling aku benci di muka bumi ni!”. Jerit Ain Syuhada bersama esak tangis. Baju uniform sekolah yang dipakainya sudah lencun dengan lumpur sawah. Memang dia meluat betul dengan sikap samseng  Aidil Zafran Mustafa yang sentiasa mencari pasal dengannya. Lelaki itu hanya ketawa mengekek melihat Ain Syuhada yang berkubang bersama basikalnya di dalam lumpur sawah. Puas betul hatinya kerana berjaya menolak minah skema itu. Terasa dendamnya pagi tadi berbalas.

Kalau tidak kerana aduan Ain Syuhada pada Cikgu Azman mengenai dirinya dan kawan-kawan yang ponteng kelas, tentu Ain Syuhada tidak menerima nasib begini. Sakit punggungnya masih terasa lagi apabila dia menerima 2 rotan dari guru disiplin itu kerana menghisap rokok di belakang bangunan makmal Biologi pagi tadi. Ini semua kerana aduan Ain Syuhada menyebabkan dia tertangkap basah ketika sibuk menghembus asap rokok bersama gengnya itu. Pelajar Tingkatan 2 itu dirasakan melampau kerana tidak menghormati dirinya sebagai pelajar senior di SMK Tanjung Puteri ini.

“Ada aku kisah?”. Ejek Aidil berserta memek muka yang memualkan Ain Syuhada. Aidil ketawa terbahak-bahak melihat wajah Ain yang berselut itu. Sudah seperti kerbau yang berkubang layaknya. Ain memuncungkan bibirnya. Geram. Bukan niatnya saja-saja hendak mencari pasal, tapi sudah tugas sebagai seorang pengawas sekolah. Memang wajib dia melaporkan jika ada mana-mana pelajar yang melanggar disiplin tidak kira junior atau senior. Tugas tetap tugas.

Ain Syuhada cuba keluar dari petak sawah dengan susah payahnya kerana lumpur yang melekat dikasutnya meyukarkan langkahnya. Dia terkial-kial menolak basikalnya keluar dari petak sawah itu. Aidil Zafran masih lagi ketawa sambil menekan perut melihat tubuh sebesar anak gajah itu cuba keluar dari petak sawah. Rasa amarah makin membuak-buak dihati Ain Syuhada. Sedang elok dia berjaya keluar dari petak sawah, dia meraba mencari sesuatu di dalam beg sandangnya. Akhirnya dia meraba racun serangga yang berbentuk spray dipesan ibunya itu yang baru dibelinya di Kedai Runcit Pak Abu. Serta merta timbul idea jahat dikepalanya. Dia membuka penutup botol racun serangga yang berjenama Redinsect  itu lalu disemburnya ke muka Aidil Zafran. Rasakan sakitnya seperti sakit hatinya kala ini. Aidil Zafran yang ketawa mengekek itu berhenti ketawa serta merta. Sebaliknya dia menjerit sambil menekup mukanya dengan kedua belah telapak tangannya sambil mengaduh kesakitan.

“Padan muka”. Ain Syuhada ketawa puas.

“Sakitlah, bodoh!”. Jerit Aidil Zafran. Dia mengerang kesakitan sambil berguling-guling di tanah. Ain Syuhada terus ketawa. Puas hatinya melihat Aidil Zafran meraung kesakitan.

“Aku tak nampak apa-apala!”. Jerit Aidil Zafran lagi sambil membuka matanya seluas-luasnya.

“Kalau kau buta lagi bagus. Takdalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi”. Balas Ain Syuhada lalu mengayuh basikalnya pergi. Dibiarkan saja Aidil Zafran mengerang kesakitan di situ.


Ain sedang menyanyi kecil sambil menggoyangkan pinggulnya mengikut irama lagu dangdut Amelina. Sambil melipat kain, dia menyanyi riang kerana puas dapat mengenakan Aidil Zafran petang tadi. Ketukan di pintu bertalu-talu membuatkan dia berhenti melipat kain. Tersembul wajah ibu di balik pintu.

“Bertuah punya budak. Kita yang mengetuk pintu bagai nak roboh, dia boleh buat pekak je”. Marah-marah manja Puan Ainon.

“Ya,ada apa yang boleh saya bantu Puan Ainon?”. Ain Syuhada buat muka selamba.

“Banyaklah Puan Ainon. Awatlah yang hang buka radio kuat- kuat. Mak ketuk pintu pun hang tak dengaq”.

“Awatnya?. Mak nak apa? Chek duk tengah syok dengar lagu dangdut ni, mak kacau daunla.”

“Pedulilah kacau daun ka, bunga ka. Mak dengan ayah hang nak pi hospital. Nak pi tengok cucu tok penghulu. Nanti adik hang balik dari mengaji, hang suruh dia bagi makan ayam itik kat reban no”. Pesan Puan Ainon.

“Pasai apa dengan cucu Tok Penghulu”. Ain Syuhada mula cuak. Teruk sangat ke mata Aidil Zafran sampai ke hospital bagai.
“Tu la pasai. Kesian kat Aidil. Dahla  baru mai duk sini. Sapalah buat tahana (aniaya) kat dia. Katanya Pakcik Sood jumpa dia kat tengah jalan sambil duk pejam  mata, tangan  tergagau-gagau. Mata pun dia tak boleh buka. Duk kata pedih. Dah hantaq pi hospital Sungai Petani. Tu yang mak dengan ayah nak pi tengok”. Terang Puan Ainon panjang lebar sambil membetulkan seledangnya yang melorot ke bahu.

Ain Syuhada melongo seperti ayam berak kapur. Dia terasa menyesal kerana tindakannya petang tadi membuatkan Aidil Zafran masuk hospital. Dia berdoa dalam hati agar Aidil Zafran tidak apa-apa.

“Hoi! mak nak pi dah ni. Yang hang duk berangan apa?”. Jerkah Puan Ainon mematikan lamunan Ain Syuhada. Terasa semangatnya terbang mendengar suara ibu yang bagaikan guruh itu.

“Jangan lupa, pesan kat adik hang tu?”. Sempat lagi Puan Ainon mengingatkan Ain Syuhada sebelum keluar dari biliknya.

“Iyolah. Chek ingat aih…” Jawab  Ain Syuhada mengiringi Puan Ainon sehingga ke muka pintu. Ayahnya sudah sedia menunggu di kereta.

“Bawa keta baik-baik na, ayah.” Jerit Ain Syuhada di muka pintu ketika kereta Proton Saga merah itu keluar dari perkarangan rumah. Encik Ismail hanya membunyikan hon tanda dia mendengar pesanan anak perempuannya itu.

Ain Syuhada duduk melongo di tepi tingkap rumahnya. Dia melihat ayam-ayam peliharaan ibunya sedang berkeliaran membawa anak berderet-deret di belakang. Sambil-sambil itu ibu ayam siap menguis-guis tanah mungkin mencari makan. Ain Syuhada mengeluh. Dia meraup mukanya. Rasa menyesal menyerbu ke tangkai hatinya. Dia terasa mahu menangis. Dia takut jika apa yang dikatakan petang tadi menjadi kenyataan.

“Kalau kau buta lagi bagus. Takdalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi”. Kata-kata itu terngiang-ngiang di kelopak telinganya. Dia berdoa dengan sepenuh hati agar kata-katanya itu tidak menjadi kenyataan.

OKU Sayang -prolog


Prolog

Ain Syuhada berjalan dengan pantas melewati blok-blok rumah pangsa di Wangsa Maju Seksyen 1 untuk ke perhentian bas. Jam di pergelangan tangan sudah menunjukkan ke angka 6.50 pagi. Ramai orang sudah bersesak di perhentian bas untuk menuju ke destinasi masing-masing. Sesampai saja di perhentian bas, Ain Syuhada mengucap syukur kerana bas Intrakota 234 yang dinanti sudah sedia menunggu dengan penumpang yang masih bersesak untuk menaiki bas itu.

Ain Syuhada turut meloloskan diri di tengah orang ramai untuk menaiki bas tersebut. Mujur dia dapat juga berada di perut bas itu walaupun terpaksa berdiri di muka pintu bas. Baju kebaya yang dipakainya sudah dibasahi peluh. Kasut tinggi seinci yang menutupi kakinya digerak-gerakkan menahan lenguh kerana berdiri.

Walaupun sekolah yang dituju itu tidak sampai 10 minit dari rumah sewanya, tapi disebabkan kesesakan jalan raya menyebabkan masa yang diambil melebihi 30 minit. Sampai sahaja di jalan masuk ke sekolahnya, Ain Syuhada mempercepatkan langkah. Dia tidak mahu hari pertama di sekolah, dia menunjukkan imej yang tidak elok kerana lambat. Tambah-tambah lagi dia adalah guru praktikal yang menjalani amali di sekolah ini.

            Dari jauh dia sudah nampak Wahida melemparkan senyuman buatnya. Mujurlah pelajar baru sahaja berhimpun kerana perhimpunan pagi akan diadakan seperti kebiasaan pada setiap hari Isnin di semua sekolah di sekitar Setapak ini. Ain Syuhada berjalan menuju ke arah Wahida yang sedia menunggu di kerusi batu yang terdapat di tapak perhimpunan itu.
“Dah lama sampai?”. Soal Ain Syuhada sambil melepaskan lelah.
“Adalah dalam 10 minit. Kesian kau, terkejar-kejar. Tapi aku rasa sekolah ni taklah jauh dari rumah sewa kau kan?”. Wahida menyoalnya pula.
“Memanglah dekat. Dah naik bas, jammed pulak. 10 minit jadilah setengah jam.” Ulas Ain Syuhada sambil mengelap peluh yang merenik di dahi dengan sehelai tisu.
“Kesian kau. Tak leh jalan kaki ke? Aku rasa kan kalau kau jalan kaki lagi cepat dari naik bas”. Saran Wahida.
“Tu la pasal. Aku sajalah naik bas. Kalau  nak lalu jalan pintas tu aku takut pagi-pagi tak de orang. Tapi masa naik bas tadi aku tengok ramai juga yang guna jalan tu untuk hantar anak ke sekolah. Dah tu, kat situ ada bangunan setor DBKL. Ramai pekerja DBKL berkumpul kat situ.” Omel Ain Syuhada. Memang Kak Salwa ada beritahu jalan pintas untuk ke Sekolah Menengah Pendidikan Khas Setapak dari rumah sewanya. Cuma dia je yang tidak berani. Dia berazam mulai dari hari ini dia akan menggunakan jalan pintas itu untuk ke sekolah ini.
“Jomlah, kita tunggu di pejabat. Kena lapor diri dulu.” Ajak Wahida sambil menarik lengannya. Tanpa banyak soal Ain Syuhada mengikut langkah Wahida menuju ke bangunan yang tertulis tanda nama ‘pejabat’ itu.


Ain Syuhada menarik nafas lalu menghelanya dengan perlahan. Sambil itu mulutnya terkumat kamit membaca doa. Dia melangkah masuk ke kelas 2KRK itu dengan penuh semangat. Hari pertama di kelas ini dia perlu menunjukkan pada anak didiknya yang dia adalah guru praktikal yang kental jiwanya. Masuk saja ke kelas, dia meletakkan buku RPP dan beberapa buah buku rujukan di atas meja guru. Dia berdiri di tepi meja guru. Pandangannya di halakan ke setiap wajah anak didiknya satu persatu. Kelas yang seramai 8 orang itu terasa sunyi sahaja. Seorang pelajar lelaki yang memakai cermin mata luar biasa tebalnya bangun lalu mengucapkan salam diikuti oleh rakan-rakannya. Ain Syuhada memerhati tanda nama ‘Akmal’ yang tertulis di poket baju pelajar itu. Ketua kelas agaknya.
“Cikgu pakai baju kebaya ke hari ni?Tak pernah pun cikgu pakai baju macam tu?”. Soal pelajar bernama Akmal itu. Ain Syuhada tersenyum pelik. Macamana baju kebaya yang dipakainya boleh menarik perhatian pelajar itu. Biar betul, budak ini betul-betul nampak ke?. Setahu aku sekolah khas ni budaknya ada masalah mata.
“Hem…ahhh…Macamana  kamu tahu saya berkebaya hari ini?” Soal Ain Syuhada was-was.
“Eh…Ini bukan Cikgu Halimah ke?Kenapa suara Cikgu lain?”. Pelajar itu sudah tergagap-gagap…jelas dia sedang gelabah kerana sekejap-sekejap dia menggaru kepalanya. Ini gabra ke banyak kutu ni?. Ain Syuhada bermonolog lagi.
“Saya Cikgu Ain Syuhada Ismail. Guru praktikal yang akan menggantikan Cikgu Bahasa Melayu kamu”. Terangku dengan jelas.
Pelajar-pelajar yang mengalami masalah penglihatan ini perlu mendengar suara kita dengan jelas. Kadang kala intonasi suara perlu disesuaikan dengan keadaan agar pelajar tahu sama ada kita marah, gembira, suka, ceria dan 1001 macam rasa lagi kerana mereka bergantung 100 peratus pada pendengaran. Ain Syuhada terangguk-angguk seolah-olah sedang mendengar penerangan dari pensyarahnya Puan Lee.

Setelah selesai sesi memperkenalkan diri, Ain Syuhada tersenyum puas. Dari pelajar yang seramai 8 orang ini, hanya 3 orang sahaja yang mengalami buta, selebihnya adalah rabun yang teruk. Dalam 5 orang yang rabun teruk itu, 2 orang menggunakan mesin Braille untuk menulis dan tulisan Braille untuk membaca. Selebihnya 3 orang yang rabun itu boleh menulis dan membaca tulisan biasa. Yang pasti font untuk membaca mestilah sebesar font 16 ke atas. Kalau dah buta tu, confirmlah tulisan Braille adalah medium untuk membaca dan menulis. Ain Syuhada membuat analisis sendiri berdasarkan pemerhatiannya terhadap kelas 2KRK. Penerangan  ringkas dari guru kelas ini juga membantunya mengenali pelajar di kelas ini sebelum memulakan P&P tadi. Patutlah Akmal, pelajar yang menegurnya mula-mula tadi dapat meneka dia memakai kebaya hari ni kerana dia adalah pelajar dalam kategori rabun B2 istilah untuk masalah penglihatan ini.
“Okey…hari ini kita akan belajar tatabahasa iaitu Kata nama. Kata nama terbahagi kepada kata nama am dan kata nama khas”. Ain Syuhada memulakan mukadimah pengajaran dan pembelajarannya hari ini. Semua pelajar memberi penumpuan terhadap penerangan. Cuma ada seorang pelajar sahaja yang sedang tidur. Ain Syuhada menuju ke arah meja pelajar itu, lalu mengetuk mejanya supaya dia bangun. Terpisat-pisat pelajar lelaki itu bangun dan menggosok matanya. Ain Syuhada merenung pelajar itu, terkejut kerana jika dilihat dengan mata kasar jelas pelajar yang bermata hazel itu seperti tiada cacat celanya.
“Kenapa tidur dalam kelas?. Kamu nak belajar ke nak buang masa di kelas saya?”. Ain Syuhada sedikit tegas. Terasa kesal dengan sikap pelajar itu.
“Buat apa belajar?. Saya pun tak hingin ke sekolah ni. Masa depan  saya dah gelap, dah tak nampak apa-apa. Ada lagi ke masa depan untuk budak buta macam saya ni!”. Jerit pelajar itu sambil bangun lalu berjalan keluar ke pintu dengan tangannya mengagau-gagau. Habis dilanggarnya tubuh Ain Syuhada dan meja yang menjadi penghalangnya untuk keluar dari kelas 2KRK ni. Ain Syuhada menelan liur terkejut dengan reaksi spontan pelajar itu.
“Danial tu memang macam tu cikgu. Baru sebulan kat sini. Matanya baru buta cikgu. Sebab tu perangai dia macam tu.” Akmal bangun menerangkan mengenai pelajar lelaki yang bernama Danial itu. Ain Syuhada menggangguk. Mula memahami kenapa Danial bersikap demikian. Tiba-tiba ingatan mengimbas kembali pada Aidil Zafran. Sikapnya seperti itu juga ketika mula-mula disahkan buta. Ain Syuhada mengeluh. Meraup wajahnya dengan telapak tangannya. Jika bukan kerananya Aidil Zafran tidak akan buta selamanya. Memang semua ini salahnya. Kalaulah dapat diundur masa, sungguh dia tidak akan berbuat begitu pada Aidil Zafran hanya kerana untuk memuaskan nafsu amarahnya. 


man 

Saturday, 12 January 2013

Oku Sayang Bab 49


Bab 49
            Aidil Zafran mula rasa tidak sedap hati selepas menerima kiriman sms dari Zahirin selepas dia mengadap makanan petang itu. Kiriman sms dari Zahirin yang menyatakan Zahlia tidak membuka pintu dan berkurung di kondonya walau puas diketuk membuatkan hati Aidil Zafran rasa semacam.
            Selepas menunaikan solat Maghrib, Aidil Zafran bergegas menukar pakaian yang lebih santai. Dia mahu ke kondo Zahlia, walau hati amat membenci Zahlia, namun Aidil Zafran rasa dia perlu mengambil tahu hal Zahirin dan Zahlia, tambah-tambah Zahirin sudah meminta pertolongannya. Dia rasa bersalah memberikan idea bodoh pada Zahirin sehingga tertangkap khalwat dengan Zahlia. Apatah lagi Zahirin memberitahu yang Zahlia seperti manusia hilang akal kerana marah. Aidil Zafran rasa dia perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku.
            “Bee nak kemana?”. Ain Syuhada menyoal selepas melihat Aidil Zafran sudah menukar pakaian yang lebih santai. Bert’shirt Adidas dan berseluar jeans rona gelap.
            “Bee ada hal sikit. Nee jangan tunggu bee. Maybe bee lambat balik. Jangan risau. Bee keluar dengan Muaz”. Aidil Zafran sudah berlalu keluar dari bilik tidur mereka. Kemudian dia mengambil kunci AUDi R8 di meja kopi. Dia melangkah santai sehingga ke muka pintu. Dia kerling sebentar pada wajah Ain Syuhada yang masih memandangnya tanpa jemu. Dia senyum pula. Kemudian dia peluk tubuh Ain Syuhada lalu dilayangkan ciuman dipipi mulus milik isterinya.
            “Jaga diri tahu. Jaga baby kita”. Sekilas Aidil Zafran sudah melayangkan ciuman di perut Ain Syuhada pula. Terasa seperti mencium anaknya. Kemudian dia cium ubun-ubun isterinya.
            “Jaga diri eh…Bee sayang Nee sangat-sangat”. Dia memberikan flying kiss sebelum beredar keluar dari kondo milik mereka. Ain Syuhada hanya mengangkat kening. Berlainan sekali fiil Aidil Zafran hari ini. Tak pernah sekalipun Aidil Zafran hendak berpesan sebegitu.
----
            Muaz dan Aidil Zafran sudah berada di muka pintu kondo milik Zahlia. Mereka cuba mengetuk pintu utama, baru tangan hendak menyentuh permukaan pintu utama itu,tiba-tiba pintu utama itu rengang sedikit. Muaz dan Aidil Zafran saling berpandangan. Mereka melangkah masuk tanpa memberi salam. Mata sudah menyorot setiap isi ruang tamu kondo itu namun kosong. Kemudian mereka mendengar suara Zahlia sedang berlagu pilu. Sungguh hiba sehingga menusuk ke tangkai hati Aidil Zafran. Muaz dan Aidil Zafran sudah menapak ke bilik utama selepas pasti suara Zahlia datang dari arah bilik itu. Terbuntang mata mereka melihat Zahlia yang memangku kepala Zahirin diribanya. Darah merah sudah membasahi sepertiga baju kemeja yang dipakai Zahirin malahan sudah membasahi lantai dimana tubuh Zahirin terbaring.
            “Ya ALLAH…Lia!. Apa yang kau dah buat”. Aidil Zafran sudah mengejutkan Zahlia yang asyik memangku kepala Zahirin. Zahlia mengangkat muka melihat gerangan suara yang menyergahnya tiba-tiba. Matanya membulat. Terkejut!. Dia pandang wajah Zahirin kemudian wajah Aidil Zafran di depan mata. Dia rasa tertipu. Dia tolak kepala Zahirin dengan kasar. Dia ingatkan yang dipangkunya adalah Aidil Zafran, rupanya dia tertipu dengan ilusi.
            “Muaz telefon ambulan segera!.” Aidil Zafran sudah mengeluarkan arahan. Dia duduk melutut di tepi Zahirin yang terbaring lesu. Nafasnya sudah turun naik. Nampaknya Zahirin masih boleh diselamatkan lagi. Zahlia pula hanya memandang kosong pada Muaz dan Aidil Zafran yang sedaya upaya menyelamatkan Zahirin yang terbaring lemah. Muaz mengambil tuala yang tersidai di ampaian. Lalu dia mengikat kemas perut Zahirin yang dibasahi darah merah. Dia perlu hentikan pendarahan yang berlaku. Aidil Zafran pula merenung tajam wajah Zahlia yang sudah serabai itu. Mata Zahlia sembab dan cengkung. Agaknya berapa lama Zahlia tidak tidur.
            “Lia…kau sedar tak apa yang kau buat?”. Aidil Zafran menyoal Zahlia yang masih kusut itu. Terpana Zahlia merenung wajah Aidil Zafran yang sudah berubah riak. Dia nampak wajah Aidil Zafran yang penuh kemarahan. Mata Aidil Zafran yang merah itu dipandang gerun oleh Zahlia. Dia nampak Aidil Zafran seperti makhluk yang menakutkan. Zahlia cuba melarikan diri. Dia menjerit ketakutan. Dia capai kunci keretanya di meja kopi lalu mencicit memboloskan diri berlari ke tingkat bawah. Aidil Zafran pula terkejut dengan tindakan nekad Zahlia yang seperti disampuk syaitan itu.
            “Kau tunggu Zahirin sampai ambulan datang. Aku nak dapatkan Zahlia. Dia tak boleh terlepas macam tu je. Dia kena bertanggungjawab dengan apa yang dia dah buat”. Aidil Zafran mengeluarkan arahan lagi. Kali ini dia juga sudah berlari ke muka pintu hendak mengejar Zahlia. Muaz pula hanya mengerutkan dahi, dia duduk melongo di sisi Zahirin yang sudah bernafas perlahan. Menanti sehingga ambulan tiba.
            “Hati-hati bro”. Sempat dia ucapkan kalimah itu pada Aidil Zafran sebelum abang iparnya itu hilang dibalik pintu bilik utama ini.
            “Lia…kau jangan lari.” Aidil Zafran  mengejar Zahlia yang menuruni tangga  dengan hanya berkaki ayam.
Zahlia pula masih berlari ketakutan seperti dikejar hantu. Memang dia takut sekali melihat makhluk bermata merah yang mengejarnya. Kata-kata yang diucapkan oleh makhluk itu seperti hendak membunuhnya pula. Dia berlari menuruni tangga tanpa menoleh lagi. Dia perlu segera sampai ke tingkat bawah. Perlu mendapatkan keretanya hendak melarikan diri dari makhluk yang masih mengejarnya itu. 
            Zahlia menarik nafas bila tubuh genitnya sudah bolos masuk ke dalam Honda City miliknya. Matanya tak habis merenung ke belakang. Takut makhluk yang menakutkan itu masih mengejarnya. Dia menghidupkan enjin keretanya. Menekan minyak beberapa kali, sebelum gear dimasukkan.
Matanya sudah membulat bila makhluk yang masih mengejarnya tadi sudah berada di depan mata. Mengadang keretanya dengan tubuh makhluk itu yang menakutkan. Dia tekan minyak lagi berkali-kali sehingga mengaum kereta Honda Citynya. Kali ini apa nak jadi…jadilah. Yang pasti dia harus melarikan diri dari makhluk yang menakutkan itu.
            “Lia…sudah Lia…keluar dari kereta. Serah diri Lia. Kau kena bertanggungjawab dengan apa yang kau buat”. Aidil Zafran sudah berada didepan Honda City milik Zahlia.
Dia harus memujuk Zahlia keluar dari kereta. Zahlia perlu bertanggungjawab dengan perkara yang dilakukannya. Namun Zahlia hanya terkaku di situ. Yang pasti didepan matanya…makhluk itu begitu menakutkan. Dia tertipu lagi dengan ilusinya. Dia tekan minyak lalu melepaskan gear.
Serentak itu keretanya mengaum lalu meluncur laju membelah makhluk yang menakutkan itu. Terlambung makhluk itu menjauh beberapa kaki dari keretanya. Dia nampak mahkluk itu berkerut menahan sakit. Zahlia tidak berpuas hati. Dia perlu hapuskan makhluk yang menakutkan itu. Dia menukar gear undur, lalu dia hentam lagi makhluk itu.
Dia nampak makhluk itu mengaduh kesakitan sambil memegang kakinya. Zahlia senyum puas. Nampaknya makhluk itu tak dapat mengejarnya lagi. Mesti kaki makhluk itu sudah berkecai digilis keretanya. Dia ketawa lagi.

Muaz hanya melihat saja ambulan Hospital Columbia Asia itu membelah malam menuju ke destinasinya. Dia akan menyusul Zahirin kemudian selepas memastikan yang abang iparnya selamat. Berkali-kali dia mendail nombor telefon milik Aidil Zafran namun tiada jawapan. Dia masuk semula ke perut lif. Kemudian menekan butang ground floor untuk ke tempat parker kereta. Kalau AUDI R8 tiada disitu dia pasti yang abang iparnya masih mengejar Zahlia.
Pintu lif berdeting menandakan dia sudah sampai ke tingkat bawah. Mata Muaz menyorot melihat AUDI R8 yang  masih kaku ditempat parker berbayar itu. Matanya melilau mencari kelibat Aidil Zafran, kemudian matanya terhenti pada sekujur tubuh yang terbaring di tengah laluan kereta.
“Ya ALLAH bang!”. Dia berlari mendapatkan tubuh itu. Mata sudah mencerlung bila melihat Aidil Zafran yang terbaring kaku di situ. Kaki kiri abang iparnya terkulai layu sambil darah menitis tanpa henti. Dia mengangkat tubuh Aidil Zafran lalu memapah ke kereta AUDI R8 yang terparkir di situ. Dia perlu segera ke hospital. Menyelamatkan Aidil Zafran sepantas mungkin.


cerita OKU sayang ni saya dah habis tulis dah hantar pun pada Lovenovel publisher untuk penilaian...agar tidak menghampakan pembaca yang selalu menantikan cerita ini saya letakkan 2 bab terakhir cerita ini...enjoy it...okey....lepas ni tunggu k...apa kata editor yang nak terbitkan cerita ni...

OKu Sayang Bab 48


Bab 48
“Baik Aidil berhati-hati. Saya rasa Lia dah tak siuman. Semalam hampir-hampir saya hilang nyawa. Dia letak pisau pemotong daging di leher saya semata-mata nak tahu sama ada Aidil berpakat kenakan dia sampai tertangkap khalwat hari tu. Saya minta maaf Aidil, saya terpaksa mengaku”. Aidil Zafran menelan liur bila mendengar butir bicara yang keluar dari mulut Zahirin.
Dia tak sangka Zahlia sudah sampai ke tahap hendak membunuh. Memang minah tu sudah hilang akal. Sudah hilang pertimbangan. Dia beristigfar pula. Kata-kata Zahirin petang tadi semasa menelefonnya terngiang-ngiang dikepalanya. Dia jadi gerun. Takut jika Zahlia sanggup apa-apakan Ain Syuhada. Aidil Zafran meraup mukanya pula.

Rasa hendak menangis saja memikirkan dosa silamnya  telah membawa petaka pada Ain Syuhada. Kenapa mesti Ain Syuhada yang menjadi galang ganti untuk kesilapannya yang lalu. Dia beristigfar lagi memohon kekuatan pada ALLAH untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Dia keluar dari perut lif lalu menuju ke pintu rumahnya. Muka sudah dimaniskan untuk mengadap wajah isteri tercinta.
“Bee dah balik?”. Ain Syuhada bersuara manja menyambut suami dimuka pintu.
Tanpa salam dia sudah membenamkan ciuman dipipi Aidil Zafran. Kemudian dengan manjanya dia memeluk tubuh Aidil Zafran sehingga si suami kelelahan tak tahan dengan aksi manja ala-ala kucing siam si isteri. Kali ini sudah menggoda seperti Catwoman pula. Aidil Zafran kerut dahi. Agaknya sepanjang menanti tawaran posting ini, berapa banyak DVD yang ditonton si isteri hingga dapat meniru aksi-aksi menggoda heroin dalam filem pula. Kagum sekejap kerana Ain Syuhada bijak mengadaptasi benda-benda baru. Memang tak terjangkau dek imiginasi memikirkan tingkah manja si isteri.
“Bee mandi dulu. Nee nak hidangkan makan. Nanti kita makan sama-sama eh. Nee masak special. Sedap!”. Ain Syuhada sudah menjilat bibir pula membayangkan masakan yang dimasaknya sungguh enak. Naik juling mata Aidil Zafran melihat aksi jilat bibir si isteri. Gaya ini bukan nak tunjuk masakan sedap, gaya ini minta dicium tu!.
Bulat mata Ain Syuhada kerana menerima French Kiss dari si suami. Ish…orang sungguh-sungguh tunjuk makanan sedap, bukan jilat bibir sedap!.
“Hmm…betullah sedap. Manis!”. Balas Aidil Zafran. Ain Syuhada sudah tarik muncung. Memang Aidil Zafran suka corner-corner kalau dia cakap benda betul sekalipun.
“Bee ni suka corner-corner. Nee cakap betul-betul dia main-main pula”. Ain Syuhada sudah merajuk ala-ala manja gitu.
“Nak minta cium lagi. Buatlah muncung itik tu”. Aidil Zafran sudah mengugut.
Ain Syuhada tidak buat muncung itik lagi. Takut kena cium. Nanti kang melarat jadi benda lain. Alamat tak makanlah masakan yang sudah dihidangkan. Kenyang sebab makan benda lain pula. Ain Syuhada faham benar dengan sikap si suami. Pantang sentuh…on sentiasa. Dia pula yang lelah nanti. Sejak berbadan dua ni dia memang dah kurang sikit nak beraksi. Penat!.

“Bee nape Muaz asyik bertandang kat sini je. Teman nee sampai bee nak balik kerja baru dia blah. Apsal eh?. Bee pecat dia ke?. Sampai banyak masa temankan nee?”. Ain Syuhada soal hairan. Memang dia pelik, sejak pagi tadi kerja Muaz meneman ke mana saja dia pergi. Dari ke market sampailah ke butik survey baju maternity, tak habis-habis Muaz mengekor. Naik rimas dibuatnya.
“Taklah. Dia tak banyak kerja kat pejabat. Bee yang minta dia temankan nee. Jadi escort sekejap, sampai nee bersalin nanti”. Balas Aidil Zafran. Harap Ain Syuhada tidak akan bertanya soalan pelik-pelik lagi.
“Oh…nee ingatkan dah kena pecat. Hmm…okay juga dia teman. Taklah nee rasa bosan sangat. Bee pun asyik busy je…” Ain Syuhada menutup mulutnya. Tanpa sedar sudah merungut mengenai kesibukan Aidil Zafran sejak akhir-akhir ini. Kadangkala dia rasa sedikit terabai dari perhatian si suami.
“Maaf nee tak maksud macam gitu”. Dia sedar terlepas kata. Takut si suami terasa hati. Dah memang kerjaya suaminya begitu. Sibuk tak tentu masa, mana boleh merungut sentiasa.
“Nee…tak payah minta maaf. Bee perasan sangat, nee begitu menjaga hati bee…nee kalau ada sesuatu yang nee tak puas hati kena terus terang. Jangan simpan sorang-sorang. Kita kena give and take nee…kalau bee mengabaikan nee…atau hati nee terusik, berterus-terang, jangan teragak-agak. Sekurang-kurangnya bee sedar kesalahan bee”. Aidil Zafran mengelus rambut lurus Ain Syuhada. Tunak matanya sudah menikam sepasang mata hitam milik Ain Syuhada. Dia mahu Ain Syuhada tahu yang dia tak sempurna mana, tak perlu menjaga hatinya sangat sampai hati si isteri terluka. Dia tak mahu menjadi suami yang pentingkan diri sendiri.
“Terima kasih bee kerana begitu sayangkan nee”. Ain Syuhada luah begitu pula. Rasa tenang sangat-sangat kerana mempunyai suami sebaik Aidil Zafran walau si suami pernah ada sejarah silam yang menyakitkan.
----
            Zahlia meramas perutnya yang nampak sedikit membukit. Sudah hilang saiz pinggang kecil yang dimilikinya. Dia sudah mendengus geram. Kerana isi dalam perut inilah dia sudah kehilangan Aidil Zafran. Malah terpaksa mengahwini Zahirin pula. Dia mengambil pisau pembuka surat lalu dimain-mainkan di depan mukanya. Mula membayangkan jika pisau ini ditusukkan ke perutnya. Pasti barai segala isi perutnya termasuk janin yang dikandungnya. Dia ketawa pula berdekah-dekah. Kemudian dia meraba lagi perutnya. Wajah yang dihiasi gelak ketawa itu sudah berubah riak. Menjadi muram, tanpa teragak Zahlia menangis pula seperti budak-budak. Dia duduk sambil lututnya menongkat lengan.
            “Aidil…kau tak nak aku?. Anak ini anak kita bersama. Kau lupakah saat manis kita?”. Dia sudah mengarut perkara yang bukan-bukan pula. Dia rasa sangat sedih, rawan hatinya kerana begitu mudah Aidil Zafran melupakannya begitu saja. Kemudian dia berdiri, mengelap airmatanya.
            “Siap kau!. Kau tak akan lepas dari aku Ain. Sebab kau, Aidil dah tak pandang aku. Kau mesti mati!...ha..ha..ha..!”. Dia ketawa pula sambil pisau pemotong surat itu dilayangkan didepan matanya. Mula membayangkan wajah Ain Syuhada ditoreh-toreh dengan pisau tajam itu.

            Zahirin menekan loceng pintu kondo milik Zahlia. Berkali-kali dia menekan sampai lenguh jarinya. Namun tiada terkuak sedikit pun pintu utama itu. Zahirin amat pasti yang Zahlia ada di rumah. Semenjak berhenti dari Insaniah Holdings, Zahlia lebih banyak mengurungkan diri. Makan dan pakai pun sudah terabai. Hanya Zahirin yang masih setia menemaninya dan mengambil berat mengenai kondisi dirinya.
            “Lia…buka pintu Lia. I datang ni Lia”. Sudah penat menekan punat loceng, dia mengetuk pula pintu kondo milik Zahlia. Lama dia berdiri di situ menanti Zahlia membuka pintu. Selang beberapa minit berdiri, pintu itu terbuka sedikit. Zahirin menolak cemas pintu utama kondo milik Zahlia. Matanya tertinjau-tinjau menerokai seluruh isi ruang tamu namun kelibat Zahlia tidak kelihatan. Kemudian dia menapak semula ke bilik tidur Zahlia. Terlihat Zahlia sedang menilik pisau pembuka surat itu sesambil pisau itu dimainkan diperutnya. Mata Zahirin sudah terbelalak. Dia mendekat ke arah Zahlia, pisau itu dirampas dari tangan Zahlia.
            “U nak buat apa Lia?”. Zahirin sudah menjerit. Zahlia hanya memandang tanpa perasaan. Dia kaku memandang wajah Zahirin yang sudah berubah menjadi tegang. Zahlia hanya mencebik. Kemudian dia ketawa seperti manusia kurang akal.
            “ I tak nak anak ni. I tak nak!...”. Zahlia sudah menjerit  hysteria. Habis dihumbannya segala bantal-bantal yang ada diatas katil ke arah Zahirin. Kemudian dia menyelongkar laci soleknya mencari benda tajam yang boleh dibuat untuk mencederakan dirinya. Sudah puas menyelongkar, namun satu pun tidak ketemu. Matanya sudah tertancap pada pisau pembuka surat yang masih digenggam di tangan Zahirin.
Kemudian dia menangis dengan begitu hiba sekali. Dia duduk dibirai katil sambil memeluk lutut. Zahirin yang memandang menjadi begitu sebak mendengar esak tangis Zahlia yang penuh kepiluan itu. Zahirin mendekat ke arah tubuh Zahlia. Dia ingin memeluk dan memujuk  Zahlia tanpa sedar ada bahaya yang menanti.
Dia duduk di sisi Zahlia sambil tangan sudah mendepang untuk memeluk tubuh genit Zahlia. Pisau pembuka surat sudah diletak di sisi. Tanpa sedar Zahlia sudah mengambil pisau itu lalu dirodok ke perut Zahirin yang memeluknya tadi. Zahirin mengaduh kesakitan. Dia tak sangka Zahlia sekejam ini. Dia menekan perutnya yang terasa ngilu, ada darah merah yang mengalir. Sudah membasahi baju kemeja rona putih yang membalut tubuhnya. Zahlia hanya memerhati tanpa riak pada Zahirin yang mengerang kesakitan.
“Lia…tolong aku Lia…aku sakit”. Zahirin sudah separuh merayu pada Zahlia yang masih kaku memerhati Zahirin yang menggelupur dilantai bilik tidurnya. Dia mengamati pula tangannya yang sudah dicemari darah milik Zahirin. Pisau pembuka surat yang masih digenggamnya diperhati kosong. Zahlia kemudian duduk di sisi Zahirin yang mengerang kesakitan. Zahlia hanya memerhati tubuh Zahirin yang menggeletar itu. kemudian dia mengusap perlahan belakang tubuh Zahirin. Dia membelai perlahan.
“Aidil…tidur ye..biar Lia dodoikan…” Zahlia sudah senyum pula. Dia angkat kepala Zahirin lalu diribanya. Kemudian dia menyanyikan lagu untuk membuatkan Zahirin tidur. Dalam kepala otaknya sekarang tubuh Aidil Zafran yang dipeluknya, kepala Aidil Zafran yang diribanya. Penuh ilusi walau hakikatnya Zahirin yang berada disisi.